Anda di halaman 1dari 2

Teori Baru

Sepanjang 8 minggu kami berada di Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra,


ada beberapa langkah yang saya dapat kesan dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah supaya lebih berkesan. Yang paling utama dapat saya kesan
adalah dengan menggunakan permainan bahasa dalam setiap sesi, murid akan lebih
tertarik dan berminat untuk belajar. Kami sebagai guru Bahasa Melayu, sangat sesuai
menggunakan permainan bahasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana
permainan bahasa juga dapat menerapkan ilmu bahasa kepada murid-murid dan bukan
sekadar permainan biasa sahaja.

Pada minggu pertama saya mengajar, saya tidak menggunakan teknik ini dalam
perancangan RPH saya. Komen daripada pensyarah dan guru pembimbing, pengajaran
yang saya lakukan agak berat. Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga kurang menarik.
Jadi, selepas saya mengkaji semula rancangan saya, saya memasukkan elemen
permainan bahasa pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan
dilaksanakan.

Kesannya sangat positif. Murid lebih bersemangat semasa belajar. Murid dilihat
seakan-akan menunggu setiap kali permainan bahasa akan dijalankan. Mereka tidak
bosan dan sentiasa ingin terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Pengajaran juga
berpusatkan murid. Pada era moden ini, pengajaran yang hanya berpusatkan guru
sudah menjadi kurang berkesan kerana murid-murid sekarang lebih bijak dan mahukan
sesuatu yang lebih. Mereka tidak mahu hanya menerima input sahaja, malah mereka
mahukan diri mereka terlibat dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Contoh Permainan Bahasa yang Dijalankan

Anda mungkin juga menyukai