Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Perubahan merupakan satu proses transformasi daripada pemikiran, kaedah


atau pendekatan sedia ada kepada corak pemikiran, kaedah dan pendekatan baru.
Setiap organisasi sama ada kerajaan atau swasta, mahu pun dalam dan luar negara
perlu membuat perubahan. Menurut Blair & Meadows (1996), perubahan dalam
organisasi adalah satu kepastian. Beliau menyatakan bahawa tanpa pengurusan
perubahan, organisasi gagal menunjukan daya saing dan meninggalkan pasaran.
Selain itu, Brightman & Moran (2001) berpendapat bahawa proses pembaharuan
secara berterusan oleh organisasi dari segi hala tuju, struktur dan kemampuan untuk
memenuhi keperluan dalaman dan luaran pelanggan yang sentiasa berubah.

Organisasi sentiasa berhadapan dengan keadaan-keadaan tertentu yang


memerlukan perubahan dilakukan demi kemajuan organisasi dan sumber tenaga
manusia yang menggerakkan organisasi tersebut. Dalam usaha meningkatkan
kemajuan organisasi, aspek perubahan perlu dilakukan daripada pelbagai segi bagi
memastikan sesebuah organisasi dapat berdiri kukuh bersama organisasi maju yang
lain di masa hadapan. Perubahan sentiasa berlaku walau di mana sahaja, malah
dapat dikatakan tiada organisasi yang berbentuk statik dalam pasaran. Reaksi
terhadap perubahan adalah berbeza-beza.

Perubahan dalam organisasi adalah sesuatu yang tidak dapat dihindari di


mana setiap organisasi sudah tentu ingin sentiasa mencuba melakukan yang terbaik
bagi mempertingkatkan lagi kualiti dan mutu yang sedia ada dalam organisasi.
Perubahan membawa maksud proses penukaran daripada apa yang sedia ada ke
arah kebaikan ataupun sebaliknya secara berterusan. Ini bemakna organisasi akan
menukar apa saja yang dirasakan perlu bagi mencipta sesuatu yang lebih baik untuk
organisasi ataupun ianya mungkin boleh terjadi sebaliknya.

Organisasi perlu menerangkan secara terperinci tentang sebab-sebab


perubahan dengan staf sokonganya. Ia merupakan suatu tanggungjawab yang
kepada organisasi yang ingin melakukan perubahan kerana ianya mendapat
sambutan dan sokongan daripada semua pihak. Setiap insan yang berada dalam
organisasi perlu melibatkan diri dalam perubahan. Hal ini kerana, apabila perubahan
dilakukan, organisasi akan berdepan dengan pelbagai ragam kumpulan yang
mungkin menyetujui perubahan dilaksanakan ataupun menentang perubahan
berkenaan.

Proses perubahan

Terdapat beberapa proses untuk melakukan perubahan dalam organisasi.


Terdapat lima langkah dalam menjana perubahan organisasi.

Organisasi perlu terlebih dahulu mengiktiraf keperluan untuk perubahan

Persetujuan daripada kumpulan-kumpulan dalam organisasi perlu diambil

Kumpulan juga perlu diberi kebebasan untuk menyatakan ketidakpuasan hati


sekiranya perubahan dijalankan agar ianya boleh diperbaiki terlebih dahulu
sebelum dilaksanakan.

Organisasi perlu mencari punca masalah, sebab-sebab perubahan diperlukan,


dan matlamat yang dijangkakan terhadap perubahan.

organisasi perlu membuat pilihan strategi perubahan.

Mengapakah organisasi perlu berubah?


Secara umumnya, terdapat banyak faktor yang boleh menyedarkan
organisasi untuk melakukan perubahan sama ada faktor dari persekitaran luaran
atau dalaman organisasi. Faktor-faktor ini berkemungkinan akan memberi masalah
atau peluang untuk organisasi menjadi lebih produktif, cekap, berkesan dan
berkualiti. Organisasi berubah disebabkan untuk memberi respon kepada cabaran
yang datang dari persekitaran luar organisasi seperti faktor pelanggan, politik dan
perundangan, ekonomi, sosial, teknologi, dan alam sekitar.

Namun begitu, perubahan juga mungkin berlaku disebabkan faktor dalaman


organisasi seperti perubahan kuasa dan pucuk pimpinan dalam organisasi,
ketidakpuasan cara bekerja, keinginan untuk terus meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan kerja, dan lain-lain lagi. Faktor-faktor sebegini dapat mengundang
masalah kepada organisasi sekiranya tiada tindakan yang diambil. Mohd Yusof
Othman (1998) menyatakan bahawa, berbagai kemungkinan yang mungkin berlaku
dalam organisasi mereka kerana perubahan politik, sumber ekonomi, sumber tenaga
manusia, cara hidup manusia, budaya, pasaran dan sebagainya. Oleh itu,
pemahaman mengenai proses perubahan, hal-hal tertentu yang harus diperhatikan
dalam proses perubahan, reaksi terhadap perubahan, dan cara menguruskan reaksi
tersebut perlu dilakukan secara efektif dan cermat terutama oleh pucuk pimpinan
organisasi.

Organisasi merupakan satu entiti yang memerlukan perubahan bagi


membolehkanya untuk terus membangun dan berkembang. Kegagalan melakukan
atau bertindak terhadap perubahan akan menyebabkan organisasi tidak maju dan
seterusnya gagal. Walaubagaimanapun, untuk melakukan perubahan bermakna
organisasi akan lebih terdedah kepada pelbagai risko dan ketidakpastian sama ada
berjaya atau tidak. Sebaliknya, jika tidak bersedia melakukan perubahan sudah tentu
kestabilan dan keselesaan yang dimiliki akan terdedah kepada pelbagai ancaman.
Oleh itu pemimpin memainkan peranan yang sangat penting dalam menggerakkan
individu dan kumpulan yang terdapat dalam organisasi agar sentiasa bersedia untuk
melakukan perubahan.

Seterusnya, organisasi perlu sentiasa menambahbaik barangan atau


perkhidmatannya di pasaran untuk memberi kepuasan kepada pelanggan di mana
perubahan perlu dilakukan terhadap produk atau perkhidmatan sedia ada yang telah
mencapai tahap matang agar ianya tidak terus dilupai dan kurang diperlukan dalam
pasaran. Kemunculan produk atau perkhidmatan baru di pasaran turut
menyebabkan perubahan dalam organisasi. Apabila pesaing mengeluarkan produk
atau perkhidmatan baru di pasaran, organisasi akan cuba untuk mengekalkan
pelanggannya dengan menambahbaik produk atau perkhidmatannya agar setanding
dengan keluaran pesaing.

Perubahan yang dilakukan adalah betujuan mencipta keadaan yang lebih


baik dan untuk kebaikan organisasi itu sendiri. Perubahan ini adalah bertujuan
mempertingkatkan mutu dan produktiviti kerja dengan meneliti struktur sedia ada
dan menyusun semula proses dan aktiviti organisasi kearah yang lebih baik di
samping membentuk struktur organisasi dan budaya yang sesuai. Sewajarnya
organisasi menetapkan satu budaya kerja yang boleh membezakan identiti
sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain.

Anda mungkin juga menyukai