Anda di halaman 1dari 2

PKBM-19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : Ke -6
Minggu Praktikum :6
Tarikh Peristiwa / Kejadia : 2 September 2013 hingga 6 September 2013
Tajuk Jurnal : Minggu Keenam Di SK Bandar Seri Putra

1. Masalah / peristiwa
Pada minggu keenam, masalah yang dapat dikesan adalah selepas pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dijalankan, ada murid yang tidak
menyimpan alat dengan baik di tempat yang sepatutnya waaupun sudah ada
ruang yang disediakan. Murid juga masuk ke dalam stor sukan beramai-ramai
menyebabkan keadaan dalam bilik stor sukan sesak dan tidak terkawal. Murid
hanya meletakkan barang sesuka hati mereka tanpa ada aturan dan mengikut
tempatnya yang khusus.
2. Analisis
Masalah sebigini berlaku akibat murid yang sudah terbiasa mengambil barang
sendiri dan memulangkannya semula ke dalam stor. Murid sebelum ini
dibenarkan untuk mengambil barang sendiri tanpa pantauan daripada guru yang
bertugas dan masuk ke dalam secara bergilir-gilir untuk mengambil barang yang
dihajati mereka. Selain itu, peraturan stor sukan juga tidak dipraktikkan walaupun
ada notis peraturan yang diletakkan di dalam stor. Di samping itu, buku rekod
pengeluaran alatan juga tidak digunakan sepenuhnya walaupun buku rekod
tersebut terletak di dalam stor untuk digunakan oleh murid dan guru yang
menjalankan aktiviti sukan.
PKBM-19

3. Cadangan tidakan susulan


a. Meletakkan label di setiap tempat bagi memudahkan murid atau guru
meletakkan semula barang selepas digunakan.
b. Memesan kepada murid untuk meletakkan barang di tempat yang
sepatutnya selepas habis kelas Pendidikan Jasmani.
c. Mengetatkan peraturan dengan mengenakan denda sekiranya murid
melanggar peraturan.
d. Mengadakan jadual pemantauan supaya ada pengawasan yang dilakukan
di dalam bilik stor sukan.

4. Tempoh masa tindakan susulan.


Saya menetapkan tempoh masa seminggu memandangkan kelas seterusnya
adalah pada minggu hadapan. Jadi, dengan cadangan tindakan susulan yang
dinyatakan, murid dapat mengaplikasikan setiap tindakan susulan yang
dikehendaki. Disebabkan pengajaran Pendidikan Jasmani hanya berjalan
seminggu sekali, guru seharusnya mencari jalan yang sesuai untuk mengatasi
semua masalah yang berlaku.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai