Anda di halaman 1dari 13

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Cawangan Sarawak

KURSUS KELAYAKAN PROFESIONAL


PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(NPQEL 2.0)

KARYA TERPILIH NPQEL 2.0

1. Mod e-NPQEL
2. Kecergasan Eksekutif
3. Pembentangan Eksekutif
4. Bicara Ilmu Bersama Tokoh
5. Perantisan 2

NAMA PESERTA:

ALASTAIR ROLAND AJANG


810504-13-5561

NAMA PENYELIA:
PUAN DAYANG RAHANAH BINTI AWANG MASHOR

AMBILAN 2/2019

PENGENALAN

1
Kelas pendidikan bertaraf dunia memerlukan usaha mentransformasikan sistem pendidikan
melalui lonjakan saujana. Wujudnya pendidikan berkualiti bertaraf dunia mampu membawa
keseluruhan negara dan warganya ke tahap yang dihormati dan disegani masyarakat global.
Mentransformasikan kurikulum ini telah menjadi asas lonjakan sistem pendidikan negara ke
tahap yang lebih tinggi dan menjadikannya bertaraf dunia bagi membantu menjayakan Misi
Nasional (KPM 2012). Justeru itu, Institut Aminuddin Baki (IAB) yang berperanan melatih
pemimpin dan bakal pemimpin sekolah melalui Program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) versi 2018 telah melakukan perubahan dari segi pendekatan
latihan yang memberi penekanan kepada latihan masa hadapan (future training) dengan
menitikberatkan kepada 4 domain dan 10 kompetensi yang harus dikuasai oleh bakal-bakal
pemimpin sekolah ataupun pemimpin pelapis pendidikan. Menyedari hakikat ini saya telah
memohon untuk mengikuti program NPQEL yang dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki
(IAB).pada tahun lepas. Setelah dipilih saya telah didedahkan dengan kurikulum baharu
NPQEL 2.0 dengan kaedah 70:20:10 untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) andragogi dan pentaksiran bagi mengesan kompetensi bakal PGB yang bertujuan
memberi impak kepada kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid melalui pembangunan
kualiti profesional dan kualiti peribadi seseorang pemimpin itu.

Pemimpin pendidikan perlu berupaya menganjakkan pemikiran agar menjangkau masa


hadapan dan merentas pelbagai disiplin keilmuan serta kemahiran. Kurikulum NPQEL 2.0 yang
memberi penekanan kepada 10 kompetensi yang harus dikuasai melalui latihan berasaskan
pengetahuan kepada latihan berasaskan kecekapan telah memberi panduan kepada saya
untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi bagi menyahut visi dan
misi IAB ke arah menghasilkan organisasi yang berkualiti. Hasil daripada 10 aktiviti yang telah
dilalui sepanjang latihan NPQEL 2.0 ini, saya telah memilih lima aktiviti utama dengan harapan
memperkasakan kepimpinan berkualiti dan futuristik serta pencetus transformasi pendidikan
negara bagi mendepani cabaran Pendidikan Abad ke-21. Lima aktiviti yang telah menjadi
pilihan dalam karya ini ialah seperti berikut:

