Anda di halaman 1dari 2

HURAIAN BERKAITAN ANJING DAN CARA MEMBASUH

Dalam video tersebut memaparkan soalan diajukan oleh seorang perempuan terhadap Ustaz tentang
hokum membela atau menyentuh anjing. Hukum memelihara anjing adalah Haram pada asalnya kecuali
terdapat hal-hal yang membolehkannya. Antaranya ialah untuk tujuan pemburuan , keselamatan dan
membantu dalam penternakan haiwan . Jika dilihat para nabi dahulu juga membela anjing tetapi untuk
tujuan yang membolehkan ia dibela . Mengikut Mazhab Syafie ,diharamkan membela anjing adalah
kerana air liurnya adalah najis dan dikategorikan sebagai najis mughollazoh iaitu najis yang berat dan
perlu disamak dengan air mutlak tujuh kali di mana satu daripadanya dengan air bercampur tanah. Air
liur anjing dari jenis apapun berbahaya bagi manusia. Persatuan Doktor Kesihatan Anak di Munich-
Jerman, menjelaskan bahawa air liur anjing mengandungi berbagai kuman penyebab penyakit. Bakteria
tersebut dapat masuk dan menyerang organ dalam manusia melalui sistem terbuka. Risiko terdedah
kepada penyakit adalah besar apabila terkena gigitan anjing. Bahaya anjing tidak hanya pada liurnya
sahaja. Menurut peneliti dari Universiti Munich, menyatakan bahawa memelihara anjing meningkatkan
risiko kanser payudara. Sebanyak 79,7 % penghidap kanser payudara ternyata sering bermain dengan
anjing, diantaranya dengan memeluk, mencium, memandikan, dan semua aktiviti merawat anjing.
Hanya 4,4 % pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan.

Selain itu , menurut Sains ,tanah diketahui mengandungi dua unsur yang dapat membunuh kuman-
kuman iaitu tetracycline dan tetarolite. Dua unsur ini digunakan untuk proses pembasmian (sterilisasi)
beberapa kuman. Eksperimen dan beberapa hipotesis menjelaskan bahwa tanah merupakan unsur yang
efektif dalam membunuh kuman.

Jelaslah bahawa apa yang diharamkan nabi mempunyai hikmahnya dan secara jelasnya anjing memberi
kesan dan buruk dan kerana itulah diharamkannya . Nabi juga telah menjelaskan bahawa untuk
membersihkan kotoran najis anjing hendaklah dibasuh dengan tujuh kali basuh dan satu daripadanya
adalah air tanah .

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, Sucinya wadah seseorang saat dijilat anjing adalah
dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan menggunakan tanah.

Wallahua’lam

Anda mungkin juga menyukai