Anda di halaman 1dari 3

SAJAK BATU TIGA, SHAH ALAM

Oleh Zurinah Hassan

Maafkan kami,
membelah subuhmu dengan deruan kereta
untuk mengelak sesak lebuh raya
ke Kuala Lumpur
lalu menyimbah asap dan debu
ke helai-helai mengkudu.

Hingga petang kami mengejar hidup menghimpit ke pintumu


burung-burung bertempiaran
daun-daun kering kehilangan arah
dan aku semakin payah
untuk pulang ke rumah.

Apakah malammu masih tenteram


atau telah terpanah oleh garang lampu kereta
sudahkah kau ajar anak-anakmu
melawan kekerasan
seperti kau membongkat isi hutan
untuk menumpang membesarkan mereka
abang-abang yang sempat mengejar ayam-ayam
dalam rimbun pucuk ubi
sebelum mendapatkan harapan
pada kilang-kilang di Shah Alam.

Maafkan kami
anak-anak Bau Tiga
pembangunan telah meredah ke tangga.
Analisis Struktur Luaran Puisi

Tema pembangunan
Pembangunan yang menjalar ke Batu Tiga sememangnya
membawa perubahan daripada aspek geografi dan ekonomi.
Jalan berturap telah menggantikan jalan berlumpur di dalam
hutan untuk memudahkan laluan kenderaan. Dalam rangkap
Tema
ketiga, jelas dinyatakan bahawa penduduk Batu Tiga yang
dahulunya memelihara ayam untuk menyara kehidupan telah
menjadi pekerja kilang di bandar. Penciptaan sajak ini atas
kesesalan pengkarya setelah melihat perubahan di latar tempat
tersebut yang dibawa oleh arus pembangunan.

 Persoalan kemajuan pembangunan akibat globalisasi


Persoalan  Persoalan perbezaan cara hidup di bandar dan di kampung
 Persoalan peka akan isu-isu alam sekitar

 Berbentuk sajak
 Mempunyai empat rangkap
Bentuk puisi
 Bilangan baris bebas
 Mempunyai lima hingga lapan belas suku kata

 Personifikasi
Gaya bahasa
 Imej alam

 Cinta akan alam sekitar


Nilai
 Tanggungjawab terhadap alam sekitar.

 Kita harus menghargai kurniaan Tuhan dengan memelihara


keseimbangan alam sekitar.
Pengajaran
 Pembangunan wajar dilaksanakan dengan
mempertimbangkan keseimbangan alam sekitar.
Tujuan Penyampaian Puisi

Pada pendapat penulis, Zurinah Hassan menggunakan bentuk sajak untuk menyampaikan
pemikirannya kerana sajak berbentuk bebas. Kebebasan ini tidak mengehadkan ruang
untuk pengarang mencurahkan idea. Penulisan sajak juga memerlukan masa yang pendek
jika dibandingkan dengan bentuk puisi lain yang mengejar dan menepati rima akhir.
Penulisan sajak juga membenarkan penerapan unsur penceritaan yang menjadikan
keseluruhan karya ‘hidup’ dan berupaya mengamit minat pembacanya. Sajak juga lebih
mudah difahami kerana pengarang menggunakan bahasa yang mudah. Pembaca tidak
perlu menghabiskan masa mendekod pembayang untuk mengupas makna tersirat puisi.

Puisi tersebut dihasilkan untuk menyampaikan mesej yang penting kepada pembaca,
iaitu menghargai keindahan alam sekitar. Pada alaf baharu ini, dunia dilanda arus
kemodenan dan kita dihanyutkan oleh kesibukan hidup. Ramai pihak pembangunan sibuk
mengejar kemewahan dan menunjukkan sikap materialistik. Mereka rakus membuka tanah
baharu tanpa mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar. Sesungguhnya, penerokaan
sedemikian menimbulkan banyak implikasi seperti pencemaran alam, kepupusan flora dan
fauna serta pemanasan global. Yang merana ialah generasi muda. Oleh itu, pembangunan
hendaklah dilaksanakan secara terancang dan berpada-pada. Pengaarang menggunakan
sajak ini untuk menimbulkan kekecewaan tindakan manusia yang kurang bertanggungjawab
terhadap alam sekitar. Namun, pengarang berharap karya ini berupaya menimbulkan
kesedaran dan anjakan paradigma dalam kalangan pembacanya.

Anda mungkin juga menyukai