Anda di halaman 1dari 25

ISI

KANDUNGAN
Apa itu Saham? .....................1

Kenapa kena terlibat


dalam bidang pelaburan? .....................6

Kenapa orang perlu melabur


dalam pelaburan saham? .....................10

Apa akibat orang membuat


pelaburan tanpa ilmu? .....................12

FORMULA 2T2R .....................14


APA ITU SAHAM?
B ila sebut ‘saham’, ramai yang beranggapan negatif
tentang pelaburan saham kerana kita ‘dimomokkan’ dengan
perkara-perkara yang salah.

Bila kita sebutkan perkataan ‘saham’ atau pelaburan, ini adalah 5 perkara
yang biasa terlintas dalam fikiran kita.

1. “Saham untuk orang kaya. Kita tak boleh terlibat dalam dunia
pelaburan saham”

2. “Saham ni haram hukumnya sebab saham ni perjudian dan


bukannya pelaburan mahupun perniagaan”

3. “Saya bekerja dan seorang usahawan. Saya takda masa untuk


memantau pergerakan harga saham saya”

4. Saham ni susah dan agak sukar untuk semua orang terlibat


kerana pelaburan saham ni memerlukan ilmu yang canggih
dan mungkin memerlukan kita untuk mengambil PHD dan
sebagainya.

5. Saham pasti rugi

TURUN NAIK SAHAM 2


Ramai yang takut kerugian, kemuflisan apabila terlibat dalam
saham. Inilah perkara-perkara yang saya lihat, menyebabkan ramai
yang menjauhkan diri disebabkan stigma-stigma negatif tadi.
Insya’Allah saya akan huraikan mengapa kita harus terlibat dalam
pelaburan saham dan stigma tersebut hanyalah momokan semata-mata.

Ramai pula yang terlibat dalam pelaburan saham tanpa ilmu.


Dan bila ada kesilapan yang berlaku kita mudah dimomokkan dengan
perkataan ‘kerugian’. Ya, dalam pelaburan tak boleh lari dari faktor
kerugian. Bila kita terlibat dalam pelaburan, kita akan bercerita tentang
pulangan yang kita perolehi dan juga akan berhadapan dengan risiko.
Itulah dinamakan pelaburan dan perniagaan. Tiada perniagaan yang
boleh gerenti untung, tiada perniagaan juga yang boleh gerenti rugi.
Tetapi apa yang biasa dibuat oleh masyarakat kita?

Kesilapan yang biasa dilihat setelah 20 tahun terlibat dalam


dunia saham:

PERTAMA #1
Ramai yang terlibat dalam dunia pelaburan tetapi tak ingin mencari ilmu
terlebih dahulu tetapi memilih untuk mencuba-cuba dahulu. Apabila
gagal, baru sibuk nak mencari ilmu sedangkan kenapa tidak kita luang
sedikit masa untuk mendalami ilmu pelaburan sebelum kita bertindak
melabur? Itulah kesilapan pertama yang selalu saya lihat.

KEDUA #2
Apabila mereka terlibat dalam dunia pelaburan, ramai yang suka
melabur menggunakan wang pinjaman, bukan wang lebihan.

TURUN NAIK SAHAM 3


Ingat ya, pelaburan ada risiko yang boleh kita alami
kerugian. Jadi, untuk jadi seorang pelabur yang berjaya, kita perlu
menggunakan wang lebihan yang kita ada. Bukan wang simpanan dan
bukan wang kecemasan. Ini yang perlu diperbetulkan dahulu sebelum
kita terlibat dalam pelaburan. Sebab selalunya kita lihat ada yang
mengalami kejatuhan dan kerugian, mulalah pening kepala
kerana terpaksa membayar hutang bank. Ada yang meminjam Ah Long.
Ini semua perkara yang tidak patut berlaku dan akhirnya kita
takut untuk terlibat dalam dunia pelaburan.

KETIGA #3
Pelaburan adalah menyeronokkan. Saya percaya kalau seorang
usahawan mesti seronok berniaga. Saya juga percaya ramai yang
bekerja, seronok apabila anda datang ke pejabat dan banyak perkara
yang anda boleh selesaikan. Macam ‘tu jugalah dalam dunia pelaburan
ini, kita kena seronok. Seronok dengan lebihan yang kita ada tadi
digandakan. Tetapi keseronokan ‘tu akan menjadi bencana kerana
emosi ketamakkan melanda. Hari ini melabur 10%, tiba-tiba esok

bertukar jadi kaya serta merta. ITU SALAH!

SALAH!
SALAH!
SALAH!
TURUN NAIK SAHAM 4
Sikap tamak juga menjadikan kita tumpas dalam dunia
pelaburan. Mahupun pelaburan sebenar ataupun pelaburan yang
salah. Sebab itu kita lihat hari ini ramai yang terjebak dengan
skim-skim pelaburan yang salah. Melaburkan wang dalam pelbagai
skim yang ada. Ini berlaku kerana disebabkan emosi untuk kaya
segera tanpa usaha.

Ini semua kesilapan yang saya pasti anda mungkin telah lalui
atau mungkin sahabat-sahabat kita telah lalui.
HENTIKANLAH!
Kita perbetulkan balik niat kita untuk melabur, betulkan balik tindakan
kita untuk melabur dan mulakan dengan ilmu. Saya percaya kita boleh
menjadi seorang pelabur yang bijak.

Ada juga yang bila sebut saham, jadi takut. Saya percaya,
berapa ramai yang pernah ditipu dalam hidup? Itulah perjalanan
hidup iaitu antaranya kita mungkin tak pernah ditipu,

ALHAMDULILLAH.
Tapi saya percaya rata-rata yang
membaca ini pernah ditipu. Ditipu dari segi perniagaan, pelaburan,
dari segi kasih sayang. Jadi, disebabkan kita pernah ditipu dari masa
lalu, kita jadi takut menceburi bidang yang baru.

TURUN NAIK SAHAM 5


KENAPA KENA
TERLIBAT DALAM
BIDANG PELABURAN?
N ilai wang hari ini takkan sama dengan nilai wang
10 tahun akan datang. Dalam maksud lain dipanggil inflasi. Kalau
takut untuk mulakan bidang pelaburan, maka wang simpanan yang
kita ada dalam tabungan kita akan makin mengecil nilainya. Sebab
itu usahawan, pekerja atau siapa siapa sahaja diajar untuk menyimpan.
Menyimpan itu bagus, melabur itu bijak.

Wang lebihan yang kita ada itulah kita gunakan untuk gandakan,
mungkin tak guna untuk sehari dua tapi bila kita gandakan, kita dapat
melawan inflasi dan apabila wang ini berganda dalam masa akan
datang, wang simpanan akan berkembang. Inilah antara kenapa kita
harus terlibat dalam bidang pelaburan saham.

Andai kata saya ambil contoh sebagai umat Islam, kalau ada
lebihan wang yang kita simpan dalam satu tabung yang mungkin ada
dalam ribuan ringgit. Kalau wang itu tak digandakan, wang simpanan
ini juga wajib berzakat. Andaikan saya ambil dari 100 ribu, setiap
tahun zakat akan mengurangkan 2.5% dari simpanan kita. Bukankah
indah kalau kita melabur, bayar zakat dan wang yang kita ada itu
bertambah disebabkan pelaburan yang kita buat dan wang simpanan itu
berganda. Apabila berganda, kita boleh membayar zakat lebih,
tidaklah dia semakin mengecil dan berkurang. Sebab itu semua orang
patut melaburkan wang yang ada dalam apa jua ‘instrument’ yang ada.

TURUN NAIK SAHAM 7


Andaikan saya ambil dari 100 ribu, setiap tahun zakat akan
mengurangkan 2.5% dari simpanan kita. Bukankah indah kalau
kita melabur, bayar zakat dan wang yang kita ada itu bertambah
disebabkan pelaburan yang kita buat dan wang
simpanan itu berganda.

Salah satu ‘instrument’ yang ada dan saya minati adalah


pelaburan saham. Saban hari saya agak simpati dengan
masyarakat kita yang masih tak serik-serik dengan pelaburan
yang bertukar menjadi peleburan. Saya percaya anda boleh baca di
dada-dada akhbar tentang skim-skim penipuan masyarakat
khususnya golongan bumiputera terjebak dengan skim-skim yang
salah.

Sebenarnya agak mudah untuk kita kenal pasti sama ada


pelaburan yang kita ceburi ni adalah pelaburan yang sah ataupun tidak.

CARA #1
Cuba kaji latar belakang syarikat ataupun individu. Syarikat sendirian
berhad mahupun perseorangan, tidak dibenarkan mengambil deposit
daripada orang luar. Melainkan syarikat atau bank yang mendapat
lessen daripada Bank Negara, mereka ini sahaja yang boleh mengambil
wang kita untuk disimpan mahupun untuk dilaburkan. Jadi, kalau
syarikat sendirian berhad atau perseorangan, dari situ kita tahu
pelaburan itu bukan pelaburan sah.

TURUN NAIK SAHAM 8


CARA #2
Kita dimomokkan dengan pulangan-pulangan tanpa risiko. Melabur
1000, kita akan dapat 10% sebulan. Zero risk. Modal kita selamat
tapi kita dapat pulangan. Itu skim peleburan, bukan skim pelaburan.
Ramai yang terpedaya sebab katanya tak perlu buat kerja apa-apa
tapi boleh untung, boleh kaya. Kalau macam itulah kaedahnya, semua
orang yang melabur boleh kaya lah. Melabur tak sebegitu mudah.
Kalau rasa ragu-ragu, boleh rujuk kepada Bank Negara Malaysia,
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) dan dalam laman web
mereka juga ada terpapar syarikat-syarikat yang tidak mendapat
kebenaran untuk beroperasi di Malaysia.

Teliti dahulu sebelum membuat tindakan pelaburan. Cuba fahami


perniagaan yang anda ingin laburkan sebelum anda bertindak untuk
melabur. Tak perlulah melabur pada syarikat-syarikat yang kita tak kenal.

Hari ini dah ada lebih 900 syarikat tersenarai di Bursa Saham dan
686 antaranya ialah, syarikat patuh syariah. Jadi kita tak perlu pening
kepala nak fikirkan tentang kesahihan mereka.. Buat pelaburan betul,
buka akaun di bank pelaburan dan melabur di pasaran saham yang
sah dan patuh syariah. Ianya dikawal selia oleh Bursa Malaysia dan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

TURUN NAIK SAHAM 9


KENAPA
ORANG PERLU
MELABUR DALAM
PELABURAN SAHAM?
s ebenarnya, kalau kita buka akhbar, hampir setiap hari kita
akan dapat cerita-cerita tentang pelaburan. Pergerakan harga saham
dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Bermaksud, maklumat
pasaran saham sentiasa ada cuma kita tak pernah ambil tahu, tak pernah
ambil peduli tentang peluang dan ruang yang ada. Jadi bagi saya, jika
kita tak ambil tahu, ianya menjadi satu peluang keemasan yang telah
kita lepaskan.

Nasihat saya, kita harus terlibat dalam dunia pelaburan dan


pelaburan yang kita terlibat mestilah pelaburan yang sah, lebih-lebih
lagi kita sebagai orang Islam. Kita mestilah mencari pelaburan yang
mematuh syariah kerana kita ingin menggandakan wang kita mesti
lah dengan cara yang betul barulah pelaburan yang kita buat tidak
memperjudikan wang yang kita ada dan tidak bertindak melulu.

Semua orang mengimpikan duit lebihan untuk dibawa bercuti,


mengerjakan umrah dan sebagainya. Jadi, bagaimana kita ingin
mendapat duit lebihan selain dari bekerja kuat.? Dengan berniaga dan
satu cara lain adalah melalui pelaburan.

TURUN NAIK SAHAM 11


APA
AKIBAT ORANG
MEMBUAT PELABURAN
TANPA ILMU?
s aya kumpulkan 100 kesilapan pelabur. Orang yang berilmu
juga kadangkala tewas dengan faktor emosi apatah lagi kita tak lengkap
dengan ilmu pelaburan. Saya percaya kita terdedah dengan faktor
sangat besar. Ada satu falsafah pelaburan disebut “kita akan mengalami
satu risiko yang besar kerana tidak tahu apa yang dilakukan.” Sebab
itu bila bertindak untuk melabur, kita kenal pasti apakah tujuan kita
melabur, apakah risiko yang boleh kita capai dan apakah pulangan yang
boleh kita raih.

Ini perkara yang perlu ditekankan sebab itu saya suka kongsikan formula
2T2R.

“kita akan mengalami satu risiko


yang besar kerana tidak tahu
apa yang dilakukan.”

TURUN NAIK SAHAM 13


APA ITU
FORMULA 2T2R?
1.
Sebelum kita ingin melabur, tanya diri berapa lama jangka masa
pulangan yang kita inginkan. Setiap individu mempunyai matlamat
yang berbeza.

2.
Kenal pasti produk pelaburan yang ingin dilaburkan. Apabila
bercerita tentang pelaburan, kita bukan hanya bercerita tentang saham
sahaja. Ada terdapat beberapa instrumen yang disediakan di Bursa
Malaysia. Antaranya saham, waran, pelaburan hartanah (real estate),
unit amanah (EPF), sukuk. Selepas itu, barulah kita tanya apakah risiko
dan ganjaran yang boleh diperolehi. Alhamdulillah, sudah 8 tahun
saya sebagai social influencer Bursa Malaysia dan diberi tanggungjawab
berkongsi tentang ilmu pelaburan saham yang betul agar dapat
meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera khususnya dan dapat
membantu masyarakat menggandakan wang melalui pelaburan yang
sebenar.

Pada anda yang tidak mengenali diri saya, saya merupakan


graduan UiTM Johor pada tahun 1997 dan telah terlibat dalam dunia

TURUN NAIK SAHAM 15


pelaburan saham lebih 20 tahun. Semasa saya belajar di UiTM lagi saya
sudah memulakan aktiviti pelaburan dan Alhamdulillah sampai ke
tahun 21 saya masih terlibat dan seronok berkongsi. Sebelum ini mungkin
ramai beranggapan saya seorang penceramah tentang dunia pelaburan
saham, dan Alhamdulillah kini saya dikenali sebagai Mentor Pelaburan
Saham Nombor 1 Di Malaysia.

Sebelum ini pelbagai aktiviti perniagaan yang telah saya ceburi


apabila saya keluar daripada universiti. Macam-macam saya rasa,
untung, seronok, duka, pahit, getir. Saya memilih untuk berkongsi ilmu
tentang pelaburan saham sejak 8 tahun lalu, setelah saya bertemu dengan
mentor saya. Di mana beliau katakan;

‘Hidup ini untuk memberi manfaat kepada orang lain.


Itulah makna hidup yang sebenar’

Dari situ saya melihat situasi pelaburan saham di Malaysia, dan


ramai yang tak tahu kewujudannya walaupun banyak muncul di
dada-dada akhbar. Yang amat menduka citakan ramai yang terlibat
dalam pelaburan-pelaburan yang salah. Berbilion ringgit dihabiskan
dalam peleburan dan bukan skim pelaburan.

TURUN NAIK SAHAM 16


Atas apa yang saya lihat dan inisiatif saya sendiri, bukan mudah
sebenarnya untuk kita mencari wang. Tetapi hari ini ramai juga yang
membazirkan dan membuang wang begitu sahaja seperti wang yang
mereka perolehi daripada pekerjaan dan perniagaan akibat terlibat dalam
skim-skim peleburan.

Ramai juga yang ada ilmu tapi tidak dipraktikkan. Ilmu tanpa amal
adalah sia-sia. Sebab itu bila kita mendalami satu perkara, kita kena ada
ilmu dan amalkan. Barulah ia memberi manfaat. Saya berpegang dengan
3 prinsip dalam Islam iaitu saya percaya dengan bekalan yang
boleh kita bawa apabila kita tiada nanti,

1. Doa anak yang soleh


2. Amal jariah yang kita buat semasa kita hidup
3. Ilmu yang bermanfaat

Kembali kepada zaman di mana saya bermula dalam bidang


pelaburan, sebenarnya ia adalah agak melucukan kerana ketika saya
berusia 18 tahun dan apabila ingin terlibat dalam dunia pelaburan
saham, saya macam tertanya-tanya ‘Apa itu saham?’. Ketika itu,
pasaran saham berada dalam keadaan yang baik dan rata. Masyarakat
memang terlibat dalam dunia pelaburan saham termasuklah saya.

Apabila ayah saya menyarankan saya mengambil Diploma Analisa


Pelaburan Saham di UiTM pada 1994 selepas saya tamat SPM, dari situ
minat pada bidang pelaburan mula muncul. Walaupun pada mulanya tak
faham apa pun.

Yang saya tahu bila orang sebut saham, dia relate dengan jadi
kaya. Pada usia tersebut, saya pun berminat nak ke menuju ke arah itu.
Kemudian saya menyambungkan pelajaran ke bidang pelaburan. Selepas
tamat Diploma, saya meneruskan dalam bidang yang sama pada peringkat
seterusnya. Waktu cuti semester pun saya rajin ke broker house dan bank
untuk lihat pergerakan harga saham ketika itu. Kalau dulu, nak jual beli

TURUN NAIK SAHAM 17


saham masih memerlukan pihak ketiga tapi sekarang hanya dengan
smart phone je dah boleh uruskan penjualan dan pembelian saham.

Saya melalui pelbagai fasa dalam pelaburan saham namun ia tidak


pernah mengecewakan saya kerana saya lihat ramai mereka berbangsa
Tionghua masih terlibat dalam dunia pelaburan walaupun keadaan
saham jatuh dan naik. Jadi, ini membuatkan saya tertanya, mengapa
mereka begitu fokus dengan pelaburan mereka buat? Dan bila saya
selidik, rupanya pelaburan saham ini adalah ‘lubuk emas’ yang sangat
besar untuk raih pulangan luar biasa tetapi dengan syarat anda perlukan
ilmu. Dari situlah saya terlibat dalam dunia pelaburan saham dan
perniagaan.

