Anda di halaman 1dari 2

PKBM-19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : Ke -7
Minggu Praktikum :7
Tarikh Peristiwa / Kejadia : 9 September 2013 hingga 13 September 2013
Tajuk Jurnal : Minggu Ketujuh Di SK Bandar Seri Putra

1. Masalah / peristiwa
Pada minggu ketujuh, masalah yang dapat dikesan adalah semasa pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dijalankan, ada murid yang tidak
memberi fokus dan melanggar arahan yang diberi dengan melakukan aktiviti
yang lain daripada arahan guru dan menganggu rakan yang lain untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran. Murid juga tidak menunjukkan minat untuk
mengikuti pelajaran dan menggunakan alasan bosan apabila ditanya. Murid tidak
dapat memahami isi pelajaran yang telah diajar dan membuat kesilapan apabila
diberikan latihan lembaran kerja.
2. Analisis
Setelah diteliti, masalah ini berlaku disebabkan beberapa perkara. Pertamanya,
aktiviti yang dirancang guru tidak melibatkan murid secara aktif keseluruhannya
dengan pembahagian kumpulan yang besar sehingga murid kurang memberikan
perhatian dalam menjalankan aktiviti. Sebagai contoh, ada murid yang leka
membuat aktiviti lain apabila rakan menjalankan aktiviti. Selain itu, guru kurang
memberikan perhatian kepada murid sehingga murid merasakan diabaikan dan
boleh melakukan aktiviti yang lain. Selain itu, aktiviti yang dilakukan agak mudah
dan murid sudah biasa melaksanakannya.
PKBM-19

3. Cadangan tidakan susulan


a. Meminta pandangan daripada guru pembimbing.
b. Menambah bilangan stesyen yang diadakan apabila aktiviti dijalankan.
c. Meningkatkan aras aktiviti yang dilaksanakan bagi mengelakkan murid
mudah berasa bosan.
d. Melihat pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru lain bagi
mendapatkan tips yang berguna.

4. Tempoh masa tindakan susulan.


Saya menetapkan tempoh masa seminggu memandangkan kelas seterusnya
adalah pada minggu hadapan. Jadi, dengan cadangan tindakan susulan yang
dinyatakan, murid dapat memberikan lebih fokus dan perhatian semasa
pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Disebabkan pengajaran Pendidikan
Jasmani hanya berjalan seminggu sekali, guru seharusnya mencari jalan yang
sesuai untuk mengatasi semua masalah yang berlaku.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai