Anda di halaman 1dari 13

Shiamala Danabai

SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DAN PERPADUAN KAUM

1.0  KONSEP MASYARAKAT DI MALAYSIA


Menurut Kamus Dewan, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak
wujud tanpa adanya masyarakat.Manusia merupakan anggota masyarakat yang
bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya,
menurunkannya dari generasi ke generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban
manusia sedunia. Proses mewariskan budaya generasi yang menurunkan budaya
dan generasi yang menerima budaya. Kita perlu memahami konsep masyarakat
kerana untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup secara
bermasyarakat. Memahami cara hidup bermasyarakat dengan memahami budaya
masyarakat sendiri dan kaum lain dan memupuk kerjasama dalam masyarakat
sendiri dan lain.

Sebab perlu memahami konsep masyarakat dengan lebih jelas dan faham bahawa
manusia demi kelangsungan hidup tiada pilihan lain selain hidup bermasyarakat.
Manusia mesti faham sebaik  mungkin  cara hidup bermasyarakat. Memahami
budaya masyarakat sendiri dan  masyarakat lain terus memupuk kerjasama dalam
masyarakat sendiri dan dengan masyarakat  lain.   Mengetahui ciri dan sifat
masyarakat kerana masyarakat adalah sesuatu yang dinamik.

Bangsa idaman berteraskan hubungan etnik yang harmonis dapat diukur


berpandukan  3 perspektif utama iaitu kenegaraan, kewarganegaraan dan
kebangsaan. Semangat ini perlu ditanam dan dipupuk dalam diri rakyat demi
memastikan keutuhan negara sebagai sebuah kumpulan social dapat ditanam
melalui simbol-simbol keutuhan negara seperti bendera Malaysia,  lagu kebangsaan
dan Rukun Negara Malaysia.

Kewarganegaraan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui
kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Kebangsaan dapat
ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam
menyemarak dan menguatkan semangat kebangsaan. Ini merupakan batu asas
dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia.
Hubungan antara ketiga-tiga aspek ini adalah bertimbal balik kerana masing-masing
saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain. Kebudayaan merupakan
keseluruhan cara hidup manusia. Penting dalam proses pembangunan negara di
Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang
dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.
Memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam
satu proses yang berterusan.

Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan


yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan
dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti
negara di kalangan dunia antarabangsa. Peranannya melahirkan proses interaksi,
pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada
kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. 

Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme ekonomi. Perkembangan sistem ekonomi moden


dan ekonomi tradisional tidak seimbang. Sistem pendidikan Sekolah Inggeris,
sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Hubungan kaum baik dalam
konteks “bercampur tetapi tidak bersatu”.Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk
berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi
berteraskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib.

Matlamat utama untuk menyatukan kanak-kanak daripada pelbagai etnik di bawah


satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa tunggal
(Wan Hashim,1983). Akta Pendidikan 1957 bersetuju di atas prinsip sekolah
pelbagai aliran dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan.
Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan
Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai satu daripada matapelajaran 
pendekatan dalam matapelajaran sejarah, geografi dan buku teks lain mestilah
berteras Malaysia dan bukannya berteraskan negara China dan India (John
Lowe,1960).
2
2.0  PENDIDIKAN ASAS PERPADUAN DI MALAYSIA
Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang
kaumnya yang hidup aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah
Melayu, Cina, India dan 27 etnik lain Di kawasan Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian
kaum di Malaysia ini amat unit di bawah satu kerajaan dan pentadbiran serta dasar
yang menyatupadukan semua rakyat di negara ini untuk kestabilan yang berterusan.
Oleh itu, pelbagai dasar kerajaan telah dan akan dijalankan dalam menjayakan misi
negara ini.

Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan


negara keseluruhannya melalui ideologi negara di mana setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan
bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam
memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak, sebelum dan selepas merdeka
lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara
kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa
perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak
mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana
kemajuan dan mengekalkan perpaduan sedia.

3.0       DASAR PERPADUAN DAN EVOLUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan telah menjalankan dasar perpaduan
supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam
mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui
dua cara iaitu:

            1. Dasar Pendidikan : Falsafah Pendidikan Kebangsaan


 2. Akta Bahasa Kebangsaan: Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu
            3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
            4. Sukan Sebagai Alat Perpaduan
Pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan
British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka,
Pulau Pinang dan Singapura).  Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang
dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk
kepentingan mereka sendiri. Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan
kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan
untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru.
Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini
dikenali sebagai pendidikan vernakular.
 
Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan
kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan
British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini.
Berikut merupakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu, iaitu
Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes
pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah
supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang
berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan
British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekaligus
menyebabkan huru-hara. Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan
pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu
masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang
mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan
rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai
rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam
sesebuah negara ialah menerusi pendidikan.

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan


pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima
fasa berikut, iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka
(1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar
Pembangunan Negara (1991-2000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-
hingga sekarang).
    
Zaman Pra Merdeka (sebelum 1957), semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah
di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah
Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa
penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun
menjelang kemerdekaan timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem
persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem
persekolahan pada masa itu dan menghasilkan Laporan Razak (1956) yang
meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan
melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua. Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem
peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh


Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) yang
menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem
pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut
ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di
luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun
1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini
menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar
yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.0  HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara
sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju. (cita-cita dalam
wawasan 2020). Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan
hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka.  Peristiwa 13
Mei 1969 Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi
ialah, Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan
politik. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang
seimbang. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan
lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.
Keseimbangan kaum  melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama serta
perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya apakah faktor yang
boleh membawa keseimbangan dan apakah perkara yang perlu dipertahankan atau
dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan. Jawapannya ialah
usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.
Peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah rusuhan
kaum Cina dan Melayu di Kuala Lumpur. Bermula sebelum tahun 1969 lagi semasa
Lee Kuan Yew memperkenalkan slogan ‘ Malayan Malaya’ sebelum keluar dari
Persekutuan Malaysia pada 1965. Parti Gerakan dan DAP memainkan isu
perkauman semasa pra-pilihanraya.

Pengajaran Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969. Hal perkauman adalah perkara yang
sangat sensitif dan amat mudah jadi bahan pertikaian. Semua kaum hendaklah
dijaga dan ditadbir secara saksama. Kerajaan lebih menitikberatkan perpaduan
dalam kalangan rakyat. Kepentingan Memahami Hubungan Etnik menjadikan 
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum yang pernah mengalami
konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial
masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan
kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial.

Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan


sosioekonomi  sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber
ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat
difahami mengenai prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran
peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku antara masyarakat.
Hubungan etnik penting dalam memahami mengenai kesan pengindustrian
disesebuah negara. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan
sosial sesebuah negara.

Usaha-usaha ke arah memupuk perpaduan nasional ialah dengan penubuhan


Jabatan Perpaduan Negara yang kini dikenali dengan nama Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional / JPNIN), Pengenalan Rukun Negara dengan
menyemai ideologi Kebangsaan, DEB, Dasar Pendidikan  Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan  Kebangsaan. Usaha Kerajaan ( top down ) sahaja tidak memadai
tetapi mesti digenapkan dengan usaha yang berbentuk ( bottom-up ) menerusi
kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti
politik. Keharmonian Hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata
kepada keadaan berbaik-baik antara kumpulan kelas sosial yang berbeza
(pekerja/kelas menengah/golongan yang kaya daripada pelbagai kumpulan).
Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting yang mencorak sistem sosial Malaysia
walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar
melihat Malaysia sebagai negara yang berjaya mewujudkan Hubungan Etnik yang
harmonis ditambah pula dengan adanya sistem pendidikan dan persekolahan yang
berkonsepkan teknologi maklumat atau ICT akan merancakkan lagi dunia
pembelajaran dan perpaduan kaum di Malaysia kerana semua maklumat senang
dan cepat diperolehi.

5.0       KEBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK


            KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA
Umum mengetahui bahawa terdapat dua kesan dalam pelaksanaan sistem ini
terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kebaikan pertama ia akan
menarik minat pelajar untuk meneroka lebih lanjut pengetahuan sedia ada. Hal ini
berbeza dengan sistem lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata- mata.
Dengan sistem ini pelajar dapat mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat
menajamkan pemikiran mereka, menambah ilmu pengetahuan dan mengekalkan
asas perpaduan sedia ada antara pelbagai etnik di Malaysia melalui sistem
pendidikan yang sama.

Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran.


Oleh hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan
internet dan bahan- bahan bercetak yang lain. Dalam menjelaskan perkara ini,
Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap
bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Kemajuan internet dihujung jari ini menjadikan murid pelbagai kaum senang
memperolehi pelbagai maklumat terutamanya yang melibatkan kaum di Malaysia
seperti latar belakang, kebudayaan, adat resam dan keagamaan dengan hanya
melayari internet dan suasana pembelajaran yang sama di Malaysia.
Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan
470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa.
Hal ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur
panjang atau menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka
yang sering menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber
atau meluaskan masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Semua pelajar tanpa
mengira kaum dapat berkongsi maklumat dan kemahiran menerusi ICT dalam
sisitem pendidikan  sekolah yang sama. Keadaan ini dapat memupuk semangat
perpaduan antara kaum sejak awal kanak-kanak lagi.

Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik kerana pelajar
hari ini sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik. Hal
ini memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses
pembelajaran dan pengajaran disekolah. Pembelajaran akan lebih berpusatkan
kepada pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator semata-mata. Sistem
pembelajaran yang berorientasikan teknologi maklumat menarik minat pelajar untuk
meneroka pelbagai maklumat baru. Kesan kebaikan lain dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas ialah had tugasan yang terusun dan sistematik
kepada tenaga pengajar dalam mencari pelbagai bahan dan untuk memulakan
pengajaran dan pembelajaran. Semua maklumat tentang kaum, etnik dan akademik
senang diperolehi pada bila-bila masa sahaja. Dengan ini masyarakat berbilang
kaum akan lebih memahami budaya kaum lain untuk saling menghormati.

Kesediaan pelajar untuk memulakan pelajaran pada tahap yang baik akan
meningkatkan motivasi guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Berbanding dengan sekolah harian biasa yang rata- rata
pelajarnya belum bersedia untuk memulakan pelajaran dan agak liat untuk berusaha
dalam mencari maklumat yang perlu diketahui sebelum memulakan pengajaran.
Dengan ini guru perlu menjalankan teknik koperatif bagi memudahkan pelajar
berbincang sesama mereka mengenai topik tersebut. Proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih tersusun dan menarik. Semua pelajar akan belajar
dan menguasai proses pembelajaran
yang sama tanpa mengira kaum. Hal ini menggalakkan perpaduan kaum terus
diamalkan di Malaysia dari semasa ke semasa.

Dalam sistem pendidikan juga para pelajar sentiasa terdedah dengan pelbagai
tugasan. Tugasan yang tersusun yang diberikan oleh guru akan menjadikan murid
mudah memberi fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan
menjadikan menjadikan pelajar-pelajar lebih berdikari dan menyiapkan pelbagai
tugasan secara bersama tanpa mengira kaum. Mereka menguasai kemahiran,
memperolehi ilmu dan pengetahuan secara bersama semasa menyiapkan sesuatu
tugasan tersebut. Hal ini baik untuk perpaduan kaum diperingkat awak remaja
semasa menjalani proses pendidikan di sekolah.

Pengurusan yang tersusun amat dititikberatkan dalam menjamin kecukupan sumber


tenaga pengajar bagi meringankan dan memudahkan tugas guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini pelajar juga akan mudah menerima input-
input daripada guru dengan berkesan. Guru  juga akan sentiasa memberikan input
yang terbaik semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini. Hal ini dapat
menjadikan proses tersebut berjalan dengan baik. Kelebihan yang seterusnya
kepada sistem pembelajaran hari ini ialah semua murid tanpa mengira kaum
berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-
masing mengikut tahap kecedasan yang berbeza seperti yang dibuktikan oleh
Howard Gardner iaitu ialah kecerdasan logik- matematik, vebal- lingusistik,
kinestatik, ruang visual, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensialis.

Sistem pendidikan guru yang sistematik dan teratur akan mengurangkan beban guru
untuk merancang program kecemerlangan kepada pelajar-pelajar mereka selain
daripada menjadikan guru- guru ini lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugasan dengan lebih baik. Ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program
pembelajaran anak-anak mereka di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Mereka
juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan
aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar. Sistem
pendidikan sedemikian akan menggalakkan pembelajar yang lebih efisien di
Malaysia.
Guru sentiasa mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan melihat
keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman dan
pengetahuan sedia ada murid. Kaedah pengajaran guru disekolah biasanya lebih
berpusatkan kepada guru dan murid. Perkara ini menggalakkan kebebasan pelajar
untuk memberikan idea atau pendapat masing- masing. Pelajar mempunyai
pandangan serta pengalaman tersendiri yang mereka lalui sebelum ini.

Hal ini akan merancakkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk
semua kaum kerana idea dan kebolehan semua pelajar dapat dikembangkan di
sekolah secara bersama. Sebagai contoh pelajar sudah mengetahui bagaimana
hendak mengendalikan sesuatu bahan atau alatan seperti komputer riba. Ramai
pelajar sudah tahu dan mendapat pendedahan menggunakan komputer. Keadaan
ini akan menyenangkan guru untuk mengajar mereka kemahiran menggunakan
komputer.

6.0       KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK


            KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA
Apa pun, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan
negara sudah jelas iaitu wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan
siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu yang diperoleh. Masalah itu berlaku
kerana sistem pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah
sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu
menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke
kelas tuisyen dan meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan. Ini juga
akan membantutkan usaha untuk mengekalkan perpaduan di negara kita.

Sistem pendidikan sedia ada telah membazirkan banyak sumber pendidikan, justeru
tidak efektif dalam pembentukan bakat profesional yang sanggup dan mampu
menghadapi masalah globalisasi pada abad ke 21 ini. Sistem pendidikan negara kita
juga memusatkan (centralized) juga menyebabkan kandungan pendidikan diputar
belitkan dibawak faktor politik. Banyak dasar-dasar pendidikan diputuskan bukan
atas dasar pendidikan. Ini akan melahirkan masyarakat yang tidak adil seperti
kekurangan guru sekolah aliran Cina dan Tamil. Keadaan ini juga akan
merenggangkan hubungan antara kaum sedikit demi sedikit yang akan merencatkan
perpaduan kaum di Malaysia dalam jangka masa panjang dan boleh mengikis adat
dan kebudayaan asal sesuatu etnik di Malaysia secara sedikit demi sedikit.
           
Ada juga masyarakat dan pihak pentadbiran pendidikan birokrasi yang menganggap
peperiksaan sebagai piawaian utama pengajaran guru dan pentadbiran pengetua
atau guru besar disesebuah sekolah. Fungsi peperiksaan telah disalah ertikan dan
guru-guru serta pihak sekolah dipersalahkan jika anak-anak mereka tidak cemerlang
dalam peperiksaan. Masalah ini menghantui hampir semua kaum dan etnik dinegara
kita sama ada di Sekolah Kebangsaan, sekolah Cina mahupun sekolah Tamil.
Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga kini masih enggan mengemukakan
rancangan penilaian alternatif ekoran pemansuhan peperiksaan dan lebih banyak
butir-butir berkenaan pelaksanaan membangkitkan kekhuatiran bahawa cara
penilaian baru mungkin akan memberikan kesan kepada corak kebudayaan dan
bahasa pengantar serta bahasa pentadbiran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
Tamil.

7.0       CADANGAN MEMUPUK KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI


MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia juga harus mengumpul maklumat dan pendapat
rakyat dan masyarakat dan mengumumkan rancangan alternatif mereka selepas itu
dengan butir-butir pelaksanaanya dan memberikan masa yang seseuai untuk
membolehkan pelbagai lapisan rakyat membicangkannya.  Dengan ini rakyat akan
memahami pelaksaan rancangan alternatif dengan lebih jelas dan tidak akan
terkeliru. Pendidikan masih lagi menjadi objektif utama manakala sistem pentaksiran
menjadi sampingannya.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlu mengadakan satu jadual masa bagi
melaksanakan rancangan alternatif yang membolehkan masyarakat membuat
persediaan yang cukup ketika melaksanakan rancangan baru, khususnya latihan
guru dan  peruntukan  kursus   ke seluruh negara. Reformasi ini harus dilaksanakan
secara beransur-ansur  dengan Guru Besar diberikan kuasa autonomi untuk
melaksanakan disekolah masing-masing.       
Guru juga harus lebih profesional dan bijak untuk melaksanakan apa yang diarahkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dan kursus tertentu seperti Kursus
Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu
dikaji semula untuk mengelakkan pelatih memilih kerjaya ini kerana terpaksa sebab
sukar mendapat pekerjaan lain di luar sana.Sikap tidak minat menjadi guru ini
memaksa mereka menjadi guru yang hipokrit dan ini semestinya akan
menggagalkan visi dan misi kerajaan dan lebih buruk lagi akan memberi kesan
negatif kepada pelajar dan kualiti pendidikan untuk jangka masa yang panjang.

Guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis
perkauman yang kuat. Pihak Kementerian Pendidikan dan kerjaan juga harus
mengadakan satu mekanisme penyingkiran sejak awal dengan memindahkan
mereka ke badan-badan kerajaan yang lain untuk memelihara dan meningkatkan
profesionalisme peguruan daripada dirosakkan oleh individu bernama guru yang
sememangnya tidak berminat dan tidak layak menjadi guru walaupun mereka
memiliki pencapaian yang baik dalam penilaian dan peperiksaan.

Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklumat sistem pendidikan nasional ialah


untuk mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan
ketidaksamaan antara masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih teliti
peluang pendidian kanak-kanak menengah dan rendah termasuklah pengagihan
sumber dalaman sekolah seperti cara penyusunan bilik darjah dan pengagihan guru-
guru. Keadaan ini memungkinkan wujudnya semangat belajar tanpa mengira kaum
dan kebolehan pelajar.

Sistem Pendidikan Nasional harus di desertasikan. Kerajaan perlu meletakkan


kuasa pendidikan, menyelaras sistem birokrasi yang rigid di samping mengurangkan
simpton ketidak adilan dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran tidak harus
mempolitikkan dasar tersebut dan menghormati pendapat profesional pendidikan.
              
Bagi SJK Cina dan Tamil, merujuk kepada prinsip hak asasi pendidikan,
Kementerian Pelajaran perlu menghormati niat ibu bapa komuniti tersebut menjamin
bahawa segala perubahan dasar tidak akan mengubah ciri-ciri kebudayaan, bahasa
pengantar dan bahasa pentadbiran di SJK Cina dan Tamil.
Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru ataupun
prestasi guru besar dan sekolah, tetapi juga masalah budaya sesuatu masyarakat.
Satu pakatan reformasi pendidikan terdiri daripada ahli pakar akademik, pendidik,
ibu bapa dan ahli masyarakat duduk semeja membincangkan masalah pendidikan
negara dan memantau rancangan pelaksanaan atau pemansuhan sesuatu
peperiksaan dalam sistem pendidikan negara hari ini dengan mengkaji dan
mengambil kira sistem pendidikan negara sebelum ini. Kementerian Pelajaran dan
pelbagai lapisan masyarakat khususnya pertubuhan pendidikan harus mengusulkan
konsep pendidikan yang betul. Ini adalah kerana ibu bapa ialah golongan yang
paling berpengaruh dalam menjayakan atau mengagalkan sesuatu reformasi
pendidikan yang dilaksanakan.
              
8.0        KESIMPULAN
Pendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua
bidang kerana ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu
membangunkan potensi individu untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah negara.
Oleh sebab itu misi pendidikan negara seharusnya meningkatkan potensi seseorang
individu, mengembangkan kebolehan, menganalisis dan memotivasikan keyakinan
dan kebolehan jasmani, rohani dan mental individu yang dunamik,berinisiatif serta
memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat.

Dari segi keadilan sosial, semua individu dari pelbagai kaum dan bangsa harus
diberi peluang pendidikan yang saksama untuk semua rakyat dan bukan untuk
sesuatu golongan yang dianggap elit sahaja. Pendidikan sekarang yang
berorientasikan peperiksaan semata-mata banyak mengorbankan masa hadapan
kebanyakan kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira kaum.

Anda mungkin juga menyukai