Anda di halaman 1dari 6

NOVEL

TINGKATAN 4
DI SEBALIK DINARA
BAB 7
Shida menemani Farisha untuk bertemu
Rosman di pejabat untuk menyerahkan
satu salinan kontrak projek Soft Lab
kepada Rosman.Mereka bertiga membaca
penuh teliti setiap helaian kontrak
yang telah disediakan oleh bahagian
perundangan syarikat Soft Lab.Shida
kerap dijemput sama untuk berkongsi
buah fikiran kerana dia memiliki latar
belakang undang.Farisha selalunya akan
memberikan sedikit gajaran untuk
pertolongnya.
Farisha terlihat cahaya terang
seperti kilat yang memancar dan
kepalanya terus berdenyut.Atas nasihat
Rosman,mereka membatalkan sahaja tujuan
untuk menghabiskan pembacaan kontrak
pada malam itu.Mereka meninggalkan
pejabat syarikat Secured Shell lalu
menuruni tangga perlahan-lahan.Sampai
ke tingkat bawah,Uncle Seng,tuan punya
sebuah kedai runcit di blok itu menegur
mereka.Uncle Seng mengatakan bahawa dia
berehat dekat dalam dan tiba-tiba
mendengar bunyi orang lari turun
tangga.Mereka bawa beberapa beg
besi.Yang paling aneh,seorang daripada
mereka membawa barang serupa piring TV
satelit.
Dua malam selepas kejadian di pejabat
syarikat Secured Shell,Farisha diundang
oleh Azraai untuk makan malam bersama-
sama keluarganya.Setelah selesai
mengemas meja & membasuh
pinggan,Farisha duduk berhadapan dengan
Azraai di sofa.Apabila Farisha
memulakan bicara dia mula tidak rasa
sedap hati apabila Azraai menelefonnya
pagi tadi dan mengajaknya datang ke
rumah untuk membincangkan sesuatu
perkara.Azraai berterus terang bahawa
dia mempunyai masalah jantung lalu
Farisha terkejut akan berita
tersebut.Farisha menyangkakan itulah
berita paling buruk yang terpaksa dia
telan malam itu.Rupa-rupanya perkara
yang ingin dibincangkan oleh Azraai
adalah lebih dahsyat.Mungkin khabar itu
lebih teruk daripada panggilan telefon
yang diterimanya beberapa tahun lepas
ketika ayahnya meninggal dunia.Berita
itu menyebabkan Farisha tidak lena
tidur malam dan hidupnya kini menjadi
rumit.Masa bagaikan terhenti seketika
buat Farisha apabila abangnya Azraai
menyampaikan berita tersebut.

BAB 8
 Aqram,Dr.Maxi dan Khairul Anwar kini
sedang menonton skrin besar dan
bersedia untuk sesi selanjutnya
antara Karl dengan Farisha pagi itu
apabila Farisha tiba-tiba jatuh
pengsan.Khairul Anwar terus
menghubungi pasukan perubatan
syarikat.Bibir Farisha kelihatan
pucat dan matanya sembap(bengkak).
Pasukan perubatan seramai tiga orang
meluru ke dalam bilik untuk memeriksa
Farisha.Ambulans tiba kira-kira 10
minit kemudian untuk membawa Farisha.
Dr.Maxi ikut sama,manakala Aqram dan
Khairul Anwar segera menuju ke arkib
untuk bertemu dengan Shida.
 Farisha langsung tidak bercerita
seperti biasa.Shida memberitahu
bahawa Farisha hanya duduk diam di
dalam kereta apabila Aqram menanyakan
soalan kepadanya.Shida tidak tahu
sama ada dia terjaga atau terlena
kerana dia mengenakan sepasang kaca
mata hitam yang besar,sesuatu yang
jarang dilakukan oleh Farisha.Shida
merenung mata Aqram.Baru dia perasan
betapa sempurnanya penampilan lelaki
itu.Shida memberitahu bahawa Farisha
pergi berjumpa abangnya apabila
Khairul Anwar menanyakan soalan
kepadanya.
 Aqram mengajak Shida untuk berbincang
dengannya dan Dr.Maxi.Perasaan Shida
kini berdebar-debar apabila jam
menunjukkan hampir pukul 4:30
petang.Apabila dia mengembalikan
bahan-bahan yang diambil dari rak-rak
di bilik arkib tersebut dia ternampak
beberapa pesanan ringkas daripada
nombor Farisha di telefonnya.Farisha
telah menyatakan bahawa doktor nak
buat CT-Scan,katanya ada benjol di
belakang kepala.

TAMAT….