Anda di halaman 1dari 1

AKTIVITI FIZIKAL DAN SENAMAN

PENGENALAN

Aktiviti fizikal merupakan semua pergerakan tubuh badan yang menggunakan tenaga dalam
diri seseorang. Semua pergerakan tubuh badan ini termasuklah duduk, bangun, berjalan,
berlari, melompat dan lain-lain aktiviti rekreasi. Manakala senaman pula adalah satu bentuk
aktiviti fizikal ataupun riadah yang dilakukan dalam jangka masa tertentu dan berulangkali.
Ianya bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan di kalangan peserta
program ini.

TUJUAN AKTIVITI SENAMAN

Senaman melibatkan penggunaan oksigen di dalam tubuh badan bagi meningkatkan


kecergasan fizikal dan kecerdasan mental. Senaman juga dapat membantu peserta untuk
mengurangkan tekanan yang dihadapi. Malah, para peserta dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim dan kasih sayang sesame mereka melalui aktiviti senaman ini. Menerusi aktiviti
senaman ini, peserta akan lebih tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan
dengan iringan muzik beserta gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan mereka.
Bahkan, peserta juga dapat membina keyakinan diri mereka untuk melibatkan diri dalam
aktiviti cergas seperti senaman ini.

Anda mungkin juga menyukai