Anda di halaman 1dari 2

Skrip dan adab majlis pertunangan bagi pihak lelaki

1. Pakai baju biar beradab, baju melayu bersampin pun boleh, pakai baju batik bersongkok pun
boleh. Waktu sampai rumah perempuan, juru pantun elok pegang hantaran cincin dan
mengetuai rombongan perjalanan. Berkumpul pukul 9.00pagi. Mula Bertolak dari rumah
(USJ2) pukul 9.45pagi.
2. Sampai sana, bersalaman dan tentu mereka jemput masuk, korang pun duduklah tempat
yang dah disediakan.
3. Tuan rumah akan mulakan majlis, mereka mungkin akan bertanya tujuan datang dalam
bentuk pantun, atau kata-kata puitis, bila mereka izinkan pihak lelaki bercakap, mulakan
dengan ucapan pembukaan seperti:
“Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, terima kasih kepada seisi tuan rumah
kerana sudi menyambut kedatangan kami dengan:
Hati Yang Terbuka, Dada Yang Lapang,
Wajah Yang Ceria, Kedatangan Di Raikan.
Alhamdulillah, Syukur pada Allah atas segala nikmat, dapat kita berkumpul di majlis
yang penuh berkat, amin.”

4. Dah habis mukadimah, Boleh mulakan dengan pantun pembuka:


“Selat Melaka di Pantai Barat,
Hendak Menangkap Sekawan Ikan,
Kami Datang Membawa Hajat,
Hendak Menyunting Bunga Di Taman.”

5. Lepas tu taaruf (kenalkan diri):


“Sebelum itu elok saya perkenalkan diri, Saya Zainal Zulia Zainuddin, anak sulung
lelaki serta mewakili ibu saya, iaitu Puan Daing Masita binti Daing Ibrahim bagi pihak
adik dicintai, Fariz Danial bin Zainuddin.
Tujuan besar kami datang adalah untuk menyambung ikatan silaturahim antara dua
keluarga. Lagipun adalah Sunnah nabi, bertanya dahulu- adakah Cik Naili sudah
berpunya? Jika belum berpunya saya secara rasmi bagi pihak tuan badan ingin
masuk meminang, insyaAllah…”
6. Begitu lebih kurang takruf dan mukadimah pertunangan, bila pihak perempuan jawab, dan
kita anggap mereka sudah terima, maka boleh sediakan pantun terima:
"Buah kelapa pohonnya condong, baru sekarang hendak berbuah
Sudah lama niat kami kandung, baru sekarang dizinkan Allah."

7. Lepas tu boleh cerita tentang tanda pertunangan.


“Alhamdulillah, pihak kami sangat bersyukur atas penerimaan pihak tuan rumah,
maka pertunangan sudah tentu ada tanda-tandanya,
8. Waktu ini biasanya cincin akan di serahkan kepada pihak perempuan belah sana, bila pihak
mereka dah terima cincin, boleh sambung skrip:
“Alhamdulillah, Pinangan sudah diterima, cincin tanda pinangan juga sudah di terima,
maka sudah menjadi adat, setiap pertunangan ada syarat-syaratnya, jadi kami pihak
lelaki ingin memaklumkan nilai hantaran dan mas kahwin telah ditetapkan seperti
yang telah dibincangkan semasa sesi merisik. Tarikh telah ditetapkan bagi
1. Hari pernikahan adalah 6 Jun 2020 hari sabtu di rumah pengantin perempuan
2. Majlis walimah belah perempuan pada 7 Jun 2020 hari ahad di Dewan Warisan
Warga Emas, Seksyen 24 Shah Alam
3. Majlis walimah belah lelaki pada 13 Jun 2020 hari sabtu di dewan serbaguna SS15,
Subang Jaya
9. Ok begitulah lebih kurang skrip, awal awal jer nak ikut skrip, bila dah lajak jalan berbahasa,
korang akan selesa sendiri, jika pihak sana banyak berpantun ni ada beberapa stok pantun
untuk di jual beli:
Negeri Terengganu di tepi pantai,
Tempat mandi ikan tembakul,
Yang kita hajat sudah tercapai,
Yang kita doakan sudah terkabul.

Negeri tuan sungguh indah,


Semua cantik tidak terperi,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati

Pekan Raub di negeri Pahang


Daerah masyhur raja durian
Dari Damansara kami datang
Nak petik bunga di taman tuan

Sepasang merpati sudah berjanji


Burung lain sudah ketepi
Menyampai hajat Putera kami
Meminang Puteri pilihan hati

Gagah hulubalang memegang panji


Dayang menari bertingkah irama
Adat bertunang meterai janji
Menanti hari disanding bersama

Adat setempat dijunjung hormat


Dulang hantaran terhias sangat
Kedua pihak menghurai hajat
Bertolak ansur membawa berkat

Cincin sebentuk sebagai tanda


Ikatan pertunangan jadi sempurna
Pihak perempuan setuju terima
Pihak lelaki syukur dan gembira

Cincin disarung bakal mertua


Keluarga gembira foto bersama
Lepas makan masa dah tiba
Janji dibawa pulang bersama