Anda di halaman 1dari 14

1

A3007 TAMADUN ISLAM – ARAK

Senarai Kandungan

SENARAI KANDUNGAN 1

AYAT AL-QURAN DAN HADIS 2

PETIKAN 4

PENGENALAN 6

ISI 7

 PUNCA 7

 KESAN 9

 LANGKAH MENGATASI 11

KESIMPULAN 12

RUJUKAN 13

LAMPIRAN 14
2

A3007 TAMADUN ISLAM – ARAK


AYAT AL-QURAN DAN HADIS YANG BERKAITAN DENGAN ARAK

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan
berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya)
kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya."
(Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:


“Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah
haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia
masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat Meminumnya
di Akhirat kelak (di Syurga)."
(Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:


"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam
jumlah yang sedikit."
(Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:


" Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan."
(Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis No. 3371)
3

A3007bersabda:
TAMADUN ISLAM – ARAK
Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w
“Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
1. Pembuatnya,
2. Pengedarnya,
3. Peminumnya,
4. Pembawanya,
5. Pengirimnya,
6. Penuangnya,
7. Penjualnya,
8. Pemakan wang hasilnya,
9. Pembayarnya,
10. dan juga pemesannya.”
(Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:


"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak
dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil
dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan
mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau
babi."
(Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:


“Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi
s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak
empat puluh kali.”
4

PETIKAN YANG BERKAITAN DENGAN ARAK A3007 TAMADUN ISLAM – ARAK


( petikan dari laman web “HarakahDaily.net” )

K
UALA LUMPUR, 11 Ogos (Hrkh) - PAS Selangor mahu segala jenis minuman
arak yang diharamkan penjualan dan pembeliannya melalui Enakmen
Jenayah Syariah tidak lagi dijual di kawasan majoriti penduduk Islam di negeri
Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr Hasan Mohd Ali dalam satu kenyataan kepada
Harakahdaily memaklumkan bahawa isu jualan arak ini diharapkan tidak lagi dijadikan
kontroversi dan diputar-belitkan oleh mana-mana pihak samada individu atau mereka
yang mewakili pertubuhan termasuklah pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Dalam hal ini melalui satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor,
Ahad lepas, PAS Selangor telah menyambut baik segala maklum balas dan pandangan
yang telah diberikan oleh pelbagai pihak khasnya dari kalangan masyarakat Melayu
Islam di negeri ini berhubung isu tersebut.

"PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk
sokongan dan galakkan serta pandangan yang positif yang telah mereka tunjukkan itu
yang mencerminkan keprihatinan rakyat terhadap isu ini,"jelasnya.

Selain itu, dalam perkembangan lain beliau menegaskan bahawa PAS tidak pernah
menyarankan kepada ahli-ahlinya untuk menganjurkan sebarang 'road show' bersama
dengan Umno/BN kerana PAS Selangor yakin yang ia memiliki kekuatan sendiri untuk
membawa dan mempertahankan isu ini.

Beliau juga menegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah 'total ban' atau
larangan menyeluruh ke atas penjualannya seluruh Selangor tetapi sebaliknya hanya di
kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja demi membentuk sebuah masyarakat yang sihat
dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.
5

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan bahawaA3007 TAMADUN ISLAM – ARAK
PAS Selangor tidak pernah sekali-kali
menuntut agar YB Exco Kerajaan Tempatan Selangor,Ronnie Liu digugurkan dari
barisan Exco kerajaan negeri. Sebaliknya apa yang dituntut adalah perubahan jawatan
itu dari penyandangnya kepada YAB Dato’ Menteri Besar sendiri atau mana-mana
EXCO lain yang Menteri Besar fikirkan sesuai.

"Selain itu PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikan oleh YAB
Menteri Besar berhubung kawalan kendiri atau 'self regulation' terhadap penjualan arak
ini dan memohon agar Menteri Besar memberikan penerangan lanjut berhubung
kaedah kawalan beliau itu beserta mekanismanya.

"Jika dalam tempoh sebulan ini kaedah tersebut didapati gagal atau tidak berjaya maka
PAS Selangor akan mengemukakan cadangan-cadangan yang difikirkannya wajar
untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini,"tegasnya. - mks.
6

A3007 TAMADUN ISLAM – ARAK


PENGENALAN

Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang
memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan
munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini
terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan
fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi
kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah
jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.

Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan
mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana
seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang
pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara
buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya
berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks
bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.

Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia


daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang
boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan
bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di
mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.

Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku
pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu
menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan
mereka.dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di
dalam masyarakat
7

A3007 TAMADUN ISLAM – ARAK


PUNCA SESEORANG MINUM ARAK

 Minum arak membuat seseorang individu berasa seperti dewasa.


