Anda di halaman 1dari 4

Nota Cikgu Noraini Munawar 

ANTOLOGI KUINGIN BERTERIMA KASIH | TINGKATAN SATU


Cerpen: Oren 

 
1. SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah
yang pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah
membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka.
Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia
telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah
dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren.
Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga.
Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati
dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan
Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi
realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.

2. TEMA
Kasih sayang kepada binatang.

Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan
Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk
memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih
sayang yang sepenuhnya.

3. PERSOALAN
i. Hubungan baik antara manusia dan haiwan
Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat
menyayangi kedua-dua kucing tersebut

ii. Konflik antara Oren dan Kelabu


Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren
akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan
sisa-sisa makanan Kelabu.
iii. Berkongsi minat yang sama
Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.
Nota Cikgu Noraini Munawar 

4. TEKNIK PLOT
i. Pemerian
Contoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah
dan ibu Oren.

ii. Dialog
Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.

iii. Monolog
Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren
menghilangkan diri selama empat hari.

iv. Monolog Dalaman


Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang
mengiau memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang
dilanggarnya itu adalah ibu Oren.

v. Imbas Kembali
Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang
Kelabu ke rumah mereka.

vi. Imbas Muka


Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di
taman permainan dan empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah
pokok tua yang sudah tumbang.

5. WATAK DAN PERWATAKAN

Ayah (WATAK UTAMA)


i. Seorang ayah yang penyayang
ii. Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
iii. Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren
iv. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan ​Oren
v. Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
vi. Menangisi kematian Oren

Oren (WATAK SAMPINGAN)


i. Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren
ii. Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
iii. Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas
Kelabu makan
iv. Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan
Kelabu
Nota Cikgu Noraini Munawar 

Kelabu (WATAK SAMPINGAN)


i. Salah seekor daripada kucing belaan ayah
ii. Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
iii. Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan
keluarganya
iv. Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
v. Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah

6. LATAR
Latar Masa
i. Kehilangan Oren selama empat hari
ii. Sudah seminggu hujan turun
iii. Setiap malam
iv. Hujung pertengahan Disember
v. Makan malam
vi. Dua hari yang lalu

Latar Tempat
i. Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii. Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di
kawasan halaman rumah
iii. Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
iv. Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
v. Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu
untuk bermanja dengan ayah
vi. Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya

Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing –
Ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua
ekor kucing
ii. Masyarakat yang bertanggungjawab –
Ayah yang melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab dengan membawa Oren
pulang ke rumah untuk dipelihara
iii. Masyarakat yang pemurah –
Ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka dengan memberi
makanan yang berkhasiat seperti susu

7. GAYA BAHASA
i. Simile – seperti ada yang membersihkannya
ii. Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
iii. Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
iv. Sinkof – tika (ketika)
Nota Cikgu Noraini Munawar 

8. NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai Pengajaran Contoh

Kasih sayang Kita hendaklah mengamalkan Ayah dan keluarganya


sikap berkasih sayang menyayangi kucing peliharaan
walaupun kepada makhluk mereka.
selain manusia.

Bertanggungjawab Kita perlulah Ayah bertanggungjawab


bertanggungjawab dalam memelihara Oren selepas
melakukan sesuatu perbuatan kematian ibunya.
dan tidak menganiayai orang
lain.

Baik hati Sifat baik hati adalah sifat yang Ayah memberikan makanan
terpuji dan perlu diamalkan yang berkhasiat kepada kucing
oleh semua orang untuk peliharaannya.
menjamin kesejahteraan dalam
hidup.