Anda di halaman 1dari 7

               

saya nak baca ..


Search
 
 Berita
o Terkini
o Utama
o Nasional
o Wilayah
o Luar Negara
o Politik
o Parlimen
o Jenayah
o Mahkamah
o Komuniti
 Video
o Terkini
o Isu Semasa
o Bisnes
o Pemotoran
o Gaya Hidup
o Hiburan
o Agama
o Politik
 Rencana
o Utama
o Bisik-bisik
o Cuit
o Selak
o Kolumnis
o Forum
o Agama
o Blog Editor
o Sukan
 Hiburan
o Berita
o Selebriti
o Muzik
o Filem & Drama
o Rancangan TV
o Seni & Budaya
 Bisnes
o Ekonomi
o Korporat
o Usahawan
o Automotif
o Hartanah
o Teknologi
o Saham & Wang
 Pendidikan
o Umum
o Sekolah
o Kampus
o Sastera
o Agama
 Sains & Teknologi
o Sains
o Teknologi
o Inovasi
o Gajet
o Pertanian
o Alam Sekitar
 Gaya Hidup
o Rekreasi
o Permotoran
o Pelancongan
o Keluarga
o Kesihatan
o Fesyen
 Sukan
o Bola Sepak
o Badminton
o Kereta
o Motorsikal
o Basikal
o Golf
o Hoki
o lain-lain
o Rencana Sukan
 Lain-lain
o Galeri Foto
o Versi Mobile
o Arkib
o Iklan
o Langgan ePaper
o SMS Alert
o  Facebook
o Sign in
rencana
ARKIB : 21/12/2003

