Manualcpanelusers PDF
Manualcpanelusers PDF
cPanel
Panduan Asas Penggunaan cPanel
5/22/2009
Unit Perkhidmatan Web dan Hosting
Elyani Muhamat Khazali
1 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Contents
Contents .............................................................................................................. 2
Pengenalan ......................................................................................................... 3
Logging on ........................................................................................................... 5
Menukar Kata Laluan (Password) cPanel Anda ................................................... 8
Menguruskan “File Manager” ........................................................................... 10
Menguruskan “Backup” .................................................................................... 16
Bagaimana untuk memasang “Password Protec Directories” .......................... 19
Bagaimana untuk melihat pelawat laman web anda? ...................................... 21
Membina Database Secara Manual .................................................................. 22
Fantastico .......................................................................................................... 25
2 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Pengenalan
Pernahkah anda mendengar tentang cPanel? Bagaimana cara untuk menggunakan cPanel? Sebelum
anda mengetahui mengenai cPanel, terlebih dahulu anda perlu mengetahui apa itu laman web, apa
itu nama domain dan apa yang dikatakan web hosting.
Apa itu laman web (website)?
Untuk membina laman web kita memerlukan perisian‐perisian tertentu untuk membina sesebuah
laman web, antara perisian yang boleh digunakan seperti macromedia dreamweaver, microsoft
frontpage, mambo, joomla dan banyak lagi. Laman web juga boleh berbentuk html, php, asp dan
sebagainya.
Apa itu nama domain ?
Nama domain ialah nama yang digunakan untuk mengenalpasti lokasi sesebuah laman web. Ia
bertindak sebagai alamat kepada sesebuah laman web di internet. Nama domain ini perlu adalah
untuk membolehkan ia diakses atau dicapai oleh seluruh dunia melalui internet. Jika tiada nama
domain, ia bolehlah diumpamakan seperti rumah yang tiada alamat, maka tiada siapalah yang akan
mengunjungi laman web anda.
Setiap nama domain perlulah didaftarkan terlebih dahulu dengan mana‐mana pendaftar domain
yang telah disahkan atau pun lebih dikenali sebagai “Pendaftar Nama Domain”. Nama domain anda
juga akan menjadi alamat kepada laman web anda apabila diletakkan pada URLnya nanti.
Sebelum membeli nama domain yang anda hajati, anda perlu menyemak apakah nama domain
tersebut masih belum atau pun sudah dimiliki oleh pihak lain. Untuk menyemaknya anda boleh
meletakkan nama domain pilihan anda ke dalam kotak carian yang disediakan oleh laman web
tersebut. Jika kotak carian tersebut menjawab “Taken”, bermakna nama domain tersebut telah
dipunyai oleh pihak lain. Jika tertera perkataan “Available”, anda berpeluang untuk membeli nama
domain pilihan anda itu.
3 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Apa itu Webhosting ?
Webhosting bolehlah diumpamakan seperti tapak/ruang untuk rumah anda, kerana tanpa tapak
anda tidak boleh mendirikan rumah. Oleh itu, anda perlu mempunyai webhosting sekiranya ingin
memiliki sebuah laman web. Anda perlu menyewa “tapak/ruangan” ini bagi membolehkan laman
web anda ditempatkan. Saiz “tapak/ruang” ini adalah bergantung kepada kemahuan anda,
berdasarkan saiz laman web anda. Ianya diukur dengan sukatan Megabyte (Mb) .
Harga bagi webhosting ini juga adalah bergantung kepada tawaran yang diberikan oleh setiap
penyedia hosting. Ada yang menjual dengan kadar yang murah bagi setiap Mb tetapi mewajibkan
anda membeli jumlah minima Mb yang bersaiz besar. Oleh itu, anda perlu pandai untuk membuat
pilihan yang berdasarkan keperluan anda.
Apa itu cPanel ?
Secara istilahnya, cPanel adalah berasal dari perkataan Control Panel atau Panel Kawalan. Ia
bolehlah dianggap seperti satu ruang utama untuk kerja‐kerja dibelakang tabir, yang terdiri daripada
antaramuka grafik bagi memudahkan anda untuk mentadbir dan mengendalikan laman web anda
dengan lebih sistematik. cPanel membolehkan anda mengawal semua aspek laman web anda secara
online. Di antara fungsi‐fungsi cPanel ialah :‐
• menguruskan akaun emel,
• memasang perisian dan skrip,
• memuatnaik dan menyimpan fail,
• menguruskan domain,
• memasang Password Protection,
• memantau statistic pelawat ke laman web,
• dan berbagai lagi.
cPanel boleh digunakan serta merta setelah memperolehi password login dan username.
