Tidak pernah dan tidak terlintas betapa saya akan mengikuti kursus bakal seorang
Guru Besar sepertimana sekarang ini. National Professional Qualification for Educational
Leaders atau NPQEL adalah kursus yang dimaksudkan. Evolusi NPQEL ketika ini sudah
sampai ke versi 2.0 maka saya terpilih daripada ratusan pemohon lain dan ditawarkan untuk
mengikuti kursus 15 minggu NPQEL 2.0 Ambilan 1/2019. Alhamdulillah dan syukur
kepadaMu.
e-NPQEL ialah salah satu mod pembelajaran untuk program NPQEL. Pelbagai
bahan multimedia digunakan bersesuaian dengan konsep pembelajaran dalam talian.
Pembentangan Eksekutif [ PE ] pula ialah salah satu daripada komponen mod pembelajaran
bersemuka. Pembentangan adalah secara individu di hadapan barisan Panel Pentaksir
berdasarkan stimulus yang diberikan. Meskipun begitu perbincangan adalah secara
berkumpulan. Aktiviti Perantisan 2 pula merupakan job shadowing di sebuah sekolah dipilih.
Jalinan Pintar Korporat [ JPK ] pula menguji tahap kompetensi membina dan memanfaatkan
hubungan baik dengan pemegang taruh dalam membantu sekolah ke arah pencapaian
cemerlang manakala Lawatan Penandarasan ke Institusi Swasta [ LaPIS ] dijalani bagi
mentaksir sejauh mana tahap penguasaan kompetensi berkomunikasi berkesan dan
berkeperibadian tinggi sebagai seorang bakal pemimpin masa hadapan.
1
PENGALAMAN LEPAS
Pada tahun 2009 saya kembali ke sekolah rentetan daripada penstrukturan semula
perjawatan di PPG Mukah. Berbagai-bagai jawatan juga yang menjurus kepada pemimpin
pertengahan telah saya sandang dalam tempoh bergelar seorang guru akademik biasa
sehingga tahun 2013. Pada tahun 2014 pula, saya ditawarkan menjadi Guru Penolong
Kanan ( GPK ) Kokurikulum di SK Kuala Kenyana, Mukah. Cikgu Yahya bin Haji Ismail
sebagai Guru Besar ketika itu ( sehingga kini ) telah saya anggap sebagai mentor kedua
dalam bidang pengurusan dan pentadbiran ini. Tidak disangka-sangka chemistry antara
kami berdua betul-betul menjadi sehingga berjaya mempengaruhi subordinat untuk
bersama-sama sederap dan senada demi pencapaian sekolah yang gemilang.
Sebelum ini, telah beberapa kali mencuba tetapi hanya pada tahun 2014 SK Kuala
Kenyana, Mukah buat pertama kalinya berhasil mencapai keputusan 100% dalam UPSR
yang mana ketika itu saya sudah pun bergelar GPK Pentadbiran, selepas 6 bulan menjawat
jawatan GPK Kokurikulum di sekolah yang sama. Pencapaian UPSR telah menjadi rekod
peribadi dan juga sekolah kerana mengulang pencapaian 100% itu bagi tahun 2016, 2017
dan 2018 ( saya berpindah ke SK Sungai Duan, Mukah pada bulan Julai sebagai GPK
HEM ). Sekali lagi khidmat bakti saya dalam bidang pengurusan mendapat pengiktirafan
apabila menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi urusan tahun 2016. Cikgu
Yahya bin Haji Ismail juga merupakan insan yang bertanggungjawab dalam memberikan
dorongan, galakan dan motivasi untuk saya mengikuti kursus NPQEL kerana katanya
sayang jikalau bakat dalam kepimpinan yang sedia ada itu tidak digilap oleh IAB Cawangan
2
Sarawak maka ia tidak akan bersinar menjadi permata sebaliknya ianya akan pudar dan
akhirnya tidak akan diambil peduli. Gaya kepimpinan dan corak pengurusan yang
diamalkan oleh beliau menarik perhatian dan minat saya untuk menggali dan mendalami
laluan kerjaya sebagai seorang pemimpin sekolah pada suatu hari nanti. Sewajarnya
pengalaman lepas telah mengajar saya terus berusaha untuk memantapkan kemahiran,
kekuatan dan cabaran yang bakal dihadapai sebagai pemimpin yang berjaya pada masa kini
dan masa akan datang.
