Anda di halaman 1dari 10

Cara Mengekalkan Bangunan Bersejarah

Dalam era permodenan yang dihambat dengan pelbagai kemajuan,


Malaysia masih mampu mengekalkan bangunan-bangunan
bersejarah sebagai warisan budaya yang unggul. Di kota raya Kuala
Lumpur sahaja, tersergam indah bangunan Sultan Abdul Samad
yang menjadi mercu tanda kebanggaan penduduknya. Kerajaan
turut mengorak langkah untuk mengekalkan bangunan-bangunan
bersejarah ini bagi memastikan bangunan tersebut terus utuh
sebagai bangunan yang bakal menjadi kebanggaan generasi akan
datang. Pada masa yang sama, bangunan bersejarah yang memiliki
seni bina yang unik ini dapat dijadikan satu tarikan kepada para
pelancong untuk berkunjung ke negara kita. Justeru, pelbagai usaha
telah dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara keunikan
bangunan tersebut agar tidak pupus ditelan zaman.

Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah


mengorak langkah bagi mewartakan bangunan bersejarah ini
sebagai satu warisan kebangsaan yang perlu dipelihara. Dengan
pewartaan ini, bangunan-bangunan yang kebanyakannya dibina
pada era penjajah dan berusia ratusan tahun, dapat dijamin
kewujudannya dan terhindar daripada sebarang usaha pemusnahan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya, telah meletakkan
Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah yang
perlu dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Kuala
Lumpur. Bagi memastikan bangunan tersebut terus kekal, usaha
mengindahkan semula bangunan ini telah dilaksanakan sejak tahun
2002 lagi. Kesannya, bangunan kebanggaan negara tersebut kini
tersergam indah menanti kunjungan pelancong sama ada dari dalam
atau dari luar negara.

Bagi memenuhi impian seluruh masyarakat yang ingin melihat


bangunan bersejarah di negara kita terus kekal, kerajaan juga telah
mengambil inisiatif bagi menjalankan usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan bangunan bersejarah di seluruh negara. Kerajaan
memperuntukkan sejumlah wang yang bukan kecil jumlahnya demi
menjalankan usaha membaik pulih bangunan-bangunan lama tetapi
mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Sebagai contohnya, usaha
membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun
2007 yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja
sebanyak RM20 juta. Hal ini meliputi kerja-kerja menambah
kemudahan asas di bangunan tersebut serta menambah baik
struktur bangunan yang telah rosak. Perlu diingat bahawa segala
kerja baik pulih tersebut hanya melibatkan bahagian dalam
bangunan sahaja, manakala struktur dan bentuk bahagian luar
bangunan tersebut masih dikekalkan dengan ciri-ciri lamanya.
Maka, dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, hasrat
masyarakat untuk melihat bangunan bersejarah di negara kita terus
kekal akan dapat dicapai.

Pada masa yang sama, malaksanakan usaha bagi mengindahkan


kawasan persekitaran bangunan bersejarah yang terdapat di negara
kita dengan lanskap yang menarik. Antaranya adalah dengan
mengindahkan taman-taman bunga daripada pelbagai jenis flora
yang terdapat di negara kita. Hal ini bertujuan untuk memastikan
bangunan tersebut sentiasa mendapat kunjungan daripada orang
ramai. Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian
dalam mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaiki atau
ditambah nilai. Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad
turut dilengkapi dengan kemudahan ‘lift’, alat keselamatan serta
tempat meletak kenderaan kepada para pengunjung. Dengan usaha
yang bersungguh-sungguh ini, bangunan-bangunan bersejarah
tersebut mampu menggamit kehadiran pengunjung sekali gus
memperkenalkan budaya kita kepada masyarakat luar negara.

Selain itu, salah satu elemen penting yang mendasari usaha


pemuliharaan bangunan bersejarah di negara kita adalah
keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja
penyelidikan dan pembangunan. Jabatan Arkitek Malaysia dan
Jabatan Kerja Raya sebagai contohnya sentiasa memantau
perkembangan usaha-usaha pengekalan bangunan-bangunan
bersejarah di seluruh negara. Hal ini adalah bagi tujuan memastikan
agar semua bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan
kebangsaan sentiasa terpelihara dan selamat dikunjungi. Tida
cukup dengan usaha tersebut, beberapa buah universiti di tanah air
kita sering kali menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti
struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yang
diharapkan oleh masyarakat Malaysia. Usaha ini turut ditanamkan
dalam jiwa kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran
sejarah di mana mereka turut menjalankan kajian tentang
bangunan-bangunan bersejarah di negara kita. Penyelidikan yang
berterusan ini mampu menanamkan sikap cinta akan warisan
budaya kita sesuai dengan matlamat kerajaan membangunkan nilai
patriotism dalam jiwa remaja kita hari ini.

Bagi menyempurnakan cita-cita luhur untuk mengekalkan


bangunan-bangunan bersejarah di negara kita, kerajaan turut
bertindak memperkenalkan bangunan warisan tersebut kepada
pelancong dari seluruh dunia. Usaha ini didepani oleh Kementerian
Pelancongan dan juga Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia
yang sentiasa merintis jalan bagi memperkenalkan tempat-tempat
menarik di Malaysia. Melalui usaha ini, bangunan-bangunan
bersejarah dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong
yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan. Langkah
memperkenalkan bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan
Abdul Samad, Kota A famosa, Istana Jugra dan sebagainya mampu
merealisasikan hasrat kita bagi mengekalkan bangunan bersejarah
tersebut agar terus kekal di persada dunia. Pada masa yang sama,
pemeliharaan bangunan bersejarah ini dapat mengekalkan fakta-
fakta yang lebih jelas tentang budaya masyarakat kita yang hidup
dan berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik.

Intiharnya, kewujudan bangunan bersejarah di negara kita yang


wujud sejak abad ke dua puluh lagi, mengambarkan kepelbagaian
corak hidup masyarakat dahulu kala. Justeru, usaha untuk
mengekalkan bangunan tersebut bagi tatapan generasi akan datang
adalah amat perlu dilaksanakan demi kesinambungan budaya
masyarakat kita. Budaya silam adalah cerminan masyarakat kita
hari ini kerana budaya menunjukkan bangsa. Lantas, tanggungjawab
kita adalah perlunya memberi kerjasama kepada pihak yang
terbabit agar usaha memelihara dan memulihara bangunan
bersejarah tersebut akan terus kekal padu dan berpanjangan

Pada era permodenan yang dihambat dengan pelbagai kemajuan, Malaysia masih
mampu mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai warisan budaya yang
unggul. Di kota raya Kuala Lumpur sahaja, tersergam indah bangunan Sultan Abdul Samad
yang menjadi mercu tanda kebanggaan penduduknya. Kerajaan turut mengorak langkah
untuk mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah ini bagi memastikan bangunan tersebut
terus utuh sebagai bangunan yang bakal menjadi kebanggaan generasi akan datang. Pada
masa yang sama, bangunan bersejarah yang memiliki seni bina yang unik ini dapat
dijadikan satu tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita. Justeru,
pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara keunikan bangunan
tersebut agar tidak pupus ditelan zaman.

Pihak kerajaan telah mengorak langkah bagi mewartakan bangunan bersejarah


ini sebagai satu warisan kebangsaan yang perlu dipelihara. Dengan pewartaan ini,
bangunan-bangunan yang kebanyakannya dibina pada era penjajah dan berusia ratusan
tahun, dapat dijamin kewujudannya dan terhindar daripada sebarang usaha pemusnahan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya, telah meletakkan Bangunan Sultan Abdul
Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipertahankan dalam Pelan Induk
Pembangunan Kuala Lumpur. Bagi memastikan bangunan tersebut terus kekal, usaha
mengindahkan semula bangunan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2002 lagi. Kesannya,
bangunan kebanggaan negara tersebut kini tersergam indah menanti kunjungan pelancong
sama ada dari dalam atau dari luar negara.