Bagaimana Menggunakan cPanel ?
CPanel menyediakan fungsi sepenuhnya dari semua aspek untuk pengguna menguruskan laman web
tersebut. Kita akan lihat seterusnya fungsi yang akan digunakan.
4 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Logging on
Anda perlu “log on” untuk menggunakan cPanel bagi menguruskan laman web anda.
Untuk “log on”:
1. Masukkan alamat cPanel pada carian web. Alamat tersebut perlulah mengikut format atau
http://domainpengguna.uitm.edu.my:2082 atau
https://domainpengguna.uitm.edu.my:2083 (https untuk keselamatan)
Contoh: http://elyani.uitm.edu.my:2082
2. Masukkan nama anda dan kata laluan pada ruang “User Name” dan “Password” yang
disediakan.
3. Klik butang OK dan anda akan memasuki halaman cPanel.
Logging out
Anda perlu “log out” apabila telah selesai menggunakan cPanel, ini untuk memberitahu server yang
anda telah selesai menggunakannya. Sekiranya anda tidak “log out”, secara automatic server akan
menutupnya selepas masa yang telah ditetapkan, tapi ini akan memberi peluang kepada penggodam
untuk menggunakan talian yang terbuka.
Untuk “log out”:
1. Klik pada butang Icon “Logout” yang terletak pada sebelah kanan atas halaman
muka depan cPanel.
5 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Antaramuka Utama cPanel.
Sekiranya anda telah Berjaya memasuki akaun anda, anda akan lihat antara muka cPanel (Panel
Kawalan) utama. Web host anda akan menawarkan banyak atau kurang fungsi dari yang anda lihat di
sini. Kemungkinan juga web host anda menggunakan tema cPanel yang berbeza‐beza. Secara
ringkasnya cPanel terdapat 3 bahagian penting iaitu butang kawalan cPanel, Informasi akaun cPanel
dan informasi server cPanel anda.
Menu Kawalan Panel
Informasi Akaun Anda
Informasi Server Anda
6 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Butang Kawalan cPanel
Butang kawalan cPanel terdiri daripada icon‐icon yang menghubungkan anda kepada setting
kawalan cPanel secara lebih terperinci. Di sini akan dihuraikan satu‐persatu cara‐cara untuk
memasang kawalan cPanel anda.
Informasi Akaun cPanel
Informasi akaun yang anda lihat pada bahagian ini adalah yang diberi mengikut pakages yang telah
ditetapkan. Ia memaparkan menu‐menu kawalan cPanel yang anda perolehi dan had
penggunaannya.
Informasi Server cPanel
Pada bahagian ini pula memaparkan informasi mengenai server hosting untuk laman web anda.
Contohnya seperti “operating system” dan versi apa yang digunakan oleh server tersebut.
7 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Menukar Kata Laluan (Password) cPanel Anda
Kata laluan cPanel adalah kata laluan yang digunakan untuk “log in” cPanel. Anda hanya dibenarkan
untuk menukar kata laluan (password) tapi tidak “username” yang diberikan. Kekerapan menukar
kata laluan dapat meningkatkan tahap keselamatan laman web anda. Anda perlu menukar kata
laluan ini sekiranya anda tahu ada orang lain mempunyai mempunyai akses ke akaun anda.
Untuk menukar kata laluan cPanel:‐
1. Klik pada icon “Change Password” pada bahagian “Preferences” di cPanel anda.
2. Masukkan kata laluan yang sedia ada pada ruang “Old Password”.
3. Masukkan kata laluan baru pada ruang “New Password” dan “New Password
(again)”.
4. Klik pada butang “Change your password now!”. Kata laluan anda telah ditukarkan.
Sekiranya paparan ini yang anda lihat. Maka anda telah berjaya menukar kata laluan anda.
Klik “Go Back” untuk kembali pada laman utama cPanel, namun sebelum anda kembali semula,
cPanel akan meminta anda untuk memasukkan “User Name” dan “Password” yang baru, dan anda
akan masuk semula pada laman utama cPanel.
8 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Peringatan : Anda perlu memastikan bahawa kata laluan (password) yang di ubah mengandungi 8
angka atau huruf. Jika ia terlalu pendek, sistem cPanel akan menolak atas sebab keselamatan. Antara
contoh error yang akan anda perolehi.
9 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Menguruskan “File Manager”
“File Manager” ialah ruang dimana semua fail‐fail dalam public_html di server anda dapat di lihat
dan menguruskannya sendiri. Selain itu, anda juga boleh memuat naik fail dari simpanan komputer
anda, menambah fail baru serta memadam fail yang tidak diperlukan lagi.
Menambah fail menggunakan “File Manager”:‐
1. Klik icon “File Manager” pada halaman cPanel anda.
2. Anda akan terima popup message, klik butang “Go”.
3. Dan anda dapat lihat paparan seperti dibawah.
• Untuk membuka “folder/file” klik pada ikon “folder”.
• Untuk kembali semula ke muka sebelumnya, klik ikon “Up One Level”
• Untuk menukar atau mengubah nama folder, klik pada nama “folder/file” dan klik OK
sekiranya selesai.
10 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Mengenali Fungsi Ikon File Manager
11 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Membuat “Folder” baru.
“Folder” adalah berguna untuk membuat laman anda lebih tersusun, selain itu ia juga akan
memudahkan anda untuk menguruskannya, dimana anda akan melihat fail mengikut jenis “folder”.
Seperti contoh, “folder” gambar, kebanyakan laman web pasti ada jika tidak satu “folder” gambar,
dimana semua gambar untuk laman web anda diletakkan di sini untuk di asingkan dengan fail HTML
yang lain.
Untuk membuat “Folder” baru:‐
1. Klik pada ikon “New Folder” dan pastikan ia berada di bahagian “public_html”.
2. Masukkan nama “Folder” baru anda pada ruang “New Folder Name”.
3. Klik pada butang “Create New Folder”. “Folder” baru akan dapat dilihat pada ruang
paparan.
12 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Untuk Mengupload fail menggunakan “File Manager”:‐
Anda boleh menggunakan “File Manager” untuk memuat naik fail laman web anda dari komputer.
1. Klik pada “Folder” dimana anda hendak muatnaik fail.
2. Klik pada ikon “Upload”.
3. Klik pada “Browse”, dan cari mana‐mana fail yang hendak dimuatnaik.
4. Ulang langkah diatas untuk setiap fail yang hendak dimuatnaik.
5. Klik pada “Overwrite existing files” sekiranya anda ingin menyalin semula pada fail yang
mempunyai nama yang sama.
6. Klik pada link “Add Another Upload Box” sekiranya anda ada lagi file yang perlu diupload.
7. Akhir sekali, klik pada link “Back to/…………” sekiranya anda telah selesai.
13 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Untuk memastikannya, cuba anda taip url pada browser. Ada atau tidak paparan cpanel‐manual.pdf
anda. Contoh url: http://yanie.uitm.edu.my/tutorial/WordPress1.pdf
Kenapa perlu url seperti ini:‐
http://elyani.uitm.edu.my/tutorial/WordPress1.pdf
Nama domain Folder tutorial Tajuk fail yang
anda yang anda buat anda upload tadi
Memadam fail atau “folder” dalam “File Manager”.
Pastikan fail yang hendak dipadam tidak diperlukan lagi, sekiranya terpadam, anda tidak akan boleh
mengembalikan semula fail tersebut.
Untuk memadam file atau folder:‐
1. Pilih mana‐mana fail atau folder yang hendak di padamkandengan tick pada kotak.
2. Klik pada ikon “Delete” untuk memadam fail/folder.
3. Anda akan terima popup message dan klik butang “Delete File”.
14 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
15 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Menguruskan “Backup”
“Backup” membenarkan anda untuk membuat salinan atau mengembalikan semula kesemua atau
sebahagian data daripada akaun anda. Anda perlu backup data sekurang‐kurangnya seminggu sekali.
Anda boleh memuaturun salinan data yang terdiri dari fail, database MySQL dan sebagainya bagi
laman web anda samada setiap hari, seminggu sekali atau sebulan sekali. Sekiranya komputer anda
rosak atau simpanan backup anda musnah, kesemua fail ini membenarkan untuk anda
mengembalikan semula pada laman web anda dengan mudah. Anda juga boleh menggunakan cara
FTP untuk memuaturun kesemua data backup, tetapi ia akan mengambil masa yang agak lama,
kerana data ini tidak di mampatkan (compressed).
Peringatan : Anda sepatutnya menyimpan sendiri salinan backup bagi laman web anda. Jangan
terlalu bergantung pada backup yang dibuat pada “web host”. Sekiranya anda menyimpan salinan
backup ditempat yang berlainan ini adalah lebih selamat dan dapat menghindarkan anda dari
kehilangan semua data anda.
Nota : Sebuah laman web yang lengkap di backup adalah terdiri dari semua fail termasuk laman
web, fail gambar, skrip sehinggalah ke log. Sekiranya laman web anda berkapasiti besar, maka
backup juga akan mengambil masa yang agak lama.
Namun, sebelum anda memulakan langkah ini, anda perlu create folder backup pada komputer anda
supaya fail backup anda tidak bercampur dan lebih mudah untuk diuruskan. Sebagai contoh
namakan folder tersebut “BackupcPanel”.
Untuk memuaturun fail Full Backup:‐
1. Klik pada icon “Backups” pada halaman cPanel.
2. Untuk backup keseluruhan system (full backup) :‐
• Nota : Untuk full backup, anda tidak boleh restore atau upload sendiri jika
hosting anda mempunyai masalah. Namun anda digalakkan membuat backup kerana
bimbang sekiranya pihak web hosting anda tidak backup fail tersebut.
• Klik pada butang “Download or Generate a Full Backup” pada bahagian Full Backup.
• Anda akan menerima paparan seperti dibawah, pilih “Home Directory” pada ruang
Backup Destination. Kemudian masukkan alamat email anda pada ruang Email Address.
• Kemudian klik butang “Generate Backup”.
16 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
• Anda akan menerima paparan pesanan mengenai full backup yang anda lakukan, klik
butang “Go Back”.
• Satu link untuk full backup download telah terhasil pada bahagian “Backups Available
for Download”, klik pada link tersebut dan kilk butang “Save” pada paparan yang anda
lihat.
• Kemudian cari semula folder “BackupcPanel” yang anda bina tadi, double klik dan klik
butang “Save”. Anda perlu tunggu sehingga semuanya selesai dan biasanya ia memakan
sedikit masa mengikut berapa besar data anda yang di backup.
Untuk membuat backup Home Directory, MySQL Database dan Eamil Domain Forward :‐
1. Klik pada icon “Backups” pada halaman cPanel.
• Nota : Untuk backup Home Directory, MySQL dan Email sama sahaja cara
untuk ketiga‐tiganya.
a. Klik pada nama capaian samada pada bahagian Home Directory, MySQL
Database atau Email seperti yang dikehendaki.
b. Klik butang “Save” pada paparan yang dipapar.
c. Pilih lokasi simpanan fail tersebut dan klik butang “Save”.
d. Fail yang di backup akan mula dimuaturun, dan akan memakan sedikit masa.
• Untuk mengembalikan semula “restore/upload” backup fail:‐
• Nota : Upload dilakukan sekiranya laman web anda bermasalah, kerana dengan
melakukan upload ini, laman web anda boleh dikembalikan kepada asal.
a. Fail yang hendak anda upload perlulah mengikut pada bahagiannya, seperti
contoh, sekiranya fail anda home directory, maka anda perlu upload melalui
ruang “Restore a Home Directory Backup”, dan begitu jugalah bagi fail MySQL
dan Email.
b. Kemudian klik butang “Browse” untuk anda mencari fail yang hendak di upload
di simpan (Home, SQL atau Alias/Filter), double klik fail tersebut.
c. Klik butang “Upload” dan tunggu sehingga semuanya siap dimuatnaik.
d. Pesanan akan dipaparkan apabila backup telah berjaya di restore/upload.
17 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
*Peringatan: Unit Perkhidmatan Web dan Hosting menggalakkan anda untuk membuat backup
sendiri, kerana sebarang kehilangan data atau database yang rosak, pihak kami tidak akan
bertanggungjawab.
18 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Bagaimana untuk memasang “Password Protec Directories”
“Password Protec Directories” ialah tool yang digunakan untuk melindungi folder serta laman web
anda agar sesiapa yang memasuki laman web atau cpanel anda tidak dapat mengambil sesuatu data
tanpa memasukkan password dan username. Ia digunakan untukmelindungi fail link untuk memuat
turun sesuatu data dari laman web anda.
Untuk memasang “Password Protec Directories”:‐
1. Klik ikon “Password Protect Directories” pada laman cPanel anda.
2. Popup massage akan terpapar dan klik butang “Go”.
3. Pilih mana‐mana folder yang hendak dilindungi, dan klik pada nama folder
berkenaan.
4. Anda akan lihat seperti paparan dibawah.
5. Klik pada kotak sebelah “Password protect this directory”.
6. Masukkan nama pilihan pada ruang “Name the protected directory” dan anda akan lihat
paparan tersebut.
7. Klik butang “Save”.
8. Kemudian anda perlu sekurng‐kurangnya satu “authorized user” untuk membolehkan folder
tersebut dicapai.
9. Masukkan nama pada “User Name” dan “Password” dan klik “Add/modify authorized
user”.
10. Kemudian klik butang “Go back”.
19 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Klik tetikus
Masukkan nama
pada kotak ini
pilihan untuk
password protect
directories anda.
Masukkan
username pilihan
anda di ruang ini.
Masukkan
katalaluan/password
pilihan anda.
Untuk memastikan ia berjaya, cuba taip url http://yanie.uitm.edu.my/tutorial/WordPress1.pdf
20 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Sekiranya anda tidak ingin lagi menggunakan “Password Protect Directories” untuk folder tersebut,
anda hanya perlu klik pada nama folder, kemudian klik pada kotak sebelah “Password protect this
directory” untuk menghilangkan tanda “right”, padam nama pada ruang “Name the protected
directory” dan akhir sekali klik pada butang “Save”. Selepas itu secara automatik password protect
directories anda padam.
Bagaimana untuk melihat pelawat laman web anda?
Bahagian ini memberikan anda pelbagai informasi mengenai laman web anda, dari pelawat yang
terkini sehingga ringkasan bulanan. Dengan statistic ini anda boleh mengenalpasti laman atau
bahagian mana pada laman web anda yang sering dikunjungi. Untuk melihat statistik tersebut, anda
pergi pada bahagian Log seperti paparan dibawah dan klik “Webalizer”.
21 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Membina Database Secara Manual
Database adalah pengkalan data dalam sistem yang berfungsi untuk menyimpan data‐data penting
anda. Database diperlukan apabila sebagai contoh untuk membina sesebuah blog, dinamik laman
web, memasang forum dan banyak lagi.
Untuk memasang “MySQL Databases”:‐
1. Klik ikon “MySQL Databases” pada bahagian “Database” di laman cPanel anda.
2. Masukkan nama database anda pada ruang “New Database”.
3. Kemudian klik butang “Create Database”.
4. Paparan seperti dibawah akan anda lihat.
*elyani81 – adalah username cpanel anda.
*joomladb – adalah nama database yang anda bina tadi.
Seterusnya anda perlu bina “Users” seperti paparan dibawah. Masukkan “Username” dan
“Password” serta “Password (Again)” dan klik butang “Create User”. Setelah Berjaya klik butang “Go
Back”.
22 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Kemudian anda perlu padankan antara user yang telah di create dengan database yang telah dibina,
dank ilk butang “Add”, dan tandakan right pada “All Privileges” dan klik butang “Make Changes”
lihat seperti paparan berikut.
Sekarang anda telah berjaya membina database anda. Untuk memadam database pula, anda hanya
perlu klik “Delete Database” seperti pada paparan di atas, namun anda perlu berhati‐hati dan
pastikan database yang anda padamkan adalah yang tidak diperlukan lagi, sekiranya anda tersalah
maka database anda akan hilang serta‐merta. Jika anda menerima paparan seperti berikut, klik
butang “Yes” dan anda telah berjaya memadam database tersebut.
23 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
24 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Fantastico
Fantastico merupakan fungsi automatik yang disediakan oleh cPanel bagi memudahkan anda
memasang skrip atau data. Dengan fungsi Fantastico, anda tidak perlu membina lagi database
kerana ia terbina secara automatic yang bermaksud anda tidak perlu membina database secara
manual.
Cara untuk menggunakan fungsi Fantastico :‐
1. Klik ikon “Fantastico” pada bahagian “Software/Services” dilaman cPanel anda.
2. Pilih skrip mana yang hendak anda pasang. Sebagai contoh klik “Joomla 1.5”.
3. Klik pada “New Installation”.
4. Isi dan masukkan data yang diperlukan pada ruang yang disediakan seperti rajah 4.
5. Kemudian klik pada butang “Finish Installation” seperti rajah 5.
6. Masukkan alamat email dan klik “Send E‐mail” untuk mendapatkan details installation.
Rajah 2
25 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Rajah 3
Rajah 4
26 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B
Rajah 5
Rajah 6
Sekarang anda telah berjaya menginstalasi CMS Joomla, bagi laman web anda. Pergi pada browser
baru dan taipkan URL anda seperti http://yanie.uitm.edu.my .
27 | P a g e U n i t P e r k h i d m a t a n W e b & H o s t i n g ‐ P S M B