Anda di halaman 1dari 2

 Bulan agung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis

amal ibadah (puasa, tarawih, sedekah, iktikaf, doa,


munajat, tadarus dan sebagainya.
 Bulan keampunan, rahmat, keberkatan dan janji
pelepasan dari api neraka.
 Bulan pembersihan jiwa melalui munajat, taubat,
doa dan sebagainya serta dapat meningkatkan sifat
sabar, tabah, belas kasihan dan sebagainya.
 Bulan di dalamnya ada lailatul Qadar yang lebih baik
daripada 1000 bulan.
 Bulan permulaan al-Quran diturunkan.
 Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.
 Bulan syaitan diikat dan dibelenggu.
 Bulan pahala dan ibadah dilipatgandakan. Amalan
sunat dikira sebagai pahala amalan fardhu dan
amalan fardhu pahalanya digandakan sehingga 700
kali ganda.
Setiap hari dalam bulan Ramadan adalah waktu yang
mulia, maka ambillah kesempatan ini dengan
memperbanyakkan zikir dan doa terutama pada waktu-
waktu yang mustajab seperti:
 Ketika hampir waktu berbuka. Nabi menyebut 3
doa yang tidak ditolak antaranya ialah orang
yang berpuasa sehingga dia berbuka.
 Satu pertiga malam.

SABDA RASULULLAH S.A.W. :


Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan,
kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan
ketika bertemu dengan Tuhannya. Dan bau mulut orang
yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi di sisi
Allah S.W.T."
(Riwayat Muslim dan Abu Hurairah)

RASULULLAH S.A.W. BERSABDA :


“Barang siapa yang mendirikan (malam) Ramadhan dalam
keadaan beriman dan mengharapkan pahala Allah S.W.T.
akan diampunkan untuknya apa yang telah lalu daripada
dosanya.”
(Riwayat al-Bukhari)

 Semoga Allah S.W.T. memberi kita kekuatan untuk


beramal dalam bulan Ramadhan ini, serta menjadikan
kita di antara orang-orang yang mendapat
pengampunannya. InsyaAllah..