Anda di halaman 1dari 1

Abdul Razak bin Abdul Ghani

A164813

Kuiz 2 : Bincangkan scenario pencemaran bunyi di tempat anda.

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,
kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan.
Namun, manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat
pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negative akibat dari
proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini
mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar dapat dikategorikan
dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk iaitu pencemaran bunyi, air udara dan tanah haba
dan pencemaran laut.

Pencemaran bunyi bising trafik di bandar sememangnya tidak dapat dielakkan bagi kawasan
yang sedang membangun. Justeru itu, matlamat ini adalah untuk menilai atau melihat
scenario pencemaran bunyi bising trafik di kawasan bandar yang pesat membangun iaitu
bandar Seremban. Aktiviti pembangunan di Seremban menyebabkan sesebuah kawasan telah
menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti petempatan, kawasan komersial, kawasan
industry dan sebagainya. Tambahan pula, perkembangan aktiviti pembangunan berlaku telah
menyebabkan pertumbuhan ekonomi semakin rancak seterusnya dapat membantu dalam
meningkatkan pendapatam penduduk lebih baik berbanding sebelumnya.

Salah satu pencemaran alam sekitar di Seremban adalah pencemaran bunyi atau juga dikenali
sebagai kebisingan trafik. Aras kebisingan yang dibenarkan berdasarkan stardard oleh jabatan
Alas Sekitar Malaysia. Seremban terutama di bahagian Sendayan, terdapat pelbagai punca
yang menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi seperti pembangunan industri, kawasan
petempatan, kenderaan, kuari dan pelbagai aktiviti lain. Selain itu, di Sendayan yang
berhampiran dengan Sepang, pencemaran bunyi bising berpunca dari pelbagai sumber iaitu
dari kenderaan bermotor, kapal terbang, kilang-kilang berjentera dan lain-lain lagi
terutamnaya di kawasan bandar dan sekitarnya.

Dalam konteks ini, semakin berkembang pesat proses pembandaran, maka semakin banyak
Kawasan perindustrian dibina yang dapat menambah peluang pekerjaan kepada penduduk.
Hal ini menyebabkan isu pencemaran bunyi turut berlaku secara tidak langsung

Anda mungkin juga menyukai