Anda di halaman 1dari 1

KEPIMPINAN FUTURISTIK DALAM MENGURUS DAN MEMIMPIN PENDIDIKAN

LUAR BILIK DARJAH

Fatimatuzzahrah Binti Roslan


SK Bandar T6, Kluang, Johor
eimmie_82@yahoo.com

ABSTRAK
Tujuan kajian adalah mengkaji hubungan antara kepimpinan futuristik dalam mengurus dan
memimpin pendidikan luar bilik darjah. Jika dilihat pada ketika ini, kepentingan pendidikan luar
bilik darjah amat dititikberatkan demi kemenjadian pelajar. Responden kajian terdiri daripada
400 orang guru yang bertugas di 50 buah sekolah yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian
menunjukkan tahap memimpin pendidikan luar bilik darjah bagi responden adalah tinggi. Dalam
kajian ini, instrumen yang diguna pakai adalah soal selidik dan menggunakan perisian Statistic
Packages For Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan data yang lebih jelas dan mudah
difahami. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap pengetahuan responden tentang pendidikan
luar bilik darjah berada pada tahap sederhana. Manakala dari aspek pemikiran futuristik tahap
responden adalah sederhana. Dari dapatan kajian juga, terdapat perkaitan antara pengetahuan
tentang pendidikan luar bilik darjah responden dengan kepimpinan futuristik di sekolah-sekolah
harian. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, Ujian-t
berpasangan, ANOVA Sehala dan Dua Hala, dan Korelasi Pearson. Skor min pendidikan luar
bilik darjah didapati lebih rendah daripada skor min komitmen pentadbir dalam kepimpinan
futuristik. Dengan itu tahap kepimpinan futuristik pentadbir adalah rendah. Dapatan kajian juga
turut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan secara signifikan tahap komitmen pentadbir
dalam membuat keputusan berdasarkan lokasi dan gred sekolah. Selain dari itu, keputusan kajian
juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara komitmen pentadbir dalam
membuat keputusan dengan sokongan organisasi dan komitmen terhadap organisasi tetapi tidak
mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan guru menjalankan aktiviti pendidikan
luar bilik darjah. Akhir sekali kajian ini mendapati bahawa sokongan organisasi menjadi
moderator terhadap hubungan antara kepimpinan futuristik dalam mengurus dan memimpin
pendidikan luar bilik darjah.
Kata Kunci : Pendidikan luar bilik darjah.