DAPATAN AKTIVITI
1.0 e-NPQEL
Kepenatan dengan aktiviti-aktiviti rutin harian juga menjadi faktor kepada kadar
perlahan untuk menyelesaikan dan menyempurnakan modul-modul yang terkandung dalam
e-pembelajaran itu. Menghadap skrin laptop bukanlah perkara yang digemari kerana ia
memberikan kesan kepada penglihatan kita dan merasa pening dalam satu tempoh tertentu.
Secara peribadinya, pembelajaran maya atau e-pembelajaran merupakan cara berkesan
untuk mengatasi isu peruntukan yang besar jika saya dan 74 orang lagi rakan peserta
NPQEL 2.0 Ambilan 1/2019 hadir dan berkampung di IAB Cawangan Sarawak untuk
tempoh yang lama iaitu 15 minggu. Sudah pasti ia akan menelan kos yang bukan sedikit.
Namun tidaklah pula pembelajaran secara tradisional itu sudah kurang dapat dilaksanakan
secara berkesan. Pembelajaran maya ini lebih fleksibel daripada segi pengurusan masanya
kerana kita boleh akses laman sesawangnya pada bila-bila masa sahaja mengikut waktu
kelapangan kita hatta sehingga menjelang tengah malam sekalipun.
Apa yang saya perasan berkenaan pembelajaran secara maya itu ialah integriti kita
sebagai seorang penjawat awam. Kita sedia maklum bahawa e-pembelajaran adalah secara
kendiri maka kejujuran itu amat penting dan memainkan peranannya yang besar dalam hal
ini. Penipuan boleh sahaja berlaku yang mana kita boleh saja mengupah orang lain untuk
menyempurnakan kursus secara atas talian itu. Namun bagi saya ilmu yang hendak
disampaikan melalui modul-modul dalam e-pembelajaran itu amatlah mustahak dan sebagai
bakal pemimpin pada masa hadapan faktor integriti dan kejujuran itu wajib ada dan mesti
sentiasa dipupuk serta dibugarkan dari semasa ke semasa. Ini kerana bagi saya nilai isi
kandungan modul yang disampaikan secara maya itu sama pentingnya dengan isi
kandungan modul yang disampaikan secara kuliah di dalam kelas oleh pensyarah. Ilmu itu
sendiri adalah maha penting berbanding cara ilmu itu disampaikan. Kita mesti tahu akan
bidang tugas kita sebagai bakal pemimpin pada masa hadapan sepertimana yang
terkandung dalam modul-modul e-pembelajaran itu.
4
sepanjang mengikuti e-pembelajaran NPQEL itu. Maka penyelesaian masalah mesti segera
difikirkan iaitu melakukan proses pembelajaran maya itu pada sebelah malam sewaktu
anak-anak sudah berada di dalam bilik tidur. Cabaran seterusnya pula ialah faktor
metabolisme diri iaitu ketahanan serta kesanggupan untuk bersengkang mata hingga larut
malam. Sememangnya saya telah mencuba sedaya-upaya untuk menggunakan peluang
pembelajaran secara maya itu pada tahap maksimum.
Berbeza apabila kita membentang tanpa kehadiran pentaksir apatah lagi dengan
limitasi masa hanya 7 minit setiap pembentangan. Pembentangan eksekutif ( PE ) sangat
menggentarkan dan timbul rasa tak keruan, kelam-kabut, terkejar-kejar, kecewa, marah
pada diri sendiri, hilang keyakinan diri dan tidak percaya. Namun, bilamana selesai sahaja
sesi pembentangan perasaan pasti berubah dan menjadi begitu lega. Lapang bukan
kepalang umpama berada di tengah lautan lepas yang terbentang luas. Bermula dari siri
pembentangan eksekutif ( PE ) satu (1) atau dikenali juga dengan panggilan PE1 ianya tidak
saya nafikan sesuatu yang amat mengujakan. Makin hari makin seronok pula untuk
melakukan pembentangan dari minggu ke minggu. Maka, tidak hairanlah pembentangan
eksekutif seterusnya iaitu PE2, PE3, PE4 dan PE5 menjadi perkara yang amat dinanti-
nantikan. Bermakna kita sebagai pemimpin pada suatu hari nanti sewajarnya mampu untuk
memaparkan, menghuraikan dan menerangkan maklumat atau idea kepada audiens dalam
keadaan yang sangat bermakna.
