Anda di halaman 1dari 7

Skrip Pengacara Bengkel Formula PdPc Tatabahasa UPSR dan Memahami DSKP Tahun 4 2020

MASA CUE ANN


PERSEDIAAN Para hadirin yang saya hormati sekalian.

Majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

Sukacita diingatkan, para hadirin dapat mengambil


tempat masing-masing dan pastikan telefon anda
berada dalam keadaan mode senyap.

Terima kasih.

MASA CUE ANN


Dari Muar pergi ke Pontian,
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera.


Salam ABC, anak yang baik lagi cerdik.

Yang berusaha, Encik Mohd Noor Bin Ibrahim

Guru Besar SK Kem Syed Sirajuddin,

Yang dihormati, Puan Noresah Binti Maarof,

Guru Penolong Kanan Kurikulum,

Puan Aishah Binti Sulaiman,

Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum

Yang diraikan,

1 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2020
Skrip Pengacara Bengkel Formula PdPc Tatabahasa UPSR dan Memahami DSKP Tahun 4 2020

Encik Mat Ariffin Bin Ismail,

Penceramah bengkel kita pada pagi ini

Encik Nor Azizi Bin Mohd Isa

Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka

Barisan jawatankuasa program serta

Peserta Bengkel Formula PdPc Tatabahasa UPSR


(Tahun 4,5, 6) sekalian.

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara,
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu majlis sejahtera.

Bacaan Bagi menambah keberkatan majlis pada pagi ini,


doa marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan
dipimpin oleh
.........................................................................

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

________________________________________

*Amin amin ya rabbal alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan


penghargaan dan terima kasih kepada
................................................................................

atas bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini berjalan lancar di


bawah lembayung rahmat Allah s.w.t.

PERGI BERHUMA DI TANJUNG ROKAN,


2 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2020
Skrip Pengacara Bengkel Formula PdPc Tatabahasa UPSR dan Memahami DSKP Tahun 4 2020

SEBELUM PULANG MENGAIL IKAN;


KEHADIRAN TUAN-PUAN KAMI ALUKAN,
KECIL TELAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah Yang Maha


Esa kerana diberikan kekuatan dan kesempatan untuk
berhimpun dalam majlis ilmu pada pagi yang
mendamaikan ini.

Pihak majlis mengalu-alukan kedatangan pegawai dari


JPN Melaka dan Negeri Sembilan, pegawai SISC+ dan
semua peserta yang rata-ratanya dari sekolah sekitar
Tampin dan Gemas ke Bengkel Formula PdPc
Tatabasa UPSR (Tahun 4,5,6) dan Memahami DSKP
Tahun 4 ini. Saya juga dimaklumkan ada dalam
kalangan peserta daripada Melaka dan Johor turut
serta menghadiri bengkel pada hari ini. Selamat datang
diucapkan ke tanah beradat lagi berkat.

Untuk makluman semua, Bengkel Formula PdPc ini


julung-julung kali diadakan di sini dan merupakan
program sulung bagi Panitia Bahasa Melayu SK Kem
Syed Sirajuddin pada tahun ini. Semoga perkongsian
hampir separuh hari ini dapat memantapkan lagi ilmu
para guru dalam pdpc Bahasa Melayu dengan
lebih berkesan.

MASA CUE ANN


Besar langit di tepi busut,
SLOT 1 Besar tak muat di dalam peti;
En. Mat Besar hajat kami menjemput,
Ariffin Besar niat di dalam hati.
Slot Satu membuka tirai majlis kita pada pagi ini.
Sebelum itu, izinkan saya berkongsi latar belakang
3 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2020
Skrip Pengacara Bengkel Formula PdPc Tatabahasa UPSR dan Memahami DSKP Tahun 4 2020

penceramah jemputan kita pagi ini.


