Fokuskan tentang babak akhir surah Ali Imran dan permulaan surah An-Nisa’, di mana bermula ayat
92 surah Ali Imran dan akhiri dengan ayat 23, surah An-Nisa’.
Bermula dengan kisah keluarga Imran yang diuji Allah untuk menerima ketentuan taqdir, di mana ibu
Maryam diuji mendapatkan anak yang tidak disangka. Beliau menginginkan anak lelaki, tetapi Allah
mengurniakan anak perempuan. Lalu ibu Maryam menyangka tiada kebaikan dengan hal tersebut,
tetapi ia adalah kebaikan yang besar daripada Allah, kerana bayi perempuan ini akan menjadi
perempuan terbaik, iaitu Maryam alaihissalam.
Penghujung surah Ali Imran menghuraikan tentang taqdir yang di pandangan mata zahir yang
seseorang akan melihatnya sebagai kekurangan, kelemahan, keburukan, kemalangan dan kehinaan,
tetapi ia sebenarnya ialah kemuliaan dan penuh dengan hikmah dari Allah swt, iaitu kisah
peperangan Uhud.
Surah Ali Imran adalah kesinambungan surah Al-Baqarah, di mana kisah pertembungan antara orang
beriman dengan mereka yang kafir, maka surah Al-Baqarah diakhiri dengan doa, “Ya Allah,
menangkan kami ke atas orang kafir.” Maka bermulanya surah Ali Imran menyatakan tentang
bagaimana natijah pertembungan ini, komentar Allah terhadap kekalahan Quraisy dan kemenangan
Islam di perang Badar, dan diakhiri dengan apa yang manusia kata sebagai kekalahan di perang
Uhud. Tetapi di sisi Allah, ia adalah kebaikan dan satu peperangan yang perlu dilihat sebagai positif
oleh pihak Muslimin. Ia adalah taqdir Allah yang seharusnya dipandang dengan kebaikan. Buktinya
ialah di akhir surah Ali Imran,3 pihak tersebut diletakkan Allah dengan puji-pujian iaitu,
1. Para Sahabat
2. Para sahabat di bukit pemanah, yang terlanjur melakukan kesilapan dengan turun dari bukit
pemanah
3. Mereka yang syahid
Walaupun zahirnya kita kalah dalam perang Uhud, tetapi Allah ingin mengajarkan kita dalam surah
Ali Imran untuk memahami kadang-kadang orang Islam akan mengalami situasi di mana secara
zahirnya kita kalah, tetapi di sisi Allah dia penuh dengan kebaikan dan hikmah.
Dalam ayat 172, Allah memuji para sahabat yang terbabit dalam perang Uhud, memuji kedudukan
mereka di Hamara ‘ul Asad, peristiwa di mana tentera Uhud menunjukkan keberanian menakjubkan
walaupun mereka berdarah, luka di sana sini. Tetapi di saat Rasulullah menyeru mereka untuk
bersedia menghadapi kaum Quraisy, mereka menyahut seruan Rasulullah. Bukanlah kekalahan yang
dihadapi, tetapi adalah kemenangan yang tertangguh.
Dalam ayat 135, Allah merakamkan kebaikan dan kemuliaan terhadap para sahabat di bukit
pemanah, di mana kesilapan yang dilakukan di bukit pemanah dipandang mulia dengan taubat yang
dilakukan oleh mereka sehinggakan Allah menyebutkan balasan bagi mereka ialah diampunkan
dosa-dosa dan diberikan ganjaran syurga.
Bagi pihak ketiga, iaitu mereka yang syahid di medan Uhud. Di mata orang kafir, mereka seperti mati
katak, tetapi Allah perang Uhud adalah kemenangan bermakna bagi Hamzah dan Mus’ab bin Umar
dan beberapa lagi sahabat yang mendapatkan syurga, kemenangan yang sebenar. Demikianlah
dalam ayat 169, di mana Allah membetulkan cara fikir para sahabat melihat para sahabat yang telah
mati (syahid).
Surah Ali Imran bermula dengan doa, dan diakhiri juga dengan doa. Ianya bermula dengan ulil albab
dan diakhiri juga dengan ulil albab. Ianya juga bermula dengan perintah untuk bersabar di atas
segala ketentuan, dan berakhir juga dengan kesabaran. Jadi, berkata Said Hawa, apabila ayat 200
berakhir dengan “agar kamu beruntung”. Maka, fahamlah bahawa Surah Ali Imran menghuraikan 5
ayat pertama tentang surah Al-Baqarah. Surah Ali Imran dan Surah Al-Baqarah adalah 2 surah yang
disebutkan oleh Rasulullah, “Barangsiapa yang bersahabat dan membacanya dengan penuh
penghayatan, maka dia akan menjadi 2 kawanan burung dan 2 gumpalan awan di padang mahsyar
nanti, menaungi mereka yang membacanya.