Anda di halaman 1dari 1

QIRᾹ’ᾹT IMAM AL-SHᾹFI‘Ī DAN KESANNYA TERHADAP AYAT-AYAT HUKUM:

KAJIAN DALAM AYAT KHULU‘


Hajah Siti Jariah @ Hajah Aleya Fatehah bte Haji Japar 1, Nurol Huda bte PDSMDSU
Haji Ismail (PhD)2 dan Ahmad Baha’ bin Mokhtar (PhD) 3
1 Universiti Islam Sultan Syarif Ali dan aleeya239@gmail.com
2 Universiti Islam Sultan Syarif Ali dan nurolhuda.hajiismail@unissa.edu.bn
3 Universiti Islam Sultan Syarif Ali dan baha.mokhtar@unissa.edu.bn

Abstrak
Imam al-Shāfi‘ī telah diketahui umum sebagai seorang yang bukan sahaja memiliki keilmuan
dan kepakaran dalam bidang ‘aqīdah, uṣūl al-fiqh, ḥadīth dan tafsir, bahkan beliau juga memiliki
kepakaran dalam bidang qirā’āt. Kepakaran Imam al-Shāfi‘ī dalam bidang qirā’āt dizahirkan
secara jelas melalui pendapat-pendapat beliau dalam ayat-ayat hukum. Oleh itu, objektif kajian
ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan di antara Imam al-Shāfi‘ī dengan ilmu qirā’āt dari sudut
sanad dan manhaj pengistinbatan hukum. Kajian ini juga akan menyingkap kesan qirā’āt Imam
al-Shāfi‘ī terhadap ayat-ayat hukum yang berkaitan dengan khulu‘. Manakala metodologi kajian
adalah berbentuk kajian kepustakaan iaitu segala maklumat dan data hanya diperolehi dari
perpustakaan. Data diproses secara kualitatif mengikut tema-tema khusus berdasarkan ilmu
qirā’āt dan dikemukakan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa Imam al-Shāfi‘ī
memiliki beberapa huruf dalam al-Qur’ān yang beliau baca dengan cara yang berbeza dari qirā’āt
Ibn Kathīr.
Kata kunci: Imam al-Shāfi‘ī, Qirā’āt Ibn Kathīr, Ayat Khulu‘

Anda mungkin juga menyukai