Anda di halaman 1dari 20

19

SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT


DI MALAYSIA

PENDAHULUAN

Pengambilan dan pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi merupakan fungsi yang amat penting
untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa strategi pengambilan dan pemilihan yang
baik, organisasi akan mengalami beberapa kesan negatif. Huselid (1994) serta Stewart dan Knowles
(2000) menegaskan bahawa amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan ke atas
prestasi organisasi secara keseluruhannya. Sebenarnya tujuan umum pengambilan dan pemilihan
pekerja adalah untuk mencari pekerja yang terbaik bagi sesuatu jawatan yang bersesuaian (picking the
right person for the right job). Di samping itu pihak pengurusan atasan harus memastikan kuantiti dan
kualiti sumber manusia dalam organisasi dapat menyokong segala misi, matlamat dan strategi
organisasi. Atas dasar inilah pengambilan dan pemilihan pekerja dijalankan dengan teliti dan mengikut
prosedur yang telah ditetapkan. Gatewood dan Feild (1994) serta Scholarios, Lockyer dan Johnson
(2003) mendefinisikan pengambilan dan pemilihan pekerja sebagai proses mengumpul dan menilai
maklumat mengenai individu dalam proses menawarkan pekerjaan. Pengambilan adalah proses menarik
minat seberapa ramai calon untuk memohon pekerjaan dalam organisasi (Flynn, 1994; Farnham &
Stevens, 2000; Min & Kleiner, 2001; Scholarios et al., 2003; Fish & Macklin, 2004).

Pengambilan pada hari ini semakin mencabar kerana terdapat ramai calon yang berkelayakan memohon
sesuatu kekosongan jawatan. Pada kebiasaannya proses pengambilan bermula apabila seseorang
pengurus mengisi borang khas untuk memohon pekerja. Ia adalah satu dokumen lengkap yang
mengandungi nama jawatan, jabatan yang memohon, tarikh pekerja diperlukan dan pengesahan
daripada pengurus besar syarikat. Berdasarkan maklumat tersebut, seseorang pengurus sumber manusia
akan merujuk kepada diskripsi tugas untuk mengenal pasti kelayakan yang diperlukan bagi w
memenuhi keperluan pengambilan organisasi.
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA

Pemilihan pekerja pula adalah proses mengenal pasti dan memilih pekerja yang terbaik untuk
organisasi. Pemilihan pekerja amat berkait rapat dengan pengambilan kerana kedua-duanya melibatkan
proses menempatkan individu dalam organisasi. Pemilihan pekerja amat dipengaruhi oleh strategi
pengambilan yang digunakan. Ini bermakna strategi pengambilan yang baik dapat menarik seberapa
ramai calon untuk memohon jawatan tersebut dan pemilihan pekerja dapat dilakukan dengan lebih
berkesan. Perbelanjaan dan usaha yang tinggi dalam pengambilan dapat menghasilkan calon terbaik
untuk sesuatu jawatan. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada kumpulan pemohon yang memohon
sesuatu jawatan dan memilih mereka yang paling layak untuk jawatan tersebut. Torrington dan Hall
(1991) berpendapat pemilihan pekerja yang dilakukan dengan berhati-hati dan mengikut prosedur yang
ditetapkan boleh memberikan keadilan kepada semua pihak dan dapat mengelakkan kesilapan dalam
pemilihan calon semasa temuduga. Ini bermakna sistem pengambilan dan pemilihan pekerja yang
terbaik dapat meminimumkan diskriminasi dan memberi peluang kepada firma untuk membuat
keputusan pemilihan pekerja yang tepat.

SYARIKAT YANG DIPILIH ( NESTL’E MALAYSIA BERHAD)

Nestlé telah menjana khasiat rakyat Malaysia sejak tahun 1912. Selama ini, kami telah membuktikan
bahawa tidak mustahil untuk sebuah syarikat untuk mencapai kejayaan, dengan membawa manfaat
kepada komuniti dan masyarakat secara keseluruhannya pada masa yang sama. Nestlé merupakan
perintis dalam Menjana Nilai Bersama, yang mencerminkan keinginan kami untuk mewujudkan
kemakmuran dan membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat secara inklusif.

Bidang Pemakanan menjadi bidang utama kepakaran kami, maka kami meneruskan usaha untuk
menggalakkan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif melalui Program Nestlé Healthy Kids, satu
inisiatif yang disasarkan kepada dua kumpulan usia yang berbeza - pelajar sekolah rendah dan
menengah. Dilancarkan pada tahun 2010 dan dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Pemakanan
Malaysia,
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA

Modul Sekolah Rendah menyaksikan pelaksanaan siri Seminar Guru yang melibatkan para guru dari
sekolahsekolah yang terlibat dan juga latihan Kids’ Athletics bagi para pensyarah serta jurulatih yang
terpilih, dengan kerjasama Kesatuan Olahraga Malaysia. Program Kids’ Athletics menyokong
kerjasama global selama lima tahun antara Nestlé dan International Association of Athletics Federation,
yang bertujuan untuk membangun dan memperkukuhkan komponen aktiviti fizikal Program Nestlé
Healthy Kids. Sementara itu, Modul Sekolah Menengah yang dikenali sebagai Program Cara Hidup
Sihat telah berjaya mendekati seramai 4,954 orang pelajar, 203 guru dan warden, serta para pengendali
makanan. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di muka surat 22 dalam Laporan ini.

CARTA ORGANISASI SYARIKAT

Ketua Rantau,
Malaysia & Singapore
Pengarah Urusan
Nestlé (Malaysia) Berhad

Pengarah
Pengarah Pengarah Pengarah Eksekutif,
Pengarah Eksekutif, Eksekutif, Eksekutif, Hal-ehwal
Eksekutif, Kewangan & Sumber Teknikal & Korporat
Jualan Kawalan Manusia Pengeluaran Kumpulan

Pengarah Pengarah
Eksekutif, Eksekutif,
Rangkaian Sumber
Bekalan & Manusia
Kecemerlangan
Berterusan Nestlé
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA

1.1 MISI DAN VISI SYARIKAT ( NESTL’E MALAYSIA BERHAD)

Nestle cuba memberikan dan memudahkan yang terbaik untuk kehidupan masyarakat melalui cara
hidup mereka di dunia dengan memenuhi keperluan pelanggan dan memberikan penyelesaian Nestle
menyumbang pada kualiti kehidupan yang lebih baik.

Nestle selalu memperhatikan lingkungan sekitar dengan cara mewujudkan persekitaran yang sihat bagi
semua orang di seluruh dunia, pihak Nestle merealisasikan keinginan nya untuk memberikan dan
mewujudkan persekitaran yang sihat untuk semua orang di seluruh dunia dengan mengadakan
kerjasama dengan para ahli untuk memberikan dan menjangka masalah-masalah tentang persekitaran
sihat bagi seluruh dunia.

1.1.2 Tujuan Nestle

Nestle berkeinginan kuat untuk memberikan produk-produk yang sihat bagi masyarakat luas di
seluruh dunia sehingga orang-orang di seluruh dunia dapat terjamin kesihatan nya dengan hadir
nya produk-produk Nestle yang terjamin kualitinya. Selain itu Nestle mempunyai tujuan seperti
kebanyakan syarikat lain iaitu ingin dapat bersaing dengan syarikat lain nya dengan persaingan
yang sihat dan dapat menguasai pasaran dunia.
Sekarang tujuan dari syarikat Nestle untuk menguasai pasaran dunia secara sihat sudah hamper
menjadi kenyataan dengan menggunakan strategi pasaran yang bagus serta kerja keras Nestle
semakin kuat dan berkembang dengan pesat.

1.1.3 Prestasi Syarikat


19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
Di pasaran dunia sekarang Nestle menunjukkan grafik yang sangat menanjak dari tahun ke
tahun, hal ini terbukti dengan sudah banyak nya kilang-kilang yang berdiri di hampir seluruh
dunia. Nestle selalu memberikan sesuatu yang baru setiap masa ke masa, Nestle juga
menghadirkan produk-produk yang baru dengan berbagai bentuk pembungkusan yang baru
sehingga harga dari produk Nestle dapat terjangkau oleh semua kalangan masyarakat luas di
seluruh dunia. Selain aktiviti-aktiviti yang bersifat komersial Nestle pun mengadakan kegiatan-
kegiatan sosial dengan memberikan santunan kepada yayasan-yayasan soial di seluruh dunia.

Sejajar dengan Global Reporting Initiative (GRI), kami telah menyertakan satu set petunjuk ekonomi
dalam Laporan tahun 2011 Hingga 2013:

Rujukan GRI 2011 2012 2013

Warga Kerja Kami


Saiz tenaga kerja LA1 5,424 5,881 5,847
Kadar Kekerapan Kehilangan Masa Kecederaan LA7 1.16 1.13 1.45
Kedudukan pemimpin dipegang oleh wanita LA13 29% 42% 42%

CIRI – CIRI PEMILIHAN / PENGAMBILAN PEKERJA LUAR

Pemilihan pekerja pula adalah proses mengenal pasti dan memilih pekerja yang terbaik untuk
organisasi. Pemilihan pekerja amat berkait rapat dengan pengambilan kerana kedua-duanya melibatkan
proses menempatkan individu dalam organisasi. Pemilihan pekerja amat dipengaruhi oleh strategi
pengambilan yang digunakan. Ini bermakna strategi pengambilan yang baik dapat menarik seberapa
ramai calon untuk memohon jawatan tersebut dan pemilihan pekerja dapat dilakukan dengan lebih
berkesan. Perbelanjaan dan usaha yang tinggi dalam pengambilan dapat menghasilkan calon terbaik
untuk sesuatu jawatan. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada kumpulan pemohon yang memohon
sesuatu jawatan dan memilih mereka yang paling layak untuk jawatan tersebut. Torrington dan Hall
(1991) berpendapat pemilihan pekerja yang dilakukan dengan berhati-hati dan mengikut prosedur yang
ditetapkan boleh memberikan keadilan kepada semua pihak dan dapat mengelakkan kesilapan dalam
pemilihan calon semasa temuduga. Ini bermakna sistem pengambilan dan pemilihan pekerja yang
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
terbaik dapat meminimumkan diskriminasi dan memberi peluang kepada firma untuk membuat
keputusan pemilihan pekerja yang tepat

Menurut Ramsey (1994) serta Ahmad dan Schroeder (2002), untuk melaksanakan pemilihan pekerja
yang efektif, strategi pengambilan mempunyai tiga tujuan utama iaitu : a. Meningkatkan jumlah
pemohon berkelayakan bagi sesuatu jawatan. b. Mengikut kehendak sosial dan undang-undang yang
telah menetapkan kuota terutamanya ciri-ciri demografi pekerja yang dipilih dalam organisasi.

Mengurangkan kos pengambilan dan pemilihan pekerja iaitu melalui kejayaan menarik seberapa ramai
calon untuk jawatan tersebut.

Bagi syarikat NESTL’E MALAYSIA BERHAD pegambilan pekerja luar dengan mengisi borang
secara online dapat mengurangkan kos dan lebih ekonomi serta lebih efficiency dengan menilai secara
berperingkat mengikut kesesuaian serta kekosongan tempat bagi sesebuah jawatan.

PROSES PENGAMBILAN DAN PANDUAN PENGAMBILAN PEKERJA SECARA ONLINE


YANG DIJALANKAN OLEH SYARIKAT NESTL’E MALAYSIA BERHAD

CONTOH / PANDUAN BORANG ONLINE BAGI PERMOHONAN JAWTAN KOSONG


DI NESTLÉ MALAYSIA

Jawatan Kosong Nestlé Malaysia.

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat
kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerjaya Jawatan Kosong Terkini  hanya
menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan
kerja yang diiklankan seperti di bawah:
 Nama Majikan: Nestlé Malaysia
 Lokasi Kekosongan: Pelbagai Negeri
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
 Tarikh Tutup Permohonan: 2 Jun 2017

Maklumat Jawatan Kosong:

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang
daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi
kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

1. Temporary Administrative Support


2. Service Desk Analyst (IT Helpdesk)
3. Production Executive
4. Technician
5. Strategic Buyer of Raw Materials
6. Strategic Buyer of General Services
Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan
majikan seperti di bawah. Lihat juga iklan pengambilan PDRM 2017.

Keperluan & Kelayakan Memohon:


19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM,
STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon
mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)
Selain itu calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

 Berperwatakan menarik
 Berpengetahuan
 Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)

Kelebihan:

 Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik


 Cuti Tahunan
 Cuti Sakit dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)

Bagaimana Memohon:

Permohonan kerja kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Anda hanya perlu melakukan
pendaftaran secara percuma melalui pautan di bawah.

Klik pautan “APPLY ONLINE” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup
permohonan kerja tersebut.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian
maklumat yang diperlukan dalam sistem.
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem
ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

(Pastikan anda memohon menggunakan borang dari pautan di atas sahaja)

PENGAMBILAN
PEKERJA
PEMILIHAN

PROSES ALIRAN ORENTASI PENGAMBILAN


PEKERJA
PENILAIAN
PRESTASI
Rajah dibawah menunjukkan kepada kita bagaimana proses penstafan
berlaku yangakan membantu organisasi memperkemaskan pengurusan sumber manusia.

Rajah Aliran Proses Pengambilan


19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA

PETUKARAN
TUGAS

PAMPASAN
ORGANISASI

LATIHAN DAN
PEMBANGUNAN
Pengambilan Pekerja
Pengambilan merupakan satu proses mengenalpasti dan menarik minatcalon yang berkelayakan untuk
mengisi jawatan yang kosong di dalamorganisasi melalui aktiviti-aktiviti pengiklanan dan lawatan ke
kampus
PENAMATAN
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
 _____________________________________________________________________

pengajian. Proses pengambilan pekerja dipengaruhi oleh beberapafaktor seperti :-


a.Peraturan kerajaan 
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
b.Polisi syarikat
c.Permintaan dan penawaran buruh
d.Kemahiran dan kelulusan

Manakala calon-calon pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatankosong di dalam organisasi boleh
diperolehi dari sumber-sumber berikut:-
a.Sumber dalaman iaitu pekerja yang sedang bekerja denganorganisasi sekarang. 
b.Sumber luaran iaitu individu-individu di luar organisasi seperti disekolah-sekolah, institusi
pengajian tinggi, jabatan buruh ,organisasi swasta dan orang perseorangan.

Kaedah yang biasa digunakan untuk mengambil pekerja ialah melalui :-


a.Permohonan dan temuduga terus dari calon secara walk in atau write in. 
b.Maklumat atau pengiklanan melalui pekerja.
c. Memaklumkan kepada agensi-agensi tertentu seperti jabatan buruhdan lain-lain.
d.Membuat pengiklanan menerusi media cetak dan media elektronik.

 
Pemilihan
Pemilihan merupakan proses untuk memilih calon yang terbaikdaripada sejumlah calon-calon yang
memohon untuk mengisikekosongan jawatan pada sesuatu masa yang tertentu. Prosedur pemilihan
pekerja adalah seperti berikut:-
a. Borang permohonan
Calon-calon yang berminat akan mengisi borang permohonan kerjayang mengandungi
maklumat peribadi, mengemukakan resume secara online dan salinan sijil-sil berkaitan yang
disahkan.
b. Ujian untuk proses pemilihan
Ujian-ujian tertentu seperti ujian kecerdasan, ujian bakat dan ujian personaliti dijalankan dalam
proses pemilihan.
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
c. Temuduga
Calon-calon yang berjaya melepasi dua prosedur pemilihan di atasakan dipanggil untuk
ditemuduga supaya pihak pengurusan dapatmemperolehi maklumat yang terperinci mengenai
kelayakancalon. Manakala calon pula akan memperolehi maklumat berkaitandengan syarikat.
d. Semakan rujukan
Pengurus akan mendapatkan maklumat tambahan calon daripadaorang-orang yang tertentu yang
dimaklumkan oleh calon dalam permohonan.
e. Pemeriksaan Kesihatan
Calon-calon yang berjaya disyaratkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum
dibenarkan bekerja untukmemastikan tahap kesihatan calon memenuhi keperluan.
f. Tawaran pekerjaan
Calon-calon yang berjaya melepasi prosedur pemilihan di atas akanmenerima surat tawaran
pekerjaan.

