Anda di halaman 1dari 4

NOTA : TEKNOLOGI ( SAINS TAHUN 4 )

(A) Had Keupayaan Manusia


1. Manusia mampu melakukan pelbagai aktiviti setiap hari dengan menggunakan otak,
deria dan anggota badan.
2. Walau bagaimanapun, manusia mempunyai had keupayaan dalam melakukan aktiviti-
aktiviti tertentu.
3. Manusia telah mengaplikasikan ilmu pengetahuan sains dalam mencipta pelbagai alat
untuk mengatasi had keupayaan manusia.

Nota Ekspress Sains Tahun 4 oleh Cikgu Supian Hashim, SK Canossian Convent,
Segamat
(B) Perkembangan Teknologi
1. Seiring dengan perkembangan masa, teknologi semakin berkembang untuk menjadikan
kehidupan manusia semakin selesa dan sempurna.
2. Bidang teknologi yang berkembang pesat ialah pertanian, pengangkutan, pembinaan,
komunikasi, dan perubatan. 

Nota Ekspress Sains Tahun 4 oleh Cikgu Supian Hashim, SK Canossian Convent,
Segamat
(C) Sumbangan Teknologi

1. Perkembangan teknologi baharu bertujuan untuk memenuhi keperluan dan meneruskan


kesejahteraan kehidupan manusia sejagat.
2. Sumber alam seperti kayu, logam dan petroleum digunakan dalam penciptaan teknologi.
3. Sumber ini perlu digunakan secara berhemah dan bijaksana.
4. Langkah-langkah penjimatan bahan api:
1. Mengurangkan penggunaan kereta dengan menaiki kenderaan awam.
2. Berkongsi kereta untuk ke destinasi yang sama.
3. Menyiapkan bahan masakan sebelum menyalakan dapur gas.
4. Memadam dapur gas yang tidak digunakan dengan segera.

Nota Ekspress Sains Tahun 4 oleh Cikgu Supian Hashim, SK Canossian Convent,
Segamat
Nota Ekspress Sains Tahun 4 oleh Cikgu Supian Hashim, SK Canossian Convent,
Segamat

Anda mungkin juga menyukai