Anda di halaman 1dari 18

HBHE3103

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE (FEL)

SEMESTER
JANUARY 2020

HBHE3103

GAYA HIDUP SIHAT

NAMA : Yuvaneshwary A/P Nalajah


NO. MATRIKULASI : 870418086198001
NO. KAD PENGNEALAN : 870418086198
NO. TELEFON : 0122858012
E-MEL : yuvaneshwary@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SRI RAMPAI LEARNING
CENTRE
HBHE3103

Tugasan 1

1.0 Pengenalan
Pada masa dahulu kebanyakan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat galian
dan vitamin tetapi sebaliknya pada zaman sekarang ramai kanak-kanak yang mengalami
masalah berat badan yang berlebihan disebabkan oleh makanan yang diproses. Masalah berat
badan yang berlebihan ini juga dikenali sebagai obesiti.
Daripada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007), kita mendapat tahu
bahawa obesiti adalah berlaku apabila lemak yang berlebihan berkumpul di bahagian tubuh
badan sehinggan menyebakan penambahan berat badan yang tidak normal. Obesiti ini juga
boleh diukur mengikut umur,jantina dan ketinggian seseorang.
Obesiti adalah salah satu masalah yang agak serius dikalangan kanak-kanak. Setiap tahun
obesiti kanak-kanak meningkat hari ke hari. Masalah obesiti dikalangan kanak-kanak ini juga
membuatkan ibu bapa membimbangkan terhadap anaknya. Di seluruh dunia terdapat berjuta-
juta kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah yang mengalami berat badan yang
berlebihan. Di Malaysia, masalah obesiti ini perlu ditangani dengan segera. Selain itu, cara
pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang juga meningkatkan risiko penyakit yang
berkaitan dengan obesiti.
Menurut Powers (1980), obesiti boleh dibahagikan kepada 3 jenis. Iaitu
 Obesiti konstitusi
-Ia bermula semasa peringkat bayi dan sel-sel lemak berkembang berdasarkan kadar fisiologi
yang mantap.
 Obesiti simptomstik
- Ia pula bermula dari usia antara 2 tahun sehingga 12 tahun.
- Kanak-kanak obesi ini selalunya tidak aktif, tidak dapat menumpukkan perhatian dalam
pelajaran dan menghadapi ketidakstabilan emosi.
 Obesiti berpunca dari tabiat pemakanan.
- Tabiat makanan yang tidak sihat.
Pendidikan pemakanan perlulah diajarkan sejak kecil lagi dengan menggunakan cara dan
pendekatan yang sesuai. Pendekatan sebegini juga dapat meningkatkan pengetahuan, sikap
dan tabiat pemakanan seseorang. Selain itu, ia juga dapat membantu untuk memperbaikikan
taraf kesihatan dan cara-cara pemakanan seseorang kanak-kanak.
HBHE3103

2.0 Laporan latar belakang, tahap kesihatan, amalan pemakanan dan aktiviti fizikal.

2.1 Indeks Jisim Tubuh (BMI)


BMI bermaksud Body Mass Index. Ia adalah kadar ukuran untuk mengelaskan berat
badan normal, berat badan berkurangan atau pun berlebihan dan obes. BMI boleh dikira
dengan membahagikan berat badan seseorang dengan ketinggiannya.

18.5 - 24.9 normal

25 - 29.9 berat badan berlebihan

30 keatas obes

Bil Nama murid Umur Jantina Ketinggian Berat(kg) BMI


(cm)

1. Mathesan 8 tahun lelaki 128 48 32.2


0bes

2. Seethei 10tahun perempuan 139 60 31.1


0bes

3. Naveshen 10 tahun lelaki 129 51 30.6


obes

4. Rita 9 tahun perempuan 127 54 33.5


obes

2.1.1 Mathesan, 8 tahun

2.1.1.1 Latar belakang murid


Mathesan adalah anak sulung dalam keluarganya. Bapanya adalah seorang pemandu lori.
Emaknya adalah seorang suri rumah dan dia mempunyai seorang adik lelaki .Dia tinggal
bersama ibu bapa, datuk dan nenek. Dia adalah anak kesayangan kepada ibubapa, datuk dan
neneknya. Dia adalah murid yang sangat degil. Dia berdegil kalau dia tidak mendapat
makanan ataupun barang kegemarannya. Ibubapanya sanggup memberi apa sahaja yang
diminta oleh Mathesan.
HBHE3103

2.1.1.2 Tahap kesihatan


Tahap kesihatannya sangat lemah. Dia seringkali menghadapi demam. Badan dia juga
cepat berpeluh dan berbau. Dia juga tidak dapat lari dengan pantas dan malas berjalan.
Apabila berjalan dia berasa letih dan pening. Pada bahagian badan seperti kaki dan tangannya
terdapat luka-luka kecil yang menjadi seperti bintik-bintik hitam. Doktor telah menasihati dia
untuk menurunkan berat badannya.

2.1.1.3 Amalan pemakanan


Mathesan suka makan makanan yang diproses seperti nagets, hotdog, burger, mee sup
yang dibeli di kedai, maggie, makanan ringan, gula-gula dan lain-lain lagi. Setiap hari dia
membawa bekal ke sekolah dari rumah tetapi bekal itu adalah hotdog ataupun nagets. Dia
akan berasa muntah kalau makan makanan seperti nasi, sayur, ikan dan lain-lain lagi. Setiap
malam dia akan makan burger atau pun ayam KFC. Kalau dia memberi makanan berkhasiat
seperti nasi ataupun sayur dia akan nangis sehingga dia bermuntah. Oleh itu, ahli keluarganya
membiarkan dia makan makanan kegemarannya seperti KFC, MC Donald dan lain-lain lagi.

2.1.1.4 Aktiviti fizikal


Dia tidak suka bermain permainan seperti berlari dan berjalan. Dia menghadiri kelas
karate sahaja. Pada masa rehat dia suka menonton television dan bermain dengan adiknya.

2.1.2 Seethei, 10 tahun

2.1.2.1 Latar belakang murid


Murid ini dari keluarga yang berada. Ibunya bekerja sebagai pengurus kilang dan ayahnya
seorang peniaga. Mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Dia adalah anak bongsu. Dia
tinggal bersama nenek dan datuk. Dia seorang yang kuat makan. Abang dan kakak juga
mengalami masalah berat badan yang berlebihan.

2.1.2.2 Tahap kesihatan


Cepat berletih. Lambat membuat kerja yang diberikan oleh guru. Murid yang lembap
dalam kelas. Berjalan perlahan. Seringkali menghadapi demam. Kurang berkomunikasi
dengan murid-murid lain.
HBHE3103

2.1.2.3 Amalan pemakanan


Dia suka makan tidak berkira waktu. Suka makan makanan segera seperti KFC,MC
donald, merrybrown dan lain-lain lagi. Setiap kali selepas makan dia perlu makan makanan
manis seperti gula-gula,coklat atau ice-krim. Disebakan dia tinggal bersama dengan orang
tuanya, dia mendapat makanan yang dia teringin dimakan.

2.1.2.4 Aktiviti fizikal


Dia tidak suka membuat aktiviti fizikal. Suka tidur. Menonton television dengan
neneknya. Tidak menolong orang tuanya untuk membuat kerja rumah. Hanya bermain pada
waktu petang dengan anak jirannya.

2.1.3 Naveshen, 10 tahun

2.1.3.1 Latar belakang murid


Dia adalah anak tunggal. Ibunya seorang peniaga dan ayahnya berkerja sebagai pengurus
di restaurant KFC. Selepas sekolah dia tinggal berseorangan di rumah. Ibu dan ayahnya balik
lambat ke rumah. Dia tinggal perseorangan sehingga ibu bapanya balik ke rumah.

2.1.3.2 Tahap kesihatan


Dia cepat berasa letih dan lesu. Susah untuk berlari. Dia selalunya berjalan perlahan.
Cepat menangis. Sekali sekala aktif apabila menolong guru.

2.1.3.3 Amalan pemakanan


Ayahnya seorang pengurus restaurant KFC. Oleh itu, ayahnya membawa ayam KFC
apabila balik dari kerja. Sekurang-kurangnya 5 kali seminggu dia mendapat makan ayam
KFC. Selain itu, dia juga seorang yang kuat makan makanan ringan. Apabila dia berseorangan
di rumah, dia makan makanan ringan yang dibelikan oleh ibunya. Dia memberitahu bahawa
dia makan makanan ringan disebabkan oleh kebosanan. Selepas makan dia akan terus masuk
bilik tidur untuk tidur. Dia tidak makan makanan mengikut masa yang tertentu.

2.1.3.4 Aktiviti fizikal


Dia suka bermain badminton tetapi disebabkan tiada teman, dia menonton television
ataupun tidur. Dia hanya bermain di sekolah dengan kawannya.
HBHE3103

2.1.4 Rita, 9 tahun

2.1.4.1 Latar belakang Murid


Dia adalah anak tunggal. Ibunya meninggal dunia semasa dia berumur 4 tahun disebabkan
oleh diabetes. Bapanya pemandu lori. Rita tinggal bersama ayah dan neneknya. Ayahnya
selalu balik lambat ke rumah. Rita adalah anak kesayangan kepada ayah dan neneknya.

2.1.4.2 Tahap kesihatan


Seringkali mengambil cuti kerana demam. Sebulan sekali diwadkan kerana masalah
pernafasan. Susah untuk berjalan. Kalau dia berjalan laju ataupun berlar,i dia akan menarik
nafas dengan kuat. Cepat berpeluh.

2.1.4.3 Amalan pemakanan


Dia suka makan makanan ringan seperti gula-gula, ice-krim, coklat dan lain-lain lagi. Dia
juga suka minum minuman berkarbonat seperti coca-cola, pepsi, 100plus dan lain-lain lagi.
Nenek dan ayahnya membelikan makanan yang dia minta. Seminggu sekali dia suka makan
maggie.

2.1.4.4 Aktiviti Fizikal


Dia tidak suka membuat sebarang aktiviti fizikal. Dia hanya suka menonton television dan
bersembang dengan neneknya.

Rumusan
Daripada laporan latar belakang, amalan pemakanan, tahap kesihatan dan aktiviti fizikal
murid, kita mendapat tahun peranan ibu bapa adalah sangat penting. Kebanyakkan murid suka
makan makanan ringan dan makanan yang berproses. Selain itu, kesemua murid itu tidak aktif
dalam aktiviti fizikal. Mereka berasa letih apabila berjalan ataupun berlari. Amalan
pemakanan mereka juga tidak teratur dan tidak makan makanan berkhasihat. Disebabkan oleh
berat badannya, mereka mengalami tahap kesihatan yang sangat membimbangkan. Ahli
keluarga perlu mengambil berat terhadap murid-murid tersebut.
HBHE3103

3.0 Cadangan menu makanan seimbang untuk seminggu dan jadual aktiviti fizikal.

3.1 Justifikasi cadangan makanan seimbang


Pada zaman sekarang, setiap ibu bapa mengalami kesukaran apabila memilih makanan
yang sihat untuk anaknya. Ini kerana, sekililing kita hanya terdapat makanan dan minuman
ringan yang tidak berkhasiat dan iklan yang dipaparkan dalam television juga diiklankan
dengan karakter kegemaran kanak-kanak yang dapat menarik perhatian mereka untuk
membelinya. Makanan dan minuman ringan yang tidak berkhasiat ini hanya mengandungi
gula dan garam yang berlebihan dan menyebabkan kesan buruk dalam jangka masa yang
berpanjangan terhadap kanak-kanak. Oleh itu, makanan seimbang adalah sangat penting untuk
tumbesaran kanak-kanak.
Makanan seimbang adalah makanan yang sangat bagus untuk kanak-kanak kerana ia
adalah kombinasi makanan yang membekalkan tenaga atau nutrien yang seimbang. Boleh
meningkatkan nutrien seimbang dengan mengambil pelbagai jenis makanan yang berkhasiat.
Berdasarkan piramid makanan Malaysia, kita mendapat tahu jenis dan jumlah makanan
yang diambil secara seimbang dengan membekalkan sumber makanan yang berkhasiat.
Piramid makanan terdiri daripada 4 aras yang mempunyai sumber makanan yang berbeza.
Kita boleh merujuk piramid makanan Malaysia untuk memastikan makanan yang diambil
adalah seimbang dan berkhasiat.
HBHE3103

Karbohidrat, protein dan lemak adalah tiga makronutrien yang sangat penting dan ia
membantu untuk membekalkan tenaga kepada kanak-kanak. Selain itu, vitamin dan mineral
juga dikenali sebagai mikronutrien. Ia juga sangat penting untuk memastikan fungsi tubuh
berfungsi secara baik. Makronutrien dan mikronutrien seperti ini boleh di daati daripada
sumber makanan seperti dalam piramid makanan.

3.1.1 Cadangan makanan seimbang.

Makanan sarapan Snek pagi Makan Snek petang Makan


tengah hari malam
Hari

Isnin Bijirin +susu Sandwich Sup biskut Nasi + ikan


+ pisang telur + bihun+daging +Jambu batu kukus + sup
tembikai + ayam+sayur + yogurt bayam + air
air suam +air suam suam

Selasa Bubur oat + Apam manis Nasi + ayam Roti bakar + Nasi ayam +
susu + epal + oren + air panggang + telur + keju + tomato +
suam sayur campur betik timun + air
+ air suam suam

Rabu Telur rebus + Tose + betik Mi soto + Roti pizza + Nasi + ikan
susu + pear + air suam ayam carik + pear + yogurt bakar + sup
daun sup + sayur + air
taugeh + air suam
suam

Khamis Emping Roti bakar + Nasi lemak + Tauhu Nasi + sup


jagung + susu kacang merah kuah sambal sumbat + kambing +
penuh + tembikai + ikan bilis epal sayur campur
berkrim + susu + air goreng + + air suam
epal suam kacang tanah
+ telur rebus
+ timun + air
HBHE3103

suam

Jumaat Bijiran + Pau ayam + Mi tomyam + Bubur kacang Nasi + ikan


susu + buah jambu batu + ayam + sayur + pisang masak kicap
kurma air suam campur + air + brokoli
suam goreng + air
suam

Sabtu Telur separuh Idli + anggur Nasi goreng Lepat pisang Nasi + sup
masak + susu + air suam + hirisan + Belimbing ayam + sayur
+ epal ayam + sayur manis campur + air
campur + air suam
suam

Ahad Bubur oat + Roti benjo + Spaghetti + Karipap + Nasi + ikam


buah kurma + tembikai susu ayam bakar + Limau cina kembong
susu + air suam sawi + tumis +
tomato + air tomyam
suam sayur + air
suam

3.2 Justifikasi aktiviti fizikal


Aktiviti fizikal adalah semua pergerakan anggota badan yang menggunakan tenaga.
Pergerakan anggota badan bermaksud duduk, bangun, berjalan, berlari, melompat, mendaki
dan lain-lain lagi. Aktiviti fizikal membantubayi dan kanak-kanak untuk mengekalkan
kesihatan yang sihat. Aktiviti fizikal bagi kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua
kategori. Iaitu aktiviti berstruktur dan tidak berstruktur. Aktiviti fizikal membantu kanak-
kanak untuk aktif setiap masa. Setiap hari kanak-kanak perlu membuat aktiviti fizikal
sekurung-kurangnya 60 minit. Kanak-kanak perlu melakukan aktiviti yang meningkatkan daya
tahan otot dan tulang sekurang-kurangnya 3 kali seminngu.
Aktiviti fizikal dapat membantu untuk perkembangan dan pertumbuhan diri kanak-kanak
dengan sihat dan baik. Ia juga dapat menyokong perkembangan motor, koordinasi dan
pergerakan kaki dan tangan. Selain itu, iai juga membantu kanak-kanak sentiasa aktif,
bersosial bersama kawan-kawannya.

