Anda di halaman 1dari 9

Jawapan pembentangan

Pihin:

Gejala cultural schizophrenia, iaitu rasa rendah diri terhadap kekuatan budaya sendiri dan
merasakan segalanya yang datang dari dunia Barat itu adalah terbaik, melambangkan
ketinggian tamadun dan mampu membawa kemajuan negara. Pada masa yang sama budaya
yang terlalu mengagungkan dan memuja artis kegemaran mereka serta budaya KPOP yang
terlalu ekstrimis. Boleh meminati tapi jangan sampai melunturkan jati diri generasi kini. Generasi
di negara pada hari ini perlu kembali merasakan bahawa masyarakat timur mampu untuk maju
ke hadapan dengan menjadikan nilai-nilainya sendiri sebagai asas.Tidak ada salahnya kita
mengambil nilai-nilai yang positif dari Barat asal sahaja nilai-nilai tersebut mampu disesuaikan
dengan aspirasi agama dan budaya setempat.

Kita sewajarnya mengambil iktibar daripada Polemik Kebudayaan yang pernah tercentus di
Indonesia seketika dahulu. Pengarang besar Indonesia, Sutan Takdir Alisjahbana yang pernah
menjadi pengagum besar budaya barat dan berpegang bahawa rakyat Indonesia hanya akan maju
apabila menjadikan Barat sebagai acuan kemajuannya tetapi kekaguman beliau akhirnya berubah
apabila beliau mendapati bahawa yang terhasil daripada keghairahan mengikuti acuan kemajuan
barat hanyalah generasi “kepalang tanggung”, iaitu generasi yang sudah tercabut dari akar budaya
tradisi sendiri tetapi tidak pula mencapai tingkat kemajuan seperti yang diharapkan.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum seperti Malaysia,
proses pembentukan kebudayaan kebangsaan memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya
dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kebangsaan atau kemalaysiaan. Perlaksanaan kebudayaan
dalam negara dapat memperlihatkan sifat-sifat yang baik, mulia dan seterusnya merealisasikan
pembinaan negara bangsa.

Rasional

Pengubalan Dasar Kebudayaan kebangsaan penting bagi sesebuah negara membangun yang
mempunyai penduduk yang berbilang kaumseperti Malaysia. Dasar ini nanti akan menjadi garis
panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identity negara dalam kalangan dunia
antarabangsa.

Objektif

1. Memupuk dan memelihara keperibadian yang tumbuh daripada kebudayaan.

2. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang


seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan perlaksanaan

Pemulihan, pemeliharaan danpembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan


kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan
perubungan budaya.

Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan


melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan.

Mewujudkan komunikasi yang berkesan kea rah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisme Malaysia.

Memenuhi keperluan sosiobudaya.

Meningkatkan taraf dan mutu kesenian.

Peranan Belia Dalam Memperkasa Budaya


Belia merupakan generasi yang akan menggerakkan perubahan dan mencorakkan hala tuju
perjalanan negara. Sehubungan itu, belia pada hari ini perlu diperkukuh dengan kemantapan budaya
dan ketinggian nilai-nilai kehidupan agar generasi yang terbentuk pada masa hadapan mampu untuk
menghadapi cabaran sezaman. Walaupun begitu, persoalan budayalah yang sebenarnya begitu
rumit untuk dihadapi. Hal ini demikian memandangkan budaya bukanlah sekadar terhenti di
wacana-wacana ilmiah sahaja, tetapi apa yang dapat kita lihat di dalam amalan kehidupan
masyarakat. Persoalan budaya tidak wajar dihiaskan dengan polemik yang tidak berkesudahan,
tetapi perlu ditangani oleh langkah-langkah proaktif dan dasar yang berkesan. Lebih penting, para
pemimpin di setiap lapisan dan lapangan perlu untuk memainkan peranan mencetuskan penjelmaan
nilai yang mampu memperkasa masyarakat. Dalam membangunkan budaya, persoalan kepimpinan
melalui teladan merupakan kaedah yang paling mudah untuk mengajak masyarakat berubah ke arah
kebaikan.

Serangan budaya Barat memanglah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi. Dengan
kemenangan aliran demokrasi-liberal- kapitalisma sebagaimana yang pernah dilontarkan oleh
Francis Fukuyama hampir dua dekad lalu , proses globalisasi menjadi ancaman terhadap budaya
setempat. Kapitalisma yang menjadikan tujuan mengaut keuntungan semata-mata sebagai terasnya
kini tersembunyi di dalam pelbagai bentuk , daripada pemakaian, kecanggihan alat komunikasi, gaya
bertutur, muzik, siri realiti televisyen hingglah kepada percambahan pusat-pusat hiburan tanpa
memikirkan kesannya kepada budaya masyarakat setempat. . Pada hari ini barulah kita menyedari
bahawa globalisasi bukan sahaja terhenti kepada perihal ekonomi dan dasar perdagangan semata-
mata, tetapi globalisasi juga wajar dilihat dalam kontek pensejagatan nilai-nilai Amerika
( globalisation of American values).

