Anda di halaman 1dari 1

Pendekatan sosiologi

Segelintir golongan pemimpin atau golongan atasan yang sanggup mengambil kesempatan terhadap
rakyat yang lemah dan bodoh. Sebagai contoh, tindakan Raja yang mengambil kesempatan ke atas
kebodohan Pak Kaduk menyebabkan Pak Kaduk menglami kerugian.

Kebodohan dalam bertindak tanpa menggunakan akal fikiran yang waras akan merugikan diri
sendiri. Sebagai contoh, Pak Kaduk mengalami kerugian dalam hidupnya kerana tindakannya yang
bertukar ayam dengan Raja dibuat tanpa berfikir panjang. Kesan buruk perbuatan suka berjudi.
Sebagai contoh, sikap Pak Kaduk yang suka berjudi menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa nasib
yang malang.

Manusia sanggup bertindak kejam kerana dipengaruhi perasaan marah. Sebagai contoh,
perbuatan Pak Kaduk yang sanggup membunuh isteri sendiri kerana marahkan isterinya yang selalu
menegur perbuatan bodohnya itu.

Sikap suka membazir. Sebagai contoh, Pak Kaduk membuang nasi menyebabkan dia berada
dalam kelaparan.