Proses untuk menyiapkan slaid power point amatlah mencabar dek kerana kekangan
masa yang amat mencemburui kita. Adakalanya mata rasa sangat mengantuk namun mesti
digagahi jua semata-mata untuk menyiapkan slaid pembentangan sehingga berlanjutan ke
pukul 2 atau 3 pagi. Maka, tidak hairanlah kedua-dua mata menjadi sembap, sayu dan
terlihat lelah. Nilai persahabatan terbit sewaktu itu bilamana kita bersama-sama rakan
bersengkang-mata, menyumbang idea malahan mendorong sesama sendiri untuk berusaha
menyiapkan slaid pembentangan itu. Kami juga saling memberikan semangat serta motivasi
sesama rakan untuk membentangkan yang terbaik. Adakalanya kita merasakan kita tak
bersemangat tetapi rakan meniupkan semula semangat ke dalam roh kita itu. Berjauhan
dengan keluarga juga sesuatu yang mencabar. Mujurlah ada aplikasi whatsapp sebagai
penghubungnya. Boleh saja menggunakan kemudahan video call untuk melihat wajah isteri
tercinta dan anak-anak tersayang bagi menyuntik motivasi dan memberikan kemenangan
psikologi buat diri sendiri.
5
Pembentangan eksekutif itu sebenarnya memberikan ruang dan peluang kepada
saya untuk maju melalui persembahan slaid yang mana saya sebagai penyampai sentiasa
cuba untuk meningkatkan beberapa kemahiran antaranya ialah pergerakan tangan sambil
menekan butang pada alat dipanggil pointer itu. Sebenarnya, pengalaman baharu bagi saya
untuk menggunakan pointer ketika pembentangan. Agak kekok dan janggal juga pada
mulanya ketika PE1. Saya akui bahawa ada kelemahan yang perlu saya perbaiki dalam hal
ini. Saya sentiasa bercakap dalam minda saya bahawa rasa gementar dan ketakutan untuk
berdiri di hadapan khalayak bukanlah suatu ancaman. Saya sentiasa mengalih tumpuan
saya agar tidak terlalu bimbang sewaktu menunggu giliran untuk pembentangan. Saya
momokkan dalam minda saya bahawa pastinya sesuatu yang normal untuk saya berasa
gementar setiap kali untuk memulakan sesi pembentangan cumanya ia tidaklah pula sampai
ke tahap di mana saya langsung tidak boleh membentang. Ketika itu saya akan cuba untuk
menyesuaikan diri dengan audiens. Saya latih diri saya untuk mencari nada yang sesuai dan
santai supaya persekitaran menjadi selesa untuk diri sendiri dan juga kepada audiens. Saya
turut melatih pergerakan saya khususnya tangan dan kaki. Pertamanya untuk
mengurangkan tekanan tetapi apa yang lebih penting ialah untuk saya kelihatan lebih
berkeyakinan daripada sudut pandangan audiens. Perkara ini adalah kerana berdasarkan
satu kajian yang pernah dilakukan oleh pakar sebelum ini yakni pertuturan atau percakapan
hanyalah menyumbang 20% daripada komunikasi keseluruhannya.
