Anda di halaman 1dari 10

TEORI DAN KESAN KEDATANGAN ISLAM

KE TANAH MELAYU

PENGENALAN.

Islam sudah lama bertapak di Tanah Melayu sejak zaman pemerintahan Kesultanan
Melayu Melaka lagi. Bahkan ada cendekiawan telah mencadangkan bahawa Islam sudah
bertapak di Tanah Melayu lebih awal lagi. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
penyebaran Islam di Tanah Melayu. Antara faktor tersebut adalah kedudukan Tanah Melayu
yang strategik, Tanah Melayu merupakan salah satu pusat perdagangan yang terkenal pada
masa itu. Tanah Melayu juga menjalin hubungan baik dengan Cina, India dan Arab. Selain
itu, Tanah Melayu sesuai sebagai tempat perlindungan daripada angin Monsun Barat Daya
dan Timur Laut. Terdapat tiga teori utama yang menerangkan cara kedatangan Islam ke
Tanah Melayu. Teori tersebut adalah kedatangan Islam melalui China, India dan Tanah Arab.

TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI TANAH ARAB.

Tokoh yang memberi teori ini ialah John Crowford dari Scotland dan teorinya
disokong oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 1 Beliau memberi teori ini berdasarkan
aktiviti perdagangan menerusi catatan China yang menyatakan orang Arab dan Parsi
mempunyai petempatan di Canton (China) pada 300M. Pedagang Arab telah menguasai jalan
perdagangan melalui jalan laut dari pelabuhan Iskandariah hingga China. Pedagang Arab juga
telah berdagang di Asia Tenggara terutama setelah kemunculan Islam pada abad 7M.
Pedagang Arab sering singgah di pelabuhan di Tanah Melayu sebelum ke China. Hal ini
kerana Tanah Melayu merupakan tempat yang strategik untuk berlindung dari Angin
Monsun. Mereka menetap beberapa bulan dan mewujudkan perkampungan serta menjalankan
urusan jual beli barangan dari China dan India.

1
http://smkserimutiara-sejarah.blogspot.my/2009/03/sejarah-tingkatan-4-bab-7.html

1
Antara bukti yang dapat menyokong teori ini ialah wujudnya persamaan tulisan kesusasteraan
di Tanah Melayu dan Tanah Arab. Tulisan jawi yang berdasarkan tulisan arab. Terdapat
penggunaan bahasa arab dalam bahasa melayu seperti baligh, doa, akhirat dan sebagainya.
Selain itu catatan tempatan tentang pengislaman Raja-raja Melayu turut menyokong teori ini.
Antara teori tersebut adalah Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa (Raja
Kedah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani), Hikayat Acheh dan Sejarah Kepulauan
Sulu.

TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA

Tamadun India antara tamadun yang sangat berpengaruh dalam perkembangan


sejarah masyarakat manusia, keagamaan, pemerintahan seni bina, dan pendidikan. Secara
umumnya terdapat pelbagai teori mengenai kedatangan Islam ke Alam Melayu. Hubungan
antara India dan bumi Nusantara terjalin sekitar abad 13 masihi. Hal ini telah diusulkan oleh
Brian Harrison iaitu penyokong kepada Snouck Hurgronje. Snouck Hurgronje merupakan
seorang orientalis barat yang telah mengemukakan teori iaitu masyarakat Tanah Melayu
mengambil pandangan daripada masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan
dalam hal-hal dagangan dan kebudayaan. Beliau berpendapat ianya bertujuan untuk
menjalinkan hubungan dua hala dan Tanah Melayu berminat dengan agama Islam yang
dianuti oleh pedagang-pedagang India.

Selain itu , pengaruh perkataan India seperti 'lebai' telah diguna pakai dalam masyarakat
melayu sehingga kini . Malah senibina kubah masjid juga dikatakan berasal daripada senibina
dari negeri india. Tradisi kesusasteraan Melayu juga mirip kepada tradisi Islam di India.
Sejak dahulu lagi, unsur kebudayaan Hindu telah disebarkan ke dalam masyarakat di Asia
Tenggara. Pedagang India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan
masyarakat di Asia Tenggara . 

Gujerat merupakan pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Khilji di India.


Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin. Pada abad ke-13
Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India,
mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan,
bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat. Dengan adanya kemudahan
tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara
untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk

2
tempatan. Tambahan lagi, Islam juga tersebar melalui perkahwinan hubungan antara
penduduk tempatan dan pedagang-pedagang luar.

Mengenai peranan mubaligh dari India, para sarjana tidak sepakat tentang dari daerah
manakah agama Islam dibawa ke Nusantara. Terdapat pelbagai teori bahawa kedatangan
Islam dari tamadun india, diantaranya ada mengatakan dari daerah Gujerat atau Benggala,
atau India selatan dan Khasnya Malabar. Mengenai teori dari Gujerat, penemuan batu nisan
yang telah diperkuatkan oleh kajian G.P Moquette mengenai batu nisan di Pasai yang
bertarikh 1428 masihi dan baru nisan Maulana Malik Ibrahim di Grisek yang bertarikh 1419
masihi. Oleh kerana, kedua-dua batu nisan itu seakan-akan sama dengan baru nisan ‘Umar
ibn Ahmad Kazaruni di Gujerat, maka Moquette membuat kesimpulan bahawa kedua-
keduanya dibawa dari Gujerat.

Berdasarkan penemuan ini R.A. kerana membuat kesimpulan lebih jauh lagi, iaitu agama
Islam di Indonesia adalah berasal dari Gujerat. Teori ini kemudiaannya disokong oleh W.P.
Stutterheim, J. Gonda dan C.A.O Van Nieuwenhuijze. Walau bagaimanapun teori ini juga
mempunyai kelemahan yang jelas, antaranya tarikh pengislaman Pasai lebih awal daripada
tarikh yang tercatat pada batu nisan yang ditemui. Pasai telah menerima Islam pada tahun
1042 M sedangkan Gujerat ketika itu belum menerima Islam lagi. Selain itu, persamaan batu
nisan di Alam Melayu dengan Gujerat boleh menunjukkan batu nisan mudah dipesan dari
Gujerat, bukan sebagai bukti Islam disebarkan dari Gujerat. ( S.M. Naquib Al-Attas 1972 : 33
)

Manakala, Thomas Arnold pula berpendapat bahawa Gujerat bukanlah tempat yang mula-
mula di India bertanggungjawab bagi memperkenalkan Islam ke Nusantara. Berpendapat
ianya berasal dari Bengal daerah Coromandel atau Malabar (India Selatan). Daerah tersebut
lebih dahulu menerima Islam dari Gujerat. Bengal dikatakan telah ditakluki sejak awal abad
ke-13 masihi lagi dan dijadikan sebagai pusat pengajian dan penyebaran agama.

Berdasar huraian oleh Tome Pires dalam bukunya yang bertajuk Suma Oriental, diusulkan
oleh S.Q Fatimi pula mengatakan agama Islam di Nusantara telah disebarkan dari Benggala.
Menurut Tome Pires, Malik al-Salih yang menjadi raja Islam yang pertama di Pasai adalah
seorang pedagang Benggali dan berasal dari Benggala. Oleh kerana Parsi dianggap oleh
Fatimi sebagai negeri pertama yang memeluk agama Islam, maka disimpulkan bahawa Islam
juga berasal dari Benggala. Walaubagaimanapun, tiada bukti yang kukuh mengatakan

3
bahawa Malik al-Sahih berketurunan dan berasal dari Benggala. Tambahan lagi, Raja Pasai
yang pertama adalah Meurah Giri atau Sultan Mahmud Syah yang mula memerintah pada
tahun 1042 M.

Seterusnya, mengenai teori dari India Selatan pula, ia dikemukan oleh Van Ronkel. Beliau
berpendapat dengan alasan bahawa bentuk-bentuk popular Islam seperti ciri mistik, sastera
roman dan sebagainya yang terdapat di Indonesia adalah berasal dari India Selatan, bukannya
dari tempat lain. Manakala teori dari Malabar, antara pendukungnya ialah Thomas Arnold
yang menggunakan alasan persamaan mazhab Shafii dengan Indonesia.2

Teori Kedatangan Islam ke Tanah Melayu Dari China

Teori ini dikemukakan oleh:

 Emanuel Gadinho Eredia


 S.Q. Fatimi

Sarjana tempatan dan barat turut bersetuju dengan teori kedatangan Islam ke Alam
Melayu adalah dari negara China. Ini kerana terdapatnya bukti yang menyokong pendapat
tersebut. Antara bukti yang menyokong pendapat mereka adalah penemuan Batu Bersurat di
Terengganu. Memandangkan Terengganu terletak di pantai timur Tanah Melayu, maka
dengan terjumpanya batu tersebut di situ menunjukkan bahawa Islam telah sampai dari arah
Timur, dan sarjana setuju menyatakan ianya datang dari China, Hainan atau Champa.

