Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TENGKU IDRIS SHAH KAPAR Kod Sekolah: BEA0095

1. Nama Guru PN SUHAIDAH BINTI ABU BAKAR

2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang: Kaunseling

4. Pengarang Abdullah Sani Yahaya 5. Muka Surat:244

6. Terbitan PTS Publications & Distributors sdn. bhd

Sinopsis :
7.

Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak
tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar
tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan
bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih
gemilang.
     Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan
budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang
membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi
muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk
menguasai minda anak watan kita.
   Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah
individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai
salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah
kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan
& kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.
   Oleh itu, harapan dan impian semua pihak  agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi
orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi
sekolah sebagai tempat tahanan dan  kongkongan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

     Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di
rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak
membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan
motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
    Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus
dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh
rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan
masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya
    Di samping itu, terdapat saranan untuk  membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam
bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan  nilai
di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program
Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan
mereka.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan
pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan
acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya
permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal
disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti
melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing
pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa
kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai
yang baik.
   

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )