Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Umum mengetahui bahawa cara yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil,
iaitu menggalakkan tanaman hijau. Tanaman hijau telah dikaji dapat mengeluarkan bekalan
oksigen yang lebih banyak berbanding dengan pokok-pokok yang berdaun ungu, merah,
kuning dan sebagainya. Penanaman pokok-pokok mampu menjamin keseimbangan alam
sekitar dan mengekalkan hutan negara. Hutan amat penting dalam menyeimbangkan suhu.
Karbon dioksida yang berlebihan akan diambil oleh pokok-pokok dan mengeluarkan
oksigen untuk kegunaan manusia dan haiwan. Hutan juga menjadi habitat pelbagai spesies
flora dan fauna. Sumber makanan dan perubatan juga diperoleh dari hutan. Hutan juga
bertindak sebagai kawasan tadahan hujan dengan menyerp air hujan dan mengelakkan
hakisan tanah. Hal ini dapat mengurangkan pemendapan sungai berhampiran dan
menghindarkan banjir kilat daripada berlaku. Dengan bertunjangkan kesahihan fakta,
hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa alam sekitar dapat dipelihara dengan menanam
pokok di pelbagai tempat.
Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa kaedah lain yang agak jelas adalah menjaga
kebersihan sungai. Masyarakat bolehlah menjaga kebersihan sungai dengan membuang
sampah ke dalam tong sampah. Melalui cara ini, sampah sarap tidak akan terapung di
sungai dan menjejaskan kehidupan akuatik sungai. Masyarakat haruslah memperkasakan
usaha dengan menyokong kempen "Cintailah Sungai Kita". Mereka perlu mempunyai
kesedaran dan meningkatkan ilmu mengenai kesan pencemaran sungai. Kempen tersebut
perlu digiatkan tanpa dijalankan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kilang-kilang yang
mengeluarkan bahan toksik perlulah menapis bahan buangan sebelum dilepaskan ke
dalam sungai. Sebarang pencemaran yang dilakukan terhadap sungai hendaklah
dilaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar oleh masyarakat yang prihatin. Hal ini mampu
menyedarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dan dikenakan hukuman di bawah Akta
Kualiti Alam Sekitar 1997. Dengan berbuat demikian, ternyatalah bahawa prakarsa ini
mampu membendung pencemaran sungai.
Suatu hakikat yang wajar diterima ialah metodologi mengamalkan kita semula dalam
kehidupan seharian. Masyarakat haruslah mengasingkan bahan buangan seperti kertas,
plastik, kaca dan tin minuman sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Sisa-sisa
makanan yang merupakan bahan organik boleh dijadikan kompos supaya dapat
menyuburkan tanah. Konsep 3R iaitu mengurangkan, mengguna semula dan mengitar
semula memudahkan kitaran semula bahan buangan. Agensi kerajaan seperti Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut terlibat dalam kempen tersebut. Mengguna dan
mengitar semula bahan buangan dapat menjimatkan kos untuk pelupusan sampah dan
penggunaan sumber asli. Lantaran berpaksikan kebenaran yang disampaikan, jelaslah
bahawa amalan kitar semula dapat memelihara alam sekitar.