1. Mod e-NPQEL
2. Kecergasan Eksekutif
3. Pembentangan Eksekutif
4. Bicara Ilmu
5. Perantisan 2

PENGALAMAN LEPAS

2
Selalunya satu ungkapan yang seringkali kita dengar iaitu pengalaman mendewasakan kita.
Pengalaman menjadi seorang pendidik amat berguna untuk diadaptasi dengan cabaran
semasa. Menjadi seorang pemimpin sekolah pada Abad ke-21 ini bukanlah semudah seperti
yang dijangkakan kerana sebagai seorang pemimpin perlu memiliki kemahiran dan
pengetahuan terutama perancangan strategik (Hairuddin & Muhammad Bustaman 2009).
Sesungguhnya, sebelum saya menghadiri kursus NPQEL 2.0, saya telah berkhidmat sebagai
seorang guru selama 17 tahun dengan hanya berbekalkan pelajaran yang diikuti semasa
mengikuti kursus KDPM di Maktab Perguruan Rajang,Sarawak selama 3 tahun untuk
mengambil Diploma Perguruan Malaysia. Saya telah ditempatkan untuk menjadi seorang
pendidik di sekolah pendalaman di SK Temenggong Koh, Kapit dan melapor diri pada 23
Januari 2003. Setelah dilantik ke jawatan tetap saya berkhidmat selama 9 tahun guru
akademik biasa di SK Temenggong Koh,Kapit. Saya telah berjaya berpindah ke SK Sungai
Sepiring,Selangau pada 12.12.2011.Setahun di SK Sungai Sepiring, saya ditukarkan ke PPD
Selangau sebagai Penolong Penyelia Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dari 2013
hingga 2015 sebelum menjawat jawatan Penolong Kanan Pentadbiran di SK Sungai Buloh
hinggalah sekarang.
Berkhidmat sebagai pendidik dan pemimpin pertengahan, berdepan dengan ragam
masyarakat dan keadaan yang mencabar banyak mengajar saya erti kesabaran, ketekunan
dan ketulusan hati di dalam memberi didikan kepada anak didik khasnya di kawasan
pedalaman. Waktu dan ketika inilah, saya menimba banyak pengetahuan sebagai seorang
pemimpin untuk menerajui sekolah yang diperoleh melalui pengalaman sebagai penolong
kanan, perkongsian rakan-rakan sejawat, latihan dalam perkhidmatan, aktiviti penanda aras
dan melalui pembacaan buku ilmiah yang menjurus kepada pengurusan pentadbiran
pendidikan. Pengalaman tersebut telah banyak membimbing saya membuat keputusan,
memimpin perubahan dan pembelajaran, membina jaringan dan jalinan dengan harapan visi
dan misi menjadi realiti. Bagi menterjemahkan hala tuju yang ditetapkan, visi dan misi sekolah
saya kongsikan kepada semua staf dalam mesyuarat dan taklimat supaya berganding bahu
meningkatkan prestasi sekolah. Lantaran itu, semua aktiviti sekolah terutamanya akademik
dirancang dengan berlandaskan pelan strategik. Ilmu yang diperoleh melalui teori diaplikasi
dan diterjemahkan dalam tindakan secara praktikal telah menjadi amalan kaizen untuk
merealisasikan visi dan misi kepada kecemerlangan organisasi.

Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan memerlukan


seseorang pemimpin menjalani latihan seperti NPQEL bagi memahami dan menguasai strategi
pengurusan staf yang proaktif supaya selaras dengan pelbagai isu yang kompleks (Blandford
2010). Keupayaan membina, mengekal dan memanfaatkan jaringan dan jalinan serta

3
memandu perubahan dengan mengadaptasikan tindakan melalui sokongan warga organisasi
bagi memacu pembangunan dan pencapaian. Pengalaman berkhidmat di 3 buah sekolah
membuktikan bahawa sesuatu kejayaan dapat direalisasikan dengan kerjasama warga sekolah
yang memahami proses perubahan (Fullan 2009) waima menghadapi cabaran dan rintangan
yang harus diselesaikan dengan bijaksana. Meskipun begitu, hanya setakat pengalaman tanpa
menjalani latihan seperti NPQEL belum cukup untuk memantapkan pengurusan kepimpinan
dalam usaha menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai peneraju pentadbiran sekolah.
Perantisan 1 dan perantisan 2 telah memberikan pengalaman yang amat bermakna dan
menempuh banyak cabaran yang memerlukan kepekaan, kecekapan, perancangan yang
saksama dan perbincangan secara kolaboratif untuk menjatakan setiap aktiviti. Aktiviti program
“Guruku Sahabatku” telah membekalkan saya dengan ilmu pengetahuan yang terkini,
membangunkan jalinan hubungan dengan stakeholders, dan pendedahan tentang amalan
kepimpinan dan pengurusan dalam situasi sebenar dalam melaksanakan tugas di sekolah
dengan lebih berkesan. Menurut Rowan Gibson dalam Rethinking The Future (1998) menyebut
bahawa "Above all leaders will have a vision, a passion, an aspiration. And this aspiration,
nonce shared with everybody in the organization will unleash tremendous human energy "

4
DAPATAN AKTIVITI
1.0 Mod e-NPQEL

e-NPQEL merupakan satu proses pembelajaran yang dilaksanakan secara kendiri


melalui Portal e-Pembelajaran IAB dalam tempoh 21 hari secara dalam talian. Pada
peringkat awal, saya menghadapi banyak rintangan dan cabaran untuk menyiapkan
kesemua tugasan yang mengandungi empat modul utama dengan lapan submodul
yang menggabungkan teori-teori pengurusan serta kepimpinan kerana memerlukan
pemahaman dengan teliti untuk menjawab dengan tepat. Ia banyak menyedarkan saya
bahawa kita perlu fokus dalam melakukan sesuatu.

