Anda di halaman 1dari 6

BAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2020

TAMADUN/ TOKOH PQS TINGKATAN 5 UstDi, NDr 018-2453824

1. Pilih pernyataan yang betul mengenai Darul Hikmah pada zaman Khilafah Bani Umayyah dan Abbasiah.
A. Tempat latihan para pendidik
B. Pusat pendidikan awal kanak-kanak
C. Berfungsi sebagai pusat jualan buku-buku ilmiah
D. Wujud satu jawatankuasa yang terdiri daripada penterjemah-penterjemah buku

2. Karya al-Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi ialah


A. Bahrul Mazi C. Majmuk Fatawa
B. Al-Risalah al-Diniyyah D. Ihya’ Ulum al-Din

3. Berikut adalah faktor-faktor kejayaan pendakwah pada zaman Khulafak al-Rasyidin


i Dasar Islam menetapkan bahawa mati di medan perang adalah mati syahid
ii Khalifah Islam sendiri mempunyai semangat jihad yang tinggi
iii Lahir panglima-panglima perang yang bertujuan untuk menguasai wilayah
iv Negara-negara kecil ingin bebas daripada kerajaan Rom dan Parsi
A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv
B. i, ii dan iv D. ii, iii dan iv

4. Antara berikut yang manakah cara penyebaran dakwah pada zaman Bani Umayyah dan Abasiyyah
i Kegiatan perniagaan
ii Hubungan diplomatik
iii Melalui perkahwinan
iv Pengislaman ketua-ketua kaum
A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv
B. i, ii dan iv D. ii, iii dan iv

5. Bidang tugas mahkamah al-Mazolim [‫ ]المظالم‬ialah membicarakan kes-kes


A. Mal dan Jenayah C. Sivil dan Jenayah
B. Keluarga dan Jenayah D. Kesalah Kecil dan Sivil

6. Sumbangan Hassan al-Banna ialah


i Al-Ma’thurat
ii Majmuk al-Fatawa
iii Al-Jihad Fil Islam
iv Tafsir al-Quraan al-Kareem
A. i dan ii C. ii dan iv
B. i dan iii D. iii dan iv

7. Pegawai pada zaman khulafak al-Rasyidin dilantik melalui proses berikut;


i Temuduga
ii Lantikan dalam percubaan
iii Kepakaran dan kelayak khusus
iv Pengesahan jawatan dan penetapan gaji
A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv
B. i, ii dan iv D. ii, iii dan iv
BAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2020
TAMADUN/ TOKOH PQS TINGKATAN 5 UstDi, NDr 018-2453824

8. Antara berikut yang manakah faktor perkembangan mazhab al-Syahie di Asia Tenggara?
i Kegiatan dakwah oleh pendakwah dari Tanah Arab.
ii Hubungan perdagangan antara Asia Tenggara dengan Tanah Arab
iii Permintaan Pusat-pusat pengajian
iv Perkahwinan antara kaum
A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv
B. i, ii dan iv D. ii, iii dan iv

9. Antara yang berikut yang manakah tujuan pengasingan kuasa antara tugas kehakiman dan eksekutif
pada zaman Khalifah Umar al-Khattab?
A. Menstruktur semula sistem pentadbiran
B. Mengawal berlakunya penyelewengan kewangan
C. Menghadkan bidang tugas pentadbiran
D. Mengemaskinikan sistem pentadbiran

10. Pilih padanan perbezaan yang tepat antara bidang kuasa Mahkamah al-Hisbah dan Mahkamah al-
Mazolim
Mahkamah al-Hisbah Mahkamah al-Mazolim
A. Menjatuhkan hukuman serta merta Membicarakan kes terdahulu
B. Membicarakan kes-kes Mal Membicarakan kes jenayah
C. Bertindak sebagai Hakim Bertindak sebagai Penguatkuasa
D. Menjadi Suruhanjaya perbicaraan Perbicaraan diketuai oleh Khalifah

11. Acheh dikenali sebagai serambi Mekah kerana …


A. Pusat perkembangan ilmu Islam
B. Masyarakat berminat untuk belajar di Acheh
C. Ramai Ulamak dalam Majlis Permesyuaratan Acheh
D. Banyak karya agama dihasilkan oleh ulamak tempatan

12. Al-Ma’thurat ialah salah satu buku karangan al-Imam Hassan al-Banna.
Apakah kandungan buku tersebut?
A. Prinsip asas Ikhwan al-Muslimin C. Himpunan hadith pilihan
B. Siri ucapan Hassan al-Banna D. Himpunan Doa harian

Masyarakat pada zaman khalifah umar al-Khattab hidup dengan aman dan makmur
13. Antara berikut yang manakah faktor penyumbang kepada situasi di atas?
i Mengamalkan konsep persamaan taraf
ii Mengamalkan sistem demokrasi
iii Menjaga keadilan sosial
iv Menjaga kebajikan rakyat
A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv
B. i, ii dan iv D. ii, iii dan iv

14. Namakan jenis cukai yang dikenakan kepada orag kafir yang memiliki tanah.
A. ‘Usyur C. Ghanimah
B. Kharaj D. Jizyah
BAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2020
TAMADUN/ TOKOH PQS TINGKATAN 5 UstDi, NDr 018-2453824

Ketika saya singgah di Pasai pada tahun 1292M, saya lihat orang Islam lebih bertamadun daripada
orang bukan Islam. [Marco Polo]
15. Antara berikut manakah pernyataan yang menyokong kata-kata Marco Polo di atas?
A. Masyarakat Islam mengamalkan dasar pintu terbuka kepada Negara Eropah.
B. Masyarakat Islam mengamalkan toleransi dengan orang bukan Islam.
C. Masyarakat Islam telah menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
D. Masyarakat Islam telah mempunyai struktur pemerintahan yang sistematik.

16. Apakah bukti kerajaan Melaka sebuah kerajaan Islam pada kurun ke-15?
A. Melaksanakan hukum Kanun Melaka
B. Kegiatan perdagangan berasaskan Islam
C. Kedatangan pedagang Islam dari Timur Tengah
D. Mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara Islam

 Nama : al-Imam al-Ghazali RahimahuLLAH


 Dilahirkan : 1058M, di Tus
 Nama Kitab : Ihya’ Ulumuddin
17. Tokoh di atas terkenal sebagai ahli…
A. Tasawuf C. Falak
B. Qiraat D. Feqah

18. Antara yang berikut yang manakah peranan utama ahli Majlis Syura?
A. Menjadi tempat rujukan masalah hukum
B. Memungut hasil cukai dalam negara
C. Menjadi hakim di jabatan kehakiman
D. Membuat keputusan berkaitan pentadbiran negara

19. Apakah kesan perkembangan ilmu pada zaman Abbasiyyah terhadap tamadun manusia?
A. Lahir Mazhab Muktazilah dan Syiah
B. Dewan al-Jund dan Dewan al-Kharaj ditubuhkan
C. Teori sains dan matematik berkembang maju
D. Sekolah rendah diperkenalkan untuk kanak-kanak belajar

Gambar Batu Bersurat Terengganu


20. Penemuan monumen di atas membuktikan teori kedatangan Islam dari
A. India C. Acheh
B. China D. Pasai

21. Antara faktor kejatuhan kerajaan Islam Melaka ialah


A. Perang saudara antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah
B. Pemerintah tidak memberikan tumpuan kepada kekuatan tentera
BAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2020
TAMADUN/ TOKOH PQS TINGKATAN 5 UstDi, NDr 018-2453824

C. Wilayah jajahan takluknya berpecah


D. Amalan rasuah yang berleluasa dalam pentadbiran

: Ahli Syura menentukan polisi


XXX : Ditadbir oleh seorang pegawai
: Khalifah sebagai ketua negara
22. Rajah di atas ialah struktur organisasi pentadbiran zaman Khulafa’ al-Rasyidin
A. Pentadbiran Jabatan C. Pentadbiran Wilayah
B. Pentadbiran Pusat D. Pentadbiran Daerah

23. Antara berikut siapakah dilahirkan di Kufah?


A. Imam Abu Hanifah r.a C. Imam al-Syafie r.a
B. Imam Malik r.a D. Imam Ahmad bin Hanbal r.a

24. Antara berikut yang manakah sumbangan Ibnu Sina?


A. Menghasilkan Kitab Surah al-Ardh.
B. Mengetuai penyelidikan astronomi di Baitul Hikmah
C. Mempelopori bidang farmasi
D. Memperkenalkan teori mengira keluasan segi tiga

25. Berikut merupakan fakta yang menunjukkan Melaka ialah sebuah pusat penyebaran Islam kecuali …
A. Istana menjadi pusat pengajian Islam C. Kedatangan pendakwah dari Timur Tengah
B. Islam menjadi agama rasmi Melaka D. Pemerintah memakai gelaran Sultan

 Lahir di Madinah al-Munawwarah


 Pengarang Kitab al-Muwatta’
 Meninggal dunia pada 179H
26. Siapakah tokoh yang dimaksudkan di atas
A. Imam Abu Hanifah r.a C. Imam al-Syafie r.a
B. Imam Malik r.a D. Imam Ahmad bin Hanbal r.a

27. Berikut ialah bidang perjuangan HAMKA kecuali …


A. Ekonomi C. Politik
B. Penulisan D. Dakwah

Jam dan Kompas tercipta hasil perkembangan ilmu fizik dalam Islam
28. Pernyataan di atas membuktikan bahawa
A. Ketepatan masa amatlah penting C. Bermusafir digalakkan ke serata dunia
B. Kompas perlu dalam pelayaran D. Wujud kesepaduan antara sains dan Islam

 Seorang ahli perundangan yang digelar al-Imam al-A’zom


 Seorang hartawan yang kuat beribadah kepada Allah
 Pengarang kitab Fiqhu al-Akbar
29. Siapakah yang dimaksudkan dengan ciri di atas?
A. Imam Abu Hanifah r.a C. Imam al-Syafie r.a
B. Imam Malik r.a D. Imam Ahmad bin Hanbal r.a
BAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2020
TAMADUN/ TOKOH PQS TINGKATAN 5 UstDi, NDr 018-2453824

30. Bagaimanakah Siadina Abu Bakar memelihara agama pada zaman pemerintahannya.
A. Memerangi golongan murtad
B. Menulis dan membukukan al-Quraan
C. Mengambil berat tentang kebajikan orang bukan Islam
D. Memperuntukkan sebidang tanah untuk faqir miskin

 Tercetusnya teori tarikan graviti


 Tercipta alatan baru seperti kompas
31. Pernyataan di atas membuktikan ilmu pada zaman Bani Abbasiyah. Ilmu tersebut ialah …
A. Fizik C. Matematik
B. Perubatan D. Astronomi

Kitab Majmuk al-Rasail adalah hasil karangan al-Imam Hassan alBanna


32. Apakah kandungan kitab tersebut?
A. Himpunan surah pilihan
B. Himpunan doa harian yang ma’thur
C. Prinsip pembaharuan dalam Islam
D. Prinsip asas perjuangan Ikhwanul Muslimin

33. Apakah hasil cukai yang dikutip daripada aktiviti kegiatan perdagangan pada zaman Khilafah Bani
Umayyah dan Bani Abbasiyyah?
A. Kharaj C. ‘Aysur
B. Jizyah D. Ghonimah

34. Antara yang berikut, manakah berkaitan Kanun Tanah Negara yang telah digubal pada zaman Khalifah
Umar bin al-Khattab?
i Setiap pemilik tanah diberi tempoh tiga tahun untuk mengusahakannya
ii Setiap pemilik tanah mesti membayar cukai kharaj kepada kerajaan
iii Tanah yang gagal diusahakan akan ditarik balik oleh kerajaan
iv Tentera boleh memiliki tanah bagi kawasan yang baharu dibuka
A. i dan ii C. iii dan iv
B. ii dan iv D. i dan iv

35. Siapakah tokoh ilmuan yang lahir di Fatoni, Thailand


A. Syeikh Tahir Jalaluddin C. Hj Abdul Malik Karim Amrullah
B. Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi D. Syeikh Wan Daud bin Wan Abdullah

36. Apakah tujuan pengasingan tugas memungut cukai daripada tugas-tugas eksekutif pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab?
A. Mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan kewangan
B. Memastikan semua rakyat membayar cukai
C. Meningkatkan lagi hasil cukai
D. Menambahkan jawatan dalam pentadbiran

37. Siapakah pengasas kerajaan Bani Umayyah?


A. Yazid bin Muawiyah C. Abdul Malik bin Marwan
B. Umar bin Abdul Aziz D. Muawiyah bin Abi Sufyan
BAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2020
TAMADUN/ TOKOH PQS TINGKATAN 5 UstDi, NDr 018-2453824

38. Apakah kandungan kitab al-Musnad karangan al-Imam al-Syafie r.a.


A. Feqah C. Usul al-Fiqh
B. Al-Hadith D. Usul al-Hadith

39. Pilih pernyataan yang benar mengenai kesan penyebaran Islam di Acheh
A. Dikenali sebagai serambi Mekah C. Sultan Malik al-Soleh bermazhab al-Syafie
B. Tulis jawi diperkenalkan D. Pusat pengembangan ‘Lingua Franca’

 Jabatan kehakiman diletakkan dalam pengawasan Khalifah.


 Pengasingan tugas-tugas kehakiman dengan eksekutif
40. Pembaharuan sistem pentadbiran di atas adalah dalam pemerintahan khalifah …
A. Abu Bakar al-Siddiq C. Uthman bin Affan
B. Umar bin al-Khattab D. Ali bin Abi Talib

41. Berikut merupakan langkah-langkah kea rah meningkatkan ekonomi Negara pada zaman kerajaan Bani
Umayyah dan Abbasiyyah kecuali …
A. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
B. Meneroka pasaran baharu di Benua Eropah
C. Meningkatkan kadar jizyah ke atas orang bukan Islam
D. Meluaskan bidang perdagangan yang melibatkan import dan eksport

Tokoh Kitab yang dihasilkan


 Al-Ma’thurat.
XXX  Majmuk al-Rasail
 Al-Jihad fil Islam
42. Siapakah tokoh XXX di atas?
A. Syeikh Tahir Jalaluddin C. Hasan al-Banna
B. Syeikh Daud Fatoni D. Hamka

 Memegang jawatan Ketua Majlis Ulamak Indonesia, tahun 1975-1981.


 Pejuang kemerdekaan dalam penjajahan Belanda Sumatera Barat.
 Pengarang dan penulis terkenal dalam pelbagai bidang ilmu.
 Ahli dewan perwakilan rakyat pada tahun 1955.
43. Siapakah tokoh yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas?
A. Hj Abdul Malik Karim Amrullah C. Syeikh Daud Fatoni
B. Syeikh Tahir Jalaluddin D. Syeikh Idris al-Marbawi

 Mahir dalam bidang ilmu Falak.


 Antara murid beliau ialah pendeta Zaaba
 Pernah mejadi mufti Pulau Pinang
44. Siapakah tokoh yang berkaitan dengan fakta di atas?
A. Profesor Dr. Hamka C. Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi
B. Syeikh Tahir Jalaluddin D. Syeikh Daud Fatoni

Anda mungkin juga menyukai