Anda di halaman 1dari 1

 5.

Dalam menghadapi arus kemajuan dan cabaran abad ke-21, keperluan terhadap pembentukan akhlak
mulia semakin mendesak akibat permasalahan sosial yang wujud seiring dengan perkembangan
ekonomi dan kepesatan kemajuan dunia. Kepincangan membentuk masyarakat berakhlak mulia
samalah seperti membuat kerosakan pada muka bumi ini. Dalam konteks ini, semua guru besar
seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW
iaitu membentuk akhlak mulia melalui sabda Baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan
untuk menyempurnakan akhlak mulia”. (Hadis riwayat Ahmad dan Al-Hakim). Kepentingan akhlak mulia
ini diperjelaskan lagi oleh Baginda Rasulullah SAW dalam satu hadis lain yang bermaksud: "Tidak ada
sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang baik." (Hadis riwayat Abu Daud dan
at-Tirmizi).

6. Pada hemat saya, tema konvensyen pada kali ini juga selaras dengan hasrat murni warga kementerian
pendidikan menyempurnakan keberhasilan berpandukan enam aspirasi murid seperti yang termaktub
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 merangkumi pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti
nasional yang perlu ada pada setiap murid. Modal insan yang dibangunkan dalam negara kita ini tidak
seharusnya dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran semata-mata, tetapi hendaklah
diperkukuh dengan akhlak terpuji dan nilai-nilai murni. Oleh itu, semua guru besar di Malaysia perlu
mempunyai aspirasi yang sama untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia
dengan memikul tanggungjawab melahirkan modal insan cemerlang dan bersahsiah tinggi tanpa
berorientasikan peperiksaan semata-mata.

7. Sejajar dengan itu, saya menyeru semua guru besar agar terus berpegang kepada satu agenda bagi
memastikan kejayaan PPPM 2013 - 2025 dan juga berpegang teguh kepada etika profesion keguruan
dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelas di sini bahawa aspek akhlak, budi pekerti,
integriti, akauntabiliti, amanah dan nilai-nilai murni adalah komponen yang amat penting dalam
membina negara bangsa dan mencapai kemajuan ekonomi lestari. Sudah tentu amat penting bagi
Malaysia melakar kejayaan sistem pendidikan yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan semua
rakyat dan menyediakan negara untuk bersaing di persada antarabangsa.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

Anda mungkin juga menyukai