 En. Mat Ariffin Bin Ismail mempunyai pengalaman
lebih 25 tahun mengajar mata pelajaran B. Melayu.
 Beliau merupakan penulis buku Bahasa Melayu
tahun 1 hingga 6 keluaran
Syarikat Buku Sasbadi.
 Merupakan Penulis Modul KBSR BPK
(tahun 2005 hingga 2011).
 Penulis Modul KSSR BPK Kementerian Pelajaran
Malaysia (tahun 2011 hingga 2015).
 Panel kawalan mutu buku teks Dewan Bahasa
Pustaka (tahun 2005 hingga 2015).
 Jurulatih Utama Format Baharu UPSR
Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi kertas Bahasa
Melayu.
 Dan Jurulatih Kebangsaan (KBSR) (KSSR) dan
(DSKP) KPM
Tidak dapat disangkal lagi, penceramah kita ini memang
hebat dan bukan calang-calang orangnya.
Hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa,
majlis mempersilakan Encik Mat Ariffin tampil ke persada
majlis bagi meneruskan agenda.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


_________________________________________
Sekalung penghargaan dirakamkan kepada
En. Mat Ariffin Bin Ismail atas perkongsian ilmu dalam
memantapkan pdpc Bahasa Melayu sebentar tadi.
REHAT
Minum
Sidang dewan berintelek, majlis ilmu kita ini berehat
Pagi
selama 30 minit bagi sesi minum pagi.
Mohon kerjasama para peserta untuk masuk semula ke
dalam dewan pada jam 11.25 pagi bagi memastikan
4 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2020
Skrip Pengacara Bengkel Formula PdPc Tatabahasa UPSR dan Memahami DSKP Tahun 4 2020

kelancaran program kita pada hari ini.


Terima kasih diucapkan.

SLOT 2 Assalamualaikum dan salam sejahtera.


En Mat
Ariffin Tuan-tuan dan puan-puan, tanpa melengahkan masa
majlis diteruskan dengan Slot 2. Untuk itu majlis
mempersilakan En. Mat Ariffin Bin Ismail bagi merungkai
DSKP Bahasa Melayu Tahun 4.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Sidang dewan Budiman,

SLOT 3 Kami bagi pihak pengelola majlis berbesar hati atas


En Nor kesudian En Nor Azizi Bin Mohd Isa Munsyi Dewan
Bahasa dan Pustaka yang ingin turut berkongsi ilmu dalam
Azizi Bin
bengkel kita pada hari ini. Sungguh bertuah kita pada hari
Mohd Isa
ini kerana dapat bersama-sama meraih ilmu daripada
orang-orang hebat seperti ini.

Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan En Nor


Azizi Bin Mohd Isa Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka
tampil ke persada majlis bagi meneruskan Slot 3.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

MASA CUE ANN


Ucapan PERGI KE KOTA MEMBELI SELASIH,
Perasmian SAYANG SI DARA SENYUM TERTAWA,
KATA AZIMAT SIMPULAN KASIH,
SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA
Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan
Yang Berusaha …………………………………………..
bagi menyampaikan ucapan.
5 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2020
Skrip Pengacara Bengkel Formula PdPc Tatabahasa UPSR dan Memahami DSKP Tahun 4 2020

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan


……………………………………………………………..
Penyampaian menyampaikan cenderamata kepada penceramah
Cenderamata kita pada hari ini.
Dipersilakan - En Mat Ariffin Bin Ismail
- En Nor Azizi Bin Mohd Isa

Terima kasih diucapkan kepada


…………………………………………………………
atas kesudian menyempurnakan penyampaian
cenderamata sebentar tadi.

MASA CUE ANN

Penutupan Sidang dewan budiman sekalian

Bunga selasih di tapak tangan, 


Dipetik orang harum mewangi, 
Segunung kasih kami taburkan.
Kehadiran tuan dijunjung tinggi

Tiada kata seindah madah,


Dicipta lagu tersentuh rasa,
Jika terdapat silap dan salah,
Maaf dipinta setiap masa.

Saya selaku peneraju majlis, mewakili ahli


jawatankuasa merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang memberikan kerjasama

6 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2020
Skrip Pengacara Bengkel Formula PdPc Tatabahasa UPSR dan Memahami DSKP Tahun 4 2020

dalam menjayakan majlis kita pada hari ini.

Saya akhiri dengan kalam suci


Wabillahitaufiq, walhidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

7 Disediakan oleh
Nurhajira bt Abd Rahman 2020