Walaupun pada batu bersurat itu tertera tulisan jawi, pendapat yang mengatakan bahawa
ia datang dari Tanah Arab tidak dapat menyaingi pendapat yang mengatakan ianya datang
dari China. Ini kerana negara China telah pun menerima Islam lebih awal dari negara lain di
Timur kerana pada zaman Kerajaan Islam, utusan telah pun dihantar ke China melalui jalan
sutera bagi mengembangkan agama Islam.

Hubungan perdagangan antara orang Arab dengan China dikatakan telah berlaku sejak
sebelum kelahiran Agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti
bau-bauan, mutiara, dan batu-batu yang berharga di samping membeli mutiara dan tembikar

2
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Umat Islam di Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1990. Hal. 43.

4
dari China. Perdagangan antara Arab dan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan
antara orang Arab dan China dengan Kepulauan Melayu.3

Melalui Perdagangan

Kegiatan perdagangan adalah sesuatu kegiatan ekonomi yang penting untuk memperkenalkan
barangan negara mereka ke dunia antarabangsa. Di China Para pedagang Arab sudah lama
wujud, mereka membawa barangan seperti rempah ratus, batu-batu berharga ke China.

Keperluan barangan adalah faktor yang penting bagi mewujudkan hubungan di antara
pedagang Arab yang menjalankan perniagaan dengan negara China. Pada awalnya, hubungan
perdagangan ini akan melalui jalan darat tapi perdagangan pada zaman dahulu lebih kepada
laluan jalan laut, melintasi pantai Asia Tenggara yang menjadi singgah di pusat perdagangan
di sepanjang tempoh perjalanan mereka.

Zaman dahulu, kapal-kapal Parsi akan belayar di sekitar lautan hindi untuk kegiatan
perdagangan yang terutamanya id China, tapi disebabkan China selatan mempunyai
keperluan ekonomi dengan pedagang parsi, secara tidak langsung mempengaruhi di kawasan
Tanah Melayu.

Di negara China, barangan parsi seperti pokok Resin atau lebih dikenali sebagai
‘Possu’ atau Parsi. Oleh itu, Possu dipasarkan di China, dan secara tidak langsung ia
dianggap berasal dari Sumatera.

Penghijrahan akibat persengketaan

Pada zaman dahulu, di negara China telah ditimpa satu tragedi pada umat Islam. Ini kerana
pada awalnya umat Islam di China sangat ramai sampai di tahap di antara mereka yang
menjadi kaya dan sangat berpengaruh di Canton. Oleh tu, ini menyebabkan ramai penduduk
tempatan tidak berpuas hati terhadap mereka dan sanggup bermusuhan dan membakar
Bandar Canton. Masalah ini merebak hingga ke Kepulauan Melayu di Nusantara. Kedudukan
orang Arab-Islam di Canton dianggap menggugat ekonomi dan keselamatan orang cina di

3
http://www.slideshare.net/momon08/teori-kedatangan-islam-ke-tanah-melayu

5
sana. Terus mencetuskan tragedi persengketaan di antara orang China dengan orang Arab-
Islam.4

Pada tahun 878 Masihi di Canton, pada zaman pemerintahan Hsi Tsung, telah
mengorbankan seramai 100 000 penduduk asing yang majoriti beragama Islam. Peristiwa ini
menyebabkan ramai yang berhijrah ke Kalah ataupun Kedah.

Selain itu, terdapat peristiwa lain yang berlaku di wilayah Yang Chow di akhir
pemerintahan dinasti Tang yang diketuai oleh pasukan pemberontak Tien Sheng Kong.
Peristiwa ini menyebabkan penghijrahan golongan yang terselamat berhijrah ke tempat di
Kepulauan Nusantara.