Perkara yang paling dibimbangi ialah jikalau saya lupa apa yang hendak saya
sampaikan. ‘Blank’ secara tiba-tiba sudah pastilah mahu dielakkan kerana ia akan
menampakkan akan kelemahan diri, mengurangkan kredibiliti dan akhirnya mencacatkan
keseluruhan pembentangan saya. Namun, semua itu saya latih agar saya cepat bertindak
sekiranya berlaku saat dan ketika saya lupa akan isi kandungan yang hendak saya
sampaikan. Justeru, saya tetap melatih diri untuk membentang tanpa menggunakan teks
atau bantuan catatan setiap kali sesi pembentangan eksekutif berlangsung. Saya lebih
gemar melatih diri khususnya minda saya untuk cepat bertindak dalam keadaan kecemasan
sewaktu pembentangan. Pembentangan sangat rapat dengan kemahiran ekspresi dan nada
suara yang bersesuaian. Ia juga mampu mengasah kecerdasan berfikir dan ketrampilan
menganalisis sesuatu keadaan. Sebagai seorang pemimpin sekolah sudah tentulah
keupayaan untuk berinteraksi serta menganalisis persekitaran dan apa jua input data
menjadi salah satu kunci kepada kejayaan dalam memimpin organisasi sekolah.
6
memainkan peranan. Persediaan rapi juga mesti dilakukan sebelum pembentangan. Di
sinilah saya belajar dan berlatih tentang penggunaan masa yang betul, keserasian dan
kelicinan bahasa yang digunakan, ketertiban dan kesesuaian suara. Bagi saya, penggunaan
audio visual sangat penting kerana membantu dalam pembentangan. Dalam masa 7 minit
jika saya hanya bercakap dan audiens mendengar maka saya cukup yakin tiada
kesempatan untuk mereka menghayati setiap fakta yang disampaikan. Maka ilustrasi dua
pancaindera iaitu penglihatan dan pendengaran saya terapkan dalam pembentangan. Oleh
itu, slaid powerpoint amat membantu saya dalam setiap sesi pembentangan eksekutif yang
dijalankan. Bagi saya siri pembentangan eksekutif itulah platform terbaik bagi saya untuk
melatih serta mengasah kemahiran untuk meningkatkan tahap kompetensi berkomunikasi
berkesan dan berkeperibadian tinggi.
3.0 PERANTISAN 2
Menjalani dan melalui dua siri program perantisan sepanjang kursus NPQEL ini
banyak memberikan manfaat buat diri saya. Namun Program Perantisan 2 lebih banyak
memberikan pengalaman yang berharga buat diri saya. Pendedahan untuk tempoh 6
minggu di SK Sungai Penipah, Mukah sebagai sekolah perantisan 2 telah meningkatkan
pengetahuan dan sekaligus kelebihan. Ketika itu saya melalui alam fungsian seorang guru
besar dengan bimbingan mentor. Ia juga medan untuk saya melatih sikap jujur dan amanah,
menambah pengalaman untuk melakukan kerja yang lebih baik dan berkualiti di samping
meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi lebih matang dan bertanggungjawab terhadap
diri sendiri dan juga kepada subordinat kita.
Dek kerana guru besar masih bercuti selama dua hari maka pada hari pertama di
sekolah perantisan 2 itu saya bertemu dan bersuai kenal dengan GPK Pentadbiran iaitu
Cikgu Kisui bin Mahani. Beliau seorang yang ramah dan cepat mesra. Secara kebetulannya
waktu saya melapor diri untuk menjalani Program Perantisan 2 ialah pada hari Isnin yang
mana pada pagi itu diadakan majlis perhimpunan sekolah. Maka GPK Pentadbiran belum
berkesempatan mendapatkan butiran diri saya. Maka saya diperkenalkan kepada khalayak
sekadar nama dan sekolah asal saya sahaja. Formula 3+2 keberadaan saya di sekolah
perantisan 2 dan sekolah asal memberikan ruang dan peluang untuk saya mengenali
sedikit-sebanyak latar belakang tentang sekolah perantisan 2 saya ini. Saya gunakan
sepenuhnya peluang yang ada untuk mendapatkan segala macam maklumat tentang
sekolah sebagai bahan untuk dilaporkan dalam Laporan Perantisan 2.
