Anda di halaman 1dari 5

Pendahuluan:

 hujan lebat turun tanpa henti-henti selama beberapa hari - kawasan rendah
di naiki air - air sungai melepasi paras bahaya

Isi-isi penting:

 keadaan banjir bertambah teruk – penduduk kampung telah diarah bersiap


untuk berpindah – membantu ayah memindahkan barang-barang ke tempat
yang selamat.

 kami sekeluarga dan jiran tetangga dipindahkan oleh pasukan penyelamat –


ditempatkan di dewan sekolah

 diberikan bantuan selimut, pakaian, dan makanan – tidur di dewam sekolah –


tidak dapat melelapkan mata kerana suasana bising

 beberapa orang wanita bersama-sama menyediakan makanan – melakukan


kerja secara bergotong-royong – hubungan menjadi mesra

Penutup:

 suatu pengalaman yang menyeronokkan – apabila banjir sudah surut orang


ramai dibenarkan pulang – banyak harta benda rosak
Cerita: Kampungku dilanda banjir

Pada cuti sekolah yang lalu kamu telah pulang ke kampung. Tidak lama
kemudian kampung kamu dilanda banjir. Ceritakan pengalaman kamu itu.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke kampung kelahiran saya di
Kampung Merapoh Kuala Lipis, Pahang. Sejak tiba di kampung, hujan lebat turun
tidak berhenti-henti menyebabkan kami sekeluarga berasa bimbang. Oleh sebab itu,
keluarga saya mula mengemaskan barang-barang yang penting dan berharga
sebagai persediaan jika terpaksa berpindah. 

Akhirnya, kami terpaksa dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan


menggunakan sampan dan bot. Kami bersyukur kerana semua penduduk kampung
berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan dengan selamat. Walau bagaimanapun
saya berasa agak sedih setelah melihat seluruh kampung kami telah hampir
ditenggelami air. Kami hanya mampu berdoa agar air bah akan surut dengan segera
dan keadaan kembali pulih seperti biasa.

Semasa berada di pusat pemindahan, kami dibekalkan dengan pelbagai


barang keperluan oleh pihak kerajaan seperti makanan, air, ubat-ubatan dan
pakaian. Kaum wanita pula bergotong-royong untuk menyediakan makanan. Saya
berasa kurang selesa dan bosan berada di situ kerana terpaksa tidur di tempat yang
terbuka, berkongsi bilik air dan sebagainya. Mujurlah saya dapat bermain dengan
beberapa orang kawan sebaya.

Seminggu kemudian, banjir di kampung kami kembali pulih. Sekembali ke


kampung, kami berasa sungguh sedih apabila melihat keadaan rumah yang begitu
kotor dengan sampah dan lumpur. Banyak harta benda seperti kereta, binatang
ternakan dan tanam-tanaman yang musnah.

Banjir yang dahsyat ini meninggalkan kenangan pahit buat semua penduduk
kampung. Kami berdoa agar kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi.

Anda mungkin juga menyukai