Dalam konteks Malaysia, kita tidak dapat menyangkal hakikat bahawa generasi belia di
negara sedang berhadapan dengan cabaran kebudayaan yang begitu penting. Pada hari ini, generasi
belia berhadapan dengan pelbagai bentuk budaya yang bersifat destruktif dan tidak menguntungkan
negara. Hal ini terzahir daripada pelbagai salah laku dan masalah sosial yang berpunca daripada
budaya hedonisme, sensate dan permisif. Lebih malang lagi, generasi remaja dan belialah yang
paling teruk terdedah kepada serangan budaya ini. Generasi muda lebih cenderung menghabiskan
masa berpestaan dan berhiburan, menghadiri konsert, berpacaran dan bergaul secara bebas
daripada melakukan aktiviti aktiviti yang lebih bermanfaat seperti menggiatkan diri dalam
pertubuhan-pertubuhan belia. Lihat sahaja bagaimana generasi muda kita menyambut kedatangan
tahun baru, hari kemerdekaan malah ada segelintir pihak yang meraikan perayaan Halloween pada
bulan oktober lalu! Amat malang kerana semua ini melunturkan semangat generasi muda dari
menyumbang tenaga untuk kebaikan masyarakat dan mereka juga menjadi tidak prihatin terhadap
persoalan-persoalan kemasyrakatan yang berlaku di sekeliling mereka setiap hari.
Negara kita sudah mula membicarakan soal kebudayaan kebangsaaan seawal tahun 1971
lagi, menerusi kongress Kebudayaan Kebangsaan yang telah menetapkan tiga komponen utama yang
akan mencirikan budaya kebangsaaan, iaitu kebudayaan penduduk asal rantau ini, kebudayaan luar
yang sesuai dan wajar dengan realiti setempat dan Islam sebagai pembentuk elemen utama
keperibadian budaya kebangsaan. Dari segi dasar, kita sudah mempunyai garis-garis besar haluan
pemerkasaan budaya negara. Sungguhpun begitu, yang perlu diberi perhatian pada hari ini adalah
soal menerjemahkan dasar ini melalui langkah-langkah yang akan memberikan hasil dan
menyegarkan pelaksanaannya. Pendek kata, bagaimana menjelmakan semangat daripada dasar ini?

Memang sewajarnya kita merasa gusar, prihatin dan gelisah dengan segala wabak sosial ini.
Hal ini demikian kerana sekiranya tidak ada usaha-usaha terancang dan perancangan budaya
( cultural planning), generasi pada masa hadapan akan lemeh dan tidak mampu menghadapi
perubahan sezaman. Kita wajar menjadikan cetusan pemikir Islam Almarhum Malik Bennabi yang
telah mengungkapkan perihal kebolehjajahan umat sebagai sindrom colonializibility sebagai amaran
kepada kita. Menurut beliau, punca kita mudah terjajah bukanlah disebabkan hebatnya budaya yang
menjajah itu, tetapi segalanya bermula apabila kita sendiri sudah melupakan asas-asas jati diri kita
sendiri yang terdiri daripada agama, pegangan nilai dan budaya. Hanya apabila kita sudah tidak yakin
lagi dengan kekuatan sendiri, barulah penjajahan budaya dan pemikiran lebih mudah berlaku. Kunci
penjajahan minda dan budaya adalah kelemahan diri sendiri yang dimiliki!

Begitu juga dengan gejala cultural schizophrenia, iaitu rasa rendah diri terhadap kekuatan
budaya sendiri dan merasakan segalanya yang datang dari dunia Barat itu adalah terbaik,
melambangkan ketinggian tamadun dan mampu membawa kemajuan negara. Generasi belia di
negara pada hari ini perlu kembali merasakan bahawa masyarakat timur mampu untuk maju ke
hadapan dengan menjadikan nilai-nilainya sendiri sebagai asas.Tidak ada salahnya kita mengambil
nilai-nilai yang positif dari Barat asal sahaja nilai-nilai tersebut mampu disesuaikan dengan aspirasi
agama dan budaya setempat.