Walaupun dalam keadaan terhad namun mentor saya iaitu Cikgu Anthony bin Samti,
Guru Besar SK Sungai Penipah benar-benar berusaha membantu agar saya dapat menjadi
seorang pemimpin sekolah yang berjaya. Beliau ada menyatakan bahawa ciri-ciri pemimpin
boleh dibangunkan supaya kepimpinan kita sebagai guru besar kekal relevan apatah lagi
dengan perkembangan dunia pendidikan pada abad ke-21 ini. Antara ciri-ciri pemimpin yang
dikongsikan oleh beliau ialah memiliki kejujuran dan integriti, keupayaan meyakini dan
mengupayakan orang lain, berkomunikasi, bekerjasama dan sentiasa berhubungan, aura
positif, keyakinan, komitmen dan kesungguhan, kesediaan untuk belajar, tinggalkan
pemikiran lama dan kukuhkan pengetahuan, keusahawanan, kreatif dan inovatif, naluri
intuitif serta kebolehan untuk memberi inspirasi. Itulah antara ciri pemimpin yang telah
disebut dan dihuraikan serba-sedikit oleh guru besar sekolah perantisan 2 kepada saya.
Ada benarnya apa yang dikongsikan oleh beliau itu sepanjang proses bimbingan
terhadap saya. Keupayaan meyakini dan mengupayakan subordinat di sekolah perantisan 2
itu menjadi pengalaman yang berguna. Di situlah saya berlatih untuk berkomunikasi,
bersinergi dan sentiasa berhubungan agar obor aura positif itu dapat dinyalakan. Saya juga
sentiasa memupuk nilai keyakinan, komitmen dan kesungguhan dalam melaksanakan
projek berkenaan. Situasi yang menguji tahap kejujuran dan integriti saya sebagai penjawat
awam bilamana ada usahawan perniagaan yang bersedia untuk menyumbangkan tunai
yang agak besar melebihi daripada anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk
melaksanakan projek dalam Program Perantisan 2 ini. Bagi saya biarlah sumbangan itu
bersesuaian dengan skala projek yang hendak saya laksanakan itu. Boleh saja saya terima
jumlah sebesar itu tapi prinsip yang dipegang ialah jujur dalam melakukan sesuatu perkara.
Cikgu Anthony bin Samti antara lain menyatakan betapa kita sebagai pemimpin
harus bersedia untuk berkorban. Begitu banyak pengorbanan yang terpaksa kita lakukan
nanti. Ini adalah kerana pokok pangkalnya apa jua yang berlaku dalam pengurusan dan
pengoperasian sekolah walaupun ia dilakukan oleh subordinat kita, akibat serta implikasinya
adalah kepada kita sebagai pemimpin sekolah. Di kala ini, naluri intuitif amat penting untuk
difahami. Steve Jobs misalnya menyatakan bahawa gerak hati sebagai “sesuatu yang lebih
kuat daripada akal”. Tanpa disedari banyak keputusan yang diambil sebagai guru besar
adalah hasil gerak hati iaitu taakulan bawah sedar. Oleh itu, sebagai pemimpin sekolah kita
perlu mendengar suara hati kerana ia datang daripada kebijaksanaan dan lubuk hati yang
tulus.
8
Apa yang mustahak kata beliau ialah sentiasa kukuhkan pengetahuan,
keusahawanan, kreatif dan inovatif serta asahlah kebolehan untuk memberi inspirasi
terhadap subordinat kita. Wara-warakan akan peluang pendidikan yang terbentang luas
dengan penekanan terhadap visi dan misi sekolah dengan mewujudkan satu semangat dan
keyakinan untuk bekerja bersama-sama dalam pada kita meniti hala tuju untuk mencapai
sasaran dan matlamat sekolah. Tentunya, sekolah yang cemerlang adalah didorong oleh
guru, pemimpin pertengahan, pemimpin senior dan guru besar yang bersungguh-sungguh
membawa perubahan kepada pembelajaran murid-murid. Tekanan akan tetap ada cumanya
kita sebagai pemimpin haruslah sentiasa berfikiran positif dan berusaha untuk menyerap
tekanan itu agar ia berubah menjadi output serta outcome yang luar biasa.
