Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Jenis-jenis Pembelajaran
Pengajaran dan
Pembelajaran Prinsip-prinsip
Pembelajaran
Proses Pembelajaran
Topik Perbincangan
Pengajaran melibatkan:
Perancangan
Pengelolaan/Pelaksanaan
Penyampaian
Bimbingan
Penilaian (Hasil Pembelajaran = Learning Outcomes)
Definisi Pengajaran
Secara umumnya, pengajaran adalah melibatkan:
Ilmu Pengetahuan (Knowledge) – (Kognitif)
Kemahiran (Skills) – Psikomotor(Fizikal/Jasmani)
Nilai (Values) – Afektif (Rohani + emosi)
Konsep Pengajaran
Pengajaran adalah susunan maklumat dan suasana bagi memudahkan
pembelajaran (Heinich, et al.,1996)
Gagne (1985), menyatakan pengajaran sebagai set tatacara luaran yang
menyokong proses-proses dalaman yang berkaitan bagi mencapai hasil
pembelajaran.
Wittrock(1979), mengatakan bahawa pengajaran ialah aktiviti yang
melibatkan proses meransang pelajar untuk membina maksud atau erti
berdasarkan pengalamannya, bukan meransang mereka mengeluarkan
semula pengetahuan orang lain.
Konsep Pengajaran
Satu proses penyampaian ilmu pengetahuan dan juga
merupakan aktiviti intelek.
Tujuan: membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai
dan makna.
Satu sistem aktiviti terhadap pelajar-pelajar dengan harapan
akan membawa perubahan tingkah laku
Pengajaran melibatkan kegiatan tertentu:
• Merancang
• Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran
• Memilih strategi pengajaran
• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
• Menilai dalam satu-satu pengajaran
Definisi Pembelajaran
Suatu proses perubahan tabiat, pengetahuan dan sikap (Crow &
Crow)
Perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal akibat daripada
interaksi dengan persekitaran. (Dr. Noriati, 2012)
Pembelajaran melibatkan perubahan dalam seseorang individu
akibat daripada pengalaman.
Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran
ini berkait dengan pengalaman. (Slavin, 2005)
Definisi Pembelajaran
Sebagai perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal dan perubahan
berlaku akibat daripada pengalaman (Commonwealth of Learning,
2002)
Perubahan tersebut mungkin secara sengaja atau tidak, untuk lebih baik
atau buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar (Hill, 2002)
(Al-Ghazali), belajar merupakan usaha yang dilakukan untuk
memperoleh ilmu kemudian mengamalkannya.
Definisi Pembelajaran
Ahli psikologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang pembelajaran.
Teori behaviorisme: menegaskan bahawa pembelajaran berlaku apabila
terdapat perubahan tingkah laku, kemahiran-kemaharan baharu atau
pengetahuan yang boleh diperhatikan (didemontrasikan).
Teori kognitif: menekankan proses mental yang digunakan seseorang
individu untuk belajar dan mengingatkan maklumat baharu atau
kemahiran-kemahiran, walaupun tidak dapat diperhatikan. Pembelajaran
berlaku kerana pelajar cuba memahami persekitaran secara aktif.
Pembelajaran
Pembelajaran dilihat daripada dua perspektif:
i. Fizikal – Perubahan tingkah laku yang dapat dilihat.
ii. Mental – Proses-proses mental untuk ingat maklumat,
kemahiran dan nilai baru.
Pembelajaran berlaku apabila seseorang individu telah berjaya
mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada.
Jenis-jenis Pembelajaran
• Pembelajaran secara formal
• Pembelajaran secara tak formal
• Pembelajaran non-formal
1. Motivasi
Set induksi yang menarik dan dapat merangsang motivasi belajar dan minat
murid
Murid-murid menerima rangsangan daripada pengajaran guru
ABM/BBM yang bersifat multimedia – Menarik dan berfungsi dengan baik
(klip video)
Suasana bilik darjah yang kondusif – Bersih, ceria, susunan kerusi dan meja
yang teratur dll.
Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
2. Menarik Perhatian
Melibatkan proses pengamatan dan penanggapan terhadap konsep, maklumat/input
baru yang disampaikan oleh guru
Guru perlu memberi penerangan dan menghuraikan sesuatu fakta dengan baik, jelas
dan mantap.
Memberi contoh-contoh yang relevan dengan topik yang dibincangkan
Kaedah latih tubi digunakan agar murid dapat menguasai sesuatu kemahiran baru
Komunikasi 2 hala antara guru dengan murid – Murid-murid diberi peluang untuk
bertanya soalan kepada guru sekiranya terdapat perkara-perkara yang diajar kurang
difahami.
Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
3. Perolehan (Mendapat maklumat/information)
Rangsangan yang diterima oleh pancaindera (lihat, dengar, hidu, rasa
dan sentuh) dibawa ke otak untuk diberikan makna dan diterima
ABM/BBM yang bersifat multimedia – Memudahkan proses
pemerolehan maklumat
Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
4. Ingatan
Maklumat/konsep baharu yang diajar oleh guru akan disimpan di dalam ingatan
jangka pendek atau ingatan jangka panjang
Menghasilkan pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan murid
5. Ingat Kembali
Fakta, pengetahuan dan pengalaman yang disimpan perlu dikeluarkan semula untuk
menyelesaikan sesuatu masalah
Mengingati semula fakta-fakta penting untuk menjawab soalan-soalan di dalam ujian
dan peperiksaan
Mengaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada
Mengingati nombor telefon mudah alih rakan sebelum menelefonnya
Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
6. Generalisasi – Aplikasi ilmu dalam situasi yang
lain/memerlukan atau dalam kehidupan seharian
Pengalaman dan pengetahuan yang diamalkan dalam situasi baru
yang sesuai dan sepadan
Menggunakan pengetahuan dalam Matematik untuk mengira
jumlah perbelanjaan makan dan minum dalam seminggu
Pengajaran berjaya jika murid dapat mengaplikasikan perkara yang
telah dipelajari dalam situasi baru di dalam atau di luar bilik darjah.
Proses Pembelajaran GAGNE (1985)
7. Prestasi
Seseorang individu mendapatkan maklum balas orang lain mengenai tingkah
lakunya.
Keputusan ujian atau peperiksaan yang menggambarkan prestasi akademik
seseorang murid
Prestasi dapat dinilai berdasarkan ujian lisan atau bertulis
8. Maklum Balas
Murid mendapat peneguhan positif daripada guru mengenai perlakuannya dan
prestasinya dalam akademik.
Maklum balas ini penting untuk menentukan sama ada murid dapat mengingati
fakta-fakta penting atau mengamalkan kemahiran yang diperolehnya dengan baik
Proses Pembelajaran
Gagne (1985) Menggariskan 9 langkah pengajaran bagi memaksimumkan proses
pembelajaran:
Langkah1 – Menarik Perhatian
Langkah 2 – Menyampaikan objektif
Langkah 3 – Mengingati Pelajaran Lalu
Langkah 4 – Menyampaikan isi dan pendorong pembelajaran
Langkah 5 – Menyediakan Panduan Pembelajaran
Langkah 6 – Menggalakkan perlakuan (melatih kemahiran/tingkah laku baru)
Langkah 7 – Memberikan maklum balas
Langkah 8 – Menilai Pencapaian
Langkah 9 – Merangsang pemindahan dan meneguhkan ingatan
Langkah 1: Menarik Perhatian
Tujuannya supaya pelajar dapat memberikan tumpuan terhadap
perkara yang diajar.
Pelajar memerlukan sumber motivasi bukan sahaja di awal
pembelajaran malah sepanjang proses pembelajaran.
Penggunaan bahan grafik, gabungan warna, animasi dan bunyi
berupaya menjadi sumber motivasi kepada pelajar.
Langkah 2 – Menyampaikan Objektif
3. Pembelajaran Informal
Pembelajaran berlaku sepanjang masa di dalam dan di luar
bilik darjah
Contoh: Sudut bacaan di dalam bilik darjah
4. Pengalaman Langsung
Learning-by-doing
Belajar sambil bermain
Contoh: Lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah
Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997)
5. Situasi Mendesak (Compelling situation)
Pembelajaran sebagai suatu proses penyelesaian masalah
Wujudkan situasi pembelajaran yang mencabar
Contoh: Kuiz, perbahasan, sesi soal jawab dsb.
Cara-cara guru dapat mewujudkan situasi mendesak:
• Menyediakan standard yang tinggi terhadap tingkah laku murid-murid di dalam
atau di luar bilik darjah
• Memberi tanggungjawab yang lebih kepada murid untuk memupuk bakat
kepimpinan
• Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang menggalakkan penglibatan yang aktif
dalam pelbagai aktiviti pembelajaran
• Menyediakan pembelajaran berasaskan kontekstual – Rujuk Teori Konstruktivisme
Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997)
6. Maklum Balas Berterusan
Murid diberi peluang untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan diri
Aspek ini sangat penting untuk meningkatkan prestasi akademik murid
Contoh: Ulasan guru yang positif dalam Buku Rekod Kemajuan