Pembelajaran secara dalam talian sebelum bersemuka seperti ini banyak


membantu menyediakan peserta latihan dari segi teori pengurusan dan kepimpinan
yang memberi penekanan kepada 10 kompetensi yang merujuk kepada empat domain
kompetensi yakni modul berwawasan, menerajui perubahan, mencemerlangkan
organisasi dan keterampilan. Secara ringkasnya, aktiviti - aktiviti dalam e NPQEL ini
amat berguna dan memberikan impak yang tinggi kepada saya sebelum mengikuti mod
bersemuka. Impak daripada aktiviti-aktiviti pembelajaran telah membekalkan saya
dengan ilmu pengetahuan yang terkini, membangunkan jalinan hubungan dengan
stakeholders, dan pendedahan tentang amalan kepimpinan dan pengurusan dalam
situasi sebenar supaya dapat melaksanakan tugas di sekolah dengan lebih berkesan.

1.1 Modul Berwawasan

Modul berwawasan yang mengandungi bahan bacaan wajib, aktiviti-aktiviti dan latihan
menguji minda telah banyak membantu dan membuka minda saya ke arah berfikiran
strategik untuk merancang, membuat keputusan, memimpin perubahan dan
berkepimpinan dalam usaha mencemerlangkan organisasi pada suatu hari nanti.
Sebanyak lapan aktiviti yang perlu dimuat naik yang berkaitan dengan pelan
pembangunan sekolah yang harus dikuasai oleh seseorang pemimpin untuk menerajui
sekolah dengan baik. Pengamatan dan pengalaman mempelajari modul ini amat
penting bagi seorang pemimpin sekolah untuk memimpin dan memacu perubahan
organisasi dengan cemerlang.

5
1.2 Modul Menerajui Perubahan

Mentelaah modul ini telah memberikan ilmu kepada saya mengenai langkah-langkah
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah menggunakan instrumen seperti
mind tools. Input yang diperolehI telah memberikan kesedaran bahawa langkah
penyelesaian yang pernah saya lakukan sebelum ini tidak menepati piawaian yang
betul. Selain itu, penggunaan instrumen PinTas dan borang pemantauan sesuatu aktiviti
sekolah yang menggunakan One Page Project Manager (OPPM) juga berupaya
menambahkan pengetahuan saya dalam mengurus. Penggunaan kedua-dua instrumen
ini bukan sahaja sangat penting kepada pemimpin sekolah malah membantu
memudahkan pengurusan pemantauan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Perkara ini perlu
dititikberatkan kerana kunci kejayaan sesebuah organisasi ialah mengurus prestasi
dengan sistematik (Blandford 2010). Timbul kesedaran dalam diri saya bahawa ilmu itu
sentiasa ada. Cuma terpulang kepada diri kita untuk mencari ilmu walau ke ceruk dunia
sekalipun.

1.3 Modul Mencemerlangkan Organisasi

Modul Mencemerlangkan Organisasi mengandungi tiga submodul yang banyak


memberi input yang sangat berguna kepada saya untuk menerajui sekolah, yakni (a)
memimpin pembelajaran, (b) membangun kapasiti, dan (c) membina jaringan dan
jalinan.