Orientasi
 
Orientasi merupakan proses untuk memperkenalkan, menyesuaikan danmembudayakan pekerja baru
dengan suasana pekerjaan organisasi.Orientasi bertujuan untuk :-
a.Menghasilkan pengharapan tugas yang realistic
 b.Menambahbaik produktiviti melalui pelaksanaan tugas dengansempurna.
c.Menjimatkan masa dan usaha dalam menyelia dan melatih pekerja baru
d.Membaiki kedudukan pekerjaan dengan peningkatan keyakinandiri
e.Mengurangkan konflik di kalangan pekerja lama.
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
 
Latihan dan Pembangunan

Program latihan dan pembangunan merupakan usaha-usaha yang berterusan yang diberikan untuk


meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja. Latihan merupakan usaha-usaha
untukmeningkatkan kemahiran pekerja atau menumpukan kepada perkara- perkara yang berkaitan
dengan kerja yang memberi manfaat kepadakedua-dua pihak pekerja dan syarikat. Keperluan latihan
kepada pekerja dikenalpasti melalui :-
a.Penilaian prestasi.
b.Analisis keatas keperluan pekerjaan..
c.Analisis organisasi.
d.Pandangan pekerja.

Jenis-jenis latihan yang biasa dilaksanakan ialah :-


a.Latihan sambil bekerja
 b.Latihan di luar tempat kerja
c.Latihan intensif
d.Latihan penginstitusian yang dikendalikan oleh profesional dariinstitusi khusus.

Pembangunan pula merupakan program-program yang menekankanaspek kepimpinan , produktiviti dan


isu-isu organisasi yang bertujuanuntuk memberi pengetahuan tentang konsep-konsep
teoritikal, untukmemperkayakan organisasi melalui program sumber manusia sertamenyedarkan
pengurus terhadap tanggungjawab mereka. Diantara beberapa contoh pembangunan yang biasa
dilaksanakan ialah :-
a.Latihan formal yang diadakan di bilik darjah dengan waktu yangditetapkan mengikut
kurikulum tertentu. 
b.Latihan formal off job seperti seminar atau bengkel yangdilaksanakan oleh institusi latihan.
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
c.Pusingan tugas iaitu bertukar dari satu penempatan/kedudukan ke penempatan/ kedudukan lain.
d.Development Position iaitu menempatkan pengurus yang kurangmahir bersama pengurus yang
lebih mahir untuk sementara waktu.
 
Penilaian prestasi

Penilaian prestasi merupakan suatu proses yang sistematik bagi menilaikekuatan dan kelemahan
pekerja. Penilaian prestasi bertujuan untuk :-
a.Memberi maklumbalas kepada pekerja berhubung dengan prestasikerja mereka. 
b.Menyediakan langkah tertentu untuk membantu pekerjameningkatkan prestasi.
c.Memberi asas kepada pengurusan dalam menentukan ganjarankepada pekerja.
d.Memberi maklumat berhubung dengan keberkesanan aktiviti-aktiviti pemilihan, latihan dan
pembanguna pekerja.
e.Memberi maklumat kepada pengurus tentang kualiti sumbermanusia yang ada untuk tujuan
pertumbuhan atau pembesaranorganisasi.Penilaian prestasi boleh dibahagikan kepada dua
kategori:

a.Penilaian tidak formal: proses memberi maklumbalas yang berpanjangan kepada pekerja


tentang apakah yang dicapai olehmereka setakat ini dan penilaian ini dilakukan setiap
hari. 

b.Penilaian formal: dilakukan setiap dua tahun seklai ataupunsetahun sekali.Tugas dan
tanggungjawab untuk menilai prestasi pekerja dilakukanoleh pengurus terdekat. Walau
bagaimanapun penilaian juga bolehdilakukan oleh sekumpulan pengurus dan
sekumpulan rakan sekerjaseseorang pekerja.Kaedah penilaian yang biasa digunakan
untuk menilai prestasi pekerjaadalah :-

a.Senarai semakan (checklist ) – cara yang termudah untuk menilai prestasi


dengan berdasarkan kepada senarai 

b.Graphic rating scales– alat yang paling popular diguanakan dan boleh


dikatakan sebagai senarai semakan yang lebih terperinci.
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
c.Behaviourally anchored rating scales (BARS) – cara yang lebihmenumpukan
kepada perkara yang sepatutnya dilakukan oleh pekerja daripada
menumpukan kepada ciri-ciri peribadi.