Bukti-Bukti Inskripsi

Di Champa terdapat dua inskripsi yang menguatkan lagi dakwaan sesetengah ahli
sejarah mengenai kedatangan Islam di bawa dari daerah tersebut. Terdapat sebuah batu nisan
yang bertulis"Khat Kufi" bertarikh 1039 masihi dah sebuah Monument "tugu"bertarikh 1025
masihi .Pada Meonument tersebut terdapat catatan yang berhubung dengan hukum-hukum
Islam

Bagi mengukuhkan lagi teori dari China terdapat bukti seperti berikut:

 Batu nisan yang dikatakan sebagai Walai Allah berketurunan Arab bertarikh
419H bersamaan tahun 1028M yang terdapat di Pekan,Pahang
 Batu bersurat Terengganu bertarikh 702H bersamaan 1303M.5

Bukti pertama kerana mempunyai ayat Al-Quran dan bukti lain pula mengandungi
arahan mengenai kewajipan ke atas orang Islam mematuhi hukum Allah SWT.
Tambahan lagi, terdapat catatan dalam Dinasti Sung menyatakan kedatangan Islam di
Nusantara melalui pantai laut China dan dibawa oleh pedagang Islam dari Tiongkok
pada tahun awal 977M. Laporan ini menjadi teori yang kukuh bagi SQ Fatimi bagi
mengukuhkan lagi teori kedatangan Islam dari China.

Penaklukan dan Perkahwinan

4
http://syanuzaki.blogspot.my/2012/07/teori-dan-bukti-kedatangan-islam-dari.html
5
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kedatangan_dan_Penyebaran_Islam_di_Nusantara

6
Selain dari China ,ada pula teori yang mengatakan ianya dibawa dari Champa atau Kemboja.
Menurut R.A Kern, orang-orang Islam di Nusantara berasal dari IndoChina dalam kurun ke-7
masihi. Perhubungan itu berdasarkan kepentingan penaklukan dan perkahwinan terutamanya
di antara keluarga Diraja .Ada pula terdapat dalam sumber China,bahawa Phanrang telah pun
menerima Islam sejak tahun 960 masihi lagi iaitu semasa pemerintahan Dinasti Sung.

Perkembangan Melalui Diplomatik

Sumber-sumber dari China mencatatkan bahawa terdapat satu utusan dari negara Islam
Nusantara yang dikenali sebagai P’o-ni pada tahun 977 M dan diketuai oleh P’u-A-Li. Dua
orang pengkaji sejarah iaitu, Hirth dan Rockhill percaya bahawa utusan diraja yang
dimaksudkan itu ialah Abu Ali dari Brunei. Bukti-bukti lain yang menunjukkan agama Islam
di sini ada hubungannya dengan China ialah wujudnya hubungan yang erat antara negeri
China dengan beberapa buah negeri Nusantara ini. Menurut Ensiklopedia Islam (Hal 261 –
462) dikatakan bahawa catatan China mengatakan semenjak kurun ke-7M. penduduk-
penduduk China memanggil penganut agama Islam di Nusantara sebagai “Tachi” (Tashi)6

Kesan Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

Berdasarkan kajian sejarah mendapati Islam telah bertapak dan berkembang  di  Tanah


Melayu sejak sekian lama dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini
berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari
Asia Barat ke Negara China yang telah membawa suatu pembaharuan kepada kehidupan
masyarakat Melayu yang berteraskan Islam. Pengaruh Islam bukan sahaja berjaya merubah
kepercayaan tetapi juga sosio-budaya masyarakat Melayu dari sudut pemerintahan,
pendidikan dan kebudayaan. 

Kesan paling ketara dengan kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu  ialah bertukar
agama berakidah Islam yang mentauhidkan dan menyembah Allah s.w.t,  di samping
meyakini kewujudan malaikat, perutusan para nabi, penurunan kitab-kitab, kewujudan hari
akhirat dan ketentuan qadha dan qadar.