a. Memimpin Pembelajaran

Terdapat 3 subkompetensi dalam usaha mencemerlangkan organisasi yang menjurus


kepada memimpin pembelajaran, yakni kepimpinan instruksional, coaching and
supervision dan pengurusan sumber serta operasi. Melalui submodul ini, saya
memahami hala tuju yang perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti isu dan langkah-
langkah intervensi yang harus diambil tindakan bagi mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif. Melalui modul ini, saya dapat memahami beberapa
objektif subkomptetensi tersebut seperti berikut:

i. Memahami konsep dan prinsip kepimpinan untuk pembelajaran;


ii. Memahami impak kepimpinan instruksional untuk membina kecemerlangan
organisasi sekolah ke arah pembentukan kemenjadian murid;
iii. Memahami peranan pembimbing dengan menggunakan model GROW melalui

6
video yang dibekalkan dalam NPQEL;
iv. Membuat refleksi akauntabiliti pemimpin sekolah dalam pengurusan kewangan.

b. Membangun Kapasiti

Melalui submodul membangun kapasiti pula, saya telah belajar langkah-langkah


menguruskan program dengan membuat analisis keperluan berdasarkan kekuatan dan
kelemahan tenaga guru bagi memudahkan pengagihan tugas dilaksanakan secara
profesional. Selepas menelaah modul ini, saya menyedari betapa pentingnya
membangunkan kapasiti diri guru. Dalam proses PdPc, guru dapat dibangunkan melalui
aktiviti pembelajaran seperti PLC, Lesson Study serta Pembangunan Profesional
Berterusan sama ada melalui latihan dalam perkhidmatan atau bimbingan daripada
guru cemerlang dan SISC+ bagi membantu meningkatkan kualiti PdPc guru dalam bilik
darjah.

c. Membina Jaringan dan Jalinan

Selesai menghadiri latihan ini, terbit kesedaran yang mendalam mengenai betapa
pentingnya konsep jaringan dan jalinan. Jaringan dan jalinan telah banyak membantu
saya mempelajari hubungan sosial yang erat bagi menjeleketkan perpaduan antara
sekolah, masyarakat setempat dan agensi-agensi luar bagi membantu meningkatkan
organisasi pendidikan yang cemerlang. Dalam anjakan ke-9 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013 – 2015) (KPM 2012) penekanan kepada kerjasama sekolah
dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Justeru itu. keterampilan
seseorang pemimpin sekolah adalah sangat penting di samping memiliki kemahiran
berkomunikasi berkesan untuk mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar
yang mantap dan akrab antara sekolah dan komuniti supaya jaringan dan jalinan ini
dapat meningkatkan peranan komuniti terhadap sekolah. Peningkatan peranan pihak
luar secara langsung amat penting dalam pembangunan sesebuah sekolah.

1.4 Modul Berketerampilan

Sebagai seorang pemimpin yang berkualiti, keterampilan dalam berkomunikasi,


mempunyai kualiti peribadi yang tinggi, dapat menunjukkan gaya kepimpinan yang
boleh dicontohi, berupaya menonjolkan keikhlasan dan keyakinan diri, berwawasan
serta berkemampuan memimpin secara profesional dengan mengaplikasi dan
menterjemahkan teori dalam tindakan yang boleh dijadikan amalan budaya

7
mencemerlangkan organisasi pendidikan. Kepimpinan Transformasional dalam modul
ini yang menitikberatkan kepada empat konstruk utama untuk melaksanakan perubahan
dalam sesebuah organisasi seperti yang disyorkan oleh Burns (1978), yakni pengaruh
idealisme sebagai seorang pemimpin (idealized influence), inspirasi motivasi
(inspirational motivation), rangsangan intelektual (intelectual stimulation) dan
pertimbangan individu (individual consideration) telah menarik perhatian saya menjadi
pemimpin berprestasi tinggi jika diamanahkan menerajui sekolah pada suatu hari nanti.
Pengaplikasian model ini amat sesuai dipraktikkan dengan mengambil kira kapasiti guru
untuk melakukan perubahan dengan cemerlang.

