Anda di halaman 1dari 5

Skip to main content

al-ahkam.net 1434
Sumber Rujukan Islam Anda..

☰ Menu

Main menu
 Home
 Artikel
 Soaljawab
 Kategori SJ
 Video
 Video Syiah
 Hadis 40
You are here
Home

Petua Melayu tentang air ludah


Primary tabs
 View(active tab)
 What links here

Submitted by zain-ys2 on Tue, 13/04/2010 - 3:52pm


KONGSIKAN Artikel Ini..
Note: Sebahagian isikandungan artikel berikut ini adalah
berdasarkan kepercayaan orang melayu terhadap air ludah dan
yang berkaitan dengannya. Fakta di dalamnya yang dikaitkan
dengan Nabi s.a.w. hendaklah diselidiki terlebih dahulu. Ia
disiarkan untuk menambah pengetahuan pengunjung tentang
kepercayaan orang Melayu terhadap air ludah.

Petua Melayu tentang air ludah


Walaupun cairan dalam mulut dianggap ubat berkhasiat, perbuatan meludah pula boleh jadi punca
sengketa
Oleh: Noor Hasnah Adam

AIR ludah atau air liur (saliva) adalah cairan bening yang dihasilkan dalam mulut manusia dan
beberapa jenis haiwan.

Manusia mengeluarkan sekitar 700 ml air liur setiap harinya.

Air liur berfungsi membasahi makanan untuk membantu mengunyah dan menelan.

Air liur juga mengandung enzim-enzim yang memulai dan memudahkan proses pencernaan.
Fungsi lain air liur adalah memberbersihkan mulut daripada bakteria dan membasuh partikel
makanan.

Air liur yang berada di mulut merupakan bahagian terpenting dalam perawatan rongga mulut.

Di dalam air ludah terkandung sistem pertahanan alamiah yang berfungsi menjaga
keseimbangan ekologi flora mulut.

Cairan yang dikeluarkan oleh kelenjar ludah secara terus-menerus membersihkan mulut. Oleh
sebab itu, jika seseorang kurang meminum air, maka kebersihan mulut akan berkurangan.
Kajian Saintifik tentang Ludah
Menurut satu kajian saintifik Belanda, zat dalam air ludah dapat menyembuhkan luka. Saintis
mendapati bahawa protein kecil di dalam air ludah yang sebelum ini dipercayai hanya dapat
membunuh bakteria, berguna juga untuk menyembuhkan luka.

Sebab itulah, luka pada gusi yang baru dicabut giginya cepat pulih berbanding dengan luka di
bahagian anggota tubuh yang lain.

Saintis juga menjangka, air ludah boleh menjadi ubat kepada penderita penyakit kencing manis
yang buruk kakinya atau mereka yang mengalami kelecuran atau kebakaran pada kulit.

Pengubatan Cara Lama


Menurut orang tua-tua Melayu dahulu, terdapat beberapa petua tentang penggunaan ludah
sebagai ubat.

Dikatakan, sekiranya bayi yang baru lahir panas suhu badannya, si ibu atau ayah disuruh menjilat
ubun-ubun bayi, telapak tangan kedua tangan dan telapak tangan kedua kaki. Menjilat harus
dimulai dengan anggota yang kiri dahulu. Panas tubuh bayi itu akan serta-merta beransur turun.

Petua menggunakan ludah untuk mengubat luka kecil juga sering disyorkan oleh orang tua-tua.

Sekiranya jari terluka atau terhiris, kita disuruh cepat-cepat masukkan ke dalam mulut.
Dikatakan darah akan berhenti mengalir dan luka cepat sembuh. Sekiranya bahagian lain yang
luka, ambil sedikit air ludah sendiri dengan satu jari. Selepas itu, baca selawat sebanyak tujuh
kali. Selepas membaca selawat, sapu di bahagian yang luka. Nescaya cepat sembuh.

Sekiranya seorang kanak-kanak masih lambat bercakap walau sudah berusia tiga tahun ke atas,
petuanya mudah: Tarik lidah kanak-kanak itu keluar lalu kerik lidah itu dengan cincin.

Menurut orang tua-tua, ini ialah supaya ludahnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam
mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.

Kebiasaan orang Melayu dahulu ialah menjilat bahagian tubuh yang sakit kerana dikatakan
penderita akan cepat pulih.

Kebiasaan ini mungkin didapati daripada pengamatan terhadap tingkah laku haiwan yang sakit.

