Anda di halaman 1dari 3

2.

0 SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Menurut buku The Encyclopedia of Sports, pada tahun 1879 sekumpulan pelajar dari
Universiti Cambrigde telah menjalankan satu aktiviti yang kemudiannya merupakan pencetus
pada permainan ping pong ini. Mereka memukul-mukul penyumbat botol di atas meja dengan
mengunakan pemukul. Kemudian mereka memukul bola-bola kecil ke atas meja yang
diletakkan buku merentanginya.

Pada tahun 1899, James Gibb cuba meletakkan pengapit pada tali yang direntang pada
meja untuk bermain permainan ini. Beliau mencipta sendiri undang-undang termasuk mata
penamatnya 21. Semasa Gibb pulang dari Amerika dengan membawa pulanag sejenis bola
diperbuat daripada bahan seluloid, mereka menggunakan bola itu sebagai pilihan kepada bola
getah atau bola gabus yang digunakan ketika itu. Apabila penggunaan penukul seakan raket
bermula yang bunyinya seakan bunyi suara ‘pingpong’ permainan pingpong mula dikenali.

Mereka yang menceburkan diri dalam bidang pingpong mulai menyebutnya dengan
perkataan tersebut. Pingpong diambil daripada perkataan ‘ping’ yang dihasilkan apabila bet
bertembung dengan bola, manakala perkataan ‘pong’ daripada hasil lantunan di atas meja.
Dengan demikian nama tersebut terus menjadi sebutan untuk permainan ini.
PINGPONG DI ASIA

Pada tahun 1950-an, permainan ini sudah mula menonjol di beberapa negara asia
terutama Jepun, Korea dan China. Pemain-pemain Jepun telah memperkenalkan corak
pegangan bet yang lebih kemas dan kemas, iaiatu cekakan pen yang mementingkan corak
permaianan menyerang dan pergerakan kaki yang pantas. Jepun muncul sebagai juara dunia
dari tahun 1954-1959.
Selepas tahun 1960-an, pasukan China pula menguasai permainan ini. Mereka turut
memperkenalkan cara pegangan dan cekakan bet yang lebih kemas dan berkesan serta cara
membuat servis yang lebih menarik. Mereka menguasai dunia pingpong dengan memenangi
perlbagai kejohanan peringkat antarabangsa.

Selepas tahun 1970-an barulah pasukan-pasukan dari Eropah kembali menguasai


permainan ini. Dengan kemunculan kembali negara-negara Eropah serta penguasaan dua
gergasi Asia ini menjadikan setiap pertandingan lebih menarik dan mencabar.

Kini kedudukan permainan pingpong semakin kukuh di peringkat antabangsa. Pelbagai


pertandingan dan kejohanan antabangsa sama ada mengikut kawasan ataupun perjumpaan-
perjumpaan tertentu terus dianjurkan dengan sambutan yang menggalakkan diterima. Namun
kemuncak perkembangan sukan ini ialah pengiktirafan yang diberikan oleh Majlis Olimpik
Antabangsa, apabila menerimanya sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik tahun1988
yang diadakan di Seoul.

PINGPONG DI MALAYSIA
Permainan ini diperkenalkan ke negara ini selepas Perang Dunia Pertama. Askar-askar
yang bertugas di negara ini adalah mereka yang bertanggungjawab memperkenalkan pingpong
kepada penduduk di Malaysia, khususnya di beberapa Bandar utama.

Pada peringkat awal, permainan ini kurang mendapat perhatian dan galakkan.
Kemudian pingpong mula diperkenalkan di sekolah-sekolah Cina dan sekolah missionary
Inggeris. Pingpong mulai diterima oleh penduduk di beberapa tempat walaupun penerimaannya
agak lambat.

Pada tahun 1952, usaha diadakan bagi menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk
permainan ini di peringkat kebangsaan bagi memperkenal dan menyelaraskan permainan ini ke
seluruh negara. Bagaimanapun enam tahun kemudian barulah persatuan ini ditubuhkan secara
rasmi dan dikenali sebagai Persatuan Pingpong Malaya ( PPM ) dan apabila pembentukan
Malaysia pada tahun 1963, persatuan ini ditukar kepada Persatuan Pingpong Malaysia.

Pada peringkat antabangsa, Malaysia turut mengambil bahagian seperti dalam


Kejohanan Dunia dan Kejohanan Pingpong Asia. Namun pencapaian pasukan kita tidaklah
begitu membanggakan. Pada peringkat Asia, negara kita merupakan salah sebuah negara
pengasas ke arah penubuhan Asian Table Tennis Union pada tahun 1972. Sejak itu negara kita
sering memainkan peranan penting dalam perkembangan serta kemajuan pingpong di Asia.

Malaysia turut menjadi tuan rumah bagi beberapa kejohanan dunia seperti Piala Dunia
Kedua ( 1981 ), Piala Dunia Kelima ( 1984 ) dan Piala Dunia Ke-12 ( 1991 ). Pada peringkat
Asean, negara kita pernah memenangi beberapa pingat emas dalam Sukan SEA serta
beberapa kejohanan jemputan yang dianjurkan oleh negara-negara ASEAN dari semasa ke
semasa.

Anda mungkin juga menyukai