Anda di halaman 1dari 1

NAMA : AGILANDESHWARI RAMA LINGGAM

Sebagai Guru, Bincangkan Peranan Anda Dalam Pemupukan Integrasi Nasional

Seorang pendidik perlu memainkan peranan yang dominan dalam usaha


merealisasikan apirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru ialah ejen
keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab,
kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus
didepani dengan professional. Berdasarkan garis panduan Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Peranan guru sebagai pembina
negara bangsa dan modal insan serta mewujudkan integrasi nasional dalam kalangan murid
adalah melalui cara- cara berikut iaitu memperkasa bahasa kebangsaan, memantapkan
perpaduan negara dan integrasi nasional serta memupuk kecintaan terhadap seni, warisan
dan budaya bangsa.

Guru harus menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa


penghantar di sekolah dan menjadikan bahasa ini sebagai bahasa perpaduan. Guru bukan
sahaja harus berusaha menanam rasa cinta kepada bahasa Malaysia dalam diri murid-
muridnya tetapi turut juga mencintai bahasa tersebut. Dalam memperkasakan bahasa
kebangsaan , guru boleh mengadakan program Wacana Ilmu, Minggu Bahasa
Kebangsaan,Pertandingan Menulis,Pertandingan Membaca, Pertandingan Bahasa & Pidato,
Pertandingan Puisi dan Pengucapan Awam.

Peranan guru seterusnya adalah memantapkan perpaduan dan integrasi nasional


.Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Rancangan Integriti Murid untuk
Perpaduan (RIMUP). RIMUP adalah sebuah program yang menggalakkan penglibatan
masyarakat setempat, para guru,dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas
serta penggunaan bersama kemudahan peralatan, penggemblengan tanaga dan kepakaran.
Matlamat utama RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu
pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu
menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

Anda mungkin juga menyukai