Anda di halaman 1dari 17

KELESTARIAN PEMBANGUNAN

LUAR BANDAR
NORANIZA BINTI YUSOFF
Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kerajaan, UUM COLGIS, Universiti
Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman,
noraniza@uum.edu.my
PENGENALAN
Kelestarian pembangunan luar bandar adalah penting kepada
salinghubungan antara ekonomi dan sosial penduduk khususnya untuk
mengurangkan kemiskinan yang menunjukkan keadaan kemiskinan
penduduk dunia pada masa kini semakin meningkat. Kewujudan
kemiskinan adalah dalam konteks bandar, luar bandar, kawasan dan
subkawasan. Oleh itu, penyelarasan inisiatif pembangunan luar bandar
adalah untuk menyumbang kepada kelestarian penghidupan penduduk
melalui usaha di peringkat global, kawasan, kebangsaan dan tempatan.
Strategi untuk menguruskan pembangunan luar bandar mengambil kira
kawasan terpencil dan yang berpotensi serta menyediakan pendekatan
yang berbeza yang disasarkan (United Nation, 2019).
Oleh itu kertas kerja konsep ini bertujuan untuk menilai kelestarian
pembangunan luar bandar dari segi aspek-aspek yang menjadi tumpuan
dalam pembangunan luar bandar seperti perumahan, infrastruktur,
komunikasi, kemungkinan pekerjaan, pengurusan tanah dan lain-lain.
KELESTARIAN PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR
Fokus terhadap kelestarian pembangunan luar bandar menjadi semakin
meningkat dan penting pada masa kini untuk tujuan pertumbuhan luar
bandar melalui menyediakan peluang baru, pekerja pembangunan,
pertanian tenusu, penternakan secara pertanian besar-besaran dan
perikanan. Pada masa kini penduduk melihat kepada potensi dan
kepentingan amalan pembangunan luar bandar lestari untuk memenuhi
kepentingan ekonomi, asas pengukuhan masa hadapan dan kelestarian
ekologi. Kelestarian pembangunan luar bandar dapat berjalan melalui
pengurusan ladang kecil untuk memperbaiki produktiviti, keuntungan
dan kelestarian sistem perladangan (Francis, 2015).
Pembangunan luar bandar merupakan satu proses perubahan yang
dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar yang
dirujuk sebagai proses meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan
ekonomi penduduk yang tinggal terpencil dan di kawasan jarang
penduduk. Perubahan dalam jaringan pengeluaran global dan
peningkatan perbandaran telah menukar ciri-ciri luar bandar.
Pembangunan luar bandar juga dicirikan oleh penekanan terhadap
strategi pembangunan ekonomi yang dikeluarkan secara tempatan.
Sektor awam, swasta dan orang awam perlu bekerjasama secara
konsisten dan cekap untuk kelestarian pembangunan luar bandar
melalui meningkatkan sektor pertanian (Francis, 2015).
PENDEKATAN KELESTARIAN
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Di kebanyakan negara, kawasan luar bandar menunjukkan dinamik
ruang-ekonomi yang bertentangan dengan dikotomi tradisional bandar-
luar bandar. Pembangunan luar bandar yang baru dicirikan oleh
penggunaan model kelestarian ekonomi-ekologikal. Kawasan luar
bandar yang mengalami masalah kekurangan pembangunan ekonomi,
kedudukan pinggir dan kesejahteraan sosial yang rendah perlu
menghadapi cabaran baru daripada model baru kelestarian ekonomi-
ekologikal. Kawasan luar bandar perlu menjadi lebih inovatif dan
maju untuk menangani model kelestarian ekonomi-ekologikal (Akgun,
2015).
Model atau pendekatan kelestarian ekonomi-ekologikal adalah sistem
bersepadu, kompleks dan beroperasi melalui mengekalkan fungsi
berbeza dan mengelakkan fungsi yang berpusat yang berdasarkan
kepada syarat asas dalam ketersediaan aliran dan takungan atau
tadahan sempadan input dan keluaran yang bergantung kepada
kelestarian dalam penyusunan sistem. Sistem perlu menyediakan satu
asas dalam aktiviti secara berskema-mengimbangi (positionally-
balancing) dan secara perpaduan-meningkatkan (wholeness-
enhancing) yang menjadi pusat aktiviti. Satu aspek keseimbangan
sistem ialah antara kecekapan dan pertindanan yang dapat diukur
dalam sistem ekonomi-ekologikal (Fath, 2015).
Kelestarian pembangunan luar bandar adalah berkaitan dengan
peningkatan kualiti hidup penduduk dari segi sosial, ekonomi, institusi,
politik, budaya dan lain-lain tanpa meninggalkan beban kepada
generasi akan datang. Oleh itu, penempatan manusia dapat dikekalkan
apabila objektif sosial dan kelestarian bersepadu dalam matlamat
ekonomi. Pembangunan luar bandar yang lestari mengandungi
pembangunan dan perancangan untuk masa depan yang mampan dalam
konteks luar bandar, infrastruktur dan pengangkutan lestari serta
masyarakat dan teknologi lestari (Sustainability, 2019).
Peluang kelestarian pembangunan luar bandar adalah melalui
pembangunan bersepadu pengeluaran organik dan pelancongan alternatif
