Anda di halaman 1dari 2

BAB IV

HASIL KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Pada bab ini, penulis akan membincangkan hasil kajian, iaitu


jawapan kepada persoalan kajian yang telah dikemukakan berkaitan
dengan tahap kefahaman mahasiswa mengenai muzik menurut
pandangan Islam: Kajian di Kolej islam As-Sofa. Setiap hasil kajian
ini akan dirungkaikan oleh penulis satu persatu berdasarkan kajian
yang telah dijalankan.

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, persoalan


kajian yang utama ialah untuk mengetahui perspektif mahasiswa
mengenai hukum seni suara dan alatan muzik menurut pandangan
Islam. Seterusnya, penulis akan membentangkan hasil kajian bagi
persoalan kedua iaitu untuk mengetahui faktor-faktor yang
membawa kepada pengharaman muzik menurut perpsektif Islam.

Perkara yang penulis akan bentangkan ini adalah hasil dapatan


kajian bersandarkan daripada kajian yang disertai persoalan yang
penulis kemukakan pada beberapa mahasiswa Kolej Islam As-Sofa.
Mahasiswa yang diambil untuk menjawab persoalan penulis terdiri
daripada mahasiswa yang mendapat PNGK 3.00 keatas dari mana-
mana jabatan dan tidak mengira jantina. Seramai 30 orang
responden yang terlibat dalam membantu memberi jawapan kepada
persoalan-persoalan yang dikaji penulis. Rata-rata mereka yang
menjadi responden adalah berumur 18-22 tahun.

Dalam borang tersebut, penulis telah menyoal mengenai latar


belakang responden, tahap kefahaman mahasiswa mengenai
hukum seni suara dan alatan muzik dan faktor-faktor yang boleh
membawa kepada pengharaman muzik. Setelah borang soal selidik
itu diagihkan, penulis akan membuat peratusan dari jumlah
responden yang memilih setiap jawapan dari soalan yang diberikan
dan penulis akan meletakkan ulasan bagi setiap persoalan yang
timbul dari kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai