Anda di halaman 1dari 164

Sinopsis

eristiwa yang dicatatkan berlaku di Cordova, Sepanyol mengisahkan

P seorang gadis Kristian ortodok yang taat pada agamanya bernama


Isabella yang terperangkap di antara dasar-dasar kabur agama
pegangannya dengan fakta-fakta bertentangan yang diperolehi di
dalam al-Qur’an. Ia bermula pada suatu petang di sebuah taman apabila
Isabella terdengar perbincangan di antara dua pemuda Islam bernama Umar
Lahmi dengan sahabatnya Muaz tentang hukum-hukum agama Kristian yang
dianggap oleh Saint Paul sebagai kutukan, dan kekeliruan penyaliban Jesus
Kristus untuk menyelamatkan umat manusia daripada segala dosa.
Perbincangan itu berlanjutan apabila Isabella mengatur perbahasan di antara
dua pemuda itu dengan barisan paderi terkemuka seluruh Sepanyol
termasuklah bapanya sendiri yang merupakan Ketua Paderi Sepanyol yang
mempunyai kuasa pengampunan (forviver of sins) bagi mencari kebenaran di
antara dua agama itu. Kebijaksanaan Umar Lahmi mengupas perbincangan
itu dan mempersoalkan pelbagai kekaburan dasar-dasar agama Kristian
membawa kepada cahaya keIslaman di dalam jiwa Isabella. Rentetan daripada
pengIslamannya itu, pelbagai rintangan dan kepedihan hidup dilalui Isabella
termasuklah hukuman inkuisisi daripada pihak gereja. Bagaimanapun hasil
bantuan sahabat-sahabatnya Isabella berjaya meloloskan diri daripada
penjara inkuisisi dan tinggal secara rahsia di kawal oleh orang Islam. Di sana,
Isabella mendalami agama Islam dan akhirnya menjadi pendakwah Islam yang
sangat disegani oleh pihak kawan dan lawan, dan usaha dakwahnya itu
membawa cahaya Islam yang gemilang pada zamannya. Kemuncak dakwah
Isabella berlaku apabila beliau dicabar oleh seorang mubaligh wanita Kristian
untuk berbahas tentang isu-isu antara dua agama itu disaksikan oleh seluruh
rakyat Sepanyol. Perbahasan itu diakhiri dengan kemenangan di pihak Islam,
manakala mubaligh tersebut dan sejumlah rakyat Kristian yang menyaksikan
perbahasan itu memperolehi hidayah melaluinya dan menjadi Muslim yang
taat. Keseluruhan isi kandungan buku ini menggunakan petikan-petikan
daripada kitab suci al-Qur’an dan Bible sebagai asas perbincangan lalu
menjadikannya sebagai satu makalah ilmiah mengenai perbandingan antara
dua agama tertua ini yang disusun dalam bentuk penceritaan yang menarik dan
berkesan.
ISABELLA
oleh

Maulana Mohammad Saeed

terjemahan
Dato’ Abdullah Hussain

Kisah ini dipetik daripada novel yang asalnya ditulis oleh Maulana
Mohammad Saeed di dalam bahasa Urdu. Kemudian diterjemahkan ke dalam
bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahman Ali Al-Hashimi dengan judul
ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah
Hussain. Pada kulit buku tersebut ada ditulis ''A NOVEL BASED ON A
COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY''yang pada hakikatnya ia
lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai perbandingan
kedua agama tertua itu.
KANDUNGAN

BAB
HALAMAN

Bab 1 Taman yang diberkati 1

Bab 2 Masalah yang kacau 7

Bab 3 Surat menyurat


14

Bab 4 Pertemuan pertama


26

Bab 5 Pertemuan kedua 42

Bab 6 Pertemuan ketiga 64

Bab 7 Cendekiawan Islam


76

Bab 8 Isabella di rumah 95

Bab 9 Ujian keimanan


104

Bab 10 Satu komplotan


126

Bab 11 Isabella dalam kurungan


137
Bab 12 Puteri Perancis
148

Bab 13 Pertemuan sulit


160

Bab 14 Tugas-tugas kerajaan Islam


176

Bab 15 Islam agama kesejahteraan


193

BAB 1 Taman Yang DiBerkati


Di bandar Cordova, negeri Sepanyol terdapat sebuah taman yang amat
terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di
dalamnya, berbeza sedikit dari Taman Firdausi. Taman ini selalu dibanjiri oleh
para pelancong jauh dan dekat. Pada suatu petang yang damai di salah satu
sudut taman itu yang agak terpencil, duduk dua orang lelaki muda yang
kelihatannnya seperti orang berilmu. Mereka sedang tenggelam di dalam satu
perbincangan agama yang serius. Hari semakin petang dan matahari sudah
hampir ghurub di langit barat. Kicauan burung yang pulang ke sarangnya
menimbulkan suasana riang kepada orang-orang yang lalu-lalang. Seorang
gadis kristian yang dikenali namanya dalam sejarah sebagai Isabella kebetulan
duduk bercengkerama dengan beberapa orang kawannya di sebalik serumpun
tumbuhan berhampiran dengan tempat kedua

lelaki muda itu. Isabella sering datang ke taman itu dengan kawan-
kawannya untuk menikmati keindahan alam semula-jadi. Dia adalah anak
ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya
dan keanggunan perawakannya selalu digambarkan oleh pemuda-pemuda
yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga. Orang-orang
bangsawan termasuk para paderi banyak yang tergila-gilakannya. Mereka ingin
mengambilnya sebagai isteri untuk menjadikan hidup mereka bahagia dan
gembira. Tetapi keinginan mereka itu dihalangi oleh cita-cita bapa Isabella
yang mahukan anaknya itu mengikuti jejak Siti Mariam, ibu Nabi Isa, hidup
membujang sampai ke akhir hayat, mengabdikan dirinya kepada Jesus Kristus.
Dia tidak bermaksud memberi suami kepada anaknya itu tetapi sebaliknya
mendidiknya dengan ilmu agama sehingga Isabella dalam usia semuda itu telah
mahir dalam berbagai-bagai masalah yang berkaitan dengan keagamaan dan
sangat mengambil perhatian berat di dalam perbincangan-perbincangan yang
mengenai ilmu ketuhanan.

Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya itu terdengar


olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia
tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata ”padahal paderi-paderi
Kristian”. Dia lalu dengan berhati-hati memasang telinganya.

Pada waktu itu, kedua orang lelaki muda itu kerana terlalu asyik dengan
perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahwa perbincangan
mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian.Salah seorang
pemuda itu berkata, “Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya
bahwa hukum-hukum agama itu merupakan satu

kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada
kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu?” Terdengar ketawa kecil
kawannya. “Umar, sahabatku. Engkau mahu aku menerangkan kepadamu
padahal paderi-paderi Kristian sendiri ….”

Waktu itulah Isabella sedang mendengar percakapan itu. Dia lalu berkata
kepada kawan-kawannya, “Nampaknya orang-orang di sebelah kita ini sedang
memperkatakan tentang agama kita. Mari kita dengar apa yang sedang mereka
kata.” Salah seorang kawannya menyampuk dengan nada sinis, “Sejak orang-
orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya.” “Diamlah!” herdik
Isabella. “Nanti mereka tahu kita ada di sini. Mari kita dengar apa yang sedang
mereka kata.”

“Apa maksudmu, paderi-paderi Kristian sendiri. Apakah mereka juga tidak


memahaminya? Apakah mereka itu menganut agama Kristian hanya secara
membuta tuli saja?” tanya orang yang bernama Umar. Namanya yang lengkap
ialah Umar Lahmi seorang terpelajar yang terkenal di kalangan cendekiawan
agama.
“Cubalah ajukan pertanyaan itu kepada paderi yang terkemuka dan dengar apa
jawabannya. Tetapi sebelum itu terangkan lebih dulu kepadaku apakah yang
menyebabkan tuan tidak bersetuju dengan kata-kata St. Paul itu!” ujar Maaz,
demikian nama seorang lagi.

Sambil memandang muka sahabatnya, Umar Lahmi berkata, “Bukan aku tidak
bersetuju tetapi aku hanya mahu memahaminya saja. Tuan seorang yang
banyak bergaul dan bercakap dengan orang-orang Kristian. Tuan juga banyak
banyak membaca kitab-kitab mereka. Maka sebab itulah aku

meminta penerangan daripada tuan. Menurut pendapatku apabila hukum-


hukum agama itu merupakan satu kutukan dan Nabi Isa datang mahu
menyelamatkan penganut-penganut agama Kristian dari kutukan itu maka
pencurian, penzinaan, penderhakaan kepada ibubapa seharusnya dapat

dibenarkan di dalam agama Kristian meskipun barangkali tidak ada orang


Kristian yang percaya tentang pembenaran berlakunya perkara-perkara itu.”

Maaz agak kebingungan sejurus mendengar kata-kata sahabatnya itu.


“Bagaimana boleh pencurian dan penzinaan dikaitkan dengan hukum-hukum
agama menjadi satu kutukan? Aku tidak berapa faham dengan maksud tuan.”

“Apa yang aku maksudkan,” jawab Umar Lahmi, “ialah di dalam Kitab
Perjanjian Lama, hukum-hukum agama memerintahkan bahwa kita tidak boleh
mencuri, tidak boleh berzina, tidak boleh menimbulkan kesukaran kepada
tetangga, tidak boleh derhaka kepada orangtua dan lain-lain lagi. Apabila
seluruh hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan, maka mematuhi
perintah-perintahnya juga merupakan satu kutukan karena perintah-perintah
itu adalah sebahagian daripada agama, malah ia adalah intisarinya yang
sebenar. Jikalau yang dikatakan oleh St Paul itu benar, maka orang-orang
Kristian boleh mencuri, boleh berzina dan boleh melakukan dosa-dosa lain.
Apabila mereka mematuhi hukum-hukum agama ini maka mereka termasuk
orang yang dilaknat dan orang-orang Kristian yang menentang pula dapat
dihukum bersalah kerana mereka tidak mematuhi peraturan-peraturan
agama.”

Maaz tersenyum kecil apabila sahabatnya itu selesai menghuraikan hujahnya


yang panjang lebar itu. Sambil mengangguk-anggukkan kepala, dia berkata,
“Agak aneh. Tuan mahu aku menjelaskan perkara yang sama yang seringkali
aku kemukakan kepada orang-orang Kristian.”

“Apa?” Umar Lahmi agak terperanjat mendengar kata-kata Maaz itu. “Tuan
juga telah bertanya kepada mereka? Jadi, apa jawaban mereka?”

“Mereka cuba memberi penjelasan tetapi terlalu membingungkan.” jawab


Maaz.

Sebaik saja Maaz selesai bercakap, dari menara masjid yang berhampiran
dengan taman kedengaran suara azan maghrib dilaungkan oleh muazzin yang
merdu dan amat syahdu. Kedua-dua orang sahabat itu pun bangun dari

duduknya, menuju ke sebuah tempat air untuk berwuduk dan kemudian


menuju ke masjid untuk ikut berjemaah bersama-sama dengan saudara-
saudara Muslimin yang lain.

Isabella yang sejak tadi mengintai mendengar perbincangan Umar Lahmi dan
Maaz merasa amat terkilan apabila kedua-dua orang itu bangun secara tiba-
tiba meninggalkan tempat itu. Dia mendengar percakapan kedua orang itu
dengan penuh minat apatah pula dia memang sangat tertarik dengan soal-soal
yang berhubungan dengan ketuhanan dan dapat pula membuat penilaian
terhadap penentangan yang dikemukakan oleh kedua orang muda itu. Dia
cuba mencerna persoalan itu dan mencari jawaban kepada pokok
perbincangan yang ditimbulkan tetapi ternyata tidak berdaya. Akhirnya dia
mengambil keputusan akan mengemukakan hal tersebut kepada bapanya.
Setelah

membuat keputusan itu, dia mengajak kawan-kawannya pulang.

Isabella berpisah dengan kawan-kawannya di satu persimpangan jalan. Dia


berjalan menuju ke pintu gerbang sebelah timur Cordova.
BAB 2 Masalah Yang Kacau
bapanya dan bertanyakan Kitab Injil yang dibacanya tadi malam. Isabella
sedang terlibat di dalam pembelajaran tentang Apabila sampai di pintu
gerbang sebelah timur kota itu, Isabella, anak gadis yang masih muda dan
cantik itu mengambil jalan yang membawanya lurus ke Qasrus Syuhada.
Kerajaan Islam pada masa itu telah mengeluarkan biaya yang banyak bagi
memperindahkan seluruh negeri Sepanyol. Jalanraya di kota Cordova diperluas
dan dibina dengan binaan yang baik, dihiasi dengan lampu-lampu yang cantik
pada jarak yang dekat, sehingga menyilaukan mata memandang. Seperti yang
pernah dikatakan orang, kita boleh berjalan sejauh dua puluh lima kilometer di
bawah cahaya lampu jalan yang benderang serupa itu. Isabella berjalan
perlahan-lahan dengan penuh keanggunan di atas jalanraya yang lebar dan
bermandikan cahaya lampu. Dia menuju ke Qasrus Syuhada ke arah rumah
kediamannya dengan kepala

yang berat berisi pertanyaan. Namun hayunan langkahnya tetap teratur


sebagai gadis terhormat.

Pada kebiasaannya, dia akan singgah di rumah teman-teman yang dekat


apabila dia pulang dari bersiar-siar pada petang hari serupa itu tetapi kali ini
dia terus menuju ke rumah dan kelihatan seperti tenggelam dalam suatu
fikiran yang merunsingkan.

Kira-kira setengah jam kemudian, dia pun sampai di pintu gerbang rumah yang
juga seperti sebuah istana. Orang gaji sedang menunggu di muka pintu untuk
menyambut ketibaannya. Sambil menjawab dengan ringkas akan pertanyaan
orang gaji akan sebab-musabab dia lambat pulang, Isabella terus masuk ke
dalam bilik lalu menghempaskan diri ke atas sebuah kerusi malas. Dia
mencapai sebuah kitab lalu membaca.

Orang gaji, setelah menyambut Isabella, terus ke dapur menyediakan makan


malam. Meja makan dikemas dan hidangan diletakkan di atas. Setelah itu, dia
memanggil Isabella tetapi Isabella tidak menyahut karena terlalu asyik dengan
kitab yang dibaca. Kitab yang sedang ditelaah itu ialah Kitab Injil dan
perhatiannya khusus ditujukan kepada surat-surat St Paul yang menuduh
hukum-hukum agama sebagai satu kutukan. Dia membaca surat-surat itu
berulang-ulang tetapi tidak mendapat jawaban kepada kesangsiannya malah
semakin kacau setiap kali dia membaca. Apabila otaknya terasa penat, dia
meletakkan kitab sambil membuat keputusan akan bertanya kepada bapanya
saja. Sudah tentu bapanya dapat memberikan penjelasan yg sangat
memuaskan.

Pada fikiran Isabella masalah itu tidaklah terlalu sukar sehingga tidak dapat
dihuraikan. Andaikata dia menemui jalan buntu, bapanya tentu dapat
menolong karena bapanya ialah seorang terpelajar agama yang tidak ada dua
di negara Sepanyol.

Setelah tenang kembali barulah dia keluar ke ruang makan dan makan seorang
diri sambil dilayan dengan penuh hormat oleh orang gaji. Isabella kembali
mentelaah Kitab Injil sebaik saja kembali ke bilik. Dia membaca kitab itu
sampai tertidur dan tidurnya pula amat nyenyak hingga ke pagi.

Isabella bangun agak awal karena dia mesti pergi ke gereja. Pagi itu pagi
Minggu. Waktu pulang dari gereja dia dipanggil pemahaman makna hakiki
metafizika.

Isabella menemui bapanya di bilik bacaan yang besar yang dipenuhi dengan
berbagai-bagai buku. Dicapai tangan kanan bapanya lalu dicium.
“Sila duduk anakku.” kata bapanya sambil memberi isyarat dengan tangan.
Isabella mengambil sebuah kerusi dan duduk tidak jauh dari bapanya.
“Sampai ke mana sudah pelajaranmu?” tanya bapa Isabella sambil merenung
muka anaknya.

“Saya sudah membaca Jonah 21, Bab 3. Kalau bapa memberi izin, saya ingin
bertanya karena saya belum lagi dapat mencari jawaban.”
“Sudah tentu, anakku. Tanyalah dan bapa akan menjawab.” ujar bapa Isabella
dengan perasaan gembira melihat kecerdasan anaknya.
“Dua Belas Firman Tuhan yang Tuhan firmankan kepada kita di dalam
Perjanjian Lama melalui Nabi Musa, apakah itu ada mengenai dengan hukum-
hukum agama?”
“Ya, semua itu ada berkaitan dengan hukum-hukum agama.” jawab bapa
Isabella dengan perasaan agak hairan sedikit tentang pertanyaan anaknya itu.
Isabella diam sejurus sambil mengangguk-anggukkan kepala. Kemudian dia
bertanya lagi.
“St Paul ada berkata di dalam salah satu suratnya bahwa hukum-hukum agama
itu merupakan satu kutukan, betulkah begitu, bapa?”
“Memang benar. Hukum-hukum agama itu adalah satu kutukan dan untuk
menyelamatkan kita daripada itu, Jesus Kristus diturunkan ke dunia ini dan
disalib.”
“Jadi jelaslah sekarang bahwa hukum-hukum agama itu satu kutukan dan
begitu hebat kutukan itu maka Jesus Kristus turun ke dunia ini untuk
membuangnya dan kemudian dia disalib.” Isabella mengulangi.
Kemudian dia menyambung, “Kalau begitu bererti mematuhi hukum-hukum
agama itu pun satu kutukan jugalah, bapa?”
“Memang benar ia satu kutukan dan orang-orang Kristian sekarang sepatutnya
daripada mengikut hukum-hukum agama, adalah lebih baik mengimani Jesus
Kristus karena hukum-hukum agama hanya sah berlaku sehingga Tuhan Jesus
belum disalib.”
“Jadi bolehlah kita mencuri?”
“Apa ada kaitan dengan hukum-hukum agama? Anakku, sebelum kau
membuat pertanyaan, fikirlah dulu masak-masak kerana kalau ada orang lain
mendengar, mereka akan mengatakan kau ini anak yang bodoh.”
“Maafkan saya, bapa.” ujar Isabella sambil merendahkan

suara. “Barangkali pertanyaan yang saya kemukakan itu tidak begitu jelas. Apa
yang saya maksudkan ialah di antara firman-firman itu yang baru bapa katakan,
adalah bahagian daripada hukum-hukum agama. Salah satu daripadanya ialah
kita tidak boleh mencuri dan yang satu lagi kita tidak boleh menindas tetangga
kita dan yang ketiga kita tidak boleh menderhakai ibubapa kita. Semua
perintah ini masih menjadi bahagian daripada ‘hukum-hukum agama’ yang
menurut St Paul merupakan satu kutukan. Jadi, mematuhi Firman-Firman
Perjanjian Lama ini iaitu tidak mencuri, tidak berzina ialah sesuatu yang dibenci
sementara tidak mencuri dan tidak menganiaya ibubapa pula satu kutukan.”
“Anakku,” kata bapa Isabella, “kau sebenarnya belum begitu faham betul
tentang kedudukan hukum-huum agama. Tapi, cubalah beritahu aku siapa
gerangan yang telah memasukkan pertanyaan bodoh serupa itu ke dalam
kepalamu. Syaitan manakah pula yang menyebabkan kau ragu-ragu begini?”

Isabella sebagai anak yang baik lalu menceritakan kepada bapanya tentang
perbincangan dua orang Muslim yang dapat didengarnya di taman petang
kelmarin. Setelah mendengar keterangan anak yang disayangi itu, bapa
Isabella pun berkata dengan suara rendah membujuk.
“Anakku,” katanya “kau telah tahu benar bahwa orang-orang Muslim itu ialah
orang-orang kafir dan sentiasa menentang agama suci kita. Mereka mengkritik
kitab-kitab suci kita kerana fikiran mereka telah dihasut syaitan.”
Dia berhenti sejenak. Memandang muka anaknya untuk melihat reaksi dari
keterangannya. Kemudian dia menyambung.
“Kau patut bertaubat segera dan berjanji tidak akan mendengar percakapan
mereka itu lagi. Mereka orang-orang

Muslim tidak beriman dan selalu menuduh agama yang benar orang lain.
Tahukah kau, anakku, apakah agama mereka itu? Pertumpahan darah ialah
pekerjaan yang patut dipuji dalam agama mereka. Cuba lihat! Mereka
menyerang negara kita, Sepanyol dan membunuh beratus-ratus orang yang
tidak berdosa. Sesudah itu, mereka paksa pula agama mereka kepada kita. Aku
tahu tentang kecaman-kecaman yang kau telah dengar dari orang-orang
Muslim itu. Kalau kecaman itu daripada fikiranmu sendiri maka dapatlah aku
membersihkannya tetapi bagaimana aku akan menjawab kepada mereka?”

Isabella menyesal kerana dia telah menyebut tentang orang-orang Muslim itu.
Kalau tidak, masalahnya telah dapat diselesaikan. Satu idea tiba-tiba melintasi
di fikiran.
“Baik aku tanyakan masalah ini kepada guruku. Aku selalu bertanya kepadanya
apabila menghadapi sesuatu masalah dalam pelajaran,” kata hatinya.

Keesokan hari, Isabella pun menjumpai guru yang bernama Michael lalu
mengemukakan pertanyaan yang sama. Gurunya dengan penuh keyakinan
merasa bahwa dia boleh menerangkan masalah yang dihadapi oleh muridnya.
Jawabannya pasti dapat menghilangkan semua keraguan Isabella.

Penjelasan Michael tidak dapat memenuhi rasa ingin tahu Isabella. Dia mulai
sedar bahwa keraguan itu timbul bukan kerana daya pemahamannya yang
kurang tetapi masalah itu sendiri ialah satu masalah berat yang bukan saja
untuk dirinya malahan juga untuk cendekiawan Kristian. Di sinilah bermula
timbul rasa curiganya terhadap dasar-dasar lemah

dalam ajaran Kristian. Kecurigaan itu semakin memberat di dalam fikiran. 


BAB 3 Surat Menyurat
Pada suatu petang, selang beberapa hari kemudian, Isabella pergi lagi ke
taman yang sama tempat dia mendengar perbincangan dua orang Muslim yang
hebat itu. Tidak lama setelah dia mengambil tempatnya yang biasa, Umar
Lahmi dan Maaz pun tiba. Mereka duduk di tempat yang dulu juga. “Aku telah
mendengar satu laporan yang aneh dan menarik hari ini.” kata Umar Lahmi.
“Apa dia?” tanya Maaz dengan agak terkejut.
“Keraguan yang tuan timbulkan mengenai salah satu ayat di dalam surat St
Paul tempoh hari,” kata Umar Lahmi, “rupanya telah sampai ke telinga ketua
paderi. Akibatnya, satu keributan telah terjadi di kalangan para paderi.
Sehingga ada orang yang berfikiran sihat telah menjadi ragu-ragu.”
Mendengar cerita sahabatnya itu, Maaz dengan tenang menjawab, “Ya, itu
hanyalah khabar angin saja atau gunjingan belaka. Siapa gerangan yang ada
mendengar

perbincangan kita?”
Umar Lahmi agak gempar melihat tanggapan Maaz yang dingin terhadap berita
penting yang telah disampaikannya.
“Siapa yang mendengar perbincangan kita, kata tuan? Takkanlah tak ada angin
pokok boleh bergoyang? Paderi-paderi itu menjadi begitu heboh.”
“Jadi, apa yang menyebabkan mereka itu heboh begitu sekali?” tanya Maaz
apabila melihat kegusaran sahabatnya. “Apakah ini kali pertama paderi-paderi
itu mendengar keraguan kita?”
“Sebab-sebabnya aku sendiri pun tidak tahu tetapi apa yang aku dengar ialah
para paderi itu sudah mula gelisah kerana keberatan-keberatan kita itu.
Beberapa kali mesyuarat telah mereka adakan untuk mencari jawaban. Berita
itu sampai kepadaku melalui sumber-sumber Kristian.” kata Umar Lahmi.

Mendengar penjelasan sahabatnya, Maaz tersenyum kecil. Hatinya merasa


geli.
“Baru cuma satu bantahan saja paderi-paderi itu sudah heboh demikian rupa.
Bagaimana pula kepercayaan-kepercayaan Kristian yang lain yang menggelikan
itu? Dosa yang dilakukan Adam hukuman dikenakan kepada semua anak
cucunya. Seluruh umat manusia dicalit dengan noda dosa itu. Apakah
kepercayaan ini ada mempunyai dasar kebenaran? Sebagai pembalasan
terhadap dosa semua pembuat dosa, orang yang tidak berdosa dikenakan
hukuman dan disuruh pikul beban semua dosa. ‘Putera Tuhan’ turun ke bumi
lalu disalibkan. Tidakkah hal ini sudah melampaui batas, menjadikan Tuhan
seorang yang lemah dan tidak berdaya? Kalau benar orang-orang Kristian itu
ada mempunyai

jawaban terhadap semua soalan ini, sila maju ke depan dan jelaskan
kepadaku.”

Umar Lahmi ketawa besar mendengar kata-kata Maaz. Sambil mengesat air
mata, dia berkata,”Kalau bukan orang Kristian yang sanggup mengada-adakan
hal yang bukan-bukan serupa itu, siapa lain lagi yang boleh mengadakannya?
Semua orang boleh bercakap secara wajar tetapi mesti pula ada orang yang
bercakap kosong.”
Setelah diam sejenak, Maaz lalu berkata perlahan seolah-olah seperti kepada
dirinya sendiri.
“Aku fikir sudah sampai masanya kita mengeksploitasi keributan yang timbul
sekarang ini.”
“Itu satu cadangan yang baik.” sahut Umar Lahmi dengan cepat. “Kita mesti
keluarkan poster yang berisi dengan segala macam kepercayaan Kristian yang
bukan-bukan itu.”
“Bagus.” Maaz menyampuk. “Akan menimbulkan keributan di kalangan orang-
orang Kristian di seluruh negeri Sepanyol.”

Isabella bersama-sama dengan dua orang sahabatnya yang duduk di salah satu
sudut taman yang berhampiran dengan tempat kedua orang Muslim itu,
mendengar semua percakapan tersebut. Wajah mereka yang putih bersih
menjadi kemerah-merahan kerana menahan geram. Akhirnya, dia tidak dapat
lagi menahan perasaan hatinya lalu dia berkata kepada kedua orang
sahabatnya.

“Ini tidak boleh jadi. Kita mesti menyangkal semua tuduhan mereka dan kita
mesti melakukan apa saja untuk menyakinkan mereka. Mudah-mudahan
Tuhan Kristus akan menarik mereka ke sebelah kita. Andaikata orang-orang
Muslim ini dapat dikristiankan, alangkah besarnya kemenangan bagi dunia
Kristian. Dengan itu, sekaligus orang-

orang Muslim yang lain tidak dapat menegakkan kepala mereka lagi di negara
ini.”
Sambil mengucapkan kata-kata akhir itu, Isabella mengangkat muka dengan
bersungguh-sungguh memanjatkan doa meminta Tuhan membawa orang-
orang kafir ini dan musuh kaum Kristian masuk ke dalam pelukan agama
Kristian. Dengan demikian, semakin nyatalah keagunganNya.

“Isabella,” ujar salah seorang sahabatnya sebaik-baik saja Isabella


menundukkan muka semula. “Orang-orang kafir ini

sangat keras kepala. Bagaimana mereka boleh meninggalkan syaitan dan


menyambut tangan Tuhan Kristus? Tambahan pula, yang sulit adalah paderi-
paderi kita sendiri. Mereka takut kepada orang-orang Muslim. Macam
kelmarin saja, setelah aku melihat kegusaran kau tentang keraguan mereka
terhadap hukum-hukum agama kita dan tentang kutukan yang mereka
perkatakan, aku tanya kepada paderi gereja kita. Mereka buat acuh tak acuh
saja sambil berkata tak usah hiraukan sangat apa yang dikatakan oleh orang-
orang Muslim itu. Jawaban mereka bukan pembahasan tetapi hunusan
pedang. Bila sikap paderi-paderi kita serupa itu tak hairanlah kalau orang-
orang Muslim semakin angkuh.”

“Masalahnya bukan paderi-paderi kita tidak mahu berbincang dengan orang-


orang yang tidak beriman itu atau sengaja mendiamkan diri.” kata Isabella
menjawab komen sahabatnya. “Diam mereka bukanlah bererti mereka tidak
dapat menghuraikan masalah tetapi mereka mahu jaminan kalau nanti
sesudah diberi keyakinan, semua orang-orang Muslim itu bersedia memeluk
agama Kristian. Maka paderi-paderi kita dengan senang hati mahu berhadapan
dengan mereka.”
Sahabat Isabella diam sejurus mendengar kata-kata Isabella. Dalam kepalanya
terlintas satu idea.
“Bagaimana kalau kita minta satu pengakuan bertulis daripada orang-orang
Muslim itu bahwa mereka bersedia bersemuka dengan paderi-paderi kita.
Dengan surat itu pula kita boleh mendesak cendekiawan Kristian untuk
bercakap dengan orang-orang Muslim itu dan memaksa mereka memeluk
agama kita.”
“Cadangan itu baik sekali. Tetapi apakah orang-orang Muslim itu bersedia
menerima?” tanya Isabella sedikit ragu.
“Mengapa pula tidak?” Bukankah kau juga baru mendengar dari mulut mereka
sendiri?”
“Kalau begitu kenapa mesti kita tunggu lagi? Di sini juga kita beritahu mereka
agar bersedia berbincang dengan paderi-paderi kita. Aku akan tuliskan secarik
surat yang akan aku sampaikan kepada mereka dan lihat apa jawabannya.”
kata Isabella dengan perasaan gembira.
“Tetapi …!”
“Tetapi apa lagi?” Isabella yang baru mahu mengeluarkan pena dan kertas dari
begnya terhenti sebentar lalu memandang wajah sahabatnya dengan ragu-
ragu.
“Tetapi bukankah baik kita mendapatkan jaminan daripada paderi-paderi kita
lebih dulu? Nanti apa akan jadi kalau orang-orang kafir itu bersedia dan paderi-
paderi kita menolak?”
Kalau orang-orang ini sudah membuat perjanjian dengan bertulis bahwa
mereka akan memeluk agama Kristian apabila sudah diyakinkan
kebenarannya,” ujar Isabella, “maka cendekiawan kita sudah pasti mahu
berdialog dengan mereka.”
Mendengar penjelasan itu, sahabatnya pun diam.
Isabella mengeluarkan pena dan secarik kertas lalu menulis:

Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh perhatian


perbincangan rahsia tuan-tuan itu. Bersebab kami juga berminat
dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama, saya percaya
tuan-tuan tidak keberatan dengan gangguan saya ini. Saya telah
mendengar salah seorang daripada tuan ada berkata kepada
temannya bahwa jika kami penganut Kristian dapat memberi
penjelasan yang memuaskan tentang perhubungan antara hukum-
hukum agama dengan kutukan, tuan bersedia memeluk agama kami.
Tuan juga mahu mencabar kami, orang-orang Kristian, tentang
hukum-hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus
Kristus, kami dengan sangat senang hati menyambut cabaran tuan
dengan syarat tuan membuat pengakuan bertulis.

Hamba hina agama Kristian

Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar Lahmi. Agak
terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba saja seorang anak gadis datang
menyerahkan surat serupa itu kepadannya. Gadis itu pula tidak dikenali
sebelumnya. Maaz memandang sahabatnya dengan pandangan yang berisi
pertanyaan.
“Surat apa ini?” tanya Umar Lahmi kepada sahabat Isabella.
“Dari teman saya. Dia sedang menunggu jawaban tuan.” jawab gadis itu.

Umar Lahmi menyambutnya dengan perasaan yang berdebar-debar. Dia


membuka lipatan surat sambil dahinya berkerut-kerut. Setelah membaca
isinya, wajah Umar

kembali berseri-seri. Dengan senyum kecil, dia menunjukkan surat itu kepada
Maaz. Maaz mengangguk-anggukkan kepala dan memberi isyarat kepada Umar
Lahmi supaya menjawab segera.
Umar Lahmi pun mengeluarkan kertas dan pena lalu menulis:

Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona. Kami


bersetuju sekiranya anggota-anggota gereja dapat memberi
penjelasan kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan
kutukan dengan penjelasan yang memuaskan, saya dan sahabat saya
akan memeluk agama Kristian. Sila nyatakan tempat dan tarikh
perbahasan akan diadakan.

Hamba hina agama Islam


(Umar Lahmi)

Setelah selesai ditulis dan ditandatangani, surat itu pun diserahkan kepada
sahabat Isabella yang segera pula kembali ke tempatnya semula. Isabella
sangat gembira menerima balasan surat tersebut, lebih-lebih lagi apabila dia
mengetahui bahwa rancangannya dipersetujui oleh kedua pemuda Muslim itu.
Dia segera membalasnya.

Tentang masa dan tempat, saya sendiri akan datang memberitahunya


esok.

Hamba yang hina

Surat itu ringkas saja dan setelah disampaikan kepada Umar Lahmi, mereka
pun beredar dari tempat itu dengan satu masalah baru pula. Siapa gerangan
orang yang akan berhadapan dengan orang-orang Muslim itu. Sebaik saja
keluar dari taman Cordova itu, Isabella terus saja ke tempat

gurunya yang baik hati. Diceritakan kesemua yang berlaku tadi kepadanya.
Guru itu yang juga seorang paderi adalah seorang yang benar-benar
mengetahui semua masalah agama. Ketika dia melihat Isabella dalam keadaan
resah gelisah, dia pun memarahinya dan memberitahu itu bukan suatu
masalah besar yang boleh sampai merunsingkan fikiran. Isabella lalu
menunjukkan surat Umar Lahmi.
Apabila guru itu membaca surat tersebut, dia pun bersetuju mahu membahas
perkara itu dan merasa seseorang yang berpengalaman dan terkemuka patut
ikut mengambil bahagian. Kesediaan gurunya membuat hati dan perasaan
Isabella yang gundah menjadi tenteram dan membolehkannya pulang ke
rumah dalam keadaan selesa. Guru itu berjanji akan menetapkan tempat dan
tarikh sebelum tengah hari esok.

Malam itu, Isabella tidak dapat tidur dengan nyenyak. Berbagai-bagai macam
persoalan terus menerus menghantui fikiran. Apa akan terjadi sesudah esok
hari? Andaikata cerdikpandai Kristian tidak dapat memberi penjelasan yang
memuaskan kepada orang-orang Muslim, maka orang Kristian akan dipertakuti
sepanjang zaman. Akhirnya, pagi pun tiba. Setelah selesai membersihkan
dirinya, Isabella mengambil Kitab Injil dan mentelaahnya. Menjelang tengah
hari barulah dia keluar dan mengajak kedua orang sahabatnya yang akrab pergi
ke rumah guru. Di sana mereka melihat sudah ramai paderi yang berkumpul
seolah-olah mereka sedang menunggu seseorang yang penting. Apabila orang
yang ditunggu itu tiba maka dia pun dipersilakan duduk di sebuah kerusi yang
khas.

Guru Isabella, sesudah mengucapkan puji-pujian kepada Jesus Kristus,


menerangkan tujuan perhimpunan diadakan dan dengan bersungguh-sungguh
meminta semua cendekiawan yang hadir supaya berani dan bersedia untuk
berdialog dengan orang-orang Muslim dan mencuba untuk menarik mereka
masuk Kristian.

“Kami merasa hairan apakah gerangan masalah besar sehingga kami semua
disuruh berkumpul di sini.” kata seorang paderi yang berbadan kurus dan
bermuka cengkung, nada suara seperti mengejek. “Tetapi bila sampai kemari,
aku dapati hanyalah satu perkara remeh saja yang mahu dibincangkan. Panggil
saja orang-orang Muslim itu ke mari sekarang juga dan sesiapa saja di antara
kita dengan mudah boleh menyakinkan mereka.”
Seorang paderi lain yang bertubuh gemuk dan berkepala bulat dan licin
menyampuk.

“Memang benar perkara ini bukanlah besar sangat, kita pun selalu
mengadakan perbincangan dengan orang-orang Muslim. Tapi setelah ada
berita tersebar yang mengatakan orang-orang Kristian tidak dapat menjawab
keraguan orang-orang Muslim maka perkara ini sekarang dapat dianggap
sebagai perkara besar dan penting. Kita patut tetapkan masa untuk
perbincangan itu.”

“Besok hari Ahad dan semua penganut Kristian akan berkumpul di gereja
besar. Ada baiknya kita memanggil mereka esok pagi. Mudah-mudahan Tuhan
Jesus memberi petunjuk kepada mereka.” ujar seorang paderi lain yang
kelihatan lebih muda daripada yang lain.

Cadangan itu disampuk segera oleh seorang paderi tua yang duduk di sebelah
Michael.
“Itu satu cadangan yang baik.” Dia memandang muka Isabella yang sedang
duduk berhadapan dengan Michael.
“Bapamu yang mulia yang memimpin sembahyang di gereja itu mesti ikut hadir
sebab ada kemungkinan kami memerlukan bantuannya sewaktu-waktu.
Apatah pula kamu sendiri yang menjadi perantaraan dalam perbincangan
antara kita dengan orang-orang Muslim.”

Seorang paderi yang perawakannya gemuk dan pendek menambah, “Bapamu


ialah ketua semua paderi di Sepanyol ini. Tidak ada orang lain yang lebih alim
daripadanya tentang hukum-hukum agama Kristian. Sebab itu kehadiran
bapamu amat diharapkan.”

Pada waktu itu, Michael, guru Isabella, segera menjawab, “Susah tentu!”

Setelah berlaku perbincangan yang agak serius, akhirnya dicapai kata sepakat,
cadangan mengadakan dialog dengan orang-orang Muslim itu diterima dengan
sebulat suara dan hari Minggu telah ditetapkan sebagai hari dialog itu
diadakan. Atas permintaan Isabella, Michael telah menulis surat memberi
kebenaran kepada Umar Lahmi untuk masuk ke dalam gereja besar pada hari
tersebut.

Waktu perbincangan itu selesai. Matahari sudah condong ke barat. Isabella


dan kedua sahabatnya meminta diri diikuti Mirano, anak Michael. Mereka
berjalan perlahan-lahan menuju ke taman tempat Umar Lahmi dan Maaz
menunggu. Mereka dapati selain daripada Umar Lahmi dan Maaz ada orang
lain pula bersama-sama mereka. Baru pada petang

itulah Umar Lahmi dan Maaz melihat wajah Isabella dari dekat. Mereka
terpegun sejurus lamanya kerana terpesona dengan wajahnya yang jelita itu.
Kedua-duanya mengucapkan ‘Subhanallah!’ di dalam hati, memuji kebesaran
Allah.

Isabella lalu menyerahkan sendiri surat Michael, gurunya, kepada Maaz. Surat
itu segera dibuka dan dibaca untuk didengar oleh semua yang hadir.
“Kami semua sangat berterima kasih di atas segala susah payah nona.” kata
Maaz. “Andaikata pihak mana saja yang nanti mendapat petunjuk, maka
pahalanya pertama sekali nonalah yang menerimanya.”

“Aku mendengar nona ini ialah seorang cendekiawan dalam ilmu falsafah
Kristian di samping seorang ahli teologi yang terpelajar. Sesungguhnya pujian
yang tinggi patut kita berikan kepadanya kerana usaha mahu melepaskan kita
daripada ‘kemungkaran’.” kata Umar Lahmi kepada teman-temannya.
Isabella agak tersipu-sipu sedikit mendengar puji-pujian Umar Lahmi itu.
Dengan lemah-lembut dia menjawab, “Saya hanyalah seorang hamba hina
Tuhan Jesus Kristus. Terima kasih banyak kerana sudi menerima jemputan
kami.”
Salah seorang Muslim yang hadir menyampuk dengan agak keras,
“Astagfirullah. Tengok betapa orang-orang Kristian itu menyekutukan Allah dan
memuja Nabi Isa. Memang benar mereka ini gila. Kalau tidak masakan manusia
yang hidup …”
Umar Lahmi dengan cepat memotong cakapnya untuk tidak menimbulkan
kegusaran kepada Isabella.
“Nanti dulu. Tuan secara tidak langsung sudah memulai

perdebatan. Perkara itu akan kita putuskan esok di gereja besar.”


Kemudian dia memandang Isabella. “Nona boleh memberi jaminan kepada
para paderi itu bagi pihak kami bahwa insyaAllah kami akan sampai di gereja
esok sesudah sarapan.”

Isabella dan sahabat-sahabatnya pun meminta diri meninggalkan tempat itu.


Mereka tidak lagi tunggu sampai matahari terbenam seperti yang seringkali
mereka lakukan. 
BAB 4   Pertemuan Pertama
Tidak lama sesudah Isabella meninggalkan tempat itu, Umar Lahmi, Maaz dan
kawan-kawan mereka yang lain berpisah untuk pulang ke rumah masing-
masing. Sesampai di rumah, mereka mentelaah Kitab Suci Al Quran dan Kitab
Injil serta membuat catatan-catatan perkara yang penting untuk dijadikan
bahan yang akan dibahaskan di dalam pertemuan esok hari. Pada pagi
berikutnya iaitu pagi Ahad, berita tentang pertemuan itu telah tersebar dengan
luas di seluruh kota. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati membuat
persiapan yang teliti terutama di dalam menghadapi orangramai yang ingin
ikut mendengar perbincangan tersebut. Hanya beberapa orang Islam saja yang
dibenarkan masuk ke dalam gereja sedangkan yang lain-lain terpaksa pulang
dengan perasaan kecewa. Umar Lahmi, Maaz dan beberapa orang
cendekiawan Islam dibenarkan masuk sesuai dengan persetujuan yang telah
dibuat lebih awal. Ketika

mereka masuk, didapati hampir semua paderi yang terkemuka di Cordova ada
di dalamnya dan sedang sibuk mengerjakan sembahyang.

Tidak lama kemudian upacara sembahyang itu pun selesai. Paderi-paderi lalu
mengambil tempat duduk di suatu meja panjang yang tersedia, berhadapan
dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawannya. Isabella dengan semua
kawan-kawannya pun ikut serta duduk bersama-sama.

Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana telah


menyahut pelawaan mereka, Michael, guru Isabella membuka pertermuan
dengan memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada di meja persidangan
itu. Salah seorang daripada mereka bernama Peter yang terkenal sebagai
seorang ahli pengajian Arab dan kitab-kitab Islam.

“Kami diberitahu bahwa tuan-tuan mempunyai sedikit keraguan tentang


agama Kristian dan telah bersetuju datang kemari untuk meminta penjelasan
daripada kami. Tuan-tuan juga telah berjanji kalau penjelasan yang kami
berikan itu boleh meyakinkan maka tuan-tuan akan meninggalkan agama Islam
dan memeluk agama Kristian.” kata Michael.
“Kami sedikit pun tidak merasa ragu tentang kepercayaan dan ajaran-ajaran
Kristian tetapi kami cukup yakin kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidak
beralasan. Dalam pada itu pun jikalau tuan dapat memuaskan hati kami
dengan penjelasan-penjelasan tentang agama tuan yang boleh meyakinkan
maka kami bersedia masuk agama Kristian.”

Mendengar kata-kata Umar Lahmi itu, Michael lalu berpaling kepada Peter
yang kelihatan lebih tua daripada yang lain.

Peter yang sudah menulis banyak buku menentang agama Islam, dianggap
orang yang paling berkebolehan untuk berdebat dengan orang Islam.

Peter dengan nada suara orang yang menguasai keadaan berkata, “Saya
diberitahu bahwa bantahan tuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang
mengapa St Paul telah mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan.
Tetapi ini adalah satu perkara remeh dan tida lebih daripada satu isu
sampingan saja. Tuan-tuan orang Muslim dan berimankan Quran dengan
sendirinya pendapat tuan-tuan mengenai Tuhan Jesus Kristus dan agama
Kristian mengikuti lunas-lunas Quran.

Umar Lahmi tersenyum kecil sebelum menjawab, “Saya sudah membuat


definisi yang jelas di dalam surat saya tentang persoalan yang akan kita
bincangkan seperti yang tuan sendiri sudah akui tetapi mengapa pula tuan
bawa kepada perkara-perkara lain? Saya sudah menulis perbincangan ini akan
berisar di sekitar hukum-hukum agama dan kutukan, jadi apa ada bantahan
tuan tentang hal itu?”

Peter masih dengan nada suara yang agak kuat berkata,”Kami akan menjawab
pertanyaan tuan tetapi lebih dulu biarlah kita bincangkan isu-isu yang dasar
yang juga dari Quran tuan-tuan. Bukankah dalam Quran ada mengatakan
tentang Tuhan Jesus Kristus kami sebagai Rohullah, Kalimatullah. Tidakkah ada
tersebut di dalamnya bahwa dia pernah menghidupkan orang yang sudah
mati? Jadi, apabila tuan percayakan Quran bagaimana pula boleh tuan-tuan
meragui Tuhan Jesus sebagai ‘Putera Tuhan’?”
“Tuan telah memulai dengan perbincang yang agak menyimpang yang sedikit
pun tidak ada kena-mengena dengan keraguan yang kami timbulkan.” kata
Umar Lahmi. “Apa yang saya inginkan ialah untuk memahami signifikan
hukum-hukum agama dan kutukan. Andaikata tuan bersedia mahu
membincangkannya, silakan. Kalau tidak, kami akan meninggalkan tempat ini.”
Umar Lahmi memandang muka sahabat-sahabatnya dan mereka semua
menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan keputusan itu.

“Saya mengemukakan Quran kepada tuan ialah supaya isu-isu dasar itu
dibincangkan lebih dulu. Jikalau tuan mahu mengelakkan diri daripada
persoalan dasar ini dan mahu membincangkan isu-isu sampingan, itu bererti
tuan tidak dapat menjawabnya.” kata Peter dengan sikap angkuh.

Umar Lahmi segera menjawab, “Baiklah, tuan mahu membincangkan isu-isu


dasar, terlepas daripada persoalan agama tuan dan mahu berselindung di balik
AlQuran. Jikalau tuan mahu membincangkan isu-isu dasar, mari kita selesai ini
dulu. Apakah Adam benar-benar ada melakukan satu dosa dan bila kita
putuskan dia benar-benar ada berbuat dosa, maka patutlah kita bincangkan
pula apakah dosa itu diperturunkan dari generasi ke generasi sampai meliputi
seluruh umat manusia. Yakni, kerana dosa Adam itu, semua manusia dengan
sendirinya ikut dibebani dosa? Jika keadaannya benar begitu, kita akan
bincangkan bagaimana noda dosa itu dapat dihapuskan? Kemudian kita
bincangkan pula tentang kesucian Nabi Isa, tentunya menurut Kitab Injil.
Sesudah itu tuan mesti buktikan kepada kami bahwa Jesus itu Tuhan dan
hanya dia saja dapat memerdekakan manusia daripada dosa. Apabila semua ini
dapat dijelaskan maka tuan

mesti buktikan pula bahwa Jesus benar disalib dan kerana semua dosa manusia
dia telah tinggal selama tiga hari di dalam neraka. Inilah yang patut dibahaskan
dan bukan apa yang tersebut di dalam AlQuran tentang Nabi Isa.”

“Semua itu tidak relevan. Tidak ada perhubungannya dengan persoalan.” Peter
menampik. “Apa yang saya maksudkan ialah untuk membuktikan dari Quran
sendiri bahwa Jesus ‘Roh Allah’ dan ‘Kalam Allah’ dan telah menghidupkan
orang yang sudah mati. Olehkerana itu, agama Kristian itu benar.”
Umar Lahmi menjadi tidak senang dengan putar belit paderi tua itu. Masa
sudah berjalan beberapa minit, pokok perbincangan belum juga diperolehi. Dia
lalu memandang kepada Isabella yang sejak perbincangan itu dimulai tidak
pernah melepaskan matanya dari wajah itu.
Sambil menunjuk kepada Isabella, dia berkata, “Sekarang saya tunjuk nona ini
sebagai hakim dan memintanya memberitahu mengapa kami diundang
kemari? Nah! Saudari mesti katakan apa yang telah saya tulis di dalam surat
saya dan kenapa saudari membawa kami kemari?”

Isabella yang sedang tenggelam di dalam lamunannya itu agak tersentak


apabila ditunjuki Umar Lahmi serupa itu. Pipinya tiba-tiba menjadi merah.
Dengan suara yang rendah tetapi berwibawa, dia menjawab, “Sebenarnya,
perbincangan ini ialah untuk menentukan apakah hukum-hukum agama itu
satu kutukan ataupun tidak. Tetapi keberatan yang dikemukakan oleh bapa
suci kami juga ada kebenarannya. Menurut pendapat saya, mula-mula kita
bahaskan dulu keberatan-keberatan tuan kemudian barulah bapa suci
memajukan pula soalan-soalan tentang Quran.”