d. Essay appraisal – satu esei yang mencirikan kelemahan, kekuatan,gelagat


dan prestasi pekerja.

e.Model MBO – teknik penilaian yang kompleks hasil daripada penerimaan


program-program MBO.

Pertukaran Tugas

Pertukaran tugas bermaksud pekerja akan dipindahkan dari tugas asalke suatu tempat tertentu sama ada
disebabkan kenaikan pangkat,diturunkan pangkat atau ditukarkan ke tempat lain.

Pampasan organisasi

Pampasan organisasi merupakan sebarang bentuk ganjaran yangditerima oleh pekerja daripada
organisasi kerana sumbangan yangmereka berikan. Ganjaran-ganjaran yang diterima terdiri daripada
gajidan upah, kenaikan gaji, bonus, insentif dan lain-lain yang berkaitandengan kewangan.Objektif
sistem pampasan adalah untuk memberikan ganjaran kepada pekerja secara adil dan setimpal dengan
usaha mereka dan sebagaidaya tarikan untuk mengekalkan kerja yang cekap dan efektif.Pampasan
terdiri daripada dua bentuk iaitu pampasan kewangan danfaedah organisasi. Pampasan kewangan adalah
seperti pencen, insuran, pendidikan, percutian dan pelbagai kemudahan sampingan termasukrawatan
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
pergigian dan cuti bersalin.Pampasan dalam bentuk faedah organisasi terbahagi kepada dua
iaitu berbentuk kewangan seperti insuran keselamatan dan cuti bergaji.Manakala faedah yang bukan
berbentuk kewangan adalah untukmeningkatkan kualiti hidup pekerja seperti cuti bersalin,
cutimelanjutkan pelajaran, pusat perkhidmatan kanak-kanak dan perkhidmatan kaunseling.

 
Penamatan

Penamatan bermaksud pekerja meninggalkan organisasi yangdisebabkan oleh perletakkan jawatan,


dibuang kerja, bersara ataumeninggal dunia.

Kesan Penstafan Terhadap Organisasi
a.Pihak pengurusan boleh membuat pilihan ke atas calon yang layak dan yang diperlukan. 
b.Pihak pengurusan boleh membuat pilihan calon yang terbaik dari kalangan pemohon untuk
mengisi kekosongan jawatan pada masa tertentu
c.Pekerja-pekerja baru dapat bekerja dengan lebih baik dan selesa melalui proses orientasi.
d.Kemahiran pekerja dapat ditingkatkan melalui program-program latihanyang diadakan

KELEMAHAN YANG DIKENAL PASTI JIKA SISTEM ATAU PROSES DAN SUMBER
PENGAMBILAN LUARAN PEKERJA DALAM SESEBUAH ORGANISASI

1. Seperti dalam sesebuah syarikat atau organisasi dalam peroses pengambilan luar pekerja
terdapat beberapa kelemahan-kelemahan yang mungkin wujud , sebahagian itu ialah :

 Pengambilan pekerja baru dari luar syarikat mungkin memberi kesan negatif terhadap moral
dan keakraban ahli kumpulan kerja yang sedia ada dalam syarikat tersebut.
 Pekerja dari luar syarikat selalunya mengambil masa yang lebih lamauntuk mempelajari
berkenaan aspek kerja.
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
 Pengrekrutan dari luar juga memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding penggunaan
sumber dalaman.

DENGAN KELEMAHAN YANG TERDAPAT DIATAS PIHAK SYARIKAT DAPAT


MENGATASINYA

1. Adanya Sistem Maklumat Sumber Manusia, organisasi kebiasaannya melaksanakan proses


pengambilan dan pemilihan pekerja secara online sahaja. Individu hanya perlu melayari laman
web untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
2. Kementerian Sumber Manusia juga telah menyediakan kemudahan untuk mempertingkatkan
mobilisasi tenaga kerja negara secara elektronik. Organisasi boleh mengiklankan jawatan
kosong secara percuma melalui aplikasi Electronic Labour Exchange (ELX).
3. Urusan pengambilan pekerja juga bertambah mudah dengan adanya pembinaan sistem
maklumat sumber manusia. Contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah
memperkenalkan sistem pengambilan pekerja secara on-line. Calon hanya perlu mengisi borang
SPA.8 on-line di laman www.spa.gov.my. Calon juga boleh menyemak status pendaftaran
mereka secara on-line. Ia menjimatkan waktu dan memudahkan pengguna dan majikan.

KESIMPULAN

Sektor perkilangan merupakan industri yang berintensifkan buruh.Melalui tinjauan yang dijalankan,
kebanyakan firma responden mempunyai tenaga pekerja lebih daripada 1500 orang.
Kebanyakan firma memerlukan tenaga pekerja yang ramai terutamanya untuk jawatan
pakar/operatorpengeluaran dan juruteknik. Tinjauan ini juga menunjukkan hampir kesemua responden
mengikutproses pengambilan dan pemilihan pekerja. Kesemua responden (100%) melakukan
perancangan sumber manusia, pengumuman kekosongan jawatan, panggilan temuduga, sesi temuduga
dan pemilihan pekerja. Proses yang amat komprehensif ini diperlukan untuk memastikan tenaga pekerja
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
yang diambil benar-benar sesuai dengan kekosongan jawatan dan memberi keadilan kepada semua
pihak. Salah satu penemuan tinjauan ini mendapati bahawa sumber utama pengambilan pekerja ialah
kaedah pengiklanan.
Media yang biasa digunakan ialah surat khabar dan papan tanda. Pengiklanan di akhbar
merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menarik perhatian seberapa ramai calon untuk
memohon jawatan tersebut. Manakala sumber yang paling kurang digunakan ialah perkhidmatan agensi
agensi pekerjaan. Keinginan untuk mendapatkan pekerja yang berkualiti khususnya di peringkat
pengurusan telah menyebabkan organisasi menggunakan pelbagai bentuk sumber pengambilan
dengan pelaburan modal yang besar. Terdapat juga firma yang mengadakan perhubungan dengan
universiti tempatan dan luar negara untuk mendapatkan tenaga kerja yang berkelayakan.

RUJUKAN

1. Flynn, 1994; Farnham & Stevens, 2000; Min & Kleiner, 2001; Scholarios et al.,
2003; Fish & Macklin, 2004
2. Bernardin & Russell (1997)
3. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(Nusrah Yasin)
4. Jawatan Kosong Nestlé Malaysia. (Nestl’e SDN BHD Malaysia)
5. ZAFIR MOHAMED MAKHBUL
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
Universiti Kebangsaan Malaysia
6. FAZILAH MOHAMAD HASUN
Fakulti Pengurusan dan Muamalah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
7. IJMS 14 (2), 143-162 (2007)
8. Gatewood & Feild, 1994; Whitaker, 2003
9. Cook, M., (1988). Personnel selection and productivity. Bath: Wiley.
Dakin, S., (1994). The role of personality testing in managerial selection.
Journal of Management Psychology, 9, 3-11.
10. Dale, M., (1995). Successful recruitment and selection. London: Kogan
Page Limited.
11. Drew, S., (1995). Strategic benchmarking: Innovation practices in
12. financial institutions. International Journal of Bank Marketing, 13,
4-16.
13. Farnham, D., & Stevens, A., (2000). Developing and implementing
competence–based recruitment and selection in a social services
department – A case study of West Sussex County Council.–
International Journal of Public Sector Management, 13(4), 369-382.

14. Fish, A., & Macklin, R., (2004). Perception of executive search and
advertised recruitment attributes and service quality. Personnel
Review, 33(1), 30-54.
19
SUMBER SEMASA BAGI PENGAMBILAN PEKERJA LUAR DI ORGANISASI BAGI SYARIKAT
DI MALAYSIA
2990 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai