Anda di halaman 1dari 1

19 akan kembali meningkat, dan Malaysia hanya akan bebas daripada

Help Regenstrief Institute track the COVID-19 outbreak Close


virus itu pada September depan.

"Berdasarkan tahap pematuhan PKP ketika ini, saya jangkakan kes


COVID-19 boleh ditamatkan pada Jun atau Julai depan.

"Namun, jika PKP dilonggarkan atau tahap pematuhan berkurangan,


saya khuatir kes jangkitan dan kluster baharu akan meningkat dengan
lebih teruk berbanding sekarang.

"Sehubungan itu, kerajaan wajar meneliti beberapa aspek bagi


memperketatkan pelaksanaan PKP serta meningkatkan tahap
pematuhan, khususnya di zon merah," katanya kepada BH, hari ini.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 13 daerah di tujuh


negeri masih dikategorikan sebagai zon merah bagi kes aktif, dengan
jumlah kes aktif yang direkodkan di semua kawasan itu adalah antara
44 hingga 196 kes.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan


PKP yang dijadualkan berakhir Selasa depan, dilanjutkan untuk
tempoh dua minggu bermula 29 April hingga 12 Mei, selain tidak
menolak kemungkinan ia dilanjutkan lagi selepas ini.

Mengulas lanjut, Dr Sharifa Ezat menjelaskan, antara aspek yang boleh


diperketatkan adalah melaksanakan larangan pergerakan terhadap
semua jenis pengangkutan awam seperti bas, LRT dan MRT.

Jelasnya, ia kerana kenderaan awam tidak diperiksa ketat oleh pihak

sekatan jalan raya setiap hari.

"Aspek lain yang boleh diperketatkan adalah mengehadkan jumlah


pekerja swasta yang boleh datang ke pejabat dalam sehari,
mengehadkan pergerakan di negeri dan daerah dalam zon merah,
serta memeriksa dan menyaring warga asing di semua lokasi
kediaman mereka," katanya.

Dr Sharifa Ezat bagaimanapun bersetuju jika sedikit kelonggaran PKP


diberikan terhadap penduduk yang berada di zon hijau, seperti
membenarkan beberapa perniagaan kembali beroperasi secara
berfasa.

"Perniagaan di zon hijau boleh dibenarkan kembali beroperasi,


khususnya membabitkan peniaga kecil, dengan syarat zon itu tiada
kes baharu bagi tempoh 10 hingga 14 hari berturut-turut," katanya.

Lagi berita mengenai COVID-19

© New Straits Times Press (M) Bhd

MORE FOR YOU

Anda mungkin juga menyukai