Kita sewajarnya mengambil iktibar daripada Polemik Kebudayaan yang pernah tercentus di
Indonesia seketika dahulu. Pengarang besar Indonesia, Sutan Takdir Alisjahbana yang pernah
menjadi pengagum besar budaya barat dan berpegang bahawa rakyat Indonesia hanya akan maju
apabila menjadikan Barat sebagai acuan kemajuannya tetapi kekaguman beliau akhirnya berubah
apabila beliau mendapati bahawa yang terhasil daripada keghairahan mengikuti acuan kemajuan
barat hanyalah generasi “kepalang tanggung”, iaitu generasi yang sudah tercabut dari akar budaya
tradisi sendiri tetapi tidak pula mencapai tingkat kemajuan seperti yang diharapkan.

Prasyarat utama dalam memperkasa budaya adalah memahami bahawa budaya merupakan
jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat dan bukanlah semata-mata dibataskan kepada
stereotaipnya- muzik tradisional, tarian asli, dan sebagainya. Tetapi budaya perlulah ditanggapi
sebagai gaya hidup, penghayatan nilai, pancaran peribadi dan perilaku kita dalam kehidupan sehari-
hari. Hanya apabila kita memahami erti, tujuan dan peranan budaya barulah kita mampu merangka
langkah-langkah berkesan dalam menyuburkannya di tengah-tengah masyarakat. Budaya sebagai
jelmaan nilai merupakan asas penting dalam konteks masyarakat malaysia. Hal ini demikian
memandangkan sebagai masyarakat Timur, kita ditekankan tentang kepentingan nilai-nilai budaya
yang memancarkan kepatuhan terhadap agama dan adat resam tempatan. Sebagai contoh,
masyarakat perlu sentiasa ditegaskan dengan kepentingan moral dan kesusilaan dalam segenap
aspek. Dalam menghadapi pengaruh budaya barat yang begitu ketara, seperti gaya berpakaian
misalnya, masyarakat perlu sentiasa ditekankan bahawa perlu ada garis yang jelas antara masyarakat
tempatan dan masyaralkat barat. Kita tidak mahu adanya pemikiran bahawa demi mengejar
kemajuan , setiap yang didatangkan dari barat itulah yang terkini dan paling baik untuk semua.

Dengan lahirnya Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjelang tahun 1971 membuktikan bahawa
persoalan budaya sememangnya sudah menjadi salah satu perkara yang dititikberatkan oleh
kerajaan. Ruang inilah yang perlu dimanfaatkan oleh generasi belia di negara ini dengan sebaik-
baiknya. Para pemimpin belia perlu merangka strategi bagi menyedarkan masyarakat bahawa kita
perlu terus mempertahankan budaya tempatan sebagai satu cara membina kekuatan generasi yang
akan meneruskan kesinambungan negara pada masa hadapan. Hal ini dapat dilakukan dengan
memperbanyak penganjuran akktyiviti aktiviti yang dapat membangunkan budaya ilmu,
memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan mengetengahkan seni
budaya seperti silat dan muzik tradisional yang kaya dengan pengaruh budaya setempat. Selain itu
kempen-kempen permartabatan ciri-ciri budaya setempat seperti kempen budi bahasa sewajarnya
diperluaskan sehingga masyarakat merasai kesannya.

Sebagai tamsilan, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara telah menganjurkan Festival
Antarabangsa Kesenian Orang Asli dan Peribumi 2016, Festival Gendang Melayu Sarawak, Pesta Air
Chenor Pahang dan sebagainya untuk mengangkat martabat kesenian yang terdapat di Malaysia
(Amirul Aiman Anuar, 2016). Konklusinya, Dasar Kebudayaan Kebangsaan berperanan penting ke
arah mewujudkan satu elemen kesenian yang menjadi identiti Malaysia di mata dunia.

Dalam hal ini, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berperanan sebagai organisasi
utama dalam pelaksanaan matlamat dan strategi Dasar Kebudayaan Kebangsaan melalui
penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian serta
perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.
merupakan salah satu keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan melalui Perkara 153.

Persepsi bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah 'hak' orang Melayu dan Bumiputera, tidak
tepat.

Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub menegaskan, tujuan asal penubuhan institusi itu lebih 60
tahun lalu adalah untuk membantu golongan Melayu dan Bumiputera yang miskin dan ketinggalan
pada masa itu.

Tetapi keadaan kini sudah berubah.

"Tidak ada 'hak orang Melayu' kerana pada asalnya, UiTM ditubuhkan untuk membangunkan orang
Melayu yang kekurangan dan dalam kemiskin

kemasukan ke IPTA yang lain 100% berasaskan kelayakan akademik dan bukan lagi berpandukan
quota kaum

“Komuniti-komuniti lain mempunyai kepentingan sah dalam mendapatkan hak pendidikan tetapi
orang Melayu mempunyai hak istimewa dalam pendidikan menerusi perkara ini,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, jika kaum India atau kaum-kaum lain yang ketinggalan dalam aspek pendidikan
atau ekonomi, kerajaan perlu memberikan perhatian kerana hak mereka juga termaktub didalam
Perkara 153.

Zaman Pra Merdeka (sebelum 1957),

semasa pentadbiran British, sekolah-sekolahdi Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran iaitu
Sekolah Inggeris, SekolahMelayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai
bahasapenghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain.
Namunmenjelang kemerdekaan timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistempersekolahan.
Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistempersekolahan pada masa itu dan
menghasilkan Laporan Razak (1956) yangmeletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan
untuk memupuk perpaduanmelalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua. Bahasa Melayu
sebagaibahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan
sistempeperiksaan yang sama bagi semua sekolah.Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan
dasar pendidikan olehJawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)
yangmenggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistempendidikan.
Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turutditingkatkan dengan
menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama diluar bandar. Seterusnya Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat
pendidikan negara. Falsafah inimenekankan pendidikan yang menyeluruh dan berse

PROF Datuk Dr Teo Kok Seng (kiri) bersama Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Dakwah Negara,
Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid (kanan) pada sesi pembentangan kertas kerja sempena
Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Tahun 2018 di Pusat Konvensyen Amanjaya, Hotel
Casuarina@Meru, Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya

Hubungan etnik negara lemah kerana sekolah pelbagai aliran

Oleh Shaarani Ismail dan Muhammad Apendy Issahak

news@nstp.com.my

Share

Tweet
IPOH: Aspek perpaduan dan hubungan etnik di negara masih berada pada tahap kurang memuaskan
kesan daripada sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud dalam negara.

Profesor Bahasa Melayu yang juga Felo Utama Institut Kajian Etnik Kebangsaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seng, berkata ini kerana banyak perkara
membabitkan hak dan keistimewaan orang Melayu yang menjadi asas perlembagaan dipertikaikan
golongan muda dalam kalangan etnik lain.

Katanya, perkara itu berlaku adalah disebabkan sistem pendidikan yang diterima mereka kerana
wujud sekolah pelbagai aliran dalam negara yang membenarkan pengasingan etnik pada usia yang
cukup muda.

"Hubungan etnik kini menjadi cabaran dan ia datang dari golongan muda, khususnya etnik muda
bukan Melayu yang seringkali mempertikai adat Melayu dan enggan terima adat Melayu sebagai
sebahagian daripada perkara penting pembangunan nasional.

"Hubungan etnik dalam negara masih tahap seperti maksud simpulan bahasa 'Kenal Cina' sahaja.

"Kiasan Kenal Cina adalah perkenalan yang tak mesra dan hanya di permukaan sahaja dan belum ke
tahap kenal lebih daripada itu, kita hanya kenal luaran mereka sahaja dan ia berlaku ada kaitan
dengan sistem pendidikan kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Kepimpinan dan Ulil Amri Tanah
Melayu: Sorotan Adat Melayu dan Perlembagaan pada hari terakhir Muzakarah Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini, hari ini.

Katanya, tindakan membenarkan pengasingan etnik pada usia cukup muda seawal lima tahun ketika
memasuki tadika, hingga ke sekolah rendah yang mempunyai tiga aliran pastinya menyukarkan
pelajar bergaul apabila dicantumkan di peringkat menengah.

"Perkara itu (kelemahan hubungan etnik) perlu diselesaikan dan ia perlu kepada sistem pendidikan
satu aliran sebagaimana yang dilaksanakan negara jiran iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.
"Kita perlu rungkaikan sistem persekolahan supaya ia menjadi hanya satu aliran, di mana-mana
tempat pun di dunia, sistem inilah yang digunapakai untuk menyatu padu anak bangsa dan
menghasilkan produk yang sama identitinya," katanya.

Beliau berkata, apa yang menyedihkan, dalam negara yang mempunyai sistem pendidikan yang
pelbagai, masih terdapat dalam kalangan rakyat yang gagal, malah tidak boleh berbahasa Melayu
dengan baik sedangkan ia menjadi bahasa kebangsaan yang menjadi tunjang negara.

"Ia sangat tidak kena kerana sebagai warga negara yang tidak menguasai bahasa negara apakah
ertinya kerakyatan yang dipegang? Ini masalah yang sangat serius dalam negara tetapi ia tidak
disebut oleh orang politik atas beberapa sebab.

"Tetapi bagi saya

Anda mungkin juga menyukai