Anda di halaman 1dari 2

Cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam hubungan etnik di Malaysia

Terdapat beberapa cabaran utama yang menjadi duri dalam daging yang boleh
menjadikan usaha memupuk hubungan etnik menjadi sukar. Walaupun cabaran ini mungkin
nampak kecil dan sepertinya tidak mengganggu gugat keharmonian megara, namun ia
masih menjadi api dalam sekam yang mungkin secara sedikit demi sedikit menghakis
keamanan dan keharmonian hubungan di antara etnik-etnik di Malaysia.

Cabaran Impak Globalisasi

Dunia hari ini dikaitkan dengan istilah seperti global village, dunia tanpa sempadan
atau dikaitkan dengan manusia yang dihimpunkan dalam sebuah masyarakat yang dipanggil
masyarakat global. Keadaan ini menggambarkan dunia dari semasa ke semasa menjadi
semakin mengecil dan tidak ubah seperti sebuah kampung. Kita akan memperoleh
maklumat yang cepat tentang apa yang berlaku di satu-satu tempat di dunia. Dengan
perkembangan internet dan komputer, maklumat berkembang dengan cepat. Globalisasi
boleh dirujuk pada proses hubungan sosial yang semakin intensif di seluruh dunia yang
menghubungkan tempat yang jauh dengan yang dekat sehingga peristiwa tempatan
dibentuk oleh peristiwa yang berlaku beberapa batu jauhnya dari tempat itu atau sebaliknya.
Justeru, dalam globalisasi tiada had sempadan, maklumat boleh diakses tanpa adanya
sekatan atau tapisan. Globalisasi adalah pakej yang mempunyai unsur yang baik dan unsur
yang tidak baik. Perkembangan pengaruh budaya global sebenarnya merujuk pada
penjajahan sama ada dalam bentuk minda dan budaya. Senario ini amat berbahaya kerana
perubahan berlaku dengan cepat, terutamanya dalam kalangan remaja. Kemasukan nilai-
nilai luar khasnya dari Barat akan menyebabkan nilai dan budaya tempatan sedikit demi
sedikit terhakis dalam diri anak muda kita.

Cabaran dari segi Ekonomi

Seterusnya, cabaran dari aspek ekonomi yang mempunyai dua ciri iaitu dominasi
sektor ekonomidan perbezaan pekerjaan. Dari segi dominasi sektor ekonomi, wujudnya
jurang pendapatan antara setiap etnik dan penguasaan ekonomi yang berbeza. Tiap-tiap
etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada
pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Hal ini akan mewujudkan
ketidakseimbangan dan persaingan berlaku dalam masyarakat menyebabkan setiap kaum
saling mencemburui satu sama lain. Dari segi perbezaan pekerjaan pula, perbezaan dalam
bidang ekonomi telah menimbulkan persaingan dan ketidakpuasan dalam kalangan etnik
tertentu. Etnik Melayu menguasai sektor pertanian yangmemerlukan banyak tenaga sumber
manusia dan berteknologi rendah. Etnik Cina pula menguasai sektor yang lebih maju seperti
perniagaan, perdagangan dan menggunakan teknologi moden. Etnik India terlibat dengan
aktiviti perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Hal ini akan mewujudkan jurang
pendapatan yang ketara dalam kalangan etnik. Masing-masing cuba bersaing mendapatkan
hak dan keuntungan yang lebih besar. Selain itu, jurang ekonomi juga menghalang interaksi
yang lebih kerap sesama etnik serta interaksi hanya berlaku di kalangan etnik yang sama.

Anda mungkin juga menyukai