Mengakibatkan pengurangan dalam


pelaburan domestik dan FDI - Rasuah
dari sudut ekonomi
Penulis Tamu Oleh Dr. Mohd. Haflah Piei
SALAH satu daripada iltizam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi dari hari pertama beliau mengambil alih tampuk kerajaan negara
ialah untuk mencegah dan seterusnya membasmi amalan rasuah di
kalangan masyarakat di negara ini. Walaupun penyakit rasuah di Malaysia
tidaklah seteruk yang terdapat di kebanyakan negara membangun seperti
di Filipina, Bangladesh, Pakistan dan negara-negara dalam peralihan,
tetapi ia perlu disekat sebelum merebak. Pada tahun 2003, mengikut
Transparency International, Malaysia menduduki tempat ke-37 dari segi
tahap amalan rasuah - satu kedudukan kurang selesa sementara negara
Finland menduduki tempat pertama dan terbaik.
Namun, tidak banyak yang membincangkan tentang ekonomi atau lebih
tepat lagi disekonomi amalan rasuah tersebut. Perbincangan atau kajian
tentang ekonomi rasuah ini termasuk isu-isu penting tentang sumber dan
punca rasuah dari perspektif ekonomi, kesan atau kos amalan rasuah ini
ke atas firma, industri dan ekonomi negara serta kesan ke atas individu
dan masyarakat.
Di sebaliknya kebanyakan isu rasuah dibincangkan dari sudut moral dan
etika amalan tersebut. Oleh sebab itu, rencana ini akan membincangkan
amalan rasuah dari perspektif ekonomi secara ringkas.
Sebenarnya, konsep rasuah ini bersifat multifaceted, melibatkan
berbagai-bagai unsur dan bentuk. Secara umum ia dianggap sebagai
penyalahgunaan kedudukan, awam dan tidak kurang juga swasta, bagi
keuntungan persendirian. Ia lebih cenderung berlaku apabila individu
menganggap kedudukan yang diperoleh sebagai satu peluang untuk
membuat keuntungan peribadi dan bukan sebagai tanggungjawab dan
amanah beberapa pihak yang perlu dipikul dan dipenuhi.
Di antara jenis rasuah, terdapat tiga jenis yang penting serta diberi
penekanan. Ini termasuk rasuah pentadbiran (administrative corruption),
rasuah dalam urusan perolehan awam (public procurement corruption)
dan rasuah dalam bentuk `penawanan' beberapa institusi negara (state
capture).
Rasuah pentadbiran merujuk kepada penguatkuasaan dan pelaksanaan
secara menyeleweng dan secara sewenang-wenang peraturan, undang-
undang dan garis panduan, yang berkuat kuasa oleh kakitangan awam
bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi secara haram. Ia diukur
dengan berbagai-bagai petunjuk seperti peratusan bayaran rasuah
berbanding dengan jualan hasil yang diperoleh. Lagi berat undang-undang
dan peraturan yang dilanggar lagi tinggi jumlah rasuah yang perlu
dibayar.
Rasuah perolehan awam pula merupakan suatu dimensi penting rasuah
yang melibatkan agihan/peruntukan kewangan dan sumber awam
ataupun kerajaan. Ia kerap diukur sebagai peratusan bayaran rasuah
untuk mendapatkan sesuatu kontrak kerajaan.
Rasuah dalam bentuk penawanan beberapa institusi negara (state
capture corruption) merupakan beberapa tindakan ejen-ejen ekonomi
atau firma dalam sektor awam atau swasta untuk mempengaruhi
penggubalan serta pelaksanaan undang-undang, peraturan, arahan
(decrees) dan lain-lain dasar kerajaan supaya memihak serta
menguntungkan mereka dengan memberi sogokan kewangan.
Di antara institusi yang kerap menjadi target termasuklah akta-akta
parlimen, peraturan bank pusat, perundangan dengan cuba
mempengaruhi keputusan-keputusan mahkamah sivil ataupun
perdagangan; parti politik selalunya parti yang memerintah dengan
memberi sumbangan kewangan untuk membiayai aktiviti parti berkenaan.
Dalam semua keadaan, amalan rasuah melibatkan kos sama ada dalam
bentuk peningkatan dalam perbelanjaan awam, pembaziran sumber,
peningkatan dalam kos urus niaga, pengurangan dalam keluaran,
kemerosotan dalam kualiti infrastruktur dan perkhidmatan dan
sebagainya.
Mengikut beberapa kajian, rasuah mengakibatkan salah agihan kemahiran
dan bakat (misallocation of talent) termasuk masalah guna tenaga tidak
penuh beberapa golongan kemahiran yang penting dalam sesuatu
masyarakat. Kita kerap mendengar, melalui rasuah seseorang diberikan
jawatan yang kanan ataupun tugasan yang lumayan di samping menyekat
peluang yang sama kepada individu lain yang lebih berkebolehan dan
berkelayakan. Akibatnya hasil kerja yang diperoleh selalunya lebih inferior
dibandingkan jika ia dilakukan oleh individu yang lebih cekap dan
berkebolehan.
Rasuah cenderung mengakibatkan pengurangan dalam pelaburan
domestik dan pelaburan asing langsung (FDI). Terdapat banyak faktor
yang mempengaruhi pelaburan terutama pelaburan langsung asing.
Selain daripada insentif pelaburan yang ditawarkan, faktor-faktor lain
termasuklah kos buruh, sumber asli tempatan, saiz pasaran domestik dan
juga kecekapan urus tadbir (governence) ekonomi dan kerajaan yang
meliputi juga tahap rasuah, birokrasi dan red tape. Dalam keadaan
sesebuah ekonomi yang menghadapi masalah urus tadbir yang teruk,
birokrasi dan red tape yang membebankan serta tahap rasuah yang
kronik, kos pelaburan selalunya meningkat. Akibatnya pelaburan akan
berkurangan kecuali para pelabur diberikan insentif seperti pelepasan
cukai yang lumayan.
Dalam keadaan di atas negara menanggung dua jenis kerugian: Pertama,
rasuah yang dibayar oleh pelabur dan kedua, jumlah cukai yang
dilepaskan oleh kerajaan. Jika urus tadbir diperbaiki serta rasuah
dibanteras, kedua-dua kerugian tersebut dapat diatasi.