Perkataan jalinan dalam frasa Jalinan Pintar Korporat (JPK) itu boleh dimengertikan
sebagai kolaborasi, permuafakatan dan perkongsian. Menurut Rutter et.al. (1979),
kolaborasi dan kerja berpasukan adalah sangat penting dalam kesatuan matlamat. Chester
I. Barnard (1938) pula dalam bukunya yang berjudul ‘The Functions of the Executives’
menjelaskan bahawa ‘pentadbir perlu menggunakan sepenuhnya sumber yang ada dan
mendapat sokongan daripada ahli sistem sosial di sekolah dan masyarakat luar’. Oleh yang
demikian saya dan rakan-rakan telah melaksanakan program Jalinan Pintar Korporat (JPK)
di SK Rampangi. Tidak pernah terbayang bagaimana boleh kami melaksanakan jalinan dan
jaringan dengan pelbagai pihak untuk menjayakan satu program yang besar sebelum ini.
Umpamanya menganjurkan Program Jom Berambeh ke SK Rampangi. Bermula dari
praperancangan sehinggalah kepada perancangan terperinci dan seterusnya sampai
kepada peringkat pelaksanaan. Setiap peringkat atau proses itu memberikan pengalaman
yang cukup berharga buat diri saya khususnya. Apatah lagi memang perkara-perkara yang
dilakukan itu akan diimplementasikan di sekolah yang akan diterajui suatu hari kelak.
9
Perkongsian pintar yang bakal terjalin sudah pastilah akan memberikan kesan
kepada sistem pendidikan untuk mencapai kejayaan. Masyarakat juga dapat menjayakan
hasrat murni melalui sumbangan idea, tenaga, bahan atau mungkin peralatan serta wang
ringgit. Pepatah melayu ada menyatakan ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ boleh
dirujuk juga sebagai perkongsian kerja dan komitmen semua pihak. Ia boleh dilaksanakan
dalam pelbagai peringkat dan dalam pelbagai bentuk. Dengan adanya jalinan kerjasama
program seumpama itu maka lahirlah rasa kepunyaan, perkongsian tanggungjawab dan
komunikasi berkesan. Saya cukup berkeyakinan bahawa untuk mencapai tahap sekolah
berkesan dan peningkatan prestasi menyeluruh memerlukan keterlibatan pelbagai pihak.
Keseluruhannya saya melihat bahawa sekolah dan komuniti luar mesti wujud
permuafakatan dan kerjasama yang baik. Usaha ke arah itu bukanlah sesuatu yang mudah
bahkan ia memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak agar
apa yang dihajatkan mampu dicapai. Semua yang kita lakukan pastilah untuk
merealisasikan pembangunan modal insan yang cemerlang pada masa hadapan. Sebagai
penambahbaikan saya kira molek jika penilaian dilakukan terhadap program dilaksanakan
berasaskan model CIPP (Context-Input-Process-Product Evaluation) seperti yang
dinyatakan oleh Stufflebeam. Secara realistiknya tempoh masa persiapan dan persediaan
yang agak singkat di SK Rampangi agak bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan sempena Program Jom Berambeh ke SK Rampangi.
Dalam konteks sekolah untuk melahirkan modal insan kelas pertama usaha daripada
semua pihak mesti digemblengkan pada setiap masa. Justeru, aktiviti dan kerjasama yang
sedia ada perlu dirancang, dipertingkatkan dan ditambahnilai. Berbagai-bagai lapisan dan
10
sektor masyarakat telah dilibatkan untuk mewujudkan perkongsian pintar dan menjana
kuasa sinergi. Walaupun masa begitu singkat namun benih permuafakatan telah ditanam
dengan suasana kolaboratif dan saling hormat-menghormati. Maka, tidak hairanlah kami
dapat menyaksikan detik bersejarah bilamana berlakunya majlis menandatangi perjanjian
persefahaman (MoU) antara SK Rampangi dengan rakan-rakan kolaborasinya sebagai
inisiatif melestarikan hubungan profesional demi peningkatan akademik serta kemenjadian
secara holistik murid-murid di sekolah berkenaan. Tentunya setiap hubungan itu telah
membawa sekolah selangkah lebih dekat dengan sasaran, misi dan visi Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Menariknya tentang aktiviti lawatan penandaarasan yang dijalani itu ialah kami
diwajibkan berkomunikasi hanya dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Amat mencabar
kerana agak sukar juga bagi saya untuk berkomunikasi sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris
yang bukannya bahasa pertuturan harian saya. Walau bagaimanapun, kesan daripada
latihan serta pendedahan seumpama itu mula dan telah membuka mata serta minda saya
bahawa penguasaan dalam Bahasa Inggeris amatlah penting. Kita sebagai pemimpin
seharusnya berkeupayaan untuk menguasai dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
dengan baik. Sehinggakan terdetik di hati saya untuk mengikuti kursus intensif Bahasa
Inggeris selepas ini agar saya dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih mudah dan
cepat.