3.2 Jadual aktiviti fizikal


HBHE3103

Masa 5.00pm - 6.00pm


Hari

Isnin Berjalan santai

Selasa Bermain kasut roda

Rabu Lompat tali bersama kawan

Khamis berbasikal

Jumaat Berjalan pantas

Masa 7.30am-8.00am 8.00am - 9.30am 5.00pm - 6.00pm


Hari

Sabtu Yoga Hiking Berjalan pantas

Ahad Bersenam Kelas badminton berjoging


HBHE3103

Makanan seimbang adalah


Makanan yang sangat bagus
untuk kanak-kanak kerana ia
adalah kombinasi makanan yang
membekalkan tenaga atau
nutrien yang seimbang. Boleh
meningkatkan nutrien seimbang
dengan mengambil pelbagai
jenis makanan yang berkhasiat.
HBHE3103

5.0 Rujukan

1. https://www.slideshare.net/hajimeTMasia/assignment-obesiti-qgk-3013
2. http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5351/1/NOORSYARZIELAH_BINTI_SALEH.pdf
3. http://www.myhealth.gov.my/merancang-menu-sihat-untuk-kanak-kanak-sekolah/
4. http://ngetehbazar.blogspot.com/p/petua.html
5. https://www.slideshare.net/JessWongHuiJuan1/pemakanan-dan-kanak-kanak-
unitar-7-dis-2017
6. https://mdes.org.my/wp-content/uploads/2017/07/garis-panduan-aktiviti-
fizikal-2017.pdf
7. http://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download
%20images/5ca1b208c1ec2.pdf
8. https://sinashaari.blogspot.com/2018/01/jadual-aktiviti-preschool-
untuk.html
9. http://psmsihat.weebly.com/diet-seimbang.html
10. https://www.slideshare.net/nassruto/makanan-seimbang-63660324

Tugasan 2

1.0 Refleksi tentang perkara yang boleh dilakukan oleh keluarga untuk mengelakkan
masalah obesiti kanak-kanak
HBHE3103

Saya mendapat tahu bahawa bilangan obesiti kanak-kanak meningkat hari ke hari. Oleh
itu, untuk mengelakkan bilangan obesiti yang berlebihan, sesebuah keluarga memainkan
peranan yang penting. Setiap tingkah laku kanak-kanak bermula dari keluarga, oleh itu setiap
ahli keluarga perlu memikul tanggungjawab untuk menggelakkan obesiti dikalangan kanak-
kanak.

1.1 Waktu makan, kesedaran tentang kepentingan makanan dan kepentingan air
Ibubapa harus mengajar anaknyan untuk makan makanan pada waktu yang
sesuai,contohnya 7.30pg sarapan, 10.00pg kudapan, 12.30tgh makanan tengahari, 4ptg
minuman petang dan 7mlm makanan malam. Selain itu, harus memberi kesedaran tentang
makanan yang tidak berkhasiat dan juga harus memberi pendedehan tentang makanan
seimbang ataupun makanan berkhasiat. Ahli keluarga juga perlu menggalakkan kanak-kanak
untuk meminum air kosong dari kecil. Mempraktiskan amalan ini sebagai amalan harian
apabila dewasa kelak.

1.2 Pendedahan tentang senaman atau aktiviti fizikal


Ahli keluarga juga perlu mendisiplinkan kanak-kanak yang berada dirumahnya dengan
meminta membuat senaman sekurang-sekurangnya 60 minit dalam sehari. Menggalakkan
kanak-kanak berjalan, berenang,berbasikal dan lain-lain lagi. Senaman yang dilakukan oleh
kanak-kanak, tidak semestinya terlalu berat atau memenatkan. Senaman yang bagus adalah
melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk membantu pembinaan otot. Semua
aktiviti-aktiviti fizikal yang dilakukan oleh kanak-kanak perlu disokongkan oleh kedua-dua
ibubapanya. Hal ini adalah untuk memotivasikan kanak-kanak untuk membuat aktiviti fizikal.
Aktiviti fizikal yang dirancang oleh ibubapa perlulah sesua dengan kebolehan dan keminatan
kanak-kanak. Kalau boleh, aktiviti yang dirancang untu kanak-kanak perlulah menjadikan
aktiviti sekeluarga.

2.0 Refleksi tentang mengapakah sukar bagi sesebuah keluarga itu membuat perubahan

2.1 Kekangan masa


HBHE3103

Secara umumnya, ibubapa pada masa sekarang sangat sibuk dengan kerjayanya. Oleh itu,
mereka tidak dapat masa untuk mendisiplinkan anak sendirinya untuk berhidup kehidupan
yang berkualiti. Disebabkan oleh kepenatan, ibu bapa membeli makanan dari kedai untuk
memberikan kepada anaknya sendiri. Ini membuatkan, kanak-kanak itu tanpa disedari makan
makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan yang dibeli di kedai selalunya mengandungi
gula, garam dan minyak yang berlebihan.