2.0 KECERGASAN EKSEKUTIF DAN KARNIVAL

Dalam kesibukan bekerja menggunakan akal fikiran, emosi, fizikal dan mental
menyebabkan kita perlu meluangkan masa di celah-celah kesibukan itu untuk menjaga
kesihatan kita. Tubuh badan yang sihat dan mempunyai kesihatan yang baik amat
penting untuk kita sebagai manusia.Untuk memberi kesedaran tentang pentingnya
menjaga kesihatan dan menjeleketkan hubungan mesra dalam kalangan peserta serta
tenaga pengajar, kurikulum NPQEL 2.0 telah memuatkan aktiviti senaman melalui
Pentaksiran Kecergasan Eksekutif serta Hari Sukan dan Kebudayaan. Kecergasan
eksekutif. Ia merupakan satu aktiviti yang diikuti oleh semua peserta dengan tujuan
memberi kesedaran kepada bakal pemimpin sekolah supaya sentiasa menjaga
kesihatan. Waktu petang peserta dipenuhi dengan aktiviti senaman bagi merehatkan
minda, emosi, mental dan fizikal semasa menghadiri Fasa 1,2 dan 3. Dalam modul
kecergasan eksekutif, terdapat empat komponen pentaksiran kecergasan yang perlu
dilaksanakan oleh peserta NPQEL 2.0, yakni bleep test, tekan tubi, bangkit tubi dan
jangkauan melunjur. Keempat-empat aktiviti tersebut dilaksanakan sebanyak 2 kali,
yakni sebelum peserta menghadiri latihan dan pada minggu terakhir pada sesi
bersemuka Fasa 3.

Aktiviti sukan dan kebudayaan pula dilaksanakan pada Fasa 3 bagi memberi
peluang kepada peserta mengelola dan mengaplikasikan beberapa kompetensi sebagai
seorang pemimpin di samping bertujuan membentuk amalan toleransi antara satu sama
lain. Hasil daripada aktiviti-aktiviti tersebut, saya dapat:
i. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kesejahteraan;
ii. Mengetahui komponen-komponen kecergasan fizikal;
iii. Melaksanakan latihan kecergasan berdasarkan prinsip-prinsip latihan;
iv. Memahami sumber-sumber pemakanan untuk meningkatkan kesihatan dan

8
kecergasan.

Sebagai kesimpulannya, aktiviti kecergasan dan sukan adalah sangat penting


kepada bakal-bakal pemimpin kerana ia boleh menganggu pengurusan pentadbiran
sesebuah organisasi pendidikan jika pemimpin sekolah kurang sihat. Kita sedia maklum
bahawa pembelajaran Abad ke-21 memerlukan pemimpin yang sihat dan cergas bagi
melaksanakan PdPc dengan berkesan dan berkualiti.

3.0 PEMBENTANGAN EKSEKUTIF

Pembentangan Eksekutif semasa Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti


Bersemuka (TAS) merupakan salah satu bentuk pentaksiran yang memberi peluang
kepada bakal pemimpin membuat pembentangan eksekutif dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan. Lima pembentangan eksekutif yang perlu dilaksanakan secara individu
akan mentaksir kompetensi seperti pada Jadual 3.1 berikut:

Jadual 3.1: Pembentangan Eksekutif


Pentaksiran Kompetensi
PE-1 Berwawasan
PE-2 Menerajui Perubahan
PE-3 Memimpin Pembelajaran
PE-4 Membangun Kapasiti
PE-5 Membina Jaringan dan Jalinan

Pembentangan Eksekutif pertama, saya menghadapi banyak masalah terutama dalam


menyiapkan slaid pembentangan dan membuat pembentangan bagi menyampaikan
kompetensi yang dikehendaki dalam masa yang singkat.. Kesuntukan masa untuk
menyediakan slaid pula satu lagi cabaran yang sukar dilupakan sehingga melelapkan
mata pada dini hari. Tidur dan rehat yang tidak cukup kerana terpaksa membuat
persiapan supaya dapat menghasilkan pembentangan yang terbaik. Namun, pada
pembentangan yang kedua dan seterusnya, barulah saya dapat menguasai kompetensi
yang ditaksir setelah membuat intervensi melalui pembentangan rakan-rakan sejawat
dengan merujuk pada kamus kompetensi. Pembentangan demi pembentangan yang
dihadapi telah menanamkan keyakinan yang tinggi dalam diri saya. Pengalaman
semasa membentang dalam tempoh 7 minit untuk mempamerkan kompetensi yang
dinilai banyak memberi kelebihan semasa menjalankan tugas di sekolah perantisan.
Kini saya makin yakin tentang teknik dan alat yang diperlukan semasa menyelesaikan
masalah dan membuat keputusuan. Pengalaman melalui pembentangan eksekutif
dapat memberi keyakinan dan berfokus dengan melihat objektif dan matlamat yang
9
ingin dicapai dalam mencemerlangkan sesebuah organisasi sekolah.