Pelaburan saham juga merupakan sebuah perniagaan. Sebagai


contoh, anda bercita-cita ingin membuka stesen minyak yang memerlukan
modal yang tinggi. Dengan modal rendah seperti RM500, kita juga boleh
mempunyai stesen minyak kita sendiri. Tapi inilah dunia pelaburan
saham yang mana bila kita beli saham syarikat minyak, kita juga menjadi
sebahagian daripada pemilik syarikat.

Untuk saya berada ditahap ini hari ini, saya hanya berpegang pada kata-
kata:

“Lagi tinggi kita berada,


lagi kuat angin tolak”

Walaupun ada juga segelintir orang memandang sinis dengan


apa yang saya lakukan dan cuba mempertikaikan, saya percaya kalau
kita buat benda yang betul mesti ramai yang dapat manfaat. Kita adalah
pemimpin kepada keluarga, masyarakat dan sebagainya. Lebih-lebih

TURUN NAIK SAHAM 18


lagi dalam bidang pelaburan yang mana kita sentiasa dipantau. Dengan
kerjasama Bursa Malaysia, saya percaya tanggapan negatif masyarakat
dapat kita kurangkan dan terus berjuang.

Satu-satunya perkara yang buat saya terus kuat ialah keterujaan


melihat anak-anak didik saya ini mempraktikkan ilmu yang betul.
Belajar dan bertindak dengan betul tanpa kira latar belakang
yang macam mana sekalipun, mereka ada wang lebihan dan bertindak
untuk melabur. Saya melihat satu kejayaan demi kejayaan. Mereka yang
bertindak dengan ilmu, kehidupan mereka lebih baik kerana dapat
membantu keluarga, mengerjakan umrah, menunaikan tanggungjawab
dan akhirnya menunaikan zakat 2.5% setahun. Itu satu perkara yang
memang buat saya terus bersemangat untuk berkongsi.

Untuk makluman, pelaburan saham wujud dah lama. Secara tidak


rasmi, telah wujud sebelum merdeka lagi. Sudah lebih 50 tahun usia Bursa
Saham Malaysia. Hari ini bukan sahaja kita boleh terlibat dengan Bursa
Saham Malaysia tetapi bursa saham global juga.

Apa kata, selepas anda baca perkongsian saya, cuba dapatkan


akhbar utama hari ini dan belek pada bahagian perniagaan dan pelaburan
saham. Yakinkan diri anda ini adalah pelaburan yang sebenar. Ramai yang
sangsi dan katakana itu tipu sedangkan bahagian itu ada setiap hari dalam
akhbar tempatan.

Bagi peluang diri anda menerokai bidang


baru dan yang tak pernah anda ceburi.

TURUN NAIK SAHAM 19


Dengan itu untuk memulakan pelaburan anda perlu mempunyai akaun CDS.

Syarat untuk buka akaun CDS: 1. Anda hanya perlukan RM10.00 sahaja untuk
membuka akaun CDS 2. Umur perlu 18 tahun ke atas 3. Salinan IC 4. Penyata
akaun bank.

Zaman kini makin maju, anda boleh baca bahan bacaan tentang
pelaburan di laman web sahaja. Jadikan ini sebagai pendedahan awal.
Kemudian setelah anda membaca, anda cuba cari guru dan bertalaki kerana
cara belajar yang terbaik ialah dengan mencari guru supaya ada orang
yang boleh membetulkan kesilapan kita.

Ramai orang tanya saya, kenapa Haji sanggup korbankan masa


saban minggu merantau ke seluruh pelusuk tanah air demi nak berkongsi
ilmu pelaburan. Saya sudah pernah ke Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor,
Pulau Pinang saya telah pergi untuk bersama dengan masyarakat. Saya
percaya dengan prinsip yang saya pegang “memberi manfaat kepada
masyarakat”, saya rasa seronok dan teruja. Apabila masyarakat celik
tentang pelaburan yang betu, ianyal adalah satu kepuasan bagi saya.

Mentor saya pernah berpesan:

“Hidup ini ibarat ladang, bukan tempat untuk kita


bersenang lenang. Dunia adalah tempat untuk kita bekerja
kuat dan beri manfaat supaya dapat bersenang
lenang kemudian nanti di akhirat”

TURUN NAIK SAHAM 20


www.DUNIAPELABURAN.com

Anda mungkin juga menyukai