kerana kawasan luar bandar mempunyai potensi penting dalam alam
semula jadi, manusia, ekonomi dan kebudayaan serta pembangunan luar
bandar menyokong pertumbuhan serantau (Terziev, 2016).
Pengeluaran organik merupakan alternatif kelestarian pembangunan
luar bandar yang menjadi tema tradisional dalam model kelestarian
iaitu (Terziev, 2016):
a. Kelestarian ekonomi terdiri daripada peningkatan daya saing,
orientasi pasaran yang kukuh dan peningkatan dalam pendapatan.
b. Kelestarian sosial yang terdiri daripada tanggungjawab yang lebih
besar terhadap keperluan pengguna, meningkatkan kualiti dan
keselamatan makanan serta pembangunan serantau.
c. Kelestarian ekologi yang terdiri daripada rangka umum, aplikasi
berkesan, kawalan, pembangunan piawai perlindungan alam sekitar,
kesihatan dan kebajikan.
KESIMPULAN
Pembangunan luar bandar yang lestari adalah peningkatan kualiti hidup
penduduk dari segi sosial, ekonomi, institusi, politik, budaya dan
aspek-aspek lain yang tidak memberi kesan negatif kepada generasi
akan datang. Perubahan dalam pembangunan luar bandar disokong
oleh negara-negara di dunia bagi mengatasi masalah pengurangan
bilangan penduduk di kawasan luar bandar. Di antara aspek yang
dijalankan oleh negara-negara di dunia ialah proses penyatuan tanah
yang merupakan salah satu penyelesaian masalah struktur tanah luar
bandar yang dapat meningkatkan daya maju kawasan luar bandar
melalui perbaikan dalam sektor perkhidmatan, infrastruktur dan
insentif untuk kepelbagaian ekonomi.
Kelestarian pembangunan luar bandar merupakan aspek penting untuk
perkaitan antara ekonomi dan sosial penduduk yang dapat
mengurangkan kemiskinan penduduk dunia pada masa kini yang
semakin meningkat dalam konteks bandar, luar bandar, kawasan dan
subkawasan.
RUJUKAN
Akgun, A. A. (2015). Rethinking on sustainable rural development. European Planning
Studies, 23(4) Rural areas and agrofood business: 678-692. Doi:
https://doi.org/10.1080/09654313.2014.945813
Curry, N. (2012). Sustainable rural development in England: policy problems and
equity consequences. Local Economy: The Journal Of The Local Economy Policy
Unit, 27(2) Special Collection : 95-102. Doi:
https://doi.org/10.1177/0269094211428864
Erokhin, V., Heijman, W. dan Ivolga, A. (2014). Sustainable rural development in
Russia through diversification: the case of the Stavropol region. Visegrad Journal On
Bioeconomy And Sustainable Development, 3(1): 20-25. Doi: 10.2478/vjbsd-2014-
0004
Fath, B. D. (2015). Quantifying economic and ecological sustainability. Ocean &
Coastal Management, 108(May 2015): 13-19. Doi: https://doi.org/10.1016/j.
ocecoaman.2014.06.020
Francis, N. (2015). Sustainable rural development through agriculture: an answer to
economic development in India. International Journal Of Current Research, 7(3):
13614-13618.
Magda, S., Magda, R. dan Marselek, S. (2009). Sustainable development of the rural
economy. Applied Studies. In Agribusiness And Commerce, Agroinform Publishing
House, Budapest
Pasakarnis, G., Morley, D. dan Maliene, V. (2013). Rural development and
challenges establishing sustainable land use in Eastern European countries. Land Use
Policy, 30(1): 703-710. https://www.sciencedirect.com/science/article/abs
/pii/S026483771200097X
Pender, J. L., Weber, J. G. dan Brown, J. P. (2014). Sustainable rural development
and wealth creation: five observations based on emerging energy opportunities.
Economic development Quarterly, 28(1): 73-86. Doi:
https://doi.org/10.1177/0891242413513327
Sustainability. (2019). Sustainable urban and rural development. Atas talian pada 19
November 2019, dari https://www.mdpi.com/journal/sustainability/
sections/urban_and_rural_development
Terziev, V. (2016). Opportunities for Sustainable Rural Development in Bulgaria.
Contemporary Science And Education In Americas, Africa And Eurasia. Atas talian
pada 26 November 2019, dari SSRN: https://ssrn.com/abstract=3155393 atau
http://dx.doi.org/10.2139/ssrn.3155393
United Nation. (2019). Decisions by topic: rural development. Atas talian pada 18
November 2019, dari
https://sustainabledevelopment.un.org/topics/ruraldevelopment/decisions
Van Schalkwyk, B. B. (2015). Challenges in realising sustainable community
development in rural South Africa. Agriculture, Forestry And Fisheries. 4(4-1): 73-
79.
http://article.sciencepublishinggroup.com/html/10.11648.j.aff.s.2015040401.19.html
Varga, L. Sz. dan Varga, E. (2019). The challenges of sustainable rural development
towards engineering education. Atas talian pada 26 November 2019, dari
http://www.ineer.org/Events/ICEE2008/full_papers/full_paper285.pdf

Anda mungkin juga menyukai