Bagi memenuhi impian seluruh masyarakat yang ingin melihat bangunan bersejarah
di negara kita terus kekal, kerajaan juga telah mengambil inisiatif bagi menjalankan usaha
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di seluruh negara. Kerajaan
memperuntukkan sejumlah wang yang bukan kecil jumlahnya demi menjalankan usaha
membaik pulih bangunan-bangunan lama tetapi mempunyai nilai sejarah yang tinggi.
Sebagai contohnya, usaha membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar
tahun 2007 yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja sebanyak RM20
juta. Hal ini meliputi kerja-kerja menambah kemudahan asas di bangunan tersebut serta
menambah baik struktur bangunan yang telah rosak. Perlu diingat bahawa segala kerja baik
pulih tersebut hanya melibatkan bahagian dalam bangunan sahaja, manakala struktur dan
bentuk bahagian luar bangunan tersebut masih dikekalkan dengan ciri-ciri lamanya. Maka,
dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, hasrat masyarakat untuk melihat bangunan
bersejarah di negara kita terus kekal akan dapat dicapai.

Pada masa yang sama, malaksanakan usaha bagi mengindahkan kawasan


persekitaran bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita dengan landskap yang
menarik. Salah satu inisiatif ialah mengindahkan taman-taman bunga daripada pelbagai
jenis flora yang terdapat di negara kita. Hal ini bertujuan untuk memastikan bangunan
tersebut sentiasa mendapat kunjungan daripada orang ramai. Kemudahan-kemudahan
awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaik
atau ditambah nilai. Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad turut dilengkapi
dengan kemudahan lif, alat keselamatan serta tempat meletak kenderaan kepada para
pengunjung. Tuntasnya, dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, bangunan-bangunan
bersejarah tersebut mampu menggamit kehadiran pengunjung sekali gus memperkenalkan
budaya kita kepada masyarakat luar negara.

Selain itu, salah satu elemen penting yang mendasari usaha pemuliharaan
bangunan bersejarah di negara kita adalah keterlibatan semua agensi yang berkaitan
dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan. Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan
Kerja Raya sebagai contohnya sentiasa memantau perkembangan usaha-usaha
pengekalan bangunan-bangunan bersejarah di seluruh negara. Hal ini adalah bagi tujuan
memastikan agar semua bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan
sentiasa terpelihara dan selamat dikunjungi. Tidak cukup dengan usaha tersebut, beberapa
buah universiti di tanah air kita sering kali menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti
struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yang diharapkan oleh masyarakat
Malaysia. Usaha ini turut ditanamkan dalam jiwa kalangan pelajar yang mengambil mata
pelajaran Sejarah iaitu mereka turut menjalankan kajian tentang bangunan-bangunan
bersejarah di negara kita. Penyelidikan yang berterusan ini mampu menanamkan sikap cinta
akan warisan budaya kita sesuai dengan matlamat kerajaan menerapkan nilai patriotisme
dalam jiwa remaja kita hari ini.

Bagi menyempurnakan cita-cita luhur untuk mengekalkan bangunan-bangunan


bersejarah di negara kita, kerajaan turut bertindak memperkenalkan bangunan warisan
tersebut kepada pelancong dari seluruh dunia. Usaha ini didepani oleh Kementerian
Pelancongan dan juga Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia yang sentiasa merintis
jalan bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia. Melalui usaha ini,
bangunan-bangunan bersejarah dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong
yang mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan. Langkah memperkenalkan
bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota A Famosa, Istana Jugra
dan sebagainya mampu merealisasikan hasrat kita bagi mengekalkan bangunan bersejarah
tersebut agar terus kekal di persada dunia. Pada masa yang sama, pemeliharaan bangunan
bersejarah ini dapat mengekalkan fakta-fakta yang lebih jelas tentang budaya masyarakat
kita yang hidup dan berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik.