4.0 BICARA ILMU BERSAMA TOKOH

Bicara Ilmu Bersama Tokoh merupakan salah satu Slot yang telah banyak
meningkatkan ilmu pengetahuan kepada saya dalam bidang pengurusan pendidikan.
Perkongsian ilmu yang telah disampaikan telah menambahkan lagi pengetahuan dan
kemahiran yang perlu saya miliki sebagai seorang pelapis pemimpin pendidikan dan
bakal menjadi pemimpin sekolah suatu masa nanti. Antara bicara ilmu yang menarik
perhatian saya, ialah:
a. Pemimpin Sekolah Menangani Cabaran Masa Hadapan yang disampaikan oleh
YBrs. Dr. Abang Hut Bin Haji Abang Engkeh, Pengarah Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sarawak.
b. Pengurusan Strategik & Progress Tracking TS 25, oleh YBrs Cik Tan Lee
Shuan, Ketua Sektor, Sektor Jaminan dan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.
c. Amalan Kepimpinan Instruksional & SKPMg2, oleh YBrs Encik Kalana Bin Ali
Hassan, Timbalan Ketua Nazir Negeri, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri
Sarawak.
d. Keselamatan Dalam Pengurusan Organisasi oleh YBrs. Pengarah, Pejabat
Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Sarawak, Jabatan Perdana
Menteri.
e. Intergriti Dalam Pengurusan Kewangan oleh YBrs Encik Philip anak Munau,
Bahagian Audit Sekolah Sarawak, Cawangan Kuching.
f. Bicara Profesional dan Perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekan oleh Ybrs
DR.Mehander Singh A/L Nahar Singh,Pengarah Institut Aminuddin
Baki,Kementerian Pendidikan Malaysia.
g. Bicara Profesional 2 disampaikan oleh Ybrs Vincent Leong Shou
Chuan,Pengetua SMK St Anthony,Sarikei

Mengikuti Bicara Ilmu telah memberi maklumat dan ilmu pengetahuan yang baru
pada saya Banyak perkara-perkara baru yang saya tidak tahu sebelum ini.
Untuk menjadi pemimpin yang berjaya bukan sahaja memerlukan pengetahuan
yang tinggi malah keintegritian menjalankan amanah adalah sangat penting bagi
memandu seseorang pemimpin untuk mencapai kejayaan.

5.0 PERANTISAN 2

10
Perantisan 2 merupakan satu aktiviti job shadowing yang perlu dilaksanakan oleh
semua peserta latihan dalam tempoh enam minggu bermula pada 19 Ogos 2019 hingga
27 September 2019, yakni 18 hari berada di sekolah perantisan dan selebihnya di
sekolah asal supaya dapat menjalankan tugas hakiki seperti biasa. Dalam tempoh 18
hari tersebut, saya telah merancang pelaksanaan aktiviti dan memulakan tugas
perantisan pada 19 Ogos 2019. Pada minggu pertama tersebut, saya membuat analisis
persekitaran bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman, bagi
mendapatkan maklumat untuk melaksanakan projek melalui TOWS Matrik supaya
dapat menentukan Matrik Ranking bagi sesuatu isu. Hasil daripada Matrik Ranking
tersebut, seterusnya saya merangka satu projek untuk membuat penambahbaikan
membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bila berada di lapangan saya telah
menghubungkaitkan antara amalan dengan teori kepimpinan dan pengurusan sekolah.
Semasa menjalani perantisan 2, banyak ilmu perbentangan eksekutif (PE) di IAB saya
aplikasi untuk melakukan tugasan. Semasa Perantisan 2 inilah saya didedahkan
dengan tugas sebenar seorang pemimpin sekolah yang perlu bertindak sebagai ejen
perubahan dan berupaya menambah baik melalui transformasi sekolah. Sebagai
rumusan perantisan 2 telah banyak mengajar saya untuk menjadi seorang pemimpin
yang berkesan dan bagaimana hendak merancang kemajuan sekolah. Segala tunjuk
ajar, bimbingan dan ilmu daripada mentor dan penyelia adalah satu pengalaman baharu
yang amat penting bagi bakal PGB seperti saya. Dalam menjalankan perantisan di SK
Sungai Sungai Sepiring,melalui analisis swot,dapatan maklumat untuk melaksanakan
porgram melalui TOWS Matriks,saya telah membina 4 inisiatif program di dalam
Program Fantastic I-Think antaranya Bengkel KBAT - Program I-think, Tetarak Fantastic
I-Think , PLC (Lesson Study - membina RPH dengan menggunakan alat atau
pendekatan I-tink di dalam aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan guru) dan Bicara
Ilmu bersama Dr.Mageswaran A/L Sanmugam,Pensyarah Universiti Sains Malaysia
bertajuk Teknologi Pendidikan merealisasikan pembestarian sekolah dalam
membudayakan pembelajaran abad ke-21. Melalui inisiatif ini, pencapaian prestasi
akademik murid tahun 5 melalui Ujian Pertengahan Penggal 2 ( Ogos ) dan meningkat
apabila Penilaian Keberkesanan Program dinilai kepada murid-murid tahun
5( September ).

6.0 PENUTUP

11
Kesimpulannya, aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kursus NPQEL ini
memberikan ilmu dan pengetahuan yang begitu beharga yang selama ini belum lagi
saya pelajari. Semua aktiviti ini bertujuan untuk membangunkan penguasaan sepuluh
kompetensi kepimpinan pendidikan. Sepuluh aktiviti yang dimaksudkan itu adalah
berfikiran strategik, membuat keputusan, memimpin perubahan, menyelesaikan
masalah, memimpin pembelajaran, membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan,
berkomunikasi berkesan, berkepimpinan dan berkeperibadian tinggi.

Mengikuti kursus NPQEL telah menyedarkan saya akan kekerdilan dan


kekurangan diri bila menyedari banyak ilmu yang belum lagi dikuasai. Saya berharap
dengan diri sendiri agar kesedaran ini berterusan supaya dapat memberikan motivasi
kepada diri saya sendiri untuk terus menuntut dan menimba ilmu bagi menyediakan diri
sebagai seorang pemimpin sekolah yang cemerlang dan berupaya menganjakkan
pemikiran agar melangkau masa hadapan dan merentas pelbagai disiplin keilmuan
serta kemahiran. Selaku bakal PGB atau sebagai peserta NPQEL ambilan 2/2019 saya
telah memahami peranan sebenar sebagai seorang pengurus dan pemimpin sekolah.
Lima aktiviti log karya yang terpilih merupakan misi dan visi awal atau prasyarat sebagai
seorang pemimpin yang berfikiran strategik. Melalui pembentangan eksekutif (PE)
seperti berwawasan, menerajui perubahan, mencemerlangkan organisasi dan
keterampilan adalah pembangunan profesional pemimpin secara berterusan
berteraskan prinsip andragogi dan pembelajaran berpusatkan peserta (participant
learning centred) dan merupakan satu aset yang tak ternilai untuk diterjemahkan
apabila saya berada di sekolah nanti.

RUJUKAN

12
Blandford, S. 2010. Mengurus pembangunan profesional di sekolah. Terj. Munirah
Mustaffa. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Blandford, S. 2010. Mengurus sumber di sekolah. Terj. Zaharah Mohd. Salleh. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Burnham, J.W. 2010. Mengurus kualiti di sekolah. Terj. Tengku Abd. Aziz Tengku
Zainal. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Burns, J.M. 1978. Leadership. New York: Harper & Row.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Fullan, M. 2009. The challenge of change: Start school improvement now.


Thousand Oaks: Sage Publications.

Mary Yap Kain Ching. 2006. Visi ke realiti: Pengalaman Sekolah Menengah Teknik
Tawau menjadi sebuah sekolah cemerlang. Petaling Jaya: Kreatif Kembara Sdn.
Bhd.

Marzano, R.J, Waters, T, McNulty, B.A. 2005. School leadership that works: From
research to results. Virginia: ASCD Alexandria, USA.

13