Anda di halaman 1dari 4

Date: August 23, 2016Author: Alauddin's Book Cafe0 Comments

Rajah diagnos

DIAGNOSIS 4 UNSUR
1. Baru-baru ini dalam kelas Tibb Nabawi di Pendang, Kedah, ada yang bertanya

mengenai cara diagnosis mizaj(campuran) dan unsur seseorang.

2. Terdapat banyak teknik dan kaedah untuk diagnosis mizaj dan unsur. Di sini

saya kongsikan teknik yang umum dan ringkas. Yang selanjutnya akan

dihuraikan dalam kelas akan datang, insha-Allah.

3. Pertamanya kita kenali empat unsur terlebih dahulu. Dalam tradisi Cina, ada

lima unsur iaitu api, air, tanah, kayu dan logam. Manakala dalam tradisi Greek,

Arab, Farsi, Melayu dan India, ada empat unsur di bumi dan satu unsur di langit.

4. Empat unsur di bumi ialah api, angin, air dan tanah. Satu unsur di langit ialah

aeter atau asir atau akasha atau angkasa.

5. Setiap empat unsur itu ada sifatnya yang dikenali juga sebagai kualiti primer

iaitu panas, sejuk, basah dan kering. Manakala unsur di langit itu sangat

seimbang tiada taranya.

6. Api sifatnya panas kering. Angin sifatnya panas basah. Air sifatnya sejuk

basah. Tanah sifatnya sejuk kering.

7. Setelah empat unsur ini bergabung, ia menghasilkan sifat baru yang

dinamakan mizaj atau kualiti sekunder.

8. Mizaj umum seseorang boleh dikenal pasti melalui nadi dan lidahnya.

9. Dari sudut kecepatan, nadi yang cepat mizajnya panas, nadi yang lambat

mizajnya sejuk.
10. Dari sudut ketebalan, nadi yang halus seperti benang mizajnya kering, nadi

yang tebal seperti wayar atau dawai mizajnya basah.

11. Adapun lidah, dari sudut kemerahan, lidah yang merah mizajnya panas, lidah

yang pucat mizajnya sejuk.

12. Dari sudut ketebalan, lidah yang tebal mizajnya basah, lidah yang nipis

mizajnya kering.

13. Lidah dan nadi yang sederhana dalam mana-mana daripada empat sudut

yang disebutkan tadi, bererti mizajnya dalam sesuatu sudut itu adalah

sederhana.

14. Dengan nadi dan lidah diketahui mizajnya, dengan mizaj pula diketahui

unsurnya.

15. Nadi yang laju dan lidah yang tebal, unsurnya angin. Kerana, mizajnya panas

dan basah. Maka kiaskanlah kepada nadi dan lidah yang seterusnya.

16. Jika bacaan nadi dan lidah tidak sama lagi berbeza, maka itu tandanya ada

ketakseimbangan pada tubuh badannya.

17. Ketika itu, wajiblah dijalankan diagnosis yang lebih mendalam, misalnya

analisis urin serta tinja.

18. Setakat ini sahaja perkongsian bersama. Moga bermanfaat untuk semua,

insha-Allah.

TAMMAT
– Naseer Sobree –

Anda mungkin juga menyukai