6
http://www.slideshare.net/momon08/teori-kedatangan-islam-ke-tanah-melayu

7
Kesan segera pengislaman di Tanah Melayu dari aspek politik dan pentadbiran ialah
kemunculan kerajaan Islam seperti kerajaan Islam Melaka. Sistem politik dan pentadbiran
kerajaan Islam ini telah memperkenalkan sistem pemerintahan empayar Uthmaniyah dengan
meletakkan ‘sultan’ sebagai ketua negara dan ketua agama Islam.

Seterusnya, Pengaruh Islam dalam bidang kesenian meliputi pelbagai aspek, seperti
arkitektur, epigrafi, kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya. Aspek arkitektur atau seni
bina dapat dilihat pada bangunan masjid, surau atau madrasah, istana, rumah, kota dan
sebagainya.

Mengenai sistem pendidikan dan ilmu pengetahuan ternyata agama Islam telah membawa
beberapa perubahan dan pembaharuan kepada peradaban Melayu. Oleh sebab agama Islam
menerima naungan daripada istana raja-raja Melayu, maka istana telah dijadikan pusat
kegiatan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Institusi pendidikan sama ada rasmi atau tidak
rasmi seperti pendidikan di peringkat madrasah, pondok atau pesantren, masjid dan surau
telah wujud.

Kesimpulan.

Kesimpulannya, kita dapat mengenal pasti tiga teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu yang
utama yang dikemukakan oleh para sejarawan. Teori tersebut adalah teori kedatangan Islam
dari Tanah Arab, kedatangan Islam dari India dan kedatangan Islam dari China. Kesemua
teori ini berunsurkan kedatangan melalui para pedagang. Kesan kedatangan Islam ke Tanah
Melayu sangat besar dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Antaranya, perubahan cara
pemerintahan, pendidikan, bahasa dan kesusasteraan, cara hidup, kesenian, ekonomi,
perkahwinan dan pelbagai lagi. Ternyata agama Islam merupakan agama yang merangkumi
pelbagai aspek kehidupan. Oleh yang demikian ramai masyarakat zaman dahulu tertarik
untuk menganuti agama Islam.

Rujukan.
8
Website:

Admin. (2016, Ogos 28). Retrieved from SEJARAH UNTUK SEKOLAH MENENGAH:
http://smkserimutiara-sejarah.blogspot.my/2009/03/sejarah-tingkatan-4-bab-7.html

Admin. (2016, Ogos 28). BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA. Retrieved from Sejarah
Form 4 & 5: https://sejarah4spm.wordpress.com/sejarah-nota-tingkatan-4-bab-7/

Admin. (2016, Ogos 28). Bab 7 Islam di Asia Tenggara. Retrieved from Jombelajar:
https://sites.google.com/a/jombelajar.co.cc/spm/sejarah/tingkatan-4/bab-7

Admin. (2016, Ogos 28). Bahasa Arab di Kepulauan Melayu. Retrieved from Utusan:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Admin. (2016, Ogos 28). John Crawfurt. Retrieved from Wikipedia:


https://en.wikipedia.org/wiki/John_Crawfurd

Admin. (2016, Ogos 28). Kedatangan dan Penyebaran Islam di Nusantara. Retrieved from
Wikipedia:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kedatangan_dan_Penyebaran_Islam_di_Nusantara

Admin. (2016, Ogos 28). Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Retrieved from Wikipedia:
https://en.wikipedia.org/wiki/Syed_Muhammad_Naquib_al-Attas

Admin. (2016, Ogos 28). Teori dan Bukti Kedatangan Islam dari China. Retrieved from
Tamadun Islam: http://syanuzaki.blogspot.my/2012/07/teori-dan-bukti-kedatangan-
islam-dari.html

Akem, A. (2016, Ogos 28). Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Retrieved from
Politeknik Nilai: http://muller14.blogspot.my/

Amirullah, M. (2016, Ogos 28). Toei Kedatangan Ialam ke Tanah Melayu. Retrieved from
http://www.slideshare.net/momon08/teori-kedatangan-islam-ke-tanah-melayu

9
Buku atau jurnal:

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1989. Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional. Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1990. Pemikiran Umat Islam Di Nusantara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahayudin Haji Yahaya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Zulkiflee Haron dan lain-lain. 2013. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Skudai: Penerbit
UTM Press.

Fairuzah Hj. Basri. 2008. Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan dan Isu
kontemporari, Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

10

Anda mungkin juga menyukai