Anda di halaman 1dari 11

Kertas B-010-1/WTP202/P(2/ Muka 1 dari 11

KOLEJ VOKASIONAL KUDAT


BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KERTAS PENERANGAN

KURSUS JURUBINA BANGUNAN

TAHAP SATU

DUTI 12 – Lay bricks according to specification required

12.02 – Prepare mortar according to proportions


TUGASAN
OBJEKTIF Sedia motar mengikut nisbah-nisbah bancuhan dengan
PENCAPAIAN menggaulnya mengguna tangan dan mesin supaya kualiti motar
PIAWAI yang dikehendaki dapat dicapai.

TAJUK BAHAN-BAHAN MOTAR DAN BANCUHANNYA

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN


TUJUAN
- Jenis-jenis, sifat dan kegunaan pasir
- Jenis-jenis dan kegunaan simen
- Jenis-jenis dan kegunaan kapur
Kertas B-010-1/WTP202/P(2/ Muka 2 dari 11

PENERANGAN:

Mortar adalah hasil campuran simen atau kapur atau kedua-duanya sekali dan pasir
dengan kadar tertentu. Kegunaan utama mortar ialah untuk mengikat batu-bata atau blok
dan kerja-kerja melepa pada dinding dan lantai (plastering and rendering). Bahan-bahan
yang digunakan untuk membuat motar adalah :

Pasir

Pada amnya pasir boleh diperolehi dari lombong (pits), sungai dan laut. Disungai, pasir
disedut mengunakan pam penyedut besar. Pasir yang digunakan hendaklah dielakkan dari
mengandungi terlampau banyak tanah liat atau loam dan Lumpur kerana ia akan
mengurangkan kekuatan motar dan konkrit. Tanah liat atau Lumpur akan menambah
permukaan pasir dengan ini akan mengurangkan kekuatan bila digunakan. Pasir yang
bersalut kekotoran akan melemahkan ikatan antara simen dan permukaan bata juga akan
terdapat tampalan-tampalan lembut dalam motar dan konkrit apabila kering.

Pasir juga hendaklah dielakkan dari mengandungi kotoran organik seperti tumbuh-tumbuhan
lapuk, ini memberikan kesan buruk pada simen semasa proses pengeringan berlaku. Kotoran
organic juga menyebabkan pertukaran warna pada motar dan konkrit.

Pasir juga boleh diperolehi dari laut,pasir laut tidak elok digunakan kerana mengandungi
terlampau banyak garam. Jika digunakan juga menyebabkan keputihan (white scum ) atau
‘efflorescene’ pada permukaan dinding tempat motar dilepa. Tompok-tompok putih ini akan
kelihatan jelas lagi setelah motar kering. Efflorescene disebabkan oleh terdapatnya soda
pada batu-bata. Soda ini mengecut jika motar cair digunakan dan efflorescence terjadi .

Pasir yang biasa digunakan dalam pembinaan ada tiga jenis :-

1. Pasir lombong
2. Pasir sungai
3. Pasir laut

Pasir lombong

Diguna dengan luasnya dan boleh didapati dalam berbagai-bagai warna seperti merah,
merah tua, kuning kelabu dan keputihan (silver). Terdapat dua jenis pasir lombong :-

a. Pasir bersih ( wash sharp ).

Pasir ini sesuai untuk motar dikenali sebagai ‘short’ berkeadaan seperti habuk papan.
Ianya sesuai kerana keadaan pasir yang tajam memberi pegangan lalu
mendapatkan kekuatan. Pasir ini yang paling baik digunakan untuk pembinaan.

b. Pasir mengandungi tanah liat (loamy).

Pasir ini berbentuk bulat memberi kekuatan yang rendah oleh itu pasir ini kurang
sesuai untuk digunakan kerana tanah liat yang terkandung di dalamnya menjadikan
motar liat dan pekat, sukar digunakan kerana melekat pada sudip batu-bata.

Pasir sungai
Kertas B-010-1/WTP202/P(2/ Muka 3 dari 11

Pasir sungai tidak digunakan sebagai motar menerap bata seperti pasir lombong. Ini
disebabkan ia mengandungi sedikit garam dan butir-butir pasir sungai bentuknya seakan-
akan bulat kerana hakisan air yang mengalir. Hanya sesuai digunakan untuk motar bagi kerja
melepa.

Pasir laut

Didapati dari pantai atau dasar laut dipanggil ‘single’. Dikorek dan diambil menggunakan
jentera pengorek. Pasir jenis ini tidak elok digunakan kecuali jika tidak terdapat pasir-pasir
lain. Sebelum digunakan hendaklah dibasuh dan dibersihkan secukupnya pada air yang
mengalir untuk menghilangkan semua kesan-kesan garam yang ada.

Cara membasuh pasir laut

1. Pasir yang mengandungi garam dimasukkan kedalam guni dan diikat.


2. Bawa kesungai atau ditempat-tempat dimana terdapat air mengalir.
3. letakkan didalam air,bertentangan dengan arus air.
4. Selepas seminggu keluarkan dan bolehlah pasir itu digunakan

Simen

Simen ialah sejenis bahan buatan yang dihasilkan dengan membakar campuran batu kapur
dan tanah liat. Bahan ini mempunyai dua sifat penting iaitu lekatan dan lekitan. Dengan sifat
ini ia boleh bertindak sebagai bahan pengikat yang baik bagi mengikat batu-bata baur
membentuk satu jasad yang padu dan kuat.

Simen boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada sifat-sifat dan
kandungan bahan-bahan kimianya. Jenis-jenis simen yang lazim digunakan dalam kerja-kerja
kejuruteraan ialah seperti berikut :-

Simen Portland biasa

Nama portland diberikan kepada simen jenis ini kerana namanya sama dengan sejenis batu
yang terdapat di Portland, iaitu satu tempat di England. Kilang-kilang tempatan banyak
mengeluarkan simen jenis ini kerana ianya paling meluas digunakan, baik untuk kerja-kerja
konkrit, mahupun untuk kerja-kerja melepa atau menerap bata.

Simen Cepat Mengeras

Komposisi simen jenis ini adalah sama dengan simen Portland biasa, kecuali zarahnya lebih
halus dan ia digunakan pada tempat-tempat dimana kekuatan yang cepat diperlukan.
Kekuatannya dicapai pada umur 4 hari adalah lebih kurang sama dengan kekuatannya yang
dicapai oleh simen Portland biasa yang berumur 28 hari, untuk nisbah air simen yang sama,
kekuatan muktamad yang dicapainya juga sama. Masa membeku untuk kedua-dua jenis
simen ini adalah lebih kurang sama. Kelebihan simen ini berbanding dengan simen Portland
biasa ialah acuan konkrit boleh ditanggalkan lebih awal dan anggota struktur itu boleh
dibebankan dengan lebih awal untuk pembinaan selanjutnya. Jenis simen ini adalah lebih
mahal tetapi sangat berguna terutamanya bagi membuat kerja-kerja membaiki.

Simen Cepat Membeku


Kertas B-010-1/WTP202/P(2/ Muka 4 dari 11

Simen jenis ini mula membeku 5 minit selepas dibancuh dengan air dan boleh mengeras
dalam tempoh 30 minit. Sifat cepat membeku inin memberi jangka masa yang singkat untuk
membancuh, menempat dan memampatkan konkrit atau motar dan memerlukan
pengendalian yang cekap ditapak bina. Oleh itu, penggunaan simen ini secara amnya
dikhaskan bagi membuat kerja dalam air yang mengalir.

Simen jenis ini, walaupun cepat membeku, kadar pengerasannya adalah sama
dengan simen portland biasa.Konkrit yang dihasilkan dengan simen ini hendaklah dikawal
dengan rapi supaya konkrit itu dibasahkan dengan air sebaik sahaja ia membeku.

Catatan : Simen cepat membeku adalah berbeza daripada simen cepat mengeras;
simen cepat membeku itu tidak pula mengeras dengan cepat.

Simen haba rendah

Simen jenis ini mempunyai sifat yang tersendiri, iaitu kenaikan suhunya semasa membeku
adalah lebih rendah berbanding dengan simen Portland biasa. Simen ini digunakan untuk
pembinaan jasad atau struktur konkrit yang besar seperti empangan, tembok penahan ,
tembok landasan bagi jambatan dan sebagainya, dimana penghasilan haba daripada
penghidratan simen perlu dihadkan untuk mencegah berlakunya keretakan. Simen jenis ini
mencapai kadar kekuatan yang perlahan tetapi kekuatan muktamad adalah sama dengan
simen Portland biasa.