Mengikut satu kajian, jika Filipina boleh mengurangkan rasuah kepada
tahap yang terdapat di Singapura, ia akan dapat meningkatkan nisbah
pelaburan kepada KDNKnya sebanyak 6.6 mata peratusan. Dalam kajian
yang sama, bagi sebuah negara yang korup, kesan mengurangkan
amalan rasuah adalah sama dengan kesan pengurangan cukai korporat
melebihi 20 mata peratusan dalam usaha untuk menarik pelaburan.
Dalam erti kata lain, dengan mengawal amalan rasuah, sesebuah negara
yang korup mampu menarik sejumlah pelaburan asing yang sama tanpa
memberikan pelepasan cukai yang lumayan hanya dengan mengawal
amalan rasuah.
Rasuah juga kerap mengakibatkan herotan (distortion) dalam
perbelanjaan dan pelaburan awam serta kemerosotan kualiti infrastruktur
fizikal seperti jalan raya, jambatan, pelaburan dan sebagainya berasaskan
kepada beberapa pertimbangan.
Pertama, rasuah lebih cenderung untuk meningkatkan perbelanjaan
awam melebihi daripada yang diperlukan. Lagi besar perbelanjaan awam
sesebuah projek awam, lagi luas ruang untuk para pegawai tinggi
kerajaan yang tidak jujur memanipulasikan keadaan.
Kedua, projek-projek raksasa yang melibatkan pembinaan infrastruktur
lebih disukai daripada projek-projek untuk pembangunan luar bandar,
sektor pertanian dan pembasmian kemiskinan. Ini disebabkan skop untuk
melakukan rasuah adalah lebih luas dan lumayan lagi. Ini sudah tentu
mempunyai kesan ke atas pendapatan, kebajikan serta kualiti hidup
penduduk luar bandar dan golongan miskin.
Ketiga, perbelanjaan kendalian, operasi serta penyelenggaraan alat-alat
jentera dan lain-lain aset kerajaan kurang diminati daripada perbelanjaan
pembelian mesin dan peralatan baru.
Keempat, amalan rasuah lebih cenderung untuk mengurangkan hasil
kerajaan akibat daripada pelepasan cukai yang diberikan sebagai insentif
pelaburan dan pengelakan daripada membayar cukai dengan merasuah
pegawai-pegawai berkenaan.
Mengikut satu kajian, peningkatan dalam rasuah dari tahap yang terdapat
di Singapura kepada tahap yang terdapat di Pakistan akan menyebabkan
peningkatan nisbah perbelanjaan kepada KDNK sebanyak 1.6 mata
peratusan di samping mengurangkan nisbah hasil kerajaan kepada KDNK
sebanyak 10 mata peratusan.
Akhir sekali, amalan rasuah memperlahankan malah membantutkan
pertumbuhan sesebuah ekonomi. Sebagai contoh, jika dalam tempoh
1960-85, Bangladesh dapat mengurangkan rasuah kepada tahap
Singapura dalam tempoh tersebut, kadar pertumbuhan per kapita
tahunan Bangladesh sebanyak 4 peratus boleh ditingkatkan sebanyak 1.8
mata peratusan iaitu bersamaan peningkatan sebanyak 50 peratus
daripada kadar pertumbuhan per kapita yang benar-benar dicapai dalam
tempoh tersebut. Satu peluang yang terlepas begitu sahaja kerana ia
gagal untuk membanteras rasuah!
Sebenarnya terdapat banyak lagi kesan ekonomi atau kos akibat
berlakunya rasuah dalam ekonomi. Memadai dengan perbincangan di
atas. Walaupun ia kurang merujuk kepada keadaan rasuah di Malaysia, ia
sudah cukup untuk menjadi renungan kita berhubung dengan beberapa
jenis rasuah yang sedikit sebanyak terdapat di Malaysia dan betapa
buruknya kesan rasuah tersebut kepada ekonomi negara.
Persoalannya sekarang bagaimana hendak mengurangkan dan jika boleh
membasmi gejala rasuah ini?
Dalam ruang yang terhad ini, digariskan secara kasar strategi-strategi
yang perlu diambil untuk menggarap masalah rasuah ini. Beberapa
strategi tersebut telah dan sedang dilaksanakan di Malaysia, seperti
pengisytiharan aset oleh pegawai-pegawai kerajaan dari semasa ke
semasa; memperbaiki urus tadbir kerajaan supaya lebih telus, sistematik,
cekap dan profesional; mewujudkan beberapa sistem check and balance;
membina sistem pentadbiran awam yang berorientasikan perkhidmatan
dan meritokrasi; kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan
perbelanjaan awam; kebertanggungjawaban pemimpin-pemimpin politik;
pegangan teguh kepada rule of law dan sebagainya.
Namun, strategi-strategi tersebut bukan setakat adanya sahaja tetapi
lebih penting ia dilaksanakan sepenuhnya serta kelihatan oleh
masyarakat dilaksanakan dengan cekap dan adil. Sebagai contoh kita ada
peraturan pengisytiharan harta oleh pegawai kerajaan tetapi sejauh mana
ia benar-benar berkesan untuk membasmi amalan rasuah? Kita
mempunyai Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi sejauh mana ia benar-
benar bebas berfungsi tanpa mengira bulu?
Jika kita renung-renung dengan teliti, kita akan dapat lihat banyak perkara
yang berunsurkan rasuah tetapi disebabkan sudah menjadi kebiasaan
maka ia tidak lagi dianggap rasuah malah digalakkan. Disebabkan biasa
tegal bisa.
Sukar ditentukan di mana urusan rasmi berakhir dan rasuah bermula dan
di mana sumbangan dan bantuan ikhlas berakhir dan rasuah bermula.
Pendek kata, amalan rasuah dalam berbagai-bagai manifestasi, sebab dan
akibat perlu diuraikan (unbundle) ditakrifkan dan difahami dari segi
konsep dan empiris dalam usaha untuk memerangi gejala rasuah ini.
Dalam konteks ini, penubuhan Akademi Anti Rasuah amat bertepatan
pada waktu dan ketikanya, dan ia amat dialu-alukan.
- Dr. Mohd. Haflah Piei ialah Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan
Ekonomi Malaysia (MIER). Beliau boleh dihubungi di alamat e-
mel haflah@mier.po.my

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2003&dt=1221&sec=rencana&pg=re_05.htm#ixzz4yYOeM0lz 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anda mungkin juga menyukai