Remaja berasa yang minum arak adalah lebih matang dan disukai teman wanita.

 Arak memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan diterima sebagai


sebahagian dari kumpulan tersebut.
Mereka rasa rakan yang minum arak boleh lebih dipercayai dan merupakan kawan
yang sentiasa mengambil berat. Perhubungan antara kawan juga lebih rapat dengan
penggunaan alkohol.

 Minum arak membuatkan seseorang itu nampak "cool" dan bergaya.


Mereka menganggap minum arak di depan kawan wanita adalah lebih bergaya dan
disukai oleh mereka.

 Minum arak menghilangkan rasa bosan dan member keseronokan.


Remaja berasa Kegembiraan mereka adalah lebih nikmat apabila seseorang itu
minum arak.

 Minum arak dapat membantu melepaskan diri dari permasalahan dalam hidup.
Remaja beranggap minum arak boleh menghilangkan masalah. Mereka juga
anggap minum arak sebagai cara untuk menangani masalah. Penggunaannya akan
menimbulkan lebih banyak masalah dalam jangka pendek dan panjang.

 Harga arak tidak mahal dan senang didapati.


8

A3007 TAMADUN ISLAM – ARAK


 Iklan arak sangat menarik dan boleh dijumpai di mana-mana sahaja.

 Pengaruh rakan sebaya.

 Latar belakang keluarga.

 Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal.

 Pengaruh oleh budaya barat.


9

A3007 TAMADUN ISLAM – ARAK


KESAN MEMINUM ARAK

Kesan pengambilan alcohol merangkumi berbagai aspek kehidupan seseorang.

Implikasi sosial termasuk :


 Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran
 Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
 Kelakuan Delinkuen/salah laku
 Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol

Kesan fizikal alkohol adalah:


 Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak
betul atau jelas, bingung dan bercelaru).
 Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri,
sukar bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan
kematian).

Gangguan kesihatan termasuk:


 Kerosakan otak yang kekal
 Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
 Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
 Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
 Kanser usus
 Penurunan naluri seks dan mati pucuk
 Keguguran spontan
 Bayi yang tidak normal
 Anaemia (kandungan darah rendah)
10

A3007 TAMADUN ISLAM – ARAK


Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya :
 Perubahan personaliti
 Kemurungan
 Bunuh diri
 Kelakuan agresif

Ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :


 Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat
HIV/AIDS).
 Menunjukkan perilaku yang ganas.
 Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.

Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya


sepanjang masa.
11

LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI ARAK A3007 TAMADUN ISLAM – ARAK

 Mengamalkan gaya hidup sihat.

 Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi.

 Jauhi dari rakan yang sentiasa minum arak.

 Isikan masa sepenuhnya seperti ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu
program senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang
berfaedah seperti PROSTAR dan Rakan Muda.

 Jangan menerima pelawaan untuk minum arakl walaupun untuk sekali sahaja.

 Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan minum arak seperti bar, kelab malam,
disko dan sebagainya.

 Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang


tertera di atas

 Dapatkan pertolongan secepat mungkin.

 Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor,


kaunselor sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan.
12

A3007 TAMADUN ISLAM – ARAK


KESIMPULAN

Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau
banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah.

Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak
adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya
selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana
diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan
mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis
Nabi yang cukup banyak.

Apabila seseorang meneguk arak, maka ia mula terdedah dan terbuka kepada segala
kejahatan kerana perbuatan itu merupakan kunci yang membuka pintu-pintu kejahatan
dn kedosaan. Maka Islam mengambil sikap menutup segala pintu kejahatan demi
kesejahteraan umatnya di dunia dan akhirat.
13

A3007 TAMADUN ISLAM – ARAK


RUJUKAN

Tajuk : Quran saintifik: meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong


sains
Penulis : Danial bin Zainal Abidin
Penerbit : PTS Litera Utama, 2007
ISBN : 9833604153, 9789833604159
Muka surat : 310

Tajuk : Prinsip kaedah dakwah dalam arus pembangunan Malaysia


Penulis : Abdullah Muhammad Zin, Yusoff Che Mamat, Ideris Endot
Edisi :2
Penerbit : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998
Original : University of Michigan
ISBN9 : 679423697, 9789679423693L
Muka Surat :222

Tajuk : Polemik sastera Islam


Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1987
Original : University of Michigan
Muka Surat : 75 pages
14

A3007 TAMADUN ISLAM – ARAK


LAMPIRAN

Arak adalah diharam oleh Pengharaman penjualan arak kepada


agama Islam penduduk Islam

Allah bersabda bahawa arak adalah


puncak segala kejahatan

Anda mungkin juga menyukai