Umar Lahmi mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan pendapat


Isabella.
“Nah, saya bersetuju dengan pendapat nona. Sekarang saya buka gelanggang
ini kepada tuan. Saya berjanji bahwa apbila tuan dapat menyelesaikan
keberatan-keberatan kami dengan penjelasan yang meyakinkan, kami dengan
tidak melewatkan waktu membenarkan tuan memajukan soalan-soalan secara
umum. Tapi apabila saya berjanji mahu menganut agama Kristian, saya fikir
tidak perlu lagi kita berbahas panjang-panjang.”
Umar Lahmi menutup kata-katanya itu dengan senyum kecil dan memandang
Isabella dengan ekor matanya. Isabella yang dapat melihat jelingan Umar
Lahmi itu merasa tersindir.

“Baiklah,” ujar Peter, “sebutlah soalan-soalan tuan dengan jelas bersama-sama


dengan pendirian tuan mengenainya.”
“Tuan boleh menjawab soalan saya satu persatu, persoalan demi persoalan. Ini
akan menjadi lebih jelas.: kata Umar Lahmi. “Mula-mula, cuba beritahu saya
apakah ‘jangan mencuri, jangan membunuh, jangan menimbulkan kesukaran
kepada tentangga dan lain-lainnya’ itu merupakan firman-firman Tuhan dan
apakah ada kaitannya pula dengan hukum-hukum agama?”

“Sudah tentu. Semua itu ada kaitan dengan undang-undang agama.” jawab
Peter dengan cepat.
“Apakah pula dikri St Paul tentang hukum-hukum agama?” tanya Umar Lahmi
lagi.
“Dikri bagaimana? Saya tidak faham.” jawab Peter, mengangkat muka
memandang Umar Lahmi seperti hairan.
“Tuan faham benar-benar perkara itu.” kata Umar Lahmi

dengan suara agak keras sedikit. “Cuma tuan mahu mengelak daripada
menjawabnya. Katakan saja bahwa St Paul telah menganggap hukum-hukum
agama itu sebagai satu kutukan.”

“St Paul menganggap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan dari sudut
bahwa inti hukum agama itu adalah bahagian daripada Jesus Kristus dan
betapa bodoh apabila inti ditinggalkan sedangkan kulitnya dikejar-kejar.”
“Begitulah pula yang saya maksudkan.” jawab Umar Lahmi. “St Paul yang
menganggap Jesus sebagai jiwa dan hukum-hukum agama sebagai tubuh telah
mengatakan hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan dan apabila tuan
juga berkata Firman Perjanjian Lama ada kaitannya dengan hukum-hukum
agama maka menahan diri dari membunuh dan berzina juga adalah satu
kutukan.”
Mendengar hujah Umar Lahmi itu, Peter, paderi tua, kelihatan resah sedikit
tetapi dia menjawab dengan satu dalih.
“Perkara ini sebenarnya merupakan satu perkara ghaib dan tuan tidak dapat
memahaminya tanpa bantuan dari ‘Roh Kudus’ dan tidak semestinya pula
bahwa sesuatu problem yang tidak dapat difahami itu merupakan perkara
salah. St Paul telah menganggap hukum-hukum agama secara lahiriahnya satu
kutukan dan tidak pula tertuju kepada semua bentuk hukum agama.”
“Benar. Memang betul St Paul mengatakan hukum-hukum agama pada
lahiriahnya satu kutukan. Sekarang cuba terangkan kepada saya. Jikalau tidak
mencuri, tidak berzina, tidak menganggu keluarga dan lain-lain lagi itu adakah
hukum-hukum agama yang lahiriah atau dalaman, rohaniah

dan moral?” tanya Umar Lahmi.


“Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang sama.” Peter
membantah. “Cuba dengar. Apa yang dikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih
baik daripada yang dikatakan oleh St Paul. Tuhan kami menyuruh kami
mengikut Firman-Firman Perjanjian Lama.* “                          ( *sila lihat Injil,
Matius Bab 5:19 sampai Bab 10:25 )“Iaitu memperoleh keselamatan maka
perlu mengikuti Perjanjian Lama juga.” kata Umar Lahmi. “Kalau sudah
memang demikian keadaannya, mengapa pula tuan menimbulkan perkara
penebusan dosa dengan menyalibkan ‘Putera Tuhan’? Iaitu, mengapa
Penebusan Dosa Momok ini apabila Perjanjian Lama perlu diikuti? Apakah
perlu mengikuti Firman-Firman Perjanjian Lama malah sesudah Kristus
menebus dosa?”
“Kami tidak tahu apa-apa.” jawab Peter dengan suara perlahan. “Kecuali Tuhan
kami telah mengarahkan kami mengikut Perjanjian Lama. Tetapi keselamatan
tidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikuti Perjanjian Lama tanpa
ada penebusan dosa.”
“Jadi, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf, Nabi Nuh dan lain-lain
nabi itu kehilanganlah keselamatan mereka kerana jalan keselamatan mereka
satu-satunya hanya dengan mengikuti hukum-hukum agama?” tanya Umar
Lahmi. “Begitu juga dengan para pengikutnya, keselamatan mereka dicabut.”
sambungnya lagi.
“Sebelum kedatangan Kristus, jalan keselamatan satu-satunya ialah dengan
mengikuti hukum-hukum agama tetapi penebusan dosa oleh Jesus Kristus
telah mengubahnya dan sekarang jalan yang ada hanyalah penebusan dosa.”
jawab Peter.Umar Lahmi tersenyum mendengar jawaban Peter yang berbelit-
belit itu. Dia memandang muka Isabella dan

muka itu walaupun kelihatan tenang tetapi sedang tenggelam dalam satu
fikiran yang membingungkan. Umar Lahmi memandang muka Peter, ditenung
matanya.
“Mula-mula tuan menolak apa yang sudah dikatakan oleh St Paul iaitu hukum-
hukum agama bukan satu kutukan kemudian tuan menolak hukum-hukum
agama sebagai dasar keselamatan. Dapatkah tuan mengemukakan kata-kata
‘wali’ yang lain untuk membuktikan bahwa ucapan St Paul ‘hukum-hukum
agama itu satu kutukan’ tidak benar?”

Tiba-tiba paderi kurus yang bermuka cengkung dari sudut sebelah kiri
menyampuk dengan suara yang lantang.
“Tuan-tuan! Percakapan tentang hal ini adalah perbuatan murtad dan kufur.
Semua yang dibincangkan berkaitan dengan perkara-perkara ghaib. St Paul
memang mengatakan hukum-hukum agama satu kutukan dan kata-kata itu
benar tetapi tuan-tuan tidak dapat memahami perkara-perkara ghaib serupa
ini. Jalan keselamatan kami ialah ketuhanan Kristus dan penebusan dosa
kerana Jesus bebas daripada dosa dan ia penjelmaan Tuhan, yang kerana
kesayangan dan perbuatan baiknya menderita di atas salib sebagai ganti kita
semua dan memberi kita keselamatan.”

“Jangan itku rasa hati dalam perselisihan persahabatan.” ujar paderi yang
bertubuh gemuk dan berkepala bulat dan licin. Dia duduk di sebelah kanan
Peter. “Tuan sudah mulai menyangkal St Paul.”
“Inilah hasil perbincangan yang tidak benar dan tidak beralasan. Tuan kini telah
mula membicarakan soal ketuhanan dan penebusan dosa.” kata Umar Lahmi.
“Eloklah kita selesaikan lebih dulu perbahasan mengenai hukum-hukum agama
dan kutukan.”
“Kami telah memberikan jawaban yang meyakinkan kepada tuan. Jadi,
sekarang kami berikan masa selama delapan hari untuk tuan beristirehat.
Andaikata keraguan tuan-tuan masih belum dapat dipecahkan pada masa itu,
tuan-tuan boleh datang lagi kemari.” kata Peter.

Umar Lahmi tidak menghiraukan kata-kata paderi tua itu.


Sebaliknya, dia bertanya, “Tuan tidak menganggap hukum-hukum agama
sebagai satu kutukan dan kolega tuan pula mengatakan ia itu satu kutukan dan
St Paul berada di pihat yang benar. Jadi, mana satu di antara tuan-tuan ini yang
benar?”
“Orang yang mengatakan hal ini tidak ada kaitannya dengan misteri agama
Kristian. Jangan tuan pedulikan kata-kata mereka itu.” jawab Peter.

Umar memandang kepada Isabella.


“Nah, cuba terangkan kepada saya yang mana benar di antara mereka ini dan
apakah St Paul itu silap kerana mengatakan hukum-hukum agama satu
kutukan?”
Sekali lagi, Isabella tersentak apabila Umar Lahmi memajukan pertanyaan
kepadanya.
“Saya datang kemari untuk mendengar perbahasan dan bukan untuk ikut
campur. Tapi saya akan meminta kepada guru saya, Bapa Michael, untuk
menyelesaikan masalah ini kerana beliau seorang ilmuwan yang agung dan
cendekiawan pula, kerana sebagai sebahagian daripada tamu-tamu terhormat
yang lain saya sendiri pun belum begitu faham tentang hal ini.”
Kata-kata Isabella itu bagai petir di tengah hari. Semua orang yang hadir di
dalam gereja amat terperanjat mendengarnya, lebih-lebih lagi para paderi
yang duduk di meja persidangan.

Mereka memandang muka Isabella dengan pandangan tajam yang berisi


kehairanan. Di tempat para penonton telah timbul keributan kecil.
Melihat keadaan yang mula kacau, Michael bangun dan berkata, “Saudara-
saudara, kita semua berhimpun di sini untuk mencari kebenaran dan
sesungguhnya ini adalah satu tugas yang berfaedah. Tetapi untuk tujuan ini,
maka perlulah kita mempunyai hati yang tulus ikhlas dan satu keinginan untuk
menerima kebenaran. Masalah keimanan yang sedemikian itu tidak akan dapat
dicapai oleh seseorang dengan usahanya sendiri tanpa pertolongan Tuhan.
Oleh sebab itu, kita harus berdoa kepada Tuhan dengan setulus hati agar Dia
menunjukkan kebenarn kepada kita melalui bantuan Roh Kudus dan
menampakkan kepada kita segala misteri agama Kristian.”
Michael terpaksa berhenti sejenak kerana dari para hadirin Kristian terdengar
ucapan Amen sedarun. Kemudian dia menyambung semua.
“Saudara-saudara. Apakah hukum-hukum agama itu satu kutukan atau tidak
adalah satu soalan titik-bengik, tidak penting. Persoalan yang sebenarnya ialah
saudara-saudara Muslim kita ini tidak mengetahui tentang kepercayaan
Kristian dan dasar-dasar pokoknya, sebab itulah mereka gemar berpolemik.
Intisari agama kita hanya terletak pada dua kalimat, iaitu ketuhanan Kristus
dan penebusan dosa. Seseorang yang memahami erti kedua kalimat ini maka
fahamlah dia semua rahsia agama Kristian. Betapa sayangnya Tuhan kepada
kita sehingga Dia mengirim putera tunggalnya bagi keselamatan kita untuk
memikul semua derita manusia di dunia ini dan akhir sekali Dia telah dibunuh
di atas salib sebagai penebus semua dosa kita. Oleh sebab itu saya ingin

memohon kepada sahabat saya, Umar Lahmi, dan kawan-kawannya supaya


membatalkan saja perbahasan yang sia-sia mengenai hukum-hukum agama
dan kutukan dan memikirkan tentang keperibadian suci Tuhan Jesus kita dan
penebusan dosanya yang tidak ada tolok bandingan. Marilah masuk agama
Kristian.”
Umar Lahmi merasa gusar dengan ucapan Michael yang sama sekali tidak
diduganya itu lalu dengan segera dia menjawab, “Kami datang kemari
bukanlah kerana mahu bercakap perkara-perkara yang kosong. Kami semua
ada prinsip dan kami mahu membahaskan masalah-masalah dasar. Kami telah
pun menjelaskan pokok perbincangan kita di dalam surat kami dan saudari
Isabella ini yang menjadi saksinya. Jadi, kalau tuan mahu membatalkan pokok
persoalan awal kita itu dan mahu membincangkan entang ketuhanan Kristus
dan penebusan dosanya, saya juga bersedia asal saja tuan tuliskan bahwa kita
batalkan masalah hukum-hukum agama itu dan kita patut bincangkan tentang
ketuhanan Kristus dan penebusan dosanya pula.”
“Kami tidak bermaksud bahwa tuan tidak boleh bincangkan masalah-masalah
itu,” kata Peter berdalih, “cuma kita patut tinggalkan isu-isu sampingan dan
bincangkan masalah-masalah dasar.”
Umar Lahmi mulai jengkel. “Jadi, kenapa tuan-tuan undang kami kemari?
Gereja dan masjid tidak perlu diperbahaskan. Kalau tuan-tuan tidak mahu
berbincang, katakanlah dengan berterus terang supaya masa kami terbuang
tidak sia-sia begini.”
“Tuan sudah salah faham tentang kata-kata Peter Suci. Dia tidak bermaksud
kita tutup terus perbincangan ini. Dia cuma mahu menekankan bahwa
pertanyaan-pertanyaan mengenai

masalah dasar yang dapat tuan fikirkan, tuan kemukakan kepadanya. Tapi
sekarang sudah tengah hari dan tuan-tuan mungkin akan pergi makan. Bila
waktu yang sebaik-baiknya tuan-tuan dapat kemari lagi?” Michael cuba
membujuk.

“Sekaranglah waktu yang sebaik-baiknya.” ujar Umar Lahmi. “Tidak sesiapa


yang boleh menentukan apakah kita akan mendapat kesempatan yang
berfaedah seperi ini lagi.”
“Tapi tuan-tuan akan menunaikan solat?” kata Michael lagi.
“Kami boleh bersolat di gereja ini.” jawab Umar Lahmi.
Peter lalu mencelah. “Saya fikir lebih baik kita berbincang lagi hari Ahad
depan.”
“Saya berpendapat perbincangan ini tidak boleh ditangguhkan terlalu lama.
Mungkin kita mendapat petunjuk dari Allah.” kata Umar Lahmi.
“Baiklah. Kita sambung perbincangan ini esok pada masa yang sama sampai
tengah hari.”
“Jika perbincangan ini mahu ditangguhkan sampai esok,” Isabella tiba-tiba ikut
campur, “tidak usah diberhentikan sampai tengah hari tetapi dilanjutkan
sehingga petang. Barangkali kita boleh sampai kepada sesuatu keputusan.”
Michael segera menjawab, “Sama sekali tidak. Tidakkah kita ada membuat
kerja-kerja lain juga?”
“Saya fikir tidak ada kerja lain yang lebih penting daripada perbincangan ini.”
jawab Isabella, tidak mahu kalah.

Orangramai mulai bising. Akhirnya, diadakan satu perbincangan kecil di antara


para paderi dan Umar Lahmi serta sahabat-sahabatnya. Mereka membuat
keputusan akan menghentikan perbincangan hari itu sampai di situ saja dan
akan disambung semula esok dari pagi sampai ke tengah hari. Pertemuan yang
pertama itu pun berakhir. Setelah mengucapkan terima kasih kepada semua
orang-orang Kristian, Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya meninggalkan
gereja besar.

Isabella dan para paderi lain masih tinggal sehingga semua hadirin keluar
meninggalkan tempat itu, pulang ke rumah masing-masing.
Setelah orang-orang lain habis keluar, paderi yang berbadan kurus bermuka
cengkung bangun lalu berjalan mendekati Isabella.
“Amat mendukacitakan yang kamu telah memberi kesempatan kepada orang-
orang kafir itu untuk mengemukakan keraguan mereka dan mengejek agama
Kristian.”
Belum sempat Isabella menjawab, paderi itu berjalan ke tempat Michael.
“Satu-satunya cara mahu melayani orang-orang murtad itu ialah meletakkan
Quran di hadapan mereka. Peter Suci telah berbuat serupa itu pada mulanya
tetapi malang, mereka menggelecek keluar dan membahaskan tentang hukum-
hukum agama. Kalau esok terjadi lagi yang serupa, alamat kita akan
dikecewakan dengan teruk kerana mereka tanyakan ialah tentang rahsia
ketuhanan yang tidak siapa pun tahu kecuali wali-wali saja.”
“Sebetulnya perbincangan itu sejak awal lagi telah menyimpang ke saluran
salah kalau tidak mereka telah tunduk oleh Quran mereka sendiri.” kata
Michael menyampuk paderi kurus itu. “Bukankah Quran ada mengatakan yang
Tuhan Jesus kita itu ‘pembawa hidup’ dan menghidupkan semula yang sudah
mati? Bukankah Quran menyebutnya ‘Roh Allah’ dan ‘Kalimat Allah’?
Peter kemudian berkata, “Pokok perbincangan esok hari

sudah ditetapkan. Iaitu mengenai ketuhanan Kristus dan penebusan dosa. Aku
dengan licik telah memesongkan mereka ke pokok persoalan lain tetapi kau,
Michael, telah membawa mereka kembali ke persoalan itu.”
“Tuan jangan salahkan saya. Itu semua perbuatan tuan sendiri.” jawab Michael
menangkis tuduhan paderi tua itu.
“Buat apa lagi kita memuaskan nafsu dengan perbahalan sesama sendiri.” kata
seorang paderi lain. “Kita tunggu esok dalam perbahasan tentang ketuhanan
Jesus. Agama Kristian kita bukan seperti bubur lembutnya boleh ditelan
dengan sekali teguk saja.”
Dia bangun dan meminta diri. Semua paderi pun ikut meminta diri dan
meninggalkan gereja. Mereka pulang ke tempat masing-masing dengan
membawa berbagai-bagai mcam fikiran.

Isabella dan ketiga orang sahabatnya berjalan di belakan paderi-paderi itu.


Dalam masa berjalan itu, dia berkata kepada sahabat-sahabatnya.
“Cuba kalian lihat. Di belakang orang-orang Muslim, mereka bercakap besar
bahwa orang-orang Muslim tidak akan dapat berhadapan dengan mereka.
Tetapi bila duduk berhadapan, tembelang mereka terdedah semuanya. Aku
sangat menyesal bapaku terpaksa meninggalkan gereja sebaik saja selesai dia
memimpin sembahyang kerana dia terlalu percaya dengan kebolehan dan ilmu
Bapa Michael dan Bapa Peter. Kalau tidak, dia tentu boleh tutup mulut orang-
orang Muslim itu.”
“Sebenarnya, masalah itu terlalu berat, apakah bapamu sanggup
menghadapinya?” Salah seorang sahabatnya menyahut.
Seorang lagi mencelah, “Sebenarnya, kepercayaan dan dogma kita terlalu
kabur. Kalau tidak masakan paderi-paderi kita itu terpukul begitu teruk?”
“Minta dijauhkan Tuhan! Baru saja sekali berbahas kamu berdua sudah mula
berputus asa. Kepercayaan kita cukup teguh asasnya tetapi mesti ada
seseorang yang boleh menjelaskannya. Lihat saja esok nanti. Bila ketuhanan
Kristus dibahaskan betapa teruk mereka akan dihentam.”

Mereka lalu berpisah di persimpangan jalan. Masing-masing pulang ke


rumahnya. 

BAB 5   Pertemuan Kedua

Pada pagi Isnin, para paderi mula datang ke gereja besar. Pada hari itu juga,
bersama-sama Isabella, ikut hadir perempuan-perempuan Kristian yang ingin
mendengar perbincangan. Ruang sembahyang gereja sudah penuh dengan
penonton lelaki dan perempuan, tua dan muda. Di meja panjang yang
berhampiran dengan podium tempat paderi besar membaca khutbah sudah
duduk para paderi yang ikut di dalam perbincangan hari kelmarin, diketuai
oleh paderi tua Peter dan pembantu kanannya, Michael. Isabella ikut bersama-
sama mereka. Tepat jam delapan, Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya
muncul di pintu depan gereja. Selain daripada Maaz dan penyokong-
penyokong yang ikut dalam perbincangan pada hari kelmarin yang memang
sudah dikenali, ada beberapa orang muka baru. Ini membuat para paderi
bercakap berbisik-bisik sesama sendiri. Mereka kelihatan agak gusar tetapi
tidak dihiraukan oleh Umar Lahmi. Dia segera mengambil tempat duduknya
berhadapan dengan paderi-paderi itu.

Sebaik saja selesa duduknya, Umar Lahmi pun berkata, “Kelmarin kita telah
membuat keputusan akan berbahas pada hari ini mengenai ketuhanan Kristus
dan penebusan dosa. Oleh sebab agak sukar mahu membincangkan kedua-dua
masalah ini sekaligus maka ada baiknya kita bincangkan secara berasingan.”
Peter segera menjawab, “Kedua-dua masalah ini sebenarnya satu dan saling
berkait. Jadi, tuan boleh pilih mana satu yang tuan suka.”
“Terima Kasih.” kata Umar Lahmi.
Dia lalu membaca beberapa ayat dari Surat Al-Furqan. Wajah Isabella tiba-tiba
berubah. Kulit mukanya yang putih bersih menjadi merah seperti bunga raya
kembang pagi. Bacaan Umar Lahmi terhenti apabila dia mendengar ada benda
yang jatuh tidak jauh dari tempat duduknya. Dia yang sedang berpejam segera
membuka mata dan dilihat sahabat Isabella sedang menolong mengangkat
Isabella duduk. Seluruh hadirin menjadi gempar dan berdiri melihat ke depan.

Maaz membisikkan ke telinga Umar Lahmi memberitahu bahwa anak gadis itu
terlalu terpesona dengan ayat-ayat AlQuran yang dibacanya. Peter dan
Michael bukan main lagi terkejut melihat keadaan Isabella itu. Mereka
serentak bertanya sebab musabab terjadi serupa itu tetapi Isabella tidak
menjawab. Hanya beberapa titik airmata jatuh meleleh di atas pipinya yang
masih merah. Isabella cuba menenangkan dirinya dengan keadaan yg agak
payah. Dia memberitahu sahabatnya bahwa sejak bulan yang lalu dia
mendapat serangan tiba-tiba serupa itu. Dia memberi isyarat supaya mereka
jangan menghiraukan keadaannya. Mereka boleh meneruskan perbincangan.
Sebahagian daripada paderi yang duduk di meja mencurigainya.

“Dia tidak apa-apa,” kata sahabat Isabella, “dia selalu mendapat serangan tiba-
tiba serupa itu.”
Keterangan sahabat Isabella telah dapat mengikis sangkaan para paderi bahwa
Isabella sudah mula terpengaruh dengan Islam. Setelah berhenti sejenak, Umar
Lahmi menyambung bacaannya.
Dia berdiri lalu berkata, “Tuan-tuan, kami telah diberitahu bahwa asas prinsip
agama Kristen ialah ketuhanan Kristus dan penebusan dosa. Jadi saya ingin
majukan satu pertanyaan yang boleh menghuraikan masalah ketuhanan
Kristus. Pertanyaan itu ialah: apa keperluannya yang khusus maka ‘Putera
Tuhan’ membuat pengorbanan bagi penebusan dosa? Kalau untuk tujuan itu
saja, orang alim yang lain juga boleh dipilih untuk mengorbankan jiwanya
sebagai ‘penebusan dosa semua orang yang berdosa’. Apa sebab secara
istimewa ‘Putera Tuhan’ telah disalib?”
Para paderi telah berbisik sesama sendiri, berbincang perlahan-lahan. Sejurus
kemudian, mereka memilih Peter untuk menjawab tetapi dia berada dalam
keadaan bingung. Namun sebagai sikap kebapaan, dia bangun juga dan
bercakap dengan lidah yang terketar-ketar.
“Untuk penebusan dosa, ‘Putera Tuhan’ diperlukan kerana orang lain baik dia
nabi atau rasul penuh dengan dosa. Orang yang ada dosa tidak dapat menebus
dosa orang lain. Kerana Tuhan Jesus Kristus satu-satunya ‘Putera Tuhan’ dan
bebas dari dosa maka dia dikorbankan untuk kepentingan semua oang yang
berdosa.”
“Baiklah,’ kata Umar Lahmi, “cuba terangkan apa yang disalib. Apakah
ketuhanan yang disalibkan untuk penebusan dosa ataupun kemanusiaan yang
ada pada Kristus? Jikalau ketuhanan Kristus yang disalibkan maka bererti
bahwa Tuhan yang tunggal dan tanpa sekutu itu memikul semua beban
seksaan penyaliban dan kematian datang ke atas peribadi Tuhan yakni Tuhan
sudah mati. Tetapi kalau kemanusiaan di dalam Kristus yang disalib, jawaban
tuan sudah hilang semua kekuatannya kerana kalau begitu caranya maka
penyaliban manusia adalah lebih cocok dan bukan Tuhan kerana kedua-duanya
menunjukkan akan kemanusiaan di dalam Kristus bukan ketuhanannya yang
dikorbankan.”

“Sudah tentu. Tuhan Jesus merupakan ketuhanan yang sempurna dan


kemanusiaan yang sempurna. Kedua-dua sifat ini terhimpun dengan baik di
dalam dirinya. Tetapi kemanusiaannya seperti juga dengan ketuhanannya
bebas daripada dosa dan sebab itu pengorbanannya amat perlu kerana
manusia lain semuanya bergelimang dosa. Dengan demikian mereka tidak
sesuai untuk penebusan dosa.” kata Peter.
“Itulah,” jawab Umar Lahmi, “kerana tidak ada manusia di dalam dunia ini yang
bebas daripada dosa maka Tuhan sendiri terpaksa turun ke dunia dan
ketuhanannya tidak disalib tetapi kemanusiaannya. Andaikata seorang
manusia yang bebas daripada dosa diperlukan untuk menebus dosa, mengapa
Tuhan tidak cipta seorang manusia yg bersih sehingga tidak payah Tuhan
sendiri mati di atas tiang salib kerena penebusan dosa.”
Peter menjawab, “Tuhan saja yang mengetahui perkara yang ghaib. Kita tidak
boleh kata kenapa Dia tidak berbuat serupa itu dan kenapa Dia sendiri datang
ke duni untuk tujuan itu. Tetapi tentang hal ini, kami tahu bahwa Tuhan datang
ke dunia untuk menebus dosa untuk menunjukkan kasihsayangNya yang agung
terhadap kemanusiaan. Bahwa  sayangnya Tuhan kepada makhluNya sampai
ke tingkatan mengutus putera tunggalNya untuk menyerahkan nyawa sebagai
galang ganti manusia-manusia lain. Tujuan ini tentu tidak akan tercapai kalau
hanya dengan mengutus orang lain.”
“Jikalau kasih sayang Tuhan sudah sedemikian besar kepada makhlukNya,
kenapa Dia tidak mengutus ‘puteranya’ itu awal-awal lagi untuk disalib?
Apakah tidak ada manusia sebelum Kristus yang patut dipedulikan oleh Tuhan?
Apa sebab Dia baru menunjukkan kasihsayangNya itu setelah beribu-ribu
tahun berlalu?” Umar Lahmi memajukan pertanyaan tanpa melepaskan
peluang.

Peter menjadi serba salah. Dia lalu cuba melepaskan dirinya dengan
menjawab, “Kita tidak tahu tentang keghaiban ini. Misteri Tuhan hanyalah
diketahui Tuhan saja.”
“Pertanyaan saya masih belum berjawab. Rujukan kepada keghaiban berulang-
ulang tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Nah, cuba katakan saja,
kalaulah hanya kerana kemanusiaan penyaliban itu dilakukan maka
kedatangan Tuhan ke dunia adalah sia-sia belaka. Orang lain pun boleh
dikorbankan juga.”
“Saya sudah menjawab,” ujar Peter, “manusia tidak dapat dijadikan penebus
dosa kerana dia sendiri bergelumang dengan dosa. Kemanusiaan Kristus sesuai
untuk penebusan dosa kerana dia adalah penjelmaan kemurnian dan tidak
berdosa.”
“Kerana kemanusiaan Kristus murni dan tidak berdosa maka dia menjadi perlu
untuk dipikulkan beban dosa seluruh manusia ke atas pundaknya.” Umar
Lahmi berhujah. “Tuan paderi yang mulia, logika tuan itu sedikit pun tidak
meyakinkan malah kepada tuan sendiri juga. Sekarang cuba terangkan, apa
salahnya jikalau ‘Putera Tuhan’ ini berbuat sesuatu yang lebih baik yang boleh
menebus dosa semua orang daripada dia dibebankan dengan dosa-dosa itu?
Dengan jalan itu, tidaklah payah Kristus yang tidak berdosa memikul beban
dosa orang lain, tidak perlu dia disalib dan tidaklah timbul persengketaan
tentang ketuhanan dan kemanusiaan. Penawar bagi dosa ialah kebajikan,
kedatangan Kristus ke dunia ini sepatutnya membuat kebajikan-kebajikan
sebagai penebus semua dosa dan bukan membunuh dirinya untuk penebusan
dosa.”

“Kita tidak dapat menasihati Tuhan. Dia berbuat apa yang disukaiNya. Satu
kekurangan ajar kalau mahu mencapai darjat Tuhan.” Peter menjawab.
Umar Lahmi tidak menghiraukan jawaban Peter yang kasar. Sebaliknya dia
berkata, “Tuan tahu bahwa Kristus dilahirkan dari rahim Maryam Perawan.
Nah, apakah kelahiran itu ada pertaliannya dengan manusia dan Tuhan yakni
apakah yang dilahirkan itu ‘Tuhan’ atau ‘manusia’?”
“Tuhan bebas daripada cacat kelahiran. Kemanusiaan di dalam Kristus itulah
yang dilahirkan.” jawab Peter dengan nada gugup.
“Siapa yang mati di atas salib? Tuhan atau manusia?”
“Tuhan itu bebas dari cacat kematian. Manusialah yang mati di atas salib. Iaitu
kemanusiaan Kristus.” jawab Peter lagi.
“Kalau begitu,” kata Umar Lahmi, “kelahiran dan kematian ada pertalian
dengan kemanusiaan Kristus dan bukan dengan ketuhanannya.”
“Benar. Memang benar.” jawab Peter dengan cepat dan bersungguh-sungguh.
Umar Lahmi lalu mencapa Kitab Injil yang terletak di hadapan Michael.
“Maafkan saya. Saya minta pinjam sebentar.”
Michael tidak sempat menjawab, Kitab Injil itu sudah ada di dalam tangan
Umar Lahmi dan sedang membuka halamannya. Para paderi memandang
kejadian itu dengan perasaan terkejut dan tanpa berkata bertukar-tukar
pandangan antara satu dengan yang lain. Isabella semakin tertarik dengan
perjalanan perbincangan itu dan dengan diam-diam dia mengagumi kepintaran
dan keluasan ilmu Umar Lahmi.
Umar Lahmi membuka pada Injil Ayub bab 15:14.
“Cuba lihat, di sini ada tertulis ‘Masakan manusia bersih, masakan benar yang
lahir dari perempuan?’ dan kerana kelahiran itu bukan bersifat ketuhanan
tetapi kemanusiaan maka mengikut pendapat Ayub, kemanusiaan Kristus juga
bergelimang dosa.” Umar Lahmi membuka halaman lain pula.
“Dan lihat apa yang tertulis pada kitab Roma 6:23 bahwa ‘upah dosa ialah
maut’ yakni kematian ialah bukti bahwa yang mati itu penuh dengan dosa.
Oleh sebab itu timbul lagi pertanyaan: apakah sebab Tuhan tidak menyalibkan
orang lain yang berdosa supaya ketuhanannya dapat diselamatkan?
Selanjutnya, menurut tuan seseorang yang berdosa tidak boleh menebus dosa
orang lain, jadi jelaslah Kristus tidak sesuai untuk penebusan dosa.”
Peter kelihatan rusuh dan peluh-peluh renik memancut keluar dari dahi dan
pipinya.
“Saya telah katakan bahwa semua ini adalah perkara-perkara ghaib ketuhanan.
Tuhan berbuat apa yang disukaiNya. Bagaimana tuan atau saya boleh
mengkritikNya?”
Umar Lahmi dengan suara lantang yang dapat didengar oleh semua yang hadir
berkata, “Jikalau agama tuan hanya berdasarkan kepada keghaiban ketuhanan
saja, kenapa tuan jemput kami kemari, menghabiskan masa tuan dan juga
masa kami dengan sia-sia saja?”

Ucapan Umar Lahmi yang lantang itu telah menimbulkan keributan di tempat
penonton. Isabella yang memang menaruh minat kepada soal-soal teologi,
mendengar dengan penuh perhatian tiap-tiap patah perkataan yang keluar dari
mulut Umar Lahmi. Terguris di dalam hatinya rasa hairan pada Peter Suci yang
amat dihormatinya itu, kenapa apabila dia tidak dapat menjawab sesuatu
masalah yang ditimbulkan oleh lawannya, dia lalu lari berselindung di balik
tabir misteri ketuhanan. Keributan di tempat penonton semakin menjadi-jadi.
Mereka tidak sabar menunggu jawaban dari paderinya tentang kata-kata Umar
Lahmi yang agak pedas itu.

Tiba-tiba Michael bangun sambil memberi isyarat dengan tangannya supaya


penonton berdiam diri.
Dia berkata, “Saudara-saudara. Hari ini ialah hari konfrontasi antara agama
Kristian dengan agama Islam. Saudara-saudara tentu telah tahu apa itu agama
Islam? Agama itu mewajibkan kahwin empat isteri. Membunuh orang-orang
bukan Islam tanpa memandang bulu dan Rasulnya kahwin dengan sebelas
perempuan dan …”
Umar Lahmi melompat bangun dan menentang Michael dengan kata-kata,
“Kalau tuan-tuan tidak dapat menjawab hujah saya katakan dengan berterus-
terang dan kemudian apa saja kritikan tuan-tuan terhadap Islam boleh
kemukakan, saya akan menjawab satu persatu.”
Dia kemudian membalikkan badan memandang kepada hadirin.

“Di mana letaknya moral tuan-tuan ini. Kami dipanggil kemari ke tempat tuan-
tuan, pertanyaan kami tidak dijawab sebaliknya mengeluarkan kata-kata yang
menghina.” Dia berpaling kepada Isabella, “Sekarang katakan apakah sikap
para paderi saudari ini wajar?”

Isabella dengan segera bangun dan dengan perkataan yang terpatah-patah


berkata, “Saya telah mengikuti perbincangan ini dari awal sampai ke akhir.
Saya merasa dukacita bahwa Bapa Suci Peter mahupun Bapa Michael tida
pernah dapat memberi jawaban kepada hujah-hujah yang dikemukakan.
Permintaan saudara Umar Lahmi adalah adil” Sama ada pertanyaan-
pertanyaan itu diberi jawaban yang meyakinkan ataupun mengaku kalah saja.
Tetapi saya berpendapat tuan-tuan tidak dapat melakukannya. Jadi lebih baik
perbahasan ini diselesaikan sekrang dengan ketentuan bahwa agama Kristian
tidak boleh dipersenda-sendakan dan betapapun juga pengetahuan atau ilmu
tuan-tuan tidak dapat menghuraikannya. Saya merasa agak aneh bahwa …”

Isabella tidak sempat meneruskan kata-katanya kerana ditegur oleh Peter,


“Kau ini sudah gila, bercakap merepek serupa itu.”
Peter kemudian berucap kepada para hadirin.
“Sudah pasti anak gadis ini diresapi oleh syaitan dan dia sudah tersisih dari
Kristus. Tidak hairan kalau dia sudah hilang ingatannya.”

Mendengar kata-kata Peter, timbul kemarahan di dalam hati Isabella. Dia


tanpa segan silu lagi menjawab agak keras.
“Daripada bapa meluahkan perasaan bapa kepada saya yang hina ini bukankah
lebih baik bapa menjawab pertanyaan orang-orang Muslim itu ataupun
membatalkan saja perbahasan ini. Saya tidak berhajat menjawab tuduhan yang
ditimpakan kepada saya di sini tetapi kalau ini rupa hadiah di atas keikhlasan
saya maka saya lebih rela dituduh sebagai orang gila.”

Michael yang merasa tersinggung dengan kata-kata Isabella segera


menyampuk dengan suara yang keras.
“Tak bolehkah kau diam? Bercakap, bercakap dan bercakap tak berhenti. Kami
telah menjawab semua hujah-hujah orang Muslim. Kalau kau berani cubalah
maju ke depan dan jawab.”
Paderi gemuk pula bersuara, “Nampaknya anak perempuan ini secara diam-
diam sudah murtad. Bagaimana dia mahu menjawab hujah-hujah orang-orang
Muslim? Kelancangannya patut diberitahukan kepada bapanya yang dihormati
dan dia patut dihukum dengan hukuman yang setimpal.”
Catherine, sahabat Isabella, segera menjawab, “Malang sekali tuan-tuan
semua sedikit pun tidak berlaku adil dan di atas pundak Isabella yang tidak
berdosa ini tuan-tuan timpakan kesalahan. Ada yang mengatakannya gila dan
yang lain pula membuat ancaman tetapi tidak seorang pun yang menumpukan
perhatiannya kepada pokok persoalan. Isabella benar, apabila dia mengatakan
tuan-tuan tidak dapat menjawab pertanyaan Umar Lahmi tetapi itu bukan
bererti agama Kristian tidak benar.”
Lalu dengan suara yang agak keras, dia melepaskan paku buah kerasnya.
“Tuan-tuan semua tidak berguna dan cuba menodai agama Kristian dengan
kebahlulan tuan-tuan.”

Peter dengan tubuh tuanya melonjak bangun dan dengan suara yang marah
berkata, “Usir perempuan-perempuan ini dari sini. Siapa yang membenarkan
perempuan-perempuan bedebah ini ikut campur dalam perbincangan kita?”
Umar Lahmi bangun cuba menyabari.
“Kalau tuan benarkan saya bercakap, saya akan menjelaskan apa yang
dimaksudkan oleh Nona Isabella.”
Michael memandang tajam kepada Umar Lahmi.
“Jangan tuan ikut campur percakapan kami. Ini soal rumahtangga kami
sendiri.”
Paderi yang berbadan kurus bermuka cengkung mencelah, “Bagaimana kalau
Isabella dan Catherine ini sudah murtad?”
Michael berpaling kepadanya dengan mata yang ragu-ragu.
“Kita tidak dapat menentukan sekarang ini. Budak-budak perempuan ini tolol.
Mereka mahu mempercepatkan perjalanan perbincangan meskipun
masalahnya memakan masa berbulan atau bertahun hendak diselesaikan.”

Perjalanan perbincangan telah terhenti buat seketika lamanya. Para paderi


sedang sibuk berurusan mengenai masalah Isabella dan sahabatnya. Berbagai-
bagai pendapat  dan komen diluahkan kepada anak-anak perempuan yang
malang itu. Mereka merancang tuduhan dan menghubungkannya dengan
berbagai-bagai tohmah. Melihat keadaan yang ribut itu, Umar Lahmi dengan
suayanya yang nyaring merdu membaca beberapa ayat AlQuran Surat
Maryam. Seluruh hadirin diam terpaku dan suasana yang tadinya kacau itu
menjadi senyap sunyi. Ada yang diam kerana terperanjat mendengar bacaan
yang ganjil daripada biasa di perdengarkan di dalam gereja. Para paderi yang
kebingungan menutup telinga mereka, khuatir ayat-ayat AlQuran itu
menembus masuk ke dalam hati dan perasaan mereka. Ada sebahagian
daripada orang-orang Kristian di dalam gereja termasuk Isabella yang faham
sedikit bahasa Arab terharu mendengar pujian-pujian terhadap Nabi Isa dan
ibunya yang suci dan bantahan-bantahan terhadap tohmah orang-orang
Yahudi yang dilemparkan kepada mereka. Muka Isabella menjadi berseri-seri
tetapi dia menguasai dirinya dengan sabar dan duduk tidak bergerak. Setelah
selesai Umar Lahmi membaca ayat-ayat itu, barulah Isabella membuka
mulutnya, menyusun kata-kata dengan teratur dan tenang.
“Tuan-tuan. Saya memohon kepada tuan-tuan semua untuk menjadi saksi
bahwa saya adalah orang Kristian yang sempurna. Oleh sebab itu, saya tidak
mahu agama Kristian diperhinakan. Saya tidak maksudkan bahwa kita tidak ada
jawaban bagi semua pertanyaan mereka tetapi masalahnya ialah paderi-paderi
kita tidak memusatkan perhatian kepada persoalan-persoalan itu. Mereka
berpendapat bantuan daripada Roh Kudus diperlukan untuk memahami
kepercayaan Kristian dan hal ini dianggap sebagai satu kelemahan kita oleh
orang-orang Muslim. Saya harap sesudah ini tidak ada lagi salah faham
terhadap saya. Permintaan saya sekarang ialah kita teruskan perbincangan ini.”
Paderi yang berbadan kurus membuat komen seolah-olah kepada dirinya
sendiri.
“Kita sama sekali tidak perlu berbincang dengan orang-orang kafir itu.
Perbincangan yang lepas telah pun menggugat kepercayaan kita.”
Teman yang disebelahnya menyampuk, “Apa maksudmu?”
“Saya maksudkan orang-orang kafir ini sepatutnya kita usir dengan segera
keluar dari gereja ini.” jawabnya sambil membuat muka.
Temannya itu berkata, “Jangan berkata mengikut emosi. Masalah ini harus
diputuskan sesudah ditimbang dengan saksama. Saya juga berpendapat
perbincangan ini harus dihentikan saja. Nampaknya, tidak ada manfaat apa-
apa.”

Umar Lahmi mendengar apa yang sedang dibincangkan oleh paderi-paderi


yang ada di sekitarnya.
“Tuan-tuan, saya tahu tuan-tuan amat bangga dengan ajaran Nabi Isa sehingga
kalau ada orang menampar pipi tuan-tuan, pipi yang sebelah lagi tuan-tuan
berikan. Tetapi apa yang kami saksikan di sini sekarang? Apakah kami masuk
kemari secara paksa? Apakah bukan tuan-tuan yang mengundang kami?
Sekarang pun kalau tuan-tuan berterus-terang bahwa tuan-tuan tidak mahu
berbincang lagi, kami akan meninggalkan tempat ini dengan segera. Tapi saya
ingin ingatkan kepada tuan-tuan bahwa kami sudah sampaikan seruan kami
dan Allah tidak akan membiarkan usaha kami itu berlalu begitu saja. Jadi,
katakanlah apakah kami harus tinggalkan tempat ini ataupun tuan-tuan masih
mahu berbincang?”

“Tuan yang dihormati. Masalahnya sekarang ialah tuan tidak dapat memahami
realiti kepercayaan agama Kristian dan kedatangan tuan-tuan kemari pun
bukan itu tujuannya.” jawab Peter. “Andaikata tuan mahu menyambung
perbincangan ini, tuan mesti menjawab pertanyaan saya dulu.”
“Baiklah!” ujar Umar Lahmi. “Saya beri kebebasan kepada tuan untuk
mengemukakan pertanyaan apa saja dan saya dengan rendah hati akan
menjawabnya.”
“Apakah Quran ada memuji Kitab Injil? Apakah tuan percaya dengan Kitab
Injil?” tanya Peter.
“Sudah tentu AlQuran memuji Kitab Injil dan kami orang Muslim percaya Kitab
Injil, Taurat dan Mazmur dan semua kitab yang disampaikan oleh nabi-nabi.”
ujar Umar Lahmi.
“Kemudian, kenapa tuan tidak percayakan Kitab Injil kami?” kata Peter lagi.
“Kerana ia bukan Kitab Injil.” jawab Umar Lahmi. “Sekiranya seseorang itu
menyusun sebuah fiksi dan menamainya Injil maka kami tidak terikat untuk
mempercayainya kerana ia bukan Kitab Injil tetapi hanya menjudulkan saja
serupa itu. Tuan boleh letakkan di hadapan kami Kitab Injil yang disebut di
dalam AlQuran.”
“Jadi, Injil yang disebut di dalam Quran itu berlainan dari Kitab Injil kami?
Buktinya?” Peter dengan ghairah memajukan pertanyaan untuk memerangkap
Umar Lahmi.

Umar Lahmi menghadapi pertanyaan itu dengan tenang.


“Benar, walaupun AlQuran menyebut-nyebut tentang Kitab Inji yang tulen,
telah menyebut juga kepalsuan ‘Injil’ ini dan menunjukkan pernyataan-
pernyataan yang salah.”
“Jadi, apakah pernyataan-pernyataan salah Kitab Injil kami ini?” tanya Peter
lagi.
Umar Lahmi tersenyum kecil. Dia lalu mencapai Kitab Injil yang ada di
hadapannya lalu membuka.
“Sebagai contoh. Injil Matius bab 12:46-53 Jesus telah menolak mengakui
ibunya, Maryam dan saudara-saudaranya kerana tidak melakukan kehendak
bapanya di syurga. Penolakan ini samalah sebagai menuduh ibunya itu murtad.
Padahal AlQuran kami menyebutnya ’siddiqa’ yang bererti dia bukan murtad
tetapi seorang yang beriman dan warak. Dalam ayat yang sama dalam Injil
Matius bab 12: 46-50 itu juga jelas menunjukkan keangkuhan Jesus dan
ketidaksopanannya terhadap ibunya. Meskipun di dalam Taurat melarang
keras menghormati dan memuja ibu tetapi AlQuran menyebutnya bahwa itu
salah dan mengatakan Jesus telah berkata bahwa dia patuh kepada ibunya dan
telah dilarang berbuat baik kepada ibunya itu. Ataupun juga seperti yang
disebutkan dalam Injil bahwa Jesus telah dikutuk dan kerana kutukan tersebut
maka dia telah disalibkan.*                        ( * sbg bukti bahwa Kristus telah
dikutuk, lihat Galatia 3 : 12-13 )
Tetapi Kitab Suci AlQuran menyebutnya ‘Roh Kudus’ dan ‘Kalimat Allah’ dan
bahwasanya ‘Al-Masih ibn Maryam seorang yang mempunyai kemegahan dan
kemuliaan di dunia dan di akhirat dan salah seorang yang diperdekatkan
kepada Allah.* “      
( *AlQuran 3:45 )Satu suara sumbang kedengaran dari khayalak ramai.
“Itu salah! Injil mengatakan dia itu ‘Tuhan’.”
“Ya. Sangat menakjubkan. Menurut tuan, Tuhan juga boleh dikutuk. Tuan telah
mengutuk Kristus di samping mengakuinya sebagai Tuhan tanpa
memperdulikan sedikitpun bagaimana Tuhan yang Menjadi Sumber semua
kebaikan dan kesempurnaan itu pantas dikutuki.” kata Umar Lahmi
menjawabnya.
“Yang patut dikutuki ialah syaitan bukan Tuhan. Agama Islam tidak memuja
Kristus sebagai dewa tetapi menganggapnya sebagai manusia biasa dan pada
masa yang sama dia seorang yang bebas dari dosa dan diakui kesuciannya.
Nah, cuba pilih apakah ‘Tuhan’ yang terkutuk itu baik dan suci ataupun seorang
manusia yang bebas dari dosa?”Peter menyampuk, “Pokoknya mengapa tuan
tidak percayakan Injil tetapi tuan telah melemparkan ke dalamnya persoalan
kutukan. Kalau tuan ada mempunyai Injil yang original yang diakui Quran, nah
bawa kemari kepada kami.”
“Tuan tidak berhak memintanya dari kami. Kalau tuan telah mengakui lebih
dulu bahwa Injil tuan itu karangan dan dipalsukan, pada waktu itu baru boleh
tuan datang kepada kami meminta Injil yang sebenarnya. Saya sudah buktikan
bahwa Kitab Suci AlQuran tidak mengesahkan kesahihan Injil yang ada
sekarang ini tetapi telah membuktikan kepalsuannya dan secara terang-
terangan menceritakan kesalahan-kesalahan Injil sekarang. Cuba bayangkan,
bolehkah Injil ini yang memuja Kristus dan kemudian terbunuh di atas salib
menjadi Injil yang diakui AlQuran? Dalam AlQuran dirakamkan kata-kata
Kristus. ‘Inni Abdallah’ – aku hamba Allah dan ‘padahal mereka tidak
membunuhnya dan tidak mensalibnya’ * Apakah AlQuran mengesahkan Injil
tuan atau membuktikan kepalsuannya?”   * AlQuran 4:157

“Bukankah Quran ada menyebut Jesus itu sebagai ‘Roh Kudus’ dan ‘Kalimat
Tuhan’? Bukankah ini satu bukti bahwa dia mengatasi manusia?” Peter
bertanya.
“Benar. Kitab Suci AlQuran ada menyebut Nabi Isa sebagai ‘Kalimat Allah’
tetapi ia juga ada menyebut bahwa Kalimat Allah itu tidak terkira banyaknya
dan jika semua lautan dijadikan dakwat dan semua pokok di dunia dijadikan
pena masih saja tidak akan sanggup menceritakan semua Kalimat Allah kerana
kalimatNya tidak terpermenai banyaknya. Jadi, Kristus juga salah satu dari
Kalimat Allah. Mengenai Kristus menjadi ‘Roh Kudus’ maka hal ini juga tidak
akan melebihkannya daripada manusia lain sebab kalimat yang sama pula
digunakan untuk Adam. Di dalam AlQuran ada disebutkan ‘Maka apabila Aku
telah menyempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya rohKu, maka
tiaraplah kamu kepadanya dalam keadaan bersujud’. * Jadi, dengan kalimat
yang sama maka Kristus juga serupa Adam. Jikalau Kristus menjadi ‘Tuhan’
maka Adam juga demikian dan semua anak-cucunya juga ‘Tuhan’.”       *
AlQuran 15:29Peter segera menyampuk, “Sekiranya Quran ada mengatakan
Adam sebagai Roh Kudus maka itu adalah satu kesalahan kerana tidak ada ‘Roh
Kudus’ yang lain selain daripada Kristus.”
Umar Lahmi tersenyum geli mendengar sangkalan paderi tua itu. Dia lalu
berkata dengan tenang.
“Tuan fikir seluruh AlQuran itu salah tetapi tuanlah yang mendesak supaya
ketuhanan Kristus dibenarkan oleh AlQuran. Jadi, saya telah membuktikannya
bahwa dia bukan Tuhan. Andaikata dia boleh menjadi ‘Tuhan’ kerana ‘Roh
Kudus’, maka Adam alaihissalam juga ‘Tuhan’. Tuan telah mengatakan AlQuran
itu salah dalam soal ini jadi mengapa pula tuan membawa AlQuran ke
mari?”Mendengar jawaban Umar Lahmi itu, Peter menjadi agak gugup. Dia
seolah-olah tenggelam punca sejurus lamanya. Isabella yang diam mendengar
dengan penuh minat tiba-tiba bersuara.
“Tuan percaya akan ketuhanan Nabi Muhammad meskipun dia memprakarsai
pertumpahan darah di dalam dunia ini dan menyuruh membunuh orang-orang
yang ingkar akan agamanya.”
“Barang dijauhkan Allah! Saya berlindung dengan nama Allah dari kepercayaan
jahat serupa itu.” jawab Umar Lahmi. “Kami anggap Nabi Suci kami hanya
sebagai manusia biasa, hanya dia itu Penghulu Segala Rasul dan Mahkota
Segala Kebaikan. Inti daripada keimanan kami ialah La ilaha illallahu,
Muhammad-ur Rasulullah ertinya tidak ada Tuhan yang patut disembah
melainkan Allah dan Muhammad itu rasulNya. Sesiapa menganggap
Muhammad sebagai Tuhan maka dia menjadi kafir dan terkeluar dari islam.
Tentang Nabi memprakarsai pertumpahan darah di dunia , itu sama sekali
tidak benar. Baginda memang ada melakukan peperangan terhadap kaum
musyrikin yang bercita-cita mahu menghapuskan baginda dan agama yang
dibawanya tetapi baginda tidak pernah mengganggu orang-orang yang tidak
memusuhinya. AlQuran memerintahkan kami berperang melawan orang-orang
yang memerangi kami.”

Kemudian Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya dapat memahami mengapa


Isabella memajukan pertanyaan serupa itu. Para paderi Kristian sejak lama
dulu telah menyebarkan fitnah terhadap Islam sambil mempertalikan segala
macam keburukan kepadanya. Para paderi inilah yang mencemarkan nama
baik Islam dengan mengatakan bahwa orang-orang Muslim menganggap
Rasulnya sebagai Tuhan.
“Tuan telah berkata berulang-ulang kali bahwa Injil kami tidak tulen meskipun
Injil telah disusun oleh murid-murid Kristus dengan bantuan Roh Kudus. Quran
memuliakan mereka itu dan menganggapnya sebagai orang-orang beriman.
Injil telah dianggap sah oleh penganut-penganut Kristian sedunia.” kata
Michael cuba mengetengahkan hujah baru.

“Persoalannya,” jawab Umar Lahmi dengan tenang, “ialah apakah benar Injil
itu disusun oleh murid-murid Kristus yang khusus bertugas untuk tujuan itu
ataupun oleh beberapa orang yang menggunakan nama murid-murid Kristus.
Malah orang-orang Kristian sendiri ada yang tidak sependapat bahwa murid-
murid Kristus yang menyusun Injil. Kemudian ada masalah lain pula, samaada
murid-murid Kristus yang menyusun Injil ataupun oleh pesuruh-pesuruh lain,
AlQuran tetap tidak mengakui Injil yang disusun itu. AlQuran hanya mengakui
Injil yang disampaikan kepada Kristus langsung dari Allah, seperti yang
termaktub di dalam ayat 27 surat Al-Hadid yang kira-kira maksudnya, ‘Kami
berikan kepadanya Injil’ dan di dalam surat Maryam ayat 30 pula ada
disebutkan begini “Putera Maryam berkata: “Sesungguhnya aku adalah
seorang hamba Allah. Dia pasti akan memberikan kepadaku Kitab (Injil) dan Dia
pasti akan jadikan aku seorang nabi.” Nah, tuan-tuan mengakui bahwa Injil itu
disusun oleh murid-murid Kristus sedangkan AlQuran dengan tegas
mengatakan bahwa Injil diwahyukan kepada Kristus.”
Sebaik saja selesai Umar Lahmi berkata keadaan dalam gereja terganggu
sebentar apabila bapa Isabella yang menjadi ketua paderi tiba-tiba muncul. Dia
terus menempelak paderi-paderi itu.
“Gelanggang gusti apakah yang telah kamu lakukan di sini? Kamu telah
bercakap dengan orang-orang yang tidak beriman di dalam gereja yang suci ini
dan perbuatan kamu itu telah mengganggu kepercayaan orang-orang Kristian.
Orang-orang Kristian  telah datang kepadaku mengadu tentang
ketidakupayaan kamu berhujah dengan orang-orang ini. Sudah banyak orang-
orang Kristian yang goncang imannya dan mereka mengatakan malah anakku,
Isabella, juga sudah tidak terkendalikan lagi.”
Dia memandang Isabella dengan mata yang tajam.
“Kau, siapa yang menyuruh kau datang kemari? Apa ada hubunganmu dengan
perbahasan ini? Kau telah mempelajari Quran secara sembunyi-sembunyi, ya?
Aku tahu apa yang kau buat. Kau anak perempuan bodoh. Apa yang kamu
semua lakukan ini ialah memutar-belitkan lidah dengan orang-orang kafir ini
dan perbuatan kamu itu menimbulkan kegusaran kepada Tuhan Yesus. Jikalau
aku dapati kamu semua mengulangi perbuatan ini lagi, aku akan pecat kamu
semua.”

Tempelakan ketua paderi itu membuat paderi-paderi yang ada di dalam majlis
tergamam dan terkejut. Kulit muka Isabella yang tadinya merah mendadak
berubah menjadi pucat lesi. Sejurus lamanya tidak ada seorang pun di antara
paderi-paderi yang berani membuka mulut memberi penerangan kepada ketua
paderi. Tetapi ada seorang paderi muda, kurus tinggi dengan jambang yang
jarang, yang duduk agak jauh di tepi sebelah kiri, memberanikan diri bangun
bercakap.
“Bapa yang suci. Apa yang telah bapa katakan itu benar sekali. Benar, tidak ada
manfaat apa-apa kecuali kerugian kita berbincang dengan orang-orang yang
tidak beriman ini. Tetapi wahai bapa yang suci! Apakah bapa ingin kita
diperhina dan dipermalukan di seluruh Sepanyol ini? Apakah bapa mahu
agama Kristian hapus dari bumi Sepanyol? Demi Tuhan Jesus, kalau kita tidak
dapat mengganyang mereka ini, kita tidak akan dapat mengangkat kepala lagi
di negeri ini.
Saya juga dapat mengatakan bahwa tidak ada seorang pun di antara kita yang
boleh menjawab bantahan-bantahan orang-orang Muslim ini. Andaikata bapa
sudi menerima permohonan kami, saya dengan rendah hati mengatakan
bahwa soalan-soalan yang dikemukakan oleh orang-orang Muslim ini tidak
dapat kami jawab tanpa bantuan bapa yang dihormati. Di seluruh Sepanyol
tidak ada abdi agama Kristian yang dapat menandingi yang mulia, yang boleh
menyelesaikan tugas berat ini dan dengan jawaban yang pendek dan tepat dari
yang mulia, maka mulut orang-orang yang tidak beriman ini dapat kita tutup
untuk selama-lamanya. Andaikata yang mulia tidak tampil ke muka untuk
menyelamatkan agama Kristian sekrangan ini maka bapa yang sangat mulia,
akibatnya bagi kita dan agama Kristian adalah sangat membahayakan dan
dakwahan kita dipermalu dan dihinakan. Bolehkah saya meletakkan harapan
bahwa yang mulia bersedia untuk menjawab masalah yang ditimbulkan oleh
orang-orang Muslim ini?”

Bapa Isabella, ketua paderi, terdiam sebentar demi mendengar kata-kata


paderi muda itu. Air mukanya kembali tenang, rasa marahnya pun menjadi
berkurangan.
Setelah difikirkan sejenak, dia lalu memandang Michael.
“Kamu sendiri yang membuat perkara ini begitu penting dengan mengundang
orang-orang Muslim kemari. Amat malang, kamu tidak dapat menjawab
pertanyaan-pertanyaan mereka walaupun pertanyaan-pertanyaan yang
remeh-temeh serupa itu dan kamu menjadi bodoh sesudah mempelajari
masalah-masalah teologi. Bolehkah orang-orang Muslim ini dibawa ke jalan
yang benar sesudah mendapat jawaban yang memuaskan?”
Michael segera menjawab, “Ya, mereka telah berjanji kalau mereka mendapat
jawaban yang memuaskan, mereka akan keluar dari agama Islam dan masuk
agama Kristian. Mereka telah membuat janji dengan bertulis.”
Mendengar jawaban Micahel, ketua paderi lalu mengambil tempat duduk yang
disediakan khas untuknya, diapit oleh Peter dan Michael. Dia terus
memandang ke wajah Umar Lahmi dan berkata, “Nah, kemukakan
pertanyaanmu!”
“Jika tuan dapat mendengar dengan tenang maka saya akan kemuakan
pertanyaan saya.” kata Umar Lahmi.
“Sikap tuan terhadap orang-orang yang malang dan sikap tuan terhadap etika
Kristian menunjukkan kemauan tuan bahwa saya seharusnya menolak
bercakap dengan tuan. Tetapi kerana saya seorang yang mencari kebenaran,
maka saya mahu mencari cahaya petunjuk melalui tuan dan saya ingin
bercakap dengan tuan dengan syarat tuan mendengarnya dengan tenang apa
yang akan saya ucapkan.”

“Tuan jangan ambil hati di atas kata-kata saya yang kasar tadi.” ujar ketua
paderi. “Dan sekiranya perbincangan ini menyinggung perasaan tuan, saya
minta maaf bagi pihak semua yang hadir. Saya percaya tuan seorang yang
mencintai kebenaran dan sudah tentu Tuhan Kristus kami akan menolong dan
menunjuk jalan kepada tuan. Olehsebab itu, saya persilakan tuan datang ke
rumah saya esok supaya semua keraguan dan salah pengertian tuan akan
diselesaikan secara bijaksana.”
Ketua paderi itu kemudian berpaling kepada para paderi yang duduk di kiri dan
kanannya.
“Tuan-tuan juga dijemput datang supaya tahu jawaban dari pertanyaan-
pertanyaan orang-orang Muslim ini dan pada masa hadapan tuan-tuan boleh
berurusan langsung dengan mereka.”
Kemudian, paderi besar melihat wajah Umar Lahmi sekali lagi seraya berkata,
“Saya persilakan tuan datang ke rumah saya pagi esok. Pintu rumah saya
sentiasa terbuka untuk tuan.” 
BAB 6 Pertemuan Ketiga

Isabella menjadi salah seorang peserta yang cukup besar minatnya di


dalam perbincangan teologi itu. Selama perbincangan itu berlangsung,
fikirannya menjadi penuh dengan perkara-perkara yang dibincangkan. Dia
sudah tidak menghiraukan lagi segala aktiviti yang lain. Semua janji
dibatalkannya, masalah-masalah sosial yang mengusutkan ditolak ke tepi.
Setiap kali para paderi itu tidak dapat menjawab pertanyaan Umar Lahmi,
Isabella membuat kesimpulan sendiri bahwa mereka memang tidak
mempunyai jawaban dan kepercayaannya terhadap agama Kristian pun mulai
goyah sedikit demi sedikit. Dalam ingatannya, terbayang dengan jelas peristiwa
yang berlaku di rumahnya ketika bapanya berhadapan dengan Umar Lahmi.
Umar Lahmi bersama dengan beberapa orang sahabatnya telah datang ke
rumah ketua paderi sesuai dengan perjanjian mereka waktu pertemuan di
gereja besar. Paderi-paderi yang lain dan beberapa orang kenamaan dalam
kalangan penganut Kristian juga ikut diundang. Ketibaan Umar Lahmi dan
sahabat-sahabatnya pada pagi itu telah disambut dengan penuh hormat.
Mereka ditempatkan di sebuah bilik yang berasingan dan dijamu dengan
minuman serta kuih-muih yang lazat citarasanya.

Sebuah ruang telah disiapkan untuk perbincangan yang penting itu. Umar
Lahmi dengan beberapa orang pengiringnya duduk berhadapan dengan empat
puluh orang cendekiawan Kristian yang hebat-hebat. Isabella dengan teman-
temannya serta beberapa orang wanita lain duduk di bilik sebelah.
Setelah semua duduk dengan selesa, ketua paderi berkata kepada Umar
Lahmi, “Saya sudah tahu akan pertanyaan yang tuan mahu kemukakan teapi
saya tidak mahu berbicara secara terperinci dan memanjangkan perbincangan
ini. Saya cuma akan bercakap sepatah dua saja yang boleh mencapai tujuannya
dalam beberapa minit. Apa yang saya maksudkan ialah Islam dan Kristian akan
diuji tentang ajaran-ajaran dasarnya dan agama yang dapat memperlihatkan
ajaran-ajaran yang terbaik, itulah agama yang benar. Bukankah begitu?”
“Saya tidak ada bantahan apa-apa dan saya bersedia untuk membincangkan
tiap-tiap garis yang tuan pilih,” kata Umar Lahmi, “memang benar hanya
melalui ajaran sajalah Kristian dan Islam itu dapat diketahui benar atau
palsunya.”
“Bagus, bagus!” ujar ketua paderi dengan suara gembira. “Sudah tentu
pertolongan Roh Kudus berada di pihak tuan dan tuan segera akan dipimpin
keluar dari lorong yang salah masuk ke lorong yang benar. Nah, sekarang tuan
telah bersetuju dengan garis yang saya cadangkan, saya ingin menyatakan
bahwa dalam tiap-tiap agama ada dasar-dasar prinsip dan perkara-perkara
yang terperinci. Saya mahu meletakkan di hadapan tuan inti dasar agama
Kristian yang tidak lebih dari sepatah perkataan dan sebagai balasannya tuan
juga mesti memberikan inti dasar agama tuan dengan sepatah perkataan juga.
Tuan bersetuju?”
“Silakan! Saya bersetuju saja dengan cadangan tuan.” jawab Umar Lahmi.

Ketua paderi itu berpaling kepada paderi-paderi lain dan berkata, “Cuba lihat!
Beginilah caranya berbincang cuma dengan sepatah perkataan saja isu dapat
diputuskan.” Kemudian dia menoleh semula kepada Umar Lahmi, “Nah,
sekarang dengar baik-baik. Inti dasar agama Kristian ialah kasih. Dengan
sepatah perkataan ini saja agama Kristian telah disingkatkan. Sekarang giliran
tuan pula memberikan inti dasar agama Islam dengan sepatah perkataan juga.”
“Saya merasa bangga untuk menyatakan bahwa Islam telah meringkaskan inti
dasar ajarannya dengan satu perkataan saja yang meliputi semua dasar prinsip
dan perkara-perkara yang terperinci. Akar prinsip Islam dan ajarannya ialah
Tauhid.” kata Umar Lahmi.
“Kalau inti dasar Islam itu tauhid maka kasih tidak termasuk ke dalamnya.
Selain daripada itu, kami juga mengatakan tauhid* sebagai inti agama kami.”
ujar ketua paderi itu.             [* dalam terjemahan ‘Tauhid’ disebut ‘unity’. Erti
tauhid ialah kesaksian akan keesaan Allah].

“Kalau tauhid menjadi inti dasar agama tuan, tuan harus mengetengahkannya.
Kenapa pula tuan katakan kasih sebagai dasar agama tuan? Dan amat salah
mengatakan dengan menerima tauhid sebagai inti dasar agama kasih terkeluar
daripadanya. Sebaliknya menurut kenyataan bahwa kasih itu datang dari
tauhid. Kalau tauhid tidak diambil dengan segala aspeknya maka kasih menjadi
perkataan yang tidak bermakna.
Untuk menerima kasih sebagai inti dasar agama bererti penolakan total
terhadap tauhid atau menidakkannya sebagai inti dasar agama.” jawab Umar
Lahmi.

Ketua paderi itu menyambut jawaban Umar Lahmi itu dengan mengatakan,
“Pokoknya ialah tauhid itu datang dari kasih dan bukan kasih dari tauhid.”
“Itu suatu logika yang salah. Kalau tauhid datang dari kasih maka kasih menjadi
perkataan yang tidak bermakna. Kerana tanpa tauhid, yakni kesaksian akan
keesaan. Allah akan menidakkan kasih akan Allah yang sebenarnya kerana
kasihkan Allah bergantung kepada ilmu tentang ketuhanan, dan ketauhidan
merupakan pengakuan yang hakiki akan Allah. Dengan hanya kasih saja belum
lagi menjadi bukti kasihkan Allah.”
Umar Lahmi menghujah kata-kata paderi tua itu.

“Tuan telah memulakan perbincangan panjang. Apa yang saya maksudkan


ialah kasih tidak ada tempat dalam Islam.” ujar ketua paderi itu.
“Kalau kasih tidak ada tempat di dalam Islam,” sahut Umar Lahmi dengan
cepat, “maka bererti bahwa kasih tidak wujud  sama sekali di dalam dunia ini.
Walau bagaimanapun benarnya kata-kata tuan itu tetapi tidak ada sedikit juga
kesan-kesan kasih dalam agama Kristian. Kasih cuma permainan bibir. Tidak
ada ukuran dan tidak ada bukti.”

Ketua paderi itu mula meradang. Air mukanya berubah.


“Begini! Sudah menjadi cogankata yang terkenal di dalam kitab kami bahwa
Tuhan ialah kasih. Bukankah ini bukti tentang kasih itu?”
“Cuma pengakuan mulut saja,” kata Umar Lahmi, “kecuali ada ukuran kasih itu.
Teori kasih yang dikatakan itu tidak dapat diterima.”
“Kini tuan membuat definisi tentang kasih pula. Bukankah dalam kitab kami
ada disebutkan Tuhan bapa? Bukankah bapa itu mengasihi anak-anaknya?”
Umar Lahmi juga sudah mula gusar. Lalu dijawabnya, “Pokoknya, hanya
dengan berulang-ulang menyebut perkataan kasih saja kita tidak akan sampai
ke mana-mana kecuali semua syaratnya dipenuhi. Jikalau seseorang itu
mengasihi seseorang lain maka dia harus membuktikan dengan pengorbanan
diri dan hartabendanya dan barulah dapat dikatakan kasih yang sejati. Oleh
sebab itulah Islam telah menentukan ketaatan dan amalan sebagai kriteria
kasih yang dengan lain perkataan disebut pengorbanan diri dan hartabenda.
Dalam AlQuran Allah berfirman kepada Nabi Muhammad “Katakanlah jika
kamu mencintai Allah, maka ikutilah akan daku agar kamu dikasihi oleh Allah
dan diampuni dosa-dosamu; dan Allah Maha Pengampun lagi sentiasa
mencurahkan rahmatNya. Katakanlah! Taatlah akan Allah dan RasulNya. Jika
mereka tetap berpaling maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang kafir*.   Ayat ini telah memberikan ketentuan tentang ukuran kasih yang
membezakan antara kasih sejati dengan kasih palsu. Tetapi di dalam agama
tuan tidak ada kriteria kasih ini. Sesiapa saja yang munafik boleh bangun
berdiri dan berkata dia kasihkan Allah.”
[* AlQuran, surat Al-Imran : 32-32].

“Tuan mulai lagi perbahasan yang panjang. Saya mahu segala sesuatu itu
meliputi banyak hal supaya keputusan dapat dicapai segera. Bagaimanapun,
jikalau Quran tuan juga ada menyebut Tuhan bapa maka mana satu tingkat
kasih yang paling tinggi?” ketua paderi bertanya.
“Kalau AlQuran menggunakan perkataan bapa untuk Tuhan maka itulah bukti
yang paling besar akan ketidaksempurnaannya. Islam tidak pernah
menggunakan perkataan yang mengelirukan ini untuk Tuhan tetapi sebaliknya
ia ada menggunakan perkataan-perkataan yang lebih agung ertinya
dibandingkan dengan perkataan bapa.” jawab Umar Lahmi.
“Mulut tuan terlalu lancang mengatakan perkataan bapa itu mengelirukan.”
Nada suara ketua paderi agak meninggi kerana dipengaruhi oleh perasaan
marah.
“Cuba beritahu saya cepat apa perkataan yang digunakan oleh orang Islam
sebagai ganti yang lebih baik daripada perkataan bapa?”

Melihat kemarahan ketua paderi itu, Umar Lahmi dengan tenang berkata,
“Tidak ada sebab untuk naik darah. Saya mengatakan perkataan bapa itu
mengelirukan kerana ia menjadi dasar tugas sekutu Allah. Tuan juga percaya
kepada ketuhanan Kristus. Tentang perkataan yang lebih baik sebagai ganti
perkataan bapa kami orang Muslim menggunakan perkataan Rab yang secara
tidak langsung menyatakan ia zat yang memelihara kita dari awal sampai akhir
dan pemeliharaanNya tidak pernah terhenti. Jadi dengan menggunakan
perkataan Rab, Islam telah mengajarkan bahwa pemeliharaan kasih Allah terus
menerus ada. Tetapi konsep bapa membawa makna bahwa bapa itu akan
mengasuh anaknya sampai kepada satu waktu yang tertentu saja setelah itu
dia tidak ambil peduli lagi.
Selain daripada itu seorang bapa hanya dapat memelihara anak-anaknya
dalam perkara-perkara opsional saja tidak dalam perkara-perkara di luar dari
keupayaannya. Sebagai contoh kalau anak itu jatuh sakit, bapa tidak dapat
menyembuhkan penyakit itu sementara orang di dalam pemeliharaan Allah
adalah sebaliknya kerana Dia mempunyai kuasa atas segala sesuatu dan Maha
Berkuasa. PemeliharaanNya kekal abadi. Ini membuktikan bahwa perkataan
pemeliharaan adalah lebih sesuai dengan martabat Allah daripada perkataan
bapa. Lagi pula perkataan pemeliharaan menunjukkan ‘Keesaan Allah’
sementara perkataan bapa pula menjadi punca menugaskan seorang sebagai
sekutu kepada Allah di dalam dunia.”

Ketua paderi itu kelihatan gelisah mendengar hujah Umar Lahmi tetapi dia
cuba juga untuk menjawabnya dengan berkata, “Pengaruh pemeliharaan yang
tuan katakan itu tidak dapat dibuktikan di dunia ini. Tuan tidak boleh menutup
mata terhadap kasih bapa. Jadi, bagaimana orang dapat menerima perkataan
yang tidak ada erti dan tidak ada bukti di dunia ini. Tuan tidak boleh menolak
pengaruh kasih bapa.”
“Malang sekali kepercayaan tuan kepada penebusan dosa telah menutupi
pemandangan tuan, kalau tidak tentulah tuan tidak akan berkata serupa itu.”
kata Umar Lahmi.
“Tiap-tiap hari kita melihat anak kecil dipelihara dalam rahim ibunya. Kanak-
kanak, orang remaja, orang dewasa terus menerus dipelihara. Pemerliharaan
itu berterusan dari awal sampai akhir. Bukankah itu pekerjaan Rab yang kita
saksikan setiap hari?”

“Kitab Suci Injil mengatakan bahwa Tuhan mempunyai kasih yang sedemikian
rupa terhadap manusia di dunia ini sehingga Dia mengorbankan putera satu-
satunya untuk menyelamatkan manusia. Apakah lagi bukti yang lebih baik
tentang kasih bapa yang telah mengorbankan anak yang dikasihinya kerana
kasih?” kata ketua paderi.
“Keterangan dari Injil itu sendiri telah membantah dakwaan tuan. Tuan
maksudkan bahwa bapa itulah yang mengorbankan anaknya yang suci bersih
demi manusia yang kotor dan penuh dosa,” kata Umar Lahmi, “itulah
pernyataan kasih bapa yang ditunjukkan dengan membunuh anaknya yang
tidak bersalah? Tetapi Rab tetap berlaku adil kepada sesiapa saja. Sebaliknya
Dia menghukum orang yang zalim. AlQuran dalam surat Al-An’am ayat 164
mengatakan ‘Dan tiada seseorang yang berdosa memikul dosa orang lain’.
Tetapi bapa tuan membunuh anak sendiri. Jikalau menyalib dan membunuh
anak sendiri yang tidak berslaah dan tidak berdosa dikatakan kasih, maka kita
tidak akan menyebutnya lagi sebagai kasih.”

Ketua paderi berpaling kepada paderi-paderi lain sambil berkata, “Saya fikir
orang ini cenderung kepada Jesus Kristus tetapi rupanya dia seorang
pemungkar yang gigih. Semua yang telah saya katakan ialah perkara-perkara
tinggi tetapi bagaimana orang-orang ini dapat memahaminya?”
Kemudian dia memandang Umar Lahmi, “Hati tuan sudah tertutup. Kristus
tidak bersedia menerima tuan. Sekarang baiklah tuan pergi jauh dari sini. saya
tidak mahu lagi berurusan dengan tuan. Tuan kemari hanya menggusarkan
saya saja.”
Kemudian dia berkata kepada paderi-paderi yang lain. “Kalian juga jangan lagi
berurusan dengan orang-orang ini. Kalian sudah melihat betapa mereka sangat
keras kepala. Tidak dapat menyetujui apa pun juga.”
“Tapi tuan …” Umar Lahmi mahu membantah.
“Tutup mulut tuan.” Ketua paderi membentak. “Saya sudah tahu akan tujuan
tuan datang ke mari dan tentang apa yang tuan mahu berbincang dengan
kami.”
Sambil mengucapkan kata-kata itu, ketua paderi memperlihatkan tatakrama
Kristian. Dia terus bangun dan meninggalkan tamu-tamunya lalu naik ke bilik di
tingkat atas. Melihat keangkuhan ketua paderi itu, Umar Lahmi dan sahabat-
sahabatnya lalu bangun dan dengan suara kuat berkata, “Nasrum-min-a-Allahi
wa fat-hunqarib*”
[* pertolongan dari Allah dan kemenangan yang sudah dekat – surat Ash-Shaf :
13]

Mereka semua lalu keluar meninggalkan rumah ketua paderi sambil terus
mengucapkan kata-kata itu berulang-ulang disaksikan oleh paderi-paderi dan
hadirin yang lain yang masih belum hilang perasaan terkejut kerana sikap
ketua suci mereka yang tiba-tiba saja meninggalkan perbincangan itu. Umar
Lahmi dan sahabat-sahabatnya lalu berpisah, menuju ke rumah masing-
masing.
Pada petang itu, Isabella bertemu semula dengan sahabat-sahabatnya di
taman yang selalu mereka kunjungi. Mereka tidak duduk di tempat biasa,
khuatir bertemu dengan Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya. Mereka berasa
malu dengan sikap bapa Isabella yang sangat-sangat mereka hormati. Dalam
pertemuan itu mereka bercakap tentang perbahasan yang telah berlaku pada
pagi itu. Berbagai-bagai macam komen, pro dan kontra mereka keluarkan.
Isabella lebih banyak mendengar. Perasaan dan fikirannya sarat dengan
berbagai-bagai macam persoalan. Kepercayaannya kepada agama Kristian
mulai mendapat godaan. Daripada hujah-hujah yang dikemukakan oleh Umar
Lahmi, dia dapat melihat walaupun belum begitu yakin bahwa agama Kristian
hampir menyerupai satu kepura-puraan yang tidak mempunyai dasar atau
prinsip.

Waktu perbincangan awal dulu, Isabella berpendapat Peter dan Michael serta
paderi-paderi yang lain itu tidak begitu dalam ilmunya sehingga mereka tidak
dapat mematahkan hujah-hujah Umar Lahmi. Pada masa itu dia yakin dengan
sepenuh hati akan bapanya, ketua paderi, dapat dengan mudah mengalahkan
orang-orang Muslim itu kerana bapanya terkenal sebagai seorang yang alim
dalam selok-belok agama Kristian. Kalau orang-orang seperti Michael dan Peter
tidak dapat menundukkan Umar Lahmi, bapanya sudah tentu dalam waktu
yang singkat dapat menutup mulutnya. Tetapi setelah mendengar
perbincangan pada pagi itu maka dia sungguh amat kecewa terhadap bapanya.
Kekecewaannya itu menjadi makin pedih apabila bapanya mengusir orang-
orang Muslim itu pulang dan dengan angkuh meninggalkan majlis dan para
tamu. Daripada kejadian itu terfikir olehnya bahwa dasar agama Kristian tidak
lebih daripada semacam sarang labah-labah.

Sahabat-sahabat Isabella merasa gundah dengan sikapnya yang tidak banyak


bercakap dan ketawa seperti biasa. Dia lebih banyak tenggelam dalam
fikirannya sendiri tetapi mereka tidak berani bertanya. Mereka membiarkan
dia terus dalam keadaan begitu dengan sangkaan akan berubah apabila
peristiwa pagi itu dapat dilupakan.
Sedikit demi sedikit, Isabella mulai renggang daripada sahabat-sahabatnya. Dia
kini lebih banyak menyendiri dan menumpukan perhatiannya kepada
mempelajari isi Kitab Inji dan AlQuran. Dia membuat perbandingan untuk
mencari yang mana satu di antara kedua agama itu mempunyai unsur-unsur
kebenaran yang banyak dan yang mana pula berisi dengan khurafat. Dia
mengukur perbandingan itu dengan menumpukan fikirannya kepada masalah-
masalah tauhid, kerasulan, Kitab Suci AlQuran, salam, penebusan dosa,
pengantaraan, erti dosa, tindakan manusia dan akibatnya.

Sudah sebulan masa berlalu dari tarikh pertemuan antara bapa Isabella dengan
Umar Lahmi. Dalam masa itu Isabella secara bersembunyi telah beberapa kali
menemui Umar Lahmi untuk mendapat penerangan yang lebih lanjut tentang
masalah-masalah yang dihadapinya ketika membuat kajian perbandingan
antara Islam dan Kristian. Isabella sudah mulai menundukkan kepalanya
kepada Islam dan dia bukan lagi penganut Kristian yang taat. Tetapi untuk
menukar agama merupakan satu masalah besar baginya. Fikirannya terganggu
apabila datang keinginan untuk meninggalkan agama yang telah dianutinya
sejak dia lahir ke dunia ini. Betapa besar cubaan dan godaan yang harus
dihadapinya jika dia menyeberang ke agama Islam. Bapa, ibu, saudara-saudara
perempuan dan kaum kerabat terpaksa ditinggalkannya dan betapa pula
keadaan hidupnya di hari depan. Pada masa itu terlintas fikiran lain di
kepalanya, cubaan dan godaan harus dihadapi di dalam mencapai jalan
kebenaran dan setelah mengenali kebenaran, tentulah dia akan hina di
hadapan Allah kalau dia tidak berterus-terang mengakuiNya. 

BAB 7   Cendekiawan Islam


Kisah ini berlaku ketika pemerintah Islam di Sepanyol mulai membina
masjid dan sekolah di seluruh negeri. Para cendekiawan dan ahli hukum Islam
yang termuka telah datang ke negeri itu dari berbagai-bagai tempat. Di ibu
negeri, Cordova, sistem pendidikan dan amalan telah pun diperkenalkan
kepada penduduk. Ziad bin Umar merupakan salah seorang ahli falsafah,
pentafsir Hadis dan Al-Quran yang ulung. Kealimannya tidak ada bandingan
dan kerana ketulusan hatinya, kesucian serta kesahihannya maka dia dihormati
dan dimuliakan di seluruh Sepanyol. Pada waktu siang, dia menghabiskan masa
di universiti dengan mengajar dan pada waktu malam dia menghadiri
perhimpunan para cendekiawan dan pegawai-pegawai kerajaan. Tempat
kediamannya terletak tidak berapa jauh dari kampus Universiti Cordova.
Biasanya sesudah selesai solat isyak, orang-orang yang hauskan ilmu agama
akan berkumpul di rumahnya. Pada suatu hari ketika satu pertemuak waktu
petang sedang berlangsung di rumahnya, yang dihadiri oleh para cendekiawan
dan ilmuwan yang terkenal, Ziad bin Umar turun dari tempat ibadatnya. Semua
yang hadir berdiri penuh hormat. Setelah duduk, Ziad pun bertanya akan
keadaan kesihatan masing-masing dan kemudian dia berkata kepada Umar
Lahmi.

“Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayatNya kepada usaha-


usaha anda yang mulia. Anda telah berdakwah seruan kebenaran sampai ke
dalam rumah orang-orang kafir dan menundukkan pula mereka. Anda telah
menyampaikan seruan Allah.”
Umar Lahmi dengan rendah hati menjawab, “Semuanya itu adalah berkat dari
doa dan perhatian anda juga. Kalau tidak saya ini hanyalah seorang Islam yang
lemah tidak berdaya dan berkat doa anda pula maka Isabella telah menerima
agama Islam di dalam hatinya. Oleh sebab itu dia ingin sekali bertemu dengan
anda, maka dia telah ada di sini sekarang.”
“Isabella ada di sini?” tanya Ziad dengan nada gembira.
“Ya. Dia ditempatkan di bilik sebelah dan kalau diizinkan, dia akan dibawa
menghadap.” jawab Umar Lahmi.

“Sudah tentu. Kalau dia datang mahu menemui saya, benarkan dia masuk.”
Asad, salah seorang yang hadir di pertemuan itu mencelah, “Demi Allah, tuan.
Ini sungguh-sungguh suatu peristiwa penting. Sekarang ini terjadi kehebohan
besar di kalangan orang-orang Kristian di Cordova. Tetapi apakah Isabella
seorang saja yang tertarik kepada Islam ataupun ada orang lain lagi bersama-
sama dengannya?”
Umar Lahmi memandang Asad. “Tentang hal itu, anda akan dapat mendengar
sendiri daripadanya.”
Satu suara lain terdengar di antara para hadirin. “Saya dengar orang-orang
Kristian mahu membunuh Isabella.”
“Sebegitu jauh Isabella telah mengambil langkah-langkah melindungi dirinya.
Dia merahsiakan keislamannya sehingga belum ada yang mengetahui bahwa
dia sudah memeluk agama Islam ataupun bermaksud akan melakukannya. Jadi,
berita angin tentang orang mahu membunuhnya itu agak terlalu awal.” jawab
Umar Lahmi.
“Sekarang bawa Isabella ke mari.” kata Ziad setelah mendengar percakapan
Umar Lahmi dengan hadirin itu. “Kita akan mendengar cerita yang menarik dari
mulutnya sendiri.”

Isabella dijemput masuk ke majlis. Waktu melihat Ziad bin Umar duduk di
tempat khas dikelilingi oleh para hadirin, Isabella dengan takzim menundukkan
kepalanya memberi hormat lalu mengambil tempat di suatu sudut. Semua
yang hadir mengucapkan selamat kepadanya dan memuji-muji keberanian dan
ketegasannya membuat keputusan.

“Anakku, Isabella.” ujar Ziad. “Saya bersyukur dan mengucapkan tahniah di


atas pilihanmu kepada jalan kebenaran. Bahwa Allah telah mengeluarkan kamu
daripada kegelapan dan telah menganugerahkan kepadamu nikmat Islam.
Melepaskan kamu daripada cengkaman trinitas yang membingungkan. Allah
telah membawa kamu ke jalan yang benar. Bagi mereka yang sudah kukuh
kepercayaannya kepada Islam tidak akan takut dan gentar dengan segala
macam kesukaran dunia ini biar betapa pun besarnya kerana Allah akan
memimpinnya mengatasi semua kesukaran itu.”
“Bapa yang mulia ….” Isabella mahu berkata.
Tetapi Ziad mengangkat tangannya, menyuruh dia bersabar.
“Anakku,” kata Ziad, “panggilan serupa itu jangan kau gunakan lagi. Di dalam
Islam, tidak ada kepausan seperti yang dilakukan oleh penganut-penganut
agama Kristian terhadap paderi-paderinya. Dalam Islam ada persamaan hak
yang sempurna. Tugas suci orang-orang alim ialah membimbing orang-orang
Islam menurut Al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Menjadi tugas tiap-tiap Muslim
untuk mengikut bimbingan itu dan bukan mendewa-dewakan mereka ataupun
menjadikan mereka itu berkuasa di atas semua urusan kehidupannya.”

Isabella merasa malu. Cahaya kemerahan naik ke pipinya.


“Ajarlah saya bagaimana caranya mahu memanggil tuan dan pemimpin-
pemimpin Islam yang lain.”
“Panggillah saya dan orang-orang Islam lainnya dengan panggilan saudara atau
kalau mahu ditambah, tambahlah dengan perkataan tuan.” kata Ziad.
“Baiklah tuan. Saya akan mematuhi kata-kata tuan.” ujar Isabella.  
Setelah diam sejenak, dia lalu menyambung, “Tuan. Dengan petunjuk dan
pertolongan Tuhan maka Dia telah menunjukkan kepada hamba yang hina ini
jalan kebenaran dan keadilan dan membawa saya keluar dari jalan trinitas dan
penyembahan salib. Yang menjadi pembuka jalan kepada saya ialah dari
bimbingan guru rohaniah yang dermawan, Umar Lahmi, yang telah
mendakwah kepada paderi-paderi Cordova samapi ke dalam rumah mereka
sendiri. Melalui beliaulah, seruan kepada kebenaran ini sampai ke telinga saya.
Saya dengan tulus ikhlas berdoa kepada Tuhan, mudah-mudahan kepadanya
dianugerahkan segala kebajikan di dunia ini dan juga di akhirat. dan dengan
doa tuan pula hidup dan mati saya di dalam Islam.”
“Amin!” semua hadirin serentak mengucapkannya.

“Anakku,” kata Ziad, “Allah menghendaki khidmat yang amat besar


daripadamu. Sudah pasti seluruh orang Islam akan mendapat faedah yang
besar melalui khidmat itu. Tetapi, apakah ada wanita-wanita lain yang telah
ikut kau Islamkan?”
“Ya tuan. Empat sahabat saya yang sudah hilang kepercayaannya kepada
agama Kristian sudah tertarik kepada Islam.” ujar Isabella. “Dengan izin Tuhan,
esok atau lusa saya akan bawa mereka kemari supaya mereka mendapat doa
dari tuan dan pembersihan segala sisa syak wasangka tentang Islam kalau
masih ada di dalam diri mereka.”
“Saudara Isabella,” Umar Lahmi menyampuk, “siapakah gerangan sahabat-
sahabatmu itu? Demi Allah, kami belum lagi kenal dengan mereka dan kau pun
tidak pernah memberitahu kami sebelumnya.”
“Salah seorang daripadanya ialah anak guru teologi saya, Michael dan ada tiga
orang lain lagi. Semua mereka ikut mendengar perbahasan tuan.” ujar Isabella.
“Apakah benar-benar mereka itu sudah Islam dan kesemuanya telah melihat
akan kelemahan agama Kristian? Apakah mereka telah pasti dengan kebenaran
Islam? Ataupun mereka belum begitu berani untuk melepaskan agama nenek
moyangnya dan berterus-terang memeluk Islam?” kata Umar Lahmi dengan
agak ghairah.

Ziad tersenyum mendengar kata-kata Umar lalu dia menjawab dengan kata-
kata yang bijaksana.
“Insya-Allah, Allah akan memberikan kepada mereka keberanian yang anda
inginkan itu. Mari kita semua berdoa untuk mereka.”
“Bawalah juga anak perempuan Michael pada suatu hari nanti supaya kita
dapat menghilangkan keraguannya.” kata Umar Lahmi kemudian.
“Esok atau lusa saya akan membawanya ke mari.” ujar Isabella. “Jikalau
keempat-empat mereka itu tidak dapat datang sekaligus sudah pasti seorang
daripadanya, anak Michael akan saya bawa.”
“Anakku,” kata Ziad kepada Isabella, “dengar baik-baik kataku ini. Kamu
menerima Islam ialah sesudah membersihkan semua keraguan yang ada di
dalam dirimu. Jangan sekali-kali kerana kecurangan atau muslihat. Allah
menghendaki keikhlasan hati dan Al-Quran menyebut bahwa hidup dan mati
seorang Islam, solat dan baktinya, duduk dan berdiri, tidur dan berjalan, tiap-
tiap sesuatunya adalah kerana Allah semata-mata dan kerelaan Allah
hendaklah menjadi tujuan hidupnya.”
“Saya mengaku bahwa Allah menjadi saksi, tuan. Saya menjejaki ambang Islam
ini bukan kerana nafsu dan muslihat juga bukan kerana tujuan inginkan
kekayaan dan kekuasaan. Tuan sendiri tahu tentang kehormatan yang
diberikan kepada bapa saya di Cordova ini dan juga di seluruh Sepanyol.” kata
Isabella.
“Allah akan melimpahkan rahmatNya kepadamu dan memberikan keteguhan
serta nikmatNya yang tidak terhingga.” ujar Ziad.
Umar Lahmi menyampuk, “Hanya agama Islam saja, dengan menerimanya,
Allah akan melimpahkan rahmatNya yang banyak ke atas pemeluknya dan
semua dosa diampunkan.”

Mendengar kata-kata Umar Lahmi menyebabkan Isabella tersenyum. Dia


teringat pada pengampunan dosa yang dilakukan oleh para paderi.
“Semua dosa saya sudah diampunkan setiap minggu oleh paderi Cordova, yang
bertanggungjawab terhadap jabatan penyiasatan.”
Menundukkan kepalanya lalu menyambung, “Saya sekarang sudah bebas dari
dosa dan suci bersih.”
“Apakah maknanya jabatan penyiasatan itu dan apa maksudnya paderi
memberi pengampunan dosa? Bolehkah manusia mengampunkan dosa?”
tanya Ziad.
Mendengar pertanyaan itu, Isabella merasa malu sejurus.
“Tuan, cerita ini amat menarik, boleh jadi agak aneh pada pendengaran tuah
kerana tuan tidak begitu mengetahui perkara-perkara yang terjadi di dalam
agama Kristian.”
Ziad menjadi tertarik dengan kata-kata Isabella.
“Sudilah anakku menceritakan hal ini kepada kami. Perkara-perkara yang
menarik serupa itu tentu amat baik menjadi pengetahuan kami dan apatah
pula tidak ada orang yang lebih tepat untuk menceritakannya selain daripada
anakku.”
“Tuan yang mulia. Penganut agama Kristian mempunyai suatu adat iaitu tiap-
tiap orang duduk di depan ‘altar’ Kristus menghadap ketua paderi pada tiap-
tiap minggu dan mengakui dosanya yang akan diampuni oleh ketua paderi
menurut kepercayaan agama Kristian. Ketua paderi mempunyai kekuasaan
untuk melakukannya kerana dia dianggap sebagai wakil St. Petrus.” kata
Isabella.
“La haula wala quwwata illa billa.” kata Ziad. “Bolehkah manusia
mengampunkan dosa selain daripada Allah. Inilah sebabnya mengapa Al-Quran
menuduh Kristian menjadikan paderi dan anggota tertua gereja mereka
sebagai ‘Rab’ selain Allah. Apakah ada hak paderi-paderi itu mengampunkan
dosa?” suaranya mengandungi kehairanan.
“Ya,” jawab Isabella, “asalkan yang berdosa itu mengakui dosanya yang terang
dan yang tersembunyi di depan paderi. Kalau dia masih menyembunyikan juga
maka dosanya tidak dapat diampunkan.”

Umar Lahmi mencelah, “Jadi untuk mendapat pengampunan dosa segala


macam perbuatan kotor mestilah didedahkan? Bagaimana cara kita mahu
mendapatkan pengampunan itu?”
Isabella menundukkan mukanya. “Tiap-tiap orang hendaklah pergi ke gereja
besar menurut waktu yang telah dijanjikan. Kalau di sini perjanjian itu dibuat
dengan Michael atau Peter dan kemudian …”
“Wanita-wanita juga ikut hadir?” tanya Umar Lahmi lagi.
“Ya, tiap-tiap gadis dan pemuda yang dewasa hadir di situ. Paderi akan
bertanya tentang dosa yang telah mereka lakukan pada minggu berikutnya.
Setelah dosa-dosa itu didedahkan dan pengakuan dibuat, paderi lalu
meletakkan tangannya di atas kepala yang berdosa dan berkata, “Kini kamu
boleh pergi. Dengan restu Jesus Kristus semua dosamu telah diampunkan.”
“Apakah paderi itu bertanya kepada seseorang itu secara bersembunyi
ataupun di depan orangramai secara terbuka?” tanya Umar Lahmi dengan
penuh minat.
Isabella dengan cepat menjawab. “Tidaklah begitu memalukan kalau tiap-tiap
orang disuruh mengaku secara sulit. Tetapi yang berlaku ialah diminta
mengaku di depan semua yang hadir. Sijil pengampunan juga dikeluarkan.”
“Astagfirullah! Walaupun di depan pemuda-pemudi yang belum kahwin?”
tanya Umar Lahmi,
“Ya.” ujar Isabella sambil menundukkan mukanya dengan rasa malu. “Malah
pemuda dan pemudi yang belum kahwin terpaksa mengakui dosanya di depan
umum dan dapat didengar oleh semua orang.”
“Astagfirullah.” Umar Lahmi beristigfar panjang. “Dalam membuat pengakuan
dosa mereka serupa itu banyak perkara yang memalukan akan terdedah.
Andaikata seseorang itu telah mencuri, dia terpaksa mengaku di depan …”
“Bukan saja mencuri,” ujar Isabella “perbuatan yang paling hina dan keji pun
terpaksa diakui di depan umum. Kalau dia tidak mengaku atau
menyembunyikan sesuatu maka pengampunan tidak diberikan dan yang
berdosa itu akan masuk neraka.”
“Tentulah amat buruk kesannya kepada moral pemuda-pemudi yang belum
kahwin?” kata Umar Lahmi.
“Sudah tentu. Tetapi di kalangan penganut Roman Katolik, dosa itu tidak
begitu penting dibandingkan dengan usaha mendapatkan pengampunan dosa
yang terlalu mudah. Orang-orang dengan senang boleh melakukan dosa.” kata
Isabella.
Salah seorang yang hadir mencelah, “Dosa orang biasa juga diampunkan oleh
paderi sendiri?”

Setelah sekian lama berdiam diri kerana mendengar soal jawab Umar Lahmi
dan Isabella, Ziad sambil tersenyum berkata perlahan seolah-olah kepada
dirinya sendiri.
“Barangkali paderi-paderi itu tidak ada melakukan dosa.” Sesudah berkata
serupa itu, dia lalu meminta diri naik ke atas untuk menunaikan solat dan
berwirid.
Isabella menundukkan kepalanya cuba menyembunyikan perasaan malu.
“Tuan tidak dapat membayangkan betapa pemimpin-pemimpin agama kami
melakukan dosa. Lebih-lebih lagi para rahib yang kebanyakan hidup penuh
bergelimang dosa.”
“Apa?” Umar Lahmi terperanjat mendengar kata-kata Isabella.
“Apakah kehidupan pemimpin-pemimpin agama itu lebih buruk daripada
orang-orang biasa? Apa yang saudara katakan ini? Jangan kerana saudara
menjadi Islam, saudara membuat tuduhan palsu terhadap orang lain. Menurut
Al-Quran, hukuman terhadap tuduhan palsu amat berat.”
“Memang benar. Tuan boleh berkata serupa itu kerana tuan tidak tahu
terutama tentang catatan hitam kehidupan para rahib dan kerana tuan tidak
dapat membayangkan perbuatan-perbuatan keji mereka, tuan tidak bersalah
kalau menuduh saya berbohong ataupun tidak percaya dengan keterangan
saya.” kata Isabella.

“Benarkah ini satu kenyataan?” ujar Umar Lahmi lagi dengan suara rendah,
seolah-olah merasa menyesal dengan ucapannya tadi. “Kalau begitu cubalah
ceritakan kepada kami secara terperinci.”
Semua yang hadir ikut mendesak Isabella memberikan sedikit penerangan
tentang cara-cara amalan yang dilakukan oleh penganut-penganut agama
Kristian supaya mereka mendapat sedikit idea untuk membandingkannya
dengan agama Islam.
“Saudara-saudara tentu tahu,” kata Isabella setelah diam sejurus
mempertimbangkan permintaan hadirin itu, “bahwa mengabaikan dunia dan
pengorbanan diri oleh para rahib sangatlah dituntut di dalam agama Kristian.
Oleh sebab itu, kebanyakan daripada paderi terdiri daripada rahib-rahib atau
orang yang telah membuang dunia. Untuk mencapai keselamatan, mereka
mesti menderita kesusahan dan menyeksa dirinya. Dengan cara yang serupa
bila kaum wanita menjadi rahib perempuan yakni mereka mengikuti jejak
Maryam dan hidup tanpa kahwin. Tetapi dalam wakut yang sama rahib lelaki
dan rahib perempuan tidak dapat mempertahankan kesuciannya. Rahib dan
pemimpin-pemimpin agama juga berlaku curang dan rahib perempuan
seringkali hilang kesuciannya. Kerana ada sistem pengakuan dosa, para rahib
itu mendapat satu kesempatan baik untuk memuaskan nafsu bejatnya. Rahib
perempuanlah yang kebanyakannya terlibat di dalam kebejatan moral itu.
Sementara rahib lelaki ada yang tidak memilih bulu sampai-sampai kepada ibu
dan saudara perempuannya jua.” Isabella mengucapkan kata-kata yang
terakhir itu dengan penuh rasa malu dan tanpa disedari peluh menyucur keluar
dari dahinya.
Semua yang hadir serentak mengucapkan “Astagfirullah! Astagfirullah!”

Setelah diam sejurus lamanya, Umar Lahmi lalu berkata “Keadaan yang serupa
ini berlaku kerana agama Kristian memuliakan kehidupan tanpa kahwin dan
sistem pembujangan yang bertentangan dengan tabii manusia dan undang-
undang Tuhan. Suatu hujah yang kuat tentang kepalsuan agama Kristian ialah
ia memaksakan undang-undang serupa ini ke atas manusia yang berlawanan
dengan sifat semulajadi dan sudah pasti manusia tidak dapat mematuhinya.
Kerana itu, Nabi kita menyatakan: ‘Tidak ada pembujangan di dalam Islam’
yakni tidak ada pembujangan atau membuang dunia di dalam Islam. Nabi juga
bersabda “Nikah itu adalah sunnahku maka sesiapa yang tidak suka beramal
dengan sunnahku maka tidaklah dia daripada golonganku”. Kitab Suci Al-
Quran* juga ada menyebut ‘Kemudian mereka mengadakan rabbaniyah* yang
kami tidak memfardhukan ke atas mereka’. Mereka orang-orang Kristian tidak
dapat mengawal pembujangan. Betapa mereka dapat mengawali sesuatu yang
tidak wajar dan bertentangan dengan undang-undang tabii.”

[* AlQuran S57:27 ]                     

[* terlalu menekunkan diri dalam beribadat, menjauhkan diri dari masyarakat


dan tidak mahu beristeri].

“Apakah Islam melarang pembujangan dan membuang dunia?” tanya Isabella.


“Sudah tentu. Apa yang saudara dengar tadi ialah hukum di dalam Al-Quran
dan dari Hadiths.” jawab Umar Lahmi.
Isabella sangat terharu mendengar keterangan itu dan kemuliaan Islam
semakin dalam membekas di dalam hatinya. Tiba-tiba salah seorang daripada
hadirin bersuara.
“Jadi para rahib itu tidak dapat membezakan antara yang hak dengan yang
batal dan yang benar dengan yang salah?”
“Banyak sekali perkara yang memalukan,” ujar Isabella “kita dapat menilainya
sendiri apabila kehormatan ibu dan saudara perempuan tidak dapat
dipercayakan kepada mereka maka apalagi yang tak dapat mereka lakukan?”
Seorang lain yang hadir bertanya “Apakah rahib perempuan juga berbuat
kecurangan?”
“Allah melindungi kita semua. Keadaan mereka adalah lebih buruk lagi
daripada rahib lelaki.” ujar Isabella. “Kebanyakan mereka hidup penuh
kehinaan. Sejarawan Eropa pernah menulis tentang tengkorak bayi yang
dijumpai di dalam tangki sekolah rahib perempuan bila tangki itu dicuci. Bayi-
bayi itu dicampakkan ke dalam tangki untuk menyembunyikan perbuatan di
luar nikah.”
“Semua perkara ini berlaku kerana kepercayaan kepada penebusan dosa
itulah.” kata Umar Lahmi lagi. “Kepercayaan itu seperti semacam keizinan
kepada penganut Kristian untuk berbuat dosa.”
“Memang benar.” kata Isabella. “Tuan pun telah mengetahuinya. Dengan
kepercayaan kepada penebusan dosa maka ketakutan kepada dosa menjadi
hilang dan tiap-tiap orang yakin bahwa dengan membuat pengakuan di
hadapan paderi semua dosa akan diampunkan.”
“Allahu Akbar!” Umar Lahmi mengeluh panjang. “Keagungan dan kebesaran
Islam jelas dari kenyataan bahwa di samping menolak kepercayaan penebusan
dosa, ia menekankan pekerti yang baik sebagai dasar keselamatan dan
kebahagiaan dan pada waktu yang sama menganjurkan prinsip ‘barangsiapa
yang berbuat kebajikan walaupun sebesar zahra akan diberi pahala dan
barangsiapa yang berbuat jahat walaupun sebesar zahra akan menerima
balasan.”
Satu suara dari antara hadirin menyampuk.
“Saudara Isabella, saudara tentu tahu bahwa kepercayaan kepada penebusan
dosa itu telah menyebabkan penganut-penganut Kristian melakukan dosa
tetapi ada sebab lain lagi iaitu orang-orang Kristian menganggap semua nabi
itu berdosa belaka dan berpendapat mereka itu telah melakukan berbagai
dosa dalam hidup mereka.”
“Pendapat itu tidak benar. Jikalau semua nabi suci dianggap berdosa maka
siapa lagi yang akan tinggal untuk membenci dosa? Dan apa pula hak mereka
untuk mencegah orang lain dari berbuat dosa?”
“Saudara benar,” kata Umar Lahmi ” tetapi bagaimana pula pendapat saudara
terhadap anggapan penganut-penganut Kristian bahwa, dijauhkan Allah, nabi-
nabi suci itu penyembah berhala, penzina dan pembohong?”
“Oh tuan! Benarkah itu kepercayaan Kristian dan mereka menganggap nabi-
nabi sebagai penyembah berhala dan pembohong? Kalau benar, manakah satu
kitab Kristian yang menyebutnya?” tanya Isabella agak terperanjat.
“Saudaraku. Saudara belum tahu lagi tentang idea-idea Kristian dan untuk
membenarkan dosa mereka maka mereka membuat tuduhan yang serius
kepada nabi-nabi. Kerana saudara belum mengkaji secara menyeluruh kitab-
kitab suci agama Kristian maka saudara terperanjat mendengar kata-kata
saya.” jawab Umar Lahmi. “Saya berani menjamin bahwa kalau Islam tidak ada
dan Penghulu segala Rasul yang menjadi jagoh dari semua kebajikan tidak
membuka keduk tentang kepalsuan Kristian dan Yahudi, maka tidak seorang
pun akan menemui kebenaran tentang kesucian nabi-nabi.”

“Apakah orang-orang Kristian itu begitu tidak malu, masih juga percaya kepada
nabi-nabi sedangkan nabi-nabi itu mereka anggap orang yang berdosa?
Barangkali tuan salah mengerti. Saya belum pernah mendengar dari sesiapa
pun bahwa nabi-nabi menyembah berhala atau bercakap bohong. Bolehkah
tuan membuktikan dakwaan tuan itu melalui kitab-kitab agama Kristian?” kata
Isabella.
“Sudah tentu dari kitab-kitab suci agama saudari.” jawab Umar Lahmi.
“Kitab-kitab suci agama saya?” Isabella hairan dan terperanjat. “Kitab suci
agama saya ialah Al-Quran.”
Umar Lahmi tersenyum dan cuba membetulkan kesilapannya. “Maksud saya
kitab-kitab yang saudara anggap sebagai kitab-kitab agama Kristian. Kitab-kitab
itu ada mengandungi hal-hal serupa itu.”
“Agak aneh,” ujar Isabella “cuba perjelaskan sedikit.”
“Maksud saya,” jawab Umar Lahmi “dalam kitab-kitab suci agama Kristian ada
dijelaskan nabi-nabi itu sebagai penzina dan penyembah berhala. Ada
disebutkan bahwa Nabi Lot telah membuntingkan kedua anak perempuannya.”
Umar Lahmi lalu mencapai Kitab Perjanjian Lama.
“Lihat Injil Kejadian bab 19 ayat 36. Tentang Nabi Daud dikatakan telah tidur
dengan Batsyeba binti Eliam isteri Uria orang Het. Lihat 2 Samuel bab 11 ayat
4. Kemudian ada dikatakan pula tentang Nabi Simson yang juga telah tidur
dengan seorang perempuan sundal waktu dia sampai di Gaza kemudian jatuh
cinta kepada seorang perempuan di Lembah Sorek yang namanya Delila, lihat
Injil Hakim-Hakim bab 16:14.”
“Astagfirullah,” sahut orang-orang yang hadir. “Muga-muga Allah mengutuki
orang-orang Yahudi dan Kristian. Astagfirullah! Astagfirullah!”

Isabella merasa amat malu. Peluh dingin memercik dari tubuhnya. Lama dia
tidak dapat berkata-kata.
“Cuba dengar ini pula,” kata Umar Lahmi menyambung “dalam kitab suci
Kristian nabi-nabi juga dikatakan sebagai pendusta. Yakni meskipun mereka itu
menjadi nabi tapi mereka tetap bercakap bohong. Mula-mula tentang Nabi
Simson. Dia telah berbohong kepada Delila tentang rahsia kekuatannya. Delila
cuba mencungkil rahsia kekuatan Nabi Simson itu kerana dia mendapat upah
daripada orang-orang Filistin yang mahu menangkap Nabi Simson. Lihat Injil
Hakim-Hakim bab 16:6-15. Kemudian tentang seorang nabi lain yang tidak
disebut namanya di dalam Injil telah berbohong kepada seorang abdi Tuhan
yang tidak mahu pergi ke rumahnya sehingga akhirnya abdi itu percaya
kepadanya dan mengikutnya. Lihat Injil 1 Raja-Raja bab 13:18. Seorang nabi
lain membuat cerita palsu kepada raja dengan membalut kepalanya yang luka
bukan kerana pertempuran di dalam perang tetapi dia sengaja menyuruh
orang memukulnya. Lihat Injil 1 Raja-Raja bab 20:37-39. Dalam Injil 2 Raja-Raja
pula pada bab 22:13-15 Nabi Mikha bin Yimla disuruh berbohong kepada raja
Israel. Nabi Yeremia pula banyak sekali bercakap dusta. Lihat Injil Yeremia bab
38.”
Kemudian Umar Lahmi berkata kepada Isabella. “Saudari cukup kenal dengan
St Petrus, bukan? Apa kata orang-orang Kristian terhadapnya?”
“Orang-orang Kristian percaya St Petrus sebagai nabi wali dan semua paderi
besar dianggap sebagai pengganti St Petrus dan kerana itu pula maka mereka
diberi kuasa untuk mengampunkan dosa.” jawab Isabella.
“Memang benar.” kata Umar Lahmi. “Tetapi tidakkah ada dikatakan dalam
kesemua empat-empat Injil bahwa ketika musuh menangkap Jesus Kristus dan
kemudian mereka mahu menangkapnya sama, dia lalu menyangkal ada
mengenali Jesus Kristus. Dia mengutuk dan menyumpah-nyumpah sampai tiga
kali bahwa dia tidak mengenali Jesus Kristus dan Jesus pun pernah berkata
kepadanya: ‘Sebelum ayam berkoko engkau telah menyangkal aku tiga kali’.*

[*lihat Injil Matius bab 26:69-75, Injil Markus bab 14:66-72, Injil Lukas bab
22:56-62 dan Injil Yohanes bab 18:19-24]

“Memang benar ada ditulis begitu.” jawab Isabella. “Saya belajar Injil setiap
hari dari guru saya, Michael.”
“Sekarang lihat pula bukti perkara yang ketiga. Menurut orang-orang Kristian,
nabi-nabi itu penyembah berhala. Ini ada tertulis dalam Injil Keluaran yang
menjadi bahagian keempat Kitab Taurat. Pada bab 32 ayat 4-6 ada dikatakan
bahwa Nabi Harun telah menerima barang-barang emas orang-orang Israel lalu
dibuatnya anak lembu dan disuruh mereka menyembahnya. Pada bab 11 dari
Kitab Raja-Raja di bawah tajuk ‘Salomo Jatuh ke Dalam Penyembahan Berhala’
ada disebutkan bahwa Nabi Sulaiman mencintai banyak perempuan asing dan
atas desakan isteri-isterinya ikut menyembah berhala pada ketika usianya
sudah lanjut dan dengan demikian telah menyekutukan Allah. Astagfirullah.”
kata Umar Lahmi.
“Mudah-mudahan Allah melindungi kita.” jawab Isabella.
“Cuba lihat ini,” sambung Umar Lahmi “di dalam Injil ini saya telah meletakkan
tanda pada lembaran-lembaran penting. Saudara boleh melihatnya sendiri,.
Saya tidak berbohong.”
Injil itu diserahkan kepada Isabella untuk dilihatnya. Isabella menyambut dan
terus membuka halamannya untuk melihat.
“Tujuan saya memperlihatkan perkara ini,” kata Umar Lahmi “ialah kerana
orang-orang Kristian itu terlalu lancang dan berani membuat berbagai macam
dosa kerana menurut mereka nabi-nabi juga ada membuat dosa dan mereka
berpendapat apabila nabi-nabi itu tidak dilucutkan kenabiannya maka
mengapa pula orang-orang biasa mesti dihukum atas dosa yang sama.”
“Apakah Al-Quran ada mengatakan nabi-nabi itu orang yang suci?” tanya
Isabella.
“Itulah kelebihan Al-Quran yang paling agung. Al-Quran dengan tegas
menyangkal semua idea dan tuduhan yang dibuat oleh orang-orang Yahudi dan
Kristian. Al-Quran menyatakan bahwa nabi-nabi tidak pernah berfikir untuk
melakukan dosa apatah lagi untuk benar-benar melakukannya.” kata Umar
Lahmi. “Lihat Al-Quran Surat Hud yang mengatakan antara lain bahwa apa
yang dilarang oleh nabi-nabi itu mereka tidak pun pernah berfikir akan
melakukannya* dan menurut Al-Quran nabi-nabi tergolong dalam golongan
insan yang suci.”

[* “… dan tiada aku berkehendak akan mengerjakan sesuatu yang aku larang
kamu mengerjakannya” AlQuran S11:88]

“Tidakkah Al-Quran ada menyebut bahwa Adam ada memakan buah yang
dilarang? Bukankah melanggar perintah Tuhan itu satu dosa?” tanya Isabella.
Definisi dosa ialah sesuatu perbuatan yang terlarang dilakukan dengan
sengaja,” jawab Umar Lahmi “sesuatu yang dilakukan dalam keadaan tidak
sedar tidak dianggap berdosa. Misalnya seseorang yang sedang berpuasa
dilarang minum atau makan tetapi jikalau dia makan dan minu dalam keadaan
terlupa, puasanya itu sah dan dia tidak berdosa. Nabi Adam memakan buah
yang terlarang dalam keadaan terlupa seperti yang disebutkan Al-Quran dalam
Surat Taha iaitu Allah telah menerima pengakuan Adam kerana dia telah
terlupa dan Allah tidak melihat ada kesengajaan dengan perbuatannya itu.” *

[* “Sesungguhnya telah kami janjikan kepada Adam sebelumnya, lalu dia lupa
dan tidak mempunyai cara berfikir yang kuat,” Al-Quran S20:115]
“Maha Suci Allah. Tahulah saya sekarang bahwa Adam tidak melakukan dosa.
Kalau tidak, pada paderi Kristian selalu mendakwa Al-Quran ada mengatakan
Adam itu orang berdosa.” ujar Isabella. Dia kemudian melihat jam. “Oh, saya
sudah terlalu lewat dan mesti pulang ke rumah segera. Bapa saya dan ibu
tentu sedang menunggu saya pulang dan saya pun belum lagi makan.”
“Kalau saudari mahu makan di sini bersama kami juga boleh. Dapat kami
sediakan menurut makanan biasa guru kami, Ziad. Sudikah saudari makan di
sini?” tanya Umar Lahmi.
“Terima kasih banyak. Tetapi saya lebih suka makan di rumah, kadang-kadang
ibu saya tidak akan makan sampai saya pulang. Dia biasa menunggu saya untuk
makan bersama-sama.” jawab Isabella.
Umar Lahmi tersenyum kecil mendengar jawaban Isabella. “Berapa lama dia
dapat menunggu makan bersama-sama saudari agaknya kerana pada suatu
hari nanti rahsianya akan bocor juga?”
“Itu kita serahkan kepada keadaan tetapi buat masa ini, izinkanlah saya pulang
dulu.”
“Jadi bila saudari akan membawa sahabat-sahabat saudari ke mari?” tanya
Umar Lahmi.
“Esok kalau tidak ada halangan. Paling lambat lusa. Saya mohon doa tuan-tuan
agar mereka diberi petunjuk ke jalan yang benar seperti saya.” kata Isabella.
“Amin!” Para hadirin menyahut serentak.

Isabella lalu bangun. Umar Lahmi dan para hadirin ikut bangun
menghormatinya.
“Sampaikan salam saya kepada Tuan Ziad.” kata Isabella kepada Umar Lahmi
sebelum dia meninggalkan majlis itu. 

BAB 8   Isabella Di Rumah


Setelah meninggalkan majlis yang penuh bererti dan banyak
memberikan harapan, Isabella pulang melalui jalan yang terus menuju ke
rumahnya; melewati Qasrus Syuhada dan terus ke Suqul Asafir. Pertemuan dgn
Ziad bin Umar telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati
sanubarinya. Perasaannya riang gembira sehingga dia tidak menghiraukan
keadaan sekeliling. Dia menhayunkan kaki perlahan-lahan dengan teratur.
Matanya tunduk ke bawah. Kira-kira setengah jam kemudian dia pun sampai
ke rumahnya. Dilihat ibu sedang menunggu kepulangannya di pintu rumah
dalam keadaan gelisah. “Kemana kau pergi sehingga pulang lewat serupa ini?”
tanya ibu sebaik-baik saja dia mengucup tangannya.
“Saya di rumah kawan, mama.” jawab Isabella. Tetapi dia tidak menyebut
nama kawannya walaupun didesak ibunya.
Ibunya segera menyuruh pembantu rumah menyediakan makanan. Mereka
lalu makan bersama-sama. Kemudian bapa Isabella pula datang dan ikut
makan. Mereka tidak banyak berbicara di meja makan. Setelah selesai, masing-
masing masuk ke dalam bilik. Malam itu, Isabella tidak ke mana-mana. Dia
terbenam di dalam biliknya sambil mentelaah tafsir Al-Quran yang diberikan
oleh Umar Lahmi.

Di waktu pagi, dia terbangun apabila mendengar suara muazzin yang


mengumandangkan azan subuh dari menara Masjid Cordova. Betapa merdu
laungan itu sampai ke telinga di pagi yang bening, membangunkan orang-
orang yang sedang tidur supaya mengerjakan solat subuh, rukuk dan sujud
kepada Allah Yang Maha Besar. Betapa mempesonakan kata-kata Allahu
Akbar! Allahu Akbar! Berbeza daripada bunyi loceng gereja yang juga mulai
memecah keheningan pagi dengan keriuhan yg tidak ada erti. Suara muazzin
yang beralun-alun menusuk sukma secara mendalam sementara bunyi ding-
dong, ding-dong loceng hanya menggegarkan perasaan secara tidak menentu.
Dua macam cara yang membezakan dua macam agama. Tidak lama kemudian
pemeluk-pemeluk agama Islam yang taat mulai keluar meninggalkan masjid
sesudah menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah. Kaum buruh, peniaga dan
petani masing-masing menuju ke tempat kerja, pasar dan ladang mulai ramai.
Kicauan burung mulai tenggelam oleh suasana siang.
Mendengar panggilan beribadat itu, Isabella pun bangun dari tempat tidurnya.
Setelah membersihkan diri, dia pun masuk ke dalam bilik bacaan di rumahnya,
duduk di suatu sudut mentelaah sebuah kitab. Sedang asyik dia dengan
kitabnya, pintu bilik diketuk orang. Isabella agak hairan. Siapa gerangan yang
mengetuk pintu bilik di waktu pagi begini. Dia tahu bapa dan ibunya masih
bersembahyang di gereja besar. Mereka akan pulang ketika hampir waktu
sarapan.

“Siapa?” tanya Isabella.


“Kami!” sahut suara di luar.
Isabella kenal suara itu. Suara gurunya, Michael. Dengan segera, dia bangun
membuka pintu. Isabella sangat terperanjat melihat Michael dan Peter berdiri
di depan pintu. Dia dengan segera menundukkan kepalanya memberi hormat
dan mempersilakan mereka masuk. Ketika dia hendak menutup pintu, bapanya
pula muncul. Perasaan Isabella menjadi gempar melihat kehadiran bapanya,
Michael dan Peter secara serentak. Dia lalu meminta diri kerana sangkanya
mereka hendak membincangkan sesuatu perkara yang penting. Boleh jadi
masalah yang berhubungan dengan orang-orang Islam.

“Kau tunggu!: Bapanya memberi isyarat dengan tangan. Perasaan Isabella


menjadi semakin gempar dan kecut apabila mendengar arahan bapanya yang
aneh. Tentu kedatangan gurunya dan Peter secara tiba-tiba itu ada hubungan
dengan dirinya. Barangkali pertemuannya dengan orang-orang Islam telah
sampai ke pengetahuan mereka.
“Duduk!” Bapanya memberi arahan.
Isabella pun duduk di sebuah kerusi yang agak jauh sedikit tetapi berhadapan
dengan bapanya. Dia melihat urat-urat timbul di wajah bapanya. Air mukanya
yang selalu lembut itu agak tegang, sekali-sekala dia menggigit-gigit bibirnya
menahan perasaan. Ibu Isabella juga dipanggil masuk. Bapa Isabella pun
membuka mulutnya. Mula-mula dia tujukan kepada ibu Isabella. Kemudian
kepada Michael dan Peter.
“Tahukah kamu akan keadaan anak ini sekarang? Betapa dia memalukan dan
menghina kita. Kerana memikirkan hal itulah maka saya memanggil anda
berdua ke mari.”
Peter kelihatan terperanjat. Dia memandang Isabella dan berkata, “Oh, ada
apa?”
“Perkaranya amat serius,” ujar ketua paderi “sudah agak lama saya mendengar
berita anak ini telah meninggalkan agama Kristian dan secara sembunyi-
sembunyi  memeluk agama Islam.”
“Apa? Apa?” Helena, ibu Isabella, hampir memekik mendengar kata-kata
suaminya. “Apa anda katakan ini? Jesus Kristus tidak akan mengizinkan. Tetapi
kenapa anda begitu meradang pagi ini sehingga tanpa sebab menuduh anakku
masuk Islam?”
“Apa yang aku katakan ini adalah benar.” jawab ketua paderi. “Kalau tidak hari
ini, beberapa hari lagi kau akan mengetahuinya juga.”
“Bapa yang suci,” sampuk Peter “kata-kata bapa agak aneh. Isabella seorang
anak yang baik. Dia telah belajar teologi. Dia tidaklah begitu bodoh untuk
menerima agama Islam yang terkutuk itu.”
“Saya tidak tahu kenapa anda berprasangka begitu.” ujar Helena seraya
bangun mendekati Isabella yang sedang duduk dalam ketakutan di sudut bilik.
Helena memegang bahunya dan berkata “Kau dengar apa yang dikatakan oleh
bapamu?”

Isabella diam dan tunduk. Waktu itu bapanya memberi isyarat kepada Michael
supaya bertanya.
“Anakku,” kata Michael “benarkah kau telah memberontak terhadap agama
Kristian? Benarkah begitu? Kalau ada orang yang menuduh kau serupa itu, kau
mesti membantahnya.”
Isabella mengangkat muka memandang Michael. Kemudian segera tunduk
kembali dan mendiamkan diri. Air matanya berlinang.
“Nah, tengoklah,” kata Helena “bukankah telah aku katakan ada orang yang
membuat dakwaan palsu terhadap anakku. Apa bantahan yang dapat dia buat?
Airmatanya itulah saja yang dapat menjawab tuduhan dia memberontak
terhadap agama Kristian. Tuduhan itu palsu.”
“Cuba anda diam dulu. Biar Isabella menjawab sendiri.” ujar ketua paderi
dengan perasaan gusar melihat ibu Isabella ikut campur. “Nah, anakku. Cuba
ceritakan benar atau tidak laporan mengenai dirimu itu?”
“Saya belum menerima Islam dan masih tetap menjadi penganut Kristian.”
jawab Isabella.
“Kalau kau belum lagi terima Islam apakah kau akan menerimanya nanti?”
Michael segera bertanya.
“Kenapa bapa tanya saya tentang hari depan?” Isabella memandang Michael
dan menentang matanya. “Saya juga boleh bertanya serupa itu kepada bapa.”
“Nah, kalau begitu cuba terangkan pendapatmu tentang agama Islam.” kata
Michael membalas tenungan Isabella.

Isabella tidak menjawab segera. Dia memandang muka bapanya yang masih
tegang menggigit bibir. Dari muka bapanya dia beralih ke muka ibunya yang
sudah kembali ke tempat duduknya. Mukanya membayangkan kesan-kesan
kegelisahan. Kemudian melihat muka Peter. Paderi tua itu tenang tetapi ada
tanda-tanda kegoncangan perasaan di dalam.
“Saya tidak pernah menghina Islam.” katanya sambil melihat wajah Michael.
“Kerana di dalam Kitab Suci Islam, Jesus diberi kemuliaan sebagai nabi yang
suci dan orang-orang Islam memuliakannya.”
“Kalau begitu kamu cintakan Islam dan orang-orang Islam?” Michael
mengajukan pertanyaan dengan cepat.
“Bapa boleh mengatakan serupa itu ataupun dengan perkataan lain yang bapa
suka.” jawab Isabella. “Bagaimanapun saya bukanlah orang yang tidak berbudi.
Jikalau orang-orang Islam memuliakan Kristus kita maka saya pun memuliakan
nabi dan kitab suci mereka.”
“Jadi sudah jelas sekarang ini bahwa di dalam hati kamu, kamu telah menjadi
seorang Islam, kalau tidak masakan kamu memuji Islam dan penganutnya
begitu.” kata Peter cuba memerangkap Isabella. “Nah, beritahu kami apa
fikiranmu terhadap agama ygn kamu anuti sekarang yakni agama Kristian?”

Isabella dapat menangkap arah tuju pertanyaan paderi tua itu.


“Saya beriman dengan Kitab Injil dan semua kitab yang diwahyukan tetapi saya
tidak mahu terima segala cacat-cela yang telah dimasukkan ke dalam agama
oleh penganut-penganut Kristian sekarang ini.”
Mendengar jawaban itu, bapa Isabella lalu berkata ke arah Michael, Peter dan
ibu Isabella.
“Kita sekarang sudah tahu fikirannya. Sudah tidak ada lagi jalan untuk
mengubatinya melainkan dengan mata pedang.”
Ibu Isabella terperanjat mendengar keputusan suaminya yang nekad itu.
Lidahnya kelu tidak dapat berkata-kata. Peter segera membuat isyarat dengan
tangannya.
“Berilah saya masa. Saya pasti akan dapat mengubah fikirannya. Saya akan
mengikis semua salah fahamnya, apatah lagi Isabella pun ada belajar ilmu
ketuhanan.”
“Baiklah! Anda boleh cuba dan kita akan lihat hasilnya. Kalau gagal saya akan
fikirkan satu cara lain mengubatinya.”
Setelah berkata begitu ketua paderi pun bangun dan mengajak Michael dan
Peter mengikutinya. Mereka berangkat ke gereja besar kerana menghadiri satu
perhimpunan penganut-penganut Kristian yang datang dari seluruh negara
Sepanyol untuk menyaksikan tanda peninggalan nabi-nabi dan ketua paderi
yang terdahulu yang merupakan tulang-tulang dan lain-lain. Pada hari itu
orang-orang Kristian telah datang dari tempat-tempat yang jauh untuk ikut
ambil bahagian di dalam upacara tersebut yang akan dirahmati oleh ketua
paderi.

Setelah ketua paderi, Michael dan Peter meninggalkan bilik, ibu Isabella yang
masih kebingungan bangun mendekati anaknya sekali lagi.
Dia memeluk leher Isabella sambil berkata “Benarkah apa yang dikatakan oleh
bapamu itu, nak?”
Isabella tidak menjawab. Dia memegang tangan ibu dan menepuk-nepuk
dengan lembut sambil bangun melepaskan diri.
“Saya mahu masuk ke bilik saya, mama.” katanya lalu terus berjalan menuju ke
bilik sambil diperhatikan oleh ibunya dengan perasaan sedih bercampur hiba.
Isabella mengunci pintu bilik. Dia merebahkan diri di atas katil dan mula
memikirkan nasibnya. Dia yakin akan menerima hukuman daripada bapanya
dan paderi-paderi lain. Hukuman dan seksaan yang kejam bukan sesuatu
perkara asing bagi penganut-penganut agama Kristian yang murtad ataupun
mengeluarkan sesuatu pendapat agama yang bertentangan dengan ketua-
ketua agama. Dia akan menghadapi hukuman yang berat. Namun dia sedikit
pun tidak gentar dengan segala macam kekejaman dan seksaan yang akan
ditimpakan ke atasnya. Hatinya telah bulat dan tekadnya telah tetap, dia akan
menghadapi semua percubaan itu dengan hati yang tabah dan tidak berganjak.

Isabella kemudian mengambil kertas dan pena lalu menulis surat kepada
Mirano, anak Michael, yang menjadi sahabat akrabnya.
Saudaraku yang dikasihi.
Tadi malam kira-kira jam sembilan, aku telah menghadiri satu
pertemuan para cendekiawan Islam. Umar Lahmi dan ahli-ahli agama
juga ikut hadir. Bagaimana aku akan menerangkan kepadamu suasana
pertemuan itu! Suatu pertemuan yang sungguh menakjubkan.
Kehadiranku di situ sesungguhnya semakin menebalkan lagi keyakinanku
terhadap Islam. Aku sangat berharap kau juga ikut bersama-sama aku
pada waktu itu. Tetapi aku telah berjanji dengan ketua mereka, Ziad bin
Umar, akan membawa kau bersama-sama untuk ikut serta dalam
pertemuan yang akan diadakan malam esok atau malam lusa. Satu
perkara penting telah terjadi ke atas diriku hari ini. Nampaknya, aku
akan dihadapkan ke inquisisi. Doakanlah agar aku tetap di jalan yang
benar. Bapaku rupanya telah mendapat berita tentang diriku bahwa aku
telah memeluk agama Islam. Dia telah memanggil bapamu dan Peter ke
rumah kami. Berbagai macam pertanyaan telah diajukan kepadaku.
Cuba kau bayangkan betapa tersepitnya keadaanku waktu itu. Tetapi
aku telah memberikan jawaban yang tegas kepada mereka. Peter telah
memberikan janji kepada bapaku bahwa dia akan membawa aku
kembali kepada agama Kristian. Kalau keadaan yang serupa berlaku, aku
harap kau dan ketiga orang kawan kita yang lain akan ikut hadir sama.

Perkara-perkara lain akan aku sampaikan secara lisan kepadamu nanti.

Saudaramu,
Isabella

Setelah siap surat itu ditulis, Isabella memanggil pengasuhnya dan menyuruh
mengembalikan sebuah buku kepada Mirano serta mengambil buku lain
daripadanya.
“Surat ini yang telah lama terletak di sini juga dibawa bersama-sama dan
diberikan kepadanya.”
Pengasuh pun segera melakukan apa yg disuruh. Dia pergi ke rumah Michael
dan menyerahkan buku dan surat kepada Mirano. Mirano segera membaca
surat tersebut lalu memberitahu pengasuh Isabella bahwa dia sendiri akan
menghantar buku itu kepada Isabella nanti.
Pada petang itu, Isabella dan keempat orang sahabatnya bertemu di taman
tempat mereka pertama kali mendengar perbualan Umar Lahmi. Dia
menceritakan kepada sahabat-sahabatnya tentang kejadian pagi tadi di
rumahnya seraya meminta pendapat mereka. Sahabat-sahabatnya sangat ingin
berjumpa Ziad bin Umar. Mereka juga mencadangkan agar Isabella
memberitahu kejadian pagi itu kepadanya.

Mereka membuat keputusan akan ke rumah Ziad bin Umar pada petang
berikutnya. Setelah itu mereka pun bersiar-siar di taman itu sampai waktu
perpisahan lalu pulang ke rumah masing-masing. 

BAB 9 Ujian Keimanan


Pagi berikutnya, Isabella menerima surat dari Michael yang dibawa oleh
seorang pesuruh. Surat itu berbunyi : Anakku Isabella. Harap kamu dapat
datang segera ke tempatku kerana ada perkara yang penting yang akan
kubincang denganmu. Tinggalkan dulu urusanmu yang lain. Aku menunggu
kedatanganmu. Sepintas lalu, Isabella sudah dapat menanggapi maksud surat
itu, tentu ada hubungan dengan peristiwa yang berlaku kelmarin pagi di
rumahnya. Isabella lalu memberitahu ibunya. Dia pun segera bertolak ke
rumah Michael.

Di sana, selain daripada Michael dan Peter, ikut plua seorang rahib yang cukup
terkenal, cukup popular dan mashyur di seluruh Sepanyol kerana kehidupan
pertapaannya. Mirano di lain pihak telah memanggil kawan-kawannya supaya
datang berkumpul di rumahnya untuk mendengar pemeriksaan ke atas
Isabella.
Setelah Isabella dipersilakan duduk di tempat yang disediakan khas untuknya,
Michael pun memulai pertanyaan seperti berikut, “Kelmarin kamu telah
menangkis pertanyaan-pertanyaan kami dengan jawaban yang bersifat kabur.
Hari ini kami akan bercakap kepadamu secara berterus-terang. Nah, mahukah
kamu menjawab soalan saya dengan jawaban yang benar?”
“Saya tidaklah begitu pintar untuk menjawab semua pertanyaan bapa dan
yang kedua saya fikir tidak ada perkara sehingga interogasi serupa ini dilakukan
ke atas saya.”
“Apakah kamu sudah menjadi seorang penganut Islam?”
“Saya sudah menjawabnya kelmarin dan saya tidak mahu berkata apa-apa lagi
tentang hal itu.”
“Baiklah,” kata Michael, “apakah kamu percaya dengan Ketuhanan Suci dan
Jesus Kristus sebagai Tuhan dengan segala keperluan kewujudannya?”
“Saya percaya kepada Tuhan sebagai Tuhan dan bukan manusia sebagai
Tuhan.” jawab Isabella.
“Jadi jelaslah bahwa kamu tidak percaya kepada Ketuhanan Tuhan Jesus
Kristus. Jadi, apa lagi bukti yang ada kalau kau bukan seorang Muslim?” tanya
Michael.
“Maksud saya tidak ada bukti di mana-mana pun juga di dalam Injil bahwa
Jesus itu Tuhan.” jawab Isabella.
“Demi Tuhan!” kata Michael dengan nada yang agak meninggi. “Jangan
memfitnahkan Injil Suci.  Tidakkah kau baca  di dalam Injil itu bahwa dia adalah
‘putera Tuhan’?”
Isabella lalu mengambil Injil dan dipegangnya.
“Nah, kalau begitu tolong jelaskan kepada saya makna ayat berikut.” Lalu
dibukanya Kitab Jonah, bab 1 ayat 31-36 dan dibacanya: “Orang-orang Yahudi
lalu mengangkat batu untuk melempari Kristus, yang berkata kepada mereka.
Aku telah

menunjukkan kepada kalian banyak perkara yang baik dari bapa, apakah
kerana itu kalian merajami aku? Orang-orang Yahudi menjawab: Kami bkan
merajami kamu kerana perbuatan-perbuatan baik tetapi kerana kecuranganmu
sebagai manusia mengaku dirimu sebagai Tuhan. Kristus berkata: Tidakkah
agamamu ada berkata bahwa kamu juga Tuhan? Waktu dipanggil Tuhan itu
kepada mereka yang diberi wahyu maka orang yang telah dikirim Tuhan ke
dunia sesudah dimuliakannya, maka betapa kalian berkata dia bercakap
curang. Itulah sebabnya aku berkata aku ini ‘putera Tuhan’. Ini serupa dengan
panggilan terhadap lain-lain nabi di dalam Kitab Taurat dan lain-lainnya. Maka
serupa itulah pula aku dipanggil ‘putera Tuhan’. Jadi,” kata Isabella, “saya ingin
bertanya nabi yang manakah sebelum Jesus yang dipanggil Tuhan? Orang-
orang Kristian percaya bahwa nabi-nabi yang terdahulu itu dipanggil Tuhan
sebagai kiasan dan kerana kasih dan saya berkata dalam bentuk kiasan yang
sama pula dan kerana kasihkan Jesus Kristus maka dia dipanggil Tuhan dan
bukan kerana dia benar-benar Tuhan seperti yang didakwakan.”
“Gadis terkutuk!” Michael sudah tidak dapat membendung kemarahan lagi.
“Kamu sudah suka bercakap. Daripadaku kamu belajar, sekarang kamu berani
bertanyakan erti ayat-ayat itu kepadaku seolah-olah aku terlalu bodoh dan
kamu seorang terpelajar. Tetapi dengan ini nabi-nabi dulu tidak dapat jadi
Tuhan dalam erti sebenarnya kerana mereka itu tidak suci, sedangkan Tuhan
Jesus Kristus bersih dari dosa dan suci maka sebab itulah dia menjadi Tuhan.”

“Kita tidak bercakap tentang dosa atau suci. Soalnya ialah Jesus Kristus
menamakan dirinya Tuhan serupa dengan nabi-nabi lain yang menamakan diri
mereka Tuhan. Jikalau Jesus Kristus benar-benar Tuhan maka kita pun juga
mesti mengakui bahwa nabi-nabi lain itu pun Tuhan.” jawab Isabella. “Lagi pula
dalam ayat itu Jesus Kristus menjawab tuduhan orang-orang Yahudi. Kalau
benar dia putera Tuhan maka ia patut menerima tuduhan Yahudi itu.”
“Oh betapa hebatnya! Kamu kini telah menjadi ilmuan besar sehingga kamu
mau meremehkan kami.” kata Michael. “Sudah jelas kini kamu telah
dipengaruhi. Jikalau Jesus Kristis itu bukan Tuhan tetapi manusia biasa
bagaimana dia boleh melakukan penebusan dosa bagi dosa kita semua.
Apakah ada manusia yg bebas dari dosa?”

“Saya tidak begitu faham bagaimana bapa membuat peraturan ini bahwa tidak
ada manusia yang suci meskipun dalam Injil Lukas bab 1 ayat 6 ada kisah
tentang Zakaria dan isterinya. Dalam Injil itu mereka berdua ada disebutkan
bahwa Zakaria dan isterinya Elizabet adalah benar di hadapan Tuhan dan hidup
menurut segala perintah dan ketetapan Tuhan dengan tidak cacat cela. Jadi,
jelaslah bahwa Zakaria dan isterinya orang-orang suci jikalau tidak perkataan
”tidak bercacat” itu tentu tidak ada makna. Jadi, kesucian Kristus bukanlah satu
perkara unik. Dia suci seperti sucinya orang lain juga.

Tentang masalah penebusan dosa ini juga tidak terdapat bukti di dalam Injil,
kerana tidak ada orang yang memikul beban dosa orang lain apatah lagi
memikul beban dosa seluruh manusia lalu mati menderita di atas salib. Pada
kenyataannya Jesus ada menyebut di dalam Injil bahwa keselamatan
diperoleh berdasarkan amalan bukan dengan penebusan dosa, seperti yang
tertulis di dalam Injil Matius bab 16 ayat 27: Anak manusia (Adam) akan
datang dalam kemuliaan bapanya, diiringi malaikat-malaikatnya, pada waktu
itu dia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya. Dalam Injil
Matius juga bab 19 ayat 16-20, Injil Markus bab10 ayat 17-27, Injil Lukas bab
18 ayat 18-27 ada kisah tentang seorang lelaki datang kepada Jesus dan
bertanya: Guru, perbuatan baik apakah yang harus kuperbuat untuk
memperoleh hidup yang kekal?”
Jesus menjawab, “Apakah sebabnya engkau bertanya kepadaku tentang apa
yang baik? Hanya satu yang baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk syurga
turutlah segala perintah Tuhan.” Kata orang itu lagi, “Perintah yang mana?”
Jesus menjawab “Jangan membunuh, jangan berzina, jangan mencuri, jangan
mengucapkan saksi dusta, hormatilah ayahmu dan ibumu dan kasihlah sesama
manusia seperti dirimu sendiri.” Maka terbukti sekarang daripada ayat-ayat itu
bahwa jalan keselamatan hanyalah melalui amalan. Kristus tidak berkata begini
sebagai jawaban kepada pertanyaan orang lelaki itu. “Kamu tidak payah
lakukan apa-apa kerana aku akan melakukan penebusan dosa untukmu.”

“Perempuan! Kau nampaknya seperti mahu mengajar aku,” kata Michael


menahan kemarahan, “apakah kau tidak percayakan aku lagi. Aku ialah
gurumu. Kamu mesti percaya semua kata-kataku. Kalau hanya dengan
kebijaksanaanmu saja kamu tidak dapat memahami masalah-masalah agama
yang sulit. Nah, perkara penebusan dosa akan kita bicarakan kemudian.
Sekarang kita selesaikan masalah ketuhanan Jesus Kristus dulu. Orang-orang
Islam juga percaya bahwa Kristus telah diangkat ke langit hidup-hidup. Apakah
ini bukan bukti tentang ketuhanannya? Jesus telah memperlihatkan mukjizat-
mukjizat yang agung. Dia menghidupkan orang mati, memberi celek kepada
orang yang buta. Bukankah perkara-perkara ini membuktikan ketuhanannya?
Perkara yang utama ialah kamu mesti lebih dulu menerima atau menolak
ketuhanan Jesus kemudian baru kita bercakap perkara lain.”

“Soal penebusan dosa tuan dulu yang memulakannya dan saya ikut
membincangkan saja. Kalau Jesus Kristus boleh menjadi Tuhan kerana dibawa
ke syurga hidup-hidup  maka Elia juga patut menjadi Tuhan. Sebab menurut
Injil dia juga dibawa hidup-hidup ke syurga.* Tentang Jesus menghidupkan
orang mati dan memberi celek kepada orang yang buta, maka itu pun belum
boleh dijadikan bukti yang dia adalah Tuhan sebab nabi-nabi lain juga ada
memperlihatkan mukjizat mereka seperti yang sudah jelas disebutkan di dalam
Injil. Kalau mukjizat serupa itu boleh menjadikan dia Tuhan, maka nabi-nabi
lain juga Tuhan, tentunya.” kata Isabella.

[*lihat 11 Raja-Raja bab 2:1-8 ‘Elia Naik ke Syurga’]

“Lihat! Betapa pandainya budak perempuan ini menipu.” kata Peter. “Hai
perempuan bodoh! Mukjizat yang ditunjukkan oleh nabi-nabi lain itu bukanlah
kekuasaan mereka sendiri tetapi kekuasaan yang diberikan Tuhan. Mukjizat
Kristus adalah dari kekuasaannya sendiri, yang menunjukkan bahwa dia adalah
Tuhan.”
“Mukjizat bukan bukti kenabian apalagi mahu disebut sebagai ketuhanan,”
jawab Isabella, “menurut agama Kristian bukan satu kemestian seseorang yang
melakukan mukjizat itu nabi. Jadi, kalau nabi saja masih belum boleh dipanggil
tuhan bagaimana pula dia mahu menjadi Tuhan. Jesus pernah berkata: “Saya
dengan berterus-terang memberitahu kamu, barangsiapa beriman dengan
saya, juga akan ikut membuat amalan seperti saya beramal, malah lebih hebat
lagi*.

Tentang dakwaan tuan bahwa mukjizat Kristus adalah kekuasaannya sendiri,


sementara yang lain didapati dengan paksaan, ini juga dakwaan yang salah.
Kitab Injil telah membuktikan bahwa tidak saja dalam melakukan mukjizat,
dalam semua perkara yang lain pula pun Jesus tidak berdaya seperti nabi-nabi
yang lain juga. Kerana apabila Jesus mahu melakukan mukjizat dia lebih dulu
memohon bantuan daripada Tuhan. Dalam mukjizat roti dan ikan, dia
menengadah ke langit dan mengucap berkat*, meminta pertolongan Tuhan
dan ditempat lain pula dia berkata, “Jenis ini tidak dapat diusir kecuali dengan
berdoa.” Jesus menyembuhkan orang tuli. Dia masukkan jarinya ke telinga
orang itu lalu dia meludah dan meraba lidah orang itu kemudian menengadah
ke langit Jesus menarik nafas. Jadi, dia berdoa juga kepada Tuhan*. Jadi dari
Injil sendiri ada bukti bahwa Kristus serupa juga dengan orang lain, tidak ada
kuasa untuk berbuat sesuatu. Kalau dia benar-benar Tuhan tentulah dia tidak
terlalu lemah untuk berbuat sesuatu dan meminta bantuan daripa orang lain.
Sebagai Tuhan maka dia bebas melakukan apa saja seperti Tuhan yang Maha
Berkuasa.”

* Injil Jonah, bab 14:12        *Injil Matius, bab 14:13-21; Markus 6:30-44; Lukas
9:10-17; Yoh 6:1-13          * Injil Markus 9:29       *Injil Markus 7:31-35

Isabella lalu mengambil Injil dan membuka.


“Jesus Kristus berkata: Kerana bapanya telah bersenyawa di dalam dirinya dan
bapanya juga memberikan kepadanya kekuasaan untuk melakukan keadilan
kerana dia dilahirkan sebagai manusia*. Malah nyawa Jesus Kristus juga bukan
haknya sendiri tetapi diberikan oleh Tuhan dan Tuhan pula yang memberikan
kekuasaan kepadanya untuk melakukan keadilan. Tanpa rahmat Tuhan,
keadilan apapun tidak dapat dilakukan olehnya. Hujah saya, Jesus adalah
manusia dan manusia tidak akan dapat berbuat sesuatu tanpa pertolongan
Tuhan. Di tempat lain Jesus pernah berkata: Saya tidak dapat berbuat apa-apa
sendirian, saya berbuat keadilan seperti yang saya dengar dan pengadilan saya
adalah adil*. Selanjutnya dia berkata: Saya datang dari syurga bukan mahu
berbuat menurut sesuka hati saya tetapi berbuat menurut arahan orang yang
mengirim saya ke mari. Nah, itulah bukti-bukti bahwa Kristus seorang yang
tidak berdaya seperti juga manusia yang lain dan bergantung kepada orang lain
tidak boleh menjadi Tuhan, maka Jesus juga bukan Tuhan*.”

[*lihat Injil Jonah 5:26-27]

[*lihat Injil Jonah 5:30]

[*lihat Injil Jonah 16:38]

Tidak saja Peter dan Michael yang terperanjat mendengar hujah-hujah Isabella
yang lancar itu tetapi rahib yang seorang lagi pun seperti kelu lidahnya, tidak
dapat mencelah sedikitpun. Hanya sesudah Isabella berhenti barulah mereka
itu tersentak sedar dari pesona. Peter dengan cepat berkata sambil
memandang kepada Michael.
“Nah, anda lihat betapa keras sudah anak ini. Orang-orang Islam telah
mengajarnya untuk petah berkata-kata. Apakah anda masih berharap dia akan
kembali ke jalan yang lempang? Saya fikir tidak ada gunanya lagi kita berhujah
dengannya kerana imannya sudah hilang dan dia sudah menjadi ingkar.”
“Saya yakin dia telah berada di bawah kekuasaan syaitan.” jawab Michael.
Dia lalu berpaling kepada Isabella. “Semua hujah yang kamu katakan itu telah
ada jawaban yang jelas dan kamu telah pun membacanya di dalam pelajaran
teologi. Ada juga jawaban yang kamu tidak akan faham sama sekali. Dan
sekarang, saya tidak mahu menjawab semua pertanyaanmu itu sebaliknya saya
mahu tahu apa pendapatmu yang sebenarnya mengenai agama Kristian supaya
mudah kami membuat keputusan tentang dirimu. Kamu telah menerangkan
dengan jelas tentang pendapatmu mengenai ketuhanan Kristus dan penebusan
dosa. Nah, ada apa-apa lagi yang akan kamu tambah.”
“Saya tidak pernah menafikan Kitab Injil dan Jesus Kristus. Tetapi apa yang saya
katakan ialah menurut ajaran Injil tidak ada bukti bahwa Jesus itu Tuhan dan
tidak ada alasan yang munasabah tentang penebusan dosa. Semua itu
hanyalah rekaan orang-orang Kristian saja.” jawab Isabella.

“Jadi maksudmu semua penganut Kristian penipu dan semua penganut Kristian
telah bersatu menentang Kitab Suci Injil?” Michael mengherdik. “Gadis
terkutuk isi neraka! Kalau au tidak dapat memahaminya, terima saja keputusan
yang telah dibuat oleh ketua-ketua agama. Bapamu yang menjadi ketua paderi
mempunyai kuasa penuh untuk mengampunkan dosa, apakah dia juga
menganggap semua ini salah? Apakah semua paus, rahib, alim ulama Kristian
dan hamba abdi agama Kristian berjalan di jalan yang salah?”

Isabella sedikitpun tidak terpengaruh dengan herdikan Michael, malah dia


dengan tenang menjawab, “Seperti Kitab Injil yang tidak membuktikan
ketuhanan Kristus dan penebusan dosa maka serupa itulah pula agama Kristian
dari orang-orang yang mengaku Kristian hari ini tidak wujud menurut Injil. Oleh
sebab itu pendapat mereka tidak dapat saya terima sebagai bimbingan.”

“Hebat sekali!” kata Michael. “Kami sekarang semuanya penganut-penganut


Kristian yang palsu dan tidak wujud sedangkan kamu adalah penganut Kristian
tulen dan sejati. Gadis malang! Ke manakah sudah pergi fikiranmu yang waras?
Kamu telah membuang orangtuamu. Tunjukkan bukti bahwa kami ini bukan
Kristian sejati?”

“Tidak ada sebab bapa mesti naik darah.” ujar Isabella. “Perkara ini sudah
cukup jelas. Andaikata bapa dapat membuktikan dari Injil bahwa penganut-
penganut Kristian zaman moden ini benar-benar Kristian maka saya dengan
seluruh jiwa raga akan menerima keputusan itu dan tidak akan mengemukakan
hujah apa pun jua terhadap mereka menurut Injil. Jadi, bapa buktikanlah
menurut Kitab Injil bahwa orang-orang Kristian sekarang adalah Kristian tulen.”
“Di seluruh dunia ada orang Kristian dan kamu berani mengatakan bahwa
mereka itu bukan Kristian menurut Kitab Injil. Apakah ada bukti lain lagi?
Bukankah ini sudah bukti yang cukup bahwa kami beriman Injil, berimankan
ketuhanan Jesus dan penyalibannya?” kata Michael.
“Tidakkah orang-orang Islam itu percaya Kitab Injil?” tanya Isabella. “Bolehkah
bapa mengatakan bahawa mereka itu juga penganut Kristian? Tentang
kepercayaan kepada ketuhanan Kristus dan penebusan dosa maka itu
bukanlah hujah-hujah akan keagamaan Kristiannya. Sebaliknya ia
membuktikan bahwa orang itu bukanlah penganut Kristian sama sekali kerana
tidak ada garis-garis kepercayaan serupa itu di dalam Injil.”
“Kau gadis tak berguna!” sampuk Peter. “Kenapa kamu menimbulkan keraguan
kepada agama Kristian kami? Kalau kami ini bukan Kristian cuba kamu
tunjukkan Kristian yang sebenarnya. Katakan saja di mana di dunia ini orang-
orang Kristian sejati dan tulen itu ada.”
“Bapa boleh marah sebanyak mana yang bapa suka,” kata Isabella, “tetapi
yang benar itu tidak dapat bapa sembunyikan. Kalau bapa mahu buktinya dari
saya maka saya dengan tulus ikhlas mengatakan bahwa orang-orang Kristian
sekarang ini bukanlah penganut Kristus sama sekali dan tentang siapa yang
boleh menjadi penganut Kristian tulen saya bersedia membuktikannya
menurut Kitab Injil sendiri.”

“Gadis terkutuk!” Michael menjerti. “Kenapa kau membebel-bebl saja? Kenapa


tidak tunjukkan bukti-buktinya?”

Isabella tersenyum kecil yang menyebabkan paderi-paderi itu menjadi


bertambah jengkel dan sakit hati melihatnya.
Dengan tenang dia mengambil Injil sambil berkata, “Cuba dengar baik-baik
tentang tanda-tanda  penganut Kristian yang sebenarnya.”
Isabella lalu membaca Injil Markus pada bab 6 ayat 17 dan 18: “Dan di antara
manusia yang beriman maka mukjizat-mukjizat ini akan berlaku: Mereka akan
mengusir roh jahat dengan menyebut namaku, mereka akan bercakap dengan
bahasa baru, mereka akan memegang ular, mereka tidak akan terkena bisa
kalau meminum benda-benda yang boleh membawa maut, mereka akan
meletakkan tangan ke atas orang sakit dan menyembuhkan penyakitnya.”
Isabella kemudian membuka pula Injil Matius pada bab 16. “Ini tanda-tanda
penganut Kristian yang beriman.”
Dia lalu membaca ayat 16 hingga 20. “Pengikut-pengikut mendekati Jesus dan
berkata: Kenapa kami tidak dapat mengusir roh-roh jahat itu? Dia menjawab
kerana kecacatan dalam imanmu kerana terus terang aku katakan kalau
padamu ada iman walaupun sebesar atom dan kamu menyuruh gunung itu
pindah dari tempatnya, dia akan pindah dan tidak ada yang mustahil bagimu.
Nah,” kata Isabella, “Daripada kedua-dua kutipan Injil ini, ada enam tanda
Kristian yang sudah dipastikan:
1. Mengusir keluar roh jahat.  2. Bercakap dengan bahasa baru tanpa
mempelajarinya.  3. Memegang ular yang berbisa.  4. Meminum racun tanpa
memudaratkan diri.  5. Menyembuhkan penyakit dengan sentuhan tangan
dan  6. Mengubah gunung dari tempatnya. Jadi, barangsiapa yang mengaku
menjadi Kristian mestilah dapat membuktikan bahwa keenam-enam tanda ini
ada di dalam dirinya. Sekarang, bapa adalah seorang Kristian, kita tolak sebelah
dulu keenam-enam tanda itu dan sembuhkan seorang sakit dengan sentuhan
tangan bapa, gunung tentu tak mungkin bapa pindahkan tetapi ini ada seketul
batu. Cuba gerakkan saja kira-kira 10 atau 20 meter, maka kekristianan bapa
telah dibuktikan oleh Injil.”

“Memang benar semuanya itu ada disebutkan di dalam Injil tetapi tunjukkan
pula tempat yang mengatakan sesiapa yang tidak melakukan mukjizat itu
bukan Kristian? Selain daripada itu, tanda-tanda tersebut hanya khas kepada
pengikut-pengikut Kristus yang dua belas itu saja bukan kepada semua orang.”
“Kedua-dua keterangan bapa itu salah.” kata Isabella. “Dalam Injil sudah jelas
dinyatakan bahwa setiap orang Kristian walaupun imannya sebesar atom,
boleh dapat memindahan gunung kalau dikehendakinya, diikuti dengan
sesiapa yang tidak ada iman walaupun sebesar atom tidak akan dapat
memindahkan gunung. Dan juga salah mengatakan bahwa tanda-tanda ini
hanya khas untuk pengikut-pengikut Kristus yang dua belas itu kerana di dalam
Injil ada disebutkan dengan jelas bahwa mukjizat ini diberikan kepada semua
orang yang beriman. Kalau tanda-tanda ini hanya dikhususkan kepada
pengikut-pengikut Kristus saja, maka keimanan pun hanyalah kepada pengikut-
pengikut  itu saja yang bererti tidak ada Kristian tulen yang dilahirkan sesudah
pengikut-pengikut itu.”

“Kau gadis malang!” ujar Peter. “Itulah sebabnya telah kukatakan bahwa kamu
tidak dapat memahami misteri dan inti erti Injil. Gadis bodoh! Mukjizat itu ada
kaitannya dengan masalah-masalah rohani iaitu dengan sebutan penyakit
ertinya penyakit rohani, racun bererti kufur yang dimaksudkan kepada orang-
orang Kristian walaupun mereka diserang oleh orang-orang kafir, mereka tidak
akan berganjak dari keimanannya dan begitulah seterusnya.”
“Fikir dulu masak-masak sebelum bapa menjawab,” kata Isabella, “bapa kata
saya bodoh tetapi topik itu mungkin tidak padan dengan bapa. Dengar kata
Jesus Kristus seperti tertulis dalam Injil Jonah 14:12 ini. Barangsiapa beriman
dengan aku akan melakukan kerja yang aku lakukan. Jadi, Kalau mukjizat itu
ditafsirkan sebagai masalah rohaniah semata-mata maka kesimpulannya ialah
Kristus tidak menghidupkan yang mati, juga tidak mencelekkan mata yang
buta, juga tidak menyembuhkan yang sakit tetapi dia cuma menyembuhkan
rohaniah yang mati, roh jahat dan membina di dalamnya cahaya keimanan.
Tetapi bapa-bapa tidak mahu mengaku interpretasi tentang Kristus serupa ini,
jadi mengapa pula bapa-bapa mereka bentuk tugas baru untuk orang lain?
Kristus berkata ‘kerja yang aku lakukan’, jadi apa yang dilakukan olehnya dalam
bentuk bagaimanapun juga, penganut-penganut Kristian mesti ikut
melakukannya dan dalam bentuk yang sama pula, kalau tidak mereka itu tidak
beriman.”

“Memang susah mahu membuat gadis yang ingkar ini mengerti.” kata Peter.
“Ubatnya bukan lagi  dengan desakan tetapi seksaan yang sama yang dilakukan
oleh inquisisi*.”
Kemudian Peter berkata kepada Michael “Anda usir dia dari rumah ini dan
beritahu bapanya yang suci bahwa dia sudah tidak dapat diubati lagi. Cara lain
mesti dilakukan.”
Dengan mengucapkan kata-kata itu, Michael dan Peter bangun dari kerusi lalu
masuk ke dalam bilik sebelah untuk berbincang.

Setelah bapanya dan Peter masuk ke bilik sebelah, Mirano pun segera
menemui Isabella dan menasihatinya supaya meninggalkan rumah itu
seberapa cepat yang boleh, kalau tidak dia pasti akan mendapat kesusahan
besar. Sebelum Isabella keluar mereka lebih dulu berjanji akan berjumpa di
Taman Cordova pada petang itu untuk memikirkan tindakan selanjutnya yang
akan mereka lakukan. Setelah berteguh-teguhan janji, Isabella pun segera
keluar dari rumah Michael, lalu terus pulang ke rumahnya. Dalam masa dia
menghayun langka, fikirannya melayang ke rumahnya. Apa gerangan yang
akan menunggunya di sana? Bagaimanapun ketika dia sampai, ibunya
menyambut dengan muka manis dan memaksanya makan sedikit. Setelah
makan, Isabella meminta izin kepada ibunya untuk masuk ke dalam bilik.
Fikirannya agak runsing sedikit, sehingga dia tidak dapat berfikir apa yang patut
dilakukan pada waktu itu. Jadi, sementara menunggu hari petang, dia
berlengah-lengah di tempat tidurnya. Dia melihat perpustakaannya yang
penuh dengan berbagai-bagai buku dan barang-barang miliknya dengan
perasaan sayu. Dia kemudian melayangkan pemandangan ke setiap sudut bilik
itu. Fikiran berkelana jauh. Apakah dia akan ditakdirkan tinggal di situ lagi atau
ada orang lain yang akan menempati dan menggunakan semua buku dan
barang-barangnya? Kemudian bawahsedarnya berkata: Biarlah sesiapa pun
membaca bukunya dan menggunakan barang-barang miliknya, tinggal di bilik
itu, dia akan pergi mencari kebenaran yang kini sudah dapat dicapai puncanya.
Allah akan membimbingnya. Rasa syukur tidak terkira banyaknya kepada Dia
yang telah menganugerahkan kepadanya nikmat kebenaran yang begitu besar
dan tidak ada yang lebih besar daripada itu. Beribu-ribu buah rumah serupa itu
boleh dikorbankan demi untuk memperoleh rahmat Islam. Sambil berkata-
kata,

Isabella lalu duduk bertelut di lantai. Kemudian, dia melakukan sujud syukur
kepada Allah Yang Maha Berkuasa.Petang pun menjelang tiba setelah ditunggu
dengan penuh harapan oleh Isabella. Memang nasibnya baik, pada masa itu
ibunya sedang sibuk membuat sesuatu urusan di dalam biliknya. Isabella pun
keluar perlahan-lahan menuju ke rumah gurunya, Michael. Dia mendapati
Mirano sudah siap menunggu. Mereka lalu berjalan bersama-sama menuju
Taman Cordova. Di dalam perjalanan, Mirano dalam diam-diam
memperhatikan perubahan pada diri sahabatnya. Wajahnya murung tidak
seperti biasa.
“Isabella,” ujar Mirano, “aku lihat anda di dalam kesusahan besar. Kenapa?
Karena anda mau berpisah dengan keluarga?”
“Aku di dalam keadaan yang sulit setelah pulang dari rumah anda tadi.” jawab
Isabella. “Waktu aku hendak keluar kalau tidak karena ibuku sibuk di biliknya,
aku tentu tidak dapat memenuhi janji kita ini. Tuhan saja yang mengetahui apa
yang akan dilakukan olehnya. Tetapi  sekarang dengan rahmat Allah, aku tidak
khuatir lagi. Aku sudah bersedia menghadapi apa jua percubaan demi
kebenaran.”
“Isabella,” kata Mirano, “aku sangat kagum dengan anda. Anda telah
memberikan pukulan yang hebat waktu menjawab hujah-hujah bapaku dan
Peter. Mereka semua tercengang-cengang, tidak dapat menjawab. Hairannya,
hujah-hujah anda semuanya berdasarkan Kitab Injil.”Mereka sudah sampai di
taman dan di sana sahabat mereka, Catherine dan Martha, sedang menunggu.
“Dari jauh kami melihat anda berdua sangat asyik bercakap.” tegur Martha.
“Bolehkah kami ikut tahu sama?”
“Kami bercakap tentang perbahasan Isabella dengan bapaku dan Peter pagi
tadi.” jawab Mirano.
“Bapamu dan paderi tua itu seperti tidak dapat berhujah dengan Isabella.” kata
Martha. “Rahib yang seorang lagi itu siapa agaknya? Dia diam saja.”
“Aku tidak pernah melihatnya sebelum ini.” kata Isabella.
Pada waktu itu barulah mula terfikir olehnya tujuan rahib itu ikut serta
mendengar perbahasan dan rahib itu juga dari inquisi. Air mukanya pun
berubah.

“Kenapa muka kau pucat tiba-tiba?” tanya Mirano.


“Oh, tidak ada apa-apa.” jawab Isabella cuba menyembunyikan
kebimbangannya.

“Apa yang kau mau katakan tadi, Martha?”


“Aku hairan,” ujar Martha yang tidak sedar akan perubahan pada wajah
Isabella. “walaupun mereka itu telah terpukul begitu hebat, mereka masih
tetap tidak mahu mengaku.”
“Mereka mungkin tidak mengaku dengan lidah tetapi aku percaya dihati kecil
mereka membenarkannya.” jawab Mirano. “Sesudah kalian meninggalkan
rumahku tadi, aku mendengar bapaku berkata kepada Peter bahwa memang
benar tidak ada bukti tentang ketuhanan Kristus di dalam Injil. Tetapi biar
bagaimanapun kita terpaksa patuh kepada keputusan gereja, kata bapaku. Aku
nampak Peter terpengaruh dengan ketegasan hujah-hujah anda karena dia
berkata semua hujah-hujah anda itu bukanla remeh tapi cukup kuat.”
“Dalam perbahasan pagi tadi, Islam terbukti agama yang benar, sementara
agama Kristian tidak ada apa-apa kecuali kesesatan saja.” kata Martha seperti
mengeluh.Setelah mereka duduk di suatu tempat yang agak terpencil dari
orangramai, Mirano lalu bertanya kepada Isabella.
“Apakah anda sudah membuat keputusan mahu meninggalkan bapa, mama,
adik-adik dan abang-abang dan kaum keluarga serta kehidupan selesa serba
mewah? Dan apakah tindakan anda kalau bapa anda berkeras mau
menyerahkan anda kepada inquisisi?”
Mendengar pertanyaan Mirano itu, Martha dan Catherine memandang muka
Isabella sambil menunggu jawaban dengan hati yang berdebar-debar
walaupun jawabannya itu telah mereka duga dari awal. Isabella memegang
bahu Mirano sambil memandang muka Martha dan Catherine.
Dia berkata dengan suara yang tetap dan perlahan, “Aku kini telah
membebaskan diriku daripada semua fikiran yang bukan-bukan. Allah telah
menganugerahkan kepadaku nikmat Islam dan Dia juga akan membimbing aku
menjalani hari depanku serta tidak akan mensia-siakan niat yang baik. Aku
menemui ketenangan yang luarbiasa daripada ayat-ayat Al-Quran yang
maksudnya begini: Barangsiapa yang takut akan Allah, maka Allah akan
menunjukkan kepadanya jalan keselamatan dan akan memberikan kepadanya
rezeki dari tempat yang sama sekali tidak disangka-sangkanya.”

Ketiga-tiga sahabatnya diam terpegun mendengar kata-katanya. Sejurus


lamanya, apabila tidak ada yang berkata-kata, Mirano memecah kesepian
dengan bertanya, “Anda berjanji akan membawa kami menemui Ziad bin Umar
dan kawan-kawannya. Bila?”
Isabella seperti tersentak. “Kalau kita mahu pergi ke sana, kita mesti pergi lebih
awal sedikit. Jadi, lebih banyak ilmu yang kita dapat dan tidak akan terlalu
lewat pulang ke rumah.”
“Anda mahu memberitahu kepada Ziad tentang perbahasan anda pagi tadi?”
tanya Mirano.
“Ya. Kenapa pula tidak?” balas Isabella. “Nah, mari kita bertolak sekarang dan
sampai di sana waktu solat isyak. Kita duduk kira-kira satu jam sebelum kita
pulang.”

Isabella dan sahabat-sahabatnya keluar dari Taman Cordova. Mereka


mengambil jalan yang menuju ke masjid besar Cordova. Dalam perjalanan,
Isabella memberitahu sahabat-sahabatnya bahwa walaupun pada batinnya dia
sudah menjadi Islam tetapi dia belum lagi secar rasmi menganutinya. Dia akan
memeluk agama itu melalui Ziad bin Umar. Dengan demikian, Allah akan lebih
menguatkan lagi imannya, memberi dia keberanian dan seluruh jiwaraganya
akan diserahkan kepada Allah. Semua sahabat-sahabatnya sangat gembira dan
mengucapkan tahniah di atas niatnya yang baik. Mereka lebih dulu singgah di
rumah Umar Lahmi yang bersambung dengan tempat kediaman Ziad bin Umar.
Kedatangan mereka telah diberitahu kepada Ziad oleh Umar Lahmi.

Selesai solat isyak, maka berhimpunlah cerdikpandai, alim ulama, para


pengikut , ahli Hadis, penyair, penulis, ahli akademik dan para cendekiawan.
Setelah bertukar-tukar khabar, Umar Lahmi meminta kebenaran Ziad untuk
menjemput anak-anak gadis yang sedang menunggu di rumahnya. Ziad dengan
segera memberi persetujuan. Anak-anak gadis itu pun dibawa ke hadapannya.
Mereka masuk dengan penuh hormat dan tertib. Masing-masing mengambil
tempat duduk di atas hamparan agak jauh sedikit di hadapan Ziad bin Umar.
Setelah bertanyakan khabar tentang keadaan mereka, Isabella pun
menceritakan kisah perbincangan dengan bapanya, ketua paderi dan lain-lain
paderi serta kisah perbahasan dengan gurunya, Michael dan Peter tentang
masalah lain dan hujah-hujah yang dikeluarkan olehnya.

Para hadirin menyambut keterangannya itu dengan perasaan gembira dan


mereka mengucapkan tahniah di atas keberanian Isabella. Mereka turut
mengagumi ilmunya yang luas.
“Tuan yang dihormati,” kata Isabella kepada Ziad sesudah itu, “perkara ini
sudah pun berlaku dan akibatnya akan kita lihat kemudian tetapi sekarang saya
mohon tuan Islamkan saya secara rasmi supaya saya dapat ikut dalam
persaudaraan Islam sedunia, yang mengimankan Allah yang Esa.”

Mendengar permohonan Isabella itu, Ziad pun memanggil Isabella supaya


dekat dengannya. Disuruh Isabella membaca kalimah syahadat yang memang
sudah lancar dihafal oleh Isabella. Seluruh hadirin menadah tangan sambil
berdoa dengan penuh keikhlasan agar Isabella diteguhkan iman dan menjadi
hamba yang berbakti.

“Anakku,” ujar Ziad setelah selesai doa diaminkan, “kini kamu telah rasmi
menjadi umat Muhammad, penganut Islam. Maka sebagai wanita Islam,
tutuplah kepalamu. Menurut ajaran Islam, wanita-wanitanya mesti selalu
melindungi wajah dan mengerjakan solat lima kali sehari yang diwajibkan ke
atasmu. Kamu tidak boleh meninggalkannya walaupun dalam keadaan yang
bagaimana juga kerana ia adalah pintu kebahagian.”
Kemudian Ziad memandang kepada sahabat-sahabat Isabella. “Jadi, inilah
kawan-kawanmu?”
“Ya, tuan.” jawab Isabella berpaling memandang sahabat-sahabatnya yang
sedang duduk dan takjub dengan perhimpunan yang dirasakan amat berlainan
dengan perhimpunan alim ulama agamanya.
“Itu Mirano, anak guru saya, Michael. Yang satu lagi Martha dan Catherine.
Hanana tidak datang.”
“Apakah mereka masih ragu terhadap Islam?” tanya Ziad.
“Mereka tidak sedikit pun meragui akan kebenaran Islam dan seperti saya,
mereka telah mempercayainya. Bila dikehendaki Allah, mereka dengan rasmi
akan menyatakan keislaman masing-masing. Mirano barangkali ada yang mahu
ditanyakan dan semuga saudara Umar Lahmi dapat menolongnya. Dia akan
datang ke mari selalu untuk belajar.”

“Nampaknya sikap bapa saudara akan semakin keras terhadap saudara. Tidak
menghairankan kalau satu masa nanti saudara diserahkan kepada inquisisi.”
kata Umar Lahmi. “Michael dan Peter tentu telah melaporkan kepada bapa
saudara. Bapa saudara tentu sudah bersikap antagonis sekarang ini. Apa yang
telah saudara fikirkan tentang hal ini?”
“Saya fikir pun begitu. Waktu perbahasan pagi tadi, ada seorang rahib tua yang
ikut serta. Saya fikir dia dari panel inquisisi. Allah lebih mengetahui apa yang
akan terjadi. Saya telah menyerahkan masalah saya kepada Allah. Namun kalau
bapa saya terlalu menekan, ada kemungkinan saya pindah ke rumah tuan.”
jawab Isabella.
“Saudara boleh pindah ke mari bila-bila masa saja.” jawab Umar Lahmi.
“Bagaimanapun saudara terpaksa melakukannya pada suatu hari nanti kerana
orang-orang Kristian itu agak kolot sikapnya, mereka akan menekan saudara
dan tidak akan membiarkan bebas begitu saja apabila mereka mengetahui
saudara telah memeluk Islam.”
Isabella berkata kepada Ziad bin Umar, “Tuan yang mulia. Doakan saya agar
Allah memberikan ketabahan dan kesabaran. Sekarang saya minta izin pulang
dulu.”
Ziad bin Umar dan semua hadirin mengucapkan selamat jalan kepada Isabella
dan sahabat-sahabatnya sambil memanjatkan doa agar mereka sentiasa di
dalam perlindungan Allah.

Setelah meninggalkan rumah itu, Isabella dan sahabat-sahabatnya pulang ke


rumah masing-masing sambil berteguh-teguh janji akan bertemu lagi. Apabila
sampai di rumah, ibunya menunggu seperti biasa dan tidak banyak bertanya.
Mereka lalu makan bersama-sama. Setelah selesai, Isabella meminta izin
masuk ke biliknya.
Isabella tidur di dalam biliknya yang terletak di salah satu sudut rumah. Lama
sebelum fajar menyingsing, dia telah terbangun. Dia tidak keluar dari bilik.
Waktu sedang berbaring-baring, kedengaran suara azan sayup-sayup dari
menara masjid besar Cordova. Mendengar laungan Allahu Akhbar! Allahu
Akhbar!  membuat hatinya menjadi terharu. Kebesaran dan kehebatan Allah,
kekuasaanNya menyelinap masuk ke dalam hati, menimbulkan rasa takut
sehingga tanpa disedari airmatanya meleleh jatuh.

Dia lalu turun berlutut di lantai dan mencecahkan dahi ke lantai, bersujud
kepada Maha Pencipta bumi dan langit.
“Oh Allah. Berikanlah kepadaku kasihMu dan juga kepada orang-orang yang
mendapat rahmatMu. Oh Allah. Limpahkanlah cahaya Islam dan tauhid ke
dalam hatiku dan jadikanlah ketaatanku kepada RasulMu sebagai jalan
hidupku. Oh Allah. Aku bersyukur kepadamu kerena telah menjadikan aku
salah seorang pengikut Rahmat Dunia. Oh Allah. Cucurilah hidayat kepada
ibubapaku, keluargaku dan semua orang-orang Kristian dan mereka yang
sesat dari rahmat Islam. Berilah kami semua hidup dan mati dalam agama
Islam. Oh Allah. Makbulkanlah doa hambamu yang tertekan ini kerana
Engkau Maha Mengetahui dan Maha Melihat.”

Setelah mengucapkan doa itu, Isabella merasa dadanya menjadi ringan seolah-
olah suatu beban yang berat sudah terangkat dan hatinya menjadi terhibur.
Dia menemukan suatu perasaan yang penuh dengan kesabaran, kegigihan dan
rasa gembira yang amat sangat. Dia terlalu gembira kerana telah dapat
memiliki kekayaan Islam dan dengan itu dia tidak lagi merasa takut kerana
tauhid telah mengikis semua rasa takut yang ada dalam dirinya kecuali
takutkan Allah saja.

Ibu Isabella tidak begitu peramah pada pagi itu. Dia tidak bersarapan bersama-
sama anaknya seperti biasa. Isabella sudah menduga bahwa perbahasan
antaranya dengan Peter dan Michael telah pun sampai ke pengetahuan
bapanya. Mereka tentu telah menyakinkan bapanya bahwa dia sudah murtad
dan semua pintu untuk membujuknya kembali dalam pelukan agama Kristian
telah tertutup rapat. Dalam keadaan gelisah, Isabella menunggu kepulangan
bapanya dari gereja; menunggu hukuman yang akan dikenakan ke atasnya.  
BAB 10   Satu Komplotan

Setelah keluar sebentar untuk sarapan, Isabella kembali semula ke


biliknya. Ibunya tidak kelihatan dan menurut pembantu rumah, ibunya telah
bersarapan awal dari biasa. Isabella tidak mengesyaki apa-apa cuma terasa
sudah ada bibit-bibit kerenggangan sudah mula ada. Bagaimanapun tekadnya
sudah bulat. Dia sanggup menghadapi apa saja demi untuk
mempertahankan  keislamannya. Dia tidak akan melepaskan lagi jalan
kebenaran yang telah diperolehinya itu. Dalam masa dia berfikir, pintu biliknya
diketuk orang. Ketika dibuka, pembantu rumah memberi sepucuk surat yang
bersampul.
“Ini dari pembantu rumah Nona Mirano,” katanya, “dia sedang menunggu di
luar.”
Isabella segera membuka surat.  Dia merasa hairan melihat tulisan surat itu
bukan tulisan Mirano. Tentu ada sesuatu perkara yang telah terjadi ke atas
dirinya, fikir Isabella.

Saudara Isabella.

Aku mesti berjumpa dengan anda segera kerana ada perkara penting
yang hendak kusampaikan. Harap anda datang pada waktu ini juga.
Jangan lengah-lengahkan lagi, terlalu penting. Aku sedang menunggu di
sebuah rumah lain. Datanglah bersama-sama dengan pembantu
rumahku ini.
Saudaramu, Mirano

Tanpa mengesyaki sesuatu, Isabella mengikuti pembantu itu. Mereka berjalan


melewati Qasrul Syuhada lalu berjalan lurus menuju ke Rabat Ramani. Isabella
merasa hairan kerana selama dia berkawan dengan Mirano, mereka belum
pernah sampai ke tempat itu. Mirano pun tidak pernah menceritakan
kepadanya tentang sesiapa di antara keluarga atau kenalannya yang tinggal di
daerah tersebut. Tentu Mirano dalam kesusahan, fikirnya lagi. Tidak jauh dari
Rabat Ramani, mereka membelok ke sebuah lorong dan pembantu rumah itu
membawa dia masuk ke dalam sebuah rumah yang cukup besar. Sebaik saja
Isabella masuk, pintu halaman ditutup.

Begitu juga dengan pintu depan. Isabella dibawa ke sebuah bilik. Apabila pintu
bilik ditutup, barulah Isabella sedar bahwa dia telah ditipu dan dijadikan
tawanan. Kesedaran itu telah terlambat. Tiga orang rahib masuk ke dalam bilik
menerusi pintu lain. Mereka menolak Isabella dengan menggesanya menuruni
anak tangga yg membawa mereka ke bawah tanah. Isabella berpaling untuk
berkata sesuatu kepada pembantu rumah Mirano tetapi pembantu itu sudah
tiada lagi. Hilang sekelip mata.

Perasaan Isabella menjadi gempar dan sedarlah dia sekarang bahwa dirinya
telah berada di dalam cengkaman inquisisi. Kakinya agak berat mahu
melangkah turun. Ketika itu juga, salah seorang rahib menumbuk belakangnya
dengan kuat. Sebagai seorang gadis yang perwatakannya lemah-lembut, terasa
pukulan itu seperti satu batu besar yang jatuh menimpa belakangnya. Dia
hampir jatuh tersungkur ke depan.

“Perempuan terkutuk!” sumpah rahib yang memukul tadi. “Jalan cepat!


Tengok itu api Tuhan Jesus Kristus sudah tidak sabar lagi menunggu untuk
membakarmu, perempuan sial! Kau telah menghina agama Kristian dan
menyeret kehormatan bapamu, ketua paderi, masuk ke dalam lumpur.”
Isabella yang malang tidak menjawab. Tubuhnya menggigil dan belakangnya
terasa terlalu sakit. Dia melangkah turun ke dalam ruang di bawah tanah itu,
yang kelihatan kelam dan suram. Dari samar-samar kelam, dia terpandang
kerangka manusia berselerak di semua sudut. Ada tengkorak bergantungan di
dinding. Salah seorang rahib menyalakan sebuah andang. Setelah itu, dia
merapati Isabella.
“Nah, di sinilah tempat tinggalmu supaya kamu tahu akibat permusuhan
dengan Tuhan Jesus Kristus, perempuan malang!”
Dia lalu menunjukkan kepada Isabella kerangka manusia.
“Inilah wakil kami yang akan mendera dan menyiksa kamu di sini.”
Isabella masih berdiam diri dan merasakan dirinya seperti sedang di dalam satu
mimpi ngeri. Rahib-rahib lalu meninggalkan ruang lalu memasang kunci pada
pintunya. Mereka beredar ke bilik lain untuk beribadat. Sejurus kemudian,
barulah Isabella sedar bahwa dia dipenjarakan sebagai satu seksaan kerana
sudah tidak beriman.

Isabella tidak tahu apakah hari masih siang ataupun sudah malam kerana dia
merasa sudah begitu lama sekali dikurung di ruang bawah tanah itu. Kemudia
dia dibawa keluar untuk diberikan semangkuk kacang tanah yang sudah
digoreng dan dikisar lumat dengan segelas air minum. Rahib-rahib masih
menghina dan mencacinya. Setelah itu, Isabella dibawa ke sebuah bilik lain. Di
dalamnya, Isabella melihat ada beberapa orang rahib sedang dalam keadaan
yang amat khusyuk. Tujuan mereka membawa Isabella ke situ agar dapat
menyedarkan Isabella tentang keluhuran agama Kristian apabila dia melihat
kekhusyukan para rahib.

Isabella memerhatikan dengan penuh minat. Seorang rahib terbaring tidur.


Kaki dan tangannya diikat dengan rantai. Seorang lagi memukul-mukul
tubuhnya dengan cemeti. Agak ngeri juga dia melihatnya. Terlintas di dalam
fikiran mungkin orang itu dianggap ada membuat kesalahan seperti yang
dilakukannya tetapi kemudian dia mendapat tahu bahwa semua penyeksaan
diri yang dilakukan oleh rahib-rahib ialah suatu cara untuk menundukkan diri
sendiri dan penyeksaan diri serupa itu dilakukan atas kemauan rahib itu
sendiri. Di dalam sebuah bilik besar yang lain, terdapat patung Mariam
Perawan. Di sekelilingnya duduk rahib lelaki dan perempuan, tenggelam di
dalam tafakkur. Ada rahib yang tidur menelungkup di atas lantai dan ada yang
menangis teresak-esak di sudut-sudut di sekitar dinding bilik. Sebagai usaha
untuk menaklukkan diri mereka, mereka berpuasa selama 20 atau 21 hari.
Isabella telah mengetahui keadaan itu tetapi inilah pertama kali dia melihat
sendiri.

Seorang rahib tua berkata kepada Isabella, “Wahai gadis jahanam! Jikalau kau
mahu mendapat keselamatan, amalkan cara hidup sederhana serupa itu dan
kamu akan disenangi oleh Tuhan Jesus Kristus.”
Isabella tertawa mendengarnya. “Kenapa Tuhan menyuruh hidup serupa itu?
Tujuan agama ialah memberikan tugas kepada manusia untuk membuat
kebajikan kepada sesama manusia bukan disuruh menggantung diri sendiri di
sudut bilik seperti kelawar. Lagi pula menurut anda, Jesus sudah menebus dosa
semua orang-orang Kristian maka perbuatan menyeksa diri serupa itu sudah
tidak ada gunanya lagi.”

Mendengar kata-kata Isabella, mata rahib itu menjadi merah kerana terlalu
marah. Dia menumbuk dada Isabella dengan sekuat-kuatnya .
Dia memekik, “Perempuan isi neraka! Kau sudah tidak boleh dipujuk lagi. Pergi
duduk di tempatmu. Di sana nanti akan kami ajar!”

Kembali Isabella ke ruang bawah tanah yang dipeuhi dengan tulang-tulang dan
tengkorak manusia. Pada mulanya, perasaan Isabella terganggu sedikit dengan
keadaan sekitar yang mengerikan. Lama kelamaan dia sedar akan
kedudukannya dan mulai dapat menenangkan diri.  Dia pasrah dengan apa
yang akan dihadapinya di hari depan.
Dikuasainya diri sendiri dan berdoa kepada Allah.

Dalam keadaan yang sunyi sepi begitu, sedikit bunyi saja dapat kedengaran
dan Isabella akan memasang telinga. Ruang yang gelap gelita mulai mendapat
sedikit cahaya apabila bilah-bilah sinar matahari menembusi masuk dari
lubang-lubang kecil yang ada di dinding bilik.  Isabella sedar malam sudah
berlalu. Tidak lama kemudian, pintu dibuka orang dan seorang rahib
membawanya naik ke sebuah bilik yang lebih besar. Dalam bilik itu terdapat
patung dua belas orang Pengikut Kristus dan lain-lain patung para martir. Dua
orang paderi duduk menghadap ke sebuah meja. Isabella disuruh duduk
berdepan dengan paderi-paderi itu. Isabella tahu mereka adalah paderi-paderi
termahsyhur  di Sepanyol. Dia pernah melihat mereka di rumah bapanya.

Mula-mula, paderi-paderi itu menyumpah-seranah Isabella dengan berbagai-


bagai kutukan yang diucapkan dalam keadaan marah. Kemudian mereka
menuduhnya murtad, memberi malu kepada bapanya, seorang paderi yang
dihormati, mencemarkan agama Kristian dan sebagainya. Setelah itu, baru
mereka berlembut dan berdakwah.
“Sudahkah kau masuk Islam?”
“Syukur kepada Allah yang telah memberikan kepada saya nikmat Islam.”
jawab Isabella.
“Sudah!” ujar salah seorang paderi. “Hentikan puji-pujian kepada Islam.
Beritahu kami apakah kau mahu mati dengan kematian yang memalukan
ataupun kau mahu kembali menjadi hamba Tuhan yang dirahmati?”

“Setelah menjadi Islam tiap-tiap orang sudah menjadi hamba Tuhan yang
dirahmati dan tidak ada orang yang lebih beruntung daripada mereka yang
diberi peluang untuk menerima Islam kerana hanya inilah saja agama yang
diredhai Allah.”
“Jangan memuji-muji agama terkutuk seperti Islam di hadapan kami. Kami
cuma mahu mendengar dua perkataan saja, apakah kau mahu mati atau mahu
hidup di dalam agama Kristian? Jawab segera kerana nasibmu akan diputuskan
pada hari ini juga.”
“Betapa penderitaan dan seksaan yang telah dialami oleh martir-martir Kristian
pada zaman permulaan dulu, tetapi mereka tidak membuang agamanya.”
jawab Isabella.

“Mereka telah dibakar hidup-hidup, dicampak ke dalam kandang harimau dan


singa dan dipotong dua tetapi mereka tetap berpegang teguh pada
kepercayaannya. Andaikata kerana keimanan seseorang itu mesti menghadapi
kematian maka itu bermakna dia telah mendapat kerelaan Tuhan dan
mendapat kepuasan batinnya sendiri. Saya sekarang sudah berada di jalan
yang benar, tidak ada satupun di dunia bahkan kematian juga, dapat
memesongkan pendirian saya. Kitab Suci Al-Quran telah mengajar saya bahwa
sembahyang saya, pengorbanan saya, hidup dan mati saya semata-mata untuk
Allah yang tiada sekutu bagiNya. Saya sudah bertekad untuk tetap
mempertahankannya dan saya ternasuk orang-orang yang bertaqwa.”
“Jadi bererti kau tidak mahu meninggalkan Islam dan kembali ke dalam kasih
Tuhan Jesus Kristus.” kata salah seorang paderi itu.
:Nasibmu akan diputuskan hari ini!”
“Apa saja keputusan yang tuan buat, buatlah tanpa takut dan menurut kata
hati tuan yang sebenarnya.” kata Isabella. “Paling banyak pun, tuan hanya
boleh mengambil nyawa saya saja tetapi tuan tidak tahu bahwa saya sebagai
hamba Allah, Allah hidup abadi.”
“Bila kematian sudah berada di hadapanmu,” jawab salah seorang paderi,
“barulah kau akan lupa semua ayat-ayat Quran dan Allah serta lain-lainnya.
Kami baru boleh mengerti kalau Quran atau Muhammad boleh
menyelamatkan kau dari kematian.”Isabella tersenyum kecil.

“Masalah serupa itulah yang telah dikemukakan oleh orang-orang Yahudi


kepada Jesus Kristus dulu iaitu kalau dia di jalan yang benar maka dia mesti
turun dari salib itu dan menyelamatkan nyawanya. Kini, adakah Kristus di pihak
yang salah menurut tuan kerana dia tidak dapat menyelamatkan nyawanya
dari kematian ataupun tuan semua telah mengikut jejak langkah orang-orang
Yahudi itu.”
“Syaitan! Isi neraka! Otak iblis! Tak berguna! Sial!” Paderi itu melenting lalu
bangun dan membeliakkan matanya kepada Isabella. “Kau panggil aku Yahudi!
Kau diam! Tunggulah kematianmu!”
“Memang baik begitu kalau tuan juga diam dan biarkan saya sendirian. Tuan
boleh buat apa yang tuan suka.” kata Isabella.
Paderi yang sedang marah memanggil rahib-rahib yang sedang berdiri
mengawal Isabella.
“Kurung perempuan ini di ruang bawah tanah itu. Jangan diberi dia makan atau
minum. Bapanya telah mengarahkan supaya dia diserahkan kepada inquisisi
dan nasibnya akan ditentukan esok.”
Mendengar perintah itu, rahib-rahib pun menangkap Isabella dan menolaknya
secara kasar. Sambil menyorong-nyorongnya ke hadapan, mereka memukul
dan membawanya keluar dari bilik itu. Ketika di luar bilik, mereka lebih
berleluasa memukul Isabella hingga dia jatuh tersepuk di atas lantai. Dia ditarik
bangun dan didorong sehingga sampai ke ruang bawah tanah. Kemudian,
Isabella ditolak masuk hingga jatuh ke lantai lalu pintu ruang itu pun dikunci.

Sudah tiga hari Isabella di dalam kurungan dan tidak sekali pun dibawa keluar
lagi. Isabella tetap cekalkan hati dan memberanikan diri. Walaupun pada
waktu malam, ketika suasana menjadi hening sepi, tengkorak dan tulang-
tulang kerangka manusia menjadikan suasana menakutkan, ketenangan hati
yang diperolehnya membuat dia tidak merasa takut. Sayup-sayup sampai ke
telinganya, suara ngauman para rahib sedang melakukan ibadat dan adakala
kedengaran ucapan, esakan dan raungan rahib-rahib perempuan yang sedang
menyeksakan diri mereka.
…………..

Berita kehilangan Isabella telah diketahui oleh Mirano daripada pembantu


rumah yang telah digunakan oleh komplotan paderi-paderi untuk menculik
Isabella. Mirano segera menghubungi  Martha, Hanana dan Catherine. Dari
penyelidikan mereka, ternyata Isabella telah dikurung dan diseksa di bawah
kolong sebuah rumah yang dijadikan sebagai sebuah biara  yang letaknya tidak
jauh dari Rabat Ramani. Keempat orang gadis itu pun membuat keputusan
untuk memberitahu hal itu kepada Umar Lahmi dan Ziad bin Umar.

Pada suatu malam, secara sembunyi-sembunyi, mereka telah ikut hadir dalam
satu perhimpunan di rumah Ziad bin Umar. Semua yang hadir terperanjat
mendengar berita sedih itu, lebih-lebih lagi Umar Lahmi. Dia tidak
memperlihatkan kegemparan hatinya kerana Ziad bin Umar sendiri menerima
berita itu dengan tenang dan sabar.
“Demi Allah,” kata satu suara di antara para hadirin, “jikalau kita terus bersikap
toleran serupa ini, orang-orang Kristian itu akan menjadi penghalang besar
kepada dakwah Islam. Isabella yang sudah menjadi saudara kita kini dalam
tawanan mereka. Menjadi tanggungjawab tiap-tiap kita untuk
membebaskannya walau betapapun juga korbannya.”
Seorang hadirin berdiri dan bersuara dengan lantang sekali.
“Dengan izin tuan, saya akan pergi membebaskannya sekarang juga. Malang
sekali, saudara kita sedang menghadapi seksaan dan kita duduk berpeluk
tubuh. Memang satu kezaliman!”
Umar Lahmi memandang Ziad bin Umar sebelum dia berkata.
“Saudara-saudara, kegemparan dan jerit-pekik tidak dapat menolong kita.
Perkara ini sekarang ada di dalam tangan guru kita, Ziad bin Umar. Kita semua
akan mengikut apa jua arahannya.”
“Tuan Ziad,” kata hadirin, “kami menuruti apa saja perintah tuan.”
“Arahan saya kepada tuan-tuan semua,” ujar Ziad bin Umar,
“ialah jangan melakukan tindakan yang terburu-buru yang akan
mengakibatkan kematian Isabella. Jika kita mahu, kita boleh mengirim
sepasukan tentera tetapi adalah lebih manfaat kalau kita melakukan tindakan
yang strategis. Andaikata Isabella di dalam kesukaran maka insya’Allah itu akan
mempertebalkan imannya. Iman itu ialah nilai Islam yang hanya dapat dicapai
melalui percubaan.”

Umar Lahmi lalu memandang kepada Mirano dan sahabat-sahabatnya.


“Nah, bagaimana pula pendapat saudara-saudara sekalian? Sampai setakat
mana saudara-saudara boleh menolong Isabella?”
“Sekiranya kami dibenarkan menolong,” kata Mirano, “kami dengan mudah
dapat melepaskan saudara kami itu dari kesukaran.”
“Terima kasih banyak.” ujar Umar Lahmi.
“Saudara-saudara, kami beri kebenaran untuk melakukan apa saja bagi
membebaskan Isabella.” kata Ziad bin Umar.
Setelah mendapat kebenaran dari Ziad bin Umar, keempat-empat anak gadis
itu pun meminta diri. Dalam perjalanan pulang, mereka membuat satu
rancangan dan berteguh-teguhan janji akan merahsiakan rancangan itu. 
BAB 11    Isabella Dalam KURUNGAN

Pada suatu hari, iaitu hari keempat Isabella di dalam tawanan para paderi,
Mirano bersama-sama Martha, Hanana dan Catherine telah pergi menemui
ketua paderi. Mereka memberitahu ketua paderi tentang keakraban
persahabatan mereka selama ini. Mereka sangat menyesali dengan perbuatan
Isabella yang telah menukar agama nenekmoyangnya. Andaikata mereka diberi
kesempatan untuk membujuk Isabella, mereka yakin Isabella dapat menerima
kembali agama Kristian. Walaupun ketua paderi, bapa Isabella, telah berputus
asa dan sudah menyerahkan nasib anaknya itu kepada inquisisi sebagai satu-
satunya jalan untuk memperkuat kedudukan jabatannya sebagai ketua paderi
yang dihormati oleh penganut-penganut agama Kristian, dia terpengaruh juga
dengan permohonan anak-anak gadis itu. Apatah lagi kesempatan seperti itu
adalah kesempatan terakhir padanya untuk mendapat kembali anak yang
sangat dikasihinya. Mirano dan sahabat-sahabatnya telah dapat menyakinkan
ketua paderi bahwa mereka pasti dapat menarik kembali Isabella dalam
pelukan agama Kristian dengan pujukan mereka karena mereka sudah
berkawan sejak kecil.

“Bapa suci! Isabella adalah belahan hati kami semua. Kami sanggup berbuat
apa saja demi untuk membawa dia kembali ke pangkuan kita. Izinkanlah kami
pergi ke biara untuk bercakap dan menasihatinya.”
“Biarkan anak sial itu masuk neraka.” kata ketua paderi. “Dia sudah berkepala
batu. Tuhan Jesus Kristus telah memutuskan hubungan dengannya. Aku
khuatir kalian pula akan disesatkannya.”
“Tapi tidak rugi kalau kami mencuba. Inilah usaha terakhir kami untuk kebaikan
Isabella.” kata Mirano. “Kalau tidak berhasil juga, kami minta bapa suci seksa
dia biar dia rasa. Biarkan ia menjadi teladan kepada orang lain.”
Mendengar kata-kata Mirano yang menyakinkan itu, ketua paderi pun
memberi kebenaran kepada mereka untuk menemui Isabella di biara tempat
dia ditahan.
“Dengan syarat kalian bercakap dengan Isabella di depan dua orang rahib
supaya kalian tidak diselewengnya. Jangan dipengaruhi oleh kemurtadannya.
Nah, kalian boleh pulang sekarang. Esok petang, bolehlah kalian pergi ke sana.
Aku akan menulis surat kepada rahib yang mengawal di sana.”

Setelah mendapat persetujuan ketua paderi, Mirano dan sahabat-sahabatnya


pulang ke rumah dengan perasaan yang amat gembira. Dalam perjalanan
pulang, mereka membuat keputusan akan keluar dari rumah mereka besok
petang dan terus minggat bersama-sama Isabella ke pihak orang-orang Islam.
Mereka membuat persediaan dengan penuh berhati-hati agar tidak memberi
tanda-tanda yang boleh menimbulkan kecurigaan kepada keluarga masing-
masing. Sebelum bertolak ke biara, mereka telah memberitahu usaha mereka
kepada Umar Lahmi dan Ziad bin Umar dan meminta disediakan keperluan
yang dibutuhkan dalam menjayakan usaha pembebasan Isabella.

Seperti yang sudah dijanjikan, keempat-empat anak gadis itu telah keluar dari
rumahnya tanpa membawa bekalan apa-apa. Bapa Mirano, Michael yang telah
diberitahu oleh ketua paderi tentang tujuan anaknya, telah memberi nasehat-
nasehat yang perlu kepada anaknya agar dia berhati-hati dalam menghadapi
Isabella. Dia sangat gembira di atas usaha anaknya kerana dia tahu benar
hubungan Mirano dan Isabella yang kuat kerana telah terjalin ketika mereka
masih kecil lagi. Dalam hatinya, melonjak rasa bangga kerana anaknya masih
kuat berpegang pada agama Kristian dan tidak mudah terpengaruh seperti
Isabella, anak ketua paderi, walaupun anaknya itu ikut mendengar perbahasan
dengan orang-orang Islam.
“Mudah-mudahan kamu semua dalam perlindungan Tuhan Jesus Kristus.”
katanya sambil melepaskan anaknya pergi. “Pujuklah dia. Mudah-mudahan dia
kembali kepada kita.”

Mirano dan sahabat-sahabatnya telah bertemu di suatu tempat. Tepat pada


waktu yang dijanjikan ketua paderi, mereka bertolak ke biara. Ketua paderi
telah pun menulis kepada pengawas biara supaya membenarkan mereka dan
memberikan segala macam kemudahan dan bantuan agar anak-anak gadis itu
dapat mengubah pendirian Isabella dan dapat melihat kembali cahaya
kebenaran semula. Apabila Mirano dan sahabat-sahabatnya tiba di biara,
mereka telah diberi sambutan oleh rahib lelaki dan rahib perempuan dengan
penuh hormat dan mesra. Mereka berfikir bahwa untuk membimbing Isabella
kembali ke dalam agama Kristian, Jesus Kristus telah mengirim ibunya, Mariam
Perawan, dengan menjelma ke dalam gadis-gadis ini dan pertolongan dari
semua wali-wali ada bersama-sama mereka. Apabila sampai ke dalam rumah,
mereka dibawa masuk ke bilik yang ditempatkan patung Mariam Perawan.

Mereka lalu duduk menghadapinya dengan dikelilingi sekumpulan rahib lelaki


dan rahib perempuan.

Seorang rahib perempuan berkata kepda Mirano “Rahmat Tuhan Jesus Kristus
kepada anda dan muga-muga Tuhan memberi kejayaan ke atas usaha anda.
Anda tahu, syaitan telah memesongkan Isabella yang malang itu dari jalan yang
benar. Betapa bagusnya dan terpelajarnya gadis itu! Mudah-mudahan Tuhan
menghancurkan syaitan itu. Betapa alimnya orang yang telah disesatkan!”
“Mudah-mudahan anda dilindungi oleh bayang-bayang Mariam Perawan.
Dengan pertolongan penyelamat, anda tentu berjaya.” ujar seorang rahib
perempuan lain.
“Wajah anda yang cantik menjamin kejayaan itu. Andainya ada bantuan restu
dari Tuhan Jesus Kristus maka usaha yang sukar ini akan dapat dijalankan
dengan baik. Berita telah tersebar di seluruh Cordova dan semua orang-orang
Kristian merasa terpukul.”
“Demi Tuhan,” sampuk pula rahib perempuan yang ketiga, “baru tadi malam
aku melihat gadis-gadis yang berwajah seperti anda di dalam mimpiku. Mereka
duduk di atas pangkuan Mariam Perawan dan disebelahnya Tuhan Jesus
Kristus sedang memberi isyarat bahwa kehormatan gereja akan dipulihkan
melalui keempat orang gadis itu”
Apabila rahib lelaki mendengarnya, mereka berteriak “Sudah pastilah orang-
orang dalam mimpimu itu adalah gadis-gadis ini!”

Ketua rahib yang menjadi pengawas biara mencelah “Isabella sedang dikurung
di dalam ruang bawah tanah. Kaki dan tangannya dirantai. Gadis terkutuk itu
terlalu keras hati, lagi kuat seksaan dikenakan ke atasnya lagi kuat dia
mengagung-agungkan Islam. Malah dalam keadaan serupa itu pula, dia cuba
berdakwah kepada kami. Jadi, bila anda bercadang mahu menjumpainya?”
“Cadangan kami ialah untuk berbicara dengannya dalam keadaan tenang.”
jawab Mirano. “Kami akan menerangkan kepadanya tentang kebenaran agama
Kristian tetapi dengan syarat satu atau dua orang rahib saja ikut serta. Kini
matahari sudah hampir terbenam, bolehlah tuan bawanya ke mari supaya
dapat kami membujuknya sembahyang dan beramal. Mungkin sesudah itu
tidak perlu lagi kita membujuknya. Dengan berkat Mariam Perawan,” Mirano
menunjuk ke arah patung Mariam Perawan, “hatinya akan terbuka untuk
Tuhan yang disalib.”

Ketua rahib menundukkan kepala tanda bersetuju.


“Apa saja arahan anda kami akan mematuhi. Aku akan mengarahkan semua
rahib agar tidak mengganggu anda sembahyang dan melakukan amalan dan
menjauhkan diri mereka dari anda semua.”
“Terima kasih.” kata Mirano. “Biarlah kami bertemu Isabella dulu di ruang
bawah tanah itu. Setelah kami berbicara dengannya tentang hal-hal biasa
seperti persahabatan kami, barulah bawa dia ke mari.” Sambil menunjuk
kepada patung Mariam Perawan, Mirano menyambung “Cuba tengok, ibu
Tuhan kita sudah siap menunggu untuk mengambil Isabella ke dalam
pelukannya. Kita berharap Isabella juga tidak enggan menerima pelukan yang
diberi.”
“Baiklah.” kata ketua rahib. Dia pun mempelawa Mirano dan sahabat-
sahabatnya mengikutinya turun ke ruang bawah tanah.

Apabila pintu bilik dibuka, mereka semua diselubungi kegelapan.


“Oh, gelap!” seru Hanana.
“Nanti saya pasangkan andang.” ujar ketua rahib. “Berjalanlah perlahan ke
depan tetapi awas jangan terlanggar tulang-tulang tengkorak yang
berselerakan.”
Ketua rahib lalu menyalakan andang. Mirano yang belum biasa dengan
keadaan di dalam bilik itu belum lagi dapat melihat Isabella yang sedang duduk
di satu sudut yang tidak tercapai cahaya andang. Mereka cuma dapat melihat
tengkorak bergantungan dan tulang-tulang manusia di sanasini. Martha lebih
dulu melihat kelibat Isabella. Rasa ngeri yang menyelinap ke dalam diri terus
hilang kerana kegembiraan.
“Isabella!” serunya.
Semua sahabat-sahabatnya seperti dikejutkan oleh seruan itu lalu memandang
berkeliling. Mereka terlupa sebentar pada tulang dan tengkorak manusia.
“Isabella!”
Isabella terperanjat mendengar suara sahabat-sahabatnya. Dia lalu
memanggung kepala. Nampaklah keempat sahabatnya yang sedang berdiri di
dalam sinar andang.
“Assalamualaikum.” ujarnya.
“Perempuan malang lagi terkutuk!” sumpah ketua rahib. “Baru kelmarin kau
dipukul kerana menyebut kata-kata itu tetapi kau masih belum serik lagi dan
masih belum berubah.”

Semua sahabat-sahabat Isabella menyambut salam itu dengan ketawa


berdekah-dekah dan pura-pura tidak mendengar. Mereka mendekatinya. Hati
mereka hancur luluh kerana kesedihan melihat keadaan Isabella. Mata mereka
digenangi air. Kasihan, tangan dan kaki Isabella diikat dengan rantai.
“Isabella, alangkah sedihnya keadaan anda di sini.” kata Mirano. “Belumkah
lagi anda sedar betapa hukuman yang dikenakan ke atas anda kerana menolak
kebenaran?”
“Anda memang benar, saudara.” jawab Isabella tersenyum. “Kerana kebenaran
orang sanggup ke tiang gantung.”
“Kami datang  ke mari,” kata Mirano “bukan untuk berbahas tentang
kepercayaan anda.”
Mirano lalu ketawa dan diikuti sahabat-sahabatnya sehingga kedua orang rahib
yang ada juga ikut ketawa bersama-sama.
“Isabella, berapa lama lagi anda mahu duduk dalam cengkaman syaitan serupa
ini? Cuba lihat betapa orang-orang Kristian di seluruh Cordova terganggu oleh
kemurtadan anda.”
“Tidak ada jalan lain untuk berlindung dari syaitan melainkan dengan
menerima Islam.” jawab Isabella. “Satu anggapan kosong bahwa dengan
menjadi Kristian seseorang dapat melepaskan diri dari cengkaman syaitan.
Anda telah baca Injil dan seharusnya sudah tahu bahwa pengikut-pengikut suci
juga tidak dapat terlepas dari genggaman syaitan. Malah Jesus Kristus
memanggil setengah daripada pengikutnya sebagai syaitan. Apabila pengikut-
pengikut ini, yang menurut kata anda, dilatih langsung di bawah pengawasan
Jesus Kristus tidak dapat melepaskan diri daripada cengkaman syaitan maka
bagaimana orang-orang Kristian hari ini mahu menyelamatkan diri mereka dari
syaitan? Tetapi Al-Quran mengatakan bahwa syaitan tidak boleh menyentuh
hamba-hamba Allah yang taqwa.”
“Nah, anda sudah memulai lagi perbincangan yang menyebabkan anda
dikalahkan oleh paderi-paderi kita.” kata Mirano sambik ketawa. “Dan dengan
rahmat Tuhan kita telah keluar dengan kejayaan. Jadi, lebih baik anda
berhentikan perbahasan ini dan tengok kepada seksaan yang anda terima. Oh,
Isabella! Ini hukuman Tuhan ke atas anda, sebagai anak ketua paderi Cordova,
anda tidur di atas tilam duri dan kaki serta tangan anda dirantai, demi Tuhan.
Kasihanilah diri anda.”

“Jikalau kebenaran boleh dibuang kerana mengelak diri dari kesusahan, maka
orang-orang Kristian yang menjadi martir pada awal Kristian dulu tidaklah
dapat merasa ujian kemartiran mereka. Jikalau kesusahan hanya datang
melalui perkara-perkara yang batal maka kebanyakan orang Kristian yang
menjadi kebanggaan gereja dapat digolongkan sebagai orang-orang yang
berada di pihak yang salah. Pada hakikatnya, percakapan anda itu lebih banyak
menyeksa aku melebihi daripada yang kurasai di atas tilam berduri ini dan kaki
dan tanganku terbelenggu. Apakah anda datang untuk menambahkan lagi
seksaan ke atas diriku?”

Mirano lalu berpaling kepada rahib, ketua pengawas, sambil berbisik “Isabella
tidak dapat ditundukkan dengan perbahasan. Satu-satunya cara ialah pada
malam ini kita sertakan dia di dalam sembahyang dan pembaktian di depan
patung Mariam Perawan. Tuan akan lihat, malam ini juga dia akan berubah dan
hatinya akan berpaling lalu kembali kepada Kristus yang disalib.”
“Sudah menjadi aturan seseorang yang hatinya terlalu keras akan kembali
beriman apabila berhadapan dengan kenyataan. Lihat saja, betapa degilnya St
Paul, musuh Tuhan. Apa bentuk seksaan yang tidak diterima oleh orang-orang
beriman di tangannya? Tetapi St Paul itulah sekarang menjadi turus agama
Kristian. Dialah yang paling banyak menerima rahmat dari Tuhan.” kata
Mirano.
“Anda benar.” ujar ketua rahib. “Mudah-mudahan Tuhan Kristus akan berbuat
serupa pada Isabella dan kembali ke dalam golongannya.”
“Baiklah, sekarang kita beredar dulu dari sini dan siapkan upacara sembahyang
di bilik besar.” kata Mirano kepada ketua rahib.
“Lepas tiga jam malam berlalu, tuan bawa Isabella ke bilik kami bersama
seorang rahib perempuan untuk menjaganya.” sambung Mirano.
“Baiklah. Isabella akan kami bawa kepada anda pada waktu yang ditetapkan.”
Ketua rahib berjanji.
“Oh ya,” ujar Mirano, “bolehkah tuan atau sesiapa saja menemani kami
sepanjang malam ini?”
“Dengan segala senang hati. Tapi,” kata ketua rahib “anda tahu kami semua
sembahyang sepanjang malam dan memuja-mua Tuhan.”

Mirano diam sejurus seperti sedang berfikir.


“Kalau begitu, baiklah. Buat apa yang biasa tuan-tuan lakukan. Saya pun fikir
tidak berapa perlu sangat. Cuma pada waktu pagi saja iaitu pada masa
perbincangan itu, tuan mesti hadir sama seperti yang sudah kita aturkan.”
“Ya, waktu pagi nanti tidak saja saya tetapi rahib-rahib lain pun akan ikut
mendengar perbincangan anda.” kata ketua rahib.
Martha menyampuk “Kalau dengan izin Jesus Kristus hasilnya akan tercapa
pada malam nanti. Perlukah lagi perbincangan itu?”
Ucapan Martha itu diberikan dengan semacam nada yang dapat ditangkap
maksudnya oleh sahabat-sahabatnya saja.

Setelah mereka meninggalkan ruang bawah tanah itu, ketua rahib mengunci
pintunya. Mereka masuk ke bilik besar. Selesai makan malam dan
membersihkan diri, empat sekawan itu berjalan-jalan di sekitar biara. Mereka
bercakap-cakap dengan rahib lelaki dan rahib perempuan yang membuat
persiapan-persiapan untuk beribadat di sepanjang malam itu. Kemudian,
mereka kembali ke bilik. Tujuan mereka berbuat begitu adalah untuk mencari
seroang rahib perempuan yang paling kuat pembaktiannya yakni yang paling
warak. Mereka dapat bertemu rahib itu dan ketika itu dia sedang tenggelam
dalam sembahyangnya.

Malam berjalan dengan lambat tetapi waktu tiga jam yang dijanjikan semakin
mendekat. Anak-anak gadis itu berbincang sesama sendiri dengan suara
perlahan. Tepat pada waktunya, pintu bilik dibuka dan ketua rahib masuk.
Keempat-empat gadis itu bangun berdiri sambil memberi hormat.
“Isabella sedang diambil dari kurungan dan akan dibawa ke mari dengan
segera.” kata ketua rahib.
“Terima kasih.” jawab Mirano.
“Bersama-sama dengannya ialah seorang rahib perempuan seperti yang
diminta.” kata ketua rahib lagi.
“Bolehkah tuan hantarkan kepada kami seorang rahib yang paling warak,
seseorang yang tidak berhenti beribadat sepanjang malam?” tanya Mirano.
“Adakah rahib serupa itu di sini?”
Ketua rahib termenung seketika.

“Semua rahib perempuan di sini warak orangnya. Mereka membuat berbagai-


bagai amalan demi Tuhan Jesus. Tapi ..” katanya sambil berfikir “ada seorang
yang bernama Arkia. Dia paling warak, pembakti, penerima wahyu suci dan
telah melakukan berbagai macam mukjizat. Tentang keturunannya, cukuplah
kalau dikatakan dia itu ialah Puteri Perancis. Dia telah meninggalkan kekayaan
dan takhtanya demi untuk Mariam Perawan.”
“Kalau begitu, cita-cita kami sudah berhasil.” kata Mirano. “Kami perlukan
rahib perempuan seperti itu supaya dapat mempengaruhi Isabella dengan
kekuatan batinnya. Apakah dia juga boleh melakukan mukjizat?”
“Kebolehannya melakukan mukjizat terkenal di mana-mana.” jawab ketua
rahib. “Apakah anda tidak pernah mendengar tentang dirinya? Anda dengar ini
saja, dia boleh minum racun tetapi tak berkesan sedikit pun padanya. Pada
suatu masa dulu, seekor ular yang berbisa masuk ke biara dan jatuh tergolek di
kaki Arkia. Ini saya lihat dengan matakepala saya sendiri.”
“Maha suci Tuhan.” ujar Mirano. “Kerja kita sudah berhasil. Sekarang tolong
bawakan Isabella dan Arkia kemari.” 
BAB 12   Puteri Perancis

Tidak lama kemudian, Isabella pun dibawa masuk ke dalam bilik di mana
sahabat-sahabatnya sedang menunggu. Keadaan tubuhnya amat lemah.
Mirano dan sahabat-sahabatnya terlalu hiba melihatnya. Kalau tidak
khuatirkan tembelang mereka akan terbuka, pada waktu itu juga mereka mahu
memeluknya dan menangis dengan sekuat-kuat hati. Mereka hanya menahan
sebak di dada walaupun melahirkan raut wajah yg biasa seperti orang yang
hanya datang sekadar mahu memujuk agar Isabella kembali kepada jalan yang
benar. “Puteri Arkia akan datang sebentar lagi sesudah dia selesai mengerjakan
ibadatnya.” kata rahib yang membawa Isabella.
Dia kemudian meninggalkan bilik itu. Pada kesempatan itu, Mirano, Hanana,
Martha dan Catherine segera membincangkan dengan Isabella tentang
rancangan rahsia yang akan mereka lakukan bagi membebaskannya. Mereka
meminta Isabella bekerjasama dengan berpura-pura kembali kepada agama
Kristian agar rancangan itu berjaya. Isabella menempelak sahabat-sahabatnya.
Dia dengan tegas menolak cadangan mereka.

“Apa saja penderitaan demi agama Islam maka insyaAllah, ia akan menjadi
sebagai penebusan dosa dan memperkuat lagi keimananku. Andaikata Allah
mahu membebaskan aku daripada cengkaman tawanan ini, maka pasti Dia
akan menunjukkan jalannya kepadaku.” kata Isabella dengan penuh taqwa.
Setelah terjadi berbagai macam pertukaran pendapat, mereka akhirnya
mencapai kata sepakat akan melakukan cara yang paling baik tanpa
menyinggung keimanan Isabella yang sudah kukuh. Mereka lalu berdoa
bersama-sama. Isabella membaca doa yang diajarkan oleh Umar Lahmi dari
AlQuran, surat Al-Isra’ ayat 80: Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni
mukhraja sidqin.*

[*Wahai Tuhanku, masukkanlah daku secara yang baik lagi diredhai dan
keluarkanlah daku secara yang baik dan diredhai.]

Mirano mula membaca salawat kepada Rasulullah dan sahabat-sahabat


mereka yang lain mengucapkan doa yang sesuai dengan keadaan pada waktu
itu. Sebaik saja mereka selesai berdoa, pintu bilik terbuka dan melangkah
masuk Arkia, Puteri Perancis. Mereka terpegun sejurus melihat perawakan
wanita itu. Orangnya tinggi lampai dan walaupun dalam berpakaian rahib
begitu pun masih dapat dilihat garis-garis kecantikannya yang asal. Hidungnya
mancung seperti paruh elang dan pada raut muka tergambar keangkuhan
bangsawan. Bibirnya yang tipis dan rapat membayangkan kekerasan hati.

Mereka yang ada di dalam bilik bangun dan memberi hormat kepadanya.
“Saya sangat dukacita bahwa Isabella telah melepaskan dirinya daripada
pelukan Tuhan kita dan telah menyekutukan dirinya dengan orang-orang yang
murtad. Saya hairan kenapa syaitan boleh menguasainya. Baru tadi malam,
saya melihat dalam mimpi saya seorang ulama Islam dibakar di dalam neraka
dan gadis malang ini juga mahu mengikutinya? Kalau dia kembali memikul salib
Tuhan dan tinggal dengan saya beberapa hari, saya akan memberi dia melihat
Tuhan.” kata Arkia.
“Memang benar,” ujar Mirano “sangat memalukan apabila seorang anak
pemimpin kerohanian menjadi murtad. Itulah sebabnya pada hari ini kami
membawanya kepada anda. Anda boleh mempengaruhinya dengan kekuatan
ilmu batin anda dan membawa dia kembali ke kaki Tuhan. Dia tidak dapat kita
kalahkan dengan hujah-hujah tetapi kita dapat membawanya kembali ke
agama asal dengan pengaruh kerohanian.”
“Baiklah,” jawab Arkia “hari ini kita membawa balik Isabella kepada Mariam
Perawan melalui sembahyang dan ibadat. Saya yakin menjelang pagi nanti, dia
akan pulih. Saya dapat melihat Tuhan sedang menunggu Isabella dengan
tangan terbuka dan Isabella pun sudah bersedia untuk masuk ke dalam
pelukannya. Anda semua tidak usah khuatir. Tunggu saja sampai pagi.”

Ketika itu, Isabella mahu menjawab kata-kata Arkia tetapi Martha dengan
segera memberi isyarat supaya dia mendiamkan diri. Arkia menceritakan
tentang beberapa mukjizat yang pernah dilakukannya. Sedang dia bercakap-
cakap, pintu bilik dibuka orang. Di muka pintu, berdiri ketua rahib.
“Apakah anda masih memerlukan beberapa orang rahib perempuan lagi?”
tanya ketua rahib. “Kalau mahu, saya akan arahkan.”

“Terima kasih banyak.” jawab Mirano. “Buat masa ini saya fikir belum perlu
lagi. Tetapi saya berterima kasih kalau tuan dapat datang menjenguk kami
sekali atau beberapa kali sepanjang malan ini dan memberi nasihat apa-apa
yang perlu.”
“Baiklah.” kata ketua rahib. “Saya akan datang setiap dua jam sekali.”
Dia lalu menutup pintu bilik dan meninggalkan mereka.

Ada kira-kira setengah jam lagi akan menjelang tengah malam. Anak-anak
gadis itu pun duduk untuk melakukan sembahyang bersama Arkia di depan
patung Mariam Perawan. Mereka duduk dalam jarak beberapa meter antara
satu dengan yang lain. Mirano duduk berhampiran dengan Isabella supaya dia
dapat menyampaikan sesuatu yang penting dengan mudah tanpa diketahui
orang lain.
Setelah satu jam bersembahyang, Mirano lalu membisikkan kepada Isabella
“Dengar baik-baik. Anda jangan sekali-kali mencelah apa saja yang aku
cakapkan. Anda dengar saja dan terima seadanya.”
Arkia dengan semangat kesalihan yang tinggi telah melakukan beberapa
perkara yang aneh-aneh. Kadang-kala dia menghulurkan tangannya seolah-
olah mahu mencapai sesuatu ke dalam pelukannya. Kadang-kala dia menangis
dan ada masa dia meraung seperti orang kesakitan. Dia mengulang-ulangi
perbuatannya berkali-kali dan berkata “Ya, ya. Tuhan akan memberi hidayah
kepadamu. Roh Kudus akan menolong kita.”

Kira-kira jam satu malam, Mirano telah menjerit dengan sekuat hati dan
kemudian pengsan. Isabella duduk tanpa bergerak di sampingnya. Arkia,
Martha, Hanana dan Catherine menerpa ke Mirano. Mereka mahu
menyedarkannya dengan memercikkan air ke muka. Arkia melarang sambil
berkata bahwa Mirano telah melihat Tuhan dan sembahyang mereka pada
malam itu mencapai kejayaan besar.
“Jangan susah. Ini satu tuah kita bahwa Tuhan telah datang ke biara ini.”
Arkia mendekati Isabella. “Nah, Isabella! Masih enggankah kau mengangkat
salib Tuhan kita?”
Isabella diam. Dia tidak menjawab dan hanya mendengar saja. Arkia semakin
yakin bahwa Tuhan benar-benar telah turun di biara itu dan memandang
Isabella dengan mata rahmatnya. Mirano masih terus dengan pengsannya
waktu ketua rahib tiba.
Ketua rahib amat terperanjat melihat keadaan Mirano lalu berteriak “Apa
sudah terjadi?”

Arkia terus menceritakan dengan penuh keyakinan bahwa Tuhan telah turun
ke dalam diri Isabella, yang segera pula dibenarkan oleh ketua rahib itu yang
memang sudah sangat percaya kepada kesalihan Arkia. Akhirnya, setelah
dilakukan berbagai-bagai usaha, Mirano pun mulai sedar.
Ketua rahib segera bertanya “Mirano, bagaimana keadaanmu? Cuba beritahu
kami sedikit khabar baik.”
Mirano menunjukkan jarinya ke arah Arkia.
“Ini semua adalah manifestasi kesalihan dan keberkatan dari perhatiannya
yang warak menyebabkan saya melihat Tuhan.” kata Mirano bersungguh-
sungguh.
“Maha Suci Tuhan,” ujar Arkia “rahmat atas nama Kristus yang disalib.”
“Bagus, bagus. Apa yang telah anda lihat?” tanya ketua rahib lagi seakan tidak
sabar.
“Saya sedang khusyuk bersembahyang apabila saya melihat suatu lembaga
lelaki yang segak dan anggun menerpa saya. Kemudian, dia melihat dengan
mata imannya pada Isabella sambil tersenyum.” Mirano bercerita.
“Tahniah! Tahniah!” kata ketua rahib itu.
“Saya sedang memerhatikan lembaga itu dengan penuh perhatian tapi dia tiba-
tiba berpaling kepada saya. Saya melihat ada suatu tanda di dahinya yang
tertulis ‘Roh Kudus’ dengan huruf yang bercahaya-cahaya.”
Isabella hampir tergelak tetapi dia menahan ketawanya dengan terbatuk.

“Oh Tuhan! Maha Suci namamu.” kata Arkia.


“Kemudian dia mengeluarkan sebiji botol kecil dan menuang beberapa titik
isinya ke atas kepala Isabella.” sambung Mirano.
“Sudah tentu itu titisan air keimanan, Isabella,” kata ketua rahib “nasibmu
sudah kembali bersinar.”
“Kemudian Roh Kudus memberitahu saya dua perkara …” Mirano tidak
meneruskan ucapannya. Dia seperti tenggelam dalam fikiran secara tiba-tiba.
“Apa dia, Mirano?” Ketua rahib tidak sabar sambil memanjangkan lehernya
mendekati Mirano. “Apa dia dua perkara itu?”
“Katanya,” ujar Mirano “ada sebuah gereja suci di daerah selatan Cordova yang
sekarang sudah ditinggalkan orang. Di sana tulang-tulang Wali Suci yang
disimpan untuk penziarah-penziarah yang mencari berkat. Saya mahu ke sana
dan cuba melihat, Tuhan yang sedang menunggu kita dengan tangan terbuka
untuk diberi hidayat.”
Arkia terus berseru “Tuhan yang disalib! Namamu penuh pujian. Demi Mariam
Suci! Betapa beruntungnya wahyu ini. Dan saya telah melihat Tuhan sebaik
saja saya sampai ke mari. Dapatkah tuan lihat betapa wahyu Mirano telah
membenarkan perkataan saya?”
“Apa dia yang lagi satu, yang dikatakan Roh Kudus?” tanya ketua rahib lagi
memotong kata-kata Arkia.
“Perkara yang lagi satu?” Mirano berpura-pura kehairanan.
“Ya!”
Mirano menggeleng-gelengkan kepala dengan lembut.
“Perkara yang lagi satu saya tidak boleh beritahu di sini. Begitu saya
diperintah.”
“Apakah Roh Kudus tidak benarkan anda memberitahu perkara itu di sini?”
Ketua rahib seperti kecewa.
“Ya! Dia tidak membenarkan saya memberitahunya di depan orang ramai.”
“Sekurang-kurangnya anda memberitahu saya kalau hal itu ada kena mengena
dengan orang atau tentang suatu usaha.” kata ketua rahib tanpa berputus asa.

Setelah diam sejurus. Mirano lalu berkata “Hanya sekadar ini saja saya boleh
memberitahu tuan. Saya tidak begitu banyak mengetahui tentang tuan. Bapa
Suci, bagaimana saya akan mengetahui kedudukan tuan begitu tinggi di
hadapan Tuhan?”
Oleh sebab para rahib dan orang-orang Kristian Roman Katolik sangat percaya
pada ketahyulan dan amat mudah mempercayainya maka rahib itu pun begitu
juga. Dia melompat-lompat kegembiraan dan mengulang-ulangi ucapan
Mirano.
“Bagaimana saya akan mengetahui kedudukan tuan begitu tinggi di hadapan
Tuhan.”
Arkia, Puteri Perancis, bersujud di kaki ketua rahib dan menggosok-gosok
dahinya di atas kaki itu. Ketua rahib membiarkan sambil berdiri tegak kerana
terlalu gembira.

Dia hanya berkata kepada Arkia “Anakku, sabarlah! Engkau juga akan ikut
bersama-samaku di dalam syurga.”
Hampir dua jam lamanya suasana riang gembira itu berlangsung. Akhirnya,
Arkia berkata kepada ketua rahib itu.
“Apa yang harus kita buat sekarang?”
“Untuk menemui Tuhan, kita harus pergi ke tempat yang diberitahu Mirano.”
kata ketua rahib.
Kemudian dia berpaling kepada Isabella. “Lihat, wahai gadis yang baik! Kerana
engkaulah maka Roh Kudus telah turun ke atas kami hari ini. Sudah tentu
pertemuanmu dengan Tuhan nanti akan menjadikan engkau seorang wali.
Raja-raja akan datang meminta berkat dari kakimu.”
“Apakah kita perlu pergi ke gereja buruk seperti yang diarahkan oleh Roh
Kudus itu?” tanya Mirano.
“Sudah tentu!” kata ketua rahib. “Apakah anda masih ragu-ragu apabila Roh
Kudus sudah arahkan kita ke sana? Kita mesti sampai di situ sebelum
menjelang pagi.”
“Baiklah.” Kurungkan Isabella di dalam ruang bawah tanah itu dan bersiaplah
untuk bertolak.” kata Mirano.
“Kenapa?” tanya ketua rahib kehairanan. “Anda mahu tinggalkan orang yang
kerananya Roh Kudus turun ke mari dan memberi penghormatan kepada kita
untuk bertemu dengan Tuhan? Dengar! Isabella telah menerima hidayat
istimewa dari Tuhan. Seperti juga dengan Paulus Suci meskipun menjadi
musuh ketat Tuhan telah menerima berkat yang istimewa. Jadi, bangun semua.
Bawa Isabella bersama-sama anda. Mari kita pergi ke gereja itu.”
“Bagaimana kalau Isabella melarikan diri dalam perjalanan kita nanti?” tanya
Hanana.
Ketua rahib tertawa besar. “Hairan! Adakah Tuhan panggil kita ke hadapannya
kerana sesuatu yang tidak berfaedah. Seolah-olah dia tidak tahu orang yang
dipanggilnya akan melarikan diri.”
“Saya fikir kita tidak boleh berlengah-lengah lagi.” kata Arkia. “Kerana Roh
Kudus telah mengarahkan kita sampai ke sana segera.” Arkia memandang ke
angkasa.
“Saya sudah mulai nampak Roh Kudus. Oh Tuhan! Puji-pujian untuk namamu!”
“Puji-pujian untuk namamu, Tuhan!” Semua ikut mengucapkan serentak.

“Baiklah,” ujar ketua rahib “saya akan mengarahkan mereka membawa keluar
keldai-keldai dan kalian berkemaslah. Keldai-keldai larinya cepat, sekejap saja
kita boleh sampai ke sana.”
Ketua rahib keluar dan memanggil pekerja-pekerja biara lalu menyuruh
mereka mengeluarkan keldai-keldai. Waktu berangkat dirahsiakan dari
pengetahuan rahib-rahib lain. Ketua rahib sangat gembira kerana Isabella akan
melihat Tuhan di gereja buruk dan akan memikul Salib Suci Kristus. Bapanya,
ketua paderi, tentu akan terperanjat besar melihat mukjizat itu.

Mereka sekarang sudah siap untuk bertolak. Isabella, Hanana, Catherine,


Mirano, Martha, Arkia dan ketua rahib menunggang keldai seorang seekor.
Atas arahan Mirano, Isabella diletakkan di tengah-tengah sebagai satu
tindakan keselamatan. Dalam masa empat puluh lima minit, mereka sampai ke
Gereja Saint Peter. Di dalam gereja itu, terdapat tulang-tulang para martir yang
terkenal di dalam agama Kristian dan perempuan-perempuan Kristian dari
tempat-tempat yang jauh datang ke gereja ini berziarah untuk mendapat
berkat.

Masa masih ada lagi sebelum menjelang fajar dan keadaan gereja yang
mengerikan itu menimbulkan semacam perasaan takut di dalam hati. Sebaik
saja mereka masuk ke dalam gereja, Arkia dan ketua rahib terus berlutut di
hadapan satu rangka manusia yang besar. Kedua-duanya mula menangis
dengan kuat kerana mengharapkan dapat melihat Tuhan sebelum pagi dan
Roh Kudus akan memeluk mereka. Ketika ini, Isabella dan sahabat-sahabatnya
membincang satu rancangan sulit yang sudah mereka atur sebelum bertolak ke
tempat itu. Tiba-tiba dengan suatu gerakan yang cepat, kelima-lima orang
kawan itu menyerang ketua rahib yang sedang meniarap dan menangis. Dua
orang memegang kuat tangannya sementara dua orang lagi menangkap kaki.
Seorang mengeluarkan tali dan kain buruk yang disembunyikan di dalam kocek
baju. Mereka menyumbat kain buruk itu ke mulut ketua rahib dan mengikat
tangan serta kakinya. Ketua rahib malang itu amat terkejut dan tidak sempat
menjerit meminta tolong.

Arkia meniarap di hadapan satu rangka manusia yang lain yang mengharap
dapat melihat Tuhan telah dibisikkan di telinganya oleh Isabella.
“Marilah saudaraku yang salih! Saya mahu menunjukkan Tuhan kepada anda.”
Dengan penuh bersemangat, Arkia bangun segera dan apabila dia
menghampiri ketua rahib yang terikat tangan dan kaki dan dalam keadaan
tidak terdaya, dia lalu memekik “Apa ini?”
“Inilah Tuhan yang datang untuk anda melihatnya di sini.” jawab Isabella.
Anak-anak gadis itu lalu memberi amaran kepada Arkia tentang hari depannya.
Mereka mendakwah agama Islam kepadanya.
“Kalau anda mahu melihat sinar kebenaran dan menjadi manusia yang
sempurna, mengucaplah La ilaha illallah, Muhammad-ur Rasulullah. Kalau
tidak anda tidak akan dapat melihat Tuhan khayalan anda itu sampai ke hari
kiamat.”

Setelah berpesan, kelima-lima gadis itu pun menunggang keldai seorang


seekor serta membawa bersama dua ekor keldai lagi lalu meninggalkan gereja
tua itu dengan segera. Arkia diam tegak seperti patung kerana terkejut.
Akhirnya, dalam cahaya lilin yang suram, dia melihat ketua rahib terkial-kial
mahu melepaskan diri sambil memberi isyarat memerlukan bantuan untuk
melepaskan dirinya. Arkia baru tersedar akan keadaan yang telah berlaku. Dia
segera menarik keluar kain yang tersumbat di dalam mulut ketua rahib.
Kemudia dibuka ikatan tangan dan kakinya. Setelah itu, ketua rahib memekik
sekuat hatinya. Mendengar pekikan yang kuat di pagi hari di dalam gereja yang
sedang riuh dengan tangisan para ziarah itu, barulah orang-orang yang ada di
situ sedar apa yang telah berlaku. Isabella dan sahabat-sahabatnya sudah tidak
kelihatan lagi. Mereka telah jauh meninggalkan gereja tersebut.

Tidak lama kemudian, kelima-lima gadis itu tiba di rumah Umar Lahmi.  Umar
Lahmi dan orang-orang Islam yang lain baru saja selesai menunaikan solat
Subuh ketika itu. Mereka mendengar peristiwa yang baru dialami kelima anak
gadis itu. Berita itu disampaikan kepada Ziad bin Umar dengan segera. Semua
orang Islam merasa gembira dan mengucapkan syukur ke hadhirat Allah
Subhanahu Wa Taala dan mengucapkan tahniah serta pujian kepada Mirano
dan sahabat-sahabatnya yang telah berjaya membebaskan Isabella. Setelah itu
mereka semua berkumpul  di satu perkumpulan sesudah Subuh. Semua alim
ulama, ahli filsafah, doktor, penulis, penyair, penafsir Al-Quran dan Hadis, serta
ahli sejarah hadir bersama. Hampir semua orang di situ tahu tentang peristiwa
Isabella ditawan dan diserahkan kepada inquisisi.

Selama Isabella di dalam tawanan, Umar Lahmi kerap menerima laporan


tentang keadaan diri Isabella yang disampaikan oleh para pengintip rahsia.
Berita-berita itu disampaikan oleh Umar Lahmi kepada hadirin di setiap
perkumpulan yang diadakan di rumah Ziad bin Umar. 

BAB 13   Pertemuan Sulit

Di gereja Saint Peter, sepeninggalan Isabella dan sahabat-sahabatnya, telah


timbul kekecohan besar. Walaupun telah ditolong oleh Arkia melepaskan diri
dari ikatan, ketua rahib yang tadinya memekik meminta tolong tiba-tiba
terdiam. Sejurus lamanya dia terdiam tanpa berkata-kata seperti seorang yang
dalam kebingungan dengan apa yang telah menimpa dirinya. Dia tidak dapat
menjawab pertanyaan ramai orang yang datang mengerumuninya. Penziarah-
penziarah lain yang berada di dalam bilik yang berasingan seolah-olah tidak
menghiraukan teriakan meminta tolong dari ketua rahib. Mereka sebaliknya
semakin khusyuk  dengan doa dan sembahyang di hadapan tulang-tulang
kerangka orang yang dianggap wali. Mereka semakin kuat menggenggam jari-
jemari tangan masing-masing sambil menangis sementara menunggu dengan
penuh sabar kedatangan Tuhan yang dijanjikan.

Setelah keadaan kembali reda, ketua rahib dan Arkia terburu-buru keluar dari
gereja kerana mahu mengejar Isabella dan sahabat-sahabatnya yang sudah
terlepas dari tawanan. Sekali lagi, mereka termanggu dalam keadaan bingung
kerana keldai-keldai mereka telah tiada lagi di situ. Mereka lalu meminjam
keldai penziarah lain untuk pulang ke biara. Waktu sampai kembali di biara,
mereka disambut dengan perasaan terperanjat oleh rahib lelaki dan
perempuan kerana Isabella dan sahabat-sahabatnya tidak kelihatan. Walaupun
pemergian ke gereja buruk di Selatan Cordova dirahsiakan namun semua rahib
biara telah mengetahuinya. Mereka telah mendengar kisah Mirano pengsan
dan Tuhan mengarahkan mereka pergi ke gereja tua itu.

“Mana Isabella?” tanya seorang rahib lelaki.


“Sudahkah dia memikul kembali salib Tuhan kita?” tanya seorang rahib
perempuan kepada Arkia.
Ketua rahib terlalu susah hati sehingga dia tidak dapat mengangkat muka. Di
wajahnya terbayang kehinaan, penyesalan dan kekalahan. Kemudian salah
seorang daripada rahib-rahib memberanikan diri untuk tampil ke depan.
“Tuan yang dihormati,” kata rahib lelaki itu “bapa suci, ketua paderi, telah
mengirim surat ini waktu tuan tiada. Tuan disuruhnya menjawab segera.”

Ketua rahib memandang muka rahib yang sedang menghulurkan surat dengan
mata terbelalak. Tangannya sedikit menggeletar.
“Oh, bagaimana aku mahu menunjukkan mukaku kepada bapa suci itu?”
katanya membisik. “Oh, syaitan terkutuk itu telah menipu aku. Syaitan yang
tidak pernah melepaskan peluang untuk mencuba walaupun kepada Tuhan
Jesus Kristus. Celaka Isabella! Oh, perempuan sial! Aku benci kepadamu oh
anak syaitan! Kau yang murtad, kami pula yang mendapat malu. Oh, Tuhan!
Lihatlah betapa aku yang taat kepadaMu diperlakukan.”
Walaupun ucapannya amat perlahan tetapi para rahib yang sedang
mengelilinginya dapat mendengar dengan jelas dan mereka sangat terperanjat.
Lalu masing-masing bertukar pandangan antara satu dengan yang lain dengan
diselubungi suatu perasaan yang cukup aneh. Ketua rahib lalu membuka surat
dari ketua paderi dengan tangan yang terketar-ketar.

“Dengan tujuan untuk memujuk Isabella, kawan-kawannya yang empat


orang itu telah datang ke mari seperti yang telah anda maklum. Saya
fikir memasukkan kembali Isabella ke dalam agama Kristian tidak
semudah seperti yang kita fikirkan. Andainya keadaan Isabella masih
tidak berubah, saya minta diserahkan saja kepada inquisisi. Saya akan
mengirim beberapa orang untuk mengambil Isabella pada petang nanti.
Sekarang, suruh anak-anak gadis itu kembali dan berjumpa saya.
Jangan sampai syaitan dapat menyeleweng mereka pula dan masuk ke
dalam perangkap Isabella”.

Selesai saja dia membaca surat itu, dia pun menangis dengan suara kuat hingga
memeranjatkan orang-orang yang berada di situ. Sejurus lamanya dan ketika
tangisannya mula reda, dia berkata dalam keadaan masih teresak-esak ”
Bagaimana aku akan menjawab surat ini? Aku akan pergi sendiri berjumpa
bapa suci dan menceritakan kepadanya betapa orang-orang salih dapat juga
diperdaya oleh syaitan.”
Setelah berkata begitu, ketua rahib pun bangun dari duduk dan mengajak Arkia
pergi bersama-sama menghadap ketua paderi di rumahnya.

Dalam perjalanan, mereka tidak banyak berkata-kata. Ketua rahib terlalu


runsing memikirkan hukuman yang akan diterima di atas ketelidurannya. Arkia,
Puteri Perancis, pula merasa kesalihannya telah terpukul dengan kejadian itu.
Dia yang mengaku selalu mendapat wahyu dan boleh melakukan mukjizat
telah dapat dikalahkan oleh Isabella yang dituduh murtad. Perkara yang paling
mengganggu fikirannya ialah nasihat Isabella yang menyuruhnya membaca
kalimah syahadat dan masuk Islam jikalau dia benar-benar mahu berjumpa
dengan Tuhan yang dikhayalkannya selama ini.

Ketua paderi sangat terperanjat apabila melihat ketua rahib datang bersama
Arkia. Dalam keadaan tenang, dia mempersilakan mereka duduk. Dengan
perasaan terhina dan rasa rendah diri, ketua rahib pun menceritakan tipu
muslihat sahabat-sahabat Isabella yang berjaya menipu dia dan Arkia. Ketua
paderi terdiam kaku mendengarnya. Kemudian dia berkata “Saya telah
memerintah anda menjaga dengan berhati-hati, kenapa masih boleh ditipu
oleh anak-anak gadis itu? Kenapa wahyu palsu itu boleh membuat anda
meninggalkan biara? Kenapa tidak diberitahu kepada saya terlebih dulu?”
“Bagaimana saya menjawab lagi? Saya mengaku bersalah dan saya telah jatuh
ke dalam perangkap syaitan.” kata ketua rahib.
“Apakah ada rahib-rahib lain yang bersengkokol dengan anak-anak gadis itu?”
“Tidak ada. Sebagai menjaga keselamatan, saya tidak memberitahu kepada
sesiapapun kecuali rahib perempuan ini yang memang sudah terkenal dengan
kesalihannya.”
Ketua paderi lalu memanggil seorang pesuruh dan menyuruhnya pergi ke
rumah Michael dan Peter.
“Panggil mereka ke mari sekarang juga. Kalau mereka ada urusan lain, suruh
ditinggalkan dulu. Mereka mesti datang ke sini kerana ada urusan penting.”

Tidak lama kemudian, Michael dan Peter hadir bersama tiga orang paderi lain.
Mereka meletakkan tangan kanannya di dada tanda memberi hormat kepada
ketua paderi.
“Silakan duduk.” kata ketua paderi. “Anak anda, Mirano, telah minggat
bersama-sama anak saya, Isabella.”
“Apa? Apa yang anda telah katakan?” Michael bertanya dalam keadaan
terperanjat.

“Bukan saja Mirano, Hanana, Martha dan Catherine juga telah meloloskan diri
dari pengawalan di biara.” ujar ketua paderi lagi.
“Bapa suci! Cuba ceritakan bagaimana hal itu boleh terjadi?” desak Michael.
“Bertanyalah kepada ketua rahib ini.” kata ketua paderi. “Nah, ceritakan
kepada mereka dari mula.”
Ketua rahib pun menceritakan kisah kejadian itu dari awal hingga akhir dengan
linangan airmata kerana merasa malu dan kesal yang amat sangat. Michael dan
Peter turut menangis sama.
“Kenapa menangis?” kata ketua paderi. “Kutuklah roh-roh yang kotor itu.
Sesalan kalau pun ada ialah kerana Isabella telah terlepas dari genggaman
inquisisi.”
“Bapa suci! Ini bukan perkara kecil.” ujar Michael. “Orang-orang Kristian
seluruh Cordova seakan terhina dengan kejadian ini.”
Ketua paderi tidak mengacuhkan ucapan Michael itu.
Sebaliknya, dia berkata “Bagaimanapun, usahakan mencari anak-anak gadis itu
sekarang. Kita akan mencari ikhtiar menghadapi masalah ini.”

Tiga hari telah berlalu dan pada suatu malam ketika menjelang dinihari, semua
paderi di Cordova telah datang berkumpul di dalam gereja besar Cordova.
Mereka telah diarahkan secara sulit datang berkumpul di situ. Pada lahirnya,
tidak kelihatan tanda-tanda dipasang lampu yang terang-benderang, tidak ada
hamparan permaidani dan tidak pula ada perarakan salib dan sebagainya.
Orang-orang datang secara berasingan dan dengan tenang masuk lalu
mengambil tempat duduk di dalam ruang gereja berhadapan dengan altar suci.
Perhimpunan istimewa ini dihadiri oleh orang-orang yang dijemput secara
rahsia saja.

Sebuah salib besar terpasang di atas altar bertepatan dengan patung Kristus
tergantung. Di bawahnya, terdapat Mariam Perawan duduk bertelut di atas
lutut, memperlihatkan pembaktiannya kepada Jesus Kristus. Semua dinding
gereja besar itu dilukis dengan figura wali-wali dan pengikut-pengikut Jesus,
kelihatan seperti gambar di dalam mitologi Roman dan Mesir. Semua yang
datang duduk dikelilingi dinding-dinding itu. Rahib wanita, perawan yang
menjadi penghibur paderi-paderi juga kelihatan di dalam kumpulan para
paderi. Ketua pader, bapa Isabella, menyambut kedatangan semua dengan
penuh kemesraan.

Mereka berjalan masuk dalam keadaan senyap dan khusyuk sehingga orang-
orang yang lewat di luar gereja tidak tahu apa yang sedang berlaku di
dalamnya. Tetapi orang-orang Islam telah pun mengetahui tentang
perhimpunan rahsia itu.
Ketua paderi dan Michael berdiri di muka pintu memberi arahan dengan
isyarat tangan kepada orang-orang Kristian yang datang berbondong-bondong
penuh bersemangat itu supaya jangan membuat bising. Beberapa ribu orang
sudah berada di dalam gereja besar namun ketua paderi dan Michael masih
berdiri di muka pintu di bawah patung Kristus yang disalib. Tidak jauh di
hadapan gereja, seorang lelaki yang di dalam kumpulan orang yang sedang
berbaris hendak masuk memegang bahu seorang lelaki lain di depannya seraya
berkata “Saudara, puji-pujian kepada nama Tuhan. Ini ada satu envelop yang
mesti saya sampaikan kepada bapa suci, ketua paderi, tetapi saya telah terlupa
pesanan Bapa Michael yang telah memerintah saya mengambil satu barang
penting di rumahnya untuk ketua paderi. Saya terpaksa pergi sekarang
sebelum pertemuan ini bermula. Bolehkan saudara tolong sampaikan
kepadanya sesudah sampai di dalam nanti?”
Envelop diserahkan sebelum orang itu sempat menjawab. Setelah
menerimanya, dia berkata “Dengan segala senang hati. Saya akan sampaikan
envelop ini kepada bapa suci. Tuan jangan bersusah hati.”
“Terima kasih.” jawab orang lelaki itu lalu meninggalkan barisan.
Orang yang menerima itu memegang surat itu dengan kuat. Dia gembira
kerana menerima amanah yang begitu besar.

Ruang gereja telah penuh dengan orang-orang Kristian dan para paderi duduk
di tempat yang disediakan untuk mereka. Ada beberapa paderi pula berjalan
berkeliling, memerhati setiap orang untuk memastikan tidak ada orang Islam
yang dapat menyusup masuk. Setelah mereka yakin orang-orang yang tidak
diingini tidak ada di dalam gereja, pintu besar pun ditutup. Beberapa orang
disuruh berjaga di luar supaya tidak ada orang yang cuba mencuri mendengar.
Sebagai langkah menjaga keselamatan, ketua paderi dan Michael serta dua
belas orang paderi pilihan duduk di atas suatu tempat yang agak tinggi
letaknya di bahagian hadapan. Suasana di dalam gereja tidak terlalu bising
walaupun beribu-ribu orang menempatinya. Ia juga adalah arahan keras dari
ketua paderi.