Sirih dan Ludah


Pemakan sirih mempunyai air ludah yang banyak kerana air liurnya terangsang oleh rasa sirih
pinang dan tembakau.

Disebabkan campuran ramuan sirih, air ludah pemakan sirih berwarna merah.

Dahulu, ada orang kampung mengamalkan mengunyah sirih dan membuang ludahnya ke dalam
sebuah bekas khas.

Air ludah yang terkumpul itu kemudian digunakan untuk tujuan pengubatan dan urut.

Dikatakan, ramuan sirih yang sememangnya berkhasiat, apabila bercampur dengan air ludah,
menjadi bahan yang amat mujarab sebagai penyembuh penyakit kulit dan tulang. Ini juga dapat
menjelaskan mengapa dalam beberapa pengubatan tradisional mempunyai kaedah sembur.

Maksudnya, bomoh akan mengunyah sirih pinang dan kemudian menyembur si pesakit. Ada juga
yang hanya berkumur air jampi dan kemudian menyembur pesakit.
Air Ludah Orang Mulia
Dahulu, sekiranya seseorang yang dianggap mulia dan berilmu tinggi seperti ahli agama atau
guru minum air, ramai yang menantikan peluang mengambil bekas minuman orang mulia itu.

Mereka percaya bahawa bekas air minuman itu amat berkat kerana mengandungi sisa air dan air
liur orang yang mulia. Bekas itu kemudian digunakan tanpa dicuci dengan menambah air masak.
Biasanya, air minuman itu diberikan kepada anak-anak mereka yang kurang pandai belajar atau
nakal tingkah lakunya.

Kepercayaan ini turut tercatat dalam kitab Sulalatus Salatin. Diriwayatkan, pengislaman Raja
Samudera iaitu Merah Silu, turut melalui mimpi. Baginda bermimpi didatangi Nabi Muhammad
saw. Mulutnya diludahi oleh Nabi. Apabila baginda tersedar, baginda sudah boleh membaca ayat-
ayat Al-Quran dengan fasih dan lancar.

Pantang Meludah
Kita meludah apabila air liur kita melimpah atau kelenjar air liur keluar lebih banyak daripada
sepatutnya. Air liur yang dibuang itu adalah 'meludah'.

Faktor yang menyebabkan air liur keluar lebih banyak juga disebabkan rangsangan pancaindera
kita. Misalnya, rasa pahit, pedas dan masin.

Bau busuk boleh membuat kita mual lalu meludah. Keadaan kerongkong yang tidak sihat
menyebabkan batuk dan kahak juga membuat kita meludah.

Begitu juga dengan emosi jijik, muak, menyampah, jengkel, geram dan marah.

Dewasa ini, meludah dianggap perbuatan yang kotor dan mengotorkan pemandangan.

Ludah orang yang sakit juga membawa bakteria penyakit dan boleh mengakibatkan penyakit
merebak. Meludah juga dianggap satu perbuatan yang negatif apabila perbuatan meludah
dilakukan ke atas tanah di hadapan orang lain. Apatah lagi, kalau kita meludah ke muka atau
tubuh orang lain.

Perbuatan itu boleh membawa pergaduhan kerana meludah sebegitu adalah satu penghinaan dan
mencabar orang yang diludah.

Natijahnya, walaupun ludah dianggap ubat yang berkhasiat menyembuhkan luka, meludah
sebarangan pula boleh mengakibatkan kekotoran dan persengketaan.

Sesungguhnya meludah dianggap perbuatan negatif dan terpancar dalam peribahasa Melayu.

Meludah ke langit hanya membawa kesusahan sendiri kerana cuba melawan orang yang
berkuasa.

Kalau meludah jilat kembali, samalah ertinya dengan orang yang tidak berpendirian kerana
setelah menghina seseorang, orang itu dimuliakan kembali.

Sumber: http://cyberita.asia1.com.sg/mrencana/story/0,6879,155375,00.html

Login/Logout

 Log in/Log Out

Search form
Search

Search

form-XogX0Y0us search_block_for

User login

Log in using OpenID


What is OpenID?

Username *

Password *

form-sHVZ_Is1cJ user_login_block http://w w w .al-ah

 Request new password


Log in

Syndicate

Author Information
zain-ys2
Offline
Last seen: Never ago
Joined: 01/01/1970 - 7:30am

Anda mungkin juga menyukai