Sebagai intihanya, kewujudan bangunan bersejarah di negara kita yang wujud sejak
abad ke dua puluh lagi, mengambarkan kepelbagaian corak hidup masyarakat dahulu kala.
Justeru, usaha untuk mengekalkan bangunan tersebut bagi tatapan generasi akan datang
adalah amat perlu dilaksanakan demi kesinambungan budaya masyarakat kita. Budaya
silam merupakan cerminan masyarakat kita hari ini kerana budaya menunjukkan bangsa.
Lantas, tanggungjawab kita adalah perlunya memberi kerjasama kepada pihak yang terbabit
agar usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut akan terus kekal
padu dan berpanjangan.

Langkah Memelihara Bangunan/ Binaan Sejarah


Bangunan bersejarah perlu dikekalkan dan dipelihara. Bangunan
bersejarah dapat dijadikan iktibar atau panduan kepada generasi muda
dan juga dapat dijadikan bahan penyelidikan dan kajian tentang evolusi
manusia yang berlaku. Persoalannya, apakah cara yang dapat dilakukan
untuk mengekalkan bangunan bersejarah ini? 

Tarikan Pelancong
Bangunan bersejarah boleh dijadikan daya tarikan pelancong, contohnya
Kota Cornwallis, Istana Kellis, Kota A’ Famosa, tapak kaki Hang Tuah,
Bangunan Stadhuys, Bangunan Sultan Abdul Samad, Makam Mahsuri,
Langkawi, Candi di Lembah Bujang dan Penjara Pudu. Bangunan
bersejarah perlu dipulihara untuk tatapan pelancong asing. Bangunan
tersebut mempunyai daya tarikan kerana berkaitan dengan sejarah yang
telah berlaku di negara kita.
Umumnya diketahui para pelancong sama ada dari luar atau dalam negara
ingin melawat ke bangunan bersejarah. Selain itu, bangunan bersejarah
juga boleh diubah suai menjadi bangunan muzium yang memaparkan
sejarah tertentu. Contohnya, Istana Lama Kedah dijadikan Muzium Diraja
Kedah yang merakamkan sejarah susur galur raja-raja yang memerintah
Kedah. Pada masa yang sama, seni bina Bangunan Istana Lama Kedah
dapat dijadikan bahan tontonan generasi masyarakat sekarang.

Bangunan Pentadbiran
Tambahan pula, bangunan bersejarah juga dapat ditukar menjadi
bangunan pentadbiran. Contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad pernah
dijadikan mahkamah. Dengan ini, pihak berkenaan dapat mengurangkan
kos pembinaan baharu dan menjadi kebanggaan orang ramai yang pernah
berurusan di situ. Di samping itu, Bangunan Sultan Abdul Samad juga
menjadi mercu tanda Kuala Lumpur. Justeru, bangunan bersejarah juga
boleh dijadikan rumah kebajikan atau pusat jagaan. Badan kebajikan tidak
perlu menyewa atau membina bangunan baharu. Mereka boleh mengubah
suai bangunan bersejarah mengikut keperluan tanpa melupuskan
bangunan tersebut. Dengan ini, golongan yang kurang bernasib baik
mendapat pembelaan. 

Pusat Perniagaan
Di samping itu, bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai pusat
perniagaan jika bangunan tersebut masih selamat digunakan. Bangunan
bersejarah akan menjadikan daya tarikan kepada pelanggan. Peniaga juga
dapat berniaga dalam suasana yang berbeza.

Industri Perfileman
Bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman. Hal ini
kerana, sesebuah filem banyak bergantung pada latar belakang
tempatnya. Jika membuat filem yang bertemakan peristiwa bersejarah,
bangunan bersejarah perlu digunakan. Contohnya, filem ‘Police Story III’
lakonan Jacky Chan di Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan bangunan
Mahkamah Persekutuan dan Stesen Kereta Api. Jelaslah bahawa terdapat
syarikat perfileman negara asing yang menjalankan pengambaran di
Malaysia. Hal ini menjadikan Malaysia terkenal dan berdiri gah di persada
dunia.