Tiba-tiba, ketika perhimpunan akan dimula, seorang lelaki yang duduk di


bahagian hadapan bangun berjalan mendapatkan ketua paderi lalu
menyerahkan surat yang diamanahkan kepadanya. Surat itu, dalam suatu
envelop besar, diterima Michael. Ketika itu, ketua paderi sedang berada di atas
podium mahu memberi ucapan. Ketua paderi bercakap dengan suara yang
agak gementar.
“Anak-anakku, lelaki dan perempuan! Malam ini kalian disusahkan dengan
arahan supaya datang berkumpul di dalam gereja besar ini. Perhimpunan ini
amat penting yang nanti akan disampaikan oleh Bapa Michael. Kalian mesti
mendengar baik-baik ucapan yang bakal diberikan beliau. Dengar dengan
tenang dan sabar.”
Waktu ketua paderi mahu duduk, Michael menyerahkan envelop besar
kepadanya. Setelah itu, dia menuju ke podium untuk menyampaikan ucapan.
Ketua paderi membuka envelop itu lalu mengeluarkan sepucuk surat dari
dalamnya. Dia membaca dengan cepat beberapa baris ayat lalu memekik
dengan kuat sehingga mengejutkan semua orang, lebih-lebih lagi Michael yang
baru saja mahu berucap. Tubuh ketua paderi terketar-ketar kerana menahan
marah. Semua orang yang memandang ke arahnya kehairanan. Michael segera
mendekatinya.
“Ada apa bapa suci?”
Setelah ketua paderi tenang kembali, dia pun berkata “Ini surat dari Isabella.
Dia menjemput kita semua memeluk agama Islam. Siapa yang memberikan
surat ini tadi?”
“Saya yang memberinya, bapa suci.” ujar seorang lelaki dengan jujur.
Belum sempat dia menyambung kata-katanya, beberapa orang yang duduk
berhampiran telah memukul dan menumbuknya dengan kuat. Lelaki itu masih
juga berusaha mahu menjelaskan perkara sebenar tetapi tidak seorang pun
yang mengendahkannya. Dia terus dipukul dan ditumbuk hingga terjatuh dan
tidak sedarkan diri. Tubuhnya diheret dan dicampakkan ke dalam bilik kecil di
sudut gereja.

Kekacauan telah berlaku. Agak lama baru keadaan kembali reda. Dalam
keadaan payah, ketua paderi maju ke hadapan untuk bercakap.
“Orang yang membawa surat ini ialah seorang Islam yang menyamar sebagai
salah satu dari kita dengan memakai pakaian suci kita.”

Dia berhenti sejenak.


“Bagaimanapun, besok kita akan periksa orang ini. Sekarang, anak-anak
perempuan itu telah mendakwah kepada kita tentang agama Islam yang
biadab dan terkutuk itu. Sekarang, mari kita fikirkan cara untuk mendapatkan
kembali anak-anak perempuan itu. Apa yang patut kita buat?” sambungnya
lagi.
Michael lalu tampil di atas podium.
“Saudara-saudara! Nampaknya tujuan kita mengadakan perhimpunan rahsia
ini menjadi sia-sia dengan kehadiran surat Isabella. Apa yang dapat kita
lakukan sekarang? Kita baca dan dengar isi surat itu dan kita semua mesti
mendengarnya dengan sabar. Berdoalah kepada Tuhan agar dia dapat
dikembalikan ke dalam pelukanNya ataupun dimasukkan ke dalam neraka
segera.”
Ketua paderi lalu berkata “Bawalah orang itu ke mari. Kita boleh memaksanya
bercerita tentang perkara-perkara lain yang perlu kita ketahui walaupun kita
tahu orang-orang Islam itu keras kepala dan tidak mudah membuka rahsia. Dia
sekarang dalam genggaman kita. Dengan mengancamnya, kita pasti berhasil
mendapatkan sesuatu.”

Orang lelaki yang malang itu pun dibawa keluar dari bilik dan diletakkan di atas
pentas di hadapan orangramai. Keadaannya amat parah. Badannya luka-luka
dan pakaiannya koyak-rabak.
Apabila ketua paderi melihatnya dengan teliti dari dekat, dia lalu menjerit
dengan kuat “Oh, ini paderi dari gereja sebelah utara. Dia anak saudaraku
sendiri!”
Sekali lagi, orangramai terperanjat. Michael segera mendekati orang itu.
“Dia masih bernafas.”
Semua orang merasa amat dukacita. Mereka seperti sudah jatuh ditimpa
tangga.

Esoknya, apabila paderi yang malang sudah sedarkan diri, dia pun
menceritakan kisah sebenar bagaimana dia mendapat surat itu. Setelah
mendengarnya, semua yang ada sependapat mengatakan itu adalah perbuatan
khianat daripada orang-orang Islam. Harapan mereka kepada Isabella dan
sahabat-sahabatnya pun lenyap begitu saja.

Perhimpunan rahsia mereka telah gagal malahan telah menimbulkan


kekecohan besar sehingga tidak dapat dikawal lagi. Surat Isabella yang ditulis
kepada bapanya berbunyi:
Segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam. Yang telah
menciptakan langit dan bumi dan segala isi yang ada di dalamnya
dengan kekuasaanNya yang mutlak dan Dia di samping menyusun
sistem lahiriah juga menyusun sistem batiniah melalui wahyu dan nabi-
nabi dan salawat serta salam kepada Junjungan yang telah datang
melepaskan dunia dari kemungkaran dan kegelapan serta
membawanya ke dalam cahaya keimanan dan memimpin kita ke jalan
yang benar yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang terdahulu dan
membawa kita kepada Allah yang menjanjikan kedamaian dan
keselamatan abadi. Bapaku yang dihormati.
Ketahuilah bapa bahwa aku telah menerima Islam yang menurut
penyelidikanku ialah satu-satunya agama yang bebas daripada
kemungkaran dan kebatilan, yang membimbing kita ke jalan
keselamatan. Saya telah menolak agama Kristian kerana ia penuh
dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran
semua nabi. Secara ringkas maka di bawah ini saya perturunkan
perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran Islam
kepada bapaku : 1.   Dalam Islam, Allah itu Esa dan tidak bersekutu
dengan apa pun juga. Dia unik dengan segala kebaikan dan
kesempurnaanNya. Al-Quran menyebut Allah itu tunggal. Dia tidak
beranak dan tidak pula diperanakkan. Tidak ada suatu pun yang sama
denganNya. Dia wujud, tidak mati, tidak tidur, tidak mengantuk dan
tidak letih ataupun berhajatkan kepada semua yang dihajatkan oleh
manusia. Kalau kita akan menyebut satu persatu semua
kesempurnaanNya maka hendaklah kita mempelajari Kitab Suci Al-
Quran.

2.   Sebaliknya, agama Kristian percaya bahwa Tuhan itu bukan satu tetapi
tiga: bapa, anak dan Roh Kudus. Jesus Kristus satu-satunya ‘Putera Tuhan’ dan
dia juga pencipta dan abadi seperti bapanya juga meskipun Injil mengatakan
Jesus itu makan dan minum, tidur dan jaga dan sangat bergantung kepada air,
udara dan tiap-tiap benda yang diperlukan oleh manusia dan di dalam dirinya
terkumpul semua keinginan duniawi. Seandainya Tuhan juga bergantung
kepada semua perkara seperti manusia maka bagaimana dia layak menjadi
Tuhan dan apakah ada perbedaan lagi antara Tuhan dan manusia? Kitab Suci
Al-Quran dengan tegas mengatakan bahwa sesiapa yang mengatakan Kristus
itu Tuhan atau Putera Tuhan maka dia telah menyekutukan Allah dan menjadi
kafir. Orang-orang Kristian dengan menjadikan Kristus sebagai putera Tuhan
telah

memfitnah Tuhan. Al-Quran telah mengajar bahwa Kristus serupa


Musa, Daud, Sulaiman, Yahya, Hud, Nuh dan lain-lain nabi. Sebagai
utusan dan nabi, mereka juga adalah manusia, makhluk dan bukan
pencipta. Nah, cuba bapa fikirkan sendiri betapa jelas dan munasabah
ajaran Kitab Suci Al-Quran ini dan betapa agama Kristian mengusutkan
dan tidak masuk akal.

3.   Menurut Islam, tiap-tiap manusia dilahirkan dalam keadaan suci dan
bebas dari dosa. Apabila dia beransur dewasa, pengaruh-pengaruh luar
telah menyesatkannya. Allah telah memberikan akal kepada manusia
supaya mematuhi hukum-hukumNya dan menjauhi benda-benda yang
terlarang. Al-Quran mengatakan bahwa Adam tidak melakukan dosa.
Semua nabi adalah suci dan bersih dari dosa. Masalah dosa yang
diwarisi adalah tipuhelah syaitan. Agama Kristian mengatakan tiap-tiap
orang berdosa sejak dilahirkan sehingga dengan demikian, nabi-nabi
juga melakukan dosa dan dosa Adam adalah penyebab manusia
menjadi berdosa. Nyata sekali betapa kepercayaan ini tidak ada
logiknya, tidak munasabah dan bertentangan dengan bukti-bukti intuisi
yakni kerana Adam melakukan dosa, dosa yang sebenarnya tidak
pernah dapat dibuktikan, semua manusia menderita seksaan. Jadi,
dalam masalah ini juga Kitab Suci Al-Quran adalah benar dan adil dan
ketetapannya logik, munasabah dan menurut sunah nabi-nabi.

4.   Keutamaan yang diberikan oleh Al-Quran ke atas akhlak dan guru-
guru ialah tentang betapa mulia dan tingginya moral itu, hal yang
serupa tidak diketemui di dalam lain-lain agama. Islam mengatakan
bahwasanya manusia itu tidak memperoleh selain dari apa yang
diusahakannya dan usahanya itu kelak pasti akan dilihatnya. Kemudian
diberikan kepadanya balasan yang cukup sempurna terhadap
usahanya* dan yang demikian itu adalah ajaran dari semua nabi. Tidak
ada orang yang akan memikul beban orang lain tetapi tiap-tiap orang
memikul tanggungjawab di atas perbuatannya. Maka dengan ajaran
suci serupa inilah yang memberikan manusia ajaran-ajaran kemuliaan
dan menggesanya berbuat kebajikan. Tetapi agama Kristian sebaliknya
mengajarkan bahwa Jesus Kristus telah memikul beban dosa semua
orang lalu disalibkan dan menjadi penebus semua orang yang berdosa.
Perbuatan dosa telah dilakukan oleh beribu bahkan berjuta manusia
tetapi hukumannya telah dikenakan ke atas seorang manusia suci, satu-
satunya ‘Putera Tuhan’. Ajaran ini di satu pihak membuat manusia tidak
berguna dan memalukan sementara di pihak lain menjadikan seseorang
hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri dan dengan demikian harga
dan nilai dirinya jatuh di matanya sendiri selain daripada itu
kepercayaan ini merupakan satu pelanggaran kepada kesucian Tuhan.

5.   Apabila Kitab Suci Al-Quran diturunkan ke dunia, ia telah


menerangkan semua kebenaran. Kebenaran yang telah lama dilupakan
dan punca-punca kebenaran yang telah dicemarkan. Islam meletakkan
semula kemuliaan semua nabi-nabi dan membantah semua tuduhan
palsu yang ditimpakan kepada mereka. Ia mendedahkan penyisipan-
penyisipan palsu yang telah dilakukan di dalam kitab-kitab wahyu dan
membuat penjelasan akan keadaan yang sebenarnya melalui
pendedahan itu. Islam membantah tuduhan palsu dan tidak berasas
terhadap Nabi Isa yang telah dibuat oleh sebahagian musuh-musuhnya
dan juga kawan-kawannya. Islamlah dengan usaha baiknya telah
meletakkan Nabi Isa pada tempatnya yang sebenar dan telah
membersihkannya daripada segala tohmahan orang-orang Yahudi dan
juga orang-orang yang menamai diri mereka Kristian.

Orang-orang Kristian pula telah menuduh semua nabi dengan tuduhan-


tuduhan palsu, perzinaan dan pembunuhan dan mengetengahkan Jesus
Kristus dalam bentuk yang tidak sempurna sehingga kalau tidak kerana
kedatangan Islam yang mendedahkan kebenaran maka tidak
seorangpun yang mahu menganggapnya sebagai manusia bermoral
juga. Ini merupakan satu obligasi Islam yang tidak akan dapat dibayar
oleh Kristian. Orang-orang Kristian tidak saja memanipulasi kitab-kitab
Injil, juga telah menyusun beratus-ratus Injil atas nama Kristus.
Sekarang, Injil-Injil palsu dan gelap yang disusun telah diletakkan di
hadapan kita yang sedikitpun tidak ada kena-mengena dengan Kristus.
Dalam Kitab Suci Al-Quran terkumpul dan tersimpan dengan baik semua
kitab yang diwahyukan. Olehsebab itu saya menjemput semua orang
Kristian membaca Kitab Suci Al-Quran ini yang menjunjung kehormatan
agama Kristian dan yang memberikan kepada kita pengajaran dari
semua nabi sepanjang zaman.

6.   Islam menyebut secara terperinci akan hak-hak kaum wanita dan
memerintahkan pembebasan semua hamba-abdi, meniupkan semangat
persamaan dan persaudaraan di kalangan umat manusia dan
menetapkan perhubungan antara manusia dengan Tuhan.
Tetapi dalam agama Kristian tidak ada secebis tanda pun tentang hak-
hak wanita. Hanya kepada orang lelaki diberitahu bahwa mereka boleh
menceraikan isterinya yang melakukan zinah tetapi tidak menyebut
sedikitpun tentang apa yang boleh dilakukan oleh si isteri ke atas
ketidak-setiaan suaminya. Tidak ada sepatah perkataan pun dalam
agama Kristian tentang pembebasan hamba abdi.

7.   Islam menyuburkan moral manusia dan menyediakan tatasusila


yang tetap bagi kemanusiaan. Dengan mematuhi peraturan itu manusia
boleh mengawal nafsu secara sederhana. Di dalam Al-Quran ada
disebutkan ”Barangsiapa mengerjakan kejahatan maka tidak dibalasnya
melainkan dengan seumpamanya dan barangsiapa beramal salih baik
lelaki ataupun perempuan, sedang dia seorang yang beriman maka
orang-orang itu masuk ke dalam syurga; mereka diberi rezeki di
dalamnya dengan tidak ada hingganya.*  

Tetapi dalam agama Kristian ditekankan kepada satu aspek saja iaitu
melakukan kesalahan tidak boleh dihukum dan kalau dia menampar pipi
kiri mesti menyerahkan pipi kanan pula untuk ditampari. Betapa
pengajaran serupa itu boleh diikuti manusia di dunia ini? Betapa
keamanan dan ketenteraman dunia dapat dipertahankan dengan
pengajaran serupa itu? Andaikata mahu memperlihatkan kemaafan dan
baiksangka dalam semua perkara maka mengapa Dia menciptakan
nafsu amarah di dalam diri manusia dan kemudian membiarkan
bahagian dari naluri itu menjadi kering?
Ini adalah beberapa perkara sebagai satu illustrasi tentang pengertian
yang menyebabkan saya menerima Islam dan bagi bapa juga, kalau ada
satu jalan kebenaran yang mesti diikuti maka bapa mestilah menerima
Islam seberapa cepat yang boleh dan menyatakan taubat segera di atas
keragaman ketuhanan di dalam agama Kristian yang benar-benar
bertentangan dengan sifat-sifat Tuhan lalu menjadi penghalang kepada
jalan manusia mencapai kemajuan. Mudah-mudahan Tuhan
menganugerahkan kepada bapa jalan istimewa untuk menerima iman.
Saya juga mendoakan bapa ke jalan benar dan moga-moga Tuhan
menyegerakannya. Amin!

Anak bapa,
Isabella

[* Al-Quran S 5:39-41]

[**Al-Quran  S 40:40]  

BAB 14 Tugas-Tugas Kerajaan


ISLAM

Orang-orang islam telah mengetahui secara terperinci perhimpunan sulit yang


telah diadakan oleh orang-orang Kristian dan peri surat Isabella yang telah
menyebabkan cita-cita mereka jadi terbantut. Setelah lima hari berada
bersama-sama Ziad bin Umar dan cendekiawan Islam, Isabella dan sahabat-
sahabatnya semakin dalam pengetahuan mereka tentang agama Islam. Dalam
salah satu pertemuan, salah seorang yang hadir telah memberi pandangan.
“Tuan yang dihormati. Orang-orang Kristian secara sulit cuba menipu Isabella
supaya kembali kepada agama Kristian tetapi nampaknya Kerajaan Islam
sedikitpun tidak berbuat apa-apa dalam hal ini. Apabila Isabella telah menjadi
orang Islam maka menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan Islam untuk
melindunginya dari ancaman orang-orang Kristian dan membebaskannya dari
bahaya yang mungkin menimpanya.”

Ziad bin Umar tersenyum kecil mendengar kata-kata orang itu.


Dengan tenang dia menjawab “Sebegitu jauh semua usaha-usaha orang-orang
Kristian itu dalam keadaan sulit, jadi bagaimana kerajaan akan mengambil
tindakan dari segi undang-undang? Selain daripada itu, memang benar iaitu
apabila seseorang telah menjadi Islam maka menjadi tanggungjawab
kerajaanlah memberi perlindungan kepadanya daripada tindasan orang-orang
bukan Islam dan berdiri teguh di belakang orang yang telah menganut agama
Islam. Tetapi kita sengaja mencegah kerajaan Islam mengambil tindakan
serupa itu kerana kami berpendapat pengajaran yang dialami Isabella dan
kawan-kawannya akan memperkukuh moral mereka. Kalau tidak, kita memang
boleh campurtangan dan mengambil tindakan-tindakan tegas ke atas mereka.”
Orang itu masih belum berpuas hati dengan jawaban Ziad bin Umar.
“Tetapi bagi orang-orang Kristian yang akan datang harus diberi peringatan
supaya jangan terlalu lancang mengikut perasaan dalam perkara-perkara
serupa ini?” katanya.
“Tuan tidak usah khuatir,” jawab Ziad bin Umar “pada masa akan datang
kerajaan akan lebih aktif menyokong kebebasan beragama. Dalam soal ini kita
sudah memberitahu paderi-paderi Kristian secara terperinci tentang keadaan
Isabella dan di mana dia berada dan sebagainya.

Juga, telah diberitahu bahwa kerajaan cukup mengambil berat tentang


keselamatan Isabella dan kawan-kawannya dan jika sesuatu yang tidak diingini
berlaku ke atas diri mereka maka kerajaan tidak akan berdiam diri.”

“Tuan yang dihormati,” Umar Lahmi mencelah “kawan-kawan Isabella


meminta agar mereka diislamkan secara rasmi dan diajar hukum-hukum
Islam.”
“Baiklah! Lakukan dengan nama Allah. Islamkan mereka segera.” kata Ziad.
Umar Lahmi lalu mendekati sahabat-sahabat Isabella sambil berkata “Mirano,
Martha, Hanana dan Catherine, apakah kalian masih ragu-ragu tentang dasar
kepercayaan Islam?”
Mirano mengangkat telunjuk kanannya lalu berkata “Saya ingin mendapat
penjelasan tentang beberapa perkara.”
“Baiklah,” kata Ziad “kami tidak keberatan memberi penjelasan. Memang
benar begitulah caranya setelah mendapat penjelasan yang memuaskan hati
barulah baik menerima agama ini. Nah, ajukan pertanyaan dan saya wakilkan
Umar untuk menjawabnya.”
Mirano tersenyum lebar.
Dia kemudian berkata “Tuan yang saya hormati. Mula-mula sekali kami ini
diislamkan dulu. Setelah itu barulah saya akan bertanya satu atau dua masalah.
Meskipun saya boleh menutup mulut orang-orang Kristian dengan hujah saya
tetapi dijauhkan Tuhan! Saya sedikitpun tidak ragu tentang Islam.”
Keempat-empat anak gadis itu pun diislamkan secara rasmi, mengucapkan dua
kalimah syahadat, mengakui dengan setulus hati akan keEsaan Allah dan
kerasulan Nabi Muhammad sallallah alaihisalam. Semua yang hadir menadah
tangan memanjat doa kesyukuran kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mereka lalu
menutup kepala masing-masing dengan kain selendang yang memang sudah
dibawa dari awal.

Mirano mengemukakan pertanyaan. “Menurut orang-orang Kristian, Kitab


Taurat itu ialah hukum dan Injil merupakan penyempurnaan hukum-hukum itu.
Nyatalah apabila telah ada hukum dan penyempurnaan maka tidak perlu lagi
ada perkara-perkara lain termasuk juga Kitab Suci Al-Quran. Al-Quran tidak
perlu lagi kerana ia telah membenarkan Taurat dan Injil maka sesuatu
bantahan menjadi semakin beralasan.”

“Andaikata penganut-penganut Kristian menyifatkan sesuatu kebaikan di


dalam kitab-kitab mereka,” ujar Umar Lahmi “maka itu bukan satu kemestian
bagi kita mempercayainya. Dakwaan itu mesti dibuktikan dengan hujah-hujah.
Tetapi dengan hanya menganggap sebagai satu kemestian bahwa Taurat itu
hukum dan Injil penyempurnaannya, maka sebagai lawannya Kitab Suci Al-
Quran ialah pembenaran. Pembenaran yang mencakupi kedua-duanya sekali,
hukum dan kesempurnaan. Pembenaran itu telah disebutkan di dalam Al-
Quran di dalam Surat Al-Ma’idah ayat 48 yang maksudnya kira-kira begini :
Dan Kami telah turunkan Al-Quran kepada engkau dengan benar bahwa ia
daripada Allah sedangkan ia pula membenarkan Kitab-Kitab Ketuhanan – yang
terdahulu daripadanya serta menguasainya.“
“Tetapi,” Umar Lahmi berkata lagi “Injil itu sendiri tidak pernah menggunakan
perkataan kesempurnaan. Dengan demikian, Kitab Suci Al-Quran telah terbukti
mencakupi kedua-duanya, hukum dan kesempurnaan.”
“Taurat dan Injil ada disebutkan di dalam Al-Quran dan sudah satu kemestian
bagi orang-orang Islam untuk menerimanya.” kata Mirano. :Kenapa orang-
orang Islam tidak mempercayainya?”
“Kerana orang-orang Kristian tidak mempunyai Taurat dan Injil yang tulen.”
jawab Umar Lahmi.
“Jikalau Taurat dan Injil tidak wujud kenapa pula Al-Quran mengakuinya?”
tanya Mirano lagi.
“Al-Quran mengakui Taurat dan Injil asli bukan yang dipalsukan dan dibuat-
buat.” jawab Umar Lahmi.
“Kata orang-orang Kristian Taurat dan Injil mereka yang ada sekarang itulah
yang diakui Al-Quran.” kata Mirano.
“Baiklah,” kata Umar Lahmi “saya akan bertanya kepada Kitab Suci Al-Quran
apakah ia mengakui Taurat dan Injil yang wujud sekarang ini ataupun
menganggapnya palsu. Al-Quran berkata menurut Surat Al-Ahqaf ayat 33 :
Bahwasanya Allah telah menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak pernah
merasa lemah. Tetapi di dalam Kitab Taurat Kejadian 2:2-3 ada dikatakan
bahwa ”menjelang hari ketujuh Tuhan telah menyelesaikan apa yang sedang
dilakukannya dan berhenti bekerja. Dia memberkati hari ketujuh dan telah
memperuntukkannya sebagai hari yang istimewa kerana pada hari itu dia telah
menyempurnakan penciptaannya dan berhenti bekerja.”

“Berhenti bekerja,” sambung Umar Lahmi “bererti berehat dan bila seseorang
itu berehat dari bekerja bererti dia penat. Jadi, dari yang disebutkan oleh
Taurat itu ternyatalah bahwa Tuhan itu merasa penat. Kitab Suci Al-Quran
berkata Allah tidak pernah penat. Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau
menolak kenyataan itu? Taurat mengatakan Sulaiman menyembah berhala
tetapi Al-Quran menyangkal dakwaan itu. Nabi Sulaiman tidak akan melakukan
perbuatan orang-orang kafir. Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau menolat
Taurat? Sekarang, ambil Kitab Injil. Keempat-empat kitab itu ada mengatakan
tentang Jesus Kristus mati sambil menangis di atas salib, bahwa dia benar-
benar telah disalibkan tetapi Kitab Suci Al-Quran menafikan bahwa Jesus
dibunuh oleh orang-orang Yahudi dan tidak pula disalibkan. Kemudian Injil
mengatakan Jesus Kristus mengaku menjadi Tuhan tetapi Al-Quran dalam
Surat Al-Ma’idah ayat 72 berkata: Demi Allah telah kafir segala mereka yang
berkata :Sesungguhnya Allah itulah Al-Masih anak Mariam, sedang Al-Masih
berkata: Hai Bani Israil, sembahlah olehmu akan Allah, Tuhanku dan Tuhanmu.
Sesungguhnya siapa yang mensyariatkan sesuatu dengan Allah, maka
sesungguhnya Allah mengharamkan ke atasnya syurga dan tempat
kembalinya adalah neraka dan sekali-kali penzalim-penzalim itu tiada
mendapat penolong.” Nah, sekarang dipersilakan siapa saja paderi Kristian
tampil mengatakan secara jujur dan adil, apakah Kitab Suci Al-Quran mengakui
atau menolak Injil?”

Mirano dengan gembira terus menjawab “Tidak syak lagi bahwa dengan bukti-
bukti itu Kitab Suci Al-Quran tidak mengakui Taurat dan Injil yang ada sekarang
tetapi telah menolaknya.”
“Sekarang jelaslah,” kata Umar Lahmi “bahwa Kitab Suci Al-Quran tidak
mengakui Taurat dan Injil tetapi menolak dengan keras dan menuduh semua
keterangan, fakta dan kepercayaan di dalamnya sebagai mensyarikatkan Allah
dan murtad. Sekarang saya akan memberikan satu prinsip umum daripada
Kitab Suci Al-Quran dan dengan prinsip itu, buku apa saja boleh diuji, seolah-
olah Kitab Suci Al-Quran seperti batu ujian yang dengannya kita boleh menguji
semua kitab yang lain. Dalam Al-Quran Suran An-Nisa’ ayat 82 ada disebutkan:

Maka mengapakah mereka tidak memperhatikan dan memikirkan tujuan-


tujuan dan maksud-maksud Al-Quran? Sekiranya Al-Quran itu dari sisi selain
Allah seperti yang mereka katakan tentulah mereka dapati padanya
perselisihan yang banyak. Ayat Kitab Suci Al-Quran ini menegaskan bahwa
kecuali Kitab Allah maka tidak ada kitab lain yang bebas dari pertentangan
(contradiction), kerana manusia tidak kalis dari kesilapan dan kekeliruan dan
bagaimanapun kepekaan seseorang itu dalam menulis sesebuah buku namun
kesalahan dan kekeliruan tetap tidak dapat dielak. Dan buku yang ada
kesalahan bukanlah dari Allah karena Allah tidak pelupa dan tidak berbohong.
Nah, bolehkah sesiapa menolak prinsip ini?”
“Prinsip ini cukup wajar dan adil.” jawab Mirano setuju. “Sudah tentu kitab
yang ada pertentangan di dalamnya tidak boleh datang dari Tuhan Yang
Sempurna. Tetapi apakah ada pertentangan di dalam Taurat dan Injil?”
“Banyak sekali,” jawab Umar Lahmi “kerana terlalu banyak sangat
pertentangannya maka pembaca-pembaca menjadi bingung. Sekarang mari
saya cubakan dengan prinsip-prinsip tadi. Saudara akan melihat kenyataannya.
Nah, berapa umur saudara Mirano, cuba beritahu saya.”
Mirano teragak-agak sebentar. “Antara 21 atau 22, katakanlah saja 22.” jawab
Mirano kemudian.
“Bagus. Kalau saudara katakan umur saudara 22 dan satu jam kemudian 42,
apakah kedua-dua keterangan itu betul?”
“Bagaimana boleh kedua-duanya itu betul?” Kalau saya katakan umur saya 42
tentu kenyataan itu salah. Bolehkan kedua-dua itu dikatakan benar?”
MIrano agak kebingungan sedikit dengan kata-kata Umar Lahmi.
“Nah, sekarang cuba lihat di dalam kitab 2 Tawarikh 22:2-3 di mana disebutkan
bahwa ketika Ahaziah ditabalkan menjadi raja menggantikan bapanya, dia
berumur 42 tahun. Tetapi di dalam kitab 2 Raja-Raja 8:25 ada disebutkan
bahwa waktu Ahaziah menjadi raja, umurnya sudah 22 tahun.*  Bolehkah
kedua-dua keterangan ini diterima sebagai benar?”
“Tidak!” jawab Mirano. “Satu saja daripada kedua-dua keterangan itu yang
benar dan yang satu lagi tentu salah.”
“Masalahnya,” kata Umar Lahmi “mana satu di antara kedua keterangan itu
yang benar tidak dapat dipastikan dan dengan demikian kedua-dua kitab dari
Inji itu menimbulkan keraguan. Tanda keraguan telah dibubuhkan ke atas
keduanya.”

[*pada 2 Tawarikh 22:2-3 disebut 42 tahun dan pada 2 Raja-Raja 8:26 Ahaziah
berumur 22 tahun. Dalam Good News Bible kedua-dua Injil itu menyebut 22
tahun].
“Dan cuba kita selidiki lebih lanjut. Dalam Al-Kitab Samuel 24:9 ada dituliskan
bahwa Yoab memberitahukan kepada raja hasil pendaftaran rakyat, Israel ada
delapan ratus ribu daripadanya orang-orang Yahudi yang memikul senjata
tetapi di dalam Injil 1 Tawarikh 21:5 dituliskan jumlah orang-orang Israel ialah
sejuta seratus ribu yang dapat memegang pedang dan orang Yahudi ada empat
ratus tujuh puluh ribu yang dapat memegang pedang. Nah, apakah kedua-dua
keterangan ini benar?*” kata Umar Lahmi lagi.
“Tentulah salah satu daripadanya benar.” jawab Mirano.
“Kitab yang menyebutkan angka-angka yang salah serupa itu tidak mungkin
dari Tuhan.” sambung Umar Lahmi.
“Tidak mungkin.” ulang Mirano. “Allah melindungi namanya dari dicemarkan
serupa itu, jadi lebih baiklah jangan dikatakan kitab-kitab itu dari Allah.”
“Dengan adanya pertentangan serupa ini bolehkah orang menyebut Taurat
dan Mazmur itu wahyu Tuhan? Bolehkah kesalahan-kesalahan serupa ini
dikatakan dari Allah?” tanya Umar Lahmi.
“Subhanallah!” keluh Mirano. “Ini adalah hujah-hujah yang terang tentang
betapa lemahnya Kitab-Kitab Kristian.”

[*dalam Good News Bible ditulis pada Injil 2 Samuel 24:9 ‘Mereka melaporkan
kepada raja jumlah orang yang layak berkhidmat sebagai askar: 800,000 di
Israel dan 500,000 di Judah’. Dalam Injil 1 Tawarikh 21:5 pula disebutkan: ‘Dia
melaporkan kepada Raja Daud jumlah orang yang layak berkhidmat dalam
tentera: 1,100,000 di Israel dan 470,000 di Judah’. (Penterjemah)]

“Di dalam Kitab 2 Samuel 23 ayat 8 ada disebutkan tentang tiga orang perajurit
Nabi Daud yang gagah berani. Seorang daripadanya bernama Josheb
Basshebeth dari suku Tacheman, ia dengan bersenjatakan tombak saja telah
dapat membunuh delapan ratus orang musuh.

Tetapi di dalam Kitab 1 Riwayat 10 ayat 11, yang menceritakan tentang


peristiwa yang sama, nama perajurit itu bukan Josheb Basshebeth tetapi
Joshobeam dari suku Hachmon dan dia hanya membunuh sebanyak tiga ratus
orang saja dengan tombaknya.’*
“Oh, terlalu jauh perbedaannya.” kata orang-orang yang hadir.
“Agak aneh,” bersungut Mirano “orang-orang Kristian tidak melihat kesalahan
yang begitu menjolok.”

[*dalam Al-Kitab pada Injil 2 Samuel 23:8 nama perajurit itu ialah Isybaal orang
Hakhmoni dan pada Injil 1 Tawarikh 11:11 namanya ialah Yasobam bin
Hakhmoni].

“Mereka boleh melihat kesalahan-kesalahan itu jika mereka mahu membuat


penyelidikan dan mereka boleh menolak keterangan-keterangan yang tidak
betul dan membuat penentuan mana yang betul.” kata Umar Lahmi. “Tetapi
mereka terus berpegang kepada kesalahan-kesalahan itu seperti orang yang
tertalu patuh kepada kebenaran. Cuba lihat di dalam Kitab 1 Raja-Raja 4 ayat
46. Di dalamnya tertulis Sulaiman memiliki empat puluh ribu kandang untuk
kuda-kuda keretanya serta dua belas kuda tentera tetapi di dalam Kitab 2
Tawarikh 9:25 ditulis cuma empat ribu kandang untuk kereta dan kuda dan dan
dua belas kuda tunggangan yang dipunyai  oleh Sulaiman. Lihat, betapa jauh
perbedaannya antara empat ribu dengan empat puluh ribu. Sebuah kitab
mengatakan empat puluh ribu sementara kitab yang satu lagi mengurangkan
tiga puluh enam ribu daripadanya dan merasa puas hati dengan empat ribu
saja. Yang ajaibnya, kedua-dua kitab ini didakwa sebagai wahyu daripada
Tuhan. Nah, salahkan kalau Al-Quran mengatakan tidak ada pertentangan di
dalam kitab Allah?”
“Subhanallah!” sahut Isabella “betapa agungnya Al-Quran. Andaikata Al-Quran
tidak diturunkan tentulah tembelang kitab-kitab agama Kristian tidak akan
diketahui.”
“Sekarang cuba kita lihat satu perkara lain yang juga cukup menarik.” kata
Umar Lahmi. “Di dalam Kitab 2 Samuel 10 ayat 18 ada dikatakan bahwa Daud
telah membunuh tujuh ratus orang pemandu kereta kuda dan empat puluh
ribu penunggang kuda. Ingat baik-baik, tujuh ratus dan empat puluh ribu
penunggang kuda. Dalam Kitab 1 Tawarikh 19 ayat 18, Daud telah membunuh
tujuh ribu orang pemandu kereta kuda dan empat puluh ribu orang tentera
berjalan kaki.

Kedua-dua kitab ini dikatakan dari wahyu Tuhan dan kedua-dua kitab ini dikira
adalah hasil daripada manipulasi manusia dan ada campur tangan syaitan.
Sebuah kitab mengatakan pemandu tujuh ratus kereta kuda dan empat puluh
ribu penunggang kuda sementara dalam kitab lain pula berkata bukan begitu.
Tujuh ribu orang pemandu kereta dan empat pulu ribu bukan penunggang
kuda tetapi tentera berjalan kaki. Kitab-kitab ini dikatakan sebagai wahyu dan
kitab-kitab inilah yang disuruh orang-orang mempercayainya. Betulkah kitab-
kitab ini telah diwahyukan Tuhan kepada nabi-nabi?”
“Hah!” kata Mirano. “Terlalu banyak pertentangan di dalamnya. Bagaimana
dapat diterima oleh Islam? Yang nyatanya ialah tabir yang dilabuhkan untuk
melindungi hikmah, kata batin dan kasih orang-orang yang tak beriman itu
terlalu tebal sehingga mereka ada mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi
tidak mendengar, mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada mereka.”

Setelah mendengar kata-kata Mirano, Umar Lahmi lalu menyambung “Setelah


begitu banyak pertentangan di dalam Taurat dan Kitab Perjanjian Lama yang
tidak pernah mahu berkompromi, sekarang mari kita lihat pula kepada Kitab
Injil. Nampaknya, setelah kita membuat penelitian yang saksama maka
keempat-empat Kitab Injil yang wujud sekarang adalah lebih parah lagi. Yang
pertama Injil telah disusun dan ditulis dalam berbagai-bagai bahasa. Kitab Injil
yang pada zaman dulu dianggap sebagai wahyu Tuhan maka sekarang ini tidak
lebih daripada satu apocyphal atau sumber yang diragukan. Di samping Injil-
Injil itu ada Injil lain pula yang digunakan seolah-olah Injil itu tidak lebih
daripada buku-buku teks sekolah yang boleh ditukar-tukarkan menurut
keadaan yang berlaku. Persidangan telah sering diadakan untuk memilih Injil-
Injil yang berbagai-bagai itu seolah-olah wahyu dan kalam Allah bergantung
kepada ketetapan gereja.”
“Ya,” ujar Mirano “pernah sekali saya mendengar dari bapa saya bahwa di
salah satu persidangan itu, setengah daripada kitab-kitab disingkirkan dari
daftar kitab-kitab yang diwahyukan.”

“Sekarang mari kita cuba uji Injil dengan Kitab Suci Al-Quran tentang prinsip
dan standardnya dengan demikian dapatlah kita membuat ketetapan tentang
betapa goyahnya dan betapa palsunya Injil-Injil itu.” kata Umar Lahmi kepada
Mirano, Isabella dan sahabat-sahabat mereka yang diam tidak bergerak,
terpesona dengan kedalaman ilmu Umar Lahmi dan tentang pengetahuannya
mengenai kitab Injil yang selama ini tidak pernah terfikirkan oleh mereka.

“Dalam Kitab Matius 27 ayat 3, salah seorang pengikut Jesus Kristus yang
bernama Yudas telah menerima rasuah sebanyak tiga puluh keping wang
perak. Yudas meraka sangat menyesal kerana telah menyerahkan Jesus Kristus
kepada kerajaan untuk dibunuh di atas salib. Lalu dia pergi kepada imam-imam
kepala dan tua-tua dan berkata ‘Aku telah berdosa kerana menyerahkan darah
orang yang tak bersalah’. Yudas lalu mencampakkan duit itu, pulang ke rumah
dan membunuh dirinya sendiri. Tetapi di dalam Kitab Kisah Para Rasul bab1
ayat 18, ada disebutkan bahwa Yudas dengan wang yang diperoleh dari
perbuatan khianatnya telah membeli sebidang tanah dan di sana dia jatuh
tertelungkup, perutnya terbelah sehingga semua isiperutnya terburai keluar.
Nah, di dalam Kitab Matius, Yudas dikatakan telah memulangkan balik wang
rasuahnya kepada imam-imam ketua dan kemudian menggantungkan dirinya
sementara dalam Kitab Kisah Para Rasul pula dikatakan Yudas membeli kebun
dengan wang itu dan mati terjatuh sehingga isiperutnya terkeluar. Inilah dua
keterangan yang berbeda dari dua buah Kitab Injil yang berbeda pula yang
kedua-duanya didakwa sebagai wahyu menurut orang-orang Kristian atau Roh
Kudus menyuruh mereka menulisnya menurut wahyu yang disampaikan. Jadi
bererti ketika Roh Kudus pergi kepada penulis Kitab Matius, dia mengatakan
begini kemudian apabila dia pergi kepada penulis Kitab Para Rasul, dia
mengatakan yang lain pula. Sekarang, samaada kita membuat anggapan Roh
Kudus sebagai pembohong dan penipu ataupun kita menolaknya secara total.
Adalah lebih bijaksana kita menyatakan bahwa semua Kitab Injil itu palsu dan
salah daripada kita meletakkan tuduhan kepada Roh Kudus. Kalau tidak, Tuhan
dan Roh Kudus juga ikut berbuat dosa.”

“Nyatalah bahwa semua Kitab Injil yang wujud sekarang ini palsu dan salah
belaka dan tentulah musuh-musuh Kristus yang telah memalsukannya untuk
mencapai sesuatu maksud.” sampuk Mirano.
“Itu pertentangan daripada dua buah Injil yang berlainan,” kata Umar Lahmi
“mari kita tengok pula pertentangan yang terdapat di dalam sebuah Injil yang
sama. Saint Paulus yang telah menyusun syahadat trinitas yang menyebabkan
semua penganut Kristian sesat sebab menyekutukan Tuhan telah diceritakan
tentang bagaimana dia masuk Kristian. Ada tiga tempat dalam Kitab Kisah Para
Rasul yang menyebutnya dan ketiga-tiganya berbeda, tidak sama. Betapa aneh
bahwa Roh Kudus telah berbohong di tiga tempat di dalam kitab yang sama
tentang peristiwa yang sama pula.

Dalam bab 9 ayat 3 Injil Kisah Para Rasul ada disebutkan bahwa Paulus sedang
dalam perjalanannya ke Damsyik dengan sahabat-sahabatnya ketika sudah
dekat dengan kota, tiba-tiba cahaya memancar dari langit mengelilingi dia. Dia
rebah ke tanah dan mendengar suatu suara yang berkata: ‘Kenapa
menganiayai aku?” Sementara sahabat-sahabatnya terus termangu-mangu.
Mereka ada mendengar suara itu tetapi tidak melihat seorang jua pun. Di
dalam bab 22 ayat 6-7, kitab yang sama menceritakan sahabat-sahabat ada
melihat cahaya di langit tetapi tidak mendengar suara dan dalam bab 26 ayat
13 mengatakan Saint Paulus dan sahabat-sahabatnya dikelilingi oleh cahaya
dan mereka semua terjatuh ke tanah. Nah, cuba fikirkan dalam sebuah Injil,
peristiwa yang sama telah diceritakan dalam tiga versi di tiga tempat. Bolehkah
kita membenarkannya?” tanya Umar Lahmi.
“Tidak mungkin,” jawab Mirano cepat “ketiga-tiganya palsu dan kalaupun salah
satunya itu betul agak sukar mahu dipastikan.”

“Nah, saudara sudah mendengar tentang pertentangan antara dua buah Kitab
Injil yang berbeda dan pertentangan di dalam sebuah Injil yang sama.” kata
Umar Lahmi. “Sekarang cuba perhatikan keanehan pertentangan yang terjadi
di dalam satu ayat yang sama pula. Di dalam Kitab Injil Lukas bab 21 ayat 16-18
ada disebutkan tentang peringatan Jesus kepada pengikut-pengikutnya: ‘Dan
kamu akan diserahkan juga oleh orangtuamu, saudara-saudaramu, kaum
keluargamu dan sahabat-sahabatmu dan beberapa orang di antara kamu akan
dibunuh dan kamu akan dibenci semua orang oleh kerana namaku. Tetapi
tidak sehelai pun dari rambut kepalamu akan hilang’. Ini bererti bahwa musuh
akan membunuh pengikut-pengikut Jesus tetapi tidak sehelai rambut pun akan
hilang yakni tidak terjadi apa-apa seolah-olah pembunuhan itu tidak ada
kaitannya dengan kecederaan. Kena bunuh tetapi pengikut-pengikutnya tidak
kena bunuh. Kita akan merasa hairan betapa tidak berakalnya penyusun Injil
itu sehingga dalam ayat yang sama ada pertentangan yang boleh menimbulkan
ketawa.”
Isabella yang sejak lama diam mendengar lalu menyampuk “Bagaimana
agaknya orang-orang Kristian yang malang itu mahu menjelaskannya?”
“Apa penjelasan yang boleh mereka berikan?” tanya Umar Lahmi. ‘Mereka
selalu mengelak dengan percakapan yang tidak relevan dan menimpakan
kesalahan itu kepada jurutulis yang tidak mengambil berat.
Meskipun jawaban mereka kita terima sebagai satu kebetulan, pertanyaan itu
masih tetap belum berjawab tentang kalimat yang sebenarnya dan yang mana
pula kesalahan jurutulis? Sebagai contoh umur seseorang dalam satu waktu
ada yang 22 dan ada yang 42 tahun. Mana satu kesalahan jurutulis dan mana
satu pula yang benar? Tidak ada orang-orang Kristian sekarang ini yang boleh
berkata bahwa ayat sebenar ialah begini dan jurutulis telah menulis begitu.
Selagi kesalahan jurutulis tidak dapat dikesani maka penerangan dan jawaban
apa pun juga hanyalah nonsense semata-mata. Jadi, hal ini membuktikan
bahwa menurut orang-orang Kristian sendiri kitab-kitab ini diragukan
sementara di tempat lain kesalahan jurutulis pula diakui maka dengan
sendirinya kitab-kitab itu telah kehilangan kewibawaannya dari sudut mana
pun jua.”

“Tidak mungkinkah kesalahan-kesalahan ini diperbaiki dengan membuat


bandingan dengan yang asli?” tanya Isabella.
“Jikalau kitab-kitab yang tulen ada mengapa pula kita bersusah-susah mahu
membuat perbandingan lagi.” kata Umar Lahmi. “Masalahnya kitab yang tulen
tidak wujud, hanya bergantung dari terjemahan demi terjemahan dari salinan
demi salinan. Dan yang ajaibnya ialah sampai sekarang belum lagi dapat dibuat
kepastian tentang Injil-Injil ini bila ditulis, dalam bahasa apa atau siapa
penulisnya. Setengah pula mengatakan ditulis serentak pada satu waktu di
dalam dua bahasa iaitu bahasa Greek dan bahasa Yahudi. Tetapi dalam bahasa
apapun yang ditulis, Injil asli tentu dapat diperoleh. Malangnya, tidak pernah
diketemui di mana-mana pun jua. Hanya terjemahan dari terjemahan yang ada
yang tidak dapat dipercayai. Kemudian timbul pula berbagai-bagai pendapat
tentang zaman Kitab-Kitab Injil ditulis dan tentang penulisnya tidak sesiapa pun
yang mengetahuinya. Setengah mengatakan pengikut Jesus, Jonah telah
menulis Injilnya sendiri dan ada yang mengatakan ia ditulis oleh orang lain
yang juga bernama Jonah. Yang paling menyedihkan ialah tidak ada keterangan
di dalam kitab-kitab itu tentang penulisnya, di dalam Kitab Injil Matius
namanya juga tidak ada.”
“Orang-orang Kristian berkata apa saja kitab yang telah disahkan oleh gereja
maka itulah saja kitab Tuhan dan kitab yang diwahyukan.” jawab Mirano.
“Jadi untuk dapat dianggp sebagai diwahyukan kita mesti bergantung kepada
gereja sementara kitab-kitab itu sendiri pekak dan bisu dalam soal ini.” kata
Umar Lahmi.
Isabella lalu mencelah “Orang-orang Kristian mempertahankan bahwa
keputusan gereja adalah bebas daripada kesilapan. Dengan demikian,
keputusan itu pun sebagai wahyu pula.”
“Jikalau keputusan gereja itu bebas dari kesilapan maka mengapa pula ada
berbagai-bagai keputusan dari gereja-gereja yang berbeda? Dalam Sidang
Synodes di Nicia 325 Masihi dan sidang yang diadakan di Konstantinopel 381
Masehi kitab-kitab yang dianggap wahyu ole persidangan itu telah ditolak
setengahnya oleh Sidang Niqawiy. Malah diperintah membakr sekalian kitab
yang isinya berlawanan dengan keputusan dalam Sidang Synodes di Nicia.
Sementara sebahagian daripada kitab yang dikeluarkan daripada daftar-daftar
wahyu kembali diterima sebagai kitab-kitab wahyu di dalam sidang yang lain.
Seolah-olah kitab-kitab wahyu itu seperti hidung patung lilin yang boleh
diubah-ubah ke kiri atau ke kanan.”

Setelah mendengar keterangan dan penjelasan Umar Lahmi tentang berbagai-


bagai perkara yang bermula daripada masalah yang ditimbulkan oleh Mirano,
maka pertemuan itu pun berakhir sudah agak larut malam. Semua peserta
kembali ke rumah masing-masing. Isabella dan sahabat-sahabatnya
ditempatkan di sebuah rumah tidak jauh dari rumah Ziad bin Umar dan dikawal
dengan ketat oleh pengawal-pengawal Islam yang gagah berani. Sebelum
berpisah, satu rencana telah diatur supaya Isabella dan sahabat-sahabatnya
mendapat latihan dan pendidikan agama secara intensif  tidak saja dari Umar
lahmi dan alim ulama yang lain tetapi juga dari Ziad bin Umar sendiri.

Masa berjalan begitu cepat, sudah empat tahun berlalu. Dalam masa itu,
Isabella dan sahabat-sahabatnya telah dapat menguasai bahasa Arab dengan
baik dan pengetahuan mereka tentang agama Islam juga cukup mendalam.
Isabella kini telah menjadi tempat tumpuan kaum wanita di Cordova. Setelah
mendalami ilmu agama maka dia telah menjadi model wanita Islam yang
berhemah tinggi dan diberi gelaran sebagai muhaddisa salah seorang ahli
Hadis yang ulung di Cordova. Seorang yang salih yang telah menyerah seluruh
hidupnya ke jalan Allah. 
BAB 15 Islam Agama KESEJAHTERAAN

Cahaya petunjuk dari Islam merupakan rahmat yang paling agung dari Allah
Subhanahu wa ta’ala, yang telah menganugerahkan perbendaharaan ghaibNya
kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Isabella ialah anak perempuan
seorang paderi Kristian yang terkemuka, yang telah dibesarkan oleh bapanya
menurut peraturan-peraturan agama Kristian yang ketat. Isabella sendiri
seorang puteri Kristian yang fanatik, seorang ilmuwan dalam teologi tetapi kini
telah menjadi seorang Islam, seorang muslimat, seorang yang alim dan warak,
ahli pentafsir Hadis dan seorang wanita Islam yang sempurna displinnya.
Isabella telah termahsyur di seluruh Sepanyol kerana ilmu dan kesalihannya.
Dalam masa yang singkat, dia dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang
rumit yang ada kaitan dengan hukum-hukum Islam. Isabella sudah sepuluh
tahun menjadi penganut Islam dan dalam masa itu serangan-serangan
terhadap Islam yang dilakukan oleh orang-orang Kristian sudah mulai reda.
Beratus-ratus orang Kristian, lelaki dan perempuan, telah menerima cahaya
Islam melaluinya dan dengan rahmat Allah. Dia telah keluar sebagai lambang
kemenangan dalam berbagai-bagai perbincangan agama.