2.2 Iklan
Selain itu, iklan makanan proses atau makanan ringan yang dipaparkan dalam television
ataupun dalam media lain mencungkil minat kanak-kanak untuk mendapatkannya. Contohnya,
iklan MC donald, KFC, gula-gula dan lain-lain lagi. Ini juga satu kekangan bagi sesebuah
keluarga untuk membuatkan perubahan dalam diet kanak-kanak.

2.3 Perangai kanak-kanak


Selain itu, kanak-kanak zaman sekarang kurang dapat pendedehan tentang aktiviti fizikal.
Mereka juga tidak tahu kepentingan aktiviti fizikali. Kanak-kanak zaman sekarang lebih suka
main permainan dalam telefon bimbit ataupun laptop. Mereka tidak suka untuk membuat
aktiviti fizikal. Pearangai kanak-kanak itu sendiri juga menjadi salah satu kekangan untuk ahli
keluarganya.

3.0 Refleksi respons tentang bagaimana sekolah boleh membantu kanak-kanak


membuat perubahan
Sekolah adalah tempat yang penting dimana kanak-kanak dapat mempelajari tentang
strategi pencegahan dan penurunan kewujudan sindrom kegemukan dan obesiti. Oleh itu
sekolah memainkan peranan yang penting untuk membantu kanak-kanak membuat perubahan
dalam cara pemakanan dan aktiviti fizikal.

3.1 Pemeriksaan BMI


Pemeriksaan BMI boleh dibuat oleh setiap guru kelas untuk mengenalpasti kanak-kanak
yang mengalami masalah obesiti. Pemeriksaan BMI ini perlu diadakan dua kali setahun. Ini
HBHE3103

adalah untuk mengenalpasti pengukuran BMI kanak-kanak berada dalam keadaan yang baik.
Pihak sekolah juga perlu memaklumkan status BMI kanak-kanak kepada ibu bapa atau
penjaga agar mereka lebih peka terhadap kesihatan anaknya. Jika terdapat murid yang
mengalami masalah obesiti pihak sekolah perlu memberi surat kebenaran untuk merujuk
kanak-kanak obesiti berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan.

3.2 Memastikan murid mendapat makanan seimbang


Pihak sekolah perlu mengambil berat terhadap makanan yang jual ataupun Rancangan
makanan tahunan yang diedarkan di kantin sekolah dan perlu memastikan makanan tersebut
adalah makanan seimbang. Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan kandungan kalori
dalam semua makanan dan minuman dipamerkan oleh pengusaha kantin agar pelajar lebih
peka terhadap makanan yang dipilihnya. Pihak sekolah juga perlu mengambil tindakan jika
terdapat pihak kantin menjual makanan ringan, makanan berproses atau air berkarbonat. Setiap
hari, guru bertugas perlu memantau pelajar, jikat terdapat pelajar yang makan makanan yang
tidak berkhasiat, guru tersebut minta untuk memberi nasihat kepada pelajar tersebut agar
pelajar itu dapat kesedaran tentang makanan berkhasiat.

3.3 Mengadakan aktiviti fizikal


Pihak sekolah juga perlu mengadakan aktiviti fizikal supaya pelajar sihat setiap hari.
Sekurang-kurangnya setiap pagi kena mengadakan senaman yang ringan seperti berjalan,
melompat dan lain-lain lagi.Selain itu, kena memastikan semua pelajar terlibat dalam senaman
tersebut. Seminggu sekali kena mengadakan pertandingan bola sepak,bola jaring ataupun
olahraga untuk memastikan pelajar cergas sentiasa. Ia membantu pelajar untuk melibatkan diri
mereka dalam aktiviti fizikal.

