Anda di halaman 1dari 1

Ketika saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK Bayan Lepas 2, para guru dan

guru Besar menyambu kedatangan saya dengan baik dan ceria. Antara kaedah yang digunakan
ketika mentor bahasa Melayu saya mengajar adalah dengan mengasingkan setiap perenggan
dan meletakkan formula yang kreatif di setiap perenggan. Contohnya, P1 (perenggan 1)
diletakkan formula SS (salin soalan), P2 (perenggan 2) diletakkan formula PW (penanda
wacana), KB (kata bantu), AYN (apa yang nampak), KH (kata hubung), AYF (apa yang fikir) dan
P3 (perenggan 3) diletakkan formula NM (nilai murni). Melalui kaedah ini, murid dapat mencipta
karangan pendek berdasarkan gambar yang terdapat pada soalan dengan tepat. Kaedah ini
dilakukan oleh murid dalam bentuk kotak supaya murid dapat membuat karangan mengikut
turutan yang betul. Guru hendaklah memastikan murid melakukan dengan betul dan tidak
tertinggal meletakkan koma dan noktah bila perlu.Teknik seterusnya adalah dengan
mengakronimkan cara-cara pembinaan ayat. Akronim ini dicipta berfokuskan kepada
kepentingan dalam suatu ayat, iaitu MHWPHJ (Mat Husin Wajib Pergi Hari Jumaat) yang
berperanan sebagai kata tugas, iaitu Mestilah, Hendaklah, Wajarlah, Perlulah, Haruslah dan
Janganlah. Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar hanya perlu menghafalnya dengan betul
supaya tidak tertinggal perkara0perkara penting utk membuat ayat. Hanya sedikit usaha yang
perlu guru lakukan, iaitu memastikan murid-murid mengingati akronim dengan maksudnya
dengan betul. Di samping itu, teknik untuk peribahasa pula, guru di sekolah ini menggunakan
teknik tubuh badan, di mana anggota tubuh badan yang dibulatkan perlu dibina peribahasa
yang berkaitan dengannya. Misalnya, anggota tubuh badan seperti tangan, diperibahasakan
sebagai ‘dalam tangan’. ‘tangan panjang’ dan ‘tangan kosong’. Dasawarsa ini, teknologi yang
kian berkembang telahpun menerajui dalam bidang pendidikan. Maka, penambahbaikan telah
dibuat dalam bilik darjah seperti penggunaan visualizer yang memudahkan guru memaparkan
apa-apa lampiran yang ingin ditunjukkan kepada pelajar melalui LCD

Pada pandangan saya, dalam pembinaan ayat, penggunaan subjek dan predikat perlu
ditekankan dengan lebih lagi supaya murid-murid dapat membezakan si pelaku dengan kerja si
pelaku. Maka tidak menjadi masalah buat murid untuk membina ayat dengan mudah. Misalnya,
Ali bermain bola, Ali sebagai subjek dan bermain bola adalah predikatnya.

Anda mungkin juga menyukai