Anda di halaman 1dari 1

Doa Majlis Pertunangan

Selawat

1. Doa kedua ibubapa

Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan curahkan kasih
saying kepada mereka mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang
kepada kami sejak masih kecil.”

2. Doa pembuka majlis

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Berkatilah majlis pertunangan pada hari ini dengan limpahan rahmat M. Bersempena
dengan majlis pertunangan ini, kami mohon taufik dan hidayahMu, kurniakanlah
kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami. Semoga segala usaha kami dalam
menjayakan majlis ini mendapat keredhaan Mu.

3. Doa Jodoh

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami pasangan yang sesuai sebagai jodoh kami
dan zuriat keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikanlah kami imam
bagi orang orang yang bertakwa.

Ya Allah, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat Kepada pasangan Ini, Teguhkanlah


hati dan keimanan mereka terhadapMu ya Allah. Peliharalah kami daripada hasutan
dan gangguan syaitan. Kekalkanlah ikatan pertunangan Mereka sehingga hari
perkahwinan. Dan kekalkan hubungan mereka sehingga ke Syurga.
Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pasangan ini Agar Kekal
Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan
Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW.

4. Penutup

Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin


Mencari Keredhaanmu. Permudahkan segala urusan kami. Sihatkan tubuh badan
kami dengan kesihatan yang baik. Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami
Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah
Kami Dengan Akhlak Yang Baik.