4.0 Refleksi respons tentang bagaimana komuniti boleh membantu kanak-kanak


membuat perubahan

4.1 Apabila melawat kanak-kanak berhenti membelikan makanan ringan


HBHE3103

Kebiasaannya, apabila orang tua melawat kanak-kanak dirumah seseorang, orang tua tu
akan membeli makanan ringan atau air berkarbonat dan alasannya makanan ringanla budak-
budak suka makan. Amalan inilah yang merosakkan generasi yang akan datang. Sebagai
komuniti kita perlu membuat perubahan. Kalau kita membuat perubahan setiap orang akan
berubaha dan ia akan menjadi kebiasaan. Apabila melawat kanak-kanak kecil, kita hendaklah
cuba untuk membelikan buah-buahan agar kanak-kanak kecil itu dapat tahu kebaikan buah-
buahan.

4.2 Memberi nasihat


Apabila terdapat tengok kanak-kanak yang makan makanan tidak berkhasiat, sebagai
seorang wakil komuniti, kita perlu tegur kanak-kanak tersebut ataupun menegur kedua-dua
ibubapanya agar mereka tidak membuat kesalahan yang sama. Kita perlu memberitahu tentang
keburukan makanan tidak berkhasiat, Selain itu, perlu memberi nasihat kepada jiran-jiran atau
kenalan komuniti agar menjaga kesihatan diri dengan membuat aktiviti fizikal. Boleh juga
memberitahu cara membuat aktiviti fizikal kepada kanak-kanak.

5.0 Refleksi syor anda sebagai Pegawai Daerah untuk mengurangkan obesiti dalam
komuniti anda.

5.1 Mengadakan pameran


Sebagai Pegawai daerah, saya akan ,mengarahkan untuk mengadakan pameran di setiap
taman agar semua penduduk dapat pendedehan tentang obesiti. Dalam pameran itu akan
menempatkan seorang pegawai untuk memberi penerangan tentang kesan-kesan obesiti dan
cara-cara mengelakkan dari masalah obesiti. Dalam pameran itu semua penduduk dan nasihat
untuk menjaga kesihatan dan cara-cara membuat aktiviti fizikal. Selain itu, mereka juga akan
mendapat pendedehan untuk menjaga cara pemakanan dan juga cara agihan masa untuk
membuat masakan dirumah.

5.2 Mempamerkan banner tentang keburukan obesiti


Saya juga mengarahkan untuk mempamerkan banner tentang keburukan obesiti di tempat-
tempat orang berkumpul seperti pasar, di pagar sekolah, padang dan lain-lain lagi. Apabila
seseorang memandang pada banner tersebut, dia akan sentiasa peka kepada keburukan obesiti
HBHE3103

dan dia akan menggelakkan daripada membuat perkara-perkara tidak baik seperti membeli
makanan yang tidak berkhasiat, minum air berkarbonat dan lain-lain lagi. Selain itu mereka
juga akan mula untuk mengambil berat terhadap kesihatan mereka dan akan membuat aktiviti
fizikal supaya berat badannya sentiasa dalam limkungan yang baik.

5.3 Mengadakan ceramah atau motivasi


Sebulan sekali saya mengarahkan untuk mengadakan ceramah atau motivasi tentang
obesiti. Dengan ceramah sebegini komuniti akan mendapat kesedaran tentang obesiti. Mereka
juga akan mendapat motivasi agar tidak putus asa daripada percubaan untuk menjaga
kesihatan. Sekiranya sesiapa memerlukan kaunseling atau motivasi berkaitan berat badan,
mereka boleh menghadirkan diri mereka ke motivasi-motivasi atau ceramah-ceramah sebegitu.
Ini akan membantu mereka untuk mengatasi daripada masalah obesiti.

Rujukan

1. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/physedn/haf
idzahIPIKfp.pdf
HBHE3103

2. https://www.int3tree.my/tips-menangani-masalah-obesiti-dalam-kalangan-
kanak-kanak-ibu-bapa-wajib-ambil-langkah-awal-demi-masa-depan-anak-anda/
3. http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-kanak-kanak-berlebihan-berat-badan/
4. https://www.hmetro.com.my/hati/2018/12/402795/ibu-bapa-perlu-berkorban
5. http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2014/01/bincangkan-tentang-masalah-
obesiti.html
6. https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2020/02/06/obesiti

Anda mungkin juga menyukai