Simen Lebih Alumina

Simen jenis ini adalah jauh berbeza daripada simen Portland biasa dari segi komposisi dan
sifat-sifatnya. Ia mengandungi lebih banyak alumina (melebihi 30 peratus berbanding 10
peratus bagi simen biasa). Simen ini mula membeku 2 jam selepas ia dibancuh dan
mengeras 2 jam selepas ia mula membeku. Kadar pengerasannya adalah lebih cepat
daripada simen Portland biasa dan juga mencapai kekuatannya lebih awal ia dapat mencapai
75 % kekuatan muktamadnya dalam jangka masa 24 jam selepas ia dibancuh.

Simen lebih alumina ini boleh menahan panas, serangan dari garam magnesium dan sulfat
dan juga tidak dipengaruhi oleh oksida. Oleh itu ia sangat sesuai digunakan ditempat-tempat
yang mungkin terkena air laut, bahan-bahan kimia dan sebagainya.

Simen ini juga menghasilkan haba yang tinggi semasa membeku. Oleh itu, simen ini tidak
sesuai digunakan untuk pembinaan jasad atau struktur konkrit yang besar dan juga
memerlukan kawalan yang rapi untuk mengawetnya. Simen ini juga tidak sesuai digunakan
bersama dengan batu baur yang mengandungi cecair alkali atau kapur. Simen ini adalah
sangat mahal (2-3 kali ganda harga simen Portland biasa). Sebab itulah ia jarang digunakan
dalam keadaan yang biasa.

Simen Putih
Kandungan bahan kimia dan sifat simen putih adalah sama dengan simen Portland biasa
kecuali warnanya. Simen putih dihasilkan dengan menggunakan bahan mentah yang terpilih,
Kertas B-010-1/WTP202/P(2/ Muka 5 dari 11

iaitu batu kapur yang tulen dan tanah liat kaolin (china clay). Langkah-langkah dan penjagaan
yang rapi hendaklah diambil dalam proses pembakaran untuk memastikan bahan-bahan itu
tidak terkena bekas besi atau keluli untuk mengelakkan pengoksidanan yang akan
menghasilkan warna. Oleh itu relau pembakaran bagi menghasilkan simen putih hendaklah
dilapiskan dengan batu batu bahan api pada permukaan sebelah dalamnya dan pembakaran
dilakukan dengan minyak sebagai bahan bakar, menggantikan arang batu. Simen putih
digunakan dalam kerja-kerja kemasan seperti membuat terazo, melepa dan sebagainya.

Simen Berwarna
Simen yang digunakan untuk kegunaan-kegunaan tertentu seperti melepa, membuat jubin
dan sebagainya boleh didapati dalam berbagai warna. Simen berwarna ini diperolehi dengan
mencampurkan 5% hingga 10% bahan pewarna kepada simen Portland biasa atau simen
putih. Jadual berikut memberikan panduan pewarna yang boleh digunakan untuk
menghasilkan warna yang dikehendaki.

Pewarna Warna

Besi Oksida Merah,Kuning,Perang dan hitam.


Mangan Dioksida Hitam perang.
Kromik oksida Hijau
Kobalt Biru

PROSES MEMBUAT SIMEN.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat simen ialah :

1. Batu kapur-78 % dalam kandungan simen.


2. Tanah liat atau batu peroi-22 %dalam kandungan simen.
3. Serbuk batu(gypsum)-sedikit sahaja (1-3%) dalam kandungan simen.

Di dalam kilang, proses pengeluaran simen mestilah melalui empat peringkat iaitu :-

(a) Penyediaan bahan-bahan mentah:batu kapur dan tanah liat.


(b) Pembancuhan bahan-bahan mentah.
(c) Pembakaran
(d) Penghancuran simen dan pemasaran.

Penyediaan bahan-bahan mentah.


Batu kapur diperolehi dari kuarinya dengan cara letupan menggunakan bahan peletup. Batu-
batu itu kemudiannya dihancurkan dengan jentera penghancur (jaw crusher dan cone
crusher) supaya batu-batu itu dikecilkan sehingga mencapai saiz 300 mm ke 12 mm,
kemudian disimpan dalam silo batu kapur.

Tanah liat atau batu peroi dikorek dari kuarinya. Tanah itu dibersihkan dan dibancuh dalam
tangki basuh dengan air supaya menjadi slurry yang mengandungi lebih kurang 60 % air.
Slurry itu kemudiannya disimpan dalam satu tangki yang dinamakan tangki simpanan.

Pembancuhan bahan-bahan mentah


Kertas B-010-1/WTP202/P(2/ Muka 6 dari 11

Dalam peringkat ini, batu-batu kapur yang saiznya lebih kurang 12 mm dicampurkan dengan
tanah liat yang berupa slurry itu dengan kadar 78 % batu kapur kepada 22 % tanah liat
didalam satu tangki yang dinamakan pengisar basah. Di dalam tangki ini diisikan bola-bola
besi supaya semasa tangki ini berputar, batu-batu kapur itu dapat dihancurkan dan bersatu
dengan tanah. Selepas itu bancuhan tersebut disimpan dalam satu tangki simpanan slurry,
yang berputar terus menerus supaya kandungannya tidak melekat dibawah tangki itu.

Pembakaran

Pembakaran dijalankan dalam sebuah relau berputar sepanjang 112.5 m dan 3.6 m
garispusat, yang dibina mencuram sedikit, dimana campuran tanah ( slurry ) mengalir turun
untuk menerima bahang api dibahagian bawah relau, dan campuran tanah tersebut dibakar
batu halus. Bahan api yang digunakan untuk pembakaran ialah minyak pembakar pekat
(heavy fuel oil ). Suhu yang tertinggi ialah 2800˚ c dibahagian bawah relau. Kepingan batu itu
disimpan dalam tangki simpanan batu hangus dan dibiarkan sejuk.

Penghancuran simen dan pemasaran.

Kepingan batu itu kemudiannya dihantar dengan talisawat pengangkut ketang


pengisar kering dimana ianya dihancurkan bersama-sama dengan serbuk batu (gypsum-1%
hingga 3%) untuk menghasilkan simen. Simen yang terhasil itu disimpan dalam silo simen
menunggu untuk dipasarkan.

1 Kuari batu kapur Jentera penghancur Silo batu kapur

2 Tanah liat Tangki basah Tangki simpanan

Tangki simpanan Pengisar basah


slurry (78%-22% tanah)

Minyak /arang batu (abuk)

Relau berputar Tangki simpanan batu


(putaran 1rpm,suhu 2800˚C ) hangus

Pasaran Silo simen Pengisar kering

Carta proses membuat simen


Serbuk batu
(gypsum)

Cara menyimpan simen


Kertas B-010-1/WTP202/P(2/ Muka 7 dari 11

Simen mudah menyerap kelembapan dari udara. Oleh sebab itu,simen mestilah disimpan
ditempat kalis lembap. Pintu dan tingkap bangunan gudang mestilah ditutup rapat supaya
udara tidak beredar didalamnya. Simen Portland biasa boleh tahan selama-lamanya
sekiranya ia tidak menyerap air.

Simen biasanya disimpan dalam tempat yang kering dengan dilapikkan papan setinggi 23
cm dari lantai dan 30 cm dari dinding gudang. Ini ialah untuk mencegah air dari masuk
(meresap) ke dalam begnya. Beg-beg simen itu patut disusun bertindih-tindih. Apabila beg-
beg simen ditindih-tindihkan, beg simen yang dibawah sekali akan menjadi keras disebabkan
oleh tekanan beg-beg simen diatasnya, ini dikenali warehouse set, tetapi simen ini masih
boleh digunakan. Apabila mengeluarkan simen, beg simen yang lama sekali itu patutlah
digunakan terlebih dahulu.

Ujian bagi simen

Mengikut peraturan,simen mestilah diuji sebelum digunakan. Keadaan simen itu mestilah
berupa serbuk yang halus kerana ini akan menambahkan kekuatan dan sifat
keseragamannya. Satu ujian bagi kesesuaiannya ialah dengan membancuh sedikit simen
portland dengan air sehingga ia menjadi pekat, kemudian ditempatkan diatas sekeping kaca
dan permukaannya dilicinkan dengan kulir(trowel). Kepingan kaca ini dimasukkan ke dalam
air dan biarkan selama 24 jam. Sekiranya simen itu retak dan tidak keras, maka simen itu
tidak sesuai digunakan.

Kapur

Proses Membuat Kapur

Bahan-bahan mentah sama ada kapur atau batu kapur dari kuari atau lain-lain bahan yang
mengandungi kalsium karbonat dibakar didalam relau pada suhu kepanasan yang tinggi
1,000˚ C selama 3-4 hari. Hasil dari pembakaran ini dikenali sebagai kapur tohor (quicklime)
atau kalsium oksida. Dalam keadaan ini ia masih tidak sesuai digunakan pada kerja-kerja
pembinaan. Oleh itu ia perlu dicampurkan dengan air dan dibiarkan selama 3-4 hari dan
tindakan ini dipanggil ‘slaking’.

Semasa proses slaking ini akan mengeluarkan bahang dan akan kembang, air bercampur
secara tindakan kimia dengan quicklime. Hasilnya bertukar menjadi kapur mati (kalsium
hydroksid or hydrated lime). Sekarang barulah terjadi bahan yang paling baik dan sesuai
digunakan untuk tujuan kerja-kerja binaan, khasnya untuk menerap bata dan melepa. Bila
kapur dicampur dengan pasir untuk membuat motar, air dimasukkan untuk kemudahan
bancuhan, air lama-kelamaan akan menjadi wap dan kapur akan menjadi keras dengan
perlahan-lahan seterusnya bertukar menjadi kapur (chalk) atau batu kapur.

Kapur boleh dibahagi kepada tiga kategori.

(i) Non-Hdyraulic Lime.

Non-hdyraulic lime adalah hasil daripada proses ‘slaking’ kapur putih. Ia boleh hancur dengan
senang dalam air (slake rapidly). Non-hdyraulic lime sangat sesuai untuk melepa dan boleh
juga digunakan dalam motar untuk mengikat bata dimana simen juga dicampur (composite
motar).

(ii) Semi-Hydraulic Lime.


Kertas B-010-1/WTP202/P(2/ Muka 8 dari 11

Semi-hydraulic lime mempunyai kadar kehancuran yang perlahan (slow slaking rate). Ia
sesuai untuk kerja-kerja mengikat batu-bata. Ia juga boleh digunakan untuk kerja-kerja
melepa tetapi ia hendaklah direndam dengan secukupnya sebelum digunakan.

(iii) Eminently Hdyraulic Lime.

Eminently Hdyraulic Lime adalah hasil daripada kapur warna kelabu, kerana kadar bahan
silica dan alumina ialah 25% hingga 30%. Mempunyai kadar kehancuran sama dengan semi-
hydraulic. Sangat sesuai untuk mengikat batu-bata dan konkrit dimana kekuatan tidak
diperlukan. Ia tidak boleh dibiarkan lebih dari 24 jam setelah dihancurkan dengan air kerana
kandungan airnya akan hilang.

Kegunaan kapur dalam pembinaan.

Dalam pembinaan bangunan kapur digunakan untuk membuat motar samada motar kapur
atau motar compo untuk menerap bata atau membuat kerja melepa. Nisbah bancuhan yang
biasa dibuat ialah satu bahagian kapur kepada tiga bahagian pasir untuk motar kapur dan
satu bahagian kapur, satu bahagian simen dan enam bahagian pasir untuk motar compo.

Tujuan kapur digunakan dalam campuran motar ialah :-

(i) Menyenangkan kerja-kerja melepa dan menerap bata kerana motar mudah melekat
dengan benda kerja.

(ii) Mencepatkan motar tersebut kering.

(iii) Pada kerja-kerja yang kurang memerlukan kecantikkan hanya memadai dengan dilepa
sahaja tidak perlu dicat kerana ia akan memberi permukaan yang putih.

CARTA PENGELUARAN KAPUR.

Batu kapur
( Kalsium Karbonat)
Kertas B-010-1/WTP202/P(2/ Muka 9 dari 11

Dibakar dalam suhu 1000ºC

Kapur tohor ( quicklime )


Kalsium Doksid

Slaking 3-4 hari

Kapur mati ( Kalsium Hydroksid )


Hydrated Lime

Non Hydraulic Semi-Hydraulic Eminently-


Lime Lime Hydraulic Lime

Sifat-sifat mortar yang baik :-

1. Mempunyai kekuatan yang cukup berpadan dengan kerja yang hendak dibuat.
2. Senang mengerjakannya (workability).
3..Memberi ikatan yang baik antara mortar dengan batu atau blok.
4. Tahan dari sebarang cuaca dan sebarang tindakan kimia.

Jenis-jenis motar yang biasa digunakan :-

(a) Mortar simen


(b) Mortar kapur
(c) Mortar compo
(d) Mortar warna
(e) Mortar kalis air
(f) Mortar untuk kerja-kerja tempat pembakaran
(g) Mortar untuk kerja-kerja bata gerlis
(h) Mortar untuk lapisan kalis lembab slate

Mortar simen.

Mortar simen adalah hasil daripada campuran antara simen dan pasir dengan nisbah satu
bahagian simen dan tiga atau empat bahagian pasir (1:3 ) atau (1:4 ). Nisbah ini boleh
diubah mengikut kekuatan atau jenis kerja yang dikehendaki. Mortar simen hendaklah di
Kertas B-010-1/WTP202/P(2/ Muka 10 dari 11

bancuh dengan jumlah yang kecil berpadan dengan kerja yang hendak dibuat, supaya ia
boleh digunakan segera dan tidak membazir kerana tindakan pengerasan telah berlaku
sebaik sahaja air dicampurkan.

Simen dan pasir hendaklah digaulkan dalam keadaan kering diatas permukaan yang rata
seperti pelantar kayu atau lantai konkrit. Kemudian dituangkan berlahan-lahan lalu dibancuh
sehingga ia betul-betul sebati. Banyak kandungan air yang dicampur kedalam motar
biasanya diagak dengan pengalaman iaitu dengan melihat keadaan mortar tersebut. Mortar
yang telah keras tidak sesuai digunakan lagi dan hendaklah dibuang.

Mortar kapur.

Apabila batu kapur atau kapur tohor (quicklime) hendak digunakan untuk membuat motar ia
mestilah direndam didalam air sebelum digunakan, kapur yang cair ini dicampurkan terus
dengan pasir bagi menghasilkan mortar.kadar campuran bagi mortar kapur biasanya ialah
satu nisbah tiga.

Mortar compo.

Mortar compo ialah campuran simen, kapur dan pasir dengan nisbah 1: 1: 6 atau 1: 2: 9
nisbah campuran ini boleh diubah mengikut kekuatan atau jenis kerja yang dikehendaki.
Mortar ini sesuai digunakan bagi kerka-kerja melepa.

Mortar warna.

Mortar warna boleh dibuat dengan cara mencampurkan bahan pewarna (pigment) kepada
motar simen, bahan pewarna boleh didapati dalam bentuk tepung yang kering dan terdapat
dalam berbagai-bagai warna. Pemilihan warna ini bergantung pada tempat yang hendak
digunakan, contohnya warna yang terang untuk mendapatkan suasana yang cerah.

Mortar kalis air.

Mortar kalis air ini ialah dari mortar jenis biasa juga tetapi ia dicampurkan dengan bahan-
bahan kalis air yang mana dijual dalam keadaan tepung,keping dan cair.Tujuanya ialah
untuk memenuhi lubang-lubang halus pada motar bagi mengelakkan air meresap masuk
kedalam dinding bangunan.Bahan kalis air sesuai juga digunakan dengan disapukan terus
pada dinding.

Kadar campuran bahan kalis air: -

1. Keadaan tepung
Kertas B-010-1/WTP202/P(2/ Muka 11 dari 11

Kadar campuran yang sesuai ialah 1 bahagian simen dan 2 atau 4 bahagian pasir
bercampur dengan 2% hingga 5% bahan kalis air.

2. Keadaan keping

Kadarnya ialah 1 bahagian kepingan bahan kalis air, 10 bahagian air dikacau sehingga
sebati yang mana simen dan pasir dicampur dalam keadaan kering sebelum larutan tadi
dicampur dan digaul.

3. Keadaan cecair.

Kadar campuran yang biasa 1 litre bahan kalis air kepada setiap 15 litre air. Simen dan
pasir dicampur dalam keadaan keringlah dicampur dengan larutan tadi dan gaulkan
sehingga betul-betul sebati dan sesuai digunakan.

Mortar untuk kerja-kerja tempat pembakaran.

Ia dibuat dengan campuran sedikit simen atau kapur dengan tanah liat sabak (refractory
clay) atau serbuk halus yang dibuat dari pada pecahan fire brick. Biasanya nisbah bancuhan
motar ini boleh juga dibuat 1 bahagian tanah sabak, 2 bahagian serbuk halus pecahan
firebrick dan ditambah sedikit simen atau kapur.

Mortar untuk kerja-kerja bata gerlis.

Ia dibuat dengan campuran simen dan pasir .Pasir mestilah halus dan bersih. Sekiranya
menggunakan pasir kasar bersama simen ia hendaklah ditapis sebelum dibancuh dengan
air. Dalam kerja-kerja penerapan bata gerlis,sambungannya ialah 3 mm sahaja.

Mortar untuk lapisan kalis lembab slate.

Ia dibuat sama seperti motar untuk kerja bata gerlis,kecuali mortarnya lebih tumpat.
Biasanya nisbah bancuhan mortar ini ialah 1 bahagian simen dan 2 bahagian pasir.

Anda mungkin juga menyukai