11
Saya juga telah terfikirkan perancangan untuk mengupayakan generasi guru kini
untuk sentiasa menambahbaik keupayaan masing-masing dalam pertuturan Bahasa
Inggeris. Bak kata pepatah Melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya” maka sebelum
pelapis-pelapis ini menginjak ke tahap pemimpin pertengahan apatah lagi bergelar
pemimpin senior, ada baiknya mereka sedari awal lagi telah digalakkan untuk mahir dalam
berbahasa Inggeris. Berkunjung ke UCSI University Sarawak Campus memberikan suatu
pengalaman yang tiada tolok bandingnya apabila berkesempatan berbual-bual bersama
Chief Operating Officer (COO) organisasi dalam Bahasa Inggeris. Pertama kali seumur
hidup saya dapat berbual-bual dengan individu korporat yang berjawatan tinggi seperti itu.
Beliau seorang yang memahami dan sentiasa memberikan galakan untuk saya terus
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan bantuan daripada beliau sendiri. Rasa yakin
untuk berbicara dalam Bahasa Inggeris makin meningkat pula berbanding sebelum ini.
Sepanjang tempoh lawatan penandarasan di sana, saya dan ahli kumpulan kecil lain
telah dibawa melawat ke persekitaran premis dan kawasan UCSI University Sarawak
Campus oleh seorang pelajar di situ. Dia muda, bertenaga, peramah dan yang paling
penting sangat fasih berbahasa Inggeris. Terbayang dalam benak fikiran saya dan
bermonolog sendiri “kalaulah suatu hari nanti aku sebagai pemimpin sekolah berupaya
melahirkan murid yang benar-benar fasih berbahasa Inggeris sedari peringkat sekolah
rendah lagi”. Terdapat satu dinding dalam premis berkenaan hanya memaparkan sijil-sijil
penganugerahan yang diterima sebagai bukti pencapaian serta pengiktirafan tinggi yang
diperolehi untuk muncul sebagai Universiti Swasta terunggul di Malaysia. Saya juga jika
ditakdirkan memimpin organisasi sekolah suatu hari nanti berhasrat untuk mewujudkan satu
ruang dinding khas untuk memaparkan semua pencapaian sekolah dalam mana-mana
aspek yang boleh diabadikan sebagai memori malahan juga boleh menyuntik semangat
serta motivasi kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.
12
pemimpin untuk mencipta persekitaran sedemikian rupa. Bukan senang nak menempa
kejayaan demi kejayaan tetapi berbekalkan berkat usaha bersepadu saya percaya sekolah
juga mampu menjadi seperti apa yang ditunjukkan dan dicapai oleh UCSI University
Sarawak Campus suatu hari nanti.
Kesimpulannya, sepanjang mengikuti program NPQEL 2.0 Ambilan 1/2019 ini telah
banyak memberikan pengalaman yang bukan sedikit untuk dijadikan bekalan apabila
bergelar pemimpin organisasi sekolah suatu hari nanti. Teori-teori kepimpinan, model-model
penyelesaian masalah, pendekatan, kaedah dan juga teknik dalam menyelesaikan sesuatu
isu yang timbul dalam kepemimpinan adalah merupakan ilmu pengetahuan yang sangat
berguna dan bermanfaat buat diri saya. Mod pembelajaran pelbagai serta teradun yang
diamalkan oleh pihak Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak juga membantu
mempercepatkan proses kefahaman terhadap penyampaian isi kandungan modul.