Tepat pada masa itu berita-berita telah tersebar di seluruh Sepanyol bahwa
ada seorang perempuan Kristian di Toledo yang katanya terlalu dalam
pengetahuannya tentang Al-Quran dan Hadis dan juga kitab-kitab wahyu yang
awal dan dia mempunyai hujah-hujah yang banyak dan meyakinkan tentang
kebenaran agama Kristian sehingga alim ulama Islam yang terkenal pun agak
susah mahu menolaknya. Selain daripada itu, khabarnya dia juga memiliki
mukjizat yang menyebabkan mendapat kedudukan istimewa di dalam hati
penganut-penganut agama Kristian sehingga kepopularannya tidak
menyenangkan Paus. Orang-orang Kristian dari jauh dan dekat telah datang ke
Toledo semata-mata kerana hendak mengambil berkat dengan menyentuh
pakaiannya saja. Juga diberitahu bahwa dia boleh menyembuhkan penyakit
yang paling berbahaya hanya dengan sekali tenungan. Wanita Kristian itu telah
mengetahui tentang Isabella yang telah meninggalkan agama Kristian dan
menerima Islam sepuluh tahun lalu.
Dia lalu mengumumkan kepada pengikut-pengikutnya bahwa jikalau Isabella
datang menemuinya, dia akan membawanya kembali ke dalam agama Kristian
dengan mukjizat yang ada padanya dan dengan kekuatan hujah-hujahnya.
Katanya lagi Isabella tidak akan berani datang ke hadapannya kerana selama
sepuluh tahun sesudah dia keluar dari agama Kristian, dia telah merasa kesal
kerana meninggalkan agama itu.

Oleh sebab pengumuman yang dibuat oleh perempuan Kristian itu maka
timbullah kehebohan di seluruh negara Sepanyol dan orang-orang Kristian pula
menjadi keras kepala dan mula melakukan perbuatan-perbuatan nakal.
Akhirnya, pada suatu hari dalam salah satu perhimpunan agama, salah seorang
terpelajar yang sedang mengikuti perhimpunan itu telah berkata kepada
Isabella.
“Sudahkah anda mendengar satu pengumuman baru?”
“Tentang apa, saudara?” tanya Isabella.
“Seorang wanita Kristian telah mencabar anda untuk berdebat.” jawab lelaki
itu. “Katanya anda tidak akan berani datang berdebat dengannya dan kalau
anda datang juga dia tidak akan melepaskan anda balik sebelum anda kembali
ke agama Kristian baik melalui mukjizatnya mahupun melalui hujah-hujahnya.”
“La haula wala quwata illa billa,” ujar Isabella. “Seorang wanita Kristian
mencabar saya dan dengan hujah-hujahnya mahu memasukkan seorang
muslimat sejati ke dalam agama Kristian! Saya sebenarnya sudah tidak
berminat lagi dalam persoalan itu. Semua orang yang diberi petunjuk oleh Alah
akan datang kepada saya. Tetapi wanita Kristian ini nampaknya inginkan
nama.”
“Dia sudah lama terkenal,” jawab lelaki terpelajar itu “tetapi sekali ini, dia
berhajat mau berkonfrontasi dengan anda pula. Perkara ini sudah heboh
dipercakapkan orang di seluruh negeri terutama dalam kalangan orang-orang
Kristian.”
“Saya telah juga mendengarnya,” jawab Isabella “bahwa dia benar-benar mahu
berkonfrontasi dengan kita silalah datang ke mari dengan segala penyokong-
penyokongnya dan tanya apa saja yang dia mahu.”
Kira-kira enam hari sesudah perbincangan antara Isabella dengan lelaki
terpelajar itu, Isabella telah menerima surat dari perempuan Kristian tersebut
yang meminta berbincang dengannya mengenai Islam dan agama Kristian.
“Andaikata anda bersetuju, saya dengan segala senang hati akan datang ke
tempat anda, mencuba membersihkan semua keraguan anda.”
Isabella terus menjawab “Saya hanya suka berbincang dengan tujuan mencari
kebenaran dan bukan kerana sekadar mahu bercakap kosong yang akan
membuang masa saja. Anda dipersilakan datang ke rumah saya bila-bila masa
anda suka.”
Sebaik saja menerima surat Isabella itu, perempuan Kristian itu pun tidak
berlengah-lengah lagi lalu mengumumkan kepada orangramai bahwa dia akan
berdebat dengan Isabella dan akan membawanya kembali ke dalam agama
Kristian. Esoknya, dengan diiringi oleh kira-kira seratus orang perempuan
Kristian dia bertolak dari Toledo menuju ke kediaman Isabella di Institut
Pengajian Al-Quran di Cordova. Isabella dengan penuh mesra menyambut
kedatangan semua tetamunya. Setelah berehat sebentar maka perdebatan itu
pun dimulai atas inisiatif wanita Kristian itu.

“Khabarnya anda meninggalkan Tuhan Jesus dan semua wali lalu menerima
agama palsu seperti Islam.” kata perempuan Kristian itu. “Lebih baiklah setelah
sudah mengalami pengalaman pahit itu, anda kembali kepada agama Kristian.”
Isabella tersenyum mendengar kata-kata perempuan Kristian itu.
“Biarpun saya dibakar hidup-hidup saya tidak akan meninggalkan Islam dan
menerima ketuhanan yang berbagai-bagai serta kepercayaan Kristian yang
memalukan itu. Namun demikian kerana anda datang ke mari maka saya ada
hak untuk bertanya di mana di dalam Injil ada tertulis yang anda boleh datang
mengajak orang masuk Kristian. Di dalam Injil, Jesus itu hanyalah nabi orang-
orang Yahudi saja dan dia telah diutus untuk mendakwah kepada mereka
khusus.” jawab Isabella tegas.
“Apakah ada tertulis di dalam Injil bahwa pintu agama Kristian tertutup kepada
semua manusia? Apakah ini hasil penyelidikan anda yang menyebabkan anda
membuang agama Kristian?” tanya perempuan Kristian itu.
“Ya, ada ditulis di dalam Injil dan juga disahkan oleh Kitab Suci Al-Quran yang
mengatakan :‘wa rasulan ila Bani Israel’ yakni Jesus Kristus itu diutus sebagan
nabi orang Israel (Yahudi) dan di tempat lain ada disebutkan : ‘waja alnahu
mislan Bani Israel’ yakni kami jadikan Jesus Kristus itu sebagai contoh kepada
orang-orang Israel dan ini bererti bukan untuk seluruh dunia.”
“Bilakah yang saya ini percayakan Al-Quran sehingga anda menyebutnya di
hadapan saya?” tanya perempuan Kristian itu lagi.
“Saya sebutkan Kitab Suci Al-Quran itu kerana anda mungkin tahu bahwa
dalam soal ini Kitab Suci Al-Quran dan Injil itu sama. Dalam Kitab Matius bab 10
ayat 5 ada dikatakan : ‘kedua belas orang murid itu telah diutus oleh Jesus dan
dia berpesan kepada mereka : “Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa
lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria, melainkan pergilah kepada
domba-domba yang hilang dari umat Israel!’ Di dalam Kitab Matius juga bab
15 ayat 21, ada dikatakan : ‘Lalu Jesus pergi dari situ dan menyingkir ke daerah
Tirus dan Sidon, maka datanglah seorang perempuan Kanaan dari daerah itu
dan berkata ‘Kasihanilah aku, wahai anak Daud kerana anakku perempuan
telah dirasuk syaitan dan sangat menderita’. Tetapi Jesus sama sekali tidak
menjawab. Lalu murid-muridnya datang dan meminta kepadanya. ‘Suruhlah
dia pergi,dia mengekori kita dengan berteriak-teriak’. Jawab Jesus ‘Aku diutus
hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel’. Nah, itu buktinya
daripada Kitab Injil anda sendiri bahwa Jesus Kristus tidak diutus sebagai nabi
kita semua tetapi hanya untuk orang-orang Israel saja, bukankah lebih baik
anda ikut perintah Tuhan anda? Mengajak orang lain masuk Kristian adalah
perbuatan yang bertentangan dengan perintah Tuhan anda dan anda telah
menderhakainya.” kata Isabella.

“Apa yang anda tahu tentang Injil?” kata perempuan Kristian itu. “Tanyalah
saya akan maksud ayat-ayat itu. Dalam Injil tidak ada ditulis bahwa Injil tidak
boleh diajar di mana-mana.”
“Tidak ada?” tanya Isabella seperti mengejek.
“Jangan berbuat bohong Isabella. Sekurang-kurangnya di hadapan khayalak ini
anda patut menahan diri dari berbohong.” kata perempuan Kristian itu. “Lihat,
dalam Kitab Markus bab 16 ayat 15 ada ditulis : ‘Dia berkata kepada mereka,
pergilah ke seluruh dunia dan beritakan Injil kepada semua makhluk.
Barangsiapa yang percaya dan dibaptiskan maka dia akan selamat dan
barangsiapa yang tidak percaya maka dia akan diseksa’. Lihat betapa jelasnya
perintah untuk mengkristiankan seluruh umat dunia.”
“Anda barangkali tidak tahu,” kata Isabella “ada 12 ayat di dalam bab 16 ini
ditambah kemudian. Injil yang awal hanya sampai kepada ayat 8 saja. Anda
jangan cuba kemukan hujah dari Injil yang sudah dimanipulasi.”
“Bagaimana anda tahu ayat-ayat ini ditambah kemudian?” tanya wanita
Kristian itu terperanjat.
“Dari penyelidikan orang-orang Kristian sendiri. Setelah dibandingkan dengan
nashkah-nashkah lama, ternyata 12 ayat di dalam bab yang terakhir kitab itu
tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang terdahulu*.”

[*di dalam edisi bahasa Urdu Kitab Injil yang digunakan di India sekarang, ayat-
ayat yang telah dimanipulasi ini dibuat sebagai catatan pinggir].

“Karena kami tidak mempunyai Kitab Injil yang original maka saya tidak dapat
berkata apa-apa sebagai jawabannya.” ujar perempuan Kristian itu. “Saya akan
menjawab apabila saya mendapat Injil original nanti. Tetapi apakah ajaran-
ajaran Quran yang tidak terdapat di dalam Injil? Kenapa anda sampai
menerima Islam?”
“Mengenai hal itu saya telah pun berbincang secara terperinci dengan para
paderi anda. Tanyalah kepada mereka.” kata Isabella.
“Bagaimana saya akan tahu apa yang anda jawab kepada paderi-paderi itu.
Sekarang cuba terangkan kepada saya apa dia kelebihan-kelebihan Islam yang
telah anda pelajari?” tanya perempuan Kristian.
“Apa anda fikir saya terima Islam dengan mata tertutup? Sekurang-kurangnya
ada sesuatu yang membuat saya jijik dengan Kristian dan menyebabkan saya
mencintai Islam.” kata Isabella.
“Kenapa anda enggan menyebut kelebihan-kelebihan Islam?” Perempuan
Kristian itu terus mendesak.
“Nyatalah agama itu tidak ada kelebihan apa-apa pun juga. Isabella! Cuba
dengar baik-baik. Tidak ada sesiapa yang setaraf dengan saya di seluruh
Sepanyol dalam ilmu pengetahuan. Jangan anda cuba fikir bahwa saya ini tidak
tahu apa-apa. Bagaimanapun saya hanya mahu bertanya satu pertanyaan saja.
Anda boleh menjelaskan yang hak dan yang batal biar seterang hari siang.
Beritahu saya kualiti yang mana satu lebih tinggi: peradilan lebih tinggi
daripada hukum rahmat ataupun hukum rahmat itu lebih tinggi daripada
syahadat peradilan?”
“Kedua-duanya tinggi dan utama pada tempatnya masing-masing dan rendah
serta tidak berguna kalau bukan pada tempatnya.” jawab Isabella.
“Fahamkah anda apa yang saya maksudkan?” Perempuan Kristian itu bertanya
kepada Isabella.
“Begini! Hukum-hukum Taurat itu peradilan kerana di dalamnya ada tersebut
hukuman kepada tiap-tiap orang yang melakukan kesalahan tetapi Injil ialah
hukuman rahmat kerana hanya Tuhan Jesus Kristus saja yang dikhaskan untuk
penebusan dosa. Nah, cuba terangkan apakah anda menolak hukum-hukum
rahmat?”
“Saya telah katakan bahwa kedua-duanya betul pada tempatnya masing-
masing. Jikalau seseorang yang berbuat salah diampunkan dengan andaian
bahwa dia akan memperbaiki dirinya maka dia diampunkan dan rahmat akan
menyusul kemudian, tetapi kalau dikhuatiri bahwa yang berbuat salah itu
semakin berani melakukan kesalahan dan dia dimaafkan juga maka permaafan
itu adalah satu jenayah dan ketidak-adilan kepada yang berbuat salah.”
“Nah, apakah Quran itu hukum-hukum peradilan ataupun hukum-hukum
rahmat?” tanya lagi perempuan Kristian itu.

“Menurut pendapat anda, Taurat itu hukum-hukum peradilan dan bukan


hukum-hukum rahmat sementara Injil pula hukum-hukum rahmat dan bukan
peradilan. Jadi kedua-duanya itu tidak berlaku pada tempatnya masing-masing.
Kitab Suci Al-Quran sebaliknya merangkumi kedua-duanya, peradilan dan
kerahmatan dan telah menunjukkan jalan yang benar bagi penggunaan kedua-
duanya itu. Dalam Al-Quran, surat 42 ayat 40 ada disebutkan : Balasan
kejahatan adalah kejahatan yang seumpamanya’. Inilah hukum-hukum
peradilan dan selajutnya ayat itu diakhiri dengan: ‘Barangsiapa memberi maaf
serta memperbaiki keadaan dirinya maka pahala akan diberikan Allah,
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlaku zalim. Ini ialah hukum-
hukum rahmat.” kata Isabella. “Di tempat lain Al-Quran iaitu di surat An Nahl
ayat 126 ada disebutkan: Dan jika kamu menyeksa mereka sebagai
pembalasan, maka seksalah mereka seimbang dengan penyeksaan yang
ditimpakan atas kamu’. Ini ialah peradilan dan ‘Demi Allah sungguh jika kamu
bersabar tentulah sabar itu lebih baik lagi bagi segala orang yang sabar’. Ini
rahmat. Di tempat ketiga pula iaitu di surat Al-Baqarah ayat 280 ada
disebutkan begini: Dan jika didapati orang yang sempit keadaan, yakni orang
yang berhutang maka hendaklah kamu beri waktu hingga dia sanggup
membayarnya’. Ini peradilan lagi. Tetapi ‘kamu bersedekah kepada orang yang
papa itu dengan jalan membebaskan mereka dari hutang, adalah lebih baik
bagi kamu dari menunggu mereka sanggup membayarnya, jika kamu
mengetahui’. Itu rahmat lagi. Begitulah Kitab Suci Al-Quran memberi
peringatan tentang peradilan dan rahmat.” 
Perempuan Kristian itu lalu menyampuk “Quran menyuruh mengambil
tindakan membalas tetapi Injil melarang tindakan serupa itu, sebaliknya
disuruh memberi kemaafan. Nah, kelebihan Injil bukankah telah terbukti
dengan jelas.”
“Itu tidak membuktikan kelebihan tetapi kekurangan.” jawab Isabella dengan
segera.  ”Andaikata orang melakukan kejahatan dan jenayah lalu diberi
kemaafan kepada tiap-tiap kali kejahatan dan jenayah dilakukan, maka
kejahatan dan jenayah akan merebak ke seluruh dunia dan keamanan serta
ketenteraman akan terganggu. Kitab Suci Al-Quran membenarkan penggunaan
kedua-duanya sekali: pemaafan dan pembalasan menurut keadaannya. Selain
daripada itu, Injil juga telah memanusiakan Tuhan tentang mengapa Dia
memberikan sifat marah dan nafsu kepada manusia. Apakah sifat marah itu
diberikan tanpa bersebab? Tidak. Tuhan tidak pernah mencipta sesuatu sifat
manusia tanpa ada gunanya. Oleh sebab itu Kitab Suci Al-Quran telah mengajar
bagaimana mahu menggunakan sifat-sifat pengampun dan pemarah,
pemaafan dan pembalasan menurut keadaan yang sepatutnya dan tidak
dibenarkan sifat-sifat itu menghanyutkan manusia.”“Ah, betapa tidak adilnya
anda menolak semua perkara-perkara baik dari kami,” kata perempuan
Kristian “Tuhan kami tidak pernah berperang dengan sesiapa pun juga tetapi
memaafkan musuh-musuhnya dan dengan sabar menahan penindasan mereka
sedangkan nabimu membalas dendam ke atas musuh-musuhnya serta tidak
pernah memberi kemaafan kepada sesiapa pun juga. Sekali lagi membuktikan
bahwa contoh dari Injil dan Tuhan kami saja yang boleh membawa kepada
keselamatan.”
“Kesabaran, kemaafan, ketegasan, keberanian, keadilan dan lain-lain lagi
adalah perbuatan yang diketahui oleh tiap-tiap orang tetapi sangat sedikit pula
daripada mereka itu yang tahu akan signifikannya yang sebenar. Sesuatu nilai
tentang baik dan buruk moral terletak kepada tempat penggunaannya yang
sesuai, kalau tidak maka kesabaran dan kemaafan tidak ada erti sama sekali.
Cuba perhatikan! Pengampunan dan pemaafan akan tinggi nilainya apabila
pemberi maaf mempunyai kuasa untuk membalas. Jikalau seorang yang lemah
dan tidak berdaya, tidak ada kuasa untuk membalas maka pengampunan dan
kemaafannya tidak akan dapat dianggap sebagai satu jasa melainkan sebagai
satu kebaculan saja. Nabi kami memiliki kekuasaan moral ini sebab itu
kemaafan dan pengampunan adalah terlalu tinggi nilainya.
Setelah beliau menakluki Mekah, orang-orang musyrikin yang kejam telah
dibawa ke hadapan baginda tetapi baginda membebaskannya semua dengan
berkata: “Pergilah kamu sekalian. Kamu sekarang sudah bebas! ” Kalau baginda
mahu, baginda dapat mencencang-cencang mereka kerana baginda ada kuasa
dan sahabat-sahabat baginda sedang menunggu perintahnya saja. Nah,
sekarang cuba beritahu saya, bagaimana kedudukan nabimu waktu dia
memaafkan musuh-musuhnya? Nyatalah pada waktu itu dia sangat tertekan
dan tidak ada siapa yang mahu menolongnya, dia pula tidak ada kuasa untuk
membalas dendam. Tidak ada lain yang dapat dilakukan olehnya kecuali
memberi maaf. Kalau dia berkuasa dan memaafkan musuh-musuh maka
sesungguhnya itu suatu perkara yang boleh anda banggakan. Kesabaran dalam
keadaan tidak berdaya maka ia bukanlah kemaafan.”
“Pooh, Isabella!” perempuan Kristian itu mendesit. “Anda panggil orang yang
berlumuran darah sebagai orang-orang yang bermoral? Dan jangan cuba
memberikan apa-apa penilaian kepada orang yang tidak pernah
menumpahkan darah barang setitik pun.”
“Itu salah pengertian anda, melihat sesuatu dari sudut yang keliru. Nah, saya
mau mengemukakan kepada anda tentang keberanian dan tentang anggapan
anda terhadap baik atau buruk peradilan.”
“Kedua-dua kualiti itu baik, siapa yang boleh membantahnya?” jawab
perempuan Kristian itu.
“Bagus! Nah, cuba beritahu saya apakah keberanian dapat dilahirkan selain
daripada di dalam peperangan dan peradilan dapat diwujudkan tanpa ada
pemerintahan? Tidak mungkin! Maka kedua-dua kesempatan ini telah
menganugerahkan oleh Allah kepada nabi kami, yakni dia melakukan
peperangan terhadap orang-orang musyrikin dan juga mempunyai kekuasaan
untuk memerintah. Dalam peperangan dia telah memperlihatkan keberanian
dan dengan membentuk pemerintahan dia memperlihatkan peradilan.
Bolehkah anda memperlihatkan kedua-dua kelebihan ini pada Tuhan
anda?”“Anda fikir berperang itu satu kelebihan yang besar? Tuhan kami
membawa seruan perdamaian dan keamanan dan bukan peperangan.” jawab
perempuan Kristian itu.
“Tetapi pada nabi kami kedua-dua kualiti ini ada. Di satu pihak dia adalah
rahmat kepada dunia, baik hati dan pemaaf dan di pihak yang lain seorang
pejuang dalam peperangan di jalan Allah. Jadi, dia menjadi contoh dan teladan
yang baik dalam berbagai-bagai aspek hidup.” kata Isabella.
“Betapa jeleknya percakapan anda, Isabella.” ujar perempuan Kristian itu.
“Bolehkah anda membuat bandingan antara seorang yang suka berperang
dengan seorang yang membawa kedamaian?”
“Kalau memerangi musuh dan menindas perbuatan jahat merupakan satu
jenayah maka bagaimana pula pendapat anda terhadap Nabi Musa yang
seluruh kehidupannya dihabiskan dengan memerangi musuh-musuhnya yang
disaksikan di dalam Kitab Perjanjian Lama? Benarkah Jesus Kristus seorang
perdamaian dan keamanan dan dia selama hidup tidak pernah berperang?
Nabi kami ialah Pesuruh Kemuliaan dan Pembawa Rahmat. Kalau baginda di
satu pihak berperang melawan musuh-musuhnya seperti Musa, maka di piha
lain serupa Kristus, baginda membawa perdamaian dan keamanan kepada
dunia. Maka baginda merupakan contoh yang paling sempurna dari kedua-dua
Nabi Musa dan Jesus.” kata Isabella.
“Nampak anda kini sudah terlalu bijak. Saya tidak akan membiarkan sehingga
anda saya kalahkan.” ujar perempuan Kristian itu. “Saya akan bercakap kepada
anda dengan sejelas-jelasnya supaya semua wanita yang hadir di sini dapat
mengikutnya dengan saksama, dua kali dua empat. Fikirkanlah dengan
sedalam-dalamnya sesudah anda membuat bandingan Quran dengan Injil nanti
barulah kebenaran menjadi nyata kepada anda.”
“Saya akan menjawab soalan anda sejelas mungkin. Nah, sila kemukakan.” kata
Isabella.
“Perbahasan ini tidak akan ada ertinya kalau kerasulan nabimu tidak dapat
dibuktikan.” Perempuan Kristian itu mencabar Isabella. “Pertama buktikan
kebenaran kerasulan Muhammad kemudian barulah perbahasan ini kita
teruskan.”

“Apakah dia ujian-ujian pembuktian kerasulan itu menurut ukuran anda?”


tanya Isabella.
“Kalau anda dapat membuktikan dua perkara tentang Muhammad, maka Islam
benar, kalau tidak ia adalah palsu.” kata perempuan Kristian itu. “Kerana tiap-
tiap nabi dua perkara ini adalah penting. Pertama nabi-nabi yang terdahulu
telah memberitahu lebih awal tentang kedatangannya dan kedua dia ada
melakukan mukjizat.”
“Apakah Adam itu seorang nabi menurut pendapat anda?” tanya Isabella.
“Mengapa pula tidak?” jawab perempuan Kristian itu.
“Apakah ada nabi-nabi terdahulu yang telah memberitahu tentang
kedatangannya?” tanya Isabella.
“Sebelum dia, mana ada nabi, jadi bagaimana orang akan memberitahu
tentang kedatangannya?”
“Jadi kriteria anda tentang benar atau palsunya seseorang nabi itu nyatalah
salah dan nakal. Kalau seseorang nabi mesti diberitahu lebih dulu oleh nabi
yang lain akan kedatangannya maka Adam terpaksa dikeluarkan dari kenabian
menurut kriteria anda itu. Tentang kemukjizatan pula itu bukanlah suatu
perkara yang penting bagi kenabian. Di dalam Injil anda sendiri ada tertulis
bahwa nabi palsu juga boleh melakukan mukjizat melebihi Jesus sendiri.” kata
Isabella.
“Anda nampaknya tidak menyetujui apa saja pendapat saya. Baiklah, bolehkah
anda membuktikan kerasulan nabi anda?”
“Soalan serupa pula hendak saya kemukakan kepada anda. Atas dasar apa
seorang Kristian itu percaya kepada Nabi Musa, Daud, Sulaiman, Yaakub,
Yusuf, Yahya, Nuh, Ibrahim? Cuba biar saya dengar hujah-hujahnya dan atas
dasar yang sama pula insyaAllah kerasulan Nabi akhir zaman akan saya
buktikan dengan sejelas-jelasnya sehingga tidak ada sebab lagi bagi anda untuk
menolaknya.” ujar Isabella.

“Kami menerima semua nabi mengikut peranan yang mereka lakukan.” jawab
perempuan Kristian itu ringkas.
“Peranan apa?” tanya Isabella cepat. “Cubalah perincikan supaya tidak susah
kita menetapkan dasar perbahasan kita ini.”
Perempuan Kristian itu termenung sejurus sebelum menjawab, seolah-olah
berfikir. Dia menundukkan kepalanya sehingga menimbulkan kegusaran
kepada penyokong-penyokongnya yang hadir. Mereka khuatir kalau-kalau dia
tidak dapat menjawab dan perbuatannya itu akan menjadi punca kehinaan
serta kehilangan maruah kepada orang-orang Kristian seluruhnya.

Dia kemudian memanggungkan kepalanya dan memandang Isabella dengan


pandangan kosong.
“Kami tidak tahu tentang nabi-nabi lain. Kami hanya menaruh perhatian
kepada Tuhan Jesus Kristus kami saja. Melaluinya kami percayakan nabi-nabi
yang lain itu.”
Mendengar itu, Isabella dengan cepat mendesak.
“Kalau begitu kemukakanlah kriteria kebenaran Tuhan anda dan dengan
kriteria yang serupa pula Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam akan
dibuktikan.”
“Bkti yang besar dari kenabian Tuhan kami ialah dia telah menghidupkan orang
yang sudah mati, memberi celik kepada orang yang buta, menyembuhkan
penyakit kusta dan menyelamat orang yang dirasuk syaitan.” kata perempuan
Kristian itu.
“Apakah bukti bahwa Tuhanmu telah melakukan semua itu? Mana dia orang
yang telah dihidupkan Jesus Kristus itu? Mana dia orang buta yang telah
dicelikkan oleh Tuhanmu itu? Sebagai tentangan daripada semuanya itu saya
mengemukakan kepada anda mukjizat nabi yang kami kasihi Muhammad
sallallah alaihi wassalam yang sampai hari ini masih kekal tidak berubah seperti
pada zamannya juga dan akan terus kekal sampai hari kiamat. Itulah mukjizat
Kitab Suci Al-Quran yang mencabar seluruh dunia. Andaikata iaitu rekaan dari
Nabi kami, maka cuba buatkan karya yang serupa dengannya. Buatlah kira-kira
sepuluh ayat atau beberapa ayat saja atau satu ayat yang sama tetapi sampai
saat ini tidak seorang pun baik Kristian atau Yahudi atau penyembah berhala
atau tukang sihir atau Saebiin yang berani menyahut cabaran itu. Inilah
mukjizat yang hidup yang telah melumpuhkan seluruh dunia sampai ke Hari
Pembalasan. Mukjizat nabi-nabi lain kalau dibandingkan dengan mukjizat ini
adalah fana, yang bersifat semasa dan hilang lesap begitu saja seperti asap
tanpa ada bukti kecuali cerita-cerita yang didongengkan.”

“Anda telah mula bercakap tentang perkara-perkara yang tidak relevan lagi.
Bolehkah kitab Quran yang serupa itu dianggap mukjizat, yang membenarkan
berkahwin empat? Dengar ini! Tuhan kami telah mengatakan bahwa ia adalah
jalan kebenaran dan kehidupan dan tanpa dia tidak sesiapa pun yang boleh
sampai kepada Tuhan Bapa.”
“Kitab Suci Al-Quran tidak pernah menganjurkan kahwin sampai empat. Ia
memberi kelulusan untuk melakukannya dengan syarat-syarat tertentu. Tetapi
jikalau kahwin banyak itu anda anggap sebagai satu jenayah maka bagaimana
keadaannya dengan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman? Menurut Kitab Perjanjian
Lama mereka mempunyai beratus isteri. Tentang pengakuan Tuhan anda
bahwa iaitu jalan kebenaran dan kehidupan, betapa pula hal itu boleh menjadi
satu percanggahan dengan Al-Quran? Tiap-tiap nabi yang diutus ke dunia ini
membawa jalan kebenaran dan kehidupan.
Tuhan anda mengatakan dia adalah jalan kebenaran dan kehidupan tetapi Al-
Quran mengatakan tentang Nabi kami bahwa dia itu bukan saja di jalan yang
benar tetapi juga menunjukkan jalan kebenaran kepada orang-orang lain.
Dalam Kitab Suci Al-Quran Surat Asy-Syura ayat 52 ada disebutkan kira-kira
begini: Dan sesungguhnya, engkau benar-benar memberi petunjuk kepada
jalan yang lurus.
Kitab Suci Al-Quran mengatakan bahwa Nabi kami bukan saja dia itu menjadi
kehidupan tetapi juga dia datang untuk membawa rahmat kepada dunia ini.
Dalam surat Al-Anfal ayat 24 ada disebutkan yang maksudnya ialah: wahai
segala mereka yang telah beriman, sambutlah seruan Allah dan Rasulnya
apabila dia (Rasul) menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu.
Dan ketahuilah olehmu bahawasanya Allah menjadi pendinding antara
seseorang manusia dengan hatinya dan bahawasanya kepada Allah kamu
dikembalikan.
Maka bukti dari ayat ini ialah Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam telah
mengislamkan orang-orang biadab, yang keji, penindas, bodoh, pencuri,
pembunuh, penzina dan penyembah berhala menjadi mereka itu penyembah
Allah yang taat dan beratus ribu sahabat berduyun-duyun mengikut seruannya.
Baginda telah memberikan kehidupan kepada orang-orang Arab dalam masa
hayat baginda. Sebagai bandingannya Tuhan anda hanya dapat membentuk
dua belas orang pengikut saja sepanjang hayatnya dan malah kepada mereka
itu juga dia tidak memberikan seluruh kepercayaannyaa kerana seperti yang
dikatakan oleh Kristus sendiri kepada mereka, sebahagian daripadanya tidak
jujur.”

“Anda bercakap terlalu banyak,” kata perempuan Kristian itu “tetapi sebegitu
jauh anda belum dapat membuktikan mukjizat yang telah dilakukan oleh Nabi
anda.”
“Nasihat saya kepada anda,” kata Isabella pula “ialah supaya anda
meninggalkan percakapan-percakapan logik anda itu tetapi cuba menyakinkan
saya dengan mukjizat anda. Khabarnya mukjizat anda telah terkenal jauh dan
dekat dan orang-orang datang meminta restu dari anda. Anda tidak layak
bercakap perkara-perkara yang logik.”
“Anda belum lagi layak untuk menyaksikan mukjizat saya.” jawab perempuan
Kristian itu.
Isabella tidak berkata apa-apa lagi sesudah mendengar jawaban itu dan semua
yang hadir menjadi terperanjat yang amat sangat mendengarnya. Perempuan-
perempuan Kristian menundukkan kepala mereka dengan rasa malu
sementara orang-orang Islam mengucapkan syukur kepada Allah dengan hati
yang gembira.

Perempuan Kristian itu diam kaku, tidak tahu apa yang mahu diucapkannya
lagi. Isabella yang memerhatikan keadaannya lalu berkata “Barangkali anda
letih sekarang. Marilah kita hentikan dulu perbahasan ini sampai besok pula.
Nah, sekarang beritahu saya pukul berapa anda dapat datang.”
“Saya tidak akan bangun,” jawab perempuan Kristian itu “selagi kita tidak
dapat memutuskan tentang kebenaran dan kebatalan. Barangkali juga anda
yang letih.”
“Bagi saya anda bebas untuk meneruskan perbincangan ini tanpa jeda
sehingga yang benar dan yang batal dapat dipastikan dan ditetapkan. Apa yang
saya maksudkan ialah keselesaan anda saja, tidak lain.” jawab Isabella.
“Saya sebenarnya sudah bertekad mahu meneruskan perbincangan ini sampai
selesai.” kata perempuan Kristian itu mahu menunjukkan keras hatinya. “Nah,
sekarang cuba katakan apa perlu lagi Islam setelah agama Kristian tersebar luas
dan menyeluruh?”
“Jikalau Islam tidak datang,” jawab Isabella “kebenaran tidak akan dapat lahir
ke dalam dunia ini. Islamlah yang telah menghidupkan kembali ajaran nabi-
nabi yang terdahulu. Islam mengajarkan manusia tentang ketaatan dan
kesucian. Saya akan huraikan kepada anda secara kasar beberapa sebab
tentang mengapa Islam diperlukan. 

1.    Islam dengan kedatangannya telah menyempurnakan agama yang


terdahulu, kerana pengajaran kitab-kitab wahyu yang diturunkan sebelumnya
hanya sesuai untuk masa itu saja dan tidak mempunyai tarikan sejagat
(universal). Kitab Suci Al-Quran telah mengisi jurang itu.2.    Ajaran yang
sebenarnya dari nabi-nabi terdahulu telah diselewengkan oleh pengikut-
pengikutnya dan Al-Quran membersihkan penyelewengan tersebut. Sebagai
contoh orang-orang Kristian yang telah menganggap Jesus Kristus sebagai
Tuhan dan membina struktur yang bobrok dengan mengadakan sekutu kepada
Allah, ialah yang mula-mula sekali diruntuhkan oleh Islam.
Agama Islam membawa sinar ketauhidan Allah dan menyembahkan zat
kebesaran Allah dan kekuasaanNya yang tulen kepada dunia.3.    Ahlul Kitab
telah mengadakan berbagai macam tuduhan yang memalukan kepada nabi-
nabi, mengatakan setengah daripada mereka itu pendusta, penipu dan penzina
dan dengan demikian mencap nabi-nabi itu sebagai berdosa. Islam dengan
keras menolak, membantah, menafikan tuduhan-tuduhan tersebut dan
meletakkan kembali kemuliaan dan kehormatan yang sebenar kepada nabi-
nabi itu.

4.    Ahlul Kitab dengan membuat interpretasi kitab-kitab suci mereka telah


memanipulasi kitab-kitab itu sehingga pengikut-pengikutnya percaya bahwa
kitab-kitab wahyu asli telah hilang. Kitab Suci Al-Quran mendedahkan
perbuatan jahat mereka, penipuan mereka dan mengemukakan semua ajaran
yang sebenar dan tulen dari kitab-kitab terdahulu itu sehingga kita tidak
perlukan kitab-kitab lain lagi kerana Kitab Suci Al-Quran mencakupi semua
kitab yang telah diwahyukan kepada nabi-nabi terdahulu.

5.    Olehsebab nabi-nabi yang terdahulu dan kitab-kitab yang dibawanya


hanya khusus kepada masa yang tertentu dan khusus kepada umat yang
tertentu saja maka ia tidak mengandungi hukum-hukum yang meliputi semua
aspek yang diperlukan oleh manusia di dalam kehidupan dunia bagi sepanjang
zaman maka Kitab Suci Al-Quran telah mengisi kekosongan jurang itu dan
setelah menyempurnakan tatasusila agama yang dilaungkan maka keperluan
semua umat manusia disediakan dengan sebaik-baiknya bagi kegunaan seluruh
kemanusiaan sehingga Hari Kiamat.

Nah, sudah sedarkah anda kenapa Islam didatangkan ke dunia ini?”

Setelah termenung sejurus lamanya kerana terpesona dengan hujah-hujah


yang dikemukan oleh Isabella, perempuan Kristian itu lalu menjawab “Semua
itu hanyalah dakwaan-dakwaan tanpa hujah-hujah yang sahih. Anda tidak
sedikitpun menyebut tentang mukjizat nabi anda dan juga tidak ada
pembuktian kenabiannya. Kerana persoalan ajarannya itu datang sesudah
masalah ini dihuraikan.”
“Anda menanyakan kepada saya apa perlunya kedatangan Islam dan saya
secara kasar menyebut keperluan-keperluan itu,” jawab Isabella “sekarang
terserah kepada anda pula untuk membantah hujah-hujah itu. Saya telah
berikan kepada anda bukti mukjizat yang dapat dilihat oleh seluruh dunia ini,
iaitu Kitab Suci Al-Quran dan cabaran-cabarannya. Jikalau ada orang yang
mengatakan bahwa Kitab Suci Al-Quran itu bukan wahyu dari Allah, dia
haruslah bawakan ke mari satu ayat saja untuk dibandingkan dengannya.
Tetapi itulah persoalannya tidak ada sesiapa pun yang telah melakukannya
untuk menyokong cabarannya itu. Berdasarkan fakta itu maka jelaslah tanpa
ada cabaran apapun juga bahwa Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam
adalah Nabi dan Rasulullah. Kerana tidak ada sesiapa lain lagi sesudahnya.
Selain daripada itu bukti yang lain ialah sesudah mencapai darjat kenabian,
Nabi sallallah alaihi wassalam telah membentuk masyarakat sesuai dengan
instruksi Kitab Suci Al-Quran dan dalam masa hayatnya seluruh jazirah Arab
tunduk di bawah Islam. Nah, adakah contoh serupa ini dapat diperoleh dari
nabi-nabi palsu? Saya fikir tidak ada contoh yang boleh dibuat untuk
menunjukkan bahwa seseorang yang palsu di dunia ini boleh melakukan
perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallah alaihi
wassalam itu.”

“Apa saja yang anda katakan, nabi anda itu tidak layak untuk diikut. Bagaimana
boleh seseorang yang telah menumpahkan darah sepanjang hayatnya dan
kahwin dengan beberapa orang perempuan menjadi seorang reformer? Lihat
pada ketaatan Tuhan kami bahwa dia tidak pernah kahwin sepanjang
hidupnya.” kata perempuan Kristian itu.
“Kerana telah diakui Tuhan anda itu sebagai Tuhan Anak maka dia tidak perlu
kahwin,” jawab Isabella “tetapi sebaliknya Nabi kami, Muhammad sallallah
alaihi wassalam ialah manusia biasa seperti manusia lain juga, maka dia
merasakan desakan tabii kepada perkahwinan. Saya khuatir, anda tidak akan
dapat menamakan nabi-nabi lain selain daripada Tuhan anda yang meskipun
manusia tetapi tidak kahwin.”

“Manusia yang sempurna ialah orang yang dapat dibezakan daripada yang
lain.” kata perempuan Kristian itu.
“Kenapa kini mahu bercakap tentang manusia sempurna, puan? Anda telah
mengakui bahwa Tuhan anda itu Tuhan Anak!”
“Kenapa pula tidak? Dia makan, dia minum bukan sebagai keadaannya Tuhan
tetapi sebagai manusia.” jawab perempuan Kristian itu tanpa menyedari
perangkap yang disediakan Isabella.
“Kalau begitu bagaimana akan dibezakan Tuhan anda itu? Dan bagaimana pula
definisi manusia yang sempuna?”
“Manusia yang sempurna ialah seseorang yang untuk mengikutinya tidak ada
terdapat apa-apa kesukaran.” jawab perempuan Kristian itu.
“Nah, di sini saya bersetuju secara total dengan anda. Saya fikir anda kini telah
sampai kepada satu kriteria yang boleh diterima.” kata Isabella. “Anda telah
mengatakan bahwa manusia yang sempurna ialah orang yang boleh diikuti
dalam berbagai-bagai aspek kehidupan yang biasa. Persoalannya timbul bahwa
orang-orang Kristian telah menjalani kehidupan yang biasa dan menikmati
kehidupan berumahtangga. Mereka mempunyai suami atau isteri dan anak-
anak. Nah, bagaimana caranya mereka itu boleh mengikut Kristus di dalam
kehidupan rumahtangganya? Kerana Tuhan anda tidak kahwin dan dia tidak
ada berkata apa pun juga dalam perkara ini. Persoalan yang sama timbul,
orang-orang Kristian melakukan Perang Salib ke atas orang-orang Islam dan
lain-lain bangsa bukan Kristian, kriteria mana pula yang anda ikuti dalam
kehidupan Tuhan anda itu?”

“Tuhan kami tida pernah berperang dalam peperangan apa pun juga dan tidak
kahwin. Jadi persoalan ini tidak timbul.” jawab perempuan Kristian itu agak
gugup.
“Meskipun Tuhan anda tidak pernah berperang dengan sesiapa pun atau
berkahwin namun pengikut-pengikutnya iaitu orang-orang Kristian telah
melakukan Perang Salib dan menjalani kehidupan berkeluarga. Sedangkan
manusia sempurna menurut ukuran anda itu tidak menepati contoh yang
standard bagi pengikut-pengikutnya dalam kedua-dua aspek keduniaan ini
yang menjadi aspek penting dalam kehidupan manusia. Jadi, di mana letaknya
perbezaan yang anda berikan kepada manusia sempurna dalam amali
kehidupan orang-orang Kristian?” tanya Isabella.
Setelah diam sejurus lamanya, perempuan Kristian itu lalu berkata “Tuhan
kami ialah contoh kehidupan rohaniah. Apa ada hubungannya dengan
kehidupan fizikal?”
“Saya bersetuju bahwa Jesus Kristus itu diambil sebagai model kehidupan
rohaniah yang cukup tinggi.
Tetapi jangan anda lupa bahwa aspek rohani dan jasmani tidak boleh
dipisahkan di dalam kehidupan manusia, tidak saja pada penyatuan keduanya
tetapi bahagian yang terbesar daripada kedua itu dituntut oleh kehidupan
jasmaniah. Kerana itu orang-orang Kristian terpaksa mencari seseorang lain
sebagai model. Ini diikuti dengan logik bahwa Tuhan anda juga berkehendak
kepada masalah yang utama ini. Tidak syak sedikit pun bahwa kehidupan Nabi
Musa ialah kehidupan terhormat, sementara kehidupan Jesus Kristus pula
kehidupan anggunan tetapi kehidupan nabi kami yang terakhir, Nabi
Muhammad sallallah alaihi wassalam ialah kehidupan kesempurnaan.
Kehidupannya dipenuhi dengan ibadat, salih dan sufi dan sebagai manusia dia
menjadi contoh manusia dunia, seorang pedagang dan malah sebagai seorang
raja juga. Nabi akhir zaman Muhammad sallallah alaihi wassalam
menggembalai kambing pada masa kecilnya, agak dewasa sedikit dia berulang-
alik ke Gua Hira dan beribadat di sana. Dia berdagang sampai di Syria,
kemudian kahwin dengan Siti Khadijah. Baginda lalu berdakwah dari atas Bukit
Faran dan di jalan-jalan di Mekah, lalu ke Taif, hidup dalam kumpulan suku
Hijaz dan mengalami kesulitan dari musuh-musuhnya dan para penentangnya,
menyantuni orang-orang yang sedang lapar, mengasuh anak-anak yatim dan
janda-janda di dalam masyarakat. Kemudian berhijrah dari Mekah ke Madinah,
mengadakan perjanjian antarabangsa dengan orang-orang Yahudi di Madinah,
membina masjid, menyelesaikan perselisihan antara suku kaum, memimpin
solat, memberi ceramah di berbagai-bagai tempat, melatih tentera dan
mengatur siasat tentera di dalam peperangan Badar dan Uhud dan memimpin
tentera sebagai panglima tertinggi dan telah memperlihatkan kebolehannya di
dalam siasat peperangan. Baginda mengerjakan solat yang lama pada waktu
malam sehingga kakinya bengkak-bengkak. Jadi daripada semua kenyataan ini
cara, jalan dan model yang diperlukan di dalam kehidupan dunia terdapat pada
diri baginda yang mulia, Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam, sebagai
penggembala kambing juga sebagai seorang pedagang yang besar sama-sama
dapat dijadikan contoh, juga sebagai pendakwah, pengembara dan penghijrah
baginda boleh dijadikan modelnya. Bagi seorang yang taat kepada Allah yang
bersara dari tugas, baginda menjadi petunjuk yang baik dan menjadi contoh
bagi manusia duniawi dalam kehidupan berumahtangga. Ajarannya
memberikan satu peraturan yang sempurna dalam kehidupan internasional
juga bagi penduduk rimba. Bimbingannya merupakan cahaya.
Perencanaan siasatnya menjadi petunjuk di medan peperangan dan baginda
menjadi contoh kepada masyarakat dalam kehidupan di masa damai.
Pendekkata tidak ada contoh lain yang dapat mengatasi kehidupan yang
sempurna Nabi kami Muhammad sallallah alaihi wassalam di dalam
rumahtangga, berdakwah, perniagaan, kepemimpinan, memberi nasihat dan
mengimani solat, dalam hidup bersara, mengatur peperangan, menyusun
undang-undang, memerintah sebagai raja, baik dalam masa gembira mahupun
dalam masa berkabung, perkahwinan dan penceraian, hidup dan mati,
mengajar dan mendidik anak-anak dan apa saja tugas yang dihadapi oleh
manusia di dalam kehidupan beradab. Begitulah di dalam kehidupan yang
sempurna dan juga di dalam keperluan kehidupan yang menggundahkan
terdapat di dalam kehidupan Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam dan
tidak terdapat di dalam kehidupan Nabi Musa dan Nabi Isa. Jadi dari sudut
keadilan dan kejujuran maka kita harus mengakui bahwa dalam diri Nabi akhir
zaman, Muhammad sallallah alaihi wassalam terhimpun semua tatasusila
rohaniah dan jasmaniah kehidupan manusia yang agung dan anggun. Sesiapa
saja manusia di dunia ini yang ingin mencari kebajikan dunia dan akhirat maka
tidak ada jalan yang lain selain daripada mencari perlindungan di bawah
bayang-bayangan nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam yang luas,
pengasih, pemurah dan budi pekerti yang tinggi dan adap sopan yang mulia.”

Seluruh hadirin di dalam perhimpunan itu diam tidak bergerak, terpesona


dengan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh Isabella secara lancar dan teratur.
Malah perempuan Kristian itu juga yang mengaku boleh melakukan mukjizat
terpukau seperti orang yang tidak sedarkan diri. Apabila Isabella mendapati
perempuan Kristian itu telah terpukul dengan penuh kehinaan dan dalam
keadaan dukacita yang amat sangat, dia pun meminta maaf mengucapkan
selamat tinggal lalu meninggalkan tempat itu.

Menurut laporan yang diberikan oleh Abu Hafiz, anak muda terpelajar yang
ikut menyaksikan perbahasan itu, kesan daripada hujah-hujah yang
disampaikan oleh Isabella, sebahagian besar dari wanita Kristian yang
mengikuti perbahasan tersebut dengan rela hati telah menerima Islam dan
beberapa tahun kemudian perempuan Kristian itu pun juga beriman dengan
keesaan Allah dan diislamkan oleh Isabella sendiri.
Tetapi hal ini tidak berlaku sekaligus, ia mengambil masa bertahun-tahun
lamanya bagi jiwa yang mahu dipimpin untuk datang ke bawah bayangan Allah
yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Sepanjang hayatnya, Isabella terus menyembahkan baktinya kepada


keagungan Islam. Di satu pihak dia menutup mulut orang-orang Kristian dan di
pihak lain pula dia mencurahkan ilmu pengetahuannya ke dalam dunia
pembelajaran, Ilmu Hadis dan pentafsiran Kitab Suci Al-Quran. Beratus ribu
cendekiawan Islam telah mendapat manfaat daripada ilmunya. Isabella telah
hidup mencapai usia delapan puluh tahun dan telah menutup mata dalam
keadaan tenang dan damai, diratapi oleh seluruh penduduk Sepanyol. Berjuta-
juta orang telah mengiringi jenazahnya ke tempat persemadian yang terakhir.
Orang-orang di tempat yang jauh ada yang melakukan solat ghaib untuk
arwahnya dan memanjatkan doa ke hadirat Allah subhanahu wa taala agar
rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang salih.

Sebagai penutup kisah ini kita juga dengan menundukkan kepala memberi
hormat dan membaca Al-Fatihah untuk saudara Islam kita yang agung ini dan
mudah-mudahan Allah subhanahu wa taala menerima amal ibadatnya dan
menempatkan rohnya bersama orang-orang yang dikasihiNya. Amin.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai