Anda di halaman 1dari 2

Arnold Gesell membina teori perkembangan fizikal dalam tahun 1925 (Crain, 2016).

Gesell berpendapat perkembangan kanak-kanak adalah mengikut pola-pola tertentu. Perkembangan


berbeza dan unik antara seseorang individu dengan individu yang lain. Perkara ini perlu difahami oleh
setiap pendidik awal kanak-kanak dan ibu bapa. Ciri unik tersebut menjadikan perbezaan individu pada
kanak-kanak perlu dihormati dan tiada paksaan dalam sesuatu perkembangan, baik dari segi
perkembangan fizikal, perkembangan emosi atau perkembangan kognitif.

Gesel menyenaraikan lima peringkat perkembangan bayi dan kanak-kanak iaitu:

1. Peringkat pertama daripada umur 0 – 1 tahun

- ada usia 1 bulan bayi boleh menangis untuk meminta sesuatu daripada orang dewasa yang
menjaganya, sama ada meminta perhatian belaian atau makanan.

- pada usia 4 bulan bayi akan berupaya untuk menggunakan mata untuk mengikut objek yang bergerak
di hadapannya.

- usia 7 bulan bayi akan berupaya menggenggam, merangkak, duduk.

- umur 12 bulan kanak-kanak sudah berupaya untuk berlari.

2. Peringkat dua daripada umur 1 tahun – 2 tahun

- mula bertatih, memperkukuhkan otot kaki untuk berjalan dengan lebih stabil dan mula boleh berlari.

- kanak-kanak juga tahu perkataan ‘jangan’ dan memahami makna perkataan itu di mana kanak kanak
berhenti dari melakukan sesuatu perbuatan yang mereka lakukan apabila mendengar perkataan
’jangan’.

-Kanak-kanak menguasai bahasa namun percakapan adalah pelat.

3. Peringkat tiga daripada umur 2 tahun – 3 tahun

- Kanak-kanak boleh berjalan sendiri dengan pengawasan ibu bapa.

-Kanak-kanak sudah mampu menggunakan ayat mudah.

4. Peringkat empat daripada umur 3 tahun – 4 tahun

- Kanak-kanak mampu menunggang basikal roda tiga.

- Kanak-kanak juga sudah boleh mendengar arahan dan mematuhi arahan ibu bapa.
5. Peringkat lima daripada umur 4 tahun ke atas

- Kanak-Kanak mulai bersosialisasi dan berkawan.

- Mereka juga akan suka bertanya tentang perkara-perkara atau benda-benda yang mereka tempuhi
atau lihat di sekeliling mereka.

- Pada usia ini mereka sudah bersedia untuk dihantar ke prasekolah.Sementara itu, istilah

Moral berasal dari kata latin “Mos Moris dan Mores”,yang berarti adat istiadat ,kebiasaan
,peraturan/nilai-nilai atau tatacara dalam kehidupan. Moral pada dasarnya merupakan rangkaian nilai
tentang berbagai macam perilaku yang harus dipatuhi/kaidah norma dan pranata yang mengatur
perilaku individu dalam hubungannya dengan kelompok sosial dan masyarakat. Sedangkan moralitas
merupakan kemauan untuk menerima dan melakukan peraturan, nilai-nilai dan prinsip-prinsip moral
/aspek kepribadian yang diperlukan seseorang dalam kaitannya dengan kehidupan sosial secara
harmonis, adil dan seimbang.Moral juga diartikan sebagai ajaran baik dan buruk perbuatan dan
kelakuan,akhlak,kewajiban, dan sebagainya.Dalam moral diatur segala perbuatan yang nilai baik dan
perlu dilakukan,dan suatu perbuatan yang dinilai tidak baik dan perlu dihindari. Moral berkaitan dengan
kemampuan untuk membedakan antara perbuatan yang baik dan perbuatan yang salah.Dengan
demikian moral merupakan kendali dalam bertingkah laku.

Anda mungkin juga menyukai