10 aktiviti utama yang dijalankan oleh pihak IAB Cawangan Sarawak sebagai syarat
memenuhi kredit jam program NPQEL 2.0 ini tetapi hanya 5 aktiviti sahaja saya kongsi dan
huraikan dalam penulisan Karya Terpilih ini untuk tatapan semua. Pembelajaran maya atau
e-pembelajaran merupakan mod pembelajaran terkini yang banyak diaplikasikan oleh
kebanyakan institusi pendidikan swasta. Ianya telah mendorong saya untuk meningkatkan
ilmu pengetahuan berkait dengan penggunaan teknologi ICT umpamanya laptop, kemahiran
mencetak menggunakan pencetak secara wireless dan penggunaan gajet pintar selain
daripada pembacaan isi kandungan modul itu sendiri.
13
Aktiviti Jalinan Pintar Korporat pula membuktikan betapa kerjasama daripada banyak
pihak amat mustahak jika kita mahu melihat organisasi sekolah pimpinan kita mencapai
standard kecemerlangan yang dikehendaki. Aktiviti seumpama itu juga menguji bagaimana
kita berhasil untuk mengekalkan nilai hubungan baik itu secara profesional demi
kepentingan organisasi sekolah yang diterajui oleh kita sebagai Guru Besar suatu hari nanti.
Siapa boleh menjangka apakah tuah kita. Oleh yang demikian, perhubungan yang baik serta
sinergi yang elok antara organisasi mungkin akan memberikan tuah terhadap nasib
pengoperasian sekolah kita nanti.
Pastinya suatu hari nanti jika saya ditakdirkan bergelar guru besar maka saya boleh
berbangga jika saya berada dalam pasukan perubahan tersebut. Apa tidaknya jika mampu
dan berhasil menjayakan visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu ke arah
mewujudkan pendidikan berkualiti bagi melahirkan insan terdidik dan menyumbang kepada
negara yang sejahtera. Amanah yang bakal dipikul sebagai seorang guru besar nanti
memang merupakan suatu tugas yang besar dan penuh mencabar. Meskipun begitu saya
tanamkan tekad mulai sekarang agar ia membenih dengan subur untuk mencapai impian ini
dan menjadi barisan pelapis kepada kepimpinan sekolah sedia ada. Segala pengalaman
dan kelebihan yang saya perolehi selama mengikuti latihan di Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sarawak amatlah dihargai dan akan saya jadikan sebagai azimat. Akhir sekali,
saya mesti sentiasa positif, produktif dan transformatif.
14
RUJUKAN
Abdul Razak Ibrahim & Ainin Sulaiman. (2000). Gelagat Organisasi.(ed.8). Selangor:
Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Allport, G.W. (1961). Pattern and growth in personality. New York: Holt, Rinehart & Winston.
Amin bin Senin. (2008). Kompetensi berimpak tinggi bagi pemimpin sekolah. Malaysia:
Institut Aminuddin Baki.
Coetzee, C. & Schaap, P. (2005). The relationship between leadership behaviour, outcomes
of leadership and emotional intelligence. Journal of Industrial Psychology, 31(3), 31-
38.
Fatimah Wati Halim. (2012). Pengaruh personaliti, motivasi pencapaian dan efikasi kendiri
terhadap prestasi kerja: Pengujian model peramal prestasi kerja. Universiti Malaysia
Sabah.
15
Goetsch, D. and Davis, S. (2000) Quality Management: Introduction to Total Quality
Management for Production, Processing and Services, 3rd edition, Prentice Hall.
Ibrahim Ahmad Bajunid. (2002). Changing mindsets: Lifelong learning for all.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1991). Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam.
Ed. ke-2. Kuala Lumpur: Penerbit Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar psikologi: Satu pengenalan asas kepada
jiwa
dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur: DBP.
Nik Safiah Karim (1993). Beberapa Aspek Laras Ilmiah. Pelita Bahasa, Mei 1993 hlm 27-29.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Parvis, L.F. (2007). The Importance of Communication and Public Speaking Skills dalam
http://images.businessweek.com
Sahin, S. (2001). The Relationship between Instructional Leadership Style and School
Culture (Izmir Case). Educational Sciences: Theory and Practice, 11(4), 1920-1927.
Stufflebeam D.L. (2000) The CIPP Model for Evaluation. In: Stufflebeam D.L., Madaus G.F.,
Kellaghan T. (eds) Evaluation Models. Evaluation in Education and Human Services
vol 49, Springer, Dordrecht.
16