Disamping itu, bangunan bersejarah mempunyai nilai-nilai seni dan nilai


estetika yang penting. Jika dilihat dengan teliti bangunan bersejarah juga
mempunyai seni bina yang halus yang bercorakkan budaya bangsa. Kita
dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni bina bangsa kita pada
zaman silam. Kita dapat menghayati keindahan dan keistimewaan budaya
kita. Biar kita ambil contoh, ukiran pada dinding kayu rumah Melayu
tradisional. Sebahagian besarnya dipengaruhi oleh penjajah yang menjajah
di sesuatu negeri tersebut. Istana Seri Menanti dipengaruhi oleh pengaruh
minangkabau. Tegasnya, bangunan ini haruslah di jaga dengan rapi agar
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Setelah itu, bangunan bersejarah juga dijadikan bahan penyelidikan.


Perkara ini amat penting bagi mereka yang meminati sejarah terutamanya
para pengkaji sejarah. Hal ini kerana, kewujudan bahan sejarah
membuktikan sejarah yang berlaku di Tanah Melayu sebelum
kemerdekaan lagi. Sebagai contoh, kedatangan Portugis merupakan cerita
yang benar bukannya dogeng mahupun terselit unsur mitos dan lagenda.
Hal ini dapat dibuktikan apabila bangunan A Famosa yang didirikan
semasa Peperangan Tiga Segi yang melibatkan tiga buah negeri iaitu
Acheh, Melaka dan Johor. Jelaslah bahawa bangunan A Famosa masih
berdiri dengan gahnya sehingga ke hari ini.        

Kesimpulannya, bangunan bersejarah masih memberikan manfaat.


Bangunan bersejarah merupakan sebahagian warisan bangsa Malaysia.
Tinggalan-tinggalan ini tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit. Di
dalamnya tersingkap banyak kisah yang tidak dapat terperikan dalam
buku- buku sejarah. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama
mengekalkan dan memulihara bangunan bersejarah.

vepentingan Bangunan Bersejarah Di Malaysia


Dalam meniti zaman atom ini, remaja kini terlalu sibuk dengan dunia
sekarang sehingga alpa bahawa di negara kita, Malaysia
mempunyai banyak bangunan bersejarah tanpa menghayati sejarah-
sejarahnya. Bangunan-bangunan bersejarah merupakan peninggalan
zaman dahulu. Jika dilihat dengan teliti bangunan-bangunan ini
mempunyai nilai budaya dan kesenian yang tersendiri. Hal ini
kerana, kalau tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya.
Bangunan bersejarah ini juga mencirikan identiti negara dan
merakam sejarah penting negara. Oleh itu,pemeliharaan bangunan
bersejarah memang penting di Malaysia. Persoalannya kini, apakah
kepentingan bangunan bersejarah ini kepada kita?

Antara kepentingannya ialah kita dapat mendalami dan mempelajari


sejarah negara kita. Melalui cara ini, kita lebih mendalami fakta
sejarah jika dapat melihat kesan peninggalannya sendiri. Golongan
pelajar akan lebih berminat dalam sejarah negara ini. Kerajaan
haruslah mewujudkan matapelajaran sejarah di seluruh sekolah di
Malaysia sama ada sekolah menengah mahupun sekolah rendah.
Lawatan ke tempat bersejarah merupakan antara cara
pembelajaran yang berkesan. Sebagai contoh, setiap Persatuan
Sejarah di sekolah perlulah mengadakan lawatan ke A Famosa,
Bangunan Sultan Abdul Samad dan banyak lagi boleh mengingatkan
kita tentang sejarah negara ini. Tegasnya, janganlah kita
mengulangi peristiwa hitam yang pernah berlaku di negara ini. Biar
putih tulang jangan putih mata.

Seterusnya, bangunan bersejarah juga mempunyai nilai ekonomi


dari segi tarikannya kepada pelancong. Hal ini kerana, tempat-
tempat yang mempunyai kesan peninggalan sejarah sudah tentu
akan menjadi tarikan tumpuan pelancong. Melalui cara ini, dapat
membantu perkembangan industri pelancongan dan membawa
wang asing masuk. Perkembangan ekonomi negara juga akan
meningkat dan menebusi ekonomi antarabangsa. Tamsilnya, Kubu
Cornwallis di Pulau Pinang dan Stesen Keretapi di Kuala Lumpur.
Bangunan-bangunan sebeginilah akan menarik tumpuan pelancong
untuk melihat keunikan bangunan tersebut. Hal ini kerana, dimana
ada gula disitu ada semut. Sudah terang lagi bersuluh, sebagai
rakyat Malaysia kita hendaklah berbangga dengan bangunan yang
sedia ada di negara kita dan janganlah kita memandang sebelah
mata terhadap bangunan ini.

Dalam nada yang berbeza, bangunan bersejarah juga penting dalam


industri perfileman. Hal ini kerana, sesebuah filem banyak
bergantung pada latar tempatnya. Jika membuat filem yang
bertemakan peristiwa bersejarah, bangunan bersejarah perlu
digunakan. Contohnya, filem ‘Police Story III’ lakonan Jacky Chan di
Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan bangunan Mahkamah
Persekutuan dan Stesen Kereta Api. Jelaslah bahawa terdapat
syarikat perfileman negara asing yang menjalankan pengambaran di
Malaysia. Hal ini menjadikan Malaysia terkenal dan berdiri gah di
persada dunia.
 
Disamping itu, bangunan bersejarah mempunyai nilai-nilai seni dan
nilai estetika yang penting. Jika dilihat dengan teliti bangunan
bersejarah juga mempunyai seni bina yang halus yang bercorakkan
budaya bangsa. Kita dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni
bina bangsa kita pada zaman silam. Kita dapat menghayati
keindahan dan keistimewaan budaya kita. Biar kita ambil contoh,
ukiran pada dinding kayu rumah Melayu tradisional. Sebahagian
besarnya dipengaruhi oleh penjajah yang menjajah di sesuatu negeri
tersebut. Istana Seri Menanti dipengaruhi oleh pengaruh
minangkabau. Tegasnya, bangunan ini haruslah di jaga dengan rapi
agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
 
Setelah itu, bangunan bersejarah juga dijadikan bahan penyelidikan.
Perkara ini amat penting bagi mereka yang meminati sejarah
terutamanya para pengkaji sejarah. Hal ini kerana, kewujudan
bahan sejarah membuktikan sejarah yang berlaku di Tanah Melayu
sebelum kemerdekaan lagi. Sebagai contoh, kedatangan Portugis
merupakan cerita yang benar bukannya dogeng mahupun terselit
unsur mitos dan lagenda. Hal ini dapat dibuktikan apabila bangunan
A Famosa yang didirikan semasa Peperangan Tiga Segi yang
melibatkan tiga buah negeri iaitu Acheh, Melaka dan Johor. Jelaslah
bahawa bangunan A Famosa masih berdiri dengan gahnya sehingga
ke hari ini.           

Natijahnya, bangunan-bangunan bersejarah merupakan sebahagian


besar daripada sejarah negara kita. Jika kita bandingkan bangunan
bersejarah ini tiada tolok bandingnya dengan bangunan-bangunan
yang dibina pada zaman era globalisasi ini. Hal ini kerana,
bangunan-bangunan ini tidak terkira nilainya dan merupakan
warisan bangsa. Sebagai generasi muda, kita haruslah memelihara
bangunan-bangunan sebegini untuk penghayatan dan kepentingan
semua khususnya kepada generasi muda yang akan dating untuk
dijadikan pengajaran. Akhir kata, janganlah kita alpa tentang
sejarah yang berlaku di negara kita ini. Sejajar dengan mutiara kata
bangsa yang tidak mempelajari sejarah pasti akan mengulanginya
semula.

http://mohamadafiza.blogspot.my/2012/06/peta-uitm-perlis.html