Anda di halaman 1dari 4

1.

Soalan Latihan 1 (10%)

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) adalah untuk memenuhi


keperluan tenaga manusia di negara ini untuk jangka pendek dan panjang.
Selain itu, DPK juga bermatlamat melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
insan yang berdisiplin, berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis yg boleh
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan kepada
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Perincikan bagaimana Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat memperkasakan


sistem pendidikan negara.

DPK berhasrat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan


memenuhi keperluan negara dalam melahirkan rakyat terlatih. Untuk mencapai
matlamat DPK, beberapa strategi pelaksanaan telah tersusun. Semua usaha yang
dilaksanakan merupakan tunjang ke arah memperkasakan sistem pendidikan
negara.

Antara usaha yang dilaksanakan adalah mewujudkan kurikulum yang


sama. Di Malaysia, penggunaan kurikulum di sekolah adalah sama iaitu berdasarkan
Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan bertujuan untuk membantu
perkembangan menyeluruh seseorang murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk
menyampaikan pengetahuan. Dengan adanya kurikulum yang sama, sistem
pendidikan negara akan menjadi lebih mantap. Seterusnya, kurikulum yang seragam
juga dapat mewujudkan keperibadian ke arah pembentukan perpaduan kaum di
negara kita.

Selain itu, DPK juga memastikan sistem peperiksaan yang seragam.


Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah
diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam.
Dengan adanya sekatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para
pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh
menolong proses untuk menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping
mewujudkan keperibadian yang sama.

Di samping itu, pewujudan sekolah wawasan juga memperkasakan sistem


pendidikan negara. Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk
mengeratkan perpaduan yang sudah sedia terjalin kukuh dalam kalangan rakyat
Malaysia. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil
lagi iaitu di bangku sekolah rendah akan lebih mudah kerana kanak-kanak ibarat kain
putih yang bebas daripada sebarang pemikiran negatif. Penubuhan Sekolah
Wawasan juga adalah untuk menghayati tujuan Penyata Razak 1956 yang di
antaranya hendak menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negeri
ini dengan memakai satu peraturan pelajaran. Hal ini turut selaras dengan salah satu
anjakan PPPM iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Dengan ini, dipercayai
bahawa sistem pendidikan negara kita akan berjaya ditransformasikan.

2. Soalan latihan 2 (5%)

Sebagai guru yang berdedikasi dan komited, Zahir berusaha melengkapkan


dirinya untuk menjadi pendidik berkualiti sesuai dengan tuntutan dan cabaran
pendidikan abad ke 21.

Kemukakan ciri-ciri utama guru profesional abad ke-21 yang perlu ada pada
diri zahir.

Antara ciri utama guru profesional abad ke-21 yang ada pada diri Zahir adalah
menguasai subjek, mahir dan berketerampilan dalam pedagogi, memahami psikologi
pembelajaran, mempunyai kemahiran kaunseling dan mahir dalam penggunaan
teknologi terkini.

3. Soalan latihan 3 (10%)

Salah satu tonggak pendidikan UNESCO (United Nation Educational, Scientific


and Cultural Organization) adalah belajar untuk hidup harmoni dan
bekerjasama.

Cerakinkan peranan guru dalam merealisasikan tonggak di atas.

Bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan murid, guru perlu


menerapkan nilai-nilai murni semasa mengajar serta memberikan peluang
kepada murid untuk bergaul dan memahami budaya rakan-rakan mereka yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Misalnya, aktiviti pameran tentang
makanan tradisional pelbagai kaum boleh diadakan dalam kelas untuk memberi
kesedaran kepada murid tentang budaya pelbagai kaum.

Selain itu, guru harus melibatkan murid pelbagai kaum dalam aktiviti
sukan. Dengan adanya penyertaan mereka dalam bidang sukan, tekanan dan
konflik antara kelas sosial boleh diketepikan dalam semangat perpaduan untuk
mencapai kejayaan demi sekolah dan negara.

Seterusnya, guru boleh merancang PdPc yang memberikan ruang dan masa
untuk murid bergaul antara satu sama lain. Misalnya, aktiviti kumpulan yang terdiri
daripada pelbagai ras boleh diadakan dalam PdPc untuk membentangkan topik yang
diberi.

Guru juga boleh menggalakkan murid melibatkan diri dalam projek


kolaboratif. Misalnya, murid-murid diberi tugas untuk menghasilkan rumah botol
secara bersama-sama untuk tujuan kelestarian alam sekitar. Murid-murid juga boleh
bekerjasama menghasilkan buku skrap yang bertemakan keunikan Malaysia.

Di samping itu, guru harus menggalakkan murid untuk melibatkan diri


dalam aktiviti di tempat-tempat yang mundur dan luar bandar untuk membantu
orang yang serba kekurangan serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan perikemanusiaan. Dalam konteks ini, sekolah dan guru-guru boleh
merancang program amal atau aktiviti dalam gerak kokurikulum seperti menjalankan
kerja-kerja amal atau komuniti di luar bandar dan di kawasan orang asli untuk
memahami cara hidup kaum lain.

Soalan latihan tajuk 4 (20%)

Trotter ( mengemukakan lima peringkat perkembangan untuk seseorang guru


menjadi pakar dalam bidang yang diceburinya. Peringkat perkembangan ini
kemudiannya diperluas oleh Berliner (1988).

Berikan pendapat anda bagaimana seseorang guru pakar boleh memainkan


peranannya ke arah kecemerlangan sekolah bersesuaian dengan tuntutan
profesion keguruan.

Pada peringkat pakar, guru umpama bintang yang menyerlah dalam


bidangnya. Oleh itu, guru pakar harus menjadi suri teladan kepada guru-guru lain di
sekolah.

Bagi memastikan guru-guru di sekolah mahir dalam bidang pengajaran, guru


pakar boleh menjalankan Program Professional Learning Community (PLC) di
sekolah. Hasrat utama konsep PLC bertumpu kepada perkongsian kemahiran dan
pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program
berfokus, mengerakkan sumber sedia ada di persekitaran dan berkongsi kepimpinan
dalam merealisasikan dasar pendidikan negara untuk membina modal insan
berkualiti di masa hadapan. Pelaksanaan PLC yang berlaku secara santai ini
dipercayai dapat bertindak sebagai satu medium pengajaran melalui proses
kolaborasi antara guru pakar dengan guru-guru lain dalam menyelesaikan isu-isu
berkaitan PdPc di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah dalam memberi
kepuasan dan minat yang mendalam ke atas diri setiap murid-murid secara
keseluruhannya.

Selain itu, guru pakar juga boleh mengadakan ceramah kepada guru-guru
lain di sekolah dari semasa ke semasa. Misalnya, ceramah tentang pengendalian
pengajaran yang berkesan. Melalui cara ini, guru pakar boleh berkongsi pengalaman
mereka dengan guru lain dan memberi cadangan penyelesaian terhadap masalah
yang dihadapi oleh guru dalam bidang profesion perguruan. Hal ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan kualiti guru di Malaysia.

Guru pakar yang berautoriti dalam profesion juga bertanggungjawab


memimpin dan membantu guru lain dalam tugas kurikulum dan kokurikulum
berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan. Selain itu,
guru pakar juga harus menjadi pakar rujuk, sudi memberi khidmat nasihat dan
membimbing guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
Mereka juga harus berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang
pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan
negara.

Dari segi pengajaran dan pembelajaran pula, guru pakar seharusnya


mengajar dengan mengambil kira cara murid belajar dan mengintegrasikan
teknologi untuk membantu menangani masalah yang dihadapi oleh murid. Dengan
melaksanakan pembelajaran abad ke-21, murid akan belajar dengan efektif dan
secara tidak langsung prestasi murid akan dipertingkatkan. Hal